Pembaca Setia !

Showing posts with label Seram. Show all posts
Showing posts with label Seram. Show all posts

Sunday, April 18, 2010

T Pandemik 19:Haireel

“Macam mana ni Adam?” soal Fera sambil melindungi jejaka itu bersanam bayi yang bernama Danish Hakim itu. Tembakan dari senjatanya dilepaskan bertalu-talu. Dia naik angin melihat Adam tersenyum sendirian. Zombie-zombie mula menyerang tempat itu bagai nak rak. Hanya mereka bertiga sahaja yang masih hidup dan oleh dijadikan sebagai makanan.

            “Kita dah tak mampu nak pertahankan lapangan terbang ni! Semuanya dah bertukar jadi zombie! Iwan dan Ira tunggu kita kat Balai Polis Utama Eurasia!” lata Adam memberi arahan. Fera menganguk setuju.

            “Macam mana Fera datang ke sini?” soal Adam bingung. Fera diam seketika, cuba untuk mengingat kembali bagaimana dia datang ke Lapangan Terbang Eurasia itu.

            “Kereta polis! Ada dekat bahagian hadapan lapangan terbang ni!” ujar Fera. Wajah Adam lantas kembali ceria.

            “Bagus! Tentu ada senjata dekat dalam sana!” Itulah yang difikirkan oleh Adam. Rupanya itulah yang difikirkan oleh jejaka itu. Senjata lebih untuk dia beraksi dengan zombie itu. Fera mula berkira-kira mahu mengenakan Adam tetapi terpaksa mengubah fikiran gara-gara Adam yang mempamerkan wajah keanak-anakannya. Hatinya cair sebentar.

            “Ada! Selaras shot gun serta beberapa pucuk Hand Gun. Tapi, senjata itu bukan milik kita! Tambahan lagi kereta tu berkunci!” baals Fera perlahan.

            “Tak apa! Adam ada jalan! Sekarang ni, kita kena fikir jalan untuk ke sana tanpa diserang oleh zombie itu!” bilan Adam lagi.

            “Ermm… Haireel! Dia! Kita ada dia! Kenapalah Fera boleh lupakan dia!” Adam naik bingung dengan manusia yang baru sahaja di sebut oleh Fera tadi. Haireel? Hebat sangatkah dia sehingga mampu membantu mereka!

            “Er.. siapa dia?” soal Adam.

            “Penembak tepat dari Balai Polis Eurasia! Tapi, orangnya aneh sikit. Dia selalu pakai pakaian yang pelik-pelik, kawan!” terang Fera lagi. Adam mengerutkan dahinya untuk berfikri sejenak. Haireel? Nama itu memang sinonim ketika dia berada di dalam Dragon Knight. Jangan-jangan penembak tepat terbaik Asia! Adam mula faham akan rancangan Fera. Jika ada penembak tepat yang membantu mereka, segala tugas atau kerja menyelamatkan diri pasti akan menjadi senang kerana dia boleh melindungi kita dari jarak yang jauh.

            “Di mana dia?” tanyaku. Fera yang semakin berundur dek kemaraan zombie-zombie ganas itu mengeluarkan walkie-talkie di seluarnya.

            “Hello. Inspektor Fera dari Balai Polis Eurasia! Menghubungi Haireel, penembak tepat kami!” kata Fera, separuh berharap yang akan ada jawapan dari lelaki itu. Bantuan Haireel amat diperlukan buat masa ini.

            “Fera! Itu kau ke? Alhamdullilah! Aku ingat semua kawan-kawan kita dah jadi zombie! Rupa-rupanya ada orang yang selamat! Jangan risau! Aku akan datang selamatkan korang dengan kereta polis aku! Aku akan rempuh zombie-zombie tu sampai mati!” Haireel begitu bersemangat. Rancangan mereka bertukar dengan cepat, Haireel sendiri yang mahu menyelamatkan mereka semua!





Tuesday, April 6, 2010

T Pandemik 18: Perasaan

Erisya memerhatikan sahaja Harish sedang berenang dengan asyik sekali sekali selepas berjaya menangkap beberapa ekor ikan menggunakan tangannya. Kadangkala naik kagum Erisya dibuatnya oleh seorang lelaki yang bernama Haireel, yang mempunyai satu tarikan yang telah membuatnya dan Aulia boleh tumpah kasih sayang. Erisya menoleh ke arah Aulia yang sedang kusyuk memanggang ikan yang baru ditangkap oleh Haireel petang tadi. Hari sudah mahu malam dan Haireel masih tidak kelihatan seperti mahu naik ke darat. Dunia di mana dia sedang berada memang sangat berbeza dengan dunia Romnya.
“Aulia dah lama ke kenal Harish?” soal Erisya tiba-tiba. Aulia memandang Erisya seraya sepintas lalu menjeling ke arah Harish.
“Kenal? Baru aje kenal. Tak lama dengan Erisya. Tapi, Aulia rasa macam dah kenal lelaki tu lama dah. Aulia rasa macam sangat tenang bila berada di sampingnya. Perasaan yang Aulia jarang sekali merasakannya!” balas Aulia jujur. Erisya terdiam sebentar.
Erisya akui yang dia juga seperti Aulia, turut merasakan yang hatinya sudah terperangkap pada Harish, jejaka yang bagi mereka seperti diturunkan oleh tuhan dari syurga untuk mereka.
“Harish! Naik cepat! Ikan ni dah naik hangus tunggu awak!” teriak Aulia marah. Harish menunjukkan isyarat dengan ibu jarinya lalu berenang ke tepian dan kemudian bangun. Terserlah tubuh badan Harish yang gagah dan tegap itu. Berketul-ketul lihatnya.
“Ala Aulia… Harish belum habis mandi lagi!” rungut Harish manja. Aulia mengglengkan kepalanya sambil meletakkan jari hantunya di bibir merah Harish.
“Jangan banyak bercakap. Harish kena ingat misi Harish datang ke sini ialah menyelamatkan Shila! Bukannya untuk mandi sungai tu! Lagipun hari dah malam, kalau mandi sungai waktu malam-malam begini nanti boleh sakit. Kalau Harish sakit, siapa yang nak jadi superhero yang melindungi Aulia dan Erisya!” ujar Aulia bijak. Harish terpaksa mengalah.  Dia mengambil ikan yang telag dicucuk dengan sebatang kayu itu lalu memakannya. Erisya menghampiri mereka lalu menyerai makan malam itu. Malam itu diwarnai dengan gelak tawa dan nyanyian sumbang Harish yang sangat melucukan. Namun, tawa itu hanya untuk malam itu kerana keesokkan hari mereka ada dugaan yang besar yang harus mereka tempuhi bersama; menyelamatkan nyawa seorang gadis yang bernama Shila dari cengkaman dajjal Umbrella Corporation. Sebaik sahaja gadis itu diselamatkan, Eurasia akan diselamatkan dan segala tindakan yang dijalankan oleh Umbrella Corporation akan dapat dihentikan. Shila ialah kunci kepada semua yang sedang berlaku. Semua harapan penduduk di Eurasia tergalas di bahu Harish, ejen rahsia yang telah banyak menabur jasa untuk negaranya Malaysia.
“Kita bermalam di sini dulu! Rasanya esok nanti kita akan mencari tempat yang disyaki sebagai markas Umbrella Corporation tu!” kata Harish perlahan. Aulia dan Erisya kelihatan seperti tidak mempunyai masalah. Timbunan daun kering boleh dijadikan bantal buat mereka. Unggun api pula sebagai pelindung dari binatang buas merajai sang rimba.
“Aku tidur dekat atas pokok sana!” kata Harish perlahan. Wajah Aulia dan Erisya tiba-tiba kehilangan semangat. “Kenapa? Kamu berdua nak jadikan Harish ape? Nak berebut Harish jadi bantal peluk ek?” soal Harish nakal.
“Perasan!” setentak Aulia dan Erisya berkata-kata. Harish mula merajuk. Dia mengacah mahu meninggalkan kedua-dua orang gadis tadi tergamam. “Harih!” pangil Erisya.
“Kami gurau aje tadi! Janganlah tinggalkan kami berdua tidur seorang kat bawah ni dan awak tidur selesa kat atas sana!” marah Erisya. “Kami tak tahu nak panjat pokok macam awak!” Harish tergamam.
“Habis? Nak saya buat apa?” tanya Harish.
“Tidur di bawah dengan kami! Tapi ingat, bukan dekat-dekat! Tapi, sekurang-kurangnya dalam lingkungan dengan kami!” kaya Erisya yang berlaagk seperti sedang membahagikan kawasan di antara dia dan Harish. Harish mengngguk menceritakan yang dia langsug tidak mempunyai masalah dengan cadangan yang dilontakan oleh Erisya. Harish melihat sekelilingnya seketika lalu berjalan ke arah sebatang pokok yang berdekatan dengan tempat Erisya dan Aulia tidur.
“Aku tidur kat sini? Macam mana?” teriak Harish malas. Erisya menunjukkan isyarata dengan ibu jarinya menandakan dia tidak kisah. Harish meleguh lega. Melayan karenah seorang wanita baginya merupakan tugas yang paling sukar yang dia pernah.
Harish mengulit kembali kenangan dia bersama kedua-dua orang jelitawan itu. Apakah benar mereka berdua menyimpan perasaan padanya? Aku memang sangat lemah dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan perasaaan. Aulia, gadis orang asli yang telah menyelamatkan dia dari menjadi mayat reput di tengah belantara dan Erisya ialah gadis yang telah menyelamatkan dia di sebuah dunia yang sangat asing dengannya, Rom.
Aulia gadis yang manis dan lemah lembut manakala Erisya merupakan seorang gadis jelita berambut perang dan sangat jelita. Kedua-duanya memiliki kelebihan yang pasti akan membuatkan mana lelaki di dunia melekat pada mereka. Tapi… apakah sekiranya aku ditakdirkan untuk tersepit dalam konflik tiga segi… siapakah yang kau mahu aku pilih? Shila pula… apa kata dia sekiranya dia mendapat tahu semua yang berlaku di Eurasia sehingga telah terlibat secara tidak langsung dalam kancah yang sungguh meilukan ini ialah gara-gara dosa silam ayahnya? Apakah hubungan yang dimeterai oleh ayah dan anak itu akan terlerai? Harish mengeluarkan gambar Shila dari poketnya lalu menatap wajah yang harus diselamatkannya itu. Tidak dinafikan orangnya akan menang sekiranya  bertanding kecantikan dengan Erisya dan Aulia. Gadis yang bernama Shila itu memang diakui sangat rupawan dan wajahnya saling tidak serupa arwah bekas wanita pertama Malaysia, Datin Azer yang merupakan isteri kepada Datuk Shahrin.
 Esok, dia akan bersiap sedia menjadi wira lagi setelah dianya diselamatkan. Dia akan memanfaatkan segala kebolehan serta pengalaman yang ditimba selama menjadi agen rahsia kerajaan.

Saturday, February 20, 2010

T Pandemik 17: Cinta Bertaut Kembali


            “Akhirnya, kita dah sampai dah!” luah Azim kepenatan. Setelah 30 minit mengatur langkah ke Hospital Kebangsaan Eurasia Malaysia, akhirnya mereka tib. Hospital yang setinggi 30 tingkat itu bediri megah di tengah-tengah Bandar Eurasia yang kini sudah sunyi sepi. Hospital itu kelihatan turut sama menerima nasib yang sama dengan Bandar Eurasia. Tiada seorang yang pun kelihatan.
            Sahara sedang memegang erat lengan Helmi sambil mendongak melihat banggunan yang tinggi melampai itu. Leen pula sedang erat menggengam tangan Azim. Entah kenapa hatinya resah untuk menjejakkan kakinya.
            “Tempat ni sunyi jer El…” soal Sahara tiba-tiba. Helmi memalingkan wajahnya untuk menatap Sahara. Air muka gadis itu jelas menunjukkan bahawa dia sedang diselubungi sebuah perasaan takut yang amat sangat.
            “Sunyi… memang sunyi.. apa-apa pun kita kena masuk ke dalam dulu. Mungkin ada sesuatu yang berguna di dalam yang boleh kita dapatkan panduan! Atau pertolongan…” balas Helmi serius. Dia orang yang pertama yang melangkah masuk ke dalam hospital itu yang kemudiannya dikuti oleh Sahara, Leen dan Azim.     
            “El… hati-hati,” bisik Sahara di telinga Helmi. Jejaka menganguk, tetap cekal meneruskan langkahnya. Ketakutan bukanlah masalah utama. Apa yang perlu ditakutkan selain zombie? Hantu… tidak mungkin.. tak wujud pun.
            Mereka melangkah semakin dalam meneroka hospital itu. Namun, semuanya kosong. Tiada kelibat seorang manusia di situ. Namun, anehnya kesan darah kelihatan merata-rata tempat.
            “Peliklah…” tutur Leen perlahan.  Azim menganguk sakan.
            Bum! Pintu hospital itu tertutp. Pintu automatik yang dibuat daripada besi, dikawal seratus-peratus ternyata merupakan penjara baru kepada kumpulan 5 orang ini. Sahara melepaskan lengan Helmi lalu berlari ke arah pintu masuk Hospital itu. Dia mengetuk-ngetuk cermin hospital itu. Sahara kemudian mengeluarkan shot gunnya lalu melepaskan tembakkan. Namun, cermin pintu besi yang menutup jalan keluar mereka seperti tidak berkesan. Sahara terlutut di tanah. Air matanya mengalir sambil dia menghentakkan penumbuknya ke lantai
            “Ara! Sudah Ara! Jangan macam ni!” kata Helmi sambil menarik Sahara. Gadis itu tidak berganjak sebaliknya berkata. “Semua ini salah Ara! Ara bawa semua ke sini! Ara ingat dapat tolong semua! Tapi, Ara silap! Hospital ni pun tetap sama! Sama sial macam Ara!”
            “Ara! Tak baik cakap begitu… kita tak tahu…”
            “Kita tahu! Ara sentiasa membawa sial! Walau ke mana saya pergi! Racoon City… Eurasia. Semuanya hancur kerana saya ada! Sekarang, giliran awak semua!” rintih Sahara sambil mengalirkan air mata.
            Pang! Sahara tergamam. Sebuah tamparan hinggap diwajahnya dan tamparan itu dihadiahkan oleh Helmi. Air mata seakan-akan tersekat dari terus mengalir. Dia bingung kenapa Helmi menghadiahkan tamparan dengan tiba-tiba.
            “Ara sedar tak apa yang Ara sedang katakan ni? Beristghfar banyak-banyak. Tak ada manusia pun dalam dunia ni dilahirkan oleh Allah dengan sial tau! Allah maha adil! Dia bukannya kejam!” kata Helmi sambil menggoyangkan bahu Sahara. Sahara terdiam. Emosi dan bisikan syaitan merasukinya tadi. Mujurlah Helmi sempat menyedarkannya sebelum apa-apa yang teruk berlaku.
            “Maafkan Ara…” tutur Sahara perlahan.
            “Jangan minta maaf kat El. Minta maaf yang di atas tu!” balas Helmi menegur. Sahara sekali lagi tersentak. Jawapan El itu walaupun kedengaran pedas namun ada hikmahnya. Apa-apa pun dia tidak mahu memanjangkan masalah lalu bangkit untuk berdiri.
            “El… jom pergi…” balas Sahara. Helmi tersenyum memanjang. Tamparannya itu tadi, walau tidak sekuat mana, telah berjaya membuka mindanya. Namun, kali ini, Leen pula meragam. Dia sedang duduk berpeluk tubuh di lantai Hospital itu.
            “Akak kenapa ni?” soal Helmi. Kakaknya itu pula yang membuat perangai. Hari yang sangat malang bagiku.
            “Azim… Azim dah hilang… semua ni salah akak! Akak tak boleh jaga dia! Jaga dia seorang pun aka tak mampu, memang patutlah akak berpisah dengan Alex…” tutur Leen perlahan. Perasaan aneh mula timbul dalam diri anak muda itu, Helmi. Mengapa apabila mereka semua menjejakkan kaki sahaja ke dalam hospital itu, perasaan menyalahkan diri mula timbul. Leen yang dikenalinya bukanlah selemah itu. Dia mampu hadapi semua dugaan dan cabara dengan penuh tekad dan ikhtizam.  
            “Akak! Sekarang bukannya waktu untuk kita salahkan diri kita! Apa yang penting kita kena cari Azim sekarang juga!” balas Helmi. Dia menaik-narik tangan Leen supaya gadis itu berdiri.
            “Adik tak tahu. Kerana akak, ayah, ibu, dan Alex. Mereka semua dalam susah malah mati! Apakah akak ni terlalu sial?” balas Leen. Semangatnya tiba-tiba jatuh. Ada sesuatu yang tidak kena di sini. Seseorang… perasaan menyalahkan diri sendiri… Hospital Eurasia Kebangsaan… semua ni macam… peristiwa tu! Alamak! Gas 009-Q3 dilepaskan buat kali kedua!” Helmi mula menyedari ada sesuatu.
            5 Tahun lalu, satu kejadian aneh telah berlaku di Hospital itu. Banyak pekerja Hospital Eurasia yang tidak mahu bekerja, membunuh diri dan mogok. Mereka melakukanya atas sebab yang agak kabur, hanya kerana melakukan dua tiga kesilapan kecil. Hal itu amat membimbangkan. Namun, seorang saintis bersama anak-anak buahnya telah merungkai misteri di sebalik kejadian aneh itu. Bukannya kerana rasukan makhluk halus yang dikatakan oleh sesetangah orang tetapi kerana satu gas yang diberi nama oleh saintis itu sebagai Gas 009-Q3. Gas yang kononnya telah diciptakan oleh pihak Soviet dalam peperangan dahulu. Gas yang dikatakan mampu merosakkan saraf penghidunya lalu membuatkan mereka semua berkelakuan pelik seperti mahu membunuh diri, menyalahkan diri sendiri. Penawarnya, kena ada seseorang yang menyedarkan orang yang terhidu gas yang tidak berbau, bewarna dan tidak berasa itu. Kalau dibiarkannya, mereka akan jadi gila atau diserang strok malah mungkin membunuh diri.
            “Akak! Bangun kak! Jangan macam ni. Mungkin ini ketentuan Allah!” Helmi menepuk pipi Leen. Gadis itu tidak menunjukkan sebarang respon sebaliknya hanya bertuturan sendirian.  Percakapannya mula menjadi semakin merapu sehingga sukar difahami oleh Helmi. Sahara memerhatikan sahaja.
            “Sahara pergi cari Azim! El nak uruskan kakak El kat sini!” arah Helmi serius. Dia harus berbuat sesuatu sebelum situasi menjadi lebih teruk lagi. Sahara menganguk lalu berlari meninggalkan koridor yang menghubungkan mereka ke pintu keluar Hospital itu. Gadis itu erat menggengam senjata shot gunnya. Peluru masih banyak di dalam poket seluar jeannya.
            Sahara melangkah menyusuri koridor-koridor yang sunyi. Walaupun perasaan takut menyelubungi hatinya, namun digagahkanya. Tiada apa di situ… Cuma tempat orang mati aje. Gulp… orang mati ? Sahara menoleh ke belakang. Apakah dia harus berpatah balik? Tiba-tiba satu botol telah dilontar entah dari mana bergolek mengenai kaki Sahara dan bergolek lagi lalu mengenai dinding lalu berhenti. Kedengaran juga bunyi tapak kaki orang berlari. Sahara menghampiri botol itu lalu menggapainya.
            Terdapat sepucuk surat di dalamnya. Sahara membuka penutup botol kaca itu lalu memasukkan jarinya untuk mengambil surat dan seterusnya membaca isi kandungannya.
            Kepada Sahara
            Jika mahu bertemu dengan Azim, selesaikan teka-teki ini dahulu dan kamu akan berjumpan dengan budak kecil ini. Saya bagi masa buat kamu selama 2 Jam sahaja atau budak ini akan mati.

P.S: Tempat ini sejuk, mereka tidak bermaya, seakan-akan lumpuh namun bukan. Seakan-akan lemah, memang ia tapi mungkin di atas sebab lain. Di manakah mereka?
                                                                                                                         Yang Benar,
                                                                                                        Yohan The Manipulated            
            Sahara menggaru kepalanya memikirkan jawpaan kepada teka-teki yang dilemparkan oleh Yohan kepadanya. Siapa Yohan? Apa kaitannya antara teka-teki ini dengan lokasi Azim. Aku harus membawa surat ini kepada Helmi. Mungkin dia boleh membantuku. Baru sahaja Sahara mahu bangkit, tiba-tiba ada seorang lelaki telah menekapkan wajahnya dengan kain lalu menariknya ke sebuah bilik kosong disebelahnya. Dia tidak dapat menjerit meminta tolong.
            “Awak… janga bising kalau nak saya lepaskan awak?” tutur lelaki yang menekapkan wajahnya dari belakang. Leen mengangguk sedikit. Lelaki itu melepaskan Sahara. Sahara menoleh ke belakang.
            “Kenapa awak buat macam..”
            “Syhh!” balas lelaki yang berambut hitam pendek dan kacak itu. Dia memakai jaket hitam yang berbulu di bahu untuk melindungi baju pesakit hospital. Lelaki itu kemudian menarik Sahara merapati dinding.
            “Ada zombie dalam hospital ni!” kata lelaki itu perlahan. Awak bagi saya shot gun tu!” kata lelaki itu. Sahara menuruti sahaja arahan lelaki itu.
            “Satu.. dua… tiga…!” teriak lelaki itu lalu menendang pintu bilik itu dan melepaskan beberapa das tembakan. Sahara melihat sahaja adegan aksi tersebut. Begitu hebat lelaki itu bermain senjata. Sahara tidak mengetahui berapa banyakah zombie yang sedang mengganas di luar bilik yang kosong itu. Katil-katil kosong tanpa pesakit. Ubat-ubat berselerak di lantai. Tompokkan darah jug akelihatan di dinding.
            “Selesai… terima kasih sebab pinjamkan senjata awak kat saya.” Lamunan Sahara tersentak. Lelaki itu menyerahkan shot gunnya. Dia tersengih bodoh di hadapan Sahara. “Er.. saya kat mana ni?” soal lelaki itu tiba-tiba.
            Sahara terlopong memanjang. Apa kena dengan lelaki ni? Gila ke? Tapi, ni bukan hospital gila. Fikir Sahara lagi.
            “Hospitalah. Apa-apa pun, nama saya Sahara.” Sahara memperkenalkan dirinya. Dia cuba menduga persolaiti lelaki di hadapannya itu.  Lelaki itu menggaru-garu kepalanya. Bingung dengan soalan yang dilemparkan oleh Sahara itu.
            “Saya.. Nama saya? Er… saya tak ingat!” Lelaki itu menjawab bersahaja. “Awak kenal tak siapa saya? Saya sedar dari tidur saya tadi… dua jam tadi. Semua orang seperti mahu lari dari tempat ni. Saya bersembunyi dalam almari kecil tu! Saya takut! Tapi, ada satu makhluk, ganas sangat. Dia jumpa saya menyorok kat dalam ni, dia tarik saya dengan kekuatan yang luar biasa. Mujurlah saya ada kayu tu!” Lelaki itu menundingkan jarinya ke arah sebatang kayu tergeletak di tanah. “Tapi, masa tu. Tempat ni dah jadi sunyi semacam aje… lepas tu benda tu bangun lagi lepas saya pukul. Dia keluar dari bilik ni dan masa tu saya kejar dia, saya jumpa awak kat luar! Saya tarik awak masuk dalam dan minta shot gun awak! Diaorang ada  banyak! Saya bunuh diorangs emua dengan shot gun tu!” tutur lelaki itu panjang lebar. Sahara menyimpulkan yang lelaki itu terkena amnesia.
            “Awak ikut saya! Mari… saya nak bawa awak jumpa seseorang!” Sahara menarik tangan lelaki itu lalu meredah koridor ke tempat Helmi. Lelaki itu membontoti Sahara dari belakang.
***
            “Alex!” teriak Leen tiba-tiba. Perangainya lanta sberubah dari duduk berpeluk tubuh di sudut koridor itu kepad akembali ceria. Helmi lega dengan perubahan mendadak Leen. Jenuh dia memujuk kakaknya. Akhirnya… eh nanti dulu. Itu Alex bukan?
            Lelaki itu terkesima apabila Leen memeluk erat tubuhnya, seolah-olah telah berpisah lama. Air mata bercucuran membasahi pipinya. Helmi tersenyum. Dia menghampiri Alex lalu menepuk-nepuk bahu lelaki itu.
            “Kau semakin kurus dan cengkung. Jauh berbeza seperti dua tahun lalu. Sangat-sangat berbeza!” kata Helmi tersenyum. Wajah Alex kosong. Dia tida mengerti akan semua itu dan yang paling penting dia rimas dengan pelukan Leen itu. Nafasnya terasa sesak. Leen akhirnya meleraikan pelukannya dan menatap wajah Alex dengan kusyuk. Sudah lama dia merindui wajah itu.
            “Nama saya Alex ke?” soal Alex kebingungan. Leen terkejut dengan jawapan yang keluar dari mulut Alex.  

Friday, February 12, 2010

T Pandemik 16: Angkara Umbrella Corporation


                Iwan tercungap-cungap kepenatan setelah beberapa minit mengekori lembaga wanita itu. Suara yang merayu memnita tolong itu turut tidak kedengaran lagi, yang ada hanyalah bunyi cengkerik yang merindukan kehadiran bulan yang ‘bercuti’ atau bunyi katak yang bernada irama rimba. Keadaan di sekeliling Iwan kelam hitam. Sungguh gelita.
                                                                     
Iwan kemudian menoleh ke belakangnya, cuba mencari kelibat Ira. Namun, gadis itu lenyap dalam kepekatan malam ketika cuba untuk mengekori Iwan yang bergerak terlalu pantas. Iwan mula resah. Bola matarnya mula diputarkan untuk mencari kelibat si gadis yang mengikutinya. Si gadis yang bernama Ira Natalia, masih trauma mungkin di atas kehilangan Razi atau Razi itu wajahnya serupa dengannya. Iwan pula menjadi mangsa di dalam knflik jiwa Ira Natalia sehinggakan untuk menjaga nyawa Ira, Iwan terpaksa berlakon sebgai Razi. Kini, Ira yang telah menjadi tanggungjawabnya hilang kerna kerakusannya mengejar perempuan yang telah merayu menagih pertolongan di tengah hutan, di mana lokasi kubur sesat islam Eurasia terletak.

“Ira Natalia! Mana awak?” teriak Iwan sambil mengesat peluh yang mengalir deras di pipinya. Dia mengeluarkan senjata M-15 milikinya sebagai langkah berjaga-jaga. Manalah tahu tanah perkuburan di situ turut menjadi lokasi zombie-zombie durjana bersarang. Sehingga kini, Iwan masih tidak mengetahui berapa banyakkah manusia yang masih belum dijangkiti oleh Virus T yang disebarkan melalui gigitan dan luka. Virus T tersebar dengan begitu cepat seeprti pandemik.

Namun jeritan Iwan tidak bersahut. Hanya kebisuan yang beraja. Jantung Iwan mula berebar. Perasan simpati menerjah sukma Iwan. Ira… bagaimana keadaan kau? Iwan tidak putus asa di situ. Dia tekad untuk meneroka tanah perkuburan di situ. Ira walaubagaimana pun mesti diselamatkannya. Dia tidak mahu menempuhi malapetaka itu berseorangan.

“Ira… mana awak!” teriak Iwan. Kesejukkan mula menghimpit tulang rusuknya. Entah kenapa malam itu tiba-tiba menjadi sejuk. Namun tiada berangin. Dia melangkah berhati-hati agar tidak terpijak kubur-kubur si mati yang sedang bersemadi aman di dalam tanah.

***

“Abang Razi tak apa-apa?” tegur Ira sambil memapah Iwan yang berlumuran darah. Ira menemui jejaka itu terbaring di atas tanah setelah agak lama terpisah. Mujurlah… kalau tidak dia tidak tahu akan nasib dirinya di tanah perkuburan itu. Suasanya memang menyeramkan memandangkan sang bulan tidak bertugas pada malam itu.

Iwan tidak bersuara sebaliknya merenung Ira dengan tajam. Namun Ira tidak menyedarinya. Dia tekad untuk membawa Iwan ke kereta dan memandu terus ke Eurasia. Iwan hanya mengikut sahaja langkah Ira.  Tapi keretanya tadi…

“Abang Razi… kenapa abang lari terus bila abang nampak kelibat gadis tu?” soal Ira perlahan. Iwan tidak menjawab sebaliknya membisu. Ira makin berasa aneh dengan perubahan Iwan mendadak Iwan.

“Tak apalah kalau abang tak nak cakap pasal tu. Tapi, kita kena cari kereta tu bersama-sama! Kalau tak alamatnya matilah kita  di sini…”

“Jangan sebut pasal mati kalau kau belum sedia lagi!” tengkin Iwan tiba-tiba. Ira terkejut. Dengan tidak semena-mena, air matanya mengalir. Tanganya yang merangkul Iwan tadi dilepaskannya perlahan-lahan. Dia menjauhi Iwan. Dia tak menyangka ‘Razi’nya sanggup menengking dirinya sedemikian rupa.

“Kau bukan Razi!” tutur Ira perlahan. Dia mengucapkan perkataan itu dengan begitu seksa sekali. Iwan merenung Ira dengan renungan. Dia mula memandang langit dan bulan yang sedang  mengambang. Iwan menjerit dan meraung tak tentu pasal. Dia kemudian berlari memasuki rimba. Suara Iwan masih kedengaran, meranung tak tentu pasal.

***

“Bunyi apa tu?” Iwan terkedu sejenak apabila kdengaran suara orang yang meraung. Bunyi suara itu mirip seperti… seperti… tak mungkin. Itu suara aku! Iwan lantas berlari kea rah punca suara tersebut. Dia memegang erat senjata api M-15 walaupun dia tahu pelurunya maskin berkurangan. Namun, itu semua harus diketepikan kerana ada kepentingan lain yang harus diutamakan olehnya – Ira.
Sampai sahaja Iwan di tempat kejadian. Sekali lagi kejutan menjelma. Dompet Ira tertinggal di situ. Dia menundukkan tubuhnya lalu mencapai dompet tersebut. “Ini Ira punya. Maknanya Ira ada sekira sini!” Pada ketika itu mata Iwan hanya tertumpu pada belantara yang terbentang menyenelahi tanah perkuburan yang merupakan tanah lapang. Ada sesuatu yang berlaku pada Ira! Fikir Iwan lagi.
Iwan lantas menyimpan dompet itu lalu membuka langkah seribu menuju ke dalam belantara. Aku harus elamatkan Ira daripada si bedebah yang cuba mengapa-apakan dia! Peluh Iwan memercik ke marata tempat tika di aberlari. Rambutnya deras ditiup angin bermain dengan lenggang-lenggoknya sendiri.   Ira, tunggu aku.

***

“Ira sayangkan Abang Razi tak?” soal Iwan tiba-tiba apabila Ira menemuinya di dalam keadaan yang dipenuhi bulu, seperti serigala. Ira hanya diam membisu. Razi… sebab inikah awak tak nak mengakui siapa awak masa pertemuan kali pertama kita.
“Abang Razi kenapa dengan abang! Abang tak macam ni pun tadi…” Iwan diam membisu.
“Jawab soalan abang! Sayang tak kat abang?” balas Iwantegas. Kelihatannya jejaka itu seperti sudah berubah menjadi serigala jadian. Mukanya sangat menggerunkan.
“Sayang… abang! Macam mana boleh jadi macam ni?” soal Ira, menitiskan air matanya.

“Terima kasih. Ira pernah tertanya-tanya kenapa abang menghilang tiba-tiba padam malam itu?” kata Iwan perlahan. Ira menggelengkan kepalanya.

“Abang telah mendapat tawaran daripada Umbrella Corporation untuk sama-sama mebangunkan prjek Virus T bersama saintis-saintis Umbrella Corporatin. Abang lihat tawarannya sangat menawan sehingga mencecah 7 Juta ringgit. Abang menerimanya. Mula saat itu, abang menghilangkan diri abang untuk Umbrella. Tapi, abang mula sedar niat jahat mereka. Abang rasa 7 Juta yang abang perolehi itu tidak memadai jika dibandingkan apa yang bakal abang buat nanti pada penduduk Eurasia. Jadi, abang cuba sedaya upaya abang untuk melarikan diri dari markas mereka. Tapi… malangnya abang tertangkap dan abang telah disuntik dengan sejenis virus yang telah lama berada di dalam simpanan mereka. Mereka mencipta virus itu sebagai hukuman mati yang sangat mengerikan kepada manusia. Tapi, sesuatu yang aneh berlaku pada abang. Abang telah bertukar menjadi serigala jadian. Malam itu juga pada bulan mengambang abang cabut lari dari Umbrella Coprporation. Abang tak berani untuk balik ke Bandar. Abang takut apa yang mereka akan fikir tentang abang nanti! Tapi, sekarang Bandar itu pun, lebih kurang macam abang! Sama-sama raksasa!” Ira menangis mendengar cerita Iwan. Dia cuba menghampiri Iwan tetapi…

“Ira! Awak buat apa tu!” kata suara yang cuba manghalang Ira. Ira menoleh ke belakangnya. Iwan? Iwan sedang tercegat sambil mengacukan senjata M-15 miliknya ke arah Iwan yang berserigala jadian itu.

“Razi? Habis yang dihadapan Ira ni siapa?” soal Ira penuh kekeliruan.

“Abang Razi!” balas Iwan yang menyerupai serigala jadian itu.

“Ra… Iwan!” baals Iwan.

Ira mula keliru. Dua orang manusia yang berwajah yang serupa sedang berada di situ. Iwan? Jadi lelaki yang disangkanya sebagai Razi itu sebenarnya Iwan dan Razi sebenarnya sudah berada di hadapannya. Ya Allah! Kenapa kau berikan aku dugaan sehebat ini?

Friday, February 5, 2010

T Pandemik 15: From Ancient Rome With Love...


            “Subahanallah. Betul ker yang Aulia dengar ni?” tanya Aulia yang masih tidak dapat menerima apa yang diceritakan oleh Harish. Aulia masih merenung bodoh wajah latin masyarakat Rom Erisya itu. Dia gusar yang gadis itu meracuni fikiran Harish, namun bila difikirkan kembali, dia yakin seorang ejen khas Malaysia seperti Harish pasti mempunyai ketahanan mental yang tinggi. Apa yang diceritakan oleh Harish itu ada benarnya pada amatan Aulia.
            “Tapi, Allah dah kirimkan Harish senjata yang hebat. Pedang Galdiator ni memang Harish rasa sangat berguna di saat senjata api kita kehabisan peluru,” tutur Harish kepada dua orang jelitawan di hadapannya, seorang berambut hitam malang manakala seorang lagi pula berambut perang cantik, masing punya kesitimewaan tersendiri.
            “Harish… macam mana dengan Shila?” tanya Aulia tiba-tiba, membangkitkan kembali isu anak perdana menteri yang mereka harus selamatkan demi keselamatan penduduk Eurasia yang tanpa pengetahuan mereka semakin sedikit demi sedikit telah dijangkiti virus yang telah mencapai tahap pandemik – sesuatu yang jarang untuk virus yang bukan dalam keluarga flu untuk mencecah tahap seperti ini.
            “Tapi macam mana dengan puak kamu Aulia?” soal Harish, yang cuba lari dari soalan Aulia. Matanya tidak berani menatap wajah Aulia.
            “Kamu lihat sendiri. Semuanya sudah mati! Di baham dek harimau yang dijangkiti virus tu. Saya sebatang kara sekarang dan saya cuma ada kamu sahaja… bawalah saya sekali Harish,” pinta Aulia separuh merayu. Harish hanya diam membatu. Dia merenung dalam mata kedua-dua orang gadis dihadapnnya itu.
            “Harish… walaupun saya tak tahu apa yang dia katakan tapi bunyinya macam kamu mahu pergi. Kalau macam tu bawa saya sekali, saya tak tahu di bumi mana saya berpijak ni! Saya hanya kenal kamu Tra… Harish!” luah Erisya pula. Harish tergamam lagi. Dugaan apakah ini? Mampukah dia menguruskan kedua-dua orang gadis yang pasti mempunyai ragam tersendiri dalam misi sulit negara yang terpaksa digalasnya.
            “Aulia. Bawa Erisya pergi dari sini. Saya tak nak membahayakan nyawa kamu semua. Aulia, cari jalan ke Balai Polis Eurasia, di sana kamu akan lebih selamat daripada bersama dengan Harish!” balas Harish perlahan, walau tidak sepenuh hatinya, dia nekad yang biarlah dia yang menyabung nyawanya, bukannya Erisya dan Aulia. Mereka tidak perlu terlibat dalam episod dunia yang lebih memilukan itu. Cukuplah dengan apa yang mereka tempuhi sepanjang virus T merobek-robek kebahagian warga Bandar Eurasia.
            Tiba-tiba sahaja tangan kiri Harish dipegang oleh Erisya manakala tangan kanan Harish dipegang oleh Aulia. Mereka menundukkan wajah mereka. Harish kaku berdiri di situ. Pedangnya terlepas ke tanah.
            “Saya Nurul Aulia Sarahanis, anak kepada puak orang asli Reds yang mendiami Hutan Eurasia sejak pulau ini belum ditemui ingin menyatakan ikrar dan janjinya untuk sama-sama membantu Harish!” teriak Aulia tiba-tiba. Erisya tersenyum.
            “Saya Erisya Mathwell, seorang hamba dari Empayar Rom Maharaja Caesar ingin menyatakan bahawa  dia amat menyayangi jejaka yang telah menyelamatkannya dari bahaya singa di Coliseum. Orang kata ini cinta pandang pertama!” bilang Erisya tiba-tiba membuatkan Harish tergamam. Erisya telah melakukan sesuatu yang agak mengkekokkan Harish.
            “Apa yang awak katakan ni?” tanya Harish tergamam. Aulia melepaskan pegangan tangan Harish secara perlahan-lahan. Dia seperti tersentak dengan pengakuan Erisya.
            “Macam mana…” Harish tergagap bertanyakan soalan itu. Erisya mengangkat bahunya sebanyak dua kali.
            “Bangsa Rom mengangap bahawa rasa cinta pandang pertama itu merupakan suatu benda yang paling misteri dan suci. Aristotle, Plato serta Socrates, ahli falsafah Yunani yang terkenal pun tidak dapat merungkai erti sebenar cinta pada pandang pertama…” balas Erisya lagi.
            “Benda tu wujud ke?” kali ini soalan Harish itu menimbulkan tawa Erisya. Harish walaupun seorang lelaki yang hebat – seorang ejen khas yang gagah berlawan, berbadan tegap dan berotot serta kacak, tetapi sangat bodoh dalam hal yang melibatkan percintaan.
            “Ya. Erisya percayakan cinta pandang pertama!” balas Erisya cambil mencubit lengan Harish. “Harish… tolong bawa kami…” kali ini mood Erisya beralih kepada rayuan. Mata Erisya tajam merenung mata Harish.
            Akhirnya Harish cair juga. Perkara yang seumpama itu berlaku kepada kebanyakkan jeneral perang hebat di dalam sejarah seperti Julius Caesar dan Alexander The Great. Kegagahan mereka tumpas pada rayuan seorang gadis yang lemah. Lumrah alam, kelemahan utama lelaki ialah wanita…
            “Baik. Harish akan bawa kamu berdua bersama Harish. Tapi, ingat. Jangan sesekali berenggang dengan Harish…” balas Harish. Serentak itu juga, Harish mendapat hadiah di aats kemurahan hatinya itu. Dirinya serentak dipeluk oleh Erisya dan Aulia. Mata Harish hamper tersembul keluar dibuatnya. Hidungnya kelihatan berdarah, mungkin malu dengan situasi yang dihadapinya.
            Dalam masa yang agak lama, kedua-dua orang gadis itu menyedari yang mereka telah melakukan sesuatu yang agak merimaskan Harish. Mereka lantas meleraikan pelukan. Harish merenung kedua-dua orang gadis itu.
            “Jangan buat lagi…” tutur Harish sambil mengesat hidungnya yang berdarah itu. Meletus ketawa Aulia dan Erisya. Mereka belum pernah menjumpai orang yang sikapnya persis Harish, terutamanya Erisya. Budaya lelaki yang gagah di Rom merupakan seorang yang sangat hebat dalam memikat wanita dan mahir di dalam selok-belok percintaan – Casanova.
            “Kenapa gelak? Harish tinggalkan awak berdua di sini, baru tahu!” balas Harish bengang. Tak pernah seumur hidupnya hidungnya boleh berdarah sedemikian rupa. Penagan seorang gadis rupanya lebih hebat dari tumbukan seorang lelaki.
            “Aulia… kamu tahu dimana lokasi Forgotten Hospital?” tanya Harish tiba-tiba. Aulia sekadar mengangguk. Wajah Harish kembali ceria. Dia bersyukur kerana membenarkan Aulia mengikutinya. Gadis itu telah memainkan perananya sebagai penunjuk arah di dalam hutan tebal Eurasia itu.
            “Forgotten Hospital? Untuk Harish pergi ke sana?” tanya Aulia.
            “Hospital tu, markas sebenar Umbrella Corporation! Di situlah mereka menjalankan kerja-kerja membina semula rangkian virus T. Untuk mengelakkan hospital ini didekati oleh orang, cerita-cerita seram direka untuk mengaburi orang ramai daripada operasi haram mereka. Hal ini hanya diketahui oleh Perdana Menteri kita Datuk Seri Muhammad Shahrin,” terang Harish panjang lebar. Dia sudah tidak kisah untuk membongkarkan rahsia besar kerajaan. Baginya, sekiranya dia ingin membawa Erisya dan Aulia bersamnya, dia harus mendedahkan satu-persatu rahsia kerajaan yang dipegangnya.
            “Maksud awak yang Hospital buruk 11 tingkat tu? Yang dindingnya dipenuhi oleh tumbuhan berduri yang kalau tak silap saya orang putih gelar torn tu?” kali ini begitu panjang soalan yang yang dilontarkan oleh Aulia.
            “Ya. Pada pendapat Aulia, agaknya berap ajauh jarak sini dengan Forgotten Hospital?” taya Harish.
            “Tak jauh. Lebih kurang 7 batu!” balas Aulia.
            “Bagus! Kita akan bertolak sekarang!”
            “Harish… perut Erisya berkeroncong… Erisya lapar,” Erisya tiba-tiba menyuarakan suara perutnya itu. Harish yang baru sahaja mahu bersiap sedia dengan pedang miliknya serta pistol Hand Gun buatan Belgium pemberian kerajaan untuknya melaksanakan misi ini.
            “Makan… Harish… Aulia pun lapar juga!” kata Aulia pula. Gadis dua orang ni dah mula buat hal. Aku yang tak makan sehari dan terpaksa bertarung dan berlawan dengan 4 ekor harimau (2 pada Zaman Rom Kuno serta 2 lagi pada zaman reality) pun tak ada rasa… Sebenarnya, lapar juga.
            “Aulia tahu tak mana sungai?” tanya Harish.
            “Ikut Aulia!” balas Aulia sambil mengarahkan Harish serta Erisya mengekorinya dari belakang. Mereka belari anak-anak mengikuti Aulia yang kelihatan berlari keluar dari perkampungan orang asli yang tidak berpenghuni itu.
            Dalam beberapa minit, mereka tiba di sebatang sungai luas. Kelihatannya perkampungan orang asli itu tidak jauh dari sungai Eurasia yang mengalir deras. Kamu berdua tunggu di sini, say anak terjun ke dalam, nak tangkap ikan!” kata Hraish tiba-tiba. Erisya dan Aulia sekadar mengangguk. Harish kemudian membuka bajunya lalu terjun ke dalam sungai. Dia telah biasa menangkap ikan menggunakan tangannya.  
           

Monday, February 1, 2010

T Pandemik 14: Tangsian Cinta Di Malam Prom


            “Akak tahu tak jalan ke sana?” soal Helmi tiba-tiba ketika mereka mula melangkah di atas jalan raya yang berturap itu. Leen menggelengkan kepalanya.
            “Ara tahu. Jangan risau…” balas Sahara perlahan dari belakang. Helmi tidak memperdulikan gadis itu. Dia sekadar mendengus kecil sambil menggerutu. “Aku tak cakap dengan dia pun…”
            Sahara mendengar gerutu Helmi yang kedengaran amat menyakitkan hati itu. Namun dia tidak dapat berbuat apa-apakerana apa dayanya jika orang yang sudah benci. Dia tahu semua ini terjadi kerana dirinya sendiri. Dia sedar yang dia telah mempermainkan hati Helmi secara tidak langsung. Dia seakan-akan telah memberi harapan palsu kepada Helmi yang jejaka itu berpeluang untuk merebut hatinya padahal hatinya itu telah dimiliki oleh putera arab Saudi yang kaya raya serta kacak, yang Helmi fikir dirinya tidak standing Fahmi. Dia berasa sangat malu kerana merasakan yang cintanya bertepuk sebelah tangan… itu kata Helmi…
            “Awak…” pangiL Sahara perlahan dari belakang. Tangan Helmi tiba-tiba dicapainya lalu erat digenggam. Helmi tercenggang dengan apa yang dilakukan oleh Sahara itu. Jelas, yang ada sesuatu yang tidak kena dengan gadis itu. Helmi memberhentikan langkahnya.
            Azim dan Leen memerhatikan sahaja sandiwara dunia yang berlaku sekali lagi dihadapan mereka, walaupun kali ini tidak berlaku di hadapan mereka sebaliknya di tengah-tengah jalan raya bandar Eurasia.
            “Saya minta maaf. Awak… jangan buat saya macam ni!” teriak Sahara sambil air matanya merembes lagi namun Helmi diam membisu. Jejaka itu cuba melangkah, namun dnegan tiba-tiba Sahara memeluknya dari belakang, cuba menghalang Helmi dari pergi. Helmi terkesima.
            “Hehehehe…” Azim ketawa kecil.
            “Shyy…” Leen mengisyaratkan supaya budak kecil itu senyap. Leen tidak mahu Azim menggangu adegan romantik di hadapannya. Leen mahu menghayati detik itu. Azim senyap sebaik sahaja dimarahi oleh Leen.
            “Apa yang awak mahukan?” balas Helmi perlahan.
            “Saya mahukan awak!” balas Sahara tiba-tiba. DIa mendekapkan kepalanya dibelakang tubuh Helmi. Mata Helmi merah, air matanya mahu bergenang namun masih ditahannya. Ego seorang lelaki masih menguasai dirinya.
            “Saya? Mana awak nak campakkan Putera Fahmi?” balas Helmi pedas. Sahara diam seketika. “Apa gunanya saya pada awak kalau awak dah ada lelaki tu?”
            “Saya tak cintakan dia!” balas Sahara jujur. “Dia yang tergila-gilakan saya. Saya pula dipaksa oleh mama dan papa untuk nikahi dia sedangkan saya masih belum jumpa lelaki yang saya cari selama ni…”
            “Awak tipu!” balas Helmi.
            “Tak! Sumpah saya tak tipu awak. Benar, saya tak cintakan Putera Fahmi. Dia yang masuk melamar saya… pertunangan itu berlaku pun bukan atas kehendak saya! Macam mana saya nak tolak kalau dia dah hadiahkan kereta Mercedez Benz tu kat saya?” kata Shaara tiba-tiba lalu meleraikan pelukkannya sambil menundingkan jari hantunya kea rah sebuah kereta Mercedez Benz yang diparkir di tepi gigi jalan.
            Helmi tergamam. “Ara… siapa lelaki yang awak cari tu?” soal Helmi tiba-tiba.
            “Awak cemburu ke tadi?” Sahara tidak menjawab pertanyaan Helmi sebaliknya melontarkan soalan lain.
            “Saya apa? Err… taklah,” balas Helmi tergagap-gagap sedikit. Sahara tersenyum kecil.
            “Habis tu kenapa awak layan saya macam tunggul kayu bila awak dapat tahu tentang Putera Fahmi?” balas Sahara lagi. Helmi tidak tahu bagaimana untuk menjawab. Memang benar dia cemburui akan Fahmi kerana Berjaya memenangi hati gadis itu dahulu sebelum dia.
            “Saya cemburu… semua hanya kerana saya cintakan awak Sahara!” balas Helmi, yang terpaksa untuk mengakuinya. Shara kelihatan tersipu-sipu malu. Memang sangat ajaib kuasa tuhan, mereka telah saling jatuh cinta pada pandang pertama di tengah-tengah krisis, Dunia dirasakan berpusing dalam masa yang singkat. Sahara menghulurkan tangannya, menunggu dibalas oleh Helmi…

***

            Helmi dan Sahara melangkah sambil berpimpingan tangan. Leen dan Azim hanya memerhatikan mereka berdua dari belakang. Azim kemudian menarik baju Leen menyentapkan lamunan gadis itu. Leen jelas bahagia dengan kegembiraan yang melanda adiknya itu.
            “Ada apa Azim?”
            “Akak tak ada boyfriend  ke?” tutur Azim selamba, bertanyakan soalan sedemikian rupa. Leen terdiam sejenak, tersentak dengan soalan Azim itu, kemudian mengukirkan sebuah senyuman.
            “Tak ada sayang…”
            “Azim rasa kakak ni cantik. Tentu banyak orang minat kat akak!” bengkeng Azim tidak  puas hati. Dahinya dikerutkan sambil merenung bodoh ke arah Leen.
            “Azim ni memang suka bertanya ke?”
            Azim mengangguk sakan. Dia mengukirkan pula senyuman keanak-anakkan anugerah tuhan kepadanya. “Ya kak!”
            “Azim nak akak ceritakan kat Azim ke?”
            “Ya!”
            “Tapi dengan satu syarat! Azim kena anggap cerita akak ni sebagai sebuah rahsia besar dan Azim kena janji kepada akak yang Azim akan simpan rahsia ni?” balas Leen sambil tersenyum lebar.
            “Ya! Azim janji!” balas Azim kegirangan.

***

            Namaku Nurul Azlinda binti Dato’ Lee Huzaimi, anak kepada pemilik syarikat Greetings Holding. Orang pangilku Leen sahaja. Aku mempunyai seorang adik yang bernama Muhammad Helmi Zaxcrian. Hanya kami adik beradik di dalam keluarga ini. Tahun 2023 ini, aku bakal mengakhiri zaman persekolahanku dan apa yang bakal kutunggu-tunggu ialah malam prom.
            Hari terakhir sebelum malam prom tiba melandaku penuh dengan rasa kegusaran kerana belum mendapat pasangan untukku menari nanti. Bukanya tiada yang mahu menjadi pasanganku, cuma hati tak berkenan. Memilih? Siapa yang mahu teman malam prom sehodoh Rajoo atau sesepet Ah Chong? Maaf, andai bahasaku ini terlalu kasar. Sekurang-kurangnya Rajoo itu sekacak Shah Rukh Khan atau Ah Chong itu segagah Andy Lau. Mana aku nak letak wajahku ini kalau tersebar satu sekolah diva sepertiku ini pergi ke malam prom dengan manusai nerd seperti mereka. Sekurang-kurangnya aku patut keluar dengan jejaka hot macam Zed atau Andrew Tan, yang seorangnya kacak macam aktor holywood dan seorang lagi persis hero korea.
            “Alex! Cuma kau seorang aje yang tak ada pasangan untuk malam prom nanti!”  kata seorang lelaki yang lengkap berpakaian baju sekolah di kantin Sekolah Menengah Kebangsaan Eurasia.
            Alex tidak melayani rakannya itu sbealiknya terus menghabiskan Nasi Lemak yang baru sahaja dibelinya itu. Datang pula seorang gadis yang duduk di sebelahnya.
            “Tiara! Kau nak keluar dengan aku tak pada malam prom ni?” ajak Alex selamba. Tiara hampIr tergelak dengan ajakkan Alex itu.
            “Hoi Alex! Kau ajak aku pergi main bola ke pergi malam prom? Aduhai!” Tiara menggelengkan kepalanya. “Maaf. Aku dah ada pasangan dahlah untuk malam prom ni!” balas Tiara sambil menepuk-menepuk bahu Alex atau nama sebenarnya Muhammad Shafiq Alexander itu.
            “Kau pergi dengan siapa?” tanya Alex.
            “Mamat depan kau tu! Tarmizi! “ Alex tersedak air yang diminumnya. Tiara dengan Tarmizi? Biar betul apa yang aku dengar ni!” Tiara dan Tarmizi merenung Alex dengan pandangan yang penuh mencurigakan. Alex menyedarinya.
            “Okey-okey! Aku tarik balik apa yang aku katakan tadi!”kata Alex selepas dia tiba-tiba menjadi kekok dengan situasi di maan dia direnungi ketika makan.
            “Balik pada topik kita, siapa yang kau nak jadi pasangan malam prom kau nanti?” soal Tiara tiba-tiba. Alex kembali membisu. Jujurnya, dia memang tidak punya siapa untuk dijadikan pasangan. Semua yang cantik-cantik sudah dikebas orang. Malah, yang tomboy seperti Tiara tu pun ada yang berkenan.
            “Aku tahu kau belum ada siapa lagi di dalam kepala otak kau kan?” teka Tarmizi. Alex sekadar mengangguk. “Aku cadangkan kau pergi ajak perempuan yang paling popular dalam sekolah kita, Azlinda!”
            “Hah? Kau gila ke? Bukannya kau tak tahu yang aku dengan Leen asyik bergaduh aje…”
            “Tolong!” teriak satu suara lunak yang datangnya dari belakang kantin, menggangu perbualan ketiga-tiga sahabat itu. Namun, suara itu seperti lenyap begitu sahaja. Alex menangkap suara tersebut.
            Alex lalu bangkit meninggalkan kedua-dua rakannya itu terpingga-pingga. Dia berlari ke arah belakang sekolah untuk mencari punca suara itu.
            “Tolong Leen!” Alex tergamam apabila dia melihat mulut Leen ditekup oleh sekumpulan seorang pelajar yang Alex kenal sebagai samseng besar di sekolahnya ketika dia bersembunyi dis ebalik dinding.
            “Aku tanya kau sekali lagi, kau nak jadi pasangan aku untuk malam prom nanti?” tengking lelaki yang baju sekolahnya sudah terkeluar itu. Di belakangnya kelihatan konco-konconya. Leen tetap menggelengkan kepalanya.
            “Sial kau!” lelaki itu mengangkat tangan, cuba untuk memukul Leen.
            Leen menutup matanya. Mulutnya tidak bersuara kerana telah ditekup oleh lelaki itu. Hanya air mata sahaja mengalir sambil hatinya dipanjatkan ke hadrat ilahi.
            “Saudara! Tak baik lakukan sebegini kat gadis lemah macam dia!” tegur Alex sambil memegang tangan lelaki yang cuba menga-apakan Leen itu. Lelaki itu terkejut. Leen pula membuka matanya. Sekali lagi kejutan merenjat dirinya. Alex menjadi hero untuknya pada hari itu. Alex yang selalu dia perlekehkan…
            “Engkau siapa nak masuk campur!  Hal ini antara aku dengan Leen!”  kata lelaki itu. Leen masih tidak dilepaskannya.
            “Saya kekasihnya. Kenapa?” dakwa Alex tiba-tiba. Leen tergamam dengan apa yang dikatakan oleh Alex. Dia tidak menyangka yang Alex sanggup mengaku perkara sedemikian rupa. Dia bukan Alex yang aku kenal dahulu. Alex yang aku kenal merupakan seorang yang seringkali mengejekku singa tua dan hidung tinggi, bukannya orang sanggup berpura-pura untuk mejadi teman lelakinya. Lelaki yang menganggunya tadi tergamam dengan jawapan yang diluahkan oleh Alex.
            “Kau teman lelaki Leen? Kawan-kawan, dengar tak apa yang dia katakan? Dia kata yang Leen ni teman lelaki dia. Hahah!” Rakannya yang lain turut ikut ketawa, walaupun satu dua daripada mereka kelihatan seperti terpaksa.
            “Aku ada bukti!” balas Alex serius. Dia keliahtan melipat lengan baju kemejanya seperti sudah bersedia untuk bertarung. Keliahtan lengannya yang sasa itu. Slaah seorang konco lelaki itu kelihatan menelan air liur melihat Alex.
            Hampir tersembul biji mata Leen mendengar pengakuan Alex. Alex, kau jangan nak melebih-lebih pula kat sini. Bila masa pula aku jadi awek kau secara rasmi ni? Lelaki yang berlagak samseng itu kelihatan langsung tidak percaya dengan apa yang didengarnya itu.
            “Apa buktinya!?”
            “Buktinya ialah Leen dah berjanji untuk keluar dengan aku di malam prom ni!” balas Alex yang tiba-tiba mencapai tangan Leen lalu menggegamnya. Leen tercenggangd engan sikap Alex itu. Alex kemudian menarik Leen ke belakangnya. Cuba untuk menjadi pelindung.
            “Apa yang kau nak buat dengan dia?” soal lelaki itu.
            “Aku nak bawa lari dia gaya Majnun menceroboh istana ‘menculik’ Lailanya. Aku nak selamatkan dia persis Prince Charming menyelamatkan Puteri Fiona dari menara yang dijaga oleh naga! Aku nak selamatkan dia gaya Lu Bu merampas Diao Chan dari Maharaja Dhong Zhou,” begitu manis sekali Alex bermadah. Yang hebatnya, kata-kata indah itu keluar spontan dari mulutnya.
            “Kau jangan nak jadi Mat Jiwang kat sini. Pokoknya, aku mahukan Leen balik atau aku akan patah-patahkan tulang kau!” balas lelaki samseng itu. Alex tersenyum puas.
            “Cubalah kalau berani. Kau belum kenal jaguh Silat Harimau mana ni!” balas Alex yang lantas membuka langkahnya. Lelaki samseng itu menunjuk isyarat supaya anak buahnya membelasah Alex. Mereka berlari ke arah Alex sambil menghayunkan kayu dan besi di tangan mereka. Dalam masa yang singkat, mereka semua telah dibereskan oleh Alex walaupun tadi dia terkena tumbukan salah seorang dari mereka membuatkan matanya lebam. Lelaki samseng itu entah bagaimana berasa kecut perut.
            “Cikgu! Itu pun mereka!” kata Tiara dan Tarmizi sambil menundingkan jari kea rah sekumpulan geng tadi. Alex baru sahaja menyedari yang lengan baju Leen terkoyak. Tanpa diduganya, Leen terus meemluk dirinya. Dia menangis teresak-esak.
            “Terima kasih Alex! Leen minta maaf atas apa yang Leen buat kat Alex!” kata Leen yang masih menumpang bahu Alex untuk dia melepaskan tangisannya. Cikgu disipilin hanya tersenyum melihata gelagat anak muridnya itu. Dia tidak mahu menjadi pengacau dalam hubungan yang dari kaca matanya baru sahaja nak berputik.
            “Leen, kalau ya pun nak berterima kasih. Janganlah sampai peluk Alex depan orang ramai ni!” balas Alex tersipu-sipu malu. Leen menyedari apa yang dikatakan oleh Alex lantas meleraikan pelukannya. Dia melihat keadaan di sekelilingnya.
            “Maaf…” balas Leen.
            “Leen…” romantik nada Alex. “Sudi tak kalau Leen keluar dengan Alex malam prom nanti?” tiba-tiba sahaja Alex melutut gaya orang meminta seorang gadis meenrima lamarannya, dihadpaan semua pelajar sekolah.
            Leen kesima. Dia tidak menyangka yang Alex sanggup berbuat begini. Dia memandang keadana di sekelilingnya.
            “Terima! Terima!” suara pelajar begitu kuat melaungkan kata yang dianggap keramat ketika itu serentak. Alex pun dalam masa yangs ama memaki hamun dirinya sendiri di dalam hatinya kerana sanggup menjatuhkan ego sendiri kerana Leen.
            “Leen terima!” balas Leen tersipu-sipu.

***

            “Kita ada seorang jejaka yang sukarela nak nyanyikan sebuah lagu untuk seseorang!” kata pengacara majlis prom di sekolahnya. Leen pada malam itu kelihatan sangat cantik. Dalam masa yangs ama, Leen mencari kelibat Alex yang mengatakan yang dia mahu ke tandas tadi.
            “Dipersilakan saudara Alex yang mahu menyampaikan sebuah lagu yang bertajuk Untukmu Sayang, dendangan Alex!”
            “Lagu ini untuk gadis yang telah bertakhta dalam hati saya, Leen,” kata Alex sambil duduk di atas sebuah kerusi dan di tangannya terdapat sebuah gitar tong. Leen tergamam. Alex telah banyak menggemebirakan dirinya pada hari ini.
           
Keindahan pelangi adalah
Keindahan wajahmu sayang
Yang sering bermain di mata
Hatiku ini

Keharuman bunga kasihku
Hanyalah untukmu sayang
Bagaikan pantai dan lautan
Takkan terpisah

Kasih sayangku ini
Hanyalah untukmu
Kutelah berjanji
Kaulah yang satu
Dalam hatiku ini
Untuk selamanya
Oh sayang
Oh.. Oh..
Untukmu sayang

            Begitu merdu suara Alex mengalunkan lagu itu. Hati Leen tersentuh. “Leen, saya nak satu dunia tahu yang saya cintakan awak, sejak kali pertama kita bertemu… namun, saya pun tak mengerti kenapa kita sering bergaduh… awak dan saya boleh diibaratkan seperti anjing dan kucing. Kita sering bertekak walau untuk perkara yang begitu kecil. Tapi hari ini, saya nak kita diibaratkan seperti bulan dan bintang, Juliet dan Romeo serta sayang dan rindu! Tak boleh terpisah! Sudikah awak menari dengan saya?” sekali lagi Alex bermadah.
            “Saya sudi!” teriak Leen kegembiraan dari jauh. Alex meletakkan gitar tong itu lalu melangkah rturun dari pentas. Pasangan yang lain meemerhatikan betapa romantisnya Alex. Seolah-olah drama Hindustan bercampur dengan Korea ibaratnya mereka berdua ini – banyak adegan tidak logik serta terlalu mendayu-dayu hati.
            Leen dan Alx pun menari. Mereka antara pasangan yang paling menyerlah pada malam itu. Keintipan mereka paling manis dilihat sehingga dicemburui oleh pasangan lain. Alex sangat aneh pada hari itu.
            “Alex… kenapa awak tiba-tiba berubah?” soal Leen.
            “Awak nak tahu? Jangan menyesal sayang…”
            “Leen, hari ini mungkin hari terakhir saya jumpa awak. Saya nak menikmati saat ini dengan awak…” kata Alex tiba-tiba menyentakkan Leen. Alex! Apa yang awak cuba katakan ni? Awak baru sahaj amencuri hati saya!
            “Maksud saya… saya disahkan menghidap barah otak dan hidup saya mungkin tak lama! Dan hari ini hari terakhir saya bertemu awak. Bapa saya nak bawa saya ke Amerika untuk berubat. Dia percaya yang doktor di sana dapat mengubati saya! Saat terakhir inilah saya nak gunakan hanya untuk bersama awak! Seharusnya saya bertolak hari ini. Tapi, kerana awaklah saya minta ditangguhkan!” balas Alex sambil menitiskan air matanya. Leen tergamam. Langkah tarian jazz mereka terhenti. Leen kemudian menarik tangan Alex mengikutinya keluar dari dewan prom malam itu, untuk bersama-sama menikmati saat mereka berdua-duaan di luar dewan.
            “Kenapa baru sekarang awak bagitahu saya tentang perkara ni!” kata Leen yang erat merangkul lengan Alex. Dia melentokkan kepalanya di bahu jejaka itu. Mereka kini sedang duduk berdua-duaan di taman sekolah sambil memerhatikan bulan. Ada beberapa pasangan lain di situ. Dia tersedu-seduan menangis. Baru sahaja tadi Alex memberinya sirna bahagia, tapi begitu cepat Alex merentapnya.
            “Saya… tak nak awak bersedih!” balas Alex ketawa kecil walaupun matanya merah, cuba menahan diri daripada menangis.
            “ALEX! Saya serius ni!” kata Leen sambil mencubit lengan jejaka itu.
            “Auch! Sakitlah sayang!” balas Alex sambil mencuit hidung mancung Leen. Leen ketawa kecil.
            “Alex… saya sayangkan awak!”
            “Saya pun…” Air mata Leen deras mengalir.

***

            “Akak luahkan masa akak dengan Alex sampai pagi. Akak tertidur di riba Alex. Bila akak bangun jer, Alex hilang. Pak Guard jumpa akak tidur di kerusi taman sekolah!” sambung Leen lagi. Air matanya bergenang. Helmi dan Sahara turut menyertai untuk mendengar cerita Leen. Sahara turut menangis mendengar cerita sedih Leen itu.
            “Akak… jangan sedih-sedih tau!” kata Azim lalu mengesat air mata Leen dengan tangannya. Leen tersentuh. “Sejak peristiwa itu, akak nak tunggu abang Alex kamu. Akak yakin dia akan cari akak nanti!”
Powered By Blogger