Pembaca Setia !

Saturday, July 31, 2010

Hikayat Putera Ryan 15: Greedings dan The Haunted Canyon

“Kamukan anak Sammuel, gabenor Toraca Lake?” soal Ezry Viour, seorang gabenor muda yang kacak, berbadan tegap dan tinggi lampai orangnya – dia pemimpin kota paling kaya di wilayah Exathus serta yang paling kuat pertahanannya, Greedings. Matanya berwarna hijau manakala hidungnya mula mancung, berdagu runcing serta berambut hitam panjang sehinga ke paras bahu. Di belakangnya, duduk seorang gadis yang hampir sama tinggi dengan Ezry, berambut kelabu serta bermuka runcing di atas kuda Ezry. Tiara mengenali gadis itu ialah Tyra, isteri kepada Ezry. Wajahnya pernah dilihat dilukis oleh seseorang penulis jalanan di pasar Toraca. Tyra memang sangat jelita, saling padan dengan Ezry yang kacak itu.
            “Macam mana awak kenal saya?” soal Tiara termengah-mengah. Kebetulan ketika dia tiba di sebuah kota yang dikelilingi oleh tembok batu setinggi 3 meter manakala istana yang kelihatan sama mewah dengan Castle Palace itu, Ezry dan isterinya baru balik dari Hunter Crafting, lokasi pemburuan utama keluarga Viour. Di katakan Greedings ialah tempat kelahiran pengasas kerajaan Exathus.
            “Siapa tak kenal awak? Kejelitaan Tiara Brian dari Toraca Lake merentasi samudera, gunung-ganang dan gurun. Kalaulah saya tidak kenal awak… saya tak layak untuk pegang gelaran gabenor paling muda dalam sejarah Exathus,” balas Ezry sambil turun dari kudanya, kemudian menghampiri Tiara di atas kuda Red Hare.
            “Kenapa awak keseorangan? Bukankah awak baru sahaja berkahwin dengan Ryan, Putera Exathus itu? Mana Danish dan Sammuel?” soal Ezry bertalu-talu, kelihatan terlalu gopoh untuk mengetahui cerita yang bakal disampaikan oleh Ezry.
            “Sayang… bagilah Tiara bernafas dulu kalau iapun nak tanyakan soalan,” nasihat Tyra dari belakang.
            “Panjang ceritanya. Saya tak boleh ceritakan semuanya di sini! Bawa saya ke dalam…” pinta Tiara yang kelihatan keletihan sambil melihat sekelilingnya, takut diekori oleh sesiapa. Perjalanan sehari tanpa makan dan minum akhirnya berjaya ditempuhinya. Amanah suaminya yang tercinta harus dipikul dengan penuh rapi.
            “Tapi…” pertuturan Ezry terhenti apabila Tiara tiba-tiba rebah dari kudanya – pengsan mungkin kerana terpaksa mengharungi perjalanan yang panjang. Ezry sempat menangkap jasad gadis itu.
            “Kita kena bawa Tiara ke dalam,” bilang Ezry kepada isterinya. Kuda milik Ezry itu ditunggang oleh isterinya manakala Ezry mendukung Tiara berjalan ke arah istananya yang terletak di hadapannya, menimbulkan jelingan tidak senang pada pandangan isterinya, Tyra.
***
            “Saya kat mana ni?” soal Tiara terpingga-pingga melihat sekelilingnya. Ezry Viour, Tyra Viour dan seorang lelaki yang berbadan tegap, berambut perang dan mempunyai raut wajah yang sangat kacak.
            “Awak di Greedings, di bilik saya!” ucap lelaki yang berambut perang itu. Terdapat banyak gambar dan lukisan yang tergantung di bilik lelaki itu, dan semuanya tergantung gambar dan lukisan yang mempunyai unsur romantis. “Apa-apa pun, nama saya Romeo Charming! Panggil aje Charming!” Charming mengukirkan senyuman yang sangat menawan. Jantung Tiara berdegup dengan kencang tiba-tiba.
            “Dah tiga hari awak tidur tau,” tambah Charming lagi membuatkan Tiara berubah menjadi gelabah. Dia cuba bangkit, namun tubuhnya begitu lemah untuk bangun.
            “Awak kena berehat…” bilang Tyra perlahan melihat Tiara.
            “Berehat? Saya tak boleh,” bilang Tiara lagi. “Suami saya dan Aria terperangkap di lurah atau dasar Haunted Canyon. Ngarai tu dalam sangat. Saya perlu minta bantuan seseorang,” tegas Tiara.
            “Kalau macam tu, Charming, awak ikut Tiara!” Charming mengangguk gembira, tapi Tiara kelihatan tidak selesa dengan kehadiran Charming yang akan menemaninya.
            “Awak.. sebenarnya bukan tiga hari… baru aje tiga jam.” Charming membuat pengakuan berani membuatkan pandangan Tiara yang separuh simpati bertukar sangat menikam. Namun, Charming hanya tersengih nakal.

HENDAK MEMBACA DENGAN LEBIH LANJUT, Mari KLICK DI SINI:  http://www.penulisan2u.my/2010/07/novel-hikayat-putera-ryan-15/

Saturday, July 24, 2010

Hikayat Putera Ryan 14: Pengakuan Cinta

Kelihatan tiga ekor kuda meredah padang rumput yang menghijau. Red Hare dan Black Hare salah satu daripadanya. Putera Ryan, Danish dan Aria merupakan penunggang kuda mereka manakala Tiara menumpang suaminya, Putera Ryan, Deana menumpang Danish manakala Aria berseorangan.
            Wajah masing-masing masih kelihatan sedihnya walaupun peristiwa yang menyebabkan jatuhnya Exathus di tangan Cloudyst sudah tiga hari berlalu. Mereka kini hanya berpakaian seperti rakyat biasa kerana telah menjadi orang buruan. Banyak kawasan takluk Exathus telah jatuh di tangan kecuali beberapa kawasan kuat seperti Greedings, Faurasia, Dewtons, Frazed Tertiory dan Frozenland. Mereka masih bertahan dan sedang menunggu serangan dari tentera gabungan Persiana dan Cloudyst.
            “Kenapa agaknya Efer suruh kita ke Greedings?” soal Deana tiba-tiba. Tiara yang sedang memeluk erat Putera Ryan dari belakang itu menoleh memandang Deana, elf yang memiliki kecantikan yang sangat luar biasa, jika dibandingkan dengan manusia.
            “Antara 5 wilayah yang masih bertahan daripada serangan Cloudyst sekarang ini, Greedingslah yang terkuat sekali! Dalam perkahwinan Putera Ryan, kelima-lima wilayah tersebut hanya menghantar wakil mereka ke sana, jadi tidak perlu risau yang gabenor-gabenor  terlibat dan ditangkap pada peristiwa berdarah hari itu… ” jelas Aria bijak.
            “Aria memang pandailah…” puji Tiara. Namun, tiada balasan yang kedengaran dari Aria. Mungkin dia cemburu melihat kemesraan Putera Ryan dan Tiara. Hanya Putera Ryan dan Puteri Rukia sahaja yang mengetahui bahawa Aria menyimpan perasaan pada Putera Ryan.

(UNTUK MEMBACA LEBIH LANJUT , MARI KLIK LINK INI :  

http://www.penulisan2u.my/2010/07/novel-hikayat-putera-ryan-14/

Sunday, July 18, 2010

T Pandemik New Version!

Anda harus ke sini untuk membaca T Pandemik yang dibuat semula dalam versi yang lebih hebat dan mencabar!

http://www.penulisan2u.my/2010/07/novel-t-pandemik-1/

Friday, July 16, 2010

Harus Membacanya! Penting Dan Kecemasan!

Anda seorang peminat karya Hikayat Putera Ryan? Seringkali terlepas apabila novel ini diupdated ? Jangan risau, ikuti Facebook karya epik fantasi romantis ini di link di bawah ini:

http://www.facebook.com/pages/Hikayat-Putera-Ryan/101011603286274?ref=ts

Hikayat Putera Ryan 14: Pengakuan Cinta






mari ke: http://www.penulisan2u.my/2010/07/novel-hikayat-putera-ryan-14/
Kelihatan tiga ekor kuda meredah padang rumput yang menghijau. Red Hare dan Black Hare salah satu daripadanya. Putera Ryan, Danish dan Aria merupakan penunggang kuda mereka manakala Tiara menumpang suaminya, Putera Ryan, Deana menumpang Danish manakala Aria berseorangan.
            Wajah masing-masing masih kelihatan sedihnya walaupun peristiwa yang menyebabkan jatuhnya Exathus di tangan Cloudyst sudah tiga hari berlalu. Mereka kini hanya berpakaian seperti rakyat biasa kerana telah menjadi orang buruan. Banyak kawasan takluk Exathus telah jatuh di tangan kecuali beberapa kawasan kuat seperti Greedings, Faurasia, Dewtons, Frazed Tertiory dan Frozenland. Mereka masih bertahan dan sedang menunggu serangan dari tentera gabungan Persiana dan Cloudyst.
            “Kenapa agaknya Efer suruh kita ke Greedings?” soal Deana tiba-tiba. Tiara yang sedang memeluk erat Putera Ryan dari belakang itu menoleh memandang Deana, elf yang memiliki kecantikan yang sangat luar biasa, jika dibandingkan dengan manusia.
            “Antara 5 wilayah yang masih bertahan daripada serangan Cloudyst sekarang ini, Greedingslah yang terkuat sekali! Dalam perkahwinan Putera Ryan, kelima-lima wilayah tersebut hanya menghantar wakil mereka ke sana, jadi tidak perlu risau yang gabenor-gabenor  terlibat dan ditangkap pada peristiwa berdarah hari itu… ” jelas Aria bijak.
            “Aria memang pandailah…” puji Tiara. Namun, tiada balasan yang kedengaran dari Aria. Mungkin dia cemburu melihat kemesraan Putera Ryan dan Tiara. Hanya Putera Ryan dan Puteri Rukia sahaja yang mengetahui bahawa Aria menyimpan perasaan pada Putera Ryan.
            “Berapa jauh lagi jarak Greedings?” soal Putera Ryan dingin. Perasaan sedih masih menyelubungi. Puas dia menangis di pangkuan Tiara semalam, namun tak tertanggung perasaan sedih itu walaupun bebannya sudah berkurangan.
            “1 hari lagi sampailah ke sana, Putera…”
            “Jangan panggil aku putera lagi. Aku ialah Ryan! Tidak lagi memegang gelaran putera! Ingat tu,” marah Ryan tiba-tiba. Anak-anak buahnya itu saling berpandangan antara satu sama lain kemudian ketawa terbahak-bahak kecuali Aria.
            “Kau memang macam budak-budak Ryan!” sindir Aria dingin. Kudanya White Princess yang cantik dan sombong memang saling tak tumpah dengan sikap Aria sekarang. Putera Ryan mencebikkan wajahnya. Dia memang sudah bosan dengan sikap Aria kebelakangan ini, sejak tiga hari lalu. Aria akan mesra dengan orang lain tetapi akan bertukar dingin dengan dirinya dan Tiara. Tiara runsing, namun Putera Ryan tahu sebabnya.
            “Aria! Kenapa ni?” soal Tiara perlahan. Kuda Aria berhenti, selari dengan kehendak Aria sendiri. Dia menoleh dengan sangat perlahan ke arah Tiara. “Aku benci seorang perampas!” Kuda gadis itu kemudian memecut laju meninggalkan mereka terpinga-pingga.
            “Kenapa dengan dia, Ryan?” soal Danish. Namun, soalan Danish tidak berbalas. Putera Ryan sedang termenung jauh sambil membiarkan Red Hare, kuda kesayangannya itu berjalan sendiri.
            “Aku nak kejar dia!” kata Putera Ryan tiba-tiba. “Sayang… pegang abang kuat-kuat! Kita akan kejar Aria!” Tiara menganguk. Dia mengeratkan lagi pelukan di badan suaminya itu. Red Hare akan memecut pada kelajuan maksimumnya.
            “Boleh ke  Ryan kejar perempuan tu?” soal Deana.
            “Ini Red Hare, Deana. Apa-apa pun kuda tu boleh buat,” bengkeng Putera Ryan lagi. Deana terdiam sambil melihat kuda itu dengan penuh taksub. Kalau kuda itu, memang berharga jika dijualnya. Fikiran Deana sememangnya berkaitan dengan wang sahaja. Kalau tidak, manakan dia digelar The Stealer.
            “Kuda awak ni, Black Hare ke?” soal Deana pula.
            “Ya! Mana tahu, ni?” soal Danish sedikit manja selepas Putera Ryan dan Tiara jauh meninggalkan mereka.
            “Saya tahulah! Saya boleh baca fikiran awak tau!” balas Deana lagi.
            “Kalau macam tu, awak teka apa yang sedang saya fikirkan?”
            “Er…” Deana tidak dapat menjawab.
            “Saya tengah fikirkan macam manalah nak tawan hati seorang elf yang begitu jelita sekali di dalam dunia ini,” selamba benar Danish mengungkapkan perkataan itu membuatkan Deana tergamam. Seriuskah lelaki ini?
            “Deana? Kenapa?”
            “Awak bilang apa tadi?”
            “Saya bilang saya tengah fikirkan cara terbaik yang boleh saya manfaatkan untuk tawan hati awak,” Danish tekad untuk meluahkan perasaanya pada hari itu. Wajah Deana lantas bertukar menjadi merah. Pada masa ini, sempat lagi Danish tu berfikir mengenai cinta?
            “Danish, awak serius ke?” soal Deana yang masih lagi tidak percaya dengan apa yang di dengarinya pada hari itu.
             “Serius sayang…” Hampir pengsan Deana dibuatnya yang kemudiannya menimbulkan senyuman nakal di wajah keacak lelaki itu. Bagaimana benda macam ni boleh terjadi? Percintaan antara manusia dan elf? Tak pernah dibuat orang. Cinta larangan, Danish…
            “Maafkan Deana… Danish,” balas Deana perlahan, turut menundukkan wajahnya seperti yang berlaku pada Putera Ryan tadi. Riak wajah Danish masih tenang, walaupun riak wajahnya berubah sedikit. “Deana Elf dan Danish? Manusia. Cinta kita tak boleh bersatu. Danish kena sedar kenyataan ni…”
            “Kenapa tak cuba, Deana? Apakah kerana tidak pernah dibuat orang, kita tak cuba? Deana, saya cintakan awak. Jujur datang dari hati saya! Saya tak pernah jatuh cinta seuumur hidup saya, tapi saya bersyukur kerana berpeluang merasai cinta itu bila bertemu awak, dari kali pertama mata kita bertentang hari itu. Awak jaga saya, sehingga saya sembuh. Saya sanggup buat apa sahaja, hanya untuk awak, Deana,” balas Danish perlahan. Black Hare kudanya itu bergerak perlahan. Danish tidak perlu risau akan terpisah dan ketinggalan dengan rakan-rakannya yang lain kerana dia tahu jalan untuk ke Greedings, seperti Aria juga.
            “Awak… sekurang-kurangnya berikan saya masa untuk mengenali awak. Tak akanlah secepat ini,” pinta Deana yang mula rimas dengan sikap Danish itu. Danish tidak menjawab, sebaliknya kebisuan yang sangat mengjengkelkan melanda pasangan itu.
***
            “Aria, berhenti!” teriak Putera Ryan ketika mengejar Aria dari belakang menggunakan kudanya, Red Hare bersama Tiara. Aria terkesima apabila kudanya, White Princess tiba-tiba berhenti walaupun dia memaksa kuda itu untuk terus berlari. Mereka sedang berada di sebuah ngarai di daerah Greedings, berapa belas batu dari kota Greedings.
            “Kuda itu lebih faham akan perasan awak, Aria!” ujar Putera Ryan menghampiri Aria. Gadis itu masih tidak mahu memandang Putera Ryan. “Dia dapat mendengar isi hati awak! White Princess pun tak sanggup nak lihat awak dalam keadaan bersedih macam ni!”  
            “Awak yang tak faham perasaan saya dan tiak akan pernah faham Ryan!” tempelak Aria marah. Nadanya bertambah tinggi sedikit. Perasaannya kini sedang bergolak kerana Aria sememangnya tidak mahu bersikap sebegitu dengan Putera Ryan, namun apakan daya hatinya yang sakit dengan perkahwinan Putera Ryan dengan Tiaria tak tertanggung dek kemesraan yang dipamerkan oleh pasangan pengantin baru itu.
            “Tak pernah faham awak kata? Apa maksud awak Aria? Tak akanlah saya tak pernah faham perasaan seseorang telah saya anggap sebagai kakak kandung saya sendiri!” balas Putera Ryan tenang.
            “Kau kata yang kau faham perasaan aku? Kau jangan buat aku tergelak, Ryan!” bahasa yang dilontarkan oleh Aria semakin kasar. “Selama ini kau sedar tak yang aku mencintai kau? Selama ini kau sedar tak yang aku merindui untuk menatap wajah kau? Selama ini kau sedar tak yang kau tu memang tuli dan buta. Pernah tak kau dengar suara hati aku? Dan kali terakhir kau hanya cakap kau sayangi aku… tapi hanya sebagai seorang kakak. Hati aku hancur pada saat itu. Kenapa aku harus bersenyum-senyum dan ketawa di hadapan seorang lelaki yang telah menghempas batu di atas hatiku?” teriak Aria teresak-esak meluahkan perasaanya. Tiara tergamam dengan pengakuan Aria itu manakala Putera Ryan hanya diam membisu sambil menundukan wajahnya.
            “Aria… maafkan Ryan!” tutur Putera Ryan perlahan namun Aria mula memaksa kudanya itu untuk berjalan. Namun, White Princess tidak langsung berganjak membuatkan Aria naik berang lalu melompat dari kudanya itu. Malang tidak berbau, Aria tergelincir lalu tubuhnya jatuh ke lurah ngarai tersebut.
            “Aria!” teriak Putera Ryan.
            Aria terjatuh ke ngarai yang setinggi 20 kaki itu. Putera Ryan lantas turun dari kudanya lalu meninjau dari atas, melihat Aria yang sedang mengerang kesakitan. Syukur pada tuhan, Aria tidak apa-apa. Tanpa membuang masa, Putera Ryan terjun ke dalam ngarai itu, dengan berani sambil sempat menjerit.
            “Pergi ke Greedings! Ezry Viour, gabenor kota Greedings akan membantu Ryan dan Aria! Katakan yang kami terperangkap di Greedings Canyon! Ngarai berhantu tu.”
            “Ryan, jangan!” teriak Tiara sambil cuba untuk mencapai tangan Ryan, Namun, jejaka itu sudah terjun terlebih awal ke dasar ngarai yang dalam itu. Jejaka itu mendarat dengan baik di sebelah Aria yang cuba bangkit, namun kesakitan yang melanda dirinya pada waktu itu kelihatan begitu menyeksakan.
            “Awak tak apa-apa, Aria?” soal Putera Ryan di sebelah gadis itu. Kelihatan dahi Putera Ryan berkerut melihat Aria yang sedang mengalirkan air mata dek kesakitan yang sedang di alaminya.
            “Ryan… kaki Aria,” tutur Aria perlahan sambil memegang kakinya itu.
            “Kaki? Kenapa dengan kaki Aria?” soal Putera Ryan sambil merenung kaki gadis itu.
            “Aria dah tak dapat rasa kaki Aria lagi!” teresak-esak Aria menangis. Putera Ryan terkesima dengan apa yang didengarinya. Tanganya perlahan di rayapkan ke arah kaki Aria yang terlindung di sebalik seluar itu. Dengan perlahan, Putera Ryan melipat seluar itu. Sekali lagi kejutan datang menjelma, kaki Aria kini mula kebiruan-biruan, tanda-tanda seseorang itu patah kaki.
            “Aria.. kaki kiri Aria dah patah,” bisik Putera Ryan perlahan. Satu raungan keluar dari mulut gadis itu. Putera Ryan kemudian ditumbuk-tumbuk lemah oleh Aria.
            “Ini semua salah kau, Ryan! Aku tak…”
            Aria tergamam apabila dirinya tiba-tiba dirangkul oleh Putera Ryan.
            “Aria… Ryan ada di sini. Jangan menangis lagi dan Ryan dah tak sangup melihat Aria menangis…”




Saturday, July 3, 2010

Hikayat Putera Ryan 13: Hujan Gerimis

Baju besi yang dipakai oleh Jeneral Muzri retak lalu berkecai jatuh ke tanah dek libasan Hell Balde tadi membuatkan lelaki itu tergamam sebentar kemudian tersenyum panjang. “Kau memang hebat… tetapi dah terlambat. Kawan-kawan aku telah berjaya sampai ke sini!” Efer tersentak dengan apa yang di katakan oleh Jeneral Muzri. Serentak itu juga, Jeneral Adam dan Zul yang sedang mempertahankan pintu masuk terpelanting ke belakang dengan luka yang dalam pada perut dan dada mereka, dek tusukan pedang. Sekumpulan askar yang berambut panjang dan bertopeng muka hitam, bersenjata dua bilah pedang yang kelihatan diikat pada tangan mereka sedang berdiri sambil merenung Jeneral Adam dan Zul yang terbaring tidak bermaya di lantai. Kemudian muncul dua orang lelaki yang muncul dari celah askar aneh tadi itu. Seorang berambut hijau sambil menutup sebelah matanya dengan kain manakala seorang berhidung mancung seperti burung kakak tua dan berambut jerami.
            “Seseorang bawa Queen Inoue, Putera Ryan dan Tiara pergi dari sini!” teriak Efer dengan riak wajah yang penuh dengan kegusaran.
            “Kau cuai Efer,” tutur Jeneral Muzri perlahan sambil menusuk perut Efer dengan Hell Swordnya sekali lagi. Mata Efer hampir terbeliak dibuatnya.
            “Sayang…” teriak Shania lalu berlari mendapatkan Efer yang sedang rebah ke tanah. Hanya lelaki itu yang dapat menewaskan Jeneral Muzri sekarang. Jeneral Muzri kemudian berjalan di singgahsana ke arah King Alexander yang sedang tersenyum melihat Jeneral Muzri.
            “Jangan hampiri dia…” Jeneral Fareez yang kemudiannya terkedu kerana apabila serangannya itu dipatahkan dengan sekali tumbukan dari Jeneral Muzri sahaja, dia terpelanting ke satu sudut di singgahsana itu.        
“Aku ulang… hanya aku yang setanding dengan kau, Muzri. Jangan kau cuba usik anak-anak buah aku lagi. Mereka belum kenal siapa kau lagi,” ujar King Alexander perlahan. Hell Sword yang berlumuran darah itu kelihatan masih belum puas untuk membaham nyawa manusia lagi.
            “Kau nak buat apa, Alex? Kau tiada senjata. Kau fikir kau boleh menang ke atas aku?” soal Jeneral Muzri jahat. King Alexander menggelengkan kepalanya.
            “Kita baru 5 tahun tidak bertemu, kau dah lupa siapa aku? Elli Esperedo!” teriak King Alexander sambil membuka tapak tanganya dengan luas. Satu cahaya kilat mula memancar memenuhi ruang singgahsana itu. Semua yang ada di situ tergamam. Sebilah pedang yang separuh ketinggian King Alexander muncul dari tanah.
            “Akukan Alexander Alhazred, pemegang kunci kepada Lightning Sword. Dengan pedang ini, aku akan pastikan kau mati di tangan aku, Muzri! Demi Exathus, tak akan aku benarkan kau mencalarkan nama kerajaan suci ini lagi!” tutur King Alexander perlahan lalu meletakkan kepala Queen Inoue dari pehanya lalu berdiri dengan tekad, untuk memulakan pertarungan darah.
            “Aku tak mahu pertarungan kita melibatkan campur tangan dari mereka semua. Katakan pada anak buah kau, aku mahu ia berlangsung dengan bersih!” arah King Alexander lagi.
            “Aku tak ada masalah. Tapi, kalau kau mati di tangan aku, jangan salahkan aku!” bilang Jeneral Muzri lagi. Pertarungan pun bermula dengan King Alexander yang memulakan pertarungan dengan berlari kepantasan yang boleh diumpamakan seperti kilat. Mata Jeneral Muzri tidak dapat menangkap penggerakan King Alexander itu. Zap! Satu libasan yang datang dari mana mengenai lengan Jeneral Muzri. Darah merah mengalir.
            “Cis! Perlawanan ini tidak adil Alex! Aku tak kata pedang kuno itu boleh digunakan! Berhenti, aku harus bercakap dengan kau!” kata Jeneral Muzri sambil memegang lengannya.
            King Alexander yang sedang mengelilingi Jeneral Muzri dalam kelajuan sepantas kilat itu kemudian berhenti. Pedangnya itu dikelilingi oleh kuasa kilat yang bewarna biru. “Tidak adil kau bilang, ya?”
            “Ya! Izinkan aku untuk menggunakan kuasa sehebat pedang kau itu. Hell Sword ini sudah tidak sabar untuk bertempur dengan pedang kilat kau itu!” tutur Jeneral Muzri perlahan.
            “Maksud kau?”
            “Kau dah lupa siapa aku, juga? Aku juga penjaga kunci senjata kuno. Aku juga tahu menggunakan kuasa seperti yang kau gunakan itu! Draco Flame!” Dalam sekelip mata pedang Jeneral Muzri dikelilingi oleh api yang kemerah-merahan. “Dari neraka dalam, kuasa ini akan membunuh kau!” King Alexander tergamam dan seperti King Alexander, Jeneral Muzri bergerak sepantas kilat menghampiri King Alexander dan pedang Hell Sword yang telah bertukar menjadi Flame Sword terus sahaja membelah perut King Alexander, sehingga terburai isi perutnya.
            “Ayah!” teriak Putera Ryan sambil berlari ke arah jasad ayahnya yang rebah ke tanah. Dalam masa yang sama, Jeneral Muzri melemparkan pedangnya ke arah Queen Inoue yang sedang tidur dek kuasa sihir Ferina. Sekali lagi adegan berdarah berulang, pedang itu tertusuk dada ibu Putera Ryan, Queen Inoue. Semua pahlawan yang sedang bertarung di singgahsana itu tergamam, termasuk dari pihak Cloudyst. Mereka seolah-olah baru sahaja dibatukan oleh satu kuasa yang sehebat medusa. Beberapa saat kemudian, jeritan kegembiraan kedengaran daripada askar-askar dari Cloudyst manakala bunyi esakan tidak berlagu mula dimainkan jeneral perang yang memihak kepada Exathus.
             “Mak! Ayah!” teriak Putera Ryan tiba-tiba. Jeritannya sangat kuat sehingga membangunkan Tiara yang tertidur tadi. Putera Ryan berlari ke arah Jeneral Muzri sambil mencapai pedang Lightning Sword milik ayahnya. Perasaan amarah yang hebat mengalir dalam diri anak muda itu.
            “Apa… kenapa? Ayah?” Deana berlari ke arah Tiara dan cuba menenangkannya.
            “Seseorang tolong halang Putera Ryan. Dia hanya menempah mautnya sahaja!” jerit Efer yang sedang termengah-mengah kesakitan dek luka di perutnya angkara Jeneral Muzri. Air suci dari Sungai Ceberus agak lambat dalam menyembuh luka dari Hell Sword.
            “Demi mak dan ayah. Aku tidak akan membiarkan kau begitu sahaja…” teriak Putera Ryan sambil cuba menikam Jeneral Muzri dengan pedangnya. Air rmata mengalir dari kelopak matanya itu. Dugaan yang terlalu berat untuk dipikul pada usia semuda itu. Perasaan terkilan dan sedih apabila kedua-dua ibu-ayahnya telah dibunuh tanpa belas kasihan di hadapannya kelihatan telah merasuk dirinya.
            “Ryan! Berhenti!” jerit satu suara yang begitu dikenalinya.
            “Kakak?” soal Putera Ryan tergamam. Baru sahaja dia menyedari yang sejak daripada tadi, tiada langsung bayangan kakaknya itu kelihatan.
            “Kakak suruh Ryan berhenti bunuh orang yang telah membunuh ibu dan ayah kita? Kakak bergurau ke apa?” perli Putera Ryan. Jeneral Muzri hanya berdiri di situ dengan bangga kerana sudah ramai jeneral perang yang ditumpaskannya, Jeneral Redzuan, Efer dan kini King Alexander.
            “Ayah dan ibu dah mati?” tergagap Puteri Rukia menuturkan kata-kata itu. Dia terlutut di lantai. Air matanya juga tumpah seperti Putera Ryan.
            Tang! Jeneral Muzri cuba menyerang curi Putera Ryan, seperti mana yang di lakukannya ke atas Efer tadi, namun ketangkasan Putera Ryan diuji di situ apabila serangan Jeneral Muzri tadi berjaya ditahannya menggunakan pedang milik arwah ayahnya itu. Jeneral Muzri sempat berundur beberapa tapak, terkejut dengan tindak balas pantas Putera Ryan itu.
            “Elli Esperedo!” teriak Putera Ryan dengan jeritan yang penuh dengan unsur dendam. Pedangnya itu kembali dilitupi oleh kuasa kilat yang serupa dengan yang dilakukan oleh ayahnya. “Aku tidak akan benarkan kau selamat! Bersedialah untuk mati!” Masing-masing tergamam apabila Putera Ryan mampu menggunakan kuasa yang mengambil masa bertahun-tahun untuk dimahirkan dalam beberapa saat. Perasaan amarahnya di atas kehilangan kedua-dua ibu ayahnya telah membuka kebolehan sebenar jejaka itu.
            Dengan sepantas kilat Putera Ryan bergerak ke arah Jeneral Muzri, dan seperti Putera Ryan, lelaki itu sempat mengelakan serangan Putera Ryan. Pertarungan pun berterusan dengan serangan yang bertalu dari kedua-dua belah pihak. Masing tidak langsung mengenai antara satu sama lain. Lantai tempat mereka bertarung boleh diibaratkan seperti hampir hancur kerana kekuatan mereka yang memang mengagumkan. Setelah bertarung hebat dalam 20 serangan, Jeneral Muzri tiba-tiba berteriak.
            “Fahmi.. Zarx! Bantu aku. Budak ni memang terlalu hebat!” teriak Jeneral Muzri meminta bantuan.  Jeneral Fahmi dan Zarx yang sedang memerhatikan pertarungan itu kemudian mengangguk setuju lalu menyerang Putera Ryan dari belakang. Putera Ryan sempat mengelak serangan mereka dengan melompat ke belakang gaya ahli akrobatik terkenal.
“Drakengard… bunuh semua yang melindungi ahli keluarga Alhazred kecuali Puteri Rukia,” arah Sammuel mula menyedari akan tanda-tanda kekalahan Jeneral Muzri di tangan Putera Ryan. Tiara lantas bangkit walaupun kepalanya masih bersisa rasa pening, mungkin kesan dari kuasa sihir Ferina.  Drakengard mula menghampiri pahlawan-pahlawan Exathus yang lain.
            “Ayah? Ayah bergurau ke? Bukan ke ayah di pihak Exathus?”
Hendak membaca yang selanjutnya? Mari ke:  http://www.penulisan2u.my/2010/07/novel-hikayat-putera-ryan-13/