Pembaca Setia !

Saturday, February 20, 2010

T Pandemik 17: Cinta Bertaut Kembali


            “Akhirnya, kita dah sampai dah!” luah Azim kepenatan. Setelah 30 minit mengatur langkah ke Hospital Kebangsaan Eurasia Malaysia, akhirnya mereka tib. Hospital yang setinggi 30 tingkat itu bediri megah di tengah-tengah Bandar Eurasia yang kini sudah sunyi sepi. Hospital itu kelihatan turut sama menerima nasib yang sama dengan Bandar Eurasia. Tiada seorang yang pun kelihatan.
            Sahara sedang memegang erat lengan Helmi sambil mendongak melihat banggunan yang tinggi melampai itu. Leen pula sedang erat menggengam tangan Azim. Entah kenapa hatinya resah untuk menjejakkan kakinya.
            “Tempat ni sunyi jer El…” soal Sahara tiba-tiba. Helmi memalingkan wajahnya untuk menatap Sahara. Air muka gadis itu jelas menunjukkan bahawa dia sedang diselubungi sebuah perasaan takut yang amat sangat.
            “Sunyi… memang sunyi.. apa-apa pun kita kena masuk ke dalam dulu. Mungkin ada sesuatu yang berguna di dalam yang boleh kita dapatkan panduan! Atau pertolongan…” balas Helmi serius. Dia orang yang pertama yang melangkah masuk ke dalam hospital itu yang kemudiannya dikuti oleh Sahara, Leen dan Azim.     
            “El… hati-hati,” bisik Sahara di telinga Helmi. Jejaka menganguk, tetap cekal meneruskan langkahnya. Ketakutan bukanlah masalah utama. Apa yang perlu ditakutkan selain zombie? Hantu… tidak mungkin.. tak wujud pun.
            Mereka melangkah semakin dalam meneroka hospital itu. Namun, semuanya kosong. Tiada kelibat seorang manusia di situ. Namun, anehnya kesan darah kelihatan merata-rata tempat.
            “Peliklah…” tutur Leen perlahan.  Azim menganguk sakan.
            Bum! Pintu hospital itu tertutp. Pintu automatik yang dibuat daripada besi, dikawal seratus-peratus ternyata merupakan penjara baru kepada kumpulan 5 orang ini. Sahara melepaskan lengan Helmi lalu berlari ke arah pintu masuk Hospital itu. Dia mengetuk-ngetuk cermin hospital itu. Sahara kemudian mengeluarkan shot gunnya lalu melepaskan tembakkan. Namun, cermin pintu besi yang menutup jalan keluar mereka seperti tidak berkesan. Sahara terlutut di tanah. Air matanya mengalir sambil dia menghentakkan penumbuknya ke lantai
            “Ara! Sudah Ara! Jangan macam ni!” kata Helmi sambil menarik Sahara. Gadis itu tidak berganjak sebaliknya berkata. “Semua ini salah Ara! Ara bawa semua ke sini! Ara ingat dapat tolong semua! Tapi, Ara silap! Hospital ni pun tetap sama! Sama sial macam Ara!”
            “Ara! Tak baik cakap begitu… kita tak tahu…”
            “Kita tahu! Ara sentiasa membawa sial! Walau ke mana saya pergi! Racoon City… Eurasia. Semuanya hancur kerana saya ada! Sekarang, giliran awak semua!” rintih Sahara sambil mengalirkan air mata.
            Pang! Sahara tergamam. Sebuah tamparan hinggap diwajahnya dan tamparan itu dihadiahkan oleh Helmi. Air mata seakan-akan tersekat dari terus mengalir. Dia bingung kenapa Helmi menghadiahkan tamparan dengan tiba-tiba.
            “Ara sedar tak apa yang Ara sedang katakan ni? Beristghfar banyak-banyak. Tak ada manusia pun dalam dunia ni dilahirkan oleh Allah dengan sial tau! Allah maha adil! Dia bukannya kejam!” kata Helmi sambil menggoyangkan bahu Sahara. Sahara terdiam. Emosi dan bisikan syaitan merasukinya tadi. Mujurlah Helmi sempat menyedarkannya sebelum apa-apa yang teruk berlaku.
            “Maafkan Ara…” tutur Sahara perlahan.
            “Jangan minta maaf kat El. Minta maaf yang di atas tu!” balas Helmi menegur. Sahara sekali lagi tersentak. Jawapan El itu walaupun kedengaran pedas namun ada hikmahnya. Apa-apa pun dia tidak mahu memanjangkan masalah lalu bangkit untuk berdiri.
            “El… jom pergi…” balas Sahara. Helmi tersenyum memanjang. Tamparannya itu tadi, walau tidak sekuat mana, telah berjaya membuka mindanya. Namun, kali ini, Leen pula meragam. Dia sedang duduk berpeluk tubuh di lantai Hospital itu.
            “Akak kenapa ni?” soal Helmi. Kakaknya itu pula yang membuat perangai. Hari yang sangat malang bagiku.
            “Azim… Azim dah hilang… semua ni salah akak! Akak tak boleh jaga dia! Jaga dia seorang pun aka tak mampu, memang patutlah akak berpisah dengan Alex…” tutur Leen perlahan. Perasaan aneh mula timbul dalam diri anak muda itu, Helmi. Mengapa apabila mereka semua menjejakkan kaki sahaja ke dalam hospital itu, perasaan menyalahkan diri mula timbul. Leen yang dikenalinya bukanlah selemah itu. Dia mampu hadapi semua dugaan dan cabara dengan penuh tekad dan ikhtizam.  
            “Akak! Sekarang bukannya waktu untuk kita salahkan diri kita! Apa yang penting kita kena cari Azim sekarang juga!” balas Helmi. Dia menaik-narik tangan Leen supaya gadis itu berdiri.
            “Adik tak tahu. Kerana akak, ayah, ibu, dan Alex. Mereka semua dalam susah malah mati! Apakah akak ni terlalu sial?” balas Leen. Semangatnya tiba-tiba jatuh. Ada sesuatu yang tidak kena di sini. Seseorang… perasaan menyalahkan diri sendiri… Hospital Eurasia Kebangsaan… semua ni macam… peristiwa tu! Alamak! Gas 009-Q3 dilepaskan buat kali kedua!” Helmi mula menyedari ada sesuatu.
            5 Tahun lalu, satu kejadian aneh telah berlaku di Hospital itu. Banyak pekerja Hospital Eurasia yang tidak mahu bekerja, membunuh diri dan mogok. Mereka melakukanya atas sebab yang agak kabur, hanya kerana melakukan dua tiga kesilapan kecil. Hal itu amat membimbangkan. Namun, seorang saintis bersama anak-anak buahnya telah merungkai misteri di sebalik kejadian aneh itu. Bukannya kerana rasukan makhluk halus yang dikatakan oleh sesetangah orang tetapi kerana satu gas yang diberi nama oleh saintis itu sebagai Gas 009-Q3. Gas yang kononnya telah diciptakan oleh pihak Soviet dalam peperangan dahulu. Gas yang dikatakan mampu merosakkan saraf penghidunya lalu membuatkan mereka semua berkelakuan pelik seperti mahu membunuh diri, menyalahkan diri sendiri. Penawarnya, kena ada seseorang yang menyedarkan orang yang terhidu gas yang tidak berbau, bewarna dan tidak berasa itu. Kalau dibiarkannya, mereka akan jadi gila atau diserang strok malah mungkin membunuh diri.
            “Akak! Bangun kak! Jangan macam ni. Mungkin ini ketentuan Allah!” Helmi menepuk pipi Leen. Gadis itu tidak menunjukkan sebarang respon sebaliknya hanya bertuturan sendirian.  Percakapannya mula menjadi semakin merapu sehingga sukar difahami oleh Helmi. Sahara memerhatikan sahaja.
            “Sahara pergi cari Azim! El nak uruskan kakak El kat sini!” arah Helmi serius. Dia harus berbuat sesuatu sebelum situasi menjadi lebih teruk lagi. Sahara menganguk lalu berlari meninggalkan koridor yang menghubungkan mereka ke pintu keluar Hospital itu. Gadis itu erat menggengam senjata shot gunnya. Peluru masih banyak di dalam poket seluar jeannya.
            Sahara melangkah menyusuri koridor-koridor yang sunyi. Walaupun perasaan takut menyelubungi hatinya, namun digagahkanya. Tiada apa di situ… Cuma tempat orang mati aje. Gulp… orang mati ? Sahara menoleh ke belakang. Apakah dia harus berpatah balik? Tiba-tiba satu botol telah dilontar entah dari mana bergolek mengenai kaki Sahara dan bergolek lagi lalu mengenai dinding lalu berhenti. Kedengaran juga bunyi tapak kaki orang berlari. Sahara menghampiri botol itu lalu menggapainya.
            Terdapat sepucuk surat di dalamnya. Sahara membuka penutup botol kaca itu lalu memasukkan jarinya untuk mengambil surat dan seterusnya membaca isi kandungannya.
            Kepada Sahara
            Jika mahu bertemu dengan Azim, selesaikan teka-teki ini dahulu dan kamu akan berjumpan dengan budak kecil ini. Saya bagi masa buat kamu selama 2 Jam sahaja atau budak ini akan mati.

P.S: Tempat ini sejuk, mereka tidak bermaya, seakan-akan lumpuh namun bukan. Seakan-akan lemah, memang ia tapi mungkin di atas sebab lain. Di manakah mereka?
                                                                                                                         Yang Benar,
                                                                                                        Yohan The Manipulated            
            Sahara menggaru kepalanya memikirkan jawpaan kepada teka-teki yang dilemparkan oleh Yohan kepadanya. Siapa Yohan? Apa kaitannya antara teka-teki ini dengan lokasi Azim. Aku harus membawa surat ini kepada Helmi. Mungkin dia boleh membantuku. Baru sahaja Sahara mahu bangkit, tiba-tiba ada seorang lelaki telah menekapkan wajahnya dengan kain lalu menariknya ke sebuah bilik kosong disebelahnya. Dia tidak dapat menjerit meminta tolong.
            “Awak… janga bising kalau nak saya lepaskan awak?” tutur lelaki yang menekapkan wajahnya dari belakang. Leen mengangguk sedikit. Lelaki itu melepaskan Sahara. Sahara menoleh ke belakang.
            “Kenapa awak buat macam..”
            “Syhh!” balas lelaki yang berambut hitam pendek dan kacak itu. Dia memakai jaket hitam yang berbulu di bahu untuk melindungi baju pesakit hospital. Lelaki itu kemudian menarik Sahara merapati dinding.
            “Ada zombie dalam hospital ni!” kata lelaki itu perlahan. Awak bagi saya shot gun tu!” kata lelaki itu. Sahara menuruti sahaja arahan lelaki itu.
            “Satu.. dua… tiga…!” teriak lelaki itu lalu menendang pintu bilik itu dan melepaskan beberapa das tembakan. Sahara melihat sahaja adegan aksi tersebut. Begitu hebat lelaki itu bermain senjata. Sahara tidak mengetahui berapa banyakah zombie yang sedang mengganas di luar bilik yang kosong itu. Katil-katil kosong tanpa pesakit. Ubat-ubat berselerak di lantai. Tompokkan darah jug akelihatan di dinding.
            “Selesai… terima kasih sebab pinjamkan senjata awak kat saya.” Lamunan Sahara tersentak. Lelaki itu menyerahkan shot gunnya. Dia tersengih bodoh di hadapan Sahara. “Er.. saya kat mana ni?” soal lelaki itu tiba-tiba.
            Sahara terlopong memanjang. Apa kena dengan lelaki ni? Gila ke? Tapi, ni bukan hospital gila. Fikir Sahara lagi.
            “Hospitalah. Apa-apa pun, nama saya Sahara.” Sahara memperkenalkan dirinya. Dia cuba menduga persolaiti lelaki di hadapannya itu.  Lelaki itu menggaru-garu kepalanya. Bingung dengan soalan yang dilemparkan oleh Sahara itu.
            “Saya.. Nama saya? Er… saya tak ingat!” Lelaki itu menjawab bersahaja. “Awak kenal tak siapa saya? Saya sedar dari tidur saya tadi… dua jam tadi. Semua orang seperti mahu lari dari tempat ni. Saya bersembunyi dalam almari kecil tu! Saya takut! Tapi, ada satu makhluk, ganas sangat. Dia jumpa saya menyorok kat dalam ni, dia tarik saya dengan kekuatan yang luar biasa. Mujurlah saya ada kayu tu!” Lelaki itu menundingkan jarinya ke arah sebatang kayu tergeletak di tanah. “Tapi, masa tu. Tempat ni dah jadi sunyi semacam aje… lepas tu benda tu bangun lagi lepas saya pukul. Dia keluar dari bilik ni dan masa tu saya kejar dia, saya jumpa awak kat luar! Saya tarik awak masuk dalam dan minta shot gun awak! Diaorang ada  banyak! Saya bunuh diorangs emua dengan shot gun tu!” tutur lelaki itu panjang lebar. Sahara menyimpulkan yang lelaki itu terkena amnesia.
            “Awak ikut saya! Mari… saya nak bawa awak jumpa seseorang!” Sahara menarik tangan lelaki itu lalu meredah koridor ke tempat Helmi. Lelaki itu membontoti Sahara dari belakang.
***
            “Alex!” teriak Leen tiba-tiba. Perangainya lanta sberubah dari duduk berpeluk tubuh di sudut koridor itu kepad akembali ceria. Helmi lega dengan perubahan mendadak Leen. Jenuh dia memujuk kakaknya. Akhirnya… eh nanti dulu. Itu Alex bukan?
            Lelaki itu terkesima apabila Leen memeluk erat tubuhnya, seolah-olah telah berpisah lama. Air mata bercucuran membasahi pipinya. Helmi tersenyum. Dia menghampiri Alex lalu menepuk-nepuk bahu lelaki itu.
            “Kau semakin kurus dan cengkung. Jauh berbeza seperti dua tahun lalu. Sangat-sangat berbeza!” kata Helmi tersenyum. Wajah Alex kosong. Dia tida mengerti akan semua itu dan yang paling penting dia rimas dengan pelukan Leen itu. Nafasnya terasa sesak. Leen akhirnya meleraikan pelukannya dan menatap wajah Alex dengan kusyuk. Sudah lama dia merindui wajah itu.
            “Nama saya Alex ke?” soal Alex kebingungan. Leen terkejut dengan jawapan yang keluar dari mulut Alex.  

0 kritikan:

Powered By Blogger