Pembaca Setia !

Sunday, February 6, 2011

Sipnosis R.A.I.N.B.O.W

Sebuah kisah cinta mengenai sebuah band muzik bernama Rainbow. Mereka dianggotai oleh lima orang anak muda yang telah bersama-sama memperjuangkan kumpulan muzik mereka itu sejak sekolah menengah lagi. Band Rainbow dinanggotai oleh El, Zul, Naem, Iwan dan Danial. Namun, setelah dua tahun band mereka bertapak di Malaysia. Mereka mengecapi kemasyuran yang tidak terjangkau. Nama-nama mereka mula dilaunkan oleh anak gadis Malaysia. Populariti naik memuncak sehingga mereka dilabelkan sebagai band nombor satu di Malaysia. Lagu-lagu mereka seperti Erti Perindu dan Janji sering disiulkan oleh orang ramai. Album pertama mereka mencecah jualan bestseller di seluruh Asia dan dunia dengan 70 Juta unit . Mereka artis Malaysia pertama yang mengadakan konsert jelajah asia dan menembusi pasaran dunia. Namun di saat kemasyuran mula diraih oleh mereka, Danial membuat kejutan dengan menarik diri daripada kumpulan mereka. Untuk mencari pengganti Danial, ujibakat telah di adakan dan sebaris dengan saranan pengurus mereka untuk mencari pengganti perempuan. Dahlia Cempaka adalah gadis yang paling bertuah apabila terpilih. Namun kehadiran Dahlia mengubah segala-galanya.


Seorang jejaka yang pernah terluka kerana cinta...
Seorang jejaka yang sering mempermainkan cinta...
Seorang jejaka yang terlalu mengagungkan cinta...
Seorang jejaka yang sangat membenci cinta...
Bagaimana kalau MEREKA jatuh cinta serentak pada seorang gadis, yang masa mentah mengenal 

erti cinta ?


Untuk membac


BAB 1 http://helmieffendy.blogspot.com/2011/01/rainbow-1.html
Bab 2: http://helmieffendy.blogspot.com/2011/01/rainbow-2.html
BAB 3: http://helmieffendy.blogspot.com/2011/01/rainbow-3.html
Bab 4: http://helmieffendy.blogspot.com/2011/01/rainbow-3.html
Bab 5: http://helmieffendy.blogspot.com/2011/01/rainbow-5.html

Wednesday, January 26, 2011

Blog Ini Berpindah Ke:

http://helmieffendy.blogspot.com

Sunday, December 19, 2010

Epik Cinta Exathus 1



*ECE adalah gantian untuk karya Hikayat Putera Ryan. 



Zaman itu, jauh beribu tahun sebelum munculnya Mesopotamia, Rom dan China, Exathus, Persiana dan Cloudyst telah berdiri, mereka terlebih dahulu  menyimpan seribu misteri. Zaman di mana pernah berdirinya tiga buah kerajaan yang telah mencorakkan sebuah sejarah yang pernuh warna-warni, zaman yang dipanggil The Age Of Talent. Antara tiga, Exathus ialah yang terkuat, digelar abang kepada dua yang lain. Exathus jika dirujuk dalam bahasa kuno pada masa itu bermaksud ‘penghulu kepada semua wira’. Lima ribu tahun, dan raja silih berganti dan dinasti pula silih bertukar, tiada satu kerajaan atau tamadun pun yang mampu untuk menggugat kewibawaan kerajaan ini. Putera Ryan Alhazred, pemilik nama indah itu merupakan salah satu daripada sejarah Exathus pada hari ini.

Ryan Alhazred merupakan satu-satunya waris lelaki kepada keluarga Alhazred yang kini memacu kepimpinan dinasti beraja Exathus, selepas era pemerintahan keluarga bangsawan Exathus yang sebelum ini, Frazed tamat. Orangnya merupakan jejaka berambut keemasan, bermata bundar serta tinggi lampai. Putera Ryan Alhazred juga merupakan seorang yang sangat hebat bermain pedang, mungkin mewarisi bakat itu dari ayahnya Raja Alexender Alhazred II. Putera Ryan Alhazred telah mengikuti ayahnya Alexender dalam setiap peperangan yang melibatkan kerajaan ayahnya itu, terutamanya dengan Cloudyst, musuh utama Exathus walaupun hanya sekadar menjadi penonton dari jauh kerana usianya yang belum boleh membenarkannya pada waktu itu. 

Cloudyst, diakui oleh para sejarahwan mungkin antara satu-satunya kerajaan di dunia pada waktu itu di yang mampu untuk menggugat kehebatan Exathus walaupun peperangan yang berlaku antara mereka sudah berlanjutan selama lebih seratus tahun, dan hampir semua peperangan tersebut melibatkan kekalahan Cloudyst. Namun, Raja Zakry, pemimpin Cloudyst yang gagah itu, masih setia dengan impiannya, tidak mahu menyerah kalah sebelum nyawanya sendiri diragut. Dia menyimpan tekad dan azam untuk menguasai kekayaan Exathus yang merupakan pengeluar emas utama di dunia. Cloudyst merupakan tanah gersang yang lokasinya terletak di arah barat empayar Exathus yang melebar sehingga dua kali saiznya kerajaan Cloudyst yang sememangnya sangat memerlukan sumber-sumber alam yang ada pada Exathus untuk kerajaannya terus bertahan memandangkan kedudukan muka bumi Cloudyst yang bergunung-ganang serta bergurun luas.

Penduduk Exathus pada hari ini, masih terhutang budi kepada Jeneral Redzuan, lelaki yang merupakan kunci utama kepada tamatnya persengketaan yang berlanjutan lebih dari berabad lamanya itu. Peperangan terakhir yang berlaku antara Exathus dan Cloudsyt telah diacukan sebaik mungkin oleh Jeneral Redzuan. Bahkan, lelaki yang selama ini dikatakan tidak terkalahkan, seorang manusia separa gergasi mati di tangan Jeneral Redzuan dalam peristiwa yang sangat dramatik itu. Rekod pada hari ini menceritakan bahawa Sungai Felcon yang merupakan salah satu daripada nadi pengakutan air di Exathus tersekat alirannya disebabkan oleh jutaan mayat tentera yang terkorban, malah ada yang berani mengatakan bahawa air sungainya bertukar menjadi warna merah. Detik itu tersemat kerana keperwiraan Redzuan memimpin tiga puluh ribu orang tentera menggempur tiga ratus ribu orang askar Cloudyst.

***

Putera Ryan sedang kusyuk berlatih bermain pedang dengan beberapa orang anak buahnya di Arena Tempur di Istana Exatrian, Exathus. Jejaka yang berambut keemasan, berbadan tegap tidak berbaju dan berwajah kacak itu begitu hebat bermain pedang sehinggakan lima anak buahnya itu terpaksa mengalah. Gayanya sangat mengagumkan.

"Hahaha! Macam ni kamu kata nak jadi macam Jeneral Redzuan negara kita? Hahahaha! Bermimpi di siang harilah," perli Putera Ryan sambil menjeling penuh tajam ke arah anak-anak buahnya itu, apabila dengan senang dia mengalahkan calon-calon pelajar Akademi Jeneral yang dicabarnya tadi untuk bermain senjata. Dragon Sword yang seberat dua ratus kilogram itu diangkat oleh Putera Ryan dengan hanya sebelah tangan sahaja di bahagian hulu lalu dihentakkanya ke lantai lalu menggearkan sedikit lantai.

"Bagus-bagus putera. Gaya pertempuran yang tampak peningkatan dalamnya,” kedengaran suara memuji dari belakang yang diselitkan dengan sekali dua tepukkan. Putera Ryan menoleh ke belakang, kelihatan seorang gadis yang berpakaian besi yang ditempa khas untuk wanita. Gadis yang mempunyai raut wajah yang sangat cantik, dengan rambut hitam lurus panjang sehingga ke paras pinggang, tiada siapa akan percaya bahawa dia adalah salah seorang daripada jeneral perang hebat di Exathus.

"Oh awak. Ada apa pegawai peribadi kepada Putera Ryan, putera terkacak dalam sejarah Exathus?" balas Putera Ryan tersenyum kecil sambil menyelitkan beberapa pujian kepada dirinya, membuatkan Erica menjelirkan lidahnya, menyindir Putera Ryan. Pantas tangan Putera Ryan menyimpan pedang kesayangannya itu di dalam kantung yang disangkut di belakangnya lalu berpeluk tubuh.
"Untuk pengetahuan putera, Ryan merupakan putera yang paling perasan dalam sejarah Exathus," balas Erica mengusik lalu meletus tawa yang tidak dapat dibendung selepas melihat wajah monyok yang dipamerkan oleh Putera Ryan.

"Awak ni Erica. Tak boleh dibuat kawanlah. Apa yang Erica tahu hanyalah nak mengusik Ryan," balas Putera Ryan sugul. Erica tersenyum puas. Erica ialah Jeneral Askar Pemanah Exathus dan pada masa yang sama, dia merupakan pegawai peribadi Putera Ryan. Kehebatan Erica dalam memanah dikatakan sehebat elf dan mata Jeneral Zarx dari Cloudyst buta sebelah ialah kerana panahannya. 

"Putera, Yang Mulia berkenan nak jumpa putera. Katanya ada sesuatu yang ingin dibincangkan!" kata Erica sambil tersenyum, menyampaikan amanah berita dari Permaisuhri Inoue itu. Sugul Putera Ryan yang sejak tadi sering terus hilang, malah mula tertanya-tanya tujuan apakah dia dipanggil ke singgahsana pagi-pagi buta ini.

"Khabarkan pada baginda yang Ryan akan menghadapnya selepas mandi. Lagipun Ryan dah berpeluh sangat dah, tak manis kalau Ryan menghadap baginda dalam keadaan yang macam ni," balas Putera Ryan sambil mengelap tubuhnya yang sasa itu dengan sehelai tuala. Erica mengangguk lalu beredar dari situ, meninggalkan Putera Ryan keseorangan. Lengok jalan Erica itu mencuri perhatian beberapa pasang mata askar yang gatal. Erica memang hebat, jelita dan gagah.  

“Mungkin sudah tiba masanya untuk aku memikul tugas sebagai Jeneral Exathus Yang Utama yang digalas setiap raja dalam Dinasti Alhazred,” bisik hati kecil Ryan Alhazred. Ryan sempat juga menggenggam penumbuknya, menggambarkan keterujaan yang sedang menyelubunginya itu.

Kuasa seorang permaisuhri lebih tinggi daripada seorang raja di dalam kerajaan Exathus. Raja di dinasti Alhazred hanya ditugaskan untuk mengetuai segala urusan angkatan ketenteraan jeneral yang ditugaskan untuk turun berperang manakala segala urusan politik diuruskan oleh permaisuhri. Jeneral Exathus Yang Utama ialah gelaran yang akan dirangkul oleh setiap anak lelaki dalam Exathus ataupun raja Exathus.

Setelah selesai bersiap, memakai pakaian formal diraja yang biasanya disarung oleh seorang putera dinasti Alhazred, serta mengikat dahinya dengan sehelai bandana, sejenis tali yang sering diikat di dahi oleh pahlawan-pahlawan di Exathus, Putera Ryan tekad untuk menghadap Permaisuhri Inoue Alhazred I serta ayahnya, Raja Alexender Alhazred II. Langkahnya penuh cekal diatur ke arah singgahsana yang terletak di tingkat atas sekali istana itu.

Dalam langkahnya itu, dia tersempak dengan perbualan antara dua orang bangsawan yang sedang berbual di lorong panjang yang menghala ke arah dewan senat, tempat perjumpaan ahli-ahli keluarga bangsawan yang terdiri daripada seratus satu buah keluarga. Setiap ahli lelaki keluarga bangsawan akan menghadiri perjumpaan di dewan senat yang akan berlangsung selang beberapa minggu bagi membincangkan mengenai masalah negara.

"Kau dengar cerita terbaru tak? Permaisuhri Inoue nak hantar budak mentah Ryan tu ke Toraca Lake untuk melakukan kerja penyiasatan. Dengar cerita anak lelaki Keluarga Brian telah hilang diculik oleh figura aneh yang menakutkan ke dalam Hutan Darking," tutur bangsawan yang berbadan gempal itu. Bangsawan yang berbadan kurus itu pula kusyuk mendengar sambil serius mengangguk.

"Kau rasa Yang Mulia dah gila ke?" tambah bangsawan yang kurus itu sambil mencekak pinggang.

"Mungkin. Tak pernah terjadi dalam sejarah Dinasti Alhazred yang ahli keluarga lelaki dilibatkan dalam politik negara Exathus. Dia nak buat apa dengan Putera Ryan yang tak ubah macam tunggul kayu dalam arena politik Exathus tu? Hahaha…" balas bangsawan yang berbadan gemuk itu, bernada terkejut.

Langkah Putera Ryan yang bersemangat tadi terhenti. Semangatnya yang membara luntur begitu sahaja mendengar ketidaksopanan dua orang bangsawan tadi. Lancang sungguh mulut mereka. Mahu sahaja dia keluar untuk menangkap dua orang bangsawan itu serta menyumbat mereka ke dalam penjara Tricolor. Padan muka!

Tiba-tiba bahu Putera Ryan disentuh oleh seseorang. Putera Ryan sempat menoleh ke belakangnya. Jeneral Fareez, yang dikatakan lelaki terkuat selepas Redzuan di dalam Exathus, sedang berdiri sambil berpeluk tubuh. Fareez menggelengkan kepalanya, memberi isyarat kepada Putera Ryan agar biar dia sahaja yang menguruskan hal itu.

"Ryan jangan risau. Aku akan uruskan mereka," ujar Fareez, memaksudkan dua orang bangsawan yang masih belum sedar kesalahan mereka yang bermulut busuk ke atas keluarga pemerintah Exathus. Ryan dan Fareez sememangnya sudah biasa membahaskan aku dan engkau di dalam perbualan mereka walau darjat di antara mereka berdua jauh melambung jaraknya.

"Ehem.. ehem!" dehem Jeneral Fareez yang mencelah dari belakang. "Apa yang kamu bicarakan tadi, hah?" soal Jeneral Fareez sambil mencekakkan pinggangnya. Peluh mula membasahi wajah bangsawan-bangsawan tadi.

"Ap..apa ya..ng tuan... cakapkan tadi? Ka...mi tak faham. Kami tak cakap apa-apa pun…" balas bangsawan gemuk itu tergagap-gagap. Bangsawan gemuk itu meraup rambutnya yang dibasahi peluh itu. Kegelisahan menyelinap merayapi di salur sarafnya.

"Betul-betul… memang benar apa yang dicakapkan oleh kawan saya tu. Kami tak cakapkan apa-apa pun tadi," celah bangsawan kurus pantas. Jeneral Fareez tersenyum nakal lalu melemparkan jelingan curiga menyebabkan kedua-dua orang bangsawan tadi semakin tidak senang kelihatannya.

"Habis tu, boleh tak kamu berdua boleh tak bilang pada saya yang dari mana datangnya bunyi ni, 'Gila ke Yang Mulia' dengan 'Putera Ryan Seperti Tunggul Kayu' tu?" balas Jeneral Fareez jahat, menyebabkan salah seorang dari bangsawan tadi terkencing dalam seluarnya, bangsawan yang bersaiz gempal. "Kalau didengari oleh mana-mana pegawai yang bertugas pada hari ini, kamu mungkin akan disumbat ke dalam Penjara Tricolor. Hukuman yang paling ringan pun ialah penjara seumur hidup, itu pun kalau kamu berdua bernasib baik dapat meloloskan diri dari hukuman mati!" Hampir terbeliak mata kedua-dua orang bangsawan itu dimainkan oleh Fareez.

"Ini semua salah dia Jeneral. Saya dah larang dia tadi. Dia yang cakap Yang Mulia gila," tuduh bangsawan yang berbadan gempal itu sambil menunding jari ke arah bangsawan yang berbadan kurus. "Jangan hantar saya ke Tricolor! Saya tak nak mati…" Teriaknya yang kini sudah melutut merayu di kaki Fareez. Wajah kemerahan Fareez menunjukkan bahawa dia sedang terseksa menahan ketawa.

"Hah? Kau tuduh aku pula gemuk? Kau ke yang cakap Putera Ryan tu tak ubah macam tunggul kayu?" balas pula bangsawan yang berbadan kurus sambil menolak bangsawan gemuk yang sedang melutut tadi. Mereka kini sedang bertengkar antara satu sama lain. Air liur bersembur keluar daripada mulut mereka ketika cuba mempertahankan diri. Wajah Fareez merah menahan malu.

"Lebih baik kamu semua lari sebelum saya panggil pegawai atau askar yang bertugas dalam kiraan tiga. Satu... dua..." belum sempat Jeneral Fareez menghabiskan kiraannya, bertempiaran lari bangsawan-bangsawan tadi seperti lipas kudung. Ketawa besar meletus dari mulut Jeneral Fareez akhirnya. "Putera boleh keluar sekarang!"

Putera Ryan keluar dengan wajah yang sugul. Dia langsung tidak berkenan dengan tingkah laku kurang ajar bangsawan tadi dan sangat berterima kasih dengan kehadiran Fareez yang memegang mandat sebagai Jeneral Berkuda Exathus. Fareez telah belajar cara mengendalikan kuda dengan baik dari puak gasar di Roxerda yang terletak di utara Faurasia.

"Terima kasih Fareez. Tak ada kau tadi, aku tak tahulah macam mana aku nak berurusan dengan dua orang tadi. Apa-apa pun, aku harus pergi, Yang mulia nak jumpa aku di singgahsana," kata Putera Ryan lalu berlari meninggalkan Fareez di koridor itu.

***

"Ampun dari bonda kerana anakanda lewat sebentar tadi. Apa yang yang bonda perlukan daripada anakanda?" tanya Putera Ryan dalam bahasa istana semasa menghadap ibunya yang sedang bersemayam di singgahsana. Ayahnya pula ketika itu hanya memerhatikan Ryan. Ibunya, Inoue merupakan wanita yang sangat cantik, berambut keemasan dan berwajah putih gebu walaupun usianya sudah mencecah 50-an. Awet mudalah katakan.

"Tujuan beta mengarahkan kamu semua ke sini adalah kerana untuk menangani urusan istana yang sangat mustahak. Untuk pengetahuan kamu semua, anak lelaki Keluarga Brian, gabenor yang dilantik untuk mentadbir wilayah Toraca Lake telah kehilangan anak lelakinya…" arah ibunya yang kemudian berhenti untuk menarik nafas barulalu menyambung penjelasan.

“Jadi, tanggungjawab tergalas di bahu kamu semua. Anakanda Ryan Alhazred akan mengetuai skuad penyiasatan dari istana. Anakanda Rukia pula akan membantu anakanda Ryan Alhazred. Shania dan Erica, bantu mereka berdua yang masih muda dan mahu bertatih ini,” tambah Permaisuhri Inoue lagi.

"Tapi kenapa anakanda? Bukankah anakanda ni hanyalah tunggul kayu di dalam takhta Exathus?" balas Putera Ryan yang mula menyoal kedudukannya di organisasi monarki Exathus.  Ucapan berapi-api bangsawan pendek akal tadi jelas meninggalkan sedikit kesan di hati Putera Ryan.

Permaisuhri Inoue terdiam lalu mengurut dadanya yang tiba-tiba sakit itu. Kata-kata dari anak lelaki tunggalnya itu jelas menikam hatinya.

"Sampai hati anakanda berkata sedemikian rupa? Bonda tidak mahu dengar apa-apa dari anakanda lagi. Buat apa yang bonda suruh. Ini ialah arahan bonda!" balas Permaisuhri Inoue tegas. Sampai hati Ryan kau berbicara sedemikian pada ibu…
Putera Ryan terdiam sejenak. Ditenungnya dalam air muka ibunya itu. Terpancar kesedihan yang berpunca dari sikap Putera Ryan tadi, jalang sangat mempersoalkan adat yang telah termaktub lama di bumi itu. Perasaan kesal lahir tiba-tiba.

"Kamu berempat akan pergi ke sana melalui kapal merentasi Sungai Felcon. Di sana, Gabenor Brian akan menerangkan situasi yang perlu kamu akan hadapi," celah Raja Alexender menyampuk perbualan tadi. Permaisuhri Inoe terus sahaja bangkit lalu melangkah dari situ, namun tangannya masih memegang dada yang sakit sambil dipimpin oleh dayang istana. Putera Ryan memerhatikan sahaja ibunya melangkah pergi. Maafkan Ryan, ibu…

Friday, October 1, 2010

Nukilan Cerpen Terbaru !

Nikmatilah buah tangan terbaru saya dalam cerpen yang bergenre Cinta di Aksara Keraian. http://www.aksarakeraian.com/2010/10/write-cup-demi-cinta-selamanya.html

Friday, September 17, 2010

Hikayat Putera Ryan (Empat Bab Sekali Gus!)

Hikayat Putera Ryan 19: 

4 orang wira Exathus yang cuba merancang untuk melarikan diri dari Penjara Tricolor terpaksa berdepan dengan pelbagai cabaran hebat. Status sebagai pahlawan serta jeneral perang yang digeruni mula teruji, namun lebih mendebarkan identiti Jeneral Redzuan bakal terbongkar di dalam bab 19. UNTUK MEMBACA KLIK (SI

Hikayat Putera Ryan 20:

Ryan memperoleh mimpi bahawa kakaknya, Puteri Rukia teruk diseksa di Istana Kota Exathus yang utama. Dalam masa yang sama, Fareez terpaksa bertempur dengan manusia kebal yang bernama Elano, demi menyelamatkan rakan-rakanya yang lain . Bagaimana nasib Jeneral Fareez akan terjawab dalam Bab 20/ UNTUK MEMBACA KLIK: (SINI)

Hikayat Putera Ryan 21:

Kehebatan Roziana dalam watak sebagai seorang pengacau dan duri di dalam daging mula teserlah. Satu-satu hati askar-askar Cloudyst dan Persiana dihancurkan seperti kaca retak hanya dengan nyanyian sdan tarian. Stratergi yang diguna pakai oleh Roziana dinamakan sebagai 'Pondering Homeland' dalam dunia militari kuno. Namun, King Zakry menunjukkan kepada Roziana siapa yang lebih hebat dengan permainan politik yang begitu licik. Saksikan pertarungan lidah dan akal antara Roziana, The Killer Flower dan Zakry, 'The Tyrant' dalam Bab 21. UNTUK MEMBACA KLIK (SINI)

Hikayat Putera Ryan 22:

Gunde, sahabat Dwarf Efer telah memberi amaran akan kebangkitan satu makhluk dari zaman purbakala, yang memiliki kekuatan sembilan ekor singa tanpa perlu mati dalam sejam seperti Drakengard telah mengejutkan Efer, Shania dan Redzuan. Namun, mereka mengambil mudah amaran itus heinggalah lelaki yang diperkatakan muncul, Pirvanth, lelaki yang dikatakan tidak lut di makan sebarang senjata telah bangkit serta sudah bersedia untuk menjatuhkan Exathus. Bagaimanakah nasib mereka bertiga dalam melawan lelaki kuno ini ? Nnatikan penuh debara dalam Bab 22  UNTUK MEMBACA KLIK (SINI)

Hikayat Putera Ryan 23 (TERBARU!!!)

Sebuah kejutan yang tidak dijangka menjelma kepada Putera Ryan. Orang yang sangat membantu dalam sejarah Exathus telah tiada. Semangat semua telah luntur dan drama air mata di mana-mana sahaja di Greedings.. tetapi kebijaksanaan Ryan bermain politik telah mengubah keadaan menjadi sebaliknya. Semuanya hanya boleh dibaca dalam Bab 23. UNTUK MEMBBACA KLIK (SINI)



Wednesday, September 15, 2010

Hikayat Putera Ryan 18: Pertempuran Greedings

Pertempuran yang dinantikan bermula dengan kehebatan yang dipamerkan oleh Tiara dalam merencanakan stratergi bagi memerangi bala tentera dari Cloudyst yang di pimpin oleh Jeneral Fahmi dan Jeneral Muzri. Kehadiran tiga insan misteri bagi bertempur dengan Jeneral Muzri menambahkan lagi pertempuran di Greedings Haunted Canyon dan kehebatan Fahmi teruji dengan kepantasan serta kekuatan yang dimiliki dalam gaya pertempuran adik beradik Viour, Ezry dan Ezra (Charming). Siapakah yang akan memenangi pertempuran terhebat Greedings? Pasukan Ryan atau Pasukan Cloudsyt-Persiana? 


Semuanya di sini: http://www.penulisan2u.my/2010/08/novel-hikayat-putera-ryan-18/

Saturday, August 14, 2010

Hikayat Putera Ryan 17: Pemburuan Pelarian

Akibat dari peristiwa berdarah Di Castle Palace, Ryan Alhazred, Danish Brian, Aria Forestone, Lady Deana Si Pencuri Elf dan Tiara Brian telah menjadi pelarian, berkelana mencari tanah yang mahu menerima mereka. Greedings satu-satunya tanah yang mungkin menerimam ereka, seperti yang dicanangkan oleh Efer. Namun, sesuatu yang buruk berlaku apabila Exathus yang kini dikuasai oleh tali-barut Cloudyst telah melemparkan tuduhan kotor kepada lelaki mulia seperti Ryan Alhazred, bahawa lelaki itu mengotori tangannya dengan membashi dengan darah ibu dan bapanya dengan membunuh. Greedings pula telah melontarkan taat ikrar yang mereka akan mempertahankan Putera Ryan Alharzed dengan tangan mereka sehingga ke titisan darah yang terakhir. Exathus-Cloudsyt telah mengistiharkan bahawa mereka akan memerangi Cloudsyt. Keijaksanaan anak perempuan Sammuel Brian teruji di peperangan dasyat di dua tempat di Greedings tetapi pada waktu yang sama. Semuanya hanya di dalam bab 17: http://www.penulisan2u.my/2010/07/novel-hikayat-putera-ryan-17/