ASSALAMUALAIKUM KEPADA PENGUNJUNG SETIA BLOG NOVEL UNIK INI. UNTUK PENGETAHUAN ANDA SEMUA, HIKAYAT PUTERA RYAN 4 SUDAH KELUAR DI LAMAN WEB P2U. HARAP ANDA SEMUA BOLEH MENGUNJUNGINYA DAN MEMBACA KARYA SAYA SERTA MENINGGALKAN KOMEN DI SANA. INSYAALLAH! LINKNYA :
“Akhirnya, kita dah sampai dah!” luah Azim kepenatan. Setelah 30 minit mengatur langkah ke Hospital Kebangsaan Eurasia Malaysia, akhirnya mereka tib. Hospital yang setinggi 30 tingkat itu bediri megah di tengah-tengah Bandar Eurasia yang kini sudah sunyi sepi. Hospital itu kelihatan turut sama menerima nasib yang sama dengan Bandar Eurasia. Tiada seorang yang pun kelihatan.
Sahara sedang memegang erat lengan Helmi sambil mendongak melihat banggunan yang tinggi melampai itu. Leen pula sedang erat menggengam tangan Azim. Entah kenapa hatinya resah untuk menjejakkan kakinya.
“Tempat ni sunyi jer El…” soal Sahara tiba-tiba. Helmi memalingkan wajahnya untuk menatap Sahara. Air muka gadis itu jelas menunjukkan bahawa dia sedang diselubungi sebuah perasaan takut yang amat sangat.
“Sunyi… memang sunyi.. apa-apa pun kita kena masuk ke dalam dulu. Mungkin ada sesuatu yang berguna di dalam yang boleh kita dapatkan panduan! Atau pertolongan…” balas Helmi serius. Dia orang yang pertama yang melangkah masuk ke dalam hospital itu yang kemudiannya dikuti oleh Sahara, Leen dan Azim.
“El… hati-hati,” bisik Sahara di telinga Helmi. Jejaka menganguk, tetap cekal meneruskan langkahnya. Ketakutan bukanlah masalah utama. Apa yang perlu ditakutkan selain zombie? Hantu… tidak mungkin.. tak wujud pun.
Mereka melangkah semakin dalam meneroka hospital itu. Namun, semuanya kosong. Tiada kelibat seorang manusia di situ. Namun, anehnya kesan darah kelihatan merata-rata tempat.
“Peliklah…” tutur Leen perlahan. Azim menganguk sakan.
Bum! Pintu hospital itu tertutp. Pintu automatik yang dibuat daripada besi, dikawal seratus-peratus ternyata merupakan penjara baru kepada kumpulan 5 orang ini. Sahara melepaskan lengan Helmi lalu berlari ke arah pintu masuk Hospital itu. Dia mengetuk-ngetuk cermin hospital itu. Sahara kemudian mengeluarkan shot gunnya lalu melepaskan tembakkan. Namun, cermin pintu besi yang menutup jalan keluar mereka seperti tidak berkesan. Sahara terlutut di tanah. Air matanya mengalir sambil dia menghentakkan penumbuknya ke lantai
“Ara! Sudah Ara! Jangan macam ni!” kata Helmi sambil menarik Sahara. Gadis itu tidak berganjak sebaliknya berkata. “Semua ini salah Ara! Ara bawa semua ke sini! Ara ingat dapat tolong semua! Tapi, Ara silap! Hospital ni pun tetap sama! Sama sial macam Ara!”
“Ara! Tak baik cakap begitu… kita tak tahu…”
“Kita tahu! Ara sentiasa membawa sial! Walau ke mana saya pergi! Racoon City… Eurasia. Semuanya hancur kerana saya ada! Sekarang, giliran awak semua!” rintih Sahara sambil mengalirkan air mata.
Pang! Sahara tergamam. Sebuah tamparan hinggap diwajahnya dan tamparan itu dihadiahkan oleh Helmi. Air mata seakan-akan tersekat dari terus mengalir. Dia bingung kenapa Helmi menghadiahkan tamparan dengan tiba-tiba.
“Ara sedar tak apa yang Ara sedang katakan ni? Beristghfar banyak-banyak. Tak ada manusia pun dalam dunia ni dilahirkan oleh Allah dengan sial tau! Allah maha adil! Dia bukannya kejam!” kata Helmi sambil menggoyangkan bahu Sahara. Sahara terdiam. Emosi dan bisikan syaitan merasukinya tadi. Mujurlah Helmi sempat menyedarkannya sebelum apa-apa yang teruk berlaku.
“Maafkan Ara…” tutur Sahara perlahan.
“Jangan minta maaf kat El. Minta maaf yang di atas tu!” balas Helmi menegur. Sahara sekali lagi tersentak. Jawapan El itu walaupun kedengaran pedas namun ada hikmahnya. Apa-apa pun dia tidak mahu memanjangkan masalah lalu bangkit untuk berdiri.
“El… jom pergi…” balas Sahara. Helmi tersenyum memanjang. Tamparannya itu tadi, walau tidak sekuat mana, telah berjaya membuka mindanya. Namun, kali ini, Leen pula meragam. Dia sedang duduk berpeluk tubuh di lantai Hospital itu.
“Akak kenapa ni?” soal Helmi. Kakaknya itu pula yang membuat perangai. Hari yang sangat malang bagiku.
“Azim… Azim dah hilang… semua ni salah akak! Akak tak boleh jaga dia! Jaga dia seorang pun aka tak mampu, memang patutlah akak berpisah dengan Alex…” tutur Leen perlahan. Perasaan aneh mula timbul dalam diri anak muda itu, Helmi. Mengapa apabila mereka semua menjejakkan kaki sahaja ke dalam hospital itu, perasaan menyalahkan diri mula timbul. Leen yang dikenalinya bukanlah selemah itu. Dia mampu hadapi semua dugaan dan cabara dengan penuh tekad dan ikhtizam.
“Akak! Sekarang bukannya waktu untuk kita salahkan diri kita! Apa yang penting kita kena cari Azim sekarang juga!” balas Helmi. Dia menaik-narik tangan Leen supaya gadis itu berdiri.
“Adik tak tahu. Kerana akak, ayah, ibu, dan Alex. Mereka semua dalam susah malah mati! Apakah akak ni terlalu sial?” balas Leen. Semangatnya tiba-tiba jatuh. Ada sesuatu yang tidak kena di sini. Seseorang… perasaan menyalahkan diri sendiri… Hospital Eurasia Kebangsaan… semua ni macam… peristiwa tu! Alamak! Gas 009-Q3 dilepaskan buat kali kedua!” Helmi mula menyedari ada sesuatu.
5 Tahun lalu, satu kejadian aneh telah berlaku di Hospital itu. Banyak pekerja Hospital Eurasia yang tidak mahu bekerja, membunuh diri dan mogok. Mereka melakukanya atas sebab yang agak kabur, hanya kerana melakukan dua tiga kesilapan kecil. Hal itu amat membimbangkan. Namun, seorang saintis bersama anak-anak buahnya telah merungkai misteri di sebalik kejadian aneh itu. Bukannya kerana rasukan makhluk halus yang dikatakan oleh sesetangah orang tetapi kerana satu gas yang diberi nama oleh saintis itu sebagai Gas 009-Q3. Gas yang kononnya telah diciptakan oleh pihak Soviet dalam peperangan dahulu. Gas yang dikatakan mampu merosakkan saraf penghidunya lalu membuatkan mereka semua berkelakuan pelik seperti mahu membunuh diri, menyalahkan diri sendiri. Penawarnya, kena ada seseorang yang menyedarkan orang yang terhidu gas yang tidak berbau, bewarna dan tidak berasa itu. Kalau dibiarkannya, mereka akan jadi gila atau diserang strok malah mungkin membunuh diri.
“Akak! Bangun kak! Jangan macam ni. Mungkin ini ketentuan Allah!” Helmi menepuk pipi Leen. Gadis itu tidak menunjukkan sebarang respon sebaliknya hanya bertuturan sendirian. Percakapannya mula menjadi semakin merapu sehingga sukar difahami oleh Helmi. Sahara memerhatikan sahaja.
“Sahara pergi cari Azim! El nak uruskan kakak El kat sini!” arah Helmi serius. Dia harus berbuat sesuatu sebelum situasi menjadi lebih teruk lagi. Sahara menganguk lalu berlari meninggalkan koridor yang menghubungkan mereka ke pintu keluar Hospital itu. Gadis itu erat menggengam senjata shot gunnya. Peluru masih banyak di dalam poket seluar jeannya.
Sahara melangkah menyusuri koridor-koridor yang sunyi. Walaupun perasaan takut menyelubungi hatinya, namun digagahkanya. Tiada apa di situ… Cuma tempat orang mati aje. Gulp… orang mati ? Sahara menoleh ke belakang. Apakah dia harus berpatah balik? Tiba-tiba satu botol telah dilontar entah dari mana bergolek mengenai kaki Sahara dan bergolek lagi lalu mengenai dinding lalu berhenti. Kedengaran juga bunyi tapak kaki orang berlari. Sahara menghampiri botol itu lalu menggapainya.
Terdapat sepucuk surat di dalamnya. Sahara membuka penutup botol kaca itu lalu memasukkan jarinya untuk mengambil surat dan seterusnya membaca isi kandungannya.
Kepada Sahara
Jika mahu bertemu dengan Azim, selesaikan teka-teki ini dahulu dan kamu akan berjumpan dengan budak kecil ini. Saya bagi masa buat kamu selama 2 Jam sahaja atau budak ini akan mati.
P.S: Tempat ini sejuk, mereka tidak bermaya, seakan-akan lumpuh namun bukan. Seakan-akan lemah, memang ia tapi mungkin di atas sebab lain. Di manakah mereka?
Yang Benar,
Yohan The Manipulated
Sahara menggaru kepalanya memikirkan jawpaan kepada teka-teki yang dilemparkan oleh Yohan kepadanya. Siapa Yohan? Apa kaitannya antara teka-teki ini dengan lokasi Azim. Aku harus membawa surat ini kepada Helmi. Mungkin dia boleh membantuku. Baru sahaja Sahara mahu bangkit, tiba-tiba ada seorang lelaki telah menekapkan wajahnya dengan kain lalu menariknya ke sebuah bilik kosong disebelahnya. Dia tidak dapat menjerit meminta tolong.
“Awak… janga bising kalau nak saya lepaskan awak?” tutur lelaki yang menekapkan wajahnya dari belakang. Leen mengangguk sedikit. Lelaki itu melepaskan Sahara. Sahara menoleh ke belakang.
“Kenapa awak buat macam..”
“Syhh!” balas lelaki yang berambut hitam pendek dan kacak itu. Dia memakai jaket hitam yang berbulu di bahu untuk melindungi baju pesakit hospital. Lelaki itu kemudian menarik Sahara merapati dinding.
“Ada zombie dalam hospital ni!” kata lelaki itu perlahan. Awak bagi saya shot gun tu!” kata lelaki itu. Sahara menuruti sahaja arahan lelaki itu.
“Satu.. dua… tiga…!” teriak lelaki itu lalu menendang pintu bilik itu dan melepaskan beberapa das tembakan. Sahara melihat sahaja adegan aksi tersebut. Begitu hebat lelaki itu bermain senjata. Sahara tidak mengetahui berapa banyakah zombie yang sedang mengganas di luar bilik yang kosong itu. Katil-katil kosong tanpa pesakit. Ubat-ubat berselerak di lantai. Tompokkan darah jug akelihatan di dinding.
“Selesai… terima kasih sebab pinjamkan senjata awak kat saya.” Lamunan Sahara tersentak. Lelaki itu menyerahkan shot gunnya. Dia tersengih bodoh di hadapan Sahara. “Er.. saya kat mana ni?” soal lelaki itu tiba-tiba.
Sahara terlopong memanjang. Apa kena dengan lelaki ni? Gila ke? Tapi, ni bukan hospital gila. Fikir Sahara lagi.
“Hospitalah. Apa-apa pun, nama saya Sahara.” Sahara memperkenalkan dirinya. Dia cuba menduga persolaiti lelaki di hadapannya itu. Lelaki itu menggaru-garu kepalanya. Bingung dengan soalan yang dilemparkan oleh Sahara itu.
“Saya.. Nama saya? Er… saya tak ingat!” Lelaki itu menjawab bersahaja. “Awak kenal tak siapa saya? Saya sedar dari tidur saya tadi… dua jam tadi. Semua orang seperti mahu lari dari tempat ni. Saya bersembunyi dalam almari kecil tu! Saya takut! Tapi, ada satu makhluk, ganas sangat. Dia jumpa saya menyorok kat dalam ni, dia tarik saya dengan kekuatan yang luar biasa. Mujurlah saya ada kayu tu!” Lelaki itu menundingkan jarinya ke arah sebatang kayu tergeletak di tanah. “Tapi, masa tu. Tempat ni dah jadi sunyi semacam aje… lepas tu benda tu bangun lagi lepas saya pukul. Dia keluar dari bilik ni dan masa tu saya kejar dia, saya jumpa awak kat luar! Saya tarik awak masuk dalam dan minta shot gun awak! Diaorang ada banyak! Saya bunuh diorangs emua dengan shot gun tu!” tutur lelaki itu panjang lebar. Sahara menyimpulkan yang lelaki itu terkena amnesia.
“Awak ikut saya! Mari… saya nak bawa awak jumpa seseorang!” Sahara menarik tangan lelaki itu lalu meredah koridor ke tempat Helmi. Lelaki itu membontoti Sahara dari belakang.
***
“Alex!” teriak Leen tiba-tiba. Perangainya lanta sberubah dari duduk berpeluk tubuh di sudut koridor itu kepad akembali ceria. Helmi lega dengan perubahan mendadak Leen. Jenuh dia memujuk kakaknya. Akhirnya… eh nanti dulu. Itu Alex bukan?
Lelaki itu terkesima apabila Leen memeluk erat tubuhnya, seolah-olah telah berpisah lama. Air mata bercucuran membasahi pipinya. Helmi tersenyum. Dia menghampiri Alex lalu menepuk-nepuk bahu lelaki itu.
“Kau semakin kurus dan cengkung. Jauh berbeza seperti dua tahun lalu. Sangat-sangat berbeza!” kata Helmi tersenyum. Wajah Alex kosong. Dia tida mengerti akan semua itu dan yang paling penting dia rimas dengan pelukan Leen itu. Nafasnya terasa sesak. Leen akhirnya meleraikan pelukannya dan menatap wajah Alex dengan kusyuk. Sudah lama dia merindui wajah itu.
“Nama saya Alex ke?” soal Alex kebingungan. Leen terkejut dengan jawapan yang keluar dari mulut Alex.
“Putera! Awak nak buat apa ni?” soal Tiara tiba-tiba. Putera Ryan terdiam sejenak sambil menoleh ke arah Tiara yang berteriak secara tiba-tiba. Tangan Putera Ryan terasa lumpuh buat seketika apabila Tiara dengan beraninya memegang lengan Putera Ryan, dengan harapan agar dapat
“”Saya.. er… cuma nak mempertahakan diri saya sahaja! Saya sebagai Putera Ryan, anak kepada King Alexender Alhazred II dan Queen Inoue Alhazred I tidak akan senang-sennag menujukkan bahawa saya bakal menyerah dengan begitu mudah. Saya akan berlawan sehingga ke titisan darah terakhir. Itu ialah sumpah seorang askar atau tentera!” balas Putera Ryan garang, sambil menghentakkan pedangnya ke tanah.
“Tapi mesti kenapa awak bertarung sesama sendiri dengan adik saya?” balas Tiara lagi. Putera Ryan terdiam sejenak, mengatir idea untuk membalas kembali apa yang dhujahkan oleh Tiara. “Kenapa tidak awak berdua bersama-sama berganding bahu bersama skuad tersebut. Dua lebih bagus dari satu! Kenapa kita haru sbertekak dan mengangkat pedang kerana hal sekecil ini?” teriak Tiara sambil mengalirkan air mata. Suasana sunyi menggamit situasi pada waktu itu. Tiara melahirkan rasa hatinya yang tidak mahu melihat dua orang itu bergaduh itu.
Putera Ryan mmebisu. Dia sedang memikirkan apa yang Tiara katakan tadi. Tiba-tiba bahunya disentuh oleh seseorang, dia mendongak. Danish sedang tersenyum sambil menghulurkan tangannya.
“Putera Ryan… saya menyerah kalah dan tugas sebagai ketua askar 300 orang itu say aserahkan kepada Yang Mulia,” kata Danish lembut sambil mengukirkan senyuman manisnya itu, yang bisa mencairkan hati mana-mana gadis di dunia.
Putera Ryan tidak membalas huluran tangan Danish. Dia sekadar merenung tangan dan wajah Danish silih berganti. “Kenapa tiba-tiba awak menyerah kalah? Bukankah saya yang hampir kalah ini yang harus berbuat demikian? Awak terlalu pantas untuk saya tewaskan. Saya yakin yang saya akan kalah tadi sekiranya saya tak menggunakan serangan maut saya itu… tapi kenapa awak pula yang menyerah?” soal Putera Ryan curiga dengan apa yang dikatakan oleh Danish tadi. Apakah ini satu muslihat untuk mengenakannya? Danish tersenyum kecil. Putera Ryan terlalu paranoid, fikirnya.
“Putera? Apakah peraturan utama seorang jeneral yang hebat di medan peperangan?” soal Danish pula. Putera Ryan mengerutkan dahinya untuk memerah otak memikirkan jawapan kepada soalan Danish itu.
“Err… ayah saya pernah kata kepantasan ialah satu kelebihan sekiranya kita mahu bertarung di dalam perlawanan individu tapi kekuatanlah aset utama seorang jeneral di dalam peperangan… eh, nanti dulu, Jangan beritahu saya sebab itu…” Putera Ryan terdiam. Danish telah mengajarnya sesuatu. Putera Ryan tersenyum juga lalu menyambut tangan Danish dan menepuk-nepuk bahunya. Sammuel, Tiara, dan yang lain-lain tersenyum melihat perubahan yang melanda kedua-dua orang anak muda yang bakal menempa nama sebagai salah seorang daripada jeneral agung di dalam sejarah Exathus nanti.
“Terima kasih Danish… tapi saya nak awak bersama saya, kita sama-sama berjuang atas nama Exathus esok di dalam satu skuad seperti mana yang dicadangkan oleh kakak awak tu! Saya yakin gandingan kita nanti akan menang esok hari!” cadang Putera Ryan. Sikapnya berubah dengan drastic Putera Ryan gara-gara seorang wanita, Tiara Brian. Dan Puteri Rukia menyedari akan hal itu, dia tersenyum juga sambil berbisik di dalam hatinya. “Ryan, kau dah semakin berubah… matang.”
“Yang Mulia… dan Danish. Makanlah dulu. Subuh-subuh lagi kita akan berperang esok!” kata Sammuel tiba-tiba. Ayam panggang beserta kuah khas yang sering dimasak oleh masyarkat Exathus terhidang di atas meja dengan bau yang cukup menyelerakan. Putera Ryan melihat hidangan untuknya dan Danish seraya memegang perutnya. Dia memandang Danish yang turut kelihatan terliur dengan makanan yang terhidang di atas meja.
“Danish… jom!” ajak Putera Ryan. Danish mengangguk dan dua sahabat baru itu duduk bersama menikmati makan malam selepas baru sahaja beradu tenaga dengan dimenangi oleh Danish. Dunia memang aneh, dua orang pendekar yang bergaduh seperti tiada hari esok kini sedang bersama seperti selama-lamanya. Detik itu, bakal mencatat sebuah sejarah lagi pada masa hadapan nanti.
***
Sammuel Brian sedang berdiri sambil memerhatikan bulan mengambang di dada langit, di luar rumahnya. Dia sedang membaca sebuah buku berpandukan cahaya bulan yang terang. Kadangkala dia termenung sendirian memikirkan akan hari esok. Apakah akan muncul kemenangan pada pasukan tentera bimbingan 6 orang pahlawan hebat, yang dua daripada mereka merupakan remaja yang berusia 17 tahun.
“Sammuel! Kau tengah buat apa?” soal Shania dari belakang. Sammuel menoleh. Shania, gadis berkulit hitam manis, berambut panjang sehingga paras pinggang dan berpakaian baju tidur, tdak seperti biasa. Dia kelihatan lebih ayu pada malam itu.
“Kau Shania… aku tengah baca buku The Art Of War. Buku inilah…”
“Aku dah kenal kau lama, Sammuel! Buku tu bukan ke kau dah habiskan lama dulu! Kalau baca pun, kenapa kau termenung?” soal Shania. Sammuel pula yang tersenyum kali ini. “Kau tak boleh tipu aku. Kebijaksanaan aku pun hampir sehebat kau!”
“Kau memang bijak, Shania!” kata Sammuel sambil menepuk tangannya. “Aku sebenarnya sedang memikirkan mengenai Putera Ryan dan anak lelaki tunggalku, Danish! Mereka masih muda, tapi lihatlah mereka mendabik dada mahu memimpin bala 300 orang yang boleh diibaratkan seperti kamikaze! Berani mati sahaja!” luah Sammuel penuh kekesalan. Shania diam membisu, menjadi pendengar yang setia.
“Kau percayakan aku tak?” soal Shania.
Sammuel mengangguk, tidak bersuara.
“Aku percayakan Putera Ryan dan Danish. Aku lihat gaya pertarungan mereka, jauh lebih hebat daripada ketika aku berumur seusia mereka! Tiara, anak kau. Dia sebenarnya bakal menjadi segenius bapanya, atau lebih lagi. Aku lihat dia. Dia dengan bijak telah menggabungkan sebuah kombinasi jeneral perang yang hebat! Kekuatan dan kelajuan! Mereka berdua boleh diibaratkan seperti Jeneral Muzri dari Cloudyst, The Great Warlord. Lelaki yang khabar angin katakan mampu membunuh 5000 orang dalam sehari, yang masih disimpan oleh Cloudst untuk menjajah tanah Exathus,” kata Shania panjang lebar. Sammuel tersentak. Shania lebih menyedari akan bakat hebat mereka semua. Permata baru buat Exathus.
“Aku… maafkan aku. Mungkin aku terlalu tua. Mindaku…”
“Sammuel cerialah! Semua orang lakukan kesilapan. Ingat Resc Brian, nenek moyang kau, startegis untuk pasukan pemberontakkan Keluarga Alhazred pun pernah melakukan kesilapan!” kata Sahara sambil member semangat.
***
“Saya, Putera Ryan Alhazred selaku pemimpin untuk askar-askar Toraca Lake mengingatkan kepada askar-askar dan tentera yang akan turun berjuang hari ini. Hari ini kita turun di medan perang! Kita hadir untuk memerangi bangsa yang cuba merampas kekayaan yang kita dan nenek moyang kita! Kita hadir dengan tekad untuk menghambat mereka dari tanah yang kita sayang ini! Pedulikan hirisan pedang yang memilukan dan pedulikan hentakkan kapak yang mengerikan, yang dibawa oleh bala Zauk kerana lebih memilukan dan mengerikan sekiranya kita melihat anak-anak, isteri dan mak kita menjadi mangsa ratahan Puak Zauk! Kita harus turun berjuang habis-habisan, biar kita ialah satu-satunya orang yang terselamat! namun perjuangan harus diteruskan” ucap Putera Ryan di hadapan bala tentera 20 000 orang. Ucapannya yang berkobar-kobar itu disambut oleh sorakkan dan laungan daripada askar-askar di tapak perhimpunan di dalam kota Toraca. Sammuel, Shania, Aria dan Danish memerhatikan sahaja semangat yang berjaya ditup oleh Putera Ryan kepada anak-anak buahnya. Lelaki itu bakal menjadi seorang wira Exathus kelak. Selepas itu, Putera Ryan dan Danish mengambil tempat mereka di skuad 300 orang yang bakal menggalas tanggungjawab yang paling penting.
“Danish! Aku dah tak sabar-sabar nak mati!” tutur Putera Ryan tiba-tiba sambil tersenyum yang menimbulkan riak aneh di wajah Danish. Kadang-kadang Putera Ryan ini merupakan seorang yang agak sukar untuk dibaca personalitinya.
“Putera!” jerit satu suara lunak. Hati Putera Ryan kembali berbunga. Skuad yang dipimpin olehnya yang mahu bergerak itu tiba-tiba di arahkannya berhenti. Danish melihat sahaja ragam Putera Ryan itu. macam-macam gelagat Putera Ryan ni.
“Putera, jangan pergi dulu…” kata Tiara dari jauh.
“Ada apa Tiara?” tutur Putera Ryan apabila Tiara sudah berada di hadapan matanya itu.
“Putera dah nak pergi dah?” soal Tiara perlahan sambil menundukkan wajahnya. Putera Ryan menolak dagunya ke atas dnegan perlahan. Putera Ryan mengangguk sahaja sambil tersenyum.
“Sebelum tu, Tiara nak bagi hadiah kat Putera…” tutur Tiara tersipu-sipu malu. “Agar Putera tak lupa kepada Tiara nanti kat sana!” kata Tiara sambil mengjengketkan sedikit kakinya lalu… menghadiahkan Putera Ryan satu ciuman. Merah wajah Putera Ryan menerimanya. Belum sempat Putera Ryan berbuat apa, Tiara berlari. Apa yang berlaku tadi mendapat tepukan gemuruh dari askar-askar yang mahu berjuang. Satu suntikan semangat baru untuk Putera Ryan. "Danish, aku tukar fikiran. Aku nak terus hiduplah!" Danish menggaru kepalanya dengan sikap Putera Ryan itu.
Saya sedang manuskrip untuk Novel Hikayat Putera Ryan untuk diterbitkan oleh sebuah syarikat penerbitan buku terkenal di Malaysia. Doakan saya agar saya boleh menyiapkan manuskrip ini di dalam 5 bulan. :)
ASSALAMUALAIKUM PARA PEMBACA BUDIMAN MARI KITA SAMA KE CERITA SAYA DI PENULISAN2U.MY SAYA HARAP PEMBACA SEMUA SINGGAH KE SANA DAN MEMBERI KOMMENT OKEY?
Ramai dari mereka sudah memasuki Villa Sammuel Brian. Hanya Putera Ryan yang sedang duduk termanggu memerhatikan hutan Black Forest di sebelah kirinya manakala Kota Toraca di sebelah kanannya, yang dikelilingi oleh tembok besi. Namun, itu semua bukanlah halangan untuk Puak Zauk untuk tidak menjadikan kota yang kaya dengan emas itu sebagai sasaran utama mereka. Mereka pernah melakukan dahulu, menembusi pertahanan kota Toraca, kenapa tidak hari ini? Putera Ryan sedang membayangkan pertempuran di dalam sejarah hidupnya. Dia membayangkan bagaimana dia akan menarik perhatian platun tentera Puak Zauk dan kemudian Puak Zauk akan dihujani oleh panah yang bakal dilancarkan oleh askar pemanah yang dipimpin oleh Jeneral Askar Pemanah Exathus, Aria. Startegi yang dirancang oleh Sammuel memang sangat bijak dan dia pasti kemenangan akan berpihak kepada Exathus. Tidak hairanlah lelaki tua itu pernah digelar The Exathus Heart serta The Professor. Kalau tidak kerana dia, pastinya Exathus sudah jatuh ke tangan Cloudyst pada peperangan yang berlangsung hampir seabad lamanya dulu itu. Namun waktu itu, Putera Ryan masih muda dan tidak berpeluang untuk menjadi sebahagian daripada sejarah kemenangan Exathus yang telah dicapai dalam kemengangan beberapa buah peperangan sehingga memaksa Cloudyst menandatangani beberapa perjanjian keamanann dengan Exathus. Tidak dilupakan juga jasa kerajaan Persiana dalam membantu Exathus berdepan dengan Cloudyst. Persiana yang merupakan sekutu kerajaan Exathus sejak ribuan tahun lalu telah menghantar bantuan makanan serta senjata-senjata untuk berdepan bala tentera Cloudyst itu. Tapi… entah kenapa ada sesuatu yang tidak kena sedang bersarang di hati Putera Ryan. Putera Ryan merasakan sesuatu yang buruk pasti akan berlaku.
“Hai Putera!” tegur satu suara lunak. Putera Ryan yang sedang duduk sambil berpeluk tubuh sambil memerhatikan matahari sedang terbenam di ufuk langit menoleh ke arah suara tersebut. Dia melihat Tiara sedang berdiri.
“Tiara…” tutur Putera Ryan perlahan. Tiara mengambil tempat di sebelah Putera Ryan. Tiara entah kenapa terpanggil untuk menyelami perasaan Putera Ryan, lelaki yang baginya telah menunjukkan sebuah keberanian untuk memimpin bala askar yang bakal dijadikan umpan untuk menarik askar Puak Zauk ke kaki bukit Toraca pada senja yang indah itu. Putera Ryan juga baginya telah mengubah persektif buruknya tentang darah diraja yang dahulunya disangka seorang yang penakut, manja dan sebagainya dalam masa sehari. Jejaka itu tidak langsung menujukkan sebarang sifat negatif yang mengjengkelkan selain terpikat dengan wanita cantik – biasalah lelaki. Malah dia telah menunjukkan sikap yang dia merupakan seorang yang bakal menjadi seorang pemimpin ketenteraan hebat yang akan menjulang nama Exathus dan bakal menjadi jeneral tentera yang agung dalam sejarah. Ryan The Great… nama itu bakal tersemat di dadanya nanti.
“Ada apa Tiara?” soal Putera Ryan perlahan. Tiara mengukirkan senyumannya. Raut wajah yang menyelubungi Putera Ryan bertukar ceria, menghalau awan mendung yang meliputinya tadi.
“Tak ada apa! Sahaja temankan Putera Ryan dekat sini. Putera suka lihat matahari terbenam ke?” tanya Tiara sambil menguis rambut kerintingnya ke tepi, yang kelihatan menganggu pengelihatannya. Putera Ryan sekadar mengangguk sebelum membuka mulut untuk mengatur bicara.
“Yup. Matahari terbenam tu cantik. Mengingatkan seorang yang bagi saya sangat cantik dan telah mencuri hati saya dalam masa yang singkat…” tutur Putera Ryan perlahan. Pandangan matanya masih tidak beralih dari untuk merenungi wajah Tiara. Tiara menyedarinya, lantas merona merah wajah ayunya itu, apatah lagi sinaran matahari menyerlahkannya.
“Siapalah gadis tu. Tentu buah hati putera kan?” kata Tiara. Nada suaranya kelihatan tidak bersemangat tiba-tiba. Air mukanya lantas berubah.
“Entahlah. Agak-agaknya siapa orang tu, Tiara?” tanya Putera Ryan, pandangannya masih tidak dialihkan dari merenung Tiara. Tiara hanya mencebikkan wajahnya, merajuk. Dia sedang mengusi-nguis pasir di tempatnya duduk dengan tangannya. Dia kelihatan melukis bentuk hati di tanah.
“Kenapa pandang Tiara? Tengoklah matahari tu. Kata matahari terbenam mengingatkan putera kat seseorang,” rajuk Tiara. Dia kelihatan sugul sahaja. Hatinya entah kenapa dirasakan telah lenyap kegembiraan.
“Tiara cemburu erk ? Buat apa nak tegok matahari terbenam kalau orang yang Putera Ryan asyik teringat-ingatkan tu dah ada di depan mata Putera. Sebab itulah Putera tak nak terlepas peluang menatap wajahnya! Natahri hanyalah simbolik” balas Putera Ryan selamba. Tiara terkejut juga merona merah wajahnya. Dia lantas bangkit cuba melarikan dari situasi yang sangat kekok baginya untuk dihadapi. Baru sahaja dia mahu membuka langkah seribu masuk ke dalam rumahnya, Putera Ryan mencapai tangan Tiara. Dia menggengam erat.
“Putera baru kata macam tu… dah nak lari?” kata Putera Ryan sambil mendongak melihat Tiara yang malu untuk menatap wajah Putera Ryan. Tiara malu-malu kucing. Dia tidak menyangka yang Putera Ryan mempunyai perwatakkan selamba.
“Putera. Malulah kalau macam ni. Nanti kalau rakyat jelata nampak. Apa diorang kata nanti?” ujar Tiara gusar. Putera Ryan bangkit. Dia merapati Tiara.
“Buat apa nak malu? Tak apalah! Biar diorang tahu yang ada sesuatu antara Putera Ryan dengan jelitawan Toaraca Lake, Tiara Brian! Hahahahah,” Putera Ryan yang membuat lawak, dia sendiri yang gekal manakala muka Tiara memang sangat merah. Putera Ryan memang sangat nakal. Suka sangat mengenakan dia.
“Tiara. Suka lihat Tiara macam ni. Comel sangat. Tiara, comel sangat!” bisik Putera Ryan tiba-tiba di telinga Tiara.
Drapp. Pintu villa Keluarga Brian terbuka. Puteri Rukia sedang tercegat dengan mulut yang terganga melihat kemesraan antara Tiara dan Putera Ryan yang mua berputik. Putera Ryan yang menyedari akan kehadiran kakaknya itu lantas melepaskan tangan Tiara lalu menjauhi gadis itu.
“Ryan.. Ryan. Kau ni… apa yang kau dah buat gadis tu?” teriak Puteri Rukia dari muka pintu. Putera Ryan mengangkat bahunya sebanyak dua kali. Perempuan ni memang sering menjadi pengacau di dalam misiku untuk merebut hati Tiara. Cis! Kneapalah aku ini dilahirkan untuk menhadi adik kepada Puteri Rukia?
“Ryan tak buat apa pun! Kalau tak percaya akak tanya Tiara! Tiara, betul tak?” balas Putera Ryan yang kemudian mengalihkan tanggungjawabnya menjawab soalan cepu emas Puteri Rukia itu kepada Tiara. Tiara tercenggang untuk menjawab soalan Puteri Rukia.
“Yang Mulia… Putera Ryan tak buat apa-apap pun!” Tiara mengelengkan kepalanya sakan. Namun, jelas bahawa gadis itu tidak pandai untuk menipu. Puteri Rukia tersenyum curiga sambil melemparkan jelingan curiga. Ada yang tak kena dengan gadis ni.
“Dah. Kalau korang berdua nak bercengkerama pun, masuklah dulu rumah. Makan dan Sammuel ada sesuatu nak cakap dengan kau. Hari pun dah nak malam. Ryan, kau kena tidur awal. Besok kau kena bangun awal! Kau akan memberi ucapan perangsang untuk askar-askar kita nanti!” arah Puteri Rukia. Putera Ryan mendengus perlahan. Aku baru nak pikat Tiara pun tak boleh. Melepaslah lagi peluang aku ini. Gadis ni baru nak jatuh
“Tiara… Putera Ryan masuk dulu ya? Selamat malam sayang…” usik Putera Ryan lagi. Tiara merona merah lagi. Dia melihat sahaja jejaka yang mengusung pedang besar lagi berat itu di belakangnya berjalan memasuki villa keluarga Brian. Hari ini, dia jenuh menjadi bahan usikkan Putera Ryan. Putera Ryan...
***
Putera Ryan baru sahaja selesai membersihkan badan. Dia kini sedang berdiri di ruang makan. Semuanya sudah duduk di situ, Tiara juga. Putera Ryan sempat mengeyit matanya pada Tiara membuatkan gadis itu. Merah wajah Tiara menahan malu.
“Yang Mulia dah ada? Alhamdullilah. Patik ada sesuatu yang nak dibicarakan dengan Yang mulia!” kata Sammuel yang sedang duduk di meja makan panjang yang dibarisi oleh Puteri Rukia, Jeneral Shania, Jeneral Aria, Tiara dan seorang lelaki yang berambut kerinting yang Putera Ryan kenal merupakan adik kepada Tiara, yang telah digunakan namanya untuk memanggil pasukan diraja Exathus ke Toraca Lake. Kononnya dia diculik oleh firuga aneh tetapi ada maksud yang tersembunyi, ada udang di sebalik batu. Namun apa yang hebat di sini ialah kebijaksanaan Sammuel Brian menggunakan pasukan diraja Exathus demi kepentingan sejagat.
Putera Ryan mengambil tempat duduk di kerusi yang kosong., di sebelah lelaki yang berambut kerinting perang itu. Semua yang ada di situ memandang Putera Ryan dengan penuh perhatian. Putrea Ryan kelihatan tidak selesa dengan semua itu.
“Kami nak mencadangkan agar Yang Mulia tidak memimpin skuad 300 orang itu kerana risikonya sangat berbahaya! Keselamatan Yang Mulia berada pada tangan kami. Sekiranya sesuatu terjadi pada Yang Mulia, kami takut yang kami akan dipersalahkan nanti! Lebih baik Yang Mulia menarik diri,” tutur Sammuel memulakan bicara. Putera Ryan diam sahaja. Matanya tiba-tiba merah.
“Yang Mulia! Saya perkenalkan diri saya dahulu Saya Danish Brian. Anak Kedua dalam Keluarga Brian. Saya yang akan menggantikan tempat Putera Ryan! Saya akan memimpin 300 askar terhebat Toraca ke sana!” kata Danish sambil berdiri. Dia meletakkan tangannya di dadanya sambil berdiri menujukkan tanda hormatnya. Putera Ryan kelihatan tidak puas hati. Penumbuknya digenggam.
“Kenapa? Kamu semua tak percaya pada saya ke?” tengking Putera Ryan bengang sambil menghentakkan pedang gergasinya di aats meja. Mereka yang lain lantas bangun dari meja untuk mengelakkan pedang Putera Ryan itu. "Saya ialah Ryan Alhazred, anak kepada Alexander Alhazred II.
“Bukan macam tu Putera…” Aria cuba menenangkan Putera Ryan. Tiara pula kelihatan agak gusar dengan perubahan mendadak Putera Ryan itu.
“Kau Danish! Kalau benar kau beriya-iya sangat nak gantikan tempat aku! Mari kita beradu tenaga! Siapa memang dialah yang bakal memimpin 300 orang pasukan tentera itu. Baru adil!” kata Putera Ryan sambil menghunuskan pedangnya yang kemudian menyentuh dada Danish. Danish tergamam. Dia tidak menyangka Putera Ryan begitu serius untuk memimpin 300 orang askar atau tentera itu sehingga sanggup beradu tenaga.
“Ryan! Jaga adab kau! Kita di tempat orang! Apa salahnya kalau kau serahkan tugas kau itu pada Danish! Kau akan selamat! Jangan jadi budak-budak!” marah Puteri Rukia tidak puas hati.
“Salah kak! Kakak tidak pernah faham akan tatatertib seorang askar. Ayahanda ada mengajar Ryan tentang adab-adab seorang jeneral tentera yan agung! Kita harus perjuangkan habis-habisan sekiranya kedudukan kita sebagai ketua sebuah skuad tiba-tiba diperlekeh atau dipertikaikan! atau kita akan dimalukan buat selamanya!” balas Putera Ryan garang. Wajahnya bengis. Puteri Rukia terdiam sambil menoleh ke arah Jeneral Shania dan Jeneral Aria untuk mendapatkan kepastian. Kelihatan dua orang gadis itu mengakui akan apa yang dikatakan oleh Putera Ryan.
“Saya terima cabaran Yang Mulia!” balas Danish tiba-tiba yang kemudiannay mengukirkan sebuah senyuman pada bibir Putera Ryan. Danish mengeluarkan pedangnya yang terkatung rapi di dalam sarungnya yang diikat di pinggang Danish sendiri tadi.
Putera Ryan secara tiba-tiba menghentakkan pedang tersebut ke arah Danish seperti mahu membunuh lelaki itu. Mujurlah Danish sempat menahannya menggunakan pedangnya. Krak. Pedang Danish retak sedikit. Dia terkejut. Begitu kuatkah Putera Ryan?
“Macam mana dengan aksi pemanas badan aku?” soal Putera Ryan selamba sambil menjulang Dragon Swordnya dengan hanya menggunakan satu tangannya. Danish terkejut benar dengan jumlah tenaga yang dimiliki oleh Putera Ryan.
“Habislah adik! Tiara rasa yang Putera Ryan akan memenangi perlawanan ini!” bisik Tiara kepada Shania yang sedang berdiri di sebelahnya. Shania mengukirkan sebuah senyuman.
“Belum tentu lagi Tiara. Putera Ryan merupakan seorang pemain pedang yang mengutamakan kekuatan di dalam pertarungannya manakala Danish lebih kepada kepantasan! Lihat sahajalah senjata yang mereka berdua gunakan. Senjata Putera Ryan yang seberat 200 Kg itu pasti akan menghancurkan mana-mana pertahanan dengan sekali tetakkan manakala pedang Danish yang ditempa dengan begitu halus tetapi kuat lebih kepada kepantasan. Pertarungan ini boleh diibaratkan seperti kekuatan melawan kepantasan! Pertarungan ini masih belum dapat dibaca! siapa yang akan memenanginya,” balas Shania menjawab pertanyaan Tiara. Gdis yang bermabut kerinting keperangan itu hanya sekadar mengangguk. Shania lebih berpengalaman di dalam ilmu pertarungan ini.
Putera Ryan menghayunkan senjatanya mengikut sesuka hati, tetapi semuanya dapat dielakkan oleh Danish dengan senang. Berat Dragon Sword ternyata telah memakan kepantasan Putera Ryan numun putera raja itu masih tangkas bermain senjata. Namun, Danish masih belum dapat melakukan serangan balas memandangkan Putera Ryan tidak habis-habis menyerangnya daripada tadi. Ada kalanya pedang Putera Ryan itu hampir sahaja menetak tempurung kepalanya.
Setelah beberapa minit, Putera Ryan keletihan selepas berulang kali cuba menyerang Danish tidak berhasil dan Danish pula dapat bertahan dengan baik. Danish pula berpendapat ini ialah giliran dia untuk menunjukkan kelebihan.
“Ini peluang aku!” bisik Danish di dalam hatinya. Ketika Putera Ryan sedang berhenti sejenak, dia dengan tba-tiba melibaskan pedangnya ke arah Putera Ryan. Satu hirisan membelah lengan Putera Ryan. Putera Ryan mengerang kesakitan. Darah merah mengalir dari luka libasan pedang. Mujurlah dia sempat menahan menggunakan lengan, kalau tidak pasti dia akan bergelar arwah.
“Putera!” jerit Aria. Aria kelihatan mahu menyertai pertarungan itu bagi membantu Putera Ryan. Namun, Putera Ryan telah mengangkat tangannya kepada Aria agar jangan mencampuri urusannya dengan Danish. Jika di atidak memncampuri pertarungan Aria dan Puteri Rukia, apa tidak Aria?
Putera Ryan mengesat darah yang mengalir itu. “Kau memang hebat! Aku terpaksa menggunakan gaya permainan pedang yang aku ciptakan!” kata Putera Ryan tiba-tiba.”Walau terpaksa membunuh kau!” Putera Ryan sedang maksudkan Jurus 3 Bayang Pedang yang telah diajar oleh ayahnya sendiri. Puteri Rukia tiba-tiba menjerit. Dia menyedari ada kegilaan pada diri anak muda itu.
“Ryan! Apa yang kau cuba buat! Ayah dah larang kita gunakannya kecuali bila di dalam keadaan bahaya! Danish pasti akan mati kalau kaugunakan gaya tu dan kau akan dicop sebagai pembunuh!” kata Puteri Rukia lagi.
“Pembunuh pun pembunuhlah! Yang penting ialah maruah! Itulah prinsip hidup seorang tentera!” balas Putera Ryan sambil menjeling ke arah kakaknya. Dia tekad yang dia akan mengalahkan Danish Brian dengan apa cara sekalipun. Gaya Tiga Bayang Pedang itu tidak pernah ditewaskan oleh gaya pedang lain. Ia dicipta khas untuk dirinya. Kau pasti akan kalah anak lelaki tunggal Keluarga Brian.
Empunya nama El. Karyanya dipenggaruhi oleh tulisan J.K Rowling dan Sir Athur Conan Doyle serta permainan video yang sering dimainkan olehnya. Kebanyakkan cerita yang dikarang beliau menerapkan elemen cinta yang disulamkan dengan elemen pengembaraan. Beliau sangat berminat dalam bidang penulisan.
GADIS HARIMAU : BAB 16
-
Kejora masih mengejar bayangan harimau tersebut. Namun tiba-tiba, tanpa
amaran, bayangan itu lenyap begitu saja. Dia terhenti, cuba mengatur nafas,
ma...
Pilihan raya PBT, siapa untung siapa rugi
-
*Pilihan raya PBT, siapa untung siapa rugi*
*KERAJAAN jangan sama sekali tunduk desakan ultra kiasu untuk mengadakan
pilihan raya PBT. Kawasan bandar akan ...
Kematian
-
Hari ini kehilangan seorang kenalan.
Kenalan dari bangku sekolah. Walaupun selapas tamat SPM memang tidak
bertemu muka tapi facebook menjadi tempat aku meng...
Ceragem - A journey to a better health 1
-
Saya mula kenal dengan Ceragem ni sejak 2017. Ceritanya begini... Seorang
kawan suami datang ke rumah. Dia ni dulu kakinya lembik sebelah. Sukar
hendak ber...
KOMBO NOVEMBER 2016
-
Kandungan: • 1x MIKAYLA • 1x DIA PILIH AKU • 1x MISI MEMIKAT CIK HITLER •
1x CIK BUNGA & ENCIK SEGAK • 1x Kampung Girl (PERCUMA) Tajuk: Mikayla
Penulis: Me...
Enam (4)
-
*Mia*
Aku melangkah laju masuk ke dalam restoren tu. Mendidih pula hati aku bila
teringat peristiwa tadi. Kurang ajar betul lah mamat tu! Boleh pula dia
t...
Why Pampers are Better than other Diapers
-
Getting the right diapers for babies has always been a concern for many.
However, Pampers provide the quality needed and are considered superior
because of...
Kursus Online Bersertifikat di Indonesia
-
Kursus Online - Ya, Sekolah Pintar bersertifikat di Indonesia. Inilah
sebuah solusi baru bagi anda yang ingin tetap belajar dan meningkatkan
skill atau kem...
New Update !
-
Assalamualaikum and hello people =)
Pheww akhirnya berupdate jugak blog ni kan? Haha. Sebenarnya kalau ada yang
perasan, Zatie ada edit volume 1 tu awal t...
Knowledge VS Wealth
-
Prophet David and Prophet Solomon a.s. were the richest of the kings, and
they were given such a great kingdom of men, jinn, animals, birds,
mountains, m...
-
Video Art Sekian lama aku tak mengupdate blogger ni..maklumlah orang
sudah bekerja..tak ada masa nak online..nak outing tangkap gambar
semua..tengok oran...
I'm Back !!!
-
Salam Cinta Hati,
DL mohon maaf sgt sbb mmg agak lama tinggalkan blog ni bersarang, berkulat
tanpa ada yg memantau. Maafkan diri ini....ada perkara yg terp...
-
medical checkup pkbm(u) smk subang utama dan
smk ss 17
pagi tadi tak pergi sekolah sebab ada hari terbuka..mama tak dapat nak
ambil report kad..atas alasa...