Pembaca Setia !

Saturday, February 20, 2010

Hikayat Putera Ryan 5: Hadiah Sebelum Bertempur


            “Putera! Awak nak buat apa ni?” soal Tiara tiba-tiba. Putera Ryan terdiam sejenak sambil menoleh ke arah Tiara yang berteriak secara tiba-tiba. Tangan Putera Ryan terasa lumpuh buat seketika apabila Tiara dengan beraninya memegang lengan Putera Ryan, dengan harapan agar dapat
            “”Saya.. er… cuma nak mempertahakan diri saya sahaja! Saya sebagai Putera Ryan, anak kepada King Alexender Alhazred II dan Queen Inoue Alhazred I tidak akan senang-sennag menujukkan bahawa saya bakal menyerah dengan begitu mudah. Saya akan berlawan sehingga ke titisan darah terakhir. Itu ialah sumpah seorang askar atau tentera!” balas Putera Ryan garang, sambil menghentakkan pedangnya ke tanah.
            “Tapi mesti kenapa awak bertarung sesama sendiri dengan adik saya?” balas Tiara lagi. Putera Ryan terdiam sejenak, mengatir idea untuk membalas kembali apa yang dhujahkan oleh Tiara. “Kenapa tidak awak berdua bersama-sama berganding bahu bersama skuad tersebut. Dua lebih bagus dari satu! Kenapa kita haru sbertekak dan mengangkat pedang kerana hal sekecil ini?” teriak Tiara sambil mengalirkan air mata. Suasana sunyi menggamit situasi pada waktu itu. Tiara melahirkan rasa hatinya yang tidak mahu melihat dua orang itu bergaduh itu.
            Putera Ryan mmebisu. Dia sedang memikirkan apa yang Tiara katakan tadi. Tiba-tiba bahunya disentuh oleh seseorang, dia mendongak. Danish sedang tersenyum sambil menghulurkan tangannya.
            “Putera Ryan… saya menyerah kalah dan tugas sebagai ketua askar 300 orang itu say aserahkan kepada Yang Mulia,” kata Danish lembut sambil mengukirkan senyuman manisnya itu, yang bisa mencairkan hati mana-mana gadis di dunia.
            Putera Ryan tidak membalas huluran tangan Danish. Dia sekadar merenung tangan dan wajah Danish silih berganti. “Kenapa tiba-tiba awak menyerah kalah? Bukankah saya yang hampir kalah ini yang harus berbuat demikian? Awak terlalu pantas untuk saya tewaskan. Saya yakin yang saya akan kalah tadi sekiranya saya tak menggunakan serangan maut saya itu… tapi kenapa awak pula yang menyerah?” soal Putera Ryan curiga dengan apa yang dikatakan oleh Danish tadi. Apakah ini satu muslihat untuk mengenakannya?   Danish tersenyum kecil. Putera Ryan terlalu paranoid, fikirnya.
            “Putera? Apakah peraturan utama seorang jeneral yang hebat di medan peperangan?” soal Danish pula. Putera Ryan mengerutkan dahinya untuk memerah otak memikirkan jawapan kepada soalan Danish itu.
            “Err… ayah saya pernah kata kepantasan ialah satu kelebihan sekiranya kita mahu bertarung di dalam perlawanan individu tapi kekuatanlah aset utama seorang jeneral di dalam peperangan… eh, nanti dulu, Jangan beritahu saya sebab itu…” Putera Ryan terdiam. Danish telah mengajarnya sesuatu.  Putera Ryan tersenyum juga lalu menyambut tangan Danish dan menepuk-nepuk bahunya. Sammuel, Tiara, dan yang lain-lain tersenyum melihat perubahan yang melanda kedua-dua orang anak muda yang bakal menempa nama sebagai salah seorang daripada jeneral agung di dalam sejarah Exathus nanti.
            “Terima kasih Danish… tapi saya nak awak bersama saya, kita sama-sama berjuang atas nama Exathus esok di dalam satu skuad seperti mana yang dicadangkan oleh kakak awak tu! Saya yakin gandingan kita nanti akan menang esok hari!” cadang Putera Ryan. Sikapnya berubah dengan drastic Putera Ryan gara-gara seorang wanita, Tiara Brian. Dan Puteri Rukia menyedari akan hal itu, dia tersenyum juga sambil berbisik di dalam hatinya. “Ryan, kau dah semakin berubah… matang.”
            “Yang Mulia… dan Danish. Makanlah dulu. Subuh-subuh lagi kita akan berperang esok!” kata Sammuel tiba-tiba. Ayam panggang beserta kuah khas yang sering dimasak oleh masyarkat Exathus terhidang di atas meja dengan bau yang cukup menyelerakan. Putera Ryan melihat hidangan untuknya dan Danish seraya memegang perutnya. Dia memandang Danish yang turut kelihatan terliur dengan makanan yang terhidang di atas meja.
            “Danish… jom!” ajak Putera Ryan. Danish mengangguk dan dua sahabat baru itu duduk bersama menikmati makan malam selepas baru sahaja beradu tenaga dengan dimenangi oleh Danish. Dunia memang aneh, dua orang pendekar yang bergaduh seperti tiada hari esok kini sedang bersama seperti selama-lamanya. Detik itu, bakal mencatat sebuah sejarah lagi pada masa hadapan nanti.

***
            Sammuel Brian sedang berdiri sambil memerhatikan bulan mengambang di dada langit, di luar rumahnya. Dia sedang membaca sebuah buku berpandukan cahaya bulan yang terang. Kadangkala dia termenung sendirian memikirkan akan hari esok. Apakah akan muncul kemenangan pada pasukan tentera bimbingan 6 orang pahlawan hebat, yang dua daripada mereka merupakan remaja yang berusia 17 tahun.
            “Sammuel! Kau tengah buat apa?” soal Shania dari belakang. Sammuel menoleh. Shania, gadis berkulit hitam manis, berambut panjang sehingga paras pinggang dan berpakaian baju tidur, tdak seperti biasa. Dia kelihatan lebih ayu pada malam itu.
            “Kau Shania… aku tengah baca buku The Art Of War. Buku inilah…”
            “Aku dah kenal kau lama, Sammuel! Buku tu bukan ke kau dah habiskan lama dulu! Kalau baca pun, kenapa kau termenung?” soal Shania. Sammuel pula yang tersenyum kali ini. “Kau tak boleh tipu aku. Kebijaksanaan aku pun hampir sehebat kau!”
            “Kau memang bijak, Shania!” kata Sammuel sambil menepuk tangannya. “Aku sebenarnya sedang memikirkan mengenai Putera Ryan dan anak lelaki tunggalku, Danish! Mereka masih muda, tapi lihatlah mereka mendabik dada mahu memimpin bala 300 orang yang boleh diibaratkan seperti kamikaze! Berani mati sahaja!” luah Sammuel penuh kekesalan. Shania diam membisu, menjadi pendengar yang setia.
            “Kau percayakan aku tak?” soal Shania.
            Sammuel mengangguk, tidak bersuara.
            “Aku percayakan Putera Ryan dan Danish. Aku lihat gaya pertarungan mereka, jauh lebih hebat daripada ketika aku berumur seusia mereka! Tiara, anak kau. Dia sebenarnya bakal menjadi segenius bapanya, atau lebih lagi. Aku lihat dia. Dia dengan bijak telah menggabungkan sebuah kombinasi jeneral perang yang hebat! Kekuatan dan kelajuan! Mereka berdua boleh diibaratkan seperti Jeneral Muzri dari Cloudyst, The Great Warlord. Lelaki yang khabar angin katakan mampu membunuh 5000 orang dalam sehari, yang masih disimpan oleh Cloudst untuk menjajah tanah Exathus,” kata Shania panjang lebar. Sammuel tersentak. Shania lebih menyedari akan bakat hebat mereka semua. Permata baru buat Exathus.
            “Aku… maafkan aku. Mungkin aku terlalu tua. Mindaku…”
            “Sammuel cerialah! Semua orang lakukan kesilapan. Ingat Resc Brian, nenek moyang kau, startegis untuk pasukan pemberontakkan Keluarga Alhazred pun pernah melakukan kesilapan!” kata Sahara sambil member semangat.
***
            “Saya, Putera Ryan Alhazred selaku pemimpin untuk askar-askar Toraca Lake mengingatkan kepada askar-askar dan tentera yang akan turun berjuang hari ini. Hari ini kita turun di medan perang! Kita hadir untuk memerangi bangsa yang cuba merampas kekayaan yang kita dan nenek moyang kita! Kita hadir dengan tekad untuk menghambat mereka dari tanah yang kita sayang ini! Pedulikan hirisan pedang yang memilukan dan pedulikan hentakkan kapak yang mengerikan, yang dibawa oleh bala Zauk kerana lebih memilukan dan mengerikan sekiranya kita melihat anak-anak, isteri dan mak kita menjadi mangsa ratahan Puak Zauk! Kita harus turun berjuang habis-habisan, biar kita ialah satu-satunya orang yang terselamat! namun perjuangan harus diteruskan” ucap Putera Ryan di hadapan bala tentera 20 000 orang. Ucapannya yang berkobar-kobar itu disambut oleh sorakkan dan laungan daripada askar-askar di tapak perhimpunan di dalam kota Toraca. Sammuel, Shania, Aria dan Danish memerhatikan sahaja semangat yang berjaya ditup oleh Putera Ryan kepada anak-anak buahnya. Lelaki itu bakal menjadi seorang wira Exathus kelak. Selepas itu, Putera Ryan dan Danish mengambil tempat mereka di skuad 300 orang yang bakal menggalas tanggungjawab yang paling penting.
            “Danish! Aku dah tak sabar-sabar nak mati!” tutur Putera Ryan tiba-tiba sambil tersenyum yang menimbulkan riak aneh di wajah Danish. Kadang-kadang Putera Ryan ini merupakan seorang yang agak sukar untuk dibaca personalitinya.
            “Putera!” jerit satu suara lunak. Hati Putera Ryan kembali berbunga. Skuad yang dipimpin olehnya yang mahu bergerak itu tiba-tiba di arahkannya berhenti. Danish melihat sahaja ragam Putera Ryan itu. macam-macam gelagat Putera Ryan ni.
            “Putera, jangan pergi dulu…” kata Tiara dari jauh.
            “Ada apa Tiara?” tutur Putera Ryan apabila Tiara sudah berada di hadapan matanya itu.
                “Putera dah nak pergi dah?” soal Tiara perlahan sambil menundukkan wajahnya. Putera Ryan menolak dagunya ke atas dnegan perlahan. Putera Ryan mengangguk sahaja sambil tersenyum.
            “Sebelum tu, Tiara nak bagi hadiah kat Putera…” tutur Tiara tersipu-sipu malu. “Agar Putera tak lupa kepada Tiara nanti kat sana!” kata Tiara sambil mengjengketkan sedikit kakinya lalu… menghadiahkan Putera Ryan satu ciuman. Merah wajah Putera Ryan menerimanya. Belum sempat Putera Ryan berbuat apa, Tiara berlari. Apa yang  berlaku tadi mendapat tepukan gemuruh dari askar-askar yang mahu berjuang. Satu suntikan semangat baru untuk Putera Ryan. 
              
              "Danish, aku tukar fikiran. Aku nak terus hiduplah!" Danish menggaru kepalanya dengan sikap Putera Ryan itu.

2 kritikan:

Hana Norisa said...

salam...
hye...
mmmm...dh lama tak bukak blog sejak cuti CNY neh...
btw, nice story..
gaya bahasa yang pada saya sangat cantik flownya...
hehehehe...
just comment jer sbb sy sendiri bkannya pandai menulis...hehehehe...
btw...nice story n gd luck ya...

El Sang Penulis said...

tenkiu banyak2.

Powered By Blogger