Pembaca Setia !

Saturday, February 13, 2010

Hikayat Putera Ryan 4: Oh Tiara!


      Ramai dari mereka sudah memasuki Villa Sammuel Brian. Hanya Putera Ryan yang sedang duduk termanggu memerhatikan hutan Black Forest di sebelah kirinya manakala Kota Toraca di sebelah kanannya, yang dikelilingi oleh tembok besi. Namun, itu semua bukanlah halangan untuk Puak Zauk untuk tidak menjadikan kota yang kaya dengan emas itu sebagai sasaran utama mereka. Mereka pernah melakukan dahulu, menembusi pertahanan kota Toraca, kenapa tidak hari ini? Putera Ryan sedang membayangkan pertempuran di dalam sejarah hidupnya. Dia membayangkan bagaimana dia akan menarik perhatian platun tentera Puak Zauk dan kemudian Puak Zauk akan dihujani oleh panah yang bakal dilancarkan oleh askar pemanah yang dipimpin oleh Jeneral Askar Pemanah Exathus, Aria. Startegi yang dirancang oleh Sammuel memang sangat bijak dan dia pasti kemenangan akan berpihak kepada Exathus. Tidak hairanlah lelaki tua itu pernah digelar The Exathus Heart serta The Professor. Kalau tidak kerana dia, pastinya Exathus sudah jatuh ke tangan Cloudyst pada peperangan yang berlangsung hampir seabad lamanya dulu itu. Namun waktu itu, Putera Ryan masih muda dan tidak berpeluang untuk menjadi sebahagian daripada sejarah kemenangan Exathus yang telah dicapai dalam kemengangan beberapa buah peperangan sehingga memaksa Cloudyst menandatangani beberapa perjanjian keamanann dengan Exathus. Tidak dilupakan juga jasa kerajaan Persiana dalam membantu Exathus berdepan dengan Cloudyst. Persiana yang merupakan sekutu kerajaan Exathus sejak ribuan tahun lalu telah menghantar bantuan makanan serta senjata-senjata untuk berdepan bala tentera Cloudyst  itu. Tapi… entah kenapa ada sesuatu yang tidak kena sedang bersarang di hati Putera Ryan. Putera Ryan merasakan sesuatu yang buruk pasti akan berlaku.

            “Hai Putera!” tegur satu suara lunak. Putera Ryan yang sedang duduk sambil berpeluk tubuh sambil memerhatikan matahari sedang terbenam di ufuk langit menoleh ke arah suara tersebut. Dia melihat Tiara sedang berdiri.

            “Tiara…” tutur Putera Ryan perlahan. Tiara mengambil tempat di sebelah Putera Ryan. Tiara entah kenapa terpanggil untuk menyelami perasaan Putera Ryan, lelaki yang baginya telah menunjukkan sebuah keberanian untuk memimpin bala askar yang bakal dijadikan umpan untuk menarik askar Puak Zauk ke kaki bukit Toraca pada senja yang indah itu. Putera Ryan juga baginya telah mengubah persektif buruknya tentang darah diraja yang dahulunya disangka seorang yang penakut, manja dan sebagainya dalam masa sehari. Jejaka itu tidak langsung menujukkan sebarang sifat negatif yang mengjengkelkan selain terpikat dengan wanita cantik – biasalah lelaki. Malah dia telah menunjukkan sikap yang dia merupakan seorang yang bakal menjadi seorang pemimpin ketenteraan hebat yang akan menjulang nama Exathus dan bakal menjadi jeneral tentera yang agung dalam sejarah. Ryan The Great… nama itu bakal tersemat di dadanya nanti.

            “Ada apa Tiara?” soal Putera Ryan perlahan. Tiara mengukirkan senyumannya. Raut wajah yang menyelubungi Putera Ryan bertukar ceria, menghalau awan mendung yang meliputinya tadi.

            “Tak ada apa! Sahaja temankan Putera Ryan dekat sini. Putera suka lihat matahari terbenam ke?” tanya Tiara sambil menguis rambut kerintingnya ke tepi, yang kelihatan menganggu pengelihatannya. Putera Ryan sekadar mengangguk sebelum membuka mulut untuk mengatur bicara.

            “Yup. Matahari terbenam tu cantik. Mengingatkan seorang yang bagi saya sangat cantik dan telah mencuri hati saya dalam masa yang singkat…” tutur Putera Ryan perlahan. Pandangan matanya masih tidak beralih dari untuk merenungi wajah Tiara. Tiara menyedarinya, lantas merona merah wajah ayunya itu, apatah lagi sinaran matahari menyerlahkannya.

            “Siapalah gadis tu. Tentu buah hati putera kan?” kata Tiara. Nada suaranya kelihatan tidak bersemangat tiba-tiba. Air mukanya lantas berubah.

            “Entahlah. Agak-agaknya siapa orang tu, Tiara?” tanya Putera Ryan, pandangannya masih tidak dialihkan dari merenung Tiara. Tiara hanya mencebikkan wajahnya, merajuk. Dia sedang mengusi-nguis pasir di tempatnya duduk dengan tangannya. Dia kelihatan melukis bentuk hati di tanah.

            “Kenapa pandang Tiara? Tengoklah matahari tu. Kata matahari terbenam mengingatkan putera kat seseorang,” rajuk Tiara. Dia kelihatan sugul sahaja. Hatinya entah kenapa dirasakan telah lenyap kegembiraan.

            “Tiara cemburu erk ? Buat apa nak tegok matahari terbenam kalau orang yang Putera Ryan asyik teringat-ingatkan tu dah ada di depan mata Putera. Sebab itulah Putera tak nak terlepas peluang menatap wajahnya! Natahri hanyalah simbolik” balas Putera Ryan selamba. Tiara terkejut juga merona merah wajahnya. Dia lantas bangkit cuba melarikan dari situasi yang sangat kekok baginya untuk dihadapi. Baru sahaja dia mahu membuka langkah seribu masuk ke dalam rumahnya, Putera Ryan mencapai tangan Tiara. Dia menggengam erat.

            “Putera baru kata macam tu… dah nak lari?” kata Putera Ryan sambil mendongak melihat Tiara yang malu untuk menatap wajah Putera Ryan. Tiara malu-malu kucing. Dia tidak menyangka yang Putera Ryan mempunyai perwatakkan selamba.
            “Putera. Malulah kalau macam ni. Nanti kalau rakyat jelata nampak. Apa diorang kata nanti?” ujar Tiara gusar. Putera Ryan bangkit. Dia merapati Tiara.

         “Buat apa nak malu? Tak apalah! Biar diorang tahu yang ada sesuatu antara Putera Ryan dengan jelitawan Toaraca Lake, Tiara Brian! Hahahahah,” Putera Ryan yang membuat lawak, dia sendiri yang gekal manakala muka Tiara memang sangat merah. Putera Ryan memang sangat nakal. Suka sangat mengenakan dia.

            “Tiara. Suka lihat Tiara macam ni. Comel sangat. Tiara, comel sangat!” bisik Putera Ryan tiba-tiba di telinga Tiara.

            Drapp. Pintu villa Keluarga Brian terbuka. Puteri Rukia sedang tercegat dengan mulut yang terganga melihat kemesraan antara Tiara dan Putera Ryan yang mua berputik. Putera Ryan yang menyedari akan kehadiran kakaknya itu lantas melepaskan tangan Tiara lalu menjauhi gadis itu.

            “Ryan.. Ryan. Kau ni… apa yang kau dah buat gadis tu?” teriak Puteri Rukia dari muka pintu. Putera Ryan mengangkat bahunya sebanyak dua kali. Perempuan ni memang sering menjadi pengacau di dalam misiku untuk merebut hati Tiara. Cis! Kneapalah aku ini dilahirkan untuk menhadi adik kepada Puteri Rukia?

            “Ryan tak buat apa pun! Kalau tak percaya akak tanya Tiara! Tiara, betul tak?” balas Putera Ryan yang kemudian mengalihkan tanggungjawabnya menjawab soalan cepu emas Puteri Rukia itu kepada Tiara. Tiara tercenggang untuk menjawab soalan Puteri Rukia.

            “Yang Mulia… Putera Ryan tak buat apa-apap pun!” Tiara mengelengkan kepalanya sakan. Namun, jelas bahawa gadis itu tidak pandai untuk menipu. Puteri Rukia tersenyum curiga sambil melemparkan jelingan curiga.  Ada yang tak kena dengan gadis ni.

            “Dah. Kalau korang berdua nak bercengkerama pun, masuklah dulu rumah. Makan dan Sammuel ada sesuatu nak cakap dengan kau. Hari pun dah nak malam. Ryan, kau kena tidur awal. Besok kau kena bangun awal! Kau akan memberi ucapan perangsang untuk askar-askar kita nanti!” arah Puteri Rukia. Putera Ryan mendengus perlahan. Aku baru nak pikat Tiara pun tak boleh. Melepaslah lagi peluang aku ini. Gadis ni baru nak jatuh

            “Tiara… Putera Ryan masuk dulu ya? Selamat malam sayang…” usik Putera Ryan lagi. Tiara merona merah lagi. Dia melihat sahaja jejaka yang mengusung pedang besar lagi berat itu di belakangnya berjalan memasuki villa keluarga Brian. Hari ini, dia jenuh menjadi bahan usikkan Putera Ryan. Putera Ryan...

***

            Putera Ryan baru sahaja selesai membersihkan badan. Dia kini sedang berdiri di ruang makan. Semuanya sudah duduk di situ, Tiara juga. Putera Ryan sempat mengeyit matanya pada Tiara membuatkan gadis itu. Merah wajah Tiara menahan malu.

            “Yang Mulia dah ada? Alhamdullilah. Patik ada sesuatu yang nak dibicarakan dengan Yang mulia!” kata Sammuel yang sedang duduk di meja makan panjang yang dibarisi oleh Puteri Rukia, Jeneral Shania, Jeneral Aria, Tiara dan seorang lelaki yang berambut kerinting yang Putera Ryan kenal merupakan adik kepada Tiara, yang telah digunakan namanya untuk memanggil pasukan diraja Exathus ke Toraca Lake. Kononnya dia  diculik oleh firuga aneh tetapi ada maksud yang tersembunyi, ada udang di sebalik batu. Namun apa yang hebat di sini ialah kebijaksanaan Sammuel Brian menggunakan pasukan diraja Exathus demi kepentingan sejagat.

            Putera Ryan mengambil tempat duduk di kerusi yang kosong., di sebelah lelaki yang berambut kerinting perang itu. Semua yang ada di situ memandang Putera Ryan dengan penuh perhatian. Putrea Ryan kelihatan tidak selesa dengan semua itu.

            “Kami nak mencadangkan agar Yang Mulia tidak memimpin skuad 300 orang itu kerana risikonya sangat berbahaya! Keselamatan Yang Mulia berada pada tangan kami. Sekiranya sesuatu terjadi pada Yang Mulia, kami takut yang kami akan dipersalahkan nanti! Lebih baik Yang Mulia menarik diri,” tutur Sammuel memulakan bicara. Putera Ryan diam sahaja. Matanya tiba-tiba merah.

            “Yang Mulia! Saya perkenalkan diri saya dahulu Saya Danish Brian. Anak Kedua dalam Keluarga Brian. Saya yang akan menggantikan tempat Putera Ryan! Saya akan memimpin 300 askar terhebat Toraca ke sana!” kata Danish sambil berdiri. Dia meletakkan tangannya di dadanya sambil berdiri menujukkan tanda hormatnya. Putera Ryan kelihatan tidak puas hati. Penumbuknya digenggam.

            “Kenapa? Kamu semua tak percaya pada saya ke?” tengking Putera Ryan bengang sambil menghentakkan pedang gergasinya di aats meja. Mereka yang lain lantas bangun dari meja untuk mengelakkan pedang Putera Ryan itu. "Saya ialah Ryan Alhazred, anak kepada Alexander Alhazred II.

            “Bukan macam tu Putera…” Aria cuba menenangkan Putera Ryan. Tiara pula kelihatan agak gusar dengan perubahan mendadak Putera Ryan itu.

            “Kau Danish! Kalau benar kau beriya-iya sangat nak gantikan tempat aku! Mari kita beradu tenaga! Siapa memang dialah yang bakal memimpin 300 orang pasukan tentera itu. Baru adil!” kata Putera Ryan sambil menghunuskan pedangnya yang kemudian menyentuh dada Danish. Danish tergamam. Dia tidak menyangka Putera Ryan begitu serius untuk memimpin 300 orang askar atau tentera itu sehingga sanggup beradu tenaga.

            “Ryan! Jaga adab kau! Kita di tempat orang! Apa salahnya kalau kau serahkan tugas kau itu pada Danish! Kau akan selamat! Jangan jadi budak-budak!” marah Puteri Rukia tidak puas hati.

            “Salah kak! Kakak tidak pernah faham akan tatatertib seorang askar. Ayahanda ada mengajar Ryan tentang adab-adab seorang jeneral tentera yan agung! Kita harus perjuangkan habis-habisan sekiranya kedudukan kita sebagai ketua sebuah skuad tiba-tiba diperlekeh atau dipertikaikan! atau kita akan dimalukan buat selamanya!” balas Putera Ryan garang. Wajahnya bengis. Puteri Rukia terdiam sambil menoleh ke arah Jeneral Shania dan Jeneral Aria untuk mendapatkan kepastian. Kelihatan dua orang gadis itu mengakui akan apa yang dikatakan oleh Putera Ryan.

            “Saya terima cabaran Yang Mulia!” balas Danish tiba-tiba yang kemudiannay mengukirkan sebuah senyuman pada bibir Putera Ryan. Danish mengeluarkan pedangnya yang terkatung rapi di dalam sarungnya yang diikat di pinggang Danish sendiri tadi.
            Putera Ryan secara tiba-tiba menghentakkan pedang tersebut ke arah Danish seperti mahu membunuh lelaki itu. Mujurlah Danish sempat menahannya menggunakan pedangnya. Krak. Pedang Danish retak sedikit. Dia terkejut. Begitu kuatkah Putera Ryan?

            “Macam mana dengan aksi pemanas badan aku?” soal Putera Ryan selamba sambil menjulang Dragon Swordnya dengan hanya menggunakan satu tangannya. Danish terkejut benar dengan jumlah tenaga yang dimiliki oleh Putera Ryan.

            “Habislah adik! Tiara rasa yang Putera Ryan akan memenangi perlawanan ini!” bisik Tiara kepada Shania yang sedang berdiri di sebelahnya. Shania mengukirkan sebuah senyuman.

            “Belum tentu lagi Tiara. Putera Ryan merupakan seorang pemain pedang yang mengutamakan kekuatan di dalam pertarungannya manakala Danish lebih kepada kepantasan! Lihat sahajalah senjata yang mereka berdua gunakan. Senjata Putera Ryan yang seberat 200 Kg itu pasti akan menghancurkan mana-mana pertahanan dengan sekali tetakkan manakala pedang Danish yang ditempa dengan begitu halus tetapi kuat lebih kepada kepantasan. Pertarungan ini boleh diibaratkan seperti kekuatan melawan kepantasan! Pertarungan ini masih belum dapat dibaca! siapa yang akan memenanginya,” balas Shania menjawab pertanyaan Tiara. Gdis yang bermabut kerinting keperangan itu hanya sekadar mengangguk. Shania lebih berpengalaman di dalam ilmu pertarungan ini.

            Putera Ryan menghayunkan senjatanya mengikut sesuka hati, tetapi semuanya dapat dielakkan oleh Danish dengan senang. Berat Dragon Sword ternyata telah memakan kepantasan Putera Ryan numun putera raja itu masih tangkas bermain senjata. Namun, Danish masih belum dapat melakukan serangan balas memandangkan Putera Ryan tidak habis-habis menyerangnya daripada tadi. Ada kalanya pedang Putera Ryan itu hampir sahaja menetak tempurung kepalanya.
            Setelah beberapa minit, Putera Ryan keletihan selepas berulang kali cuba menyerang Danish tidak berhasil dan Danish pula dapat bertahan dengan baik. Danish pula berpendapat ini ialah giliran dia untuk menunjukkan kelebihan.
            “Ini peluang aku!” bisik Danish di dalam hatinya. Ketika Putera Ryan sedang berhenti sejenak, dia dengan tba-tiba melibaskan pedangnya ke arah Putera Ryan. Satu hirisan membelah lengan Putera Ryan. Putera Ryan mengerang kesakitan. Darah merah mengalir dari luka libasan pedang. Mujurlah dia sempat menahan menggunakan lengan, kalau tidak pasti dia akan bergelar arwah.

            “Putera!” jerit Aria. Aria kelihatan mahu menyertai pertarungan itu bagi membantu Putera Ryan. Namun, Putera Ryan telah mengangkat tangannya kepada Aria agar jangan mencampuri urusannya dengan Danish. Jika di atidak memncampuri pertarungan Aria dan Puteri Rukia, apa tidak Aria?

            Putera Ryan mengesat darah yang mengalir itu. “Kau memang hebat! Aku terpaksa menggunakan gaya permainan pedang yang aku ciptakan!” kata Putera Ryan tiba-tiba.”Walau terpaksa membunuh kau!” Putera Ryan sedang maksudkan Jurus 3 Bayang Pedang yang telah diajar oleh ayahnya sendiri. Puteri Rukia tiba-tiba menjerit. Dia menyedari ada kegilaan pada diri anak muda itu.

            “Ryan! Apa yang kau cuba buat! Ayah dah larang kita gunakannya kecuali bila di dalam keadaan bahaya! Danish pasti akan mati kalau kaugunakan gaya tu dan kau akan dicop sebagai pembunuh!” kata Puteri Rukia lagi.

            “Pembunuh pun pembunuhlah! Yang penting ialah maruah! Itulah prinsip hidup seorang tentera!” balas Putera Ryan sambil menjeling ke arah kakaknya.  Dia tekad yang dia akan mengalahkan Danish Brian dengan apa cara sekalipun. Gaya Tiga Bayang Pedang itu tidak pernah ditewaskan oleh gaya pedang lain. Ia dicipta khas untuk dirinya. Kau pasti akan kalah anak lelaki tunggal Keluarga Brian.

0 kritikan:

Powered By Blogger