Pembaca Setia !

Thursday, December 17, 2009

Hikayat Putera Ryan 1: Arahan Bonda


Jauh pada zaman dahulu, terdapat sebuah kerajaan atau tamadun yang sangat kuat. Kerajaan itu bernama Exathus yang bermaksud ‘penghulu kepada semua wira’. Selama 5000 tahun, dan raja silih berganti dan dinasti pula silih bertukar, tiada satu kerajaan atau tamadun yang mampu untuk menggugat kewibawaan kerajaan ini. Putera Ryan Alhazred merupakan salah satu dari sejarah Exathus.


Baginda merupakan satu-satunya waris lelaki kepada keluarga Alhazred yang kini memimpin Exathus setelah merampas takhta dari keluarga bangsawan Exathus yang sebelum ini, Frazed.Orangnya merupakan jejaka berambut perang yang sangat hebat bermain pedang, mungkin mewarisi bakat itu dari bapanya King Alexender Alhazred II. Baginda telah mengikuti bapanya Alexender dalam setiap peperangan yang melibatkan kerajaan bapanya itu, terutamanya dengan Cloudyst, musuh utama Exathus.



Cloudyst mungkin antara kerajaan yang mampu untuk menggugat Exathus walaupun peperangan yang berlaku antara mereka sudah berlanjutan selama 100 tahun, dan hampir semua peperangan tersebut melibatkan kekalahan Cloudyst. Namun, King Wrinston, pemimpin Cloudyst masih tetap tidak mahu menyerah kalah. Dia menyimpan tekad dan azam untuk menguasai kekayaan Exathus yang merupakan pengeluar emas utama di dunia. Lokasi Cloudyts hanya terletak dari arah barat empayar Exathus yang melebar sehingga 2 kali saiz empayar Cloudyst. Cloudyst memang sangat memerlukan sumber-sumber sedemikian untuk kerajaannya bertahan memandang kedudukan muka bumi Cloudyst yang bergunung-ganang menyebabkan kerajaan tersebut terpaksa bmembeli segala sumber dari kerajaan luar.



Antara peperangan yang meninggalkan kesan dalam sejarah Exathus dan Cloudyst ialah peperangan Bloody River yang menyebabkan air sungainya menjadi merah dan tersekat aliran akibat berjuta mayat orang awam yang tidak berdosa yang dibunuh oleh The Giant, Jeneral Berkuda Cloudyst lalu dicampakkan kedalam Sungai Exathust. Mujurlah ketika itu, Jeneral Redzuan telah dihantar untuk menghambat The Giant kembali ke Cloudiyst dengan kehilangan 400 000 tentera berkudanya yang tewas kepada Redzuan yang hanya membawa 40 000 tentera tombak. Sejak peristiwa itu, Redzuan dikenali sebagai The Giant Slayer dan juga Jeneral Exathust yang terkuat sekali.



***


Putera Ryan sedang kusyuk berlatih bermain pedang dengan beberapa orang anak buahnya di War Hall di Palace Castle Exathus. Jejaka yang bermabut perang, berbadan tegap tidak berbaju dan bermuka kacak itu begitu hebat sehinggakan 5 anak buahnya itu terpaksa mengalah.



"Hahaha! Macam ni kamu kata nak jadi Jeneral Askar Lembing negara kita? Hahahaha!" perli Ryan apabila dengan senang dia mengalahkan calon-calon pelajar Akademi Jeneral yang dicabarnya tadi untuk bermain senjata. Dragon Sword yang seberat 200 Kilogram itu diangkat oleh Ryan lalu menghentakkanya ke tanah lalu bergegar. Itu ialah perkara yang selalu dilakukan oleh Ryan apabila memenangi satu pertarungan.



"Bagus-bagus putera! Putera semakin hebat dalam seni pedang Putera!" kedengaran suara memuji dari belakang yang diselitkan dengan tepukan. Ryan menoleh ke belakang, kelihatan seorang gadis yang berpakaian seperti seorang panglima atau jeneral kerajaan Exathus.



"Oh awak rupanya Aria! Ada apa pegawai peribadi Putera Ryan, putera terkacak dalam sejarah Exathus?" balas Ryan sambil menyelitkan beberapa pujian kepada dirinya, menyebabkan Aria tersenyum kecil. Ryan menyedari tawa Aria lalu mencebikkan wajahnya.



"Putera ialah putera yang paling perasan dalam sejarah Exathus!" usik Aria yang kemudiannya meletus tawanya menyebabkan Ryan semakin bermasam muka.



"Kamu ni Aria! Tak boleh dibuat kawanlah. Apa yang kamu tahu hanya mengusik saya!" baals Ryan sugul. Aria tersenyum. Aria ialah Jeneral Askar Berpanah Exathus dan pada masa yang sama, beliau pegawai peribadi Putera Ryan. Kehebatan Aria dalam memanah dikatakan sehebat Elf dan mata Jeneral Zarx dari Cloudyst buta sebelah ialah kerana panahannya.



"Putera! Yang Mulia berkenan nak jumpa putera. Katanya ada sesuatu yang ingin dibincangkan!" kata Aria sambil tersenyum. Sugul Ryan terus hilang. Dia tertanya-tanya perkara apakah yang penting sangat sehinggakan ibunya Queen Inoue mahu berjumpa dengannya dalam masa yang terdekat.



"Khabarkan pada baginda yang saya akan menghadapnya selepas mandi. Lagipun saya dah berpeluh sangat dah, tak manis kalau saya menghadap baginda dalam keadaan yang macam ni!" balas Putera Ryan sambil mengelap tubuhnya yang sasa itu dengan sehelai tuala. Aria mengangguk lalu beredar dari situ, meninggalkan Putera Ryan keseorangan.



"Mungkin sudah tiba masanya untuk aku pikul tugas sebagai Jeneral Exathus Yang Utama yang digalas setiap Dinasti Alhazred. Kuasa seorang permaisuhri lebih tinggi dari seorang raja di dalam kerajaan Exathus. Raja di dinasti Alhazred hanya ditugaskan untuk mengetuai segala angkatan jeneral yang ditugaskan untuk turun berperang.


Setelah selesai bersiap, memakai pakaian formal diraja dan mengikat rambutnya dengan sehelai bandana, dia tekad untuk menghadap Queen Inoue Alhazred serta ayahnya, King Alexender Alhazred II. Langkahnya penuh cekal diatur ke arah singgahsana yang terletak di tingkat atas sekali istana itu.


Dalam langkahnya itu, dia tersempak dan juga terdengar bisikan antara dua orang bangsawan yang sedang berbual di lorong panjang yang mengahala ke arah dewan senat, tempat perjumpaan ahli-ahli keluarga bangsawan yang terdiri daripada 70 buah keluarga. Setiap ahli lelaki keluarga bangsawan akan menghadiri perjumpaan di dewan senat yang akan berlangsung setiap beberapa minggu.


"Kau dengar cerita terbaru tak? Queen Inoue nak hantar budak mentah Ryan tu ke Toraca Lake untuk melakukan kerja penyiasatan. Dengar cerita anak lelaki Keluarga Brian telah hilang diculik oleh firuga aneh yang menakutkan!" tutur bangsawan yang berbadan gempal itu. Bangsawan yang berbadan kurus itu pula kusyuk mendengar.


"Kau rasa Yang Mulia dah gila ke?" balas bangsawan yang kurus itu.


"Mungkin. Tak pernah dalam sejarah Dinasti Alhazred yang ahli keluarga lelaki dilibatkan dalam politik Negara Exathus. Dia nak buat apa dengan Putera Ryan yang tak ubah macam tunggul kayu dalam arena politik Exathus tu? Hahaha!" balas bangsawan yang berbadan gemuk itu.


Langkah Putera Ryan yang bersemangat tadi terhenti. Semangatnya yang membara luntur begitu sahaja mendengar ketidaksopanan 2 orang bangsawan tadi. Lancang sungguh mulut mereka. Mahu sahaja dia keluar untuk menangkap mereka.


Tiba-tiba bahu Putera Ryan disentuh oleh seseorang. Dia menoleh ke belakang. Jeneral Fareez, jeneral kedua terkuat di dalam Kerajaan Exathus, selepas Jeneral Redzuan sedang berdiri sambil mengukirkan senyumannya yang bisa mencairkan hati mana-mana gadis.


"Tuanku jangan risau. Saya akan uruskan mereka!" balas Jeneral Fareez, memaksudkan dua orang bangsawan yang masih belum sedar kesalahan mereka yang bermulut busuk ke atas keluarga pemerintah Exathus.


"Ehem..ehem!" kata Jeneral Fareez yang mencelah dari belakang. Terkejut beruk bangsawan gemuk dan kurus yang sedang mengata Putera Helmi dan Queen Inoue. Mereka kelihatan menggelabah.


"Apa yang kamu bicarakan tadi hah?" soal Jeneral Fareez sambil mencekakkan pinggangnya. Peluh mula membasahi wajah bangsawan-bangsawan tadi.


"Ap..apa ya..ng ka..mu... cakapkan tadi? Ka...mi tak faham. Kami tak cakap apa-apa pun!" balas bangsawan gemuk itu tergagap.


"Betul-betul apa yang dicakapkan oleh kawan saya tu. Kami tak cakapkan apa-apa!" sambung bangsawan kurus pantas. Jeneral Fareez tersenyum nakal sambil melemparkan jelingan curiga menyebabkan kedua-dua orang bangsawan tadi semakin tidak senang kelihatannya.


"Habis tu, boleh tak kamu berdua kepada saya yang dari mana datangnya bunyi ni, 'Gila ke Yang Mulia' dengan 'Putera Ryan Seperti Tunggul Kayu' tu?" balas Jeneral Fareez jahat, menyebabkan salah seorang dari bangsawan tadi terkencing dalam seluarnya, bangsawan yangbersaiz gempal. "Kalau didengari oleh mana-mana pegawai yang bertugas pada hari ini, kamu mungkin akan disumbat ke dalam Penjara Tricolor. Hukuman yang paling ringan pun mungkin penjara seumur hidup!"


"Ini semua salah dia Jeneral! Saya dah larang dia tadi. Dia yang cakap Yang Mulia gila!" balas bangsaan berbadan gempal itu sambil menunding jari ke arah bangsawan yang berbadan kurus. "Jangan hantar saya ke Tricolor!"


"Hah? Kau tuduh aku pula gemuk? Kau kan yang cakap Putera Ryan tu tak ubah macam tunggul kayu?" balas pula bangsawan yang berbadan kurus. Mereka kini sedang bertengkar antara satu sama lain. Jeneral Freez semakin tersenyum. Seronok benar dia mempermainkan bangsawan-bangsawan yang berada di hadapan mereka.


"Lebih baik kamus emua lari sebelum saya pangil pegawai dalam kiraan tiga. Satu... dua... " belum sempat Jeneral Fareez menghabiskan kiraannya, bertempiaran lari bangsawan-bangsawan tadi seperti lipas kudung. Ketawa besar meletus dari mulut Jeneral Fareez. "Putera boleh keluar sekarang!"


Putera Ryan keluar dengan wajah yang sugul. Dia langsung tidak berkenan dengan tingkah laku kurang ajar bangsawan tadi dan sangat berterima kasih dengan kehadiran Jeneral Fareez Fareez merupakan jeneral berkuda yang lahir di utara. Dia telah belajar cara mengendalikan kuda dengan baik dari puak gasar di Roxerda yang terletak di utara.


"Terima kasih Fareez. Beta ada urusan di singgahsana! Yang Mulia, Queen Inoue Alhazred nak sangat berjumpa dengan beta! Beta harus pergi sekarang!" kata Putera Ryan sambil menepuk-nepuk bahu Jeneral Fareez membuatkan jejaka itu tercenggang.


****


"Ampun bonda. Apa yang yang bonda perlukan dari anakanda?" tanya Putera Ryan semasa menghadap ibunya yang sedang bersemayam di singgahsana. Bapanya pula ketika itu hanya memerhatikan Ryan.I bunya, Inoue merupakan wanita yang sangat cantik, berambut perang dan berwajah putih gebu.



"Anakanda, adinda Puteri Rukia , Jeneral Aria dan Jeneral Shania akan dihantar ke Toraca Lake untuk melakukan penyiasatan di sana! Anak gabenor di sana telah hilang di dalam Toraca Forest. Ada seseorang terlihat dia diculik oleh satu figura aneh!" arah ibunya.


"Tapi kenapa anakanda?" Bukankah anakanda ni hanyalah tunggul kayu di dalam takhta Exathus?" balas Putera Ryan mula menyoal kedudukanya. I



"Sampai hati anakanda berkata sedemikian rupa? Beta tak nak dengar apa-apa dairi anakanda lagi. Buat apa yang bonda suruh! Ini ialah arahan bonda!" balas Queen Inoue tegas. Dia curiga sejak bila Putera Ryan mula menunjukkan sikap yang agak sedikit memberontak.



Putera Ryan terdiam sejenak. Ibunya jelas sedang berada di dalam mood yang buruk pada hari itu. Mungkin kerana sikapnya yang kurang ajar tadi, mempersoalkan perlembagaan Exathus. Jarang dia melihat ibunya marah sedemikian rupa.


"Kamu berempat akan pergi ke sana melalui kapal merentasi Sungai Exathus. Di sana, Gabenor Brian akan menerangkan situasi yang perlu kamu hadapi!"kata King Alexender menyampuk perbualan tadi.














0 kritikan:

Powered By Blogger