Pembaca Setia !

Thursday, December 17, 2009

T Pandemik 5: Terima Kasih Aulia

    Hutan Simpan Eurasia sedang memayungi jasad seorang lelaki yang empunya nama Adam Harish, ejen kepada kerajaan Malaysia yang telah ditugaskan untuk memikul sebuah tugas dan misi yang merupakan antara yang tersulit yang pernah dilakukannya olehnya, menyelamatkan anak Perdana Menteri Malaysia yang bernama Shila. Hari ketika itu di waktu subuh.

    Kelihatan bahawa jejaka yang berbadan sasa itu masih bisa bernafas setelah jatuh dari ketinggian yang boleh mengakibatkan maut itu. Darah mula kelihatan berlumuran di segenap penjuru tubuhnya manakala warna tangan kirinya sudah bertukar menjadi biru. Helikopter yang sepatutnya membawanya ke tempat yang bernama Bandar Eurasia telah terhempas ke hutan yang menjadi jiran kepada destinatinya itu lalu membunuh rakan-rakannya yang lain. Mujurlah ketika itu dia sudah melakukan penerjunan menggunakan payung terjun.

   Tetapi, malangnya helikopternya itu telah ditembak oleh salah seorang anak buah lelaki yang mendakwa dirinya sebagai Albert Weskey itu bersepah lalu menjadi serpihan yang kemudiannya telah mengenai payung terjun milik Harish dan membuatkan lelaki itu terus jatuh menghempas tanah.

   Kini, Harish terlantar mengalami kecederaan yang agak parah. Tangan kirinya patah dan kepalanya pula berdarah teruk. Dalam hati jejaka itu, dia malu dengan dirinya sendiri. Apa kata Perdana Menteri Shahrin nanti jika lelaki itu mengetahui bahawa dirinya gagal untuk menyelamatkan Shila? Apa pula kata Shila nanti apabila dia tidak hadir sebagai penyelamat? Oh Ya Allah! Berikanlah aku kekuatan untuk aku Ya Allah! Aku tak sanggup melihat bagaimana mereka bersedih kerana kelemahan diriku ini, kecuaian aku! Doa hati kecil Harish pula. Jejaka itu menoleh ke kiri dan ke kanan, melihat sekiranya ada manusia yang lalu lalang di situ yang mungkin akan sudi menghulurkan pertolongan padanya.

   Pertolongan? Dahulu, itu memang tugasnya membantu orang di sekelilingnya, Masih teringat lagi bagaimana dia telah diperintahkan untuk menceroboh pejabat kementerian Indonesia semata-mata kerana ingin mencuri fail yang akhirnya telah membawa Malaysia memenangi kes untuk memlilki Pulau Sipadan, yangs ekali gus membantu segenap nelayan Malaysia di Sabah. Dia masih teringat lagi ketika melaksanakan misi di Iraq dahulu, dia telah menyelamatkan seorang kanak-kanak kecil yang menjadi mangsa peluru sesat antara pihak bersekutu dan askar Saddam Hussien.

    Tapi hari ini... tika dia amat memerlukan pertolongan, tiada siapa yang dapat membantunya. Apakah dunia ini berlaku tidak adil baginya? Inikah lumrahnya dunia yang harus didepannya? Kejamnya dunia tanpa mengenal siapa orang yang dipermainkannya? Aku tak sanggup lagi Ya Allah! Pada kau seorang sahaja tempat aku bergantung, kirimkanlah aku malaikat terbaikmu untuk membantu ku! Begitulah berulang kali Harish menangisi nasibnya sendiri di samping doa yang dikirimkan kepada ilahi agar dirinya diselamatkan. Dia sedar yang ada amanah lain yang sedang menanti dirinya. Tapi, apa yang penting buat masa ini ialah dirinya diselamatkan terlebih dahulu, barulah dia perlu memikirkan keselamatan orang lain. Tapi... ada manusiakah di hutan ini yang ada untuk menyelamatkannya?

    Tiba-tiba kedengaran bunyi seperti orang yang sedang berlari menghampirinya. Bulu roma Harish berdiri. Anak matanya dipusingkannya di sekeliling hutan yang agak tebal itu. Sayup-sayup suara wanita meminta tolong kedengaran. Pontianak kah? Hahaha... tak mungkin. Aku tak percayakan itu. Tapi... ini hutan. Apa-apa pub boleh terjadi.

    Minda Harish mula bercelaru apabila memikirkan asal-usul suara dan bunyi tapak kaki seperti orang yang menyanyi.

    "Arghh!" teriak Harish kesakitan apabila seorang gadis tersadungnya lalu jatuh menghempap dirinya. Harish belum berani membuka matanya. Namun yang pastinya, tangan kirinya yang patah itu sedang memegang belakang gadis yang terjatuh di atasnya tanpa rela. Sakitnya pula bukan kepalang.

    Harish membuka matanya perlahan-lahan. Terasa seperti nafas seseorang sedang mengenai batang hidungnya. Apa yang memeranjatkannya ialah wajah gadis itu hanya seinci jaraknya dari wajahnya.

    Harish tergamam. Apa yang harus dilakukannya? Dia berdoa agar diturunkan malaikat tetapi bidadari pula yang hadir pada saat ini, bahkan sesuatu yang agak romantis pula terpaksa dihadapinya.

    "Awak... bangun awak?" tegur Harish lemah. Tubuhnya semakin sakit apabila dihimpap oleh gadis yang tersandungnya itu. Dadanya terasa seperti dihimpit oleh kepingan batu dengan sangat kuat.

    "Awak.. tolong saya! Mereka sedang kejar saya!" balas gadis yang berambut hitam sehingga paras pinggang dan berpakaian ala orang asli yang mendiami hutan tersebut itu. Harish cuba bangkit tetapi gagal, tubuhnya terlalu lemah.

    "Macam mana nak tolong awak.. lihatlah keadaan saya ni. Dan jangan tutup mata tu lagi. Apa yang penting sekarang, tolong bangun dari tubuh saya. Sakit sangat dah ni!" ujar Harish lembut, matanya masih tajam merenung wajah gadis orang asli yang berada di hadapannya itu. Manis dan jelita. Jarang sekali dia melihat wajah orang asli yang secantik itu.

     Gadis itu lantas membuka matanya. Dia terkejut benar apabila menyedari bahawa jarak antara wajahnya dan Harish hanya lebih kurang satu inci sahaja. Wajahnya lantas merona merah. Dia lantas bangkit dari tubuh Harish.

     "Astagfirullah!" kata gadis tersebut spontan apabila melihat keadaan Harish yang cedera parah itu. Dia lantas bergerak ke arah Harish yang masih sempat tersenyum kecil. "Awak! Maafkan saya! Kenapalah awak tak bagitahu yang awak cedera?" kata gadis orang asli itu sambil mencekak pingangnya.

      "Macam mana saya nak bagi tahu kalau awak tak nak bangun dari badan saya?" balas Harish lemah.

     "Dah-dah! Jangan bercakap lagi! Awak cedera tu. Baring kat sini dan jangan pergi mana ya? Saya nak pergi cari herba kayu dan ubatan-ubatan dalam hutan ini yang boleh tolong awak!" jelas gadis orang asli itu dengan lemah lembut sambil membaringkan Harish di sebatang pokok yang besar. Harish mengangguk.

     "Saya pergi dulu!" kata gadis orang asli itu bersemangat.

    "Eh awak..."

    "Panggil saya Aulia!" balas Aulia pendek. "Ada apa lagi encik..."

    "Jangan encik. Panggil Harish jer!"

     "...Harish yang boleh saya bantu?"

    "Nah! Ambil pistol saya! Saya takut yang 'mereka' kejar awak lagi!" balas Harish lagi sambil memegang tangan Aulia dengan erat. Aulia kesima. Aulia kemudian menggelengkan kepalanya.

     "Awak lebih memerlukannya Harish! Saya boleh jaga diri saya..."

      "Tak boleh! Awak kena ambil juga pistol dalam poket saya. Kalau tak, saya tak akan lepaskan awak..." balas Harish yang memaksudkan tangan Aulia yang digenggamnya. Aulia terdiam sejenak sebentar.

      "Tapi Harish kena janji dengan janji dengan saya yang Harish akan selamat ya? Tunggu saya!" kata Aulia sambil mengambil sepucuk Hand Gun beserta beberapa butir pelurunya dari tangan Harish.

    "Awak si comel!" tutur Harish tiba-tiba. "Saya akan tunggu awak..." sambung Harish pendek lalu memejamkan matanya. Aulia tersenyum. Jejaka di hadapanya itu, memang sangat berbeza personalitinya. Dia terlalu risaukan orang lain sehingga mengabaikan keselamatan dirinya.

***

    Mata Harish dibukanya perlahan-lahan. Kepalanya terasa lebih ringan dan tangan kirinya yang patah itu kelihatan sudah diikat di lehernya. Aulia pula ketika itu sedang kusyuk menepelkan herba-herba yang kelihatannya sudah dihancurkan di luka di kepalanya.

    "Aulia..."

   "Oh, awak dah bangun dah?" tutur Aulia perlahan, masih kusyuk merawat Harish.

   "Dah... terima kasih Aulia," ucap Harish perlahan.

    "Tak mengapa awak. Saya tolong awak ni pun sebab saya perlukan pertolongan awak," jawab
Aulia jujur. Harish kelihatan tidak terganggu walau sedikit pun dengan kenyataan Aulia. Baginya, gadis itu harus dibantu.

    "Izinkan saya bertanya... siapa 'mereka' yang sedang kejar awak tu?" tanya Harish ketika Aulia sedang kusyuk merawat luka di kepalanya. Pertanyaan yang dilontarkan oleh Harish tadi telah membuatkan Aulia terhenti sejenak seolah-olah nadinya telah berhenti.

    "Mereka... ahli puak orang asli saya. Mereka macam dah ditukarkan menjadi mahluk yang sangat ganas dan dahagakan daging saya! Mereka seperti baru sahaja di rasuk oleh syaitan!

    Ketua puak saya dan saya sahaja yang kelihatan tidak bertukar menjadi seperti mereka!" ujar Aulia panjang. "Tapi dia dah mati sebab pertahankan saya! Saya terpaksa lari ketika mereka mengganas dan memakan Yohan!" Aulia teresak-esak menangis. Hatinya syahdu. Yohan mungkin rapat dengan gadis itu.

    "Harish! Tolong selamatkan puak saya!" rayu Aulia. Harish terdiam. Dia boleh selamatkan ahli puak Aulia tetapi... ada bayarannya. Misi sulitnya berkaitan dengan penduduk Eurasia yang telah bertukar menjadi zombie. Satu-satunya cara untuk dia selamatkan ahi puak Aulia ialah mendedahkan kepada Aulia rahsia misinya. Shila ialah kunci penamat bagi segala bala dan bencana yang menimpa bandar Eurasia. Shila.. di mana kau? Mampukah Harish untuk menjadi adiwira bandar Eurasia?


2 kritikan:

Liyana said...

saya suke citer awak. unik! mcm name blog ni jugak! macam perasaan saya dpt rase!

Aku Peminat! said...

bagus2! teruskan usaha anda!

Powered By Blogger