Pembaca Setia !

Showing posts with label Fantasi. Show all posts
Showing posts with label Fantasi. Show all posts

Tuesday, April 27, 2010

Hikayat Putera Ryan 9: Rancangan Jahat

Utusan dari Castle Palace tiba di Toaraca Lake, Villa Sammuel. Surat yang dicoret oleh Queen Inoue untuk dikirimkan pada Sammuel akhirnya sampai di tangan lelaki tua itu. Dia menghadiahkan utusan Queen Inoue dengan seuncang wang emas lalu mengarahkan utusan itu kembali ke Castle Palace bagi memaklumkan bahawa surat itu selamat sampai.

Ke hadapan Gabenor Toraca Lake Yang Taat,
Beta selaku Permaisuhri ke 12 Dinasti Alhazred, Exathus ingin memaklumkan berita gembira yang akan menyelubungi keluarga Brian. Setelah berbincang dari hati ke hati, kami ingin menyunting bunga di taman Keluarga Brian, Tiara Brian untuk dijadikan permaisuhri hati satu-satunya kumbang Keluarga Alhazred, Ryan Alhazred. Kami akan datang bersama rombongan besar-besaran dari Castle Palace untuk melamar Tiara pada 3 hari lagi.

Yang Benar,
Inoue Alhazred
            

Surat itu dilipat oleh Sammuel dengan senyuman yang menguntum di bibirnya. Dia menjerit memanggil Tiara untuk memaklumkan berita gembira itu. Tiara yangs edang berada di biliknya berlari turun ke ruang tamu, tempat di mana bapanya sedang memegang surat yang baru diterima dari Queen Inoue.
            “Cuba teka apa berita gembira yang ayah bawa?” soal Samuuel sambil memandang anak gadisnya itu. Tiara mengelenglan kepalanya. Dia tidak sukakan kejutan. Sammuel kemudian menyerahkan surat tadi kepada Tiara.
            Wajah Tiara spontan bertukar merah apabila selesai membaca surat itu. Kahwin? Oh.. tak akanlah secepat ini. Bairpun dia akui perasaan cinta dan sayangnya pada Putera Ryan memang semakin menguntum tetapi jika disebut tentang perkahwinan… mampukah mereka berdua memikul tanggungjawab sebesar ini?
            “Er… Tiara setuju!” Tiara kemudian menyalahkan dirinya di atas jawapan yang diberi oleh dirinya tadi. Tak akanlah… bagaimana dia untuk berdepan dengan Putera Ryan nanti? Danish muncul di belakangnya sambil memandang aneh kakaknya itu. Tidak pernah seumur hidupnya dia melihat kakaknya itu tersenyum sendirian. Akhirnya matanya tertancap pada surat yang dipegang oleh Tiara lalu tanpa segan silunya merampasnya.
            “Ayah! Tengok Danish!” kata Tiara sambil menudingkan jari hantunya ke arah Danish yang kelihatan kusyuk membaca surat Queen Inoue. Seperti Tiara, Danish turut tersenyum sendirian.
            “Patutlah kakak tersenyum sorang-sorang! Rupanya putera idaman dah menyunting dia diam-diam! Putera Ryan tu memang gopoh kan? Tak sabar-sabar nak memperisterikan kakak! Entah apa istimewanya kakak ni, Danish pun tak tahu!” perli Danish jahat. “Apa-apa pun, apa jawapan kakak?” Tiara membisu sebaliknya Sammuel yang berbicara.
            “Kakak kau terus aje setuju bila ayah beritahu dia pasal ni!” kata Sammuel sambil memandang Tiara yang sedang tunduk tersipu-sipu malu. Danish ketawa berdekah-dekah di lantai. Jelas yang dia tidak dapat mengawal dirinya lagi.
            “Akak dengan Putera Ryan sama aje! Gopoh dan gatal nak kahwin! Hahahaha…” kata Danish jahat sambil ketawa. Dia meninggalkan kakaknya dengan wajah yang kemerah-merahan.
            “Dah Danish! Jangan nak sakat kakak kau lagi!” tegur Sammuel yang merasakan lawak Danish tadi agak keterlaluan. “Tiara.. ayah nak keluar sebab ada hal yang nak diuruskan. Tolong tengok-tengokkan adik kau tu sementara ayah tak ada di rumah!” Tiara menganguk.
            Sammuel mengambil jaketnya di atas kusyen lalu menyarungkannya di badang gempal dan buncitnya itu. Dia membetulkan rambut separuh botaknya itu menggunakan jari gemuknya untuk memastikan dirinya kelihatan lebih kemas. Sammuel kemudian berlalu pergi dari villa rumahnya meninggalkan kedua-dua anaknya itu. Dia ada urusan yang lebih penting.
***
            Sammuel sedang berdiri di hadapan sebuah pub di tengah-tengah kota Toraca. Dia melihat sekelilingnya lalu kemudian berlari ke arah kawasan belakang rumahnya. Dadanya tercungap-cungap sebentar. Dia kemudian menyelongkar timbunan daun kering di sebelahnya lalu mengeluarkan sebuah baju hitam yang aneh. Sammuel kemudian memakai baju itu yang kemudiannya membuatkannya kelihatan seperti lelaki yang berkelubung hitam.
            Sammuel kemudian memasuki pub tersebut yang kelihatannya dipenuhi oleh kebanyakkan manusia yang memakai kelubung, masing-masing cuba melindungi wajah mereka. Mata Sammuel kemudian tertancap pada susuk tubuh yang sasa, yang sedang minum di sebuah meja di pub tersebut. Senyuman Sammuel terukir di sebalik kelubung hitam yang dipakainya.
            Lelaki yang telah menarik perhatian Sammuel tadi ialah ‘pedagang’ yang telah menghadiahkan Putera Ryan dan Danish Brian dua ekor kuda yang mempunya baka yang baik. Jeneral Muzri orangnya, sedang erat menggengam sebilah pedang yang mempunyai seni buatan yang sangat indah. Gerigi halus lagi tajam di bahagian depan dan belakang pedang itu menambahkan lagi kekuatan pedang itu. Hell Sword, pedang buatan Dwarf yang paling hebat yang pernah dibentuk dan ditempa. Pedang yang dikatakan telah dicelup ke dalam gunung berapi tertinggi di negara Cloudyst, Marionna Volcano.
            “Jeneral Muzri dari Cloudyst!” kata Sammuel tiba-tiba mengejutkan lelaki bertubuh sasa itu. Muzri bangkit lalu bersalaman dengan Sammuel. Apa yang dibuat Sammuel dengan Muzri, yang merupakan aset utama Cloudyst dalam menjajah Exathus?
            Sammuel kemudian mengambil tempat duduk di kerusi kosong di hadapan Jeneral Muzri.
            “Jangan panggil nama aku di sini! Kau nak tengok aku mati ke?” tegur Jeneral Muzri sedikit marah.
            “Kau ni rendah diri sangat. Aku kenal siapa kau! Bangsat-bangsat di sini tidak akan dapat menyentuh kau walaupun kau tidak bersenjata. Siapa yang tak kenal pahlawan yang paling kuat dan hebat dalam sejarah dunia yang pernah wujud? Aku yakin dengan kebolehan yang kau punya pada waktu ini, dengan hanya menggunakan satu tangan, mereka semua akan tumbang!” balas Sammuel lagi.
            “Kau ni Sammuel. Memang tak pernah berubah sejak dahulu lagi, bukan?” soal Muzri. Sammuel hanya mengangkat kedua-dua bahunya. Dia tidak mahu menjawab pertanyaan Muzri sebaliknya mahu menyampaikan berita gembira akan rancangan jahat mereka berdua selama ini semakin berbuah hasil.
            “Muzri! Rancangan kita telah berjalan dengan lancar! Seperti mana yang telah dirancang, anak aku, Tiara dan Putera Ryan akan berkahwin nanti. Queen Inoue telah mengirimkan surat akan kedatangan rombongan meminang dari Castle Palace!” kata Sammuel perlahan, gusar yang perbualannya bersama Jeneral Muzri akan diketahui orang ramai. Jika tertangkap, dia pasti akan dilabelkan sebagai pengkhianat nanti… pengkhianat? Apakah itu aku?
            “Ya? Baguslah. Aku harus memaklumkan hal ini pada King Haireel. Dia pasti akan gembira melihat semua yang berlaku berjalan dengan lancar. Jadi, rancangan kita akan mula berjalan lancar pada malam perkahwinan Ryan dan Tiara?”
            “Ya. Aku dah rancang sebuah stratergi yang mampu membuatkan apa yang kita berdua selama ini idamkan akan berjaya,” kata pula Sammuel. Jeneral Muzri semakin berminat dengan apa yang cuba disampaikan oleh Sammuel. Telinganya dipasangkan.
            Jeneral Muzri mendengar dengan kusyuk apa yang dikatakan oleh orang di hadapannya. Senyumannya semakin melebar. Tidak sia-sia dia mempertaruhkan nyawanya untuk bekerjasama dengan Sammuel. Berita gembira pasti akan mewarnai kerajaan Cloudyst pada hari ini. Kejatuhan Exathus mula menjelma.
            Seorang lelaki yang turut berpakaian kelubung hitam seperti mereka berdua terlanggar sebuah meja ketika cuba melarikan diri. Tapi, sayangnya dia tersadung dan sebilah pedang yang Sammuel kenal tergeletak di atas lantai, mungkin terjatuh dari genggaman lelaki itu.
            Jeneral Muzri lantas mengeluarkan pedang Hell Sword miliknya sambil mengacukannya ke arah bahu lelaki itu. Sammuel mengeluarkan pedangnya juga, menepis pedang Muzri.
            “Kau ikut aku!” arah Sammuel kepada lelaki itu. Dia mula mengesyaki yang lelaki itu mendengar perbualan antara dia dan Jeneral Muzri tadi. Air muka lelaki itu tidak dapat dilihat dari balik kelubung dan arahan Sammuel dipatuhnya tanpa melawan. Pedang Sammuel masih terhunus di belakangnya untuk memaksa dia menuruti segala perintah bodoh lelaki tua tidak sedar diri itu.
            Muzri menyarungkan kemabli pedangnya.
***
            “Kenapa bawa aku ke sini?” kata lelaki itu berlagak bingung apabila di bawa masuk ke Black Forest. Sammuel dan Jeneral Muzri mengelilingi lelaki itu.
            “Tunjukkan diri kau. Jangan ingat aku tak tahu siapa kau, Danish!” kata Sammuel perlahan. Danish terkejut. Memang dia tidak akan dapat menipu lelaki yang segenius bapanya itu. Dengan senang hati dia membuka kelubung yang menutup kepalanya.
            “Kau ekori ayah?” soal Sammuel lagi.
            “Ya! Tak sangka ayah bekerjasama dengan lelaki busuk macam dia!” kata Danish sambil menundingkan pedangnya ke arah Jeneral Muzri. Jeneral Muzri tidak menunjukkan sebarang respon. Dia juga terkejut dengan terdedahnya lelaki yang berlindung di sebalik kelubung.
            “Kau tak faham!”
            “Danish memang tak nak faham fikiran kotor ayah. Semakin Danish faham, Danish akan terjebak dalam permainan kotor ni!” balas Danish bengang serta sebak. Air matanya mengalir. Kehendak hatinya yang menyuruh dia mengekori ayahnya tadi memang tidak sia-sia. Akhirnya dia dapat juga membongkarkan konspirasi licik seorang yang dahulunya pernah digelar The Professor dan Exathus Saviour.
            “Danish…” lidah Sammuel kelu tidak dapat berkata-kata. Danish telah memberinya tamparan yang paling sakit di dalam hidupnya dengan hanya berbicara. Dadanya pula yang terasa sakit sangat dek tamparan baru itu. Kata-kata Danish tadi seolah-olah telah menusuk jauh ke dalam jantungnya.
            “Ayah kau buat semua ini untuk keluarga Brian! Keluarga kau, Danish!” kata Jeneral Muzri menyampuk. Danish merenung Muzri tidak percaya.
            “Lelaki tak guna ni bilang ayah nak jatuhkan kerajaan Exathus sebab keluarga kita? Jangan buat saya gelak! Hahaha…” sindir Danish lagi.
            “Cuba kamu fikir! Apakah kedudukan kelaurga Brian sejak tertubuhnya Exathus? Berpuluh-puluh dinasti silih berganti dan keluarga Brian yang kaya dengan bakat semula jadi hanya taat kepada pemerintah, duduk di takuk lama dan tidak terlibat dalam sebarang pengambil alihan keluarga. Sebab setia sangatlah kita dipijak sehinga hari ini! Keluarga Brian akan lebih menyinar di bawah pemerintahan Cloudyst!” bentak Sammuel tiba-tiba.
            “Cloudyst akan memberi penghargaan terbesar Cloudyst kepada keluarga Brian sekiranya kami mampu merampas empayar Exathus!” kata Jeneral Muzri sambil menundukkan tubuhnya.
            “Alasan ayah memang tidak masuk akal. Alasan yang jelas menunjukkan siapa ayah sebenar! Lelaki yang mementingkan diri dan harta serta nama atau pangkat! Ayah jangan malukan nama Brian di sini! Toraca Lake akan malu dengan sikap ayah! Kalau ayah berani bekerjasama dengan bangsat tu, jangan panggil saya Danish Brian lagi!” balas Danish lagi. “Saya akan pergi ke Castle Palace hari ini dan memastikan bahawa rancangan ayah itu akan gagal!”
            “Ayah tak akan benarkan, Danish!” tengking Sammuel hilang kawalan.
            “Ayah nak buat apa? Halang Danish? Hahahaha… angkat pedang pun ayah tak mampu..”
            “Bukan ayah… tapi Jeneral Muzri, The Great Warlords! Pemegang kepada pedang yang paling tajam, ringan dan kuat yang pernah dihasilkan di dunia. Seratus-peratus buatan Dwarf, Hell Sword!” kata Sammuel tersenyum jahat. Tangan Danish menggeletar. Betulkah dihadapnya sekarang ialah Jeneral Muzri? Apakah aku harus bertempur dengannya?
            “Aku akan bunuh kau!” kata Jeneral Muzri tiba-tiba apabila Sammuel memberi isyarat kepada Jeneral Muzri untuk melakukan perkara itu. “Keluarkan pedang kau dan bertarung macam lelaki!”
            Danish Alhazred bukanlah lelaki yang lemah dan pengecut. Dia ialah seorang jeneral perang yang hebat. Sammuel meninggalkan tempat itu. Danish memang benar-benar sudah melampau.
            “Aku bersedia untuk mati di tangan kau, Jeneral Muzri!” kata Danish perlahan. Dia tahu yang dia tidak akan mampu memenangi pertempuran itu dengan senang kerana Jeneral Muzri ialah lawannya. “Tuhan… kau selamatkanlah Tiara.” Danish sempat berdoa pada tuhan. Putera Ryan, kau selamatkanlah adik kesayanganku.
            “Arghh!” kedengaran jeritan maha dasyat dari dalam Black Forest. Sammuel mengalirkan air mata. Demi impiannya, dia harus mengorbankan segala-galanya. Dia juga tahu yang dia turut kehilangan Tiara di tangan Putera Ryan.
            Jeneral Muzri keluar dengan pedang yang berlumuran darah. Tidak sampai seminit, Danish tumpas di tangan Jeneral Muzri akhirnya. Apakah ini tandanya berakhir kisah heroisme mereka, Danish?
            “Anak aku dah mati?” Jeneral Muzri mengangkat bahunya.
            “Maksud kau?”
            “Belum sempat aku menikam dia buat kali terakhir, dia larikan diri dengan melompat ke dalam gaung!” balas Jeneral Muzri hampa. Walaupun Sammuel sedikit kecewa, namun separuh hatinya menghembus lega.
***
            “Ayah… Danish kata tadi yang dia akan pergi ke tempat yang jauh. Sekiranya dia tidak pulang, jangan mencarinya kerana dia tidak akan kembali!” luah Tiara tersesak sambil memeluk ayahnya. Surat yang ditinggalkan Danish membuktikan segalanya.

Kepada ayah dan kakak,
          
  Sekiranya ayah dan kakak menerima surat ini, mungkin Danish sudah tiada kerana Danish terpaksa pergi untuk sebuah misi yang penting… mungkin untuk selama-lamanya…
            Air mata Sammuel mengalir deras. Apakah yang telah aku lakukan tadi?

Saturday, December 26, 2009

Hikayat Putera Ryan 2 : Bidadariku Di Toraca Lake

    Putera Ryan kembali ke biliknya dengan wajah yang mencuka dan masam. Perasaan tidak puas hati dengan adat Exathus masih terselit di dalam jiwa anak muda itu. Kelancangan dua orang bangsawan tadi sedikit sebanyak telah mempenggaruhi fikirannya. Masih terngiang di gendang telinganya perkataan 'tunggul kayu' yang dituturkan.


    Apakah benar yang dikatakan oleh mereka? Kehadiranku tidak memberi sebarang makna pada kerajaan ini? Apakah lebih baik aku larikan diri dari sini, lalu menjadi rakyat biasa yang sememangnya impianku sejak azali lagi. Dilahirkan sebagai seorang putera memang sangat merimaskan, sekali-sekala aku ingin keluar dan menjadi rakyat biasa, menikmati kebebasan dan tidak perlu penat lelah untuk memerah otaku berfikir mengenai rakyat dan negara.


   Tapi, itu ternyata impian Putera Ryan yang sememangnya agak mustahil untuk direalisasikan. Hidup sebagai seorang putera memang itulah harganya, kebebasan dicuri oleh tanggungjawab yang menggunung. Dia harus buang semua itu sejauh-jauhnya. Apa yang penting buat masa ini ialah dia harus persiapkan diri untuk sebuah misi yang digalas ke atas bahunya.  Keluarga bangsawan Brian kelihatan sangat terdesak untuk menagih pertolongannya.


    Ryan mengambil masa selama 15 minit untuk bersiap lalu mengarahkan pegawai yang menjaga pintu biliknya untuk membawa bungkusan bajunya. Dia tekad, untuk menjadi putera yang terbaik di dalam Dinasti Alhazred. Dia akan membawa perubahan yang besar ke atas kerajaan itu.


     "Putera!" jerit satu suara lunak dari bilik Putera Ryan yang mewah itu. Lamunan jejaka bermabut perang itu tersentak. Dia cuba mengamati suara itu. Puteri Rukia, kakaknya sedang tercegat di luar pintu biliknya. Perempuan tu memang, tak boleh lihat aku senang. Gerutu Putera Ryan lagi. Hatinya masih di rundum mendung lagi, belum ceria sepenuhnya.


        "Ya kak?" balas Putera Ryan acuh tak acuh.


      "Kau buat apa lagi kat dalam sana? Kapal dah nak berlayar lagi! Kita harus tiba ke sana adalam masa 3 hari!  Kalau tak, nyawa anak Gabenor Bryan pasti dalam bahaya!" arah Puteri Rukia garang. Rukia ialah seorang gadis yang berambut hitam pekat, berlesung pipit dan berwajah manis. Cuma, apa yang membuatkan gadis itu membujang sehingga hari ini ialah sikapnya yang sangat garang.


      Pernah ketika ibunya mahu menjodohkannya dengan Putera Kerajaan Persiana, dia telah menakutkan Putera Ezekiel yang seharusnya menjadi suri hidupnya itu menyebabkan perkahwinannya dibatalkan. Namun, tiada siapa tahu apakah yang dilakukan oleh Rukia menyebabkan Putera Ezekiel dan Puteri Rukia tekad untuk menjadikan peristiwa itu sebagai rahsia  peribadinya. 


   "Akak tak boleh bersabar ke? Adik tengah cari rantai adik ni!" balas Ryan bengang dalam bernada. Dia semamngnya mahu bersendirian buat masa itu, bukanya mencari rantai yang seperti di dakwa olehnya. Rantai Dirajanya masih terkalung tidak terusik di lehernya; rantai yang terdapat permata yang tertulis nama Alhazred. Setiap darah diraja keluarga Alhazred akan mempunyai rantai tersebut sebagai lambang bahawa dia ialah keluarga diraja yang asli. 


   "Kau ni! Akak bagi masa buat kau dalam masa 15 minit aje! Kalau kau tak muncul kat jeti nanti, tahulah kau dengan akak!" tengking Puteri Rukia garang. Airliurnya tersembur-sembur memarahi adiknya dari bilik lelaki itu. Yang jadi mangsanya ialah pegawai istana yang menjaga bilik Putera Ryan. Habis wajah mereka terpaksa menahan tempias air liru Rukia manakala telinag mereka dipekakkan dengan herdikan dan tengkingan wanita itu. Kalau berterusan macam ni, siapalah yang nak buat bini?


    "Okey! Akak jangan buat macam ni tau kat Toraca Lake! Nanti habis lari penduduk pekan tu!" Ryan sempat menyindir kakaknya. "Macam Putera Ezekiel yang kacak tu..." 


     Kedengaran bunyi dengusan yang kuat dari luar bilik Putera Ryan. Meletus ketawa besar Ryan di dalam biliknya. Puas betul rasanya dapat membalas dendam kepada kakaknya. Rukia berlalu pergi sambil sempat berbisik di dalam hati, "Kau akan terima pembalasannya di Toraca Lake nanti! Kau belum kenal siapa aku lagi..." 


***


       Kelihatan 3 orang manusia yang lengkap berpakaian diraja Alhazred dan ketiga-tiganya kaum hawa. Api kemarahan mula dapat dirasai di jeti tersebut apabila Putera Yang Paling Berlagak Di Dalam Sejarah - Putera Ryan seperti yang digelar oleh Jeneral Aria tadi masih belum menampakkan sinar wajahnya. Kelihatan yang jejaka itu mahu mencurahkan minyak di dalam api yang sedang marak - Puteri Rukia. 


      "Kalau budak Ryan tu datang sini, tahulah dia aku kerjakan!" gerutu Puteri Rukia semakin menyakitkan telinga. Dialah orang yang paling marah di jeti tersebut manakala Jeneral Shania dilihat tenang sahaja sambil menyalakan rokok untuk dihisapnya. Jeneral Aria sempat melemparkan jelingan tidak senang hatinya terhadap sikap Shania. Jeneral Aria memang sangat bencikan rokok, lebih-lebih lagi kaum hawa yang menghisapnya. 


      "Ryan!" teriak Puteri Rukia dengan jeritannya yang sangat membingitkan telinga. Aria kelihatan terkejut manakala rokok yang cuba dinyalakan dalam pekatan angin malam yang sejuk itu terlepas lalu bergolek jatuh ke dalam laut. Aria tersenyum puas. 


       ***


         "Argh? Tiba-tiba jer aku rasa tak sedap hati ni?" Putera Ryan terpingga-pingga bangun dari tidur. Satu perasana kecut menyelinap masuk dalam ahti kecilnya itu. Dia melihat jam pasir di atas mejanya lalu meninjau di luar jendela, hari sudah malam. 


         "Alamak! Aku dah lewat!" getus hati kecilnya. Dicapai segala bungkusan bajunya lalu membuka langkah seribu ke jeti . Lokasi jeti tempat mereka harus bertemu ialah di dalam pekan kecil yang terdapat di sekitar Exathus. Pintu biliknya terbuka mengejutkan pegawai yang sedang menjaga. 


         "Kenapa kamu berdua tak kejutkan beta tadi?" ujar Putera Ryan sambil berlari. 


       "Dah tuan tak suruh!" teriak salah seorang pegawai yang berdiri di sebelah pintunya sambil memerhatikan Putera Ryan sedang berlari persis lipas kudung. Mereka kagum dengan kekuatan yang dimiliki oleh lelaki itu kerana mampu berlari laju  dengan pedang gergasi yang diikat dibelakangnya. 


         "Bengap!" getus hati kecil putera Ryan. 


      Setelah agak lama berlari, jejaka itu akhirnya tiba di jeti dalam keadaan yang tercungap-cungap, berpeluh-peluh dan tidak bermaya kerana telah memaksa dirinya berlari melebihi kemampuan dirinya. Puteri Rukia menghampirinya lalu menarik telinga lelaki itu. 


        "Kakak! Sakitlah! Janganlah buat macam ni!" jerit Putera Ryan. Dia bengang apabila dirinya diperlakukan seperti budak kecil.  Tiba-tiba ada sebilah pedang terhunus ke arah leher Rukia. Ryan dan Rukia tergamam. Aria sedang tercegat sambil pedangnya terhunus. 


    "Saya sebagai pegawai peribadi anak kepada King Alexander II dan Quen Inoue I dari Dinasti Alhazred tidak akan membenarkan awak, walau siapa pun melakukan putera sebegini!" kata Jeneral Aria serius. Purteri Rukia tersenyum puas manakala Putera Ryan sempat berkata. "Bagus! Macam nilah bodyguard aku!" 


   "Jangan jadi pengecut! Kalau kau memang benar-benar nak hayunkan pedang dan beradu tenaga, mari lakukan cara perempuan!" balas Puteri Rukia sambil melepaskan Ryan yang tadinya diperlakukan seperti anak kecil. Putera Ryan menggaru kepalanya yang tidak gatal itu. 


    "Cara perempuan? Macam pernah dengar jer ayat tu?" kata Putera Ryan di dalam hatinya. Kakaknya sudah mengeluarkan Snake Katana, pedang samurai miliknya. Rukia merupakan pengamal seni pedang samurai. Dia telah mempelajar seni tersebut dari seorang pemain pedang legenda Exathus yang kini menghilang tanpa jejak, Akira. Dia ialah anak murid terakhir Akira yang masih hidup.



     Aria kemudian menghayunkan pedangnya sepantas mungkin ke arah Putera Rukia. Puteri Rukia sempat mengelakkannya lalu menghayunkan pedangnya ke arah Aria. Aria sempat menahan menggunakan pedangnya. Kesempatan itu diambil oleh Puteri Rukia untuk menendang dada Aria menyebabkan gadis itu terjatuh ke belakang sedikit. 


      Aria lantas bangkit lalu mengeluarkan panah 'berhantunya'. Rukia berundur beberapa langkah ke belakang. Dia menarik nafas yang panjang lalu mengacukan pedang samurainya ke arah Aria seolah-olah mencabar gadis itu untuk melepaskan busur yang dikatakan setepat elf. 


    Aria tersenyum lalu menarik sebatang busur yang disimpan di dalam sebuah sarung yang tergantung rapi di pinggangnya, lalu melepaskan panah tersebut yang keliahatn snagat laju emnuju ke arah Rukia. Apa yang memeranjatkan Ryan ialah kakaknya itu itu hanya memejamkan matanya. Tap! Panah tersebut berjaya ditepis menggunakan pedang katana Rukia. Aria kelihatan terkejut sedikit lalu menarik 2 pasang busur panah miliknya lagi. 


        "Rasakanlah dua panahan serentak milikku!" teriak Aria lalu melepaskan busur panahnya itu. Kali ini, Rukia bergerak sedikit tetapi masanya masih terpejam, mungkin sedang menumpukan perhatiannya terhadap bunyi arah panahan busur tersebut. Seperti biasa, dua panahan busur itu berjaya ditangkisnya senang sehingga ada busur panah yang terbelah dua. 


     Aria sedikit terganggu lalu mengeluarkan 5 batang busur panah. Shania tiba-tiba bertindak. Dia melompat ke arah kawasan tengah medan pertempuran antara Aria dan Rukia. Dia lantas meneglaurkan boomerang gergasi miliknya lalu melemparkan. Boomerangnya itu lantas mengenai panah dan pedang rukia menyebabkannya terjatuh. 


     "Kamu berdua ni nak bunuh antara satu sama lain ke hah?" jerit Shania bengang. Putera Ryan kelihatan kecewa. Dia mahu melihat pertarungan yang agak menarik itu berterusan walau ada yang cedera di anatara mereka. Dia sudah biasa dengan semua itu. 


      "Maaf..." tutur Aria perlahan. Dia terlalu dibawa oleh emosi. Puteri Rukia memang sangat hebat. Dia tidak pernah melihat seorang yang berjaya lepas dari panahan busurnya, apatah lagi dalam mata terpejam. Rukia... suatu hari nanti kita akan bertarung sekali lagi!


***


     "Putera? Bangun putera!" kejut Aria. Putera Ryan masih membuta walaupun mereka sudah tiba di Toraca Lake. Jejaka itu liat untuk bangun pagi. Jenuh Aria cuba mengejutkannya bangun dari tidur. Dia tiada ikhtiar lain kecuali meminta bantuan Puteri Rukia. Hanya gadis itu sahaja yang tahu bagaimana caranya untuk membangunkan Putera Ryan dari tidur. 


      "Pegawai! Panggilkan Puteri Rukia ke sini! Katakan yang adiknya yang paling berlagak itu tak mahu bangun dari tidur. Mmebuta sampai tengah hari!" arah Aria kepada pegawai yang menjaga bilik Putera Ryan di dalam kapal itu. Pegawai iitu hanya mengangguk lalu berlari pergi dari situ. 


       Setelah beberapa minit, Puteri Rukia muncul di depan pintu sambil tersenyum puas. Dia merenung Putera Ryan dengan pandangan yang kejam. Aria merenung Rukia curiga. Puteri Rukia lantas berjalan ke arah katil Ryan yang masih sedang tidur. Air liur basi jelas kelihatan meleleh di pipi jejaka itu. 


        "Putera Ryan! Bidadari awak sedang berdiri di pintu masuk bilik kita ni!" bisik Puteri Rukia di telinga Ryan. Mata jejaka itu lantas terbuka luas. Dalam beberapa saat sahaja dia lantas bangun dari katil itu lalu menolak Aria dan Rukia ke tepi lalu menuju ke arah pintu di biliknya. 


          Dia hampa! Apa yang disangkanya bidadari yang selalu menjelma dalam tidurnya kini hanyalah bohongan kakaknya. Dia menoleh ke arah kakaknya sambil merenung bodoh. Aria ketawa terbahak-bahak melihat gelagat Putera Ryan yang persis budak kecil itu. 


           "Mana dia? Akak penipu!" tutur Putera Ryan sambil mencebikkan wajahnya. Dia berpeluk tubuh di dinding biliknya. Dia bengang yang tidurnya itu diganggu oleh dua orang gadis yang selalu sahaja menjadi pengacau hidupnya. "Kenapa? Ada apa kakak kejutkan adik pagi-pagi buta ni?" tanya Putera Ryan yang tidak berbaju hanya berseluar panjang itu. Dia tidak kisah untuk menayangkan badannya yang sasa itu. 


       "Pagi kau kata? Sekarang dah tengah hari! Matahari dah terpacak kat atas kepala kau!" balas Rukia selamba, menyebabkan Putera Ryan tersentak. "Kita dah nak sampai dah kat Toraca Lake! Bersiap sekarang! Kakak dengar kita akan disambut oleh anak perempuan Gabenor Brian. Akak dengar cerita dialah perempuan yang tercantik di Toraca Lake, namanya kalau tak silap akak ialah Natalia!" balas Rukia lagi menyebabkan mata Ryan seperti tersembul keluar. Dia lantas menarik Rukia dan Aria keluar dari biliknya itu.


     "Kenapa ni macam nak halau kitaorang aje?" tanya Aria tidak puas hati. 


     "Ya! Memang nak halau! Nak mandi dan pakai baju ni!" balas Ryan selamba lalu menghempaskan pintunya. 


***


      "Selamat datang ke Toraca Lake!" tutur seorang gadis yang lengkap bergaun merah jambu, bermabut perang yang kerinting. Rambutnya didahinya dipintal membentuk seperti jambul yang tergantung. Orangnya putih melepak, bermata phoenix dan mempunyai hidung yang sedikit mancung. Persis bidadari. 


         "Dia ialah bidadariku!" getus hati kecil Ryan. "Kalau tak silap aku, perempuan nilah yang selalu muncul dalam mimpi aku ni! Aku dah jumpa bidadariku! Dia rupanya di Toraca Lake!"


Thursday, December 17, 2009

Hikayat Putera Ryan 1: Arahan Bonda


Jauh pada zaman dahulu, terdapat sebuah kerajaan atau tamadun yang sangat kuat. Kerajaan itu bernama Exathus yang bermaksud ‘penghulu kepada semua wira’. Selama 5000 tahun, dan raja silih berganti dan dinasti pula silih bertukar, tiada satu kerajaan atau tamadun yang mampu untuk menggugat kewibawaan kerajaan ini. Putera Ryan Alhazred merupakan salah satu dari sejarah Exathus.


Baginda merupakan satu-satunya waris lelaki kepada keluarga Alhazred yang kini memimpin Exathus setelah merampas takhta dari keluarga bangsawan Exathus yang sebelum ini, Frazed.Orangnya merupakan jejaka berambut perang yang sangat hebat bermain pedang, mungkin mewarisi bakat itu dari bapanya King Alexender Alhazred II. Baginda telah mengikuti bapanya Alexender dalam setiap peperangan yang melibatkan kerajaan bapanya itu, terutamanya dengan Cloudyst, musuh utama Exathus.



Cloudyst mungkin antara kerajaan yang mampu untuk menggugat Exathus walaupun peperangan yang berlaku antara mereka sudah berlanjutan selama 100 tahun, dan hampir semua peperangan tersebut melibatkan kekalahan Cloudyst. Namun, King Wrinston, pemimpin Cloudyst masih tetap tidak mahu menyerah kalah. Dia menyimpan tekad dan azam untuk menguasai kekayaan Exathus yang merupakan pengeluar emas utama di dunia. Lokasi Cloudyts hanya terletak dari arah barat empayar Exathus yang melebar sehingga 2 kali saiz empayar Cloudyst. Cloudyst memang sangat memerlukan sumber-sumber sedemikian untuk kerajaannya bertahan memandang kedudukan muka bumi Cloudyst yang bergunung-ganang menyebabkan kerajaan tersebut terpaksa bmembeli segala sumber dari kerajaan luar.



Antara peperangan yang meninggalkan kesan dalam sejarah Exathus dan Cloudyst ialah peperangan Bloody River yang menyebabkan air sungainya menjadi merah dan tersekat aliran akibat berjuta mayat orang awam yang tidak berdosa yang dibunuh oleh The Giant, Jeneral Berkuda Cloudyst lalu dicampakkan kedalam Sungai Exathust. Mujurlah ketika itu, Jeneral Redzuan telah dihantar untuk menghambat The Giant kembali ke Cloudiyst dengan kehilangan 400 000 tentera berkudanya yang tewas kepada Redzuan yang hanya membawa 40 000 tentera tombak. Sejak peristiwa itu, Redzuan dikenali sebagai The Giant Slayer dan juga Jeneral Exathust yang terkuat sekali.



***


Putera Ryan sedang kusyuk berlatih bermain pedang dengan beberapa orang anak buahnya di War Hall di Palace Castle Exathus. Jejaka yang bermabut perang, berbadan tegap tidak berbaju dan bermuka kacak itu begitu hebat sehinggakan 5 anak buahnya itu terpaksa mengalah.



"Hahaha! Macam ni kamu kata nak jadi Jeneral Askar Lembing negara kita? Hahahaha!" perli Ryan apabila dengan senang dia mengalahkan calon-calon pelajar Akademi Jeneral yang dicabarnya tadi untuk bermain senjata. Dragon Sword yang seberat 200 Kilogram itu diangkat oleh Ryan lalu menghentakkanya ke tanah lalu bergegar. Itu ialah perkara yang selalu dilakukan oleh Ryan apabila memenangi satu pertarungan.



"Bagus-bagus putera! Putera semakin hebat dalam seni pedang Putera!" kedengaran suara memuji dari belakang yang diselitkan dengan tepukan. Ryan menoleh ke belakang, kelihatan seorang gadis yang berpakaian seperti seorang panglima atau jeneral kerajaan Exathus.



"Oh awak rupanya Aria! Ada apa pegawai peribadi Putera Ryan, putera terkacak dalam sejarah Exathus?" balas Ryan sambil menyelitkan beberapa pujian kepada dirinya, menyebabkan Aria tersenyum kecil. Ryan menyedari tawa Aria lalu mencebikkan wajahnya.



"Putera ialah putera yang paling perasan dalam sejarah Exathus!" usik Aria yang kemudiannya meletus tawanya menyebabkan Ryan semakin bermasam muka.



"Kamu ni Aria! Tak boleh dibuat kawanlah. Apa yang kamu tahu hanya mengusik saya!" baals Ryan sugul. Aria tersenyum. Aria ialah Jeneral Askar Berpanah Exathus dan pada masa yang sama, beliau pegawai peribadi Putera Ryan. Kehebatan Aria dalam memanah dikatakan sehebat Elf dan mata Jeneral Zarx dari Cloudyst buta sebelah ialah kerana panahannya.



"Putera! Yang Mulia berkenan nak jumpa putera. Katanya ada sesuatu yang ingin dibincangkan!" kata Aria sambil tersenyum. Sugul Ryan terus hilang. Dia tertanya-tanya perkara apakah yang penting sangat sehinggakan ibunya Queen Inoue mahu berjumpa dengannya dalam masa yang terdekat.



"Khabarkan pada baginda yang saya akan menghadapnya selepas mandi. Lagipun saya dah berpeluh sangat dah, tak manis kalau saya menghadap baginda dalam keadaan yang macam ni!" balas Putera Ryan sambil mengelap tubuhnya yang sasa itu dengan sehelai tuala. Aria mengangguk lalu beredar dari situ, meninggalkan Putera Ryan keseorangan.



"Mungkin sudah tiba masanya untuk aku pikul tugas sebagai Jeneral Exathus Yang Utama yang digalas setiap Dinasti Alhazred. Kuasa seorang permaisuhri lebih tinggi dari seorang raja di dalam kerajaan Exathus. Raja di dinasti Alhazred hanya ditugaskan untuk mengetuai segala angkatan jeneral yang ditugaskan untuk turun berperang.


Setelah selesai bersiap, memakai pakaian formal diraja dan mengikat rambutnya dengan sehelai bandana, dia tekad untuk menghadap Queen Inoue Alhazred serta ayahnya, King Alexender Alhazred II. Langkahnya penuh cekal diatur ke arah singgahsana yang terletak di tingkat atas sekali istana itu.


Dalam langkahnya itu, dia tersempak dan juga terdengar bisikan antara dua orang bangsawan yang sedang berbual di lorong panjang yang mengahala ke arah dewan senat, tempat perjumpaan ahli-ahli keluarga bangsawan yang terdiri daripada 70 buah keluarga. Setiap ahli lelaki keluarga bangsawan akan menghadiri perjumpaan di dewan senat yang akan berlangsung setiap beberapa minggu.


"Kau dengar cerita terbaru tak? Queen Inoue nak hantar budak mentah Ryan tu ke Toraca Lake untuk melakukan kerja penyiasatan. Dengar cerita anak lelaki Keluarga Brian telah hilang diculik oleh firuga aneh yang menakutkan!" tutur bangsawan yang berbadan gempal itu. Bangsawan yang berbadan kurus itu pula kusyuk mendengar.


"Kau rasa Yang Mulia dah gila ke?" balas bangsawan yang kurus itu.


"Mungkin. Tak pernah dalam sejarah Dinasti Alhazred yang ahli keluarga lelaki dilibatkan dalam politik Negara Exathus. Dia nak buat apa dengan Putera Ryan yang tak ubah macam tunggul kayu dalam arena politik Exathus tu? Hahaha!" balas bangsawan yang berbadan gemuk itu.


Langkah Putera Ryan yang bersemangat tadi terhenti. Semangatnya yang membara luntur begitu sahaja mendengar ketidaksopanan 2 orang bangsawan tadi. Lancang sungguh mulut mereka. Mahu sahaja dia keluar untuk menangkap mereka.


Tiba-tiba bahu Putera Ryan disentuh oleh seseorang. Dia menoleh ke belakang. Jeneral Fareez, jeneral kedua terkuat di dalam Kerajaan Exathus, selepas Jeneral Redzuan sedang berdiri sambil mengukirkan senyumannya yang bisa mencairkan hati mana-mana gadis.


"Tuanku jangan risau. Saya akan uruskan mereka!" balas Jeneral Fareez, memaksudkan dua orang bangsawan yang masih belum sedar kesalahan mereka yang bermulut busuk ke atas keluarga pemerintah Exathus.


"Ehem..ehem!" kata Jeneral Fareez yang mencelah dari belakang. Terkejut beruk bangsawan gemuk dan kurus yang sedang mengata Putera Helmi dan Queen Inoue. Mereka kelihatan menggelabah.


"Apa yang kamu bicarakan tadi hah?" soal Jeneral Fareez sambil mencekakkan pinggangnya. Peluh mula membasahi wajah bangsawan-bangsawan tadi.


"Ap..apa ya..ng ka..mu... cakapkan tadi? Ka...mi tak faham. Kami tak cakap apa-apa pun!" balas bangsawan gemuk itu tergagap.


"Betul-betul apa yang dicakapkan oleh kawan saya tu. Kami tak cakapkan apa-apa!" sambung bangsawan kurus pantas. Jeneral Fareez tersenyum nakal sambil melemparkan jelingan curiga menyebabkan kedua-dua orang bangsawan tadi semakin tidak senang kelihatannya.


"Habis tu, boleh tak kamu berdua kepada saya yang dari mana datangnya bunyi ni, 'Gila ke Yang Mulia' dengan 'Putera Ryan Seperti Tunggul Kayu' tu?" balas Jeneral Fareez jahat, menyebabkan salah seorang dari bangsawan tadi terkencing dalam seluarnya, bangsawan yangbersaiz gempal. "Kalau didengari oleh mana-mana pegawai yang bertugas pada hari ini, kamu mungkin akan disumbat ke dalam Penjara Tricolor. Hukuman yang paling ringan pun mungkin penjara seumur hidup!"


"Ini semua salah dia Jeneral! Saya dah larang dia tadi. Dia yang cakap Yang Mulia gila!" balas bangsaan berbadan gempal itu sambil menunding jari ke arah bangsawan yang berbadan kurus. "Jangan hantar saya ke Tricolor!"


"Hah? Kau tuduh aku pula gemuk? Kau kan yang cakap Putera Ryan tu tak ubah macam tunggul kayu?" balas pula bangsawan yang berbadan kurus. Mereka kini sedang bertengkar antara satu sama lain. Jeneral Freez semakin tersenyum. Seronok benar dia mempermainkan bangsawan-bangsawan yang berada di hadapan mereka.


"Lebih baik kamus emua lari sebelum saya pangil pegawai dalam kiraan tiga. Satu... dua... " belum sempat Jeneral Fareez menghabiskan kiraannya, bertempiaran lari bangsawan-bangsawan tadi seperti lipas kudung. Ketawa besar meletus dari mulut Jeneral Fareez. "Putera boleh keluar sekarang!"


Putera Ryan keluar dengan wajah yang sugul. Dia langsung tidak berkenan dengan tingkah laku kurang ajar bangsawan tadi dan sangat berterima kasih dengan kehadiran Jeneral Fareez Fareez merupakan jeneral berkuda yang lahir di utara. Dia telah belajar cara mengendalikan kuda dengan baik dari puak gasar di Roxerda yang terletak di utara.


"Terima kasih Fareez. Beta ada urusan di singgahsana! Yang Mulia, Queen Inoue Alhazred nak sangat berjumpa dengan beta! Beta harus pergi sekarang!" kata Putera Ryan sambil menepuk-nepuk bahu Jeneral Fareez membuatkan jejaka itu tercenggang.


****


"Ampun bonda. Apa yang yang bonda perlukan dari anakanda?" tanya Putera Ryan semasa menghadap ibunya yang sedang bersemayam di singgahsana. Bapanya pula ketika itu hanya memerhatikan Ryan.I bunya, Inoue merupakan wanita yang sangat cantik, berambut perang dan berwajah putih gebu.



"Anakanda, adinda Puteri Rukia , Jeneral Aria dan Jeneral Shania akan dihantar ke Toraca Lake untuk melakukan penyiasatan di sana! Anak gabenor di sana telah hilang di dalam Toraca Forest. Ada seseorang terlihat dia diculik oleh satu figura aneh!" arah ibunya.


"Tapi kenapa anakanda?" Bukankah anakanda ni hanyalah tunggul kayu di dalam takhta Exathus?" balas Putera Ryan mula menyoal kedudukanya. I



"Sampai hati anakanda berkata sedemikian rupa? Beta tak nak dengar apa-apa dairi anakanda lagi. Buat apa yang bonda suruh! Ini ialah arahan bonda!" balas Queen Inoue tegas. Dia curiga sejak bila Putera Ryan mula menunjukkan sikap yang agak sedikit memberontak.



Putera Ryan terdiam sejenak. Ibunya jelas sedang berada di dalam mood yang buruk pada hari itu. Mungkin kerana sikapnya yang kurang ajar tadi, mempersoalkan perlembagaan Exathus. Jarang dia melihat ibunya marah sedemikian rupa.


"Kamu berempat akan pergi ke sana melalui kapal merentasi Sungai Exathus. Di sana, Gabenor Brian akan menerangkan situasi yang perlu kamu hadapi!"kata King Alexender menyampuk perbualan tadi.














Powered By Blogger