Pembaca Setia !

Friday, December 18, 2009

T Pandemik 6: Konflik Di Lapangan Terbang Eurasia

Langkah Fera laju meredah banjiran manusia yang sedang ketakutan berlindung di dalam Lapangan Terbang Eurasia, mengharapkan ehsan anggota polis Eurasia dan 2 ahli Dragon Knight yang berani untuk melindungi mereka dari bahaya bencana di luar sana - zombie.

Fera memandang sekelilingnya, memerhati. Banyak gelagat manusia yang boleh diperhatikan. Rata-ratanya mempamerkan perasaan keresahan, ketakutan dan kekeliruan dengan arahan kerajaan Malaysia mengenai larangan dari keluar Bandar Eurasia. Fera hanya dapat mengagak sebab arahan itu dikeluarkan, namun tidak berani untuk melontarkan pandangannya, biarlah ia menjadi rahsia dirinya.

Kakinya terus melangkah laju ke arah 3 pintu masuk Lapangan Terbang Eurasia yang lain bagi memaklumkan maklumat yang baru sahaja didapatinya ketika dia dihantar ke situ untuk membantu skuad Dragon Knight beserta rakan-rakanya yang lain.

Tiba-tiba dia tertangkap pada bunyi seperti suara wanita sedang mengeluh kesakitan. Langkahnya kaku di situ, memasang matanya untuk mencari dari mana puncanya suara tadi, Dia melihat orang ramai sedang berkerumum dan mengelilingi di satu tempat di penjuru lapangan terbang tersebut. Dia yakin yang bunyi suara itu berasal dari tempat itu berdasarkan tarikkan orang ramai. Dia lantas membuka langkah seribu ke arah tempat tadi.

"Waktu-waktu sekarang dia nak beranak pula! Menyusahkan kita pula!" bisik orang ramai yang mengelilinginya, namun tidak satu pun yang membantu gadis atau bakal ibu muda tadi sebaliknya dengan jalangnya melontarkan umpatan keji ke atas gadis tadi.

"Seseorang tolong saya! Siapa doktor di sini? Saya nak keluar dah ni!" teriak gadis itu sambil memegang perut buncitnya. Mulutnya tercungap-cungap, peluh membasahi wajah. Jelas ada kesakitan yang amat sangat sedang dirasainya. Ada nyawa yang mahu keluar ke dunia buat masa ini melalui rahim ibu muda tersebut. Namun, tiada seorang pun yang membuat tindakan menolong bakal ibu muda yang mahu melahirkan anak tadi. Mereka hanya kelihatan terpingga-pingga serta berbisik-bisik mengumpat. Fera naik marah. Dia tidak harus membiarkan perkara sebegini berterusan, biarlah dia menjadi bidan terjun kepada kelahiran gadis itu.Dia tekad, ada nyawa yang harus aku selamatkan.

"Kesemua ke tepi. Beri laluan kepada Inspektor Fera dari Balai Polis Eurasia!" kata Fera sambil menolak orang ramai ke tepi untuk memberinya laluan sambil mengeluarkan kad pengenalan polisnya. Orang ramai yang berkerumum bergerak ke tepi memberi laluan kepada Fera.

"Cik Fera! Tolong saya! Anak saya dah nak dilahirkan dah ni!" kata bakal ibu muda tadi termengah-mengah. Darah mula keluar meleleh membasahi kakinya yang gebu itu. Fera kelihatan gusar dan cemas, dia menoleh ke arah orang ramai yang ada di situ.

"Semua orang lelaki, sila pergi dari sini! Saya nak bantu puan ni melahirkan anak!" teriak Fera sambil memandang serius terhadap orang ramai tadi. Namun mereka tidak berganjak langsung. Fera naik angin, Hand Gun miliknya dikeluarkan lalu diacukan ke arah orang ramai di situ. "Siapa yang tak nak dengar arahan saya dalam kiran tiga, saya tak akan teragak-agak untuk melepaskan tembakan!" jerit Fera memberi ancaman. Orang ramai di situ mula berundur lalu bertempiaran lari meninggalkan Fera dan ibu mud atadi keseorangan.

"Awak jangan risau! Saya akan sambut bayi awak ni. Saya Fera!" balas Fera sambil memebri semangat kepada bakal ibu muda tadi. Air ketumbannya mula pecah. Tidak lama lagi, dia bakal melahirkan seorang anak.

"Saya Wada. Tapi sekarang bukan masanya untuk kita berbual macam ni! Awak kena tolong saya! Allah! Sakitnya! Arghh!" meraung-raung Wada menahan kesakitan ketika bayi mula mahu keluar dari rahimnya. Fera memberi semangat kepada Wada.


***


"Adam! Kita kena berundur sekarang! Aku rasa kita tak akan mampu bertahan lagi memandangkan peluru yang ada pada kita dah kehabisan!" teriak Iwan, yang keletihan. Adam menolehnya, kelihatan cuba membantah.

"Tapi... kita dah diamanahkan!" balas Adam, dia masih kelihatan tidak mahu menyerah. Iwan kelihatan berang lalu menggengam baju Adam menyebabkan jejaka itu terangkat sedikit di udara. Adam kesima.

"Hey kawan! Bukalah mata kau! Tak akan kau nak mati sia-sia di sini! Banyak lagi yang perlukan kau! Ini bukan caranya untuk dieknang sebagai wira! Bagi aku, kita kena jadi bijak! Fikirkan ibu-bapa kau! Fikirkan masa depan kau! Apa perasaan mereka bila mereka dpaati kau mati di sini?" tengking Iwan marah. Zombie-zombie yang sedang merempuh pintu masuk lapangan terbang itu sudah tidak dipedulikan lagi. Adam terdiam lalu mengangguk.

"Maafkan aku Iwan. Aku rasa kau betul! Lagi pun aku nak cari sebab bagaimana mereka jadi begini!" balas Adam tennag. Iwan memelepaskannya.

"Kita kena cari Fera..."

"Seseorang... tolong saya!" tiba-tiba kedengaran suara perempuan meminta tolong. Adam dan Iwan berpandangan antara satu sama lain. Suaranya kelihatan lemah sekali, sangat berbeza dari suara perempuan mengeluh kesakitan.

"Adam! Kau dengar tak apa yang aku dengar?"

Adam mengangguk. "Bunyi tu, macam datang dari tandas wanita!" balas Adam sambil menundingkan jarinya ke arah tandas wanita yang berdekatan. Iwan lantas belrari ke arah tandas wanita meninggalkan Adam keseorangan tercenggang.

"Awak... tolong selamatkan saya daripada mereka!" jerit seorang gadis yang berpakaian persis pramugari. Sekumpulan gadis cantik yang turut berpakaian sepertinya tetapi kelihatan lusuh dan berlumuran darah sedang cuba meratah gadis itu hidup-hidup itu.

"Jahanam kamu semua!" kata Iwan sambil menggunakan sisa pelurunya yang kemudian mengenai belakang beberapa pramugari yang sudah bertukar menjadi zombie. Mereka rebah. Gadis tadi menarik nafas lega lalu berlari ke arah Iwan dan...

Iwan tergamam... dia dipeluk oleh gadis tadi. Hahaha... mimpikah aku? Dan dalam masa yang sama, pintu tandas tadi terbuka. Adam tercegat di depan pintu memerhatikan bagaimana eratnya Iwan dipeluk oleh gadis yang persis seperti bidadari itu.

"Maaf... aku tak nak ganggu kau dengan..."

"Eh Adam! Nanti dulu! Kau jangan salah faham. Aku dengan dia tak ada hubungan..."

" Abang Razi! Abang buat-buat tak kenal Ira lagi ke? Abang nak tinggalkan Ira keseorangan dalam tandas ni lagi macam yang abang buat tadi? Jangan abang! Ira takut mereka mungkin akan bangun dan cuba untuk makan Ira lagi! Ira sayangkan abang!" gadis itu meleraikan pelukanya, namun tangannya erat menggengam tangan Iwan.

"Iwan! Kau dah ada teman wanita kat sini, tapi tak beritahu aku pun! Sampai hati kau!" Adam membalas, dia kelihatan semakin percaya dengan kata-kata yang diluahkan oleh Ira Natalia. "Kau tak bagitahu aku pun yang kau ada nama lain! Macam ni kau kata sahabat?" Adam merajuk sambil bersandar di dinding. Wajahnya dicebik, kelihatan terganggu dengan pengakuan dari Ira itu.

"Percayalah kata-kata aku! Aku tak kenal langsung dengan perempuan gila ni!" balas Iwan, separuh merayu dan cuba melepaskan diri dari pelukkan Ira. Namun tidak berjaya. Adam mula menyedari sesuatu yang pelik. Iwan... dia memang benar-benar tak kenal dengan gadis empunya nama Ira Natalia itu.

"Kalau kau tak kenal dia... siapa dia?' tanya Adam cuba mendapat kepastian yang rakannya itu tidak bergurau.

"Pramugari yang gila!" balas Iwan. Ira mendengarnya lalu terus meleraikan pelukannya tadi. Dia memandang Iwan tajam, seolah-olah sedang memendam satu dendam yang sangat tbesar dengan jejaka itu. Raut wajah Natalia tidak dapat dibaca.

"Tahu pun kau yang aku bukan Razi kau! Aku ialah Iwan! Mejar Iwan, ahli skuad Dragon Knight 1!" balas Iwan bengang. Dia tidak menyedari reaksi yang ditunjukkan oleh Ira terhadapnya.

"Abang memang kejam! Abang nak tengok Ira mati baru abang nak mengaku yang Ira ni ialah isteri abang? Abang malu dengan anak yang dikandung oleh Ira ni? Ira sedar yang Ira ni isteri kedua abang!" tengking ira mengamuk sambil memeukul dada sasa Iwan. Iwan tergamam.

"Iwan! Katakan tidak dengan berita yang baru aku dengar ni!"

"Dah tentulah tidak! Aku rasa dia ni gila!" balas Iwan yang semakin bertambah cemas. Dia khuatir yang zombie akan menemui mereka di dalam tanda, sednag terlibat dalam konflik yang paling bodoh yang pernah dihadapinya. Gadis yang sangat cantik tetapi terencat akal mungkin sedang mengaku bahawa dia ialah isteri kepadanya.

"Abang ingat Ira main-main? Ira akan buktikannya!" jerit Ira sambil berlari keluar dari bilik air itu sambil menolak Iwan ke tepi. Adam melihat Ira berlari pergi.

"Iwan! Kejar gadis tu! Jangan biarkan dia pergi! Aku percaya yang dia akan bunuh diri!" kata Adam cemas sambil mengarahkan Iwan yang masih tercegat tidak percaya. Dia mengambil masa beberapa saat untuk menyedari apa yang dikatakan oleh Adam.

"Tetapi kenapa mesti aku?" balas Iwan.

"Kerana kau ialah 'Razi' dia! Jadi Razi untuk dia buat masa ini! Aku rasa mungkin ada kenangan lalu yang membuatkan dia jadi macam tu! Jangan hukum dia kerana lelaki yang bernama Razi! Entah apa yang dibuatnya sehinggakan gadis secantik itu boleh jadi macam tu!" kata Adam menggesa Iwan. Namun jejaka itu masih daim, tidak berganjak.

"Fikirkan tentang bayi di dalam perut dia!" sambung Adam lagi membuatkan jejaka itu lantas bangkit dan membuka langkah seribu mengejar Ira tadi. Adam menggoyangkan kepalanya. Dia merasakan bahawa  dirinya harus mengekori Iwan dari belakang.


***


Ketika Adam sedang asyik kusyuk berlari, tiba-tiba dia terdengar yang ada suara lain memanggil namanya. Dia menoleh. Fera sedang kusyuk bertungkus lumus menyambut kelahiran bayi manusia. Seorang ibu muda sedang bertarung nyawa melahirkan cahaya mata pertamanya di lapangan terbang yang sedang menjadi medan perang antara manusia-manusai yang masih selamat dari  zombie.

"Adam! Tolong Fera sekarang!" jerit Fera cemas. Adam berbelah bagi. Dia dilemma dalam memilih antara nyawa Ira atau nyawa ibu mengandung tadi . Langkahnya kaku di situ, fikiranya dimainkan semula dan hatinya dipanjatkan doa pada ilahi.
 

"Okey Fera! Adam datang ni!" jerit Adam sambil berlari ke arah Fera. Dia tekad untuk membantu Fera dan meninggalkan kepercayaan yang tinggi kepada Iwan untuk menyelamatkan Ira. Iwan, aku harapkan kau!




0 kritikan: