Pembaca Setia !

Thursday, May 27, 2010

Hikayat Putera Ryan 11: Orang Asing

          “Jeneral Fareez! Ada bot kecil yang sedang memasuki perairan!” jerit salah seorang askar yang sedang berdiri di puncak sebuah menara pemantau. Kelihatan seperti dua orang manusia yang sedang berada di atas sebuah bot tersebut dan masing-masing daripada mereka kelihatan berkelubung.
            “Apa kami harus lancarkan anak panah dari sini? Bukan ke tugas kami adalah untuk mengawal perairan sementara menunggu kedatangan Keluarga Brian dari Toraca Lake?” soal salah seorang anak buah Jeneral Fareez.
            “Jangan… aku rasa mereka tidak berbahaya. Lagipun jumlah mereka hanya ada dua orang! Kita ramai!” balas Jeneral Fareez tenang.  
“Yang di sana! Katakan nama anda dan dari mana anda datang!” soal Jeneral Fareez dari jauh. Namun, jeritannya tidak berbalas. Hnaya bisu yang memanjang dari orange sing itu.
            “Masing-masing! Bersiap sedia dengan senjata!” arah Jeneral Fareez. Sebaik sahaja bot tersebut mendekati perlabuhan, lompat dua orang manusia yang berkelubung itu.
            “Maafkan kami Jeneral Fareez! Kami ada sesuatu yang nak disampaikan pada Yang Mulia! Tolong bawa kami ke sana!” pinta salah seorang dari manusia itu. Dia duduk dengan separuh lututnya mencecah tanah. Hendak membaca yang selanjutnya ? Mari ke :    http://www.penulisan2u.my/2010/05/novel-hikayat-putera-ryan-11/

Sunday, May 16, 2010

Hikayat Putera Ryan 10 : Menjelang Perkahwinan

Aria kelihatan teragak-agak untuk mengejutkan Putera Ryan yang sedang terbaring lesu sambil menggigil di lantai dalam lenanya. Namun, perasaan simpatinya melebihi dari rasa ego yang membuak-buak di dalam jiwa. Wajah comel Putera Ryan yang dibuai mimpi juga telah meruntuhkan tembok yang memagari hati dan jiwanya. Dengan perlahan, Aria mendekati Putera Ryan lalu mengejutkan jejaka itu. Sebaik sahaja suara Aria mencecah gengendang telinganya, Putera Ryan lantas bangkit seperti ada bom baru sahaja meletup di sebelahnya. Aria tergelak kecil dengan sikap Putera Ryan itu.
            “Aria…” tutur Putera Ryan perlahan. “Maafkan saya. Saya tak bermaksud nak lukakan hati awak…” Putera Ryan kembali membisu apabila jari halus Aria itu menyentuh bibir merahnya itu. Aria menggelengkan kepalanya.
            “Putera Ryan tak salah… Aria yang seharusnya dipersalahkan. Tiba-tiba aje Aria berkelakuan seperti orang yang hilang akal,” balas Aria sambil mengukirkan senyuman. Gadis itu sangat menawan apabila tidak mengikat sanggul rambutnya dan berpakaian baju besi. Rambutnya yang dibiar terurai ke belakang menyapa pipi Putera Ryan. Harum baunya. Putera Ryan seperti terkesima sebentar. Seolah-olah hatinya baru sahaja dibekukan lalu cair disembur dengan api.
            “Putera?”
            “Aria nampak cantik sangat! Eh… bukan itu yang putera nak cakap! Putera Ryan yang bersalah dalam hal ni. Putera Ryan terlalu buta untuk melihat cinta Aria. Putera Ryan terlalu buta…” kata Putera Ryan teresak-esak walaupun air mata tidak mengalir dari matanya. Dia baru sahaja dilarikan dari topik perbualannya gara-gara kejelitaan Aria yang luar biasa pada hari itu.
            “Aria tak layak untuk cinta Putera Ryan!” balas Aria tenang. Putera Ryan memegang pipi Aria dengan tiba-tiba, cuba untuk membelai tetapi ditepis oleh Aria. “Aria tahu perasaan Putera Ryan untuk Tiara Brian, bukan untuk Aria!” bentak Aria tiba-tiba.
            “Tapi…”
            “Pandang mata Aria dan kata yang ‘Aku bencikan Tiara! Aku tidak cintakan Tiara! Aku tidak mahu berkahwin dengannya.’ Aria yakin yang Putera Ryan tidak akan menuruti apa yang Aria katakan sebab cinta Putera Ryan pada gadis itu!” ujar Aria bijak. Putera Ryan tergamam tapi tersenyum kemudiannya.
            “Aria kata ‘Aku bencikan Ryan Alhazred! Aku tidak cintakan Ryan Alhazred! Aku tidak mahu berkahwin dengannya!’ Putera Ryan yakin Aria tidak mahu sebab Aria sayangkan Putera Ryan! Demi Aria, Putera Ryan sanggup membatalkan perkahwinan…” Pang! Satu tamparan hinggap di pipi Putera Ryan. Tergamam jejaka itu sekali lagi.
            “Kenapa…”
            “Sebab Putera Ryan cuba menipu diri Putera sendiri! Putera Ryan tanya apakah Putera Ryan mempunyai perasaan pada Aria? Tak ada bukan? Sebab Aria bukan sesiapa! Jangan seksa jiwa Putera Ryan semata-mata kerana perasaan simpati putera tu! Aria tak perlukannay dan Aria boleh berdiri tanpa Putera Ryan Alhazred! Aku bencikan kau!” bentak Aria tiba-tiba sambil menolak Putera Ryan ke tepi. Air mata gadis itu tumpah serentak pada saat itu.  Belum sempat Aria melarikan diri, tangannya dicapai oleh Putera Ryan. Putera Ryan yang kelihatan serabai itu lantas memeluk Aria dari belakang. Jejaka itu kemudian meletakkan kepalanya di atas bahu Aria lalu berbisik.
            “Putera Ryan sayangkan Aria!”
            Riak wajah Aria terkejut dengan pengakuan berani Putera Danish.
            “Tapi sebagai seorang kakak!” Hati Aria hancur berkecai. Baru sahaja tadi Putera Ryan seolah-olah memberi harapan kepada dirinya, tetapi ternyata sekadar lakonan yang biasa dipersembahkan oleh jejaka itu. Beberapa saat kemudian, dia dengan tiba-tiba meleraikan pelukkan. “Terima kasih sebab menyedarkan putera! Kakak!” kata Putera Ryan tiba-tiba. Lelaki itu berlalu pergi dari koridor tanpa menoleh ke belakang, meninggalkan Aria memerhatikannya dengan hati yang luluh.
***
            “Tiara… tunggu aku!” bisik hati kecil Putera Ryan yang sedang bersiap memakai tradisional yang biasanya dipakai oleh kebanyakkan jejaka di Exathus apabila menjelang hari perkahwinan mereka. Dia memberi senyuman pada cermin dihadapannya. Tersenyum puas dirinya.
            Pintu biliknya diketuk oleh seseorang. “Masuk!” arah Putera Ryan dari dalam. Pintu itu terbuka sedikit dan muncul seorang lelaki yang Putera Ryan kenal, Jeneral Fareez. Jeneral Fareez menghampiri Putera Ryan lalu menepuk bahu jejaka itu.
            “Putera Ryan dah besar!” bisiknya kagum. “Kau untung Ryan. Dapat kahwin awal. Bukan macam aku, aku yang lagi kacak daripada kau ni yang terperap awal tanpa isteri kat sini. Lainlah, kalau ada yang berkenan. Tapi, kakak kau tu boleh tahan!” hati-hati Jeneral Fareez menyusun topik. Putera Ryan menoleh dengan sangat perlahan ke arah Jeneral Fareez yang sedang memeriksa janggut nipis di dagunya.
            “Kau suka kat kakak aku ke?” soal Putera Ryan berasa aneh. Hubungannya dan Jeneral Fareez memang sangat rapat sehingga boleh beraku-kau antara satu sama lain tanpa megira darjat dan pangkat. Putera Ryan pula lebih suka dengan cara itu.
            “Entahlah.. dia suka kat aku ke?”
            Putera Ryan tidak menjawab sebaliknya berfikir inilah masa yang sesuai umtuk dia mengubah topik perbualannya. Jeneral Fareez, lelaki berambut kelabu, berjanggut nipis di dagunya, berbadan tegap dan bermata kuyu itu memang sangat terkenal dengan sikap tidak boleh melihat perempuan cantik. Hampir semua perempuan cantik mahu dikebasnya. Mungkin sebab itulah dia masih tidak kahwin-kahwin sehingga hari ini. Sikap kaki perempuannya itu.
            “Fareez.. aku gementarlah. Macam manalah aku nak duduk bersanding di depan ratusan hadirin nanti. Bagaimana aku untuk berikrar bahawa aku akan setia di hadapan hadirin yang hadir nanti yang aku akan jaga Tiara sebagai isteri aku?” luah Putera Ryan. Dari nada suaranya kedengaran seperti dia sedang gementar. Putera Ryan sedang membicarakan tentang adat perkahwinan Exathus. Pasangan pengantin akan duduk bersanding di hadapan orang ramai,  lebih kurang seperti perkahwinan orang melayu seperti hari ini dan di akhir persandingan si pengantin lelaki akan berdiri sambil membuat ikrar di hadapan hadirin bahawa dia akan menjaga bakal isteri masing-masing. Ikrar boleh diucapkan dengan spontan.
            “Aku tak tahu sebab aku tak pernah kahwin… kau tanyalah ayah kau! Bukan ke dia berpengalaman! Aku ingat lagi betapa hebatnya dia mengurat sepupunya sendiri, Queen Inoue. Hebat…” cadang Jeneral Fareez tiba-tiba. Ada benar juga cadangang dia itu.
            “Kau kena cepat! Mak andam dah bersedia nak mekap dan hias kau di bilik pengantin! Aku ada hal nak diuruskan di pelabuhan ni! Malam ini kau kena sambut rombongan dari Toraca Lake di pelabuhan Castle Palace, bukannya jeti biasa tempat kau berangkat melakukan misi! Ingat tau?” Putera Ryan mengangguk.
            Jejaka itu mencapai kad jemputan di tangannya lalu membaca senarai orang yang dijemput.
Edward Laincext, Ezry Viour, Wixruan Redza dan…
            Mata Putera Ryan tertancap pada satu nama… Ezekiel Persiana? Tak akanlah… mereka dah jumpa dia? Bagaimana pula perasaan kakak nanti apabila berjumpa dengannya? Haruskah kakak bersedih di hari yang paling bahagia buat dirinya?
             

Tuesday, April 27, 2010

Hikayat Putera Ryan 9: Rancangan Jahat

Utusan dari Castle Palace tiba di Toaraca Lake, Villa Sammuel. Surat yang dicoret oleh Queen Inoue untuk dikirimkan pada Sammuel akhirnya sampai di tangan lelaki tua itu. Dia menghadiahkan utusan Queen Inoue dengan seuncang wang emas lalu mengarahkan utusan itu kembali ke Castle Palace bagi memaklumkan bahawa surat itu selamat sampai.

Ke hadapan Gabenor Toraca Lake Yang Taat,
Beta selaku Permaisuhri ke 12 Dinasti Alhazred, Exathus ingin memaklumkan berita gembira yang akan menyelubungi keluarga Brian. Setelah berbincang dari hati ke hati, kami ingin menyunting bunga di taman Keluarga Brian, Tiara Brian untuk dijadikan permaisuhri hati satu-satunya kumbang Keluarga Alhazred, Ryan Alhazred. Kami akan datang bersama rombongan besar-besaran dari Castle Palace untuk melamar Tiara pada 3 hari lagi.

Yang Benar,
Inoue Alhazred
            

Surat itu dilipat oleh Sammuel dengan senyuman yang menguntum di bibirnya. Dia menjerit memanggil Tiara untuk memaklumkan berita gembira itu. Tiara yangs edang berada di biliknya berlari turun ke ruang tamu, tempat di mana bapanya sedang memegang surat yang baru diterima dari Queen Inoue.
            “Cuba teka apa berita gembira yang ayah bawa?” soal Samuuel sambil memandang anak gadisnya itu. Tiara mengelenglan kepalanya. Dia tidak sukakan kejutan. Sammuel kemudian menyerahkan surat tadi kepada Tiara.
            Wajah Tiara spontan bertukar merah apabila selesai membaca surat itu. Kahwin? Oh.. tak akanlah secepat ini. Bairpun dia akui perasaan cinta dan sayangnya pada Putera Ryan memang semakin menguntum tetapi jika disebut tentang perkahwinan… mampukah mereka berdua memikul tanggungjawab sebesar ini?
            “Er… Tiara setuju!” Tiara kemudian menyalahkan dirinya di atas jawapan yang diberi oleh dirinya tadi. Tak akanlah… bagaimana dia untuk berdepan dengan Putera Ryan nanti? Danish muncul di belakangnya sambil memandang aneh kakaknya itu. Tidak pernah seumur hidupnya dia melihat kakaknya itu tersenyum sendirian. Akhirnya matanya tertancap pada surat yang dipegang oleh Tiara lalu tanpa segan silunya merampasnya.
            “Ayah! Tengok Danish!” kata Tiara sambil menudingkan jari hantunya ke arah Danish yang kelihatan kusyuk membaca surat Queen Inoue. Seperti Tiara, Danish turut tersenyum sendirian.
            “Patutlah kakak tersenyum sorang-sorang! Rupanya putera idaman dah menyunting dia diam-diam! Putera Ryan tu memang gopoh kan? Tak sabar-sabar nak memperisterikan kakak! Entah apa istimewanya kakak ni, Danish pun tak tahu!” perli Danish jahat. “Apa-apa pun, apa jawapan kakak?” Tiara membisu sebaliknya Sammuel yang berbicara.
            “Kakak kau terus aje setuju bila ayah beritahu dia pasal ni!” kata Sammuel sambil memandang Tiara yang sedang tunduk tersipu-sipu malu. Danish ketawa berdekah-dekah di lantai. Jelas yang dia tidak dapat mengawal dirinya lagi.
            “Akak dengan Putera Ryan sama aje! Gopoh dan gatal nak kahwin! Hahahaha…” kata Danish jahat sambil ketawa. Dia meninggalkan kakaknya dengan wajah yang kemerah-merahan.
            “Dah Danish! Jangan nak sakat kakak kau lagi!” tegur Sammuel yang merasakan lawak Danish tadi agak keterlaluan. “Tiara.. ayah nak keluar sebab ada hal yang nak diuruskan. Tolong tengok-tengokkan adik kau tu sementara ayah tak ada di rumah!” Tiara menganguk.
            Sammuel mengambil jaketnya di atas kusyen lalu menyarungkannya di badang gempal dan buncitnya itu. Dia membetulkan rambut separuh botaknya itu menggunakan jari gemuknya untuk memastikan dirinya kelihatan lebih kemas. Sammuel kemudian berlalu pergi dari villa rumahnya meninggalkan kedua-dua anaknya itu. Dia ada urusan yang lebih penting.
***
            Sammuel sedang berdiri di hadapan sebuah pub di tengah-tengah kota Toraca. Dia melihat sekelilingnya lalu kemudian berlari ke arah kawasan belakang rumahnya. Dadanya tercungap-cungap sebentar. Dia kemudian menyelongkar timbunan daun kering di sebelahnya lalu mengeluarkan sebuah baju hitam yang aneh. Sammuel kemudian memakai baju itu yang kemudiannya membuatkannya kelihatan seperti lelaki yang berkelubung hitam.
            Sammuel kemudian memasuki pub tersebut yang kelihatannya dipenuhi oleh kebanyakkan manusia yang memakai kelubung, masing-masing cuba melindungi wajah mereka. Mata Sammuel kemudian tertancap pada susuk tubuh yang sasa, yang sedang minum di sebuah meja di pub tersebut. Senyuman Sammuel terukir di sebalik kelubung hitam yang dipakainya.
            Lelaki yang telah menarik perhatian Sammuel tadi ialah ‘pedagang’ yang telah menghadiahkan Putera Ryan dan Danish Brian dua ekor kuda yang mempunya baka yang baik. Jeneral Muzri orangnya, sedang erat menggengam sebilah pedang yang mempunyai seni buatan yang sangat indah. Gerigi halus lagi tajam di bahagian depan dan belakang pedang itu menambahkan lagi kekuatan pedang itu. Hell Sword, pedang buatan Dwarf yang paling hebat yang pernah dibentuk dan ditempa. Pedang yang dikatakan telah dicelup ke dalam gunung berapi tertinggi di negara Cloudyst, Marionna Volcano.
            “Jeneral Muzri dari Cloudyst!” kata Sammuel tiba-tiba mengejutkan lelaki bertubuh sasa itu. Muzri bangkit lalu bersalaman dengan Sammuel. Apa yang dibuat Sammuel dengan Muzri, yang merupakan aset utama Cloudyst dalam menjajah Exathus?
            Sammuel kemudian mengambil tempat duduk di kerusi kosong di hadapan Jeneral Muzri.
            “Jangan panggil nama aku di sini! Kau nak tengok aku mati ke?” tegur Jeneral Muzri sedikit marah.
            “Kau ni rendah diri sangat. Aku kenal siapa kau! Bangsat-bangsat di sini tidak akan dapat menyentuh kau walaupun kau tidak bersenjata. Siapa yang tak kenal pahlawan yang paling kuat dan hebat dalam sejarah dunia yang pernah wujud? Aku yakin dengan kebolehan yang kau punya pada waktu ini, dengan hanya menggunakan satu tangan, mereka semua akan tumbang!” balas Sammuel lagi.
            “Kau ni Sammuel. Memang tak pernah berubah sejak dahulu lagi, bukan?” soal Muzri. Sammuel hanya mengangkat kedua-dua bahunya. Dia tidak mahu menjawab pertanyaan Muzri sebaliknya mahu menyampaikan berita gembira akan rancangan jahat mereka berdua selama ini semakin berbuah hasil.
            “Muzri! Rancangan kita telah berjalan dengan lancar! Seperti mana yang telah dirancang, anak aku, Tiara dan Putera Ryan akan berkahwin nanti. Queen Inoue telah mengirimkan surat akan kedatangan rombongan meminang dari Castle Palace!” kata Sammuel perlahan, gusar yang perbualannya bersama Jeneral Muzri akan diketahui orang ramai. Jika tertangkap, dia pasti akan dilabelkan sebagai pengkhianat nanti… pengkhianat? Apakah itu aku?
            “Ya? Baguslah. Aku harus memaklumkan hal ini pada King Haireel. Dia pasti akan gembira melihat semua yang berlaku berjalan dengan lancar. Jadi, rancangan kita akan mula berjalan lancar pada malam perkahwinan Ryan dan Tiara?”
            “Ya. Aku dah rancang sebuah stratergi yang mampu membuatkan apa yang kita berdua selama ini idamkan akan berjaya,” kata pula Sammuel. Jeneral Muzri semakin berminat dengan apa yang cuba disampaikan oleh Sammuel. Telinganya dipasangkan.
            Jeneral Muzri mendengar dengan kusyuk apa yang dikatakan oleh orang di hadapannya. Senyumannya semakin melebar. Tidak sia-sia dia mempertaruhkan nyawanya untuk bekerjasama dengan Sammuel. Berita gembira pasti akan mewarnai kerajaan Cloudyst pada hari ini. Kejatuhan Exathus mula menjelma.
            Seorang lelaki yang turut berpakaian kelubung hitam seperti mereka berdua terlanggar sebuah meja ketika cuba melarikan diri. Tapi, sayangnya dia tersadung dan sebilah pedang yang Sammuel kenal tergeletak di atas lantai, mungkin terjatuh dari genggaman lelaki itu.
            Jeneral Muzri lantas mengeluarkan pedang Hell Sword miliknya sambil mengacukannya ke arah bahu lelaki itu. Sammuel mengeluarkan pedangnya juga, menepis pedang Muzri.
            “Kau ikut aku!” arah Sammuel kepada lelaki itu. Dia mula mengesyaki yang lelaki itu mendengar perbualan antara dia dan Jeneral Muzri tadi. Air muka lelaki itu tidak dapat dilihat dari balik kelubung dan arahan Sammuel dipatuhnya tanpa melawan. Pedang Sammuel masih terhunus di belakangnya untuk memaksa dia menuruti segala perintah bodoh lelaki tua tidak sedar diri itu.
            Muzri menyarungkan kemabli pedangnya.
***
            “Kenapa bawa aku ke sini?” kata lelaki itu berlagak bingung apabila di bawa masuk ke Black Forest. Sammuel dan Jeneral Muzri mengelilingi lelaki itu.
            “Tunjukkan diri kau. Jangan ingat aku tak tahu siapa kau, Danish!” kata Sammuel perlahan. Danish terkejut. Memang dia tidak akan dapat menipu lelaki yang segenius bapanya itu. Dengan senang hati dia membuka kelubung yang menutup kepalanya.
            “Kau ekori ayah?” soal Sammuel lagi.
            “Ya! Tak sangka ayah bekerjasama dengan lelaki busuk macam dia!” kata Danish sambil menundingkan pedangnya ke arah Jeneral Muzri. Jeneral Muzri tidak menunjukkan sebarang respon. Dia juga terkejut dengan terdedahnya lelaki yang berlindung di sebalik kelubung.
            “Kau tak faham!”
            “Danish memang tak nak faham fikiran kotor ayah. Semakin Danish faham, Danish akan terjebak dalam permainan kotor ni!” balas Danish bengang serta sebak. Air matanya mengalir. Kehendak hatinya yang menyuruh dia mengekori ayahnya tadi memang tidak sia-sia. Akhirnya dia dapat juga membongkarkan konspirasi licik seorang yang dahulunya pernah digelar The Professor dan Exathus Saviour.
            “Danish…” lidah Sammuel kelu tidak dapat berkata-kata. Danish telah memberinya tamparan yang paling sakit di dalam hidupnya dengan hanya berbicara. Dadanya pula yang terasa sakit sangat dek tamparan baru itu. Kata-kata Danish tadi seolah-olah telah menusuk jauh ke dalam jantungnya.
            “Ayah kau buat semua ini untuk keluarga Brian! Keluarga kau, Danish!” kata Jeneral Muzri menyampuk. Danish merenung Muzri tidak percaya.
            “Lelaki tak guna ni bilang ayah nak jatuhkan kerajaan Exathus sebab keluarga kita? Jangan buat saya gelak! Hahaha…” sindir Danish lagi.
            “Cuba kamu fikir! Apakah kedudukan kelaurga Brian sejak tertubuhnya Exathus? Berpuluh-puluh dinasti silih berganti dan keluarga Brian yang kaya dengan bakat semula jadi hanya taat kepada pemerintah, duduk di takuk lama dan tidak terlibat dalam sebarang pengambil alihan keluarga. Sebab setia sangatlah kita dipijak sehinga hari ini! Keluarga Brian akan lebih menyinar di bawah pemerintahan Cloudyst!” bentak Sammuel tiba-tiba.
            “Cloudyst akan memberi penghargaan terbesar Cloudyst kepada keluarga Brian sekiranya kami mampu merampas empayar Exathus!” kata Jeneral Muzri sambil menundukkan tubuhnya.
            “Alasan ayah memang tidak masuk akal. Alasan yang jelas menunjukkan siapa ayah sebenar! Lelaki yang mementingkan diri dan harta serta nama atau pangkat! Ayah jangan malukan nama Brian di sini! Toraca Lake akan malu dengan sikap ayah! Kalau ayah berani bekerjasama dengan bangsat tu, jangan panggil saya Danish Brian lagi!” balas Danish lagi. “Saya akan pergi ke Castle Palace hari ini dan memastikan bahawa rancangan ayah itu akan gagal!”
            “Ayah tak akan benarkan, Danish!” tengking Sammuel hilang kawalan.
            “Ayah nak buat apa? Halang Danish? Hahahaha… angkat pedang pun ayah tak mampu..”
            “Bukan ayah… tapi Jeneral Muzri, The Great Warlords! Pemegang kepada pedang yang paling tajam, ringan dan kuat yang pernah dihasilkan di dunia. Seratus-peratus buatan Dwarf, Hell Sword!” kata Sammuel tersenyum jahat. Tangan Danish menggeletar. Betulkah dihadapnya sekarang ialah Jeneral Muzri? Apakah aku harus bertempur dengannya?
            “Aku akan bunuh kau!” kata Jeneral Muzri tiba-tiba apabila Sammuel memberi isyarat kepada Jeneral Muzri untuk melakukan perkara itu. “Keluarkan pedang kau dan bertarung macam lelaki!”
            Danish Alhazred bukanlah lelaki yang lemah dan pengecut. Dia ialah seorang jeneral perang yang hebat. Sammuel meninggalkan tempat itu. Danish memang benar-benar sudah melampau.
            “Aku bersedia untuk mati di tangan kau, Jeneral Muzri!” kata Danish perlahan. Dia tahu yang dia tidak akan mampu memenangi pertempuran itu dengan senang kerana Jeneral Muzri ialah lawannya. “Tuhan… kau selamatkanlah Tiara.” Danish sempat berdoa pada tuhan. Putera Ryan, kau selamatkanlah adik kesayanganku.
            “Arghh!” kedengaran jeritan maha dasyat dari dalam Black Forest. Sammuel mengalirkan air mata. Demi impiannya, dia harus mengorbankan segala-galanya. Dia juga tahu yang dia turut kehilangan Tiara di tangan Putera Ryan.
            Jeneral Muzri keluar dengan pedang yang berlumuran darah. Tidak sampai seminit, Danish tumpas di tangan Jeneral Muzri akhirnya. Apakah ini tandanya berakhir kisah heroisme mereka, Danish?
            “Anak aku dah mati?” Jeneral Muzri mengangkat bahunya.
            “Maksud kau?”
            “Belum sempat aku menikam dia buat kali terakhir, dia larikan diri dengan melompat ke dalam gaung!” balas Jeneral Muzri hampa. Walaupun Sammuel sedikit kecewa, namun separuh hatinya menghembus lega.
***
            “Ayah… Danish kata tadi yang dia akan pergi ke tempat yang jauh. Sekiranya dia tidak pulang, jangan mencarinya kerana dia tidak akan kembali!” luah Tiara tersesak sambil memeluk ayahnya. Surat yang ditinggalkan Danish membuktikan segalanya.

Kepada ayah dan kakak,
          
  Sekiranya ayah dan kakak menerima surat ini, mungkin Danish sudah tiada kerana Danish terpaksa pergi untuk sebuah misi yang penting… mungkin untuk selama-lamanya…
            Air mata Sammuel mengalir deras. Apakah yang telah aku lakukan tadi?

Wednesday, April 21, 2010

Khas Untuk Peminat Novel Hikayat Putera Ryan!

Monday, April 19, 2010

Khas Untuk Peminat Novel Cinta!

Anda peminat novel cinta? Apa kata ke click di link ini:http://www.penulisan2u.my/2010/04/novel-separuh-jiwaku-pergi-2/

Sunday, April 18, 2010

T Pandemik 19:Haireel

“Macam mana ni Adam?” soal Fera sambil melindungi jejaka itu bersanam bayi yang bernama Danish Hakim itu. Tembakan dari senjatanya dilepaskan bertalu-talu. Dia naik angin melihat Adam tersenyum sendirian. Zombie-zombie mula menyerang tempat itu bagai nak rak. Hanya mereka bertiga sahaja yang masih hidup dan oleh dijadikan sebagai makanan.

            “Kita dah tak mampu nak pertahankan lapangan terbang ni! Semuanya dah bertukar jadi zombie! Iwan dan Ira tunggu kita kat Balai Polis Utama Eurasia!” lata Adam memberi arahan. Fera menganguk setuju.

            “Macam mana Fera datang ke sini?” soal Adam bingung. Fera diam seketika, cuba untuk mengingat kembali bagaimana dia datang ke Lapangan Terbang Eurasia itu.

            “Kereta polis! Ada dekat bahagian hadapan lapangan terbang ni!” ujar Fera. Wajah Adam lantas kembali ceria.

            “Bagus! Tentu ada senjata dekat dalam sana!” Itulah yang difikirkan oleh Adam. Rupanya itulah yang difikirkan oleh jejaka itu. Senjata lebih untuk dia beraksi dengan zombie itu. Fera mula berkira-kira mahu mengenakan Adam tetapi terpaksa mengubah fikiran gara-gara Adam yang mempamerkan wajah keanak-anakannya. Hatinya cair sebentar.

            “Ada! Selaras shot gun serta beberapa pucuk Hand Gun. Tapi, senjata itu bukan milik kita! Tambahan lagi kereta tu berkunci!” baals Fera perlahan.

            “Tak apa! Adam ada jalan! Sekarang ni, kita kena fikir jalan untuk ke sana tanpa diserang oleh zombie itu!” bilan Adam lagi.

            “Ermm… Haireel! Dia! Kita ada dia! Kenapalah Fera boleh lupakan dia!” Adam naik bingung dengan manusia yang baru sahaja di sebut oleh Fera tadi. Haireel? Hebat sangatkah dia sehingga mampu membantu mereka!

            “Er.. siapa dia?” soal Adam.

            “Penembak tepat dari Balai Polis Eurasia! Tapi, orangnya aneh sikit. Dia selalu pakai pakaian yang pelik-pelik, kawan!” terang Fera lagi. Adam mengerutkan dahinya untuk berfikri sejenak. Haireel? Nama itu memang sinonim ketika dia berada di dalam Dragon Knight. Jangan-jangan penembak tepat terbaik Asia! Adam mula faham akan rancangan Fera. Jika ada penembak tepat yang membantu mereka, segala tugas atau kerja menyelamatkan diri pasti akan menjadi senang kerana dia boleh melindungi kita dari jarak yang jauh.

            “Di mana dia?” tanyaku. Fera yang semakin berundur dek kemaraan zombie-zombie ganas itu mengeluarkan walkie-talkie di seluarnya.

            “Hello. Inspektor Fera dari Balai Polis Eurasia! Menghubungi Haireel, penembak tepat kami!” kata Fera, separuh berharap yang akan ada jawapan dari lelaki itu. Bantuan Haireel amat diperlukan buat masa ini.

            “Fera! Itu kau ke? Alhamdullilah! Aku ingat semua kawan-kawan kita dah jadi zombie! Rupa-rupanya ada orang yang selamat! Jangan risau! Aku akan datang selamatkan korang dengan kereta polis aku! Aku akan rempuh zombie-zombie tu sampai mati!” Haireel begitu bersemangat. Rancangan mereka bertukar dengan cepat, Haireel sendiri yang mahu menyelamatkan mereka semua!





Friday, April 16, 2010

Berita Gembira Untuk Anda?

Siapa mahu bekerjasama dengan saya mengulam bahasa di atas sebuah nama tinta novel online di platfom aksara keraian? Sila maklumkan dalam masa terdekat. (Perempuan dan berumur dalam lingkungan 15-25 digalakkan). Lelaki tak kisah.


Syarat-syaratnya:
Lelaki dan Perempuan
Berumur 15-25
Menghantar sebuah karya sebagai contoh penulisan anda.
Genre bebas, tetapi cinta dan Sci-fie amat digalakkan.
Powered By Blogger