Pembaca Setia !

Friday, February 5, 2010

T Pandemik 15: From Ancient Rome With Love...


            “Subahanallah. Betul ker yang Aulia dengar ni?” tanya Aulia yang masih tidak dapat menerima apa yang diceritakan oleh Harish. Aulia masih merenung bodoh wajah latin masyarakat Rom Erisya itu. Dia gusar yang gadis itu meracuni fikiran Harish, namun bila difikirkan kembali, dia yakin seorang ejen khas Malaysia seperti Harish pasti mempunyai ketahanan mental yang tinggi. Apa yang diceritakan oleh Harish itu ada benarnya pada amatan Aulia.
            “Tapi, Allah dah kirimkan Harish senjata yang hebat. Pedang Galdiator ni memang Harish rasa sangat berguna di saat senjata api kita kehabisan peluru,” tutur Harish kepada dua orang jelitawan di hadapannya, seorang berambut hitam malang manakala seorang lagi pula berambut perang cantik, masing punya kesitimewaan tersendiri.
            “Harish… macam mana dengan Shila?” tanya Aulia tiba-tiba, membangkitkan kembali isu anak perdana menteri yang mereka harus selamatkan demi keselamatan penduduk Eurasia yang tanpa pengetahuan mereka semakin sedikit demi sedikit telah dijangkiti virus yang telah mencapai tahap pandemik – sesuatu yang jarang untuk virus yang bukan dalam keluarga flu untuk mencecah tahap seperti ini.
            “Tapi macam mana dengan puak kamu Aulia?” soal Harish, yang cuba lari dari soalan Aulia. Matanya tidak berani menatap wajah Aulia.
            “Kamu lihat sendiri. Semuanya sudah mati! Di baham dek harimau yang dijangkiti virus tu. Saya sebatang kara sekarang dan saya cuma ada kamu sahaja… bawalah saya sekali Harish,” pinta Aulia separuh merayu. Harish hanya diam membatu. Dia merenung dalam mata kedua-dua orang gadis dihadapnnya itu.
            “Harish… walaupun saya tak tahu apa yang dia katakan tapi bunyinya macam kamu mahu pergi. Kalau macam tu bawa saya sekali, saya tak tahu di bumi mana saya berpijak ni! Saya hanya kenal kamu Tra… Harish!” luah Erisya pula. Harish tergamam lagi. Dugaan apakah ini? Mampukah dia menguruskan kedua-dua orang gadis yang pasti mempunyai ragam tersendiri dalam misi sulit negara yang terpaksa digalasnya.
            “Aulia. Bawa Erisya pergi dari sini. Saya tak nak membahayakan nyawa kamu semua. Aulia, cari jalan ke Balai Polis Eurasia, di sana kamu akan lebih selamat daripada bersama dengan Harish!” balas Harish perlahan, walau tidak sepenuh hatinya, dia nekad yang biarlah dia yang menyabung nyawanya, bukannya Erisya dan Aulia. Mereka tidak perlu terlibat dalam episod dunia yang lebih memilukan itu. Cukuplah dengan apa yang mereka tempuhi sepanjang virus T merobek-robek kebahagian warga Bandar Eurasia.
            Tiba-tiba sahaja tangan kiri Harish dipegang oleh Erisya manakala tangan kanan Harish dipegang oleh Aulia. Mereka menundukkan wajah mereka. Harish kaku berdiri di situ. Pedangnya terlepas ke tanah.
            “Saya Nurul Aulia Sarahanis, anak kepada puak orang asli Reds yang mendiami Hutan Eurasia sejak pulau ini belum ditemui ingin menyatakan ikrar dan janjinya untuk sama-sama membantu Harish!” teriak Aulia tiba-tiba. Erisya tersenyum.
            “Saya Erisya Mathwell, seorang hamba dari Empayar Rom Maharaja Caesar ingin menyatakan bahawa  dia amat menyayangi jejaka yang telah menyelamatkannya dari bahaya singa di Coliseum. Orang kata ini cinta pandang pertama!” bilang Erisya tiba-tiba membuatkan Harish tergamam. Erisya telah melakukan sesuatu yang agak mengkekokkan Harish.
            “Apa yang awak katakan ni?” tanya Harish tergamam. Aulia melepaskan pegangan tangan Harish secara perlahan-lahan. Dia seperti tersentak dengan pengakuan Erisya.
            “Macam mana…” Harish tergagap bertanyakan soalan itu. Erisya mengangkat bahunya sebanyak dua kali.
            “Bangsa Rom mengangap bahawa rasa cinta pandang pertama itu merupakan suatu benda yang paling misteri dan suci. Aristotle, Plato serta Socrates, ahli falsafah Yunani yang terkenal pun tidak dapat merungkai erti sebenar cinta pada pandang pertama…” balas Erisya lagi.
            “Benda tu wujud ke?” kali ini soalan Harish itu menimbulkan tawa Erisya. Harish walaupun seorang lelaki yang hebat – seorang ejen khas yang gagah berlawan, berbadan tegap dan berotot serta kacak, tetapi sangat bodoh dalam hal yang melibatkan percintaan.
            “Ya. Erisya percayakan cinta pandang pertama!” balas Erisya cambil mencubit lengan Harish. “Harish… tolong bawa kami…” kali ini mood Erisya beralih kepada rayuan. Mata Erisya tajam merenung mata Harish.
            Akhirnya Harish cair juga. Perkara yang seumpama itu berlaku kepada kebanyakkan jeneral perang hebat di dalam sejarah seperti Julius Caesar dan Alexander The Great. Kegagahan mereka tumpas pada rayuan seorang gadis yang lemah. Lumrah alam, kelemahan utama lelaki ialah wanita…
            “Baik. Harish akan bawa kamu berdua bersama Harish. Tapi, ingat. Jangan sesekali berenggang dengan Harish…” balas Harish. Serentak itu juga, Harish mendapat hadiah di aats kemurahan hatinya itu. Dirinya serentak dipeluk oleh Erisya dan Aulia. Mata Harish hamper tersembul keluar dibuatnya. Hidungnya kelihatan berdarah, mungkin malu dengan situasi yang dihadapinya.
            Dalam masa yang agak lama, kedua-dua orang gadis itu menyedari yang mereka telah melakukan sesuatu yang agak merimaskan Harish. Mereka lantas meleraikan pelukan. Harish merenung kedua-dua orang gadis itu.
            “Jangan buat lagi…” tutur Harish sambil mengesat hidungnya yang berdarah itu. Meletus ketawa Aulia dan Erisya. Mereka belum pernah menjumpai orang yang sikapnya persis Harish, terutamanya Erisya. Budaya lelaki yang gagah di Rom merupakan seorang yang sangat hebat dalam memikat wanita dan mahir di dalam selok-belok percintaan – Casanova.
            “Kenapa gelak? Harish tinggalkan awak berdua di sini, baru tahu!” balas Harish bengang. Tak pernah seumur hidupnya hidungnya boleh berdarah sedemikian rupa. Penagan seorang gadis rupanya lebih hebat dari tumbukan seorang lelaki.
            “Aulia… kamu tahu dimana lokasi Forgotten Hospital?” tanya Harish tiba-tiba. Aulia sekadar mengangguk. Wajah Harish kembali ceria. Dia bersyukur kerana membenarkan Aulia mengikutinya. Gadis itu telah memainkan perananya sebagai penunjuk arah di dalam hutan tebal Eurasia itu.
            “Forgotten Hospital? Untuk Harish pergi ke sana?” tanya Aulia.
            “Hospital tu, markas sebenar Umbrella Corporation! Di situlah mereka menjalankan kerja-kerja membina semula rangkian virus T. Untuk mengelakkan hospital ini didekati oleh orang, cerita-cerita seram direka untuk mengaburi orang ramai daripada operasi haram mereka. Hal ini hanya diketahui oleh Perdana Menteri kita Datuk Seri Muhammad Shahrin,” terang Harish panjang lebar. Dia sudah tidak kisah untuk membongkarkan rahsia besar kerajaan. Baginya, sekiranya dia ingin membawa Erisya dan Aulia bersamnya, dia harus mendedahkan satu-persatu rahsia kerajaan yang dipegangnya.
            “Maksud awak yang Hospital buruk 11 tingkat tu? Yang dindingnya dipenuhi oleh tumbuhan berduri yang kalau tak silap saya orang putih gelar torn tu?” kali ini begitu panjang soalan yang yang dilontarkan oleh Aulia.
            “Ya. Pada pendapat Aulia, agaknya berap ajauh jarak sini dengan Forgotten Hospital?” taya Harish.
            “Tak jauh. Lebih kurang 7 batu!” balas Aulia.
            “Bagus! Kita akan bertolak sekarang!”
            “Harish… perut Erisya berkeroncong… Erisya lapar,” Erisya tiba-tiba menyuarakan suara perutnya itu. Harish yang baru sahaja mahu bersiap sedia dengan pedang miliknya serta pistol Hand Gun buatan Belgium pemberian kerajaan untuknya melaksanakan misi ini.
            “Makan… Harish… Aulia pun lapar juga!” kata Aulia pula. Gadis dua orang ni dah mula buat hal. Aku yang tak makan sehari dan terpaksa bertarung dan berlawan dengan 4 ekor harimau (2 pada Zaman Rom Kuno serta 2 lagi pada zaman reality) pun tak ada rasa… Sebenarnya, lapar juga.
            “Aulia tahu tak mana sungai?” tanya Harish.
            “Ikut Aulia!” balas Aulia sambil mengarahkan Harish serta Erisya mengekorinya dari belakang. Mereka belari anak-anak mengikuti Aulia yang kelihatan berlari keluar dari perkampungan orang asli yang tidak berpenghuni itu.
            Dalam beberapa minit, mereka tiba di sebatang sungai luas. Kelihatannya perkampungan orang asli itu tidak jauh dari sungai Eurasia yang mengalir deras. Kamu berdua tunggu di sini, say anak terjun ke dalam, nak tangkap ikan!” kata Hraish tiba-tiba. Erisya dan Aulia sekadar mengangguk. Harish kemudian membuka bajunya lalu terjun ke dalam sungai. Dia telah biasa menangkap ikan menggunakan tangannya.  
           

Monday, February 1, 2010

T Pandemik 14: Tangsian Cinta Di Malam Prom


            “Akak tahu tak jalan ke sana?” soal Helmi tiba-tiba ketika mereka mula melangkah di atas jalan raya yang berturap itu. Leen menggelengkan kepalanya.
            “Ara tahu. Jangan risau…” balas Sahara perlahan dari belakang. Helmi tidak memperdulikan gadis itu. Dia sekadar mendengus kecil sambil menggerutu. “Aku tak cakap dengan dia pun…”
            Sahara mendengar gerutu Helmi yang kedengaran amat menyakitkan hati itu. Namun dia tidak dapat berbuat apa-apakerana apa dayanya jika orang yang sudah benci. Dia tahu semua ini terjadi kerana dirinya sendiri. Dia sedar yang dia telah mempermainkan hati Helmi secara tidak langsung. Dia seakan-akan telah memberi harapan palsu kepada Helmi yang jejaka itu berpeluang untuk merebut hatinya padahal hatinya itu telah dimiliki oleh putera arab Saudi yang kaya raya serta kacak, yang Helmi fikir dirinya tidak standing Fahmi. Dia berasa sangat malu kerana merasakan yang cintanya bertepuk sebelah tangan… itu kata Helmi…
            “Awak…” pangiL Sahara perlahan dari belakang. Tangan Helmi tiba-tiba dicapainya lalu erat digenggam. Helmi tercenggang dengan apa yang dilakukan oleh Sahara itu. Jelas, yang ada sesuatu yang tidak kena dengan gadis itu. Helmi memberhentikan langkahnya.
            Azim dan Leen memerhatikan sahaja sandiwara dunia yang berlaku sekali lagi dihadapan mereka, walaupun kali ini tidak berlaku di hadapan mereka sebaliknya di tengah-tengah jalan raya bandar Eurasia.
            “Saya minta maaf. Awak… jangan buat saya macam ni!” teriak Sahara sambil air matanya merembes lagi namun Helmi diam membisu. Jejaka itu cuba melangkah, namun dnegan tiba-tiba Sahara memeluknya dari belakang, cuba menghalang Helmi dari pergi. Helmi terkesima.
            “Hehehehe…” Azim ketawa kecil.
            “Shyy…” Leen mengisyaratkan supaya budak kecil itu senyap. Leen tidak mahu Azim menggangu adegan romantik di hadapannya. Leen mahu menghayati detik itu. Azim senyap sebaik sahaja dimarahi oleh Leen.
            “Apa yang awak mahukan?” balas Helmi perlahan.
            “Saya mahukan awak!” balas Sahara tiba-tiba. DIa mendekapkan kepalanya dibelakang tubuh Helmi. Mata Helmi merah, air matanya mahu bergenang namun masih ditahannya. Ego seorang lelaki masih menguasai dirinya.
            “Saya? Mana awak nak campakkan Putera Fahmi?” balas Helmi pedas. Sahara diam seketika. “Apa gunanya saya pada awak kalau awak dah ada lelaki tu?”
            “Saya tak cintakan dia!” balas Sahara jujur. “Dia yang tergila-gilakan saya. Saya pula dipaksa oleh mama dan papa untuk nikahi dia sedangkan saya masih belum jumpa lelaki yang saya cari selama ni…”
            “Awak tipu!” balas Helmi.
            “Tak! Sumpah saya tak tipu awak. Benar, saya tak cintakan Putera Fahmi. Dia yang masuk melamar saya… pertunangan itu berlaku pun bukan atas kehendak saya! Macam mana saya nak tolak kalau dia dah hadiahkan kereta Mercedez Benz tu kat saya?” kata Shaara tiba-tiba lalu meleraikan pelukkannya sambil menundingkan jari hantunya kea rah sebuah kereta Mercedez Benz yang diparkir di tepi gigi jalan.
            Helmi tergamam. “Ara… siapa lelaki yang awak cari tu?” soal Helmi tiba-tiba.
            “Awak cemburu ke tadi?” Sahara tidak menjawab pertanyaan Helmi sebaliknya melontarkan soalan lain.
            “Saya apa? Err… taklah,” balas Helmi tergagap-gagap sedikit. Sahara tersenyum kecil.
            “Habis tu kenapa awak layan saya macam tunggul kayu bila awak dapat tahu tentang Putera Fahmi?” balas Sahara lagi. Helmi tidak tahu bagaimana untuk menjawab. Memang benar dia cemburui akan Fahmi kerana Berjaya memenangi hati gadis itu dahulu sebelum dia.
            “Saya cemburu… semua hanya kerana saya cintakan awak Sahara!” balas Helmi, yang terpaksa untuk mengakuinya. Shara kelihatan tersipu-sipu malu. Memang sangat ajaib kuasa tuhan, mereka telah saling jatuh cinta pada pandang pertama di tengah-tengah krisis, Dunia dirasakan berpusing dalam masa yang singkat. Sahara menghulurkan tangannya, menunggu dibalas oleh Helmi…

***

            Helmi dan Sahara melangkah sambil berpimpingan tangan. Leen dan Azim hanya memerhatikan mereka berdua dari belakang. Azim kemudian menarik baju Leen menyentapkan lamunan gadis itu. Leen jelas bahagia dengan kegembiraan yang melanda adiknya itu.
            “Ada apa Azim?”
            “Akak tak ada boyfriend  ke?” tutur Azim selamba, bertanyakan soalan sedemikian rupa. Leen terdiam sejenak, tersentak dengan soalan Azim itu, kemudian mengukirkan sebuah senyuman.
            “Tak ada sayang…”
            “Azim rasa kakak ni cantik. Tentu banyak orang minat kat akak!” bengkeng Azim tidak  puas hati. Dahinya dikerutkan sambil merenung bodoh ke arah Leen.
            “Azim ni memang suka bertanya ke?”
            Azim mengangguk sakan. Dia mengukirkan pula senyuman keanak-anakkan anugerah tuhan kepadanya. “Ya kak!”
            “Azim nak akak ceritakan kat Azim ke?”
            “Ya!”
            “Tapi dengan satu syarat! Azim kena anggap cerita akak ni sebagai sebuah rahsia besar dan Azim kena janji kepada akak yang Azim akan simpan rahsia ni?” balas Leen sambil tersenyum lebar.
            “Ya! Azim janji!” balas Azim kegirangan.

***

            Namaku Nurul Azlinda binti Dato’ Lee Huzaimi, anak kepada pemilik syarikat Greetings Holding. Orang pangilku Leen sahaja. Aku mempunyai seorang adik yang bernama Muhammad Helmi Zaxcrian. Hanya kami adik beradik di dalam keluarga ini. Tahun 2023 ini, aku bakal mengakhiri zaman persekolahanku dan apa yang bakal kutunggu-tunggu ialah malam prom.
            Hari terakhir sebelum malam prom tiba melandaku penuh dengan rasa kegusaran kerana belum mendapat pasangan untukku menari nanti. Bukanya tiada yang mahu menjadi pasanganku, cuma hati tak berkenan. Memilih? Siapa yang mahu teman malam prom sehodoh Rajoo atau sesepet Ah Chong? Maaf, andai bahasaku ini terlalu kasar. Sekurang-kurangnya Rajoo itu sekacak Shah Rukh Khan atau Ah Chong itu segagah Andy Lau. Mana aku nak letak wajahku ini kalau tersebar satu sekolah diva sepertiku ini pergi ke malam prom dengan manusai nerd seperti mereka. Sekurang-kurangnya aku patut keluar dengan jejaka hot macam Zed atau Andrew Tan, yang seorangnya kacak macam aktor holywood dan seorang lagi persis hero korea.
            “Alex! Cuma kau seorang aje yang tak ada pasangan untuk malam prom nanti!”  kata seorang lelaki yang lengkap berpakaian baju sekolah di kantin Sekolah Menengah Kebangsaan Eurasia.
            Alex tidak melayani rakannya itu sbealiknya terus menghabiskan Nasi Lemak yang baru sahaja dibelinya itu. Datang pula seorang gadis yang duduk di sebelahnya.
            “Tiara! Kau nak keluar dengan aku tak pada malam prom ni?” ajak Alex selamba. Tiara hampIr tergelak dengan ajakkan Alex itu.
            “Hoi Alex! Kau ajak aku pergi main bola ke pergi malam prom? Aduhai!” Tiara menggelengkan kepalanya. “Maaf. Aku dah ada pasangan dahlah untuk malam prom ni!” balas Tiara sambil menepuk-menepuk bahu Alex atau nama sebenarnya Muhammad Shafiq Alexander itu.
            “Kau pergi dengan siapa?” tanya Alex.
            “Mamat depan kau tu! Tarmizi! “ Alex tersedak air yang diminumnya. Tiara dengan Tarmizi? Biar betul apa yang aku dengar ni!” Tiara dan Tarmizi merenung Alex dengan pandangan yang penuh mencurigakan. Alex menyedarinya.
            “Okey-okey! Aku tarik balik apa yang aku katakan tadi!”kata Alex selepas dia tiba-tiba menjadi kekok dengan situasi di maan dia direnungi ketika makan.
            “Balik pada topik kita, siapa yang kau nak jadi pasangan malam prom kau nanti?” soal Tiara tiba-tiba. Alex kembali membisu. Jujurnya, dia memang tidak punya siapa untuk dijadikan pasangan. Semua yang cantik-cantik sudah dikebas orang. Malah, yang tomboy seperti Tiara tu pun ada yang berkenan.
            “Aku tahu kau belum ada siapa lagi di dalam kepala otak kau kan?” teka Tarmizi. Alex sekadar mengangguk. “Aku cadangkan kau pergi ajak perempuan yang paling popular dalam sekolah kita, Azlinda!”
            “Hah? Kau gila ke? Bukannya kau tak tahu yang aku dengan Leen asyik bergaduh aje…”
            “Tolong!” teriak satu suara lunak yang datangnya dari belakang kantin, menggangu perbualan ketiga-tiga sahabat itu. Namun, suara itu seperti lenyap begitu sahaja. Alex menangkap suara tersebut.
            Alex lalu bangkit meninggalkan kedua-dua rakannya itu terpingga-pingga. Dia berlari ke arah belakang sekolah untuk mencari punca suara itu.
            “Tolong Leen!” Alex tergamam apabila dia melihat mulut Leen ditekup oleh sekumpulan seorang pelajar yang Alex kenal sebagai samseng besar di sekolahnya ketika dia bersembunyi dis ebalik dinding.
            “Aku tanya kau sekali lagi, kau nak jadi pasangan aku untuk malam prom nanti?” tengking lelaki yang baju sekolahnya sudah terkeluar itu. Di belakangnya kelihatan konco-konconya. Leen tetap menggelengkan kepalanya.
            “Sial kau!” lelaki itu mengangkat tangan, cuba untuk memukul Leen.
            Leen menutup matanya. Mulutnya tidak bersuara kerana telah ditekup oleh lelaki itu. Hanya air mata sahaja mengalir sambil hatinya dipanjatkan ke hadrat ilahi.
            “Saudara! Tak baik lakukan sebegini kat gadis lemah macam dia!” tegur Alex sambil memegang tangan lelaki yang cuba menga-apakan Leen itu. Lelaki itu terkejut. Leen pula membuka matanya. Sekali lagi kejutan merenjat dirinya. Alex menjadi hero untuknya pada hari itu. Alex yang selalu dia perlekehkan…
            “Engkau siapa nak masuk campur!  Hal ini antara aku dengan Leen!”  kata lelaki itu. Leen masih tidak dilepaskannya.
            “Saya kekasihnya. Kenapa?” dakwa Alex tiba-tiba. Leen tergamam dengan apa yang dikatakan oleh Alex. Dia tidak menyangka yang Alex sanggup mengaku perkara sedemikian rupa. Dia bukan Alex yang aku kenal dahulu. Alex yang aku kenal merupakan seorang yang seringkali mengejekku singa tua dan hidung tinggi, bukannya orang sanggup berpura-pura untuk mejadi teman lelakinya. Lelaki yang menganggunya tadi tergamam dengan jawapan yang diluahkan oleh Alex.
            “Kau teman lelaki Leen? Kawan-kawan, dengar tak apa yang dia katakan? Dia kata yang Leen ni teman lelaki dia. Hahah!” Rakannya yang lain turut ikut ketawa, walaupun satu dua daripada mereka kelihatan seperti terpaksa.
            “Aku ada bukti!” balas Alex serius. Dia keliahtan melipat lengan baju kemejanya seperti sudah bersedia untuk bertarung. Keliahtan lengannya yang sasa itu. Slaah seorang konco lelaki itu kelihatan menelan air liur melihat Alex.
            Hampir tersembul biji mata Leen mendengar pengakuan Alex. Alex, kau jangan nak melebih-lebih pula kat sini. Bila masa pula aku jadi awek kau secara rasmi ni? Lelaki yang berlagak samseng itu kelihatan langsung tidak percaya dengan apa yang didengarnya itu.
            “Apa buktinya!?”
            “Buktinya ialah Leen dah berjanji untuk keluar dengan aku di malam prom ni!” balas Alex yang tiba-tiba mencapai tangan Leen lalu menggegamnya. Leen tercenggangd engan sikap Alex itu. Alex kemudian menarik Leen ke belakangnya. Cuba untuk menjadi pelindung.
            “Apa yang kau nak buat dengan dia?” soal lelaki itu.
            “Aku nak bawa lari dia gaya Majnun menceroboh istana ‘menculik’ Lailanya. Aku nak selamatkan dia persis Prince Charming menyelamatkan Puteri Fiona dari menara yang dijaga oleh naga! Aku nak selamatkan dia gaya Lu Bu merampas Diao Chan dari Maharaja Dhong Zhou,” begitu manis sekali Alex bermadah. Yang hebatnya, kata-kata indah itu keluar spontan dari mulutnya.
            “Kau jangan nak jadi Mat Jiwang kat sini. Pokoknya, aku mahukan Leen balik atau aku akan patah-patahkan tulang kau!” balas lelaki samseng itu. Alex tersenyum puas.
            “Cubalah kalau berani. Kau belum kenal jaguh Silat Harimau mana ni!” balas Alex yang lantas membuka langkahnya. Lelaki samseng itu menunjuk isyarat supaya anak buahnya membelasah Alex. Mereka berlari ke arah Alex sambil menghayunkan kayu dan besi di tangan mereka. Dalam masa yang singkat, mereka semua telah dibereskan oleh Alex walaupun tadi dia terkena tumbukan salah seorang dari mereka membuatkan matanya lebam. Lelaki samseng itu entah bagaimana berasa kecut perut.
            “Cikgu! Itu pun mereka!” kata Tiara dan Tarmizi sambil menundingkan jari kea rah sekumpulan geng tadi. Alex baru sahaja menyedari yang lengan baju Leen terkoyak. Tanpa diduganya, Leen terus meemluk dirinya. Dia menangis teresak-esak.
            “Terima kasih Alex! Leen minta maaf atas apa yang Leen buat kat Alex!” kata Leen yang masih menumpang bahu Alex untuk dia melepaskan tangisannya. Cikgu disipilin hanya tersenyum melihata gelagat anak muridnya itu. Dia tidak mahu menjadi pengacau dalam hubungan yang dari kaca matanya baru sahaja nak berputik.
            “Leen, kalau ya pun nak berterima kasih. Janganlah sampai peluk Alex depan orang ramai ni!” balas Alex tersipu-sipu malu. Leen menyedari apa yang dikatakan oleh Alex lantas meleraikan pelukannya. Dia melihat keadaan di sekelilingnya.
            “Maaf…” balas Leen.
            “Leen…” romantik nada Alex. “Sudi tak kalau Leen keluar dengan Alex malam prom nanti?” tiba-tiba sahaja Alex melutut gaya orang meminta seorang gadis meenrima lamarannya, dihadpaan semua pelajar sekolah.
            Leen kesima. Dia tidak menyangka yang Alex sanggup berbuat begini. Dia memandang keadana di sekelilingnya.
            “Terima! Terima!” suara pelajar begitu kuat melaungkan kata yang dianggap keramat ketika itu serentak. Alex pun dalam masa yangs ama memaki hamun dirinya sendiri di dalam hatinya kerana sanggup menjatuhkan ego sendiri kerana Leen.
            “Leen terima!” balas Leen tersipu-sipu.

***

            “Kita ada seorang jejaka yang sukarela nak nyanyikan sebuah lagu untuk seseorang!” kata pengacara majlis prom di sekolahnya. Leen pada malam itu kelihatan sangat cantik. Dalam masa yangs ama, Leen mencari kelibat Alex yang mengatakan yang dia mahu ke tandas tadi.
            “Dipersilakan saudara Alex yang mahu menyampaikan sebuah lagu yang bertajuk Untukmu Sayang, dendangan Alex!”
            “Lagu ini untuk gadis yang telah bertakhta dalam hati saya, Leen,” kata Alex sambil duduk di atas sebuah kerusi dan di tangannya terdapat sebuah gitar tong. Leen tergamam. Alex telah banyak menggemebirakan dirinya pada hari ini.
           
Keindahan pelangi adalah
Keindahan wajahmu sayang
Yang sering bermain di mata
Hatiku ini

Keharuman bunga kasihku
Hanyalah untukmu sayang
Bagaikan pantai dan lautan
Takkan terpisah

Kasih sayangku ini
Hanyalah untukmu
Kutelah berjanji
Kaulah yang satu
Dalam hatiku ini
Untuk selamanya
Oh sayang
Oh.. Oh..
Untukmu sayang

            Begitu merdu suara Alex mengalunkan lagu itu. Hati Leen tersentuh. “Leen, saya nak satu dunia tahu yang saya cintakan awak, sejak kali pertama kita bertemu… namun, saya pun tak mengerti kenapa kita sering bergaduh… awak dan saya boleh diibaratkan seperti anjing dan kucing. Kita sering bertekak walau untuk perkara yang begitu kecil. Tapi hari ini, saya nak kita diibaratkan seperti bulan dan bintang, Juliet dan Romeo serta sayang dan rindu! Tak boleh terpisah! Sudikah awak menari dengan saya?” sekali lagi Alex bermadah.
            “Saya sudi!” teriak Leen kegembiraan dari jauh. Alex meletakkan gitar tong itu lalu melangkah rturun dari pentas. Pasangan yang lain meemerhatikan betapa romantisnya Alex. Seolah-olah drama Hindustan bercampur dengan Korea ibaratnya mereka berdua ini – banyak adegan tidak logik serta terlalu mendayu-dayu hati.
            Leen dan Alx pun menari. Mereka antara pasangan yang paling menyerlah pada malam itu. Keintipan mereka paling manis dilihat sehingga dicemburui oleh pasangan lain. Alex sangat aneh pada hari itu.
            “Alex… kenapa awak tiba-tiba berubah?” soal Leen.
            “Awak nak tahu? Jangan menyesal sayang…”
            “Leen, hari ini mungkin hari terakhir saya jumpa awak. Saya nak menikmati saat ini dengan awak…” kata Alex tiba-tiba menyentakkan Leen. Alex! Apa yang awak cuba katakan ni? Awak baru sahaj amencuri hati saya!
            “Maksud saya… saya disahkan menghidap barah otak dan hidup saya mungkin tak lama! Dan hari ini hari terakhir saya bertemu awak. Bapa saya nak bawa saya ke Amerika untuk berubat. Dia percaya yang doktor di sana dapat mengubati saya! Saat terakhir inilah saya nak gunakan hanya untuk bersama awak! Seharusnya saya bertolak hari ini. Tapi, kerana awaklah saya minta ditangguhkan!” balas Alex sambil menitiskan air matanya. Leen tergamam. Langkah tarian jazz mereka terhenti. Leen kemudian menarik tangan Alex mengikutinya keluar dari dewan prom malam itu, untuk bersama-sama menikmati saat mereka berdua-duaan di luar dewan.
            “Kenapa baru sekarang awak bagitahu saya tentang perkara ni!” kata Leen yang erat merangkul lengan Alex. Dia melentokkan kepalanya di bahu jejaka itu. Mereka kini sedang duduk berdua-duaan di taman sekolah sambil memerhatikan bulan. Ada beberapa pasangan lain di situ. Dia tersedu-seduan menangis. Baru sahaja tadi Alex memberinya sirna bahagia, tapi begitu cepat Alex merentapnya.
            “Saya… tak nak awak bersedih!” balas Alex ketawa kecil walaupun matanya merah, cuba menahan diri daripada menangis.
            “ALEX! Saya serius ni!” kata Leen sambil mencubit lengan jejaka itu.
            “Auch! Sakitlah sayang!” balas Alex sambil mencuit hidung mancung Leen. Leen ketawa kecil.
            “Alex… saya sayangkan awak!”
            “Saya pun…” Air mata Leen deras mengalir.

***

            “Akak luahkan masa akak dengan Alex sampai pagi. Akak tertidur di riba Alex. Bila akak bangun jer, Alex hilang. Pak Guard jumpa akak tidur di kerusi taman sekolah!” sambung Leen lagi. Air matanya bergenang. Helmi dan Sahara turut menyertai untuk mendengar cerita Leen. Sahara turut menangis mendengar cerita sedih Leen itu.
            “Akak… jangan sedih-sedih tau!” kata Azim lalu mengesat air mata Leen dengan tangannya. Leen tersentuh. “Sejak peristiwa itu, akak nak tunggu abang Alex kamu. Akak yakin dia akan cari akak nanti!”

Saturday, January 30, 2010

T Pandemik 13: Insan Misteri


            “Fera, adam nak bagi nama Muhammad Danish Hakim pada bayi ni. Fera setuju tak?” tutur Adam tiba-tiba, ketika menggendong bayi itu. Fera hanya melihat Adam sambil membetulkan pakaian seragamnya yang kelihatan basah dengan darah, mujurlah baju kalis pelurunya itu mengurangkan sedikit kesan darah tersebut.
            “Danish hakim? Fera tak kisah. Nama tu pun sedap didengar. Betul tak?” balas Fera sambil mengukirkans ebuah senyuman. Adam seperti terpukau sejenak dengan senyuman yang dilemparkan oleh Fera itu.
            “Er…” Adam kehilangan kata-katanya. Dirinya tadi seperti baru sahaja dipukau. Lenyap semua memorinya buat seketika seperti baru sahaja terkena mentera pelupa yang dilakukan oleh Harry Potter.
            “Adam?” tutur Fera perlahan sekali lagi. “Awak tak apa-apa?” Adam tersentak lalu menggelengkan kepalanya.
            “Awak boleh tak senyum lagi macam tadi?” spontan Adam membuat permintaan.
            “Senyum macam mana maksud awak?”  soal Fera kembali.
            Adam tersedar apa yang diungkapkannya tadi. Dia lantas menggelengkan kepalanya. “Entah… masuk air kot saya hari ni!” balas Adam yang telah membuahkan ketawa dari bibir merah Fera.
            “Ada-ada ajalah Adam ni. Sekarang ni, Adam harus fikirkan apa yang harus kita lakukan? Sama ada kita akan kekal di sini atau kita ke tempat yang lebih selamat lagi!” balas Fera menegur Adam. Adam tersipu-sipu malu. Dia sendiri bingung dengan diri sendiri.
            “Adam rasa Adam nak ke Balai Polis Eurasia! Kat sana nanti bolehlah kita berlindung minta bantuan!” balas Adam terus kepada Fera sambil menyerahkan Danish Hakim untuk digendong oleh gadis jelita itu.
            “Bagus juga! Tu memang tempat Fera bekerja! Kita boleh ke sana menggunakan kereta yang polis yang Fera bawa!” teruja sedikit Fera sambil mendodoi Danish Hakim yang sedang melihat dunia di sekelilingnya. Danish jelas masih kosong mengenai benda di sekelilingnya. Dia juga tidak tahu yang dia telah menjadi yatims beaik sahaja dia dilahirkan.
            “Adam… Fera ingatkan yang nak jaga Danish kalau Fera selamat dari peristiwa ni!” jelas Fera tiba-tiba menyambung perbualan mereka lagi. “Fera nak Adam jadi ‘ayah’ pada Danish! Fera pula akan jadi mak pada Danish!” Tiba-tiba sahaja Fera membangkitkan isu itu. Adam tergamam. Ayah?
            “Kenapa Fera… tiba-tiba bercakap tentang hal ni?” soal Adam perlahan.
            “Fera cuma kasihankan Danish! Fera nak dia tahu yang dia akan menghadapi semua malapetaka di Eurasia ni dengan ‘ayah’ serta ‘mak’ dia! Dia tak keseorangan!” balas Fera yangs ekali lagi membuatkan Adam tergamam. Fera, gadis itu sangat berbeza dengan gadis yang pernah dikenalinya. Jelas, status seorang polis wanita tidak pernah menghakis sifat keibuan yang memang semul ajadi wujud dalam sukma Fera.
            Adam tidak terkata-kata sekali lagi. Hari ini, seulas bibirnya telah terkunci oleh perwatakkan yang dipamerkan oleh Fera. Fera, kau nyata seorang insan misteri. Aku semakin ingin merenokai hidupmu…
            “Adam sanggup menjadi ayah pada Danish!” balas Adam tiba-tiba. Fera tersenyum puas.
            “Adam, lebih baik kita pergi dari sini sekarang! Lapangan terbang ni dah tak selamat! Tentera yang septutnya datang pun entah ke maana. Mungkin dah tumpas dalam pertengahan perjalanan sekarang! Bayangkanlah terpaksa bertempur dengan 8 Juta manusia yang bertukar menjadi zombie!” terang Fera panjang.
            “Fera letak mana kereta polis Fera tu?” soal Adam.
            “Fera letak dekat hadapan pintu belakang lapangan terbang! Masa tu zombie belum menyerang kawasan tu lagi!” kata Fera berhati-hati, dia melihat juga keadaan di sekeliling mereka. Masih tiada zombie lagi kerana baki mereka baru sahaja dihapuskan oleh Adam tadi.
            “Susahlah kalau macam ni! Erm… tak apa. Kita cuba dulu. Adam akan pergi dulu ke sana! Kalau ada zombie, Insyaallah, Adam akan bunuh mereka semua, kemudian barulah Adam akan bawa kereta tu masuk ke dalam sampai sini untuk mengambil Fera dengan Danish. Fera sempat melontarkan kunci keretanya itu kepada Adam.

***

            Adam tiba jua di kereta polis milik Fera itu. Tiada zombie yang kelihatan, jalan raya kelihatan sunyi tanpa seorang manusia pun yang kelihatan. Adam memandang dada langit sambil melihat matahari yang semakin tenggelam di sebalik bukit bakau di pulau tropika itu.
            Dia kemudian berjalan ke arah kereta polis tersebut sambil membuka kuncinya menggunakan butang yang ada di kunci yang diberikan oleh Fera. Baru sahaja dia mahu memasuki kereta tersebut, tiba-tiba tangan kanannya dipatuk oleh seekor burung gagak hitam yang disedarinya dari tadi asyik berlegar di atas kepalanya. Adam menjerit kesakitan. Tangan kirinya pula dikipas-kipaskan untuk menghalang burung gagak itu daripada mencabik dagingnya. Tiba-tiba datang lagi beberapa ekor burung gagak entah dari mana. Adam tiada pilihan, mungkin burung gagak tersebut dijangkiti oleh virus T. Dia kemudian mengeluarkan M-15 yang diikatnya di belakang tubuh sasanya lalu melepaskan beberapa das tembakan yang mengenai burung gagak yang sedang mematuk-matuk tangan kanannya dengan paruh yang tajam itu. Dia kemudian tanpa membuang masa melepaskan tembakan tersebut. Seekor rebah lagi. Menggunakan sisa-sisa peluru yang ada, Adam melepaskan beberapa tembakkan yang kemudian mengenai burung gagak yang sedang berterbangan di udara untuk menjadikan Adam mangsa mereka. Syukur yang semua tembakkan mengenai pada sasaran.
            Darah merah mengalir di tangan Adam, tempat di mana terkena patukan . Dia merasakan seperti sesuatu sedang menjalar masuk ke dalam semua urat-uratnya yang ketika itu sedang meninjol kelihatan di seluruh tangan kanannnya. “Ya Allah! Sakitnya!” teriak Adam yang sedang melutut sambil memegang tangan kirinya. Senjata M-15 miliknya terlepa jatuh bergeketak di atas tanah. Pandangan matanya mula kembali kabur. Dia akhirnya rebah dan pengsan di atas tanah. Matanya sempat menangkap kelibat insan misteri, yang mulutnya kusyuk mengunyah chewing-gum yang kadangkala dibelonkan.
            Gadis tersebut berpakaian seperti seorang saintis. Tangannya dipegang oleh saintis tersebut lalu disuntik dengan sesuatu. Hanya itulah yang disedarinya.

***

            “Mana Adam ni? Kata tadi nak datang dengan kereta! Tapi…” Fera begitu gusar menunggu Adam kembali ke situ. Langkahnya tidak senang duduk sambil mendukung Danish Hakim. Danish kelihatan sudah terlelap. Akhirnya, Fera sudah memasang tekad untuk mencari Adam sambil mejaga Danish.
            Kakinya melangkah laju kea rah di mana keretanya diparkir tadi. Langkahnya terhenti apabila matanya tertangkap pada jasad Adam yang hanya berseluar pendek. Wajah lelaki itu kelihatan pucat. Senjata M-15 milik aDAM pula hilang entah ke mana. Kelihatan tubuh Adam yang sasa itu.
            “Adam!” teriak Fera spontan. Tangan kanan Adam berlumuran darah. Fera kelihatan melutut di sebelah jasad Adam. Dia memanggil nama Adam perlahan, tangannya tidak dapat berbuat apa kerana mendukung Danish.
            Adam membuka matanya perlahan-lahan. Wajah jelita Fera kelihatan sebaik sahaja cahaya menerjah masuk ke retina matanya. “Awak… saya masih hidup ke?” Fera mengangguk smabil tersenyum. Air mata gadis itu tumpah. Dia bersyukur kerana Adam masih hidup, namun dia tertanya-tanya apakah yang sebenarnya terjadi apa jejaka itu? 
           
           
           
           

Thursday, January 28, 2010

T Pandemik 12: Tanah Perkuburan Di Tengah Belantara


            Fikiran Iwan menerawang jauh menolah imiginasinya tersendiri. Jip yang dinaikinya bersama Ira masih belum keluar dari lapangan terbang Eurasia, sedang mencari jalan keluar. Ira yang duduk di sebelah Iwan sambil memandu jip yang mereka ‘pinjam’ menyedari akan perubahan drastik pada Iwan.


            “Abang Razi tak apa-apa?” soal Ira tiba-tiba memadamkan langsung imiginasi Iwan. Iwan lantas menoleh ke arah wajah ayu Ira itu. Walaupun wakjahnya kelihatan comot, namun manisnya tidak pernah tenggelam.


            “Abang tak apa-apa,” pendek Iwan membalasnya. Sebenarnya dia masih memikirkan akan tanggapan Adam terhadap dirinya. Rambut panjang Iwan mengerbang ditiup angin petang. Tanpa disedarinya, hari mula berlabuh sekali lagi. Baru sahaja tadi dia bersusah payah melepaskan dirinya bersama Ira daripada jutaan zombie yang tak berhati perut, kini sebuah maslaah lagi yang hinggap dalam sukma mereka masing-masing – cara untuk keluar daripada lapangan terbang yang ternyata memang sangat besar itu.


            “Abang… Ira rasa lebih kalau kita rempuh aje pagar renek tu?” luah Ira tiba-tiba. Kali ini, Iwan mengambil serius apa yang dikatakan oleh Ira. Memang pagar itu renek tetapi, apa yang bakal menanti mereka nanti ialah tanah curam yang dibawahnya ialah jalan raya berturap. Risiko untuk jip mereka rosak atau kemalangan memang tinggi.


            “Tapi…” Iwan cuba untuk membantah tetapi tiba-tiba sahaja Ira menekupkan tapak tangannya ke mulut Iwan menyebabkan jejaka itu tidak dpaat meluahkan apa yang terbuku. “Abang jangan risau… Ira kan ada!” Sekali lagi gadis itu membuat pengakuan bahawa dia akan melakukan aksi gila. Iwan mula naik gelabah. Apa yang gadis itu cuba buat boleh diibaratkans eperti menghantar kad undangan kepada malaikat maut untuk menjemput mereka ke Alam Barzakh.


            “Ira dah gila ke?” Iwan terpaksa menuturkan kata-kata itu.


            “Yup. Ira memang dah gila! Ira gila dan hanyut dalam cinta Ira pada abang! Ira tak gentarkans emua ini sebab Ira pernah berjanji pada abang dahulu yang Ira sanggup mati untu abang!” tutur Ira. Apa yang dituturkan oleh Ir atadi membuatkan peluh semakin membasahi dahi serta Iwan.


            “Itu Razi kau, bukan aku! Aku tak pernah berjanji untuk mati dengan kau!” kata Iwan dalam hatinya. Razi, kau dah terlalu menyusahkan hidupku. Kalau kau jumpa, pastinya akan mati dengan tumbukanku nanti.


            Tiba-tiba sahaja Ira menekan pedal lalu memecut laju. Iwan tergamam, Ira memang benar-benar melakukannya. Inilah maslaahnya bila terperangkap dengan orang yang sakit jiwa kerana cinta. Ketika inilah dia mula mempersoalkan kewujudan cinta, bahagia yang dibawanya atau derita senantiasa?


            “Ira! Astagfirullah!” pekik Iwan sambil menutup matanya sambil tangannya erat memegang lengan Ira. Dia tiada piliha lain… Ira pula ketika itu memekik keseronokkan. “Wohoo…”


            Dan kereta itu mendarat dengan selamat di atas jalan. Iwan membuka matanya perlahan-lahan, untuk melihat sama ada dia sudah tiba di syurga atau tidak. Dia menjerit kegembiraan apabila mendapati dia selamat. Ira tersenyum puas melihat Iwan gembira.


            “Kan Ira dah cakap tadi yang kita akan selamat!” ujar Ira disebelah Iwan. Iwan tersenyum diselit kekeliruaan. Apakah yang menyebabkan Ira begitu yakin sedemikian rupa?


            “Macam mana Ira boleh yakin sampai macam tu sekali?” soal Iwan bingung.


            “Yalah. Sebab Ira yakin ada abang untuk melindungi Ira. Ira ingat lagi masa Ira dan abang terperangkap kat Amazon hari tu. Abanglah yang banyak menolong Ira. Sejak itu, Ira merasakan yang Ira pasti akan selamat di sisi abang. Abang, bukan ke Ira dah beritahu abang banyak kali benda ni?” Iwan tergamam. Ternyata sekali seolah-olah gadis itu hanya hidup untuk Razi.


            “Yalah. Macam mana abang boleh lupa pula? Irakan isteri abang!” balas Iwan yang terpaksa berbohong, namun dia masih tidak biasa membahaskan dirinya sebagai Razi. Untuk menjadi Razi, dia harus mempelajri cara-cara untuk menjadi lelaki itu.


            “Terima kasih abang!” balas Ira sambil memberi kucupan di pipi Iwan. Wajah jejaka itu merona merah.  Dia tidak semena-mena dicium, pertama kali di dalam hidupnya dicium oleh perempuan selain mahramnya. Tangannya perlahan-lahan memegang pipinya, terasa lembap sedikit di tempat yang dikucup itu. Tiba-tiba sahaja badannya terasa sejuk yang amat sangat seperti ada satu kuasa yang mengalir dalam tubuh sasanya itu. Rasa yang tidak pernah dialaminya sebelum ini.


            “Sayang... kita nak ke mana?” soal Iwan tiba-tiba, yang entah kenapa tersasul membahaskan Ira sebagai ‘sayang.’ Ira seeprti baru sahaja disimbah salji ke atas rambutnya tersenyum puas. Akhirnya ‘Razi’nya mengelarkan dirinya sebagai saying, perkataan azimat yangs elalu dinantis ejak alam perkahwinan mereka mencecah 4 bulan.


            “Abang panggil Ira, sayang?” soal Ira tiba-tiba.


            “Ya. Kenapa? Irakan ‘isteri’ abang!” balas Iwan.


            “Tak ada apa-apa.” Pendek Ira memutuskan perbualan mereka. “Ira nak pergi terus ke balai polis Eurasia.” Itulajh yang sedang bermain di dalam fikiran Iwan. Iwan gusar yang Ira mempunyai destinati lain. Tapi hatinya kembali lega apabila Ira mengungkapkan perkataan yang dinatikannya itu seperti orang buta yang menunggu tongkatnya.


            “Abang tak ada masalah kalau Ira nak ke sana! Sebenranya abang dah janji dengan Adam yang abang akan berjumpa dengan dia di sana!” balas Iwan. Ira hanya mengangguknya seraya senyap.


            “Kalau perjalanan dari lapangan terbang ini ke sana mengambil masa lebih kurang 4 Jam! Mungkin kita tiba lewat. Makud Ira malam ni,” tutur Ira. Iwan hanya diam tidak bersuara. Dia sekali lagi menyalahkan Ira di atas tersasul memangil sayang. Ira menekan pedal jip tersebut menjelajah lebuh raya pulau kedua tebesar di Malaysia selepas Borneo itu.





***





Jam di tangan menunjukkan bahawa sudah pukul 7.00 malam. Iwan hanya sekadar memandang dada langit,langsung tidak berbicara dengan Ira yang kelihatan letih memandu jip. Kadangkala dia ikut menyanyi lagu di radio. Perjalanan ke Bandar Eurasia yang di mana terletaknya balai polis Eurasia terpaksa mengharungi hutan dara Eurasia yang mengelingi Bandar tersebut. Hnaya lampu sahaja yang menjadi peneman mereka. Tiba-tiba jip yang mereka naiki berhenti tiba-tiba di pertengahan lebuh raya yang di mana kiri dan kanan mereka ialah hutan tebal.


“Ira, kenapa awak berhenti?” tanya Iwan tiba-tiba.


“Jip ni yang tiba-tiba rosak!” bilang Ira. Iwan lantas berasa aneh lalu keluar dari jip tersebut dan berjalan ke arah bonet hadapan kereta untuk memeriksa masalah apa yang sedang menganggu mereka. Iwan kemudiannya memebuka bonet hadapannya dan memeriksa keadaan enjin kereta. Tiada apa masalah. Dia kemudian menjeling ke arah Ira sambil menggelengkan kepalanya. Ira pun keluar. Tiba-tiba jip yang mereka pandu bergerak ke belakang  secara tiba-tiba. Iwan terkesima dan keliru bagaimana jip itu bole bergerak sendiri sedangkan Ira sudah keluar darinya tanpa orang yang memandu.


“Abang Razi! Abang Nampak apa yang Ira Nampak?” tutur Ira perlahan.


“Abang nampak…” balas Iwan perlahan. Bulu romanya mula meremang, dia sedar yang dia sedang berada di tengah-tengah hutan bersama seorang gadis muda yang cantik yang status mental masih diragui.


Ira melangkah ke arah Iwan sambil merangkul lengan jejaka itu, kali inis nagat erat mungkin kerana ketakutan. Dia kelihatan membisikkan sesuatu kepada Iwan. “Abang! Lihat tu!” tangannya menunding ke arah satu kawasan lapang disebelah mereka. Sebuah lagi masalah yang dasyat menandatangi mereka.


“Selamat datang ke Tanah Perkuburan Islam Eurasia!” begitulah yang tertulis di papan tanda tersebut. Malam itu agak gelap membuatkan mereka berdua tidak dapat melihat apa yang ada di sebalik papan tanda itu. Iwan menelan air liurnya apabila selesai membaca papan tanda tersebut.


“Abang… Ira takut…” tutur Ira perlahan. Ira, kau ingat kau seorang aje yang takut. Aku pun takut juga! Begitulah hati Iwan berkata, tetapi sebagai seorang lelaki, dia tidak biasa untuk mengakui ketakutannya itu.


“Jangan takut Ira! Abang kan ada?” tutur Iwan. “Ira percayakan abang aje. Ira pasti akan selamat kalau abang ada!” Ira mengangguk sambil mengukirkan senyumannya. Tiba-tiba perbualan romantis mereka itu diganggu oleh bunyi suara yang menagih bantuan.


“Ira dengar apa yang abang dengar?” tanya Iwan mendapat kepastian. Ira menganggukannya. “Abang rasa ada orang yang perlukan pertolongan kita! Abang nak tolong orang itu!”


“Abang dah gila ke? Mana ada orang di tengah-tengah hutan apatah lagi kubur di tengah-tengah malam ni!” balas Ira cuba untuk membantah hasrat bodoh Iwan itu.


“Habis tu suara siapa?”


“Hantu?” Celupar mulut Ira.


“Abang tak percayakan benda-benda tu semua!” kata Iwan tegas. “Kalau Ira nak ikut abang! Ira ikut, kalau tak, Ira tinggal sini. Abang akan kembali dalam masa yang terdekat!” kata Iwan yang sudah mengelurakan senjata M-15 miliknya itu. Peluru yang tinggal mungkin sedikit tetapi sekurang-kurangnya dia dapat menggunakannya untuk mempertahankan diri.


“Okey! Ira ikut abang!” Ira kelihatan seperti tidak mempunyai pilihan lain. Dia terpaksa mengikuti arahan Iwan. Dia lebih rela meneroka kubur di tengah malam bersama Iwan daripada ditinggalkan keseorangan.

Saturday, January 23, 2010

T Pandemik 11: Aku Seorang Gladiator

    Harish tercegat berdiri sambil tangannya terketar-ketar memegang pedang yang berbaluti darah merah yang segar itu. Matanya masih tertumpu pada sekujur jasad yang tidak bernyawa yang dia yakin menjadi mangsa tusukan pedangnya itu. Dia melihat sekelilingnya, Coliseum itu dipenuhi oleh ribuan penonton yang kelihatanya masih belum puas dengan aksi pertarungan yang dipersembahkan kepada mereka.
 
   Matanya tiba-tiba tertangkap pada satu wajah yang sedang duduk di sebuah kawasan sepeti khas disediakan untuk orang ternama. Wajah itu seperti sudah biasa dilihatnya malah seperti sebati dengannya… wajah itu… eh nanti dulu… itukan Julius Caesar, antara jeneral terhebat di dalam sejarah dunia sebaris dengan Alexander The Great serta Salahuddin Al-Ayubi.

   “Anda semua mahukan lebih lagi?” teriak Caesar tiba-tiba sambil menghunuskan pedangnya ke udara. Kedengaran suara jeritan yang berteriak setuju. Darah gemuruh mula menyerang saraf minda Harish. Apakah yang mereka mahukan dari aku?
 
   “Pegawai! Keluarkan dua ekor harimau yang kelaparan itu. Orang kita mahu melihat bagaimana lelaki gagah di bawah itu melawan dua ekor harimau ganas itu, berjayakah dia hidup?” bilang Caesar lagi. Lutut Harish mula menggeletar. Situasi yang dialaminya persis dengan apa yang berlaku di Hutan Eurasia, di mana dia diserang hendap dua ekor harimau yang dijangkiti oleh Virus T. Cuma kali ini, dia mempunyai sebilah pedang dan harimau itu tidak dijangkiti oleh virus yang telah mengubah sekelian penduduk Eurasia menjadi zombie.
 
   “Eh nanti dulu! Apa yang kamu semua mahu buat ni…”

   “Pegawai, keluarkan golongan hamba untuk dijadikan makanan kepada harimau itu. Hanya Travian sahaja mampu menyelamatkan mereka!” arah Caesar lagi. Harish terkesima. Travian dan golongan hamba? Caesar maksudkan dirinyakah?

   Tiba-tiba sahaja salah satu dari pintu besi yang serupa penjara di bawah stadium kuno itu dibuka. Sekumpulan golongan hamba yang terdiri daripada kanak-kanak kecil, gadis yang berusia belasan tahun serta orang tua yang lemah telah ditendang keluar oleh pegawai yang lengkap berpakaian perang dan bersenjata.

   “Apa yang kamu cuba buat ni? Masukkan mereka kembali ke dalam kurungan itu. Mereka hanya golongan lemah dan tidak bernyawa! Takkanlah kamu nak korbankan mereka pada binatang tu…” teriak Harish tidak puas hati. Dia berjalan ke arah sudut arena stadium itu yang di mana dia merasakan yang dia boleh berbicara dengan Caesar. Lelaki itu baginya telah melampau kerana tegar untuk mengorbankan nyawa-nyawa yang tidak berdosa seperti golongan hamba tadi. Apakah ini lelaki yang dipuja-puja oleh sejarah?
 
    Namun teriakkan Harish itu dipedulikan oleh Caesar. Caesar seolah-olah tidak memahami apakah yang diteriakkan olehnya tadi. Sebaliknya Caesaer kembali mengambil arak lalu meminumnya. Harish kembali melihat harimau tadi menghampiri golongan hamba yang sedang berteriak meminta tolong kepada Harish. Kanak-kanak di situ mula mengeluarkan tangisan tidak berlagu mereka itu. Harish melihat keadaan penonton dis ekelilingnya, dan sekali lagi dia beristighfar kerana sikap yang dipamerkan oleh mereka. Inikah penduduk Rom yang dikatakan sangat bertamadun itu? Baginya haiwan pun tidak akan sanggup melihat situasi seperti ini. Mereka langsung tidak pernah menunjukkan rasa simpati mereka.
 
    Harish pula sedang bermain sandiwara dengan dirinya. Dirinya sedang tersekat di antara dua pilihan hidupnya, menyelamatkan dirinya atau membiarkan golongan hamba tadi menjadi mangsa harimau yang kelaparan itu.

   Tiba-tiba salah seorang dari gadis dari golongan hamba tadi berlari ke arahnya. Orangnya berpakaian hamba yang lusuh, berambut perang dan berwajah jelita. Harish mengetahinya bahawa gadis tersebut ialah bangsa latin Rom.

    “Apa yang awak buat ni? Lihat pada mereka! Apakah awak sanggup untuk melihat bagaimana mereka diratah di hadapan awak. Tolonglah selamatkan mereka. Apakah ini Travian yang penduduk Rom itu bangakan sangat? Mana kehebatan awak?” kata gadis latin itu lagi. Harish terkesima. Dia bukan Travian tapi  

   Harish tapi dia tidak tahu kenapalah dia tidak meluahkan hal itu kepada gadis latin dihadapannya. Dia melihat ke arah dua ekor harimau tadi dengan pandangan yang penuh dengan kebencian serta ketakutan. Dia menatap sekumpulan hamba yang sedang berundur semakin ke belakang agar tidak menjadi santapan harimau yang ganas itu.
 
    Hatinya tiba-tiba meronta menyuruhnya agar menyelamatkan sekumpulan hamba tadi. Pedang sepanjang 14 inci tadi dijulangnya ke udara sementara gadis latin tadi berundur ke belakang. Harish lantas berlari dengan laju ke arah salah seekor harimau tadi sambil menghayunkan pedang.

   “Arggh!” teriak Harish sambil menusukkan pedang itu ke arah belakang harimau yang baru sahaja mahu menerkam golongan hamba tadi. Darah merah terpancut memercikkan ke seluruh tubuh Harish yang lengkap dengan baju besi yang bewarna merah. Harimau tadi rebah ke tanah. Salah seekor harimau yang lain melihat bagaimana seekor harimau yang lain dibunuh begitu sahaja. Harimau itu mengaum dan berlari dengan sangat laju ke arah Harish yang sedang cuba upaya untuk menarik pedang tersebut sebelum dirinya diterkam. Dan… suk! Satu tikaman mengenai dada harimau itu dan jatuh menghimpap Harish.
 
   Bunyi sorakan kedengaran. Mereka ternyata terhibur dengan aksi pertarungan seorang lelaki gagah dengan dua ekor harimau yang ganas dan yang ternyata mengagumkan pera penonton. Harish menolak bangkai harimau tadi ke tepi lalu berdiri. Gadis latin tadi berlari ke arahnya lalu meghadiahkan pelukan. Harish tergamam. Semua penonton telah berdiri sambil memberi tepukan gemuruh kepada Harish. Mereka kagum dengan kekuatan yang dimiliki oleh lelaki itu kerana mampu untuk menundukkan dua ekor harimau yang telah membunuh banyak nyawa gladiator yang tak berdosa dalam masa yang sekejap sahaja.
 
   “Beta mahu bebaskan lelaki tu! Beta nak jadikan dia sebagai salah seorang panglima perang dalam kerajaan beta. Harish seklai lagi terkejut dengan sikap yang ditunjukkan oleh Caesar. Gadis latin itu kemudian melayangkan ciuman di pipi Harish membuatkan jejaka itu merona merah pipinya.

   “Awak hebat!” tutur gadis tadi sambil mengeyitkan matanya. Lutut Harish tiba-tiba terasa longgar. Kejelitaan yang dimiliki oleh hamba perempuan tadi itu telah membuatkan Harish tidak senang duduk. Dia lebih cantik dari Aulia. “Awak… saya kena pergi dulu. Saya akan tunggu awak!”
 
   Harish semakin tidak senang duduk. Dia mula diserang oleh perasaan gelisah yang tidak diketahui dari mana datnagnya. Gadis latin itu berlari ke arah kelompoknya yang sedang dihalau masuk ke dalam penjara tempat mereka dikurung. Harish tiba-tiba menjerit.

    “Saya belum tahu siapa nama awak lagi!”

   Gadis latin itu berhenti sebentar lalu menoleh. “Panggil saya Erisya Mathwell” Erisya berllau pergi meninggalkan Harish keseorangan. Tiba-tiba sekali lagi cahaya putih muncul. Mata Harish sekali lagi silau membuatkannya terpaksa menutup mata. Dia berasa pening-pening lalu rebah ke tanah. Kedengaran suara orang menggumam dan Erisya berlari ke arahnya. “Travian! Bangun…” Erisya rebah di sebelahnya.

***

   Harish membuka kelopakmatanya. Dia memandang di sekelilingnya, tiada lagi Coliseum dan penduduk Rom yang semakin meninggalkan norma kehidupan sebaliknya dia sedang terbaring lesu di atas tanah hutan hujan Eurasia. Tapi… ada seseorang yang tidak lenyap…
 
   “Erisya!?” Harish terkejut. Dia lantas bangun. Dia melihat dua ekor harimau tadi terbaring dans alah seekor darinya tertusuk sebilah pedang yang Harish kenal, merupakan pedang yang dia gunakan di Coliseum temph masa itu. Dia mencari leibat Aulia. Gadis orang asli itu sedang terbaring tidak jauh darinya. Kepalanya luka sedikit tetapi tidak parah.

   Erisya tidak lagi berbaju seperti seorang hamba malah berkemja putih yang kelihatan kotor akibat tanah di hutan tersebut. Erisya juga berseluar jean putih. Pendek kata, gadis itu berpakaian serba putih.

    Harish lantas mengejutkan Erisya.

   “Erisya! Bangun Erisya!” kejut Harish sambil mengoyangkan tubuh Erisya. Kelihatan matanya terbuka sedikit. “Mujurlah…”

   “Travian! Awak selamat! Syukurlah!” teriak Erisya kegembiraan. Aulia tersedar dari pengsannya, mungkin kerana keterujaan yang dipamerkan oleh Erisya. Aulia melihat Harish dipeluk oleh seseorang. Dia lantas berlari ke arah Harish dan menolak gadis itu.

   “Alhamdulillah Harish! Harimau tu… siapa dia?” Tanya Aulia. Erisya lantas meleraikan pelukannya lalu bergerak ke arah Aulia sambil merenung gadis itu.

   “Awak ni gila ke? Awak panggil dia dengan nama apa? Harish? Awak tak kenald ia ke? Dia ialah Travian, gladiator terhebat pada zaman pemerintahan Caesar!” bilang Erisya sambil mencekakkan pingganya. Aulia hamper tergelak sambil merenung Harish untuk mendapatkan penjelasan.

   “Awaklah yang gila! Caesar Itukan orang yang dah mati! 2000 tahun lalu,” balas Aulia bengang sedikit bengang dengan apa yang dikatakan oleh Erisya. Erisya pula yang kali ini kelihatan seperti diserang halilintar. Dia memandang Harish.

   Harish tidak tahu apa yang mahu dikatakan olehnya. Penjelesan yang keluar dari mulutnya nanti pasti akan menimbulkan kekeliruaan pada kedua-dua gadis jelita di hadpaannya itu. Seorang pasti tidak akan percaya bagaimana dia kembali ke zaman silam dan membawa kembali seorang hamba jelita dan seorang lagi pasti akan jadi gila apabila diberitahu yang dia mungkin baru sahaja mengembara masa yang istilah itu tidak pernah di dengarnya.
 
   “Er… apa yang kamu berdua katakan tadi tu sebenarnya benar!” balas Harish tiba-tiba. Kedua-dua gadis itu memandang Harish lalu merenung antara satu sama lain kemudian berkata serentak.
  “
   Perempuan gila tu kata benda yang betul?” kata kedua-dua jelitawan itu serentak sambil menundingkan jari ke arah mereka antara satu sama lain. Harish tersepit. Kini, tanggungjawabnya harus menjaga kedua-dua orang gadis itu.

  “Sebenarnya….” Harish pun menceritakan segala-galanya yang berlaku pada Erisya serta Aulia . Mereka berdua kelihatan semakin faham dengan situasi yang sedang berlaku. Harish berasa lega kerana mereka berdua mengerti.
Powered By Blogger