Pembaca Setia !

Saturday, January 30, 2010

T Pandemik 13: Insan Misteri


            “Fera, adam nak bagi nama Muhammad Danish Hakim pada bayi ni. Fera setuju tak?” tutur Adam tiba-tiba, ketika menggendong bayi itu. Fera hanya melihat Adam sambil membetulkan pakaian seragamnya yang kelihatan basah dengan darah, mujurlah baju kalis pelurunya itu mengurangkan sedikit kesan darah tersebut.
            “Danish hakim? Fera tak kisah. Nama tu pun sedap didengar. Betul tak?” balas Fera sambil mengukirkans ebuah senyuman. Adam seperti terpukau sejenak dengan senyuman yang dilemparkan oleh Fera itu.
            “Er…” Adam kehilangan kata-katanya. Dirinya tadi seperti baru sahaja dipukau. Lenyap semua memorinya buat seketika seperti baru sahaja terkena mentera pelupa yang dilakukan oleh Harry Potter.
            “Adam?” tutur Fera perlahan sekali lagi. “Awak tak apa-apa?” Adam tersentak lalu menggelengkan kepalanya.
            “Awak boleh tak senyum lagi macam tadi?” spontan Adam membuat permintaan.
            “Senyum macam mana maksud awak?”  soal Fera kembali.
            Adam tersedar apa yang diungkapkannya tadi. Dia lantas menggelengkan kepalanya. “Entah… masuk air kot saya hari ni!” balas Adam yang telah membuahkan ketawa dari bibir merah Fera.
            “Ada-ada ajalah Adam ni. Sekarang ni, Adam harus fikirkan apa yang harus kita lakukan? Sama ada kita akan kekal di sini atau kita ke tempat yang lebih selamat lagi!” balas Fera menegur Adam. Adam tersipu-sipu malu. Dia sendiri bingung dengan diri sendiri.
            “Adam rasa Adam nak ke Balai Polis Eurasia! Kat sana nanti bolehlah kita berlindung minta bantuan!” balas Adam terus kepada Fera sambil menyerahkan Danish Hakim untuk digendong oleh gadis jelita itu.
            “Bagus juga! Tu memang tempat Fera bekerja! Kita boleh ke sana menggunakan kereta yang polis yang Fera bawa!” teruja sedikit Fera sambil mendodoi Danish Hakim yang sedang melihat dunia di sekelilingnya. Danish jelas masih kosong mengenai benda di sekelilingnya. Dia juga tidak tahu yang dia telah menjadi yatims beaik sahaja dia dilahirkan.
            “Adam… Fera ingatkan yang nak jaga Danish kalau Fera selamat dari peristiwa ni!” jelas Fera tiba-tiba menyambung perbualan mereka lagi. “Fera nak Adam jadi ‘ayah’ pada Danish! Fera pula akan jadi mak pada Danish!” Tiba-tiba sahaja Fera membangkitkan isu itu. Adam tergamam. Ayah?
            “Kenapa Fera… tiba-tiba bercakap tentang hal ni?” soal Adam perlahan.
            “Fera cuma kasihankan Danish! Fera nak dia tahu yang dia akan menghadapi semua malapetaka di Eurasia ni dengan ‘ayah’ serta ‘mak’ dia! Dia tak keseorangan!” balas Fera yangs ekali lagi membuatkan Adam tergamam. Fera, gadis itu sangat berbeza dengan gadis yang pernah dikenalinya. Jelas, status seorang polis wanita tidak pernah menghakis sifat keibuan yang memang semul ajadi wujud dalam sukma Fera.
            Adam tidak terkata-kata sekali lagi. Hari ini, seulas bibirnya telah terkunci oleh perwatakkan yang dipamerkan oleh Fera. Fera, kau nyata seorang insan misteri. Aku semakin ingin merenokai hidupmu…
            “Adam sanggup menjadi ayah pada Danish!” balas Adam tiba-tiba. Fera tersenyum puas.
            “Adam, lebih baik kita pergi dari sini sekarang! Lapangan terbang ni dah tak selamat! Tentera yang septutnya datang pun entah ke maana. Mungkin dah tumpas dalam pertengahan perjalanan sekarang! Bayangkanlah terpaksa bertempur dengan 8 Juta manusia yang bertukar menjadi zombie!” terang Fera panjang.
            “Fera letak mana kereta polis Fera tu?” soal Adam.
            “Fera letak dekat hadapan pintu belakang lapangan terbang! Masa tu zombie belum menyerang kawasan tu lagi!” kata Fera berhati-hati, dia melihat juga keadaan di sekeliling mereka. Masih tiada zombie lagi kerana baki mereka baru sahaja dihapuskan oleh Adam tadi.
            “Susahlah kalau macam ni! Erm… tak apa. Kita cuba dulu. Adam akan pergi dulu ke sana! Kalau ada zombie, Insyaallah, Adam akan bunuh mereka semua, kemudian barulah Adam akan bawa kereta tu masuk ke dalam sampai sini untuk mengambil Fera dengan Danish. Fera sempat melontarkan kunci keretanya itu kepada Adam.

***

            Adam tiba jua di kereta polis milik Fera itu. Tiada zombie yang kelihatan, jalan raya kelihatan sunyi tanpa seorang manusia pun yang kelihatan. Adam memandang dada langit sambil melihat matahari yang semakin tenggelam di sebalik bukit bakau di pulau tropika itu.
            Dia kemudian berjalan ke arah kereta polis tersebut sambil membuka kuncinya menggunakan butang yang ada di kunci yang diberikan oleh Fera. Baru sahaja dia mahu memasuki kereta tersebut, tiba-tiba tangan kanannya dipatuk oleh seekor burung gagak hitam yang disedarinya dari tadi asyik berlegar di atas kepalanya. Adam menjerit kesakitan. Tangan kirinya pula dikipas-kipaskan untuk menghalang burung gagak itu daripada mencabik dagingnya. Tiba-tiba datang lagi beberapa ekor burung gagak entah dari mana. Adam tiada pilihan, mungkin burung gagak tersebut dijangkiti oleh virus T. Dia kemudian mengeluarkan M-15 yang diikatnya di belakang tubuh sasanya lalu melepaskan beberapa das tembakan yang mengenai burung gagak yang sedang mematuk-matuk tangan kanannya dengan paruh yang tajam itu. Dia kemudian tanpa membuang masa melepaskan tembakan tersebut. Seekor rebah lagi. Menggunakan sisa-sisa peluru yang ada, Adam melepaskan beberapa tembakkan yang kemudian mengenai burung gagak yang sedang berterbangan di udara untuk menjadikan Adam mangsa mereka. Syukur yang semua tembakkan mengenai pada sasaran.
            Darah merah mengalir di tangan Adam, tempat di mana terkena patukan . Dia merasakan seperti sesuatu sedang menjalar masuk ke dalam semua urat-uratnya yang ketika itu sedang meninjol kelihatan di seluruh tangan kanannnya. “Ya Allah! Sakitnya!” teriak Adam yang sedang melutut sambil memegang tangan kirinya. Senjata M-15 miliknya terlepa jatuh bergeketak di atas tanah. Pandangan matanya mula kembali kabur. Dia akhirnya rebah dan pengsan di atas tanah. Matanya sempat menangkap kelibat insan misteri, yang mulutnya kusyuk mengunyah chewing-gum yang kadangkala dibelonkan.
            Gadis tersebut berpakaian seperti seorang saintis. Tangannya dipegang oleh saintis tersebut lalu disuntik dengan sesuatu. Hanya itulah yang disedarinya.

***

            “Mana Adam ni? Kata tadi nak datang dengan kereta! Tapi…” Fera begitu gusar menunggu Adam kembali ke situ. Langkahnya tidak senang duduk sambil mendukung Danish Hakim. Danish kelihatan sudah terlelap. Akhirnya, Fera sudah memasang tekad untuk mencari Adam sambil mejaga Danish.
            Kakinya melangkah laju kea rah di mana keretanya diparkir tadi. Langkahnya terhenti apabila matanya tertangkap pada jasad Adam yang hanya berseluar pendek. Wajah lelaki itu kelihatan pucat. Senjata M-15 milik aDAM pula hilang entah ke mana. Kelihatan tubuh Adam yang sasa itu.
            “Adam!” teriak Fera spontan. Tangan kanan Adam berlumuran darah. Fera kelihatan melutut di sebelah jasad Adam. Dia memanggil nama Adam perlahan, tangannya tidak dapat berbuat apa kerana mendukung Danish.
            Adam membuka matanya perlahan-lahan. Wajah jelita Fera kelihatan sebaik sahaja cahaya menerjah masuk ke retina matanya. “Awak… saya masih hidup ke?” Fera mengangguk smabil tersenyum. Air mata gadis itu tumpah. Dia bersyukur kerana Adam masih hidup, namun dia tertanya-tanya apakah yang sebenarnya terjadi apa jejaka itu? 
           
           
           
           

0 kritikan:

Powered By Blogger