Pembaca Setia !

Monday, February 1, 2010

T Pandemik 14: Tangsian Cinta Di Malam Prom


            “Akak tahu tak jalan ke sana?” soal Helmi tiba-tiba ketika mereka mula melangkah di atas jalan raya yang berturap itu. Leen menggelengkan kepalanya.
            “Ara tahu. Jangan risau…” balas Sahara perlahan dari belakang. Helmi tidak memperdulikan gadis itu. Dia sekadar mendengus kecil sambil menggerutu. “Aku tak cakap dengan dia pun…”
            Sahara mendengar gerutu Helmi yang kedengaran amat menyakitkan hati itu. Namun dia tidak dapat berbuat apa-apakerana apa dayanya jika orang yang sudah benci. Dia tahu semua ini terjadi kerana dirinya sendiri. Dia sedar yang dia telah mempermainkan hati Helmi secara tidak langsung. Dia seakan-akan telah memberi harapan palsu kepada Helmi yang jejaka itu berpeluang untuk merebut hatinya padahal hatinya itu telah dimiliki oleh putera arab Saudi yang kaya raya serta kacak, yang Helmi fikir dirinya tidak standing Fahmi. Dia berasa sangat malu kerana merasakan yang cintanya bertepuk sebelah tangan… itu kata Helmi…
            “Awak…” pangiL Sahara perlahan dari belakang. Tangan Helmi tiba-tiba dicapainya lalu erat digenggam. Helmi tercenggang dengan apa yang dilakukan oleh Sahara itu. Jelas, yang ada sesuatu yang tidak kena dengan gadis itu. Helmi memberhentikan langkahnya.
            Azim dan Leen memerhatikan sahaja sandiwara dunia yang berlaku sekali lagi dihadapan mereka, walaupun kali ini tidak berlaku di hadapan mereka sebaliknya di tengah-tengah jalan raya bandar Eurasia.
            “Saya minta maaf. Awak… jangan buat saya macam ni!” teriak Sahara sambil air matanya merembes lagi namun Helmi diam membisu. Jejaka itu cuba melangkah, namun dnegan tiba-tiba Sahara memeluknya dari belakang, cuba menghalang Helmi dari pergi. Helmi terkesima.
            “Hehehehe…” Azim ketawa kecil.
            “Shyy…” Leen mengisyaratkan supaya budak kecil itu senyap. Leen tidak mahu Azim menggangu adegan romantik di hadapannya. Leen mahu menghayati detik itu. Azim senyap sebaik sahaja dimarahi oleh Leen.
            “Apa yang awak mahukan?” balas Helmi perlahan.
            “Saya mahukan awak!” balas Sahara tiba-tiba. DIa mendekapkan kepalanya dibelakang tubuh Helmi. Mata Helmi merah, air matanya mahu bergenang namun masih ditahannya. Ego seorang lelaki masih menguasai dirinya.
            “Saya? Mana awak nak campakkan Putera Fahmi?” balas Helmi pedas. Sahara diam seketika. “Apa gunanya saya pada awak kalau awak dah ada lelaki tu?”
            “Saya tak cintakan dia!” balas Sahara jujur. “Dia yang tergila-gilakan saya. Saya pula dipaksa oleh mama dan papa untuk nikahi dia sedangkan saya masih belum jumpa lelaki yang saya cari selama ni…”
            “Awak tipu!” balas Helmi.
            “Tak! Sumpah saya tak tipu awak. Benar, saya tak cintakan Putera Fahmi. Dia yang masuk melamar saya… pertunangan itu berlaku pun bukan atas kehendak saya! Macam mana saya nak tolak kalau dia dah hadiahkan kereta Mercedez Benz tu kat saya?” kata Shaara tiba-tiba lalu meleraikan pelukkannya sambil menundingkan jari hantunya kea rah sebuah kereta Mercedez Benz yang diparkir di tepi gigi jalan.
            Helmi tergamam. “Ara… siapa lelaki yang awak cari tu?” soal Helmi tiba-tiba.
            “Awak cemburu ke tadi?” Sahara tidak menjawab pertanyaan Helmi sebaliknya melontarkan soalan lain.
            “Saya apa? Err… taklah,” balas Helmi tergagap-gagap sedikit. Sahara tersenyum kecil.
            “Habis tu kenapa awak layan saya macam tunggul kayu bila awak dapat tahu tentang Putera Fahmi?” balas Sahara lagi. Helmi tidak tahu bagaimana untuk menjawab. Memang benar dia cemburui akan Fahmi kerana Berjaya memenangi hati gadis itu dahulu sebelum dia.
            “Saya cemburu… semua hanya kerana saya cintakan awak Sahara!” balas Helmi, yang terpaksa untuk mengakuinya. Shara kelihatan tersipu-sipu malu. Memang sangat ajaib kuasa tuhan, mereka telah saling jatuh cinta pada pandang pertama di tengah-tengah krisis, Dunia dirasakan berpusing dalam masa yang singkat. Sahara menghulurkan tangannya, menunggu dibalas oleh Helmi…

***

            Helmi dan Sahara melangkah sambil berpimpingan tangan. Leen dan Azim hanya memerhatikan mereka berdua dari belakang. Azim kemudian menarik baju Leen menyentapkan lamunan gadis itu. Leen jelas bahagia dengan kegembiraan yang melanda adiknya itu.
            “Ada apa Azim?”
            “Akak tak ada boyfriend  ke?” tutur Azim selamba, bertanyakan soalan sedemikian rupa. Leen terdiam sejenak, tersentak dengan soalan Azim itu, kemudian mengukirkan sebuah senyuman.
            “Tak ada sayang…”
            “Azim rasa kakak ni cantik. Tentu banyak orang minat kat akak!” bengkeng Azim tidak  puas hati. Dahinya dikerutkan sambil merenung bodoh ke arah Leen.
            “Azim ni memang suka bertanya ke?”
            Azim mengangguk sakan. Dia mengukirkan pula senyuman keanak-anakkan anugerah tuhan kepadanya. “Ya kak!”
            “Azim nak akak ceritakan kat Azim ke?”
            “Ya!”
            “Tapi dengan satu syarat! Azim kena anggap cerita akak ni sebagai sebuah rahsia besar dan Azim kena janji kepada akak yang Azim akan simpan rahsia ni?” balas Leen sambil tersenyum lebar.
            “Ya! Azim janji!” balas Azim kegirangan.

***

            Namaku Nurul Azlinda binti Dato’ Lee Huzaimi, anak kepada pemilik syarikat Greetings Holding. Orang pangilku Leen sahaja. Aku mempunyai seorang adik yang bernama Muhammad Helmi Zaxcrian. Hanya kami adik beradik di dalam keluarga ini. Tahun 2023 ini, aku bakal mengakhiri zaman persekolahanku dan apa yang bakal kutunggu-tunggu ialah malam prom.
            Hari terakhir sebelum malam prom tiba melandaku penuh dengan rasa kegusaran kerana belum mendapat pasangan untukku menari nanti. Bukanya tiada yang mahu menjadi pasanganku, cuma hati tak berkenan. Memilih? Siapa yang mahu teman malam prom sehodoh Rajoo atau sesepet Ah Chong? Maaf, andai bahasaku ini terlalu kasar. Sekurang-kurangnya Rajoo itu sekacak Shah Rukh Khan atau Ah Chong itu segagah Andy Lau. Mana aku nak letak wajahku ini kalau tersebar satu sekolah diva sepertiku ini pergi ke malam prom dengan manusai nerd seperti mereka. Sekurang-kurangnya aku patut keluar dengan jejaka hot macam Zed atau Andrew Tan, yang seorangnya kacak macam aktor holywood dan seorang lagi persis hero korea.
            “Alex! Cuma kau seorang aje yang tak ada pasangan untuk malam prom nanti!”  kata seorang lelaki yang lengkap berpakaian baju sekolah di kantin Sekolah Menengah Kebangsaan Eurasia.
            Alex tidak melayani rakannya itu sbealiknya terus menghabiskan Nasi Lemak yang baru sahaja dibelinya itu. Datang pula seorang gadis yang duduk di sebelahnya.
            “Tiara! Kau nak keluar dengan aku tak pada malam prom ni?” ajak Alex selamba. Tiara hampIr tergelak dengan ajakkan Alex itu.
            “Hoi Alex! Kau ajak aku pergi main bola ke pergi malam prom? Aduhai!” Tiara menggelengkan kepalanya. “Maaf. Aku dah ada pasangan dahlah untuk malam prom ni!” balas Tiara sambil menepuk-menepuk bahu Alex atau nama sebenarnya Muhammad Shafiq Alexander itu.
            “Kau pergi dengan siapa?” tanya Alex.
            “Mamat depan kau tu! Tarmizi! “ Alex tersedak air yang diminumnya. Tiara dengan Tarmizi? Biar betul apa yang aku dengar ni!” Tiara dan Tarmizi merenung Alex dengan pandangan yang penuh mencurigakan. Alex menyedarinya.
            “Okey-okey! Aku tarik balik apa yang aku katakan tadi!”kata Alex selepas dia tiba-tiba menjadi kekok dengan situasi di maan dia direnungi ketika makan.
            “Balik pada topik kita, siapa yang kau nak jadi pasangan malam prom kau nanti?” soal Tiara tiba-tiba. Alex kembali membisu. Jujurnya, dia memang tidak punya siapa untuk dijadikan pasangan. Semua yang cantik-cantik sudah dikebas orang. Malah, yang tomboy seperti Tiara tu pun ada yang berkenan.
            “Aku tahu kau belum ada siapa lagi di dalam kepala otak kau kan?” teka Tarmizi. Alex sekadar mengangguk. “Aku cadangkan kau pergi ajak perempuan yang paling popular dalam sekolah kita, Azlinda!”
            “Hah? Kau gila ke? Bukannya kau tak tahu yang aku dengan Leen asyik bergaduh aje…”
            “Tolong!” teriak satu suara lunak yang datangnya dari belakang kantin, menggangu perbualan ketiga-tiga sahabat itu. Namun, suara itu seperti lenyap begitu sahaja. Alex menangkap suara tersebut.
            Alex lalu bangkit meninggalkan kedua-dua rakannya itu terpingga-pingga. Dia berlari ke arah belakang sekolah untuk mencari punca suara itu.
            “Tolong Leen!” Alex tergamam apabila dia melihat mulut Leen ditekup oleh sekumpulan seorang pelajar yang Alex kenal sebagai samseng besar di sekolahnya ketika dia bersembunyi dis ebalik dinding.
            “Aku tanya kau sekali lagi, kau nak jadi pasangan aku untuk malam prom nanti?” tengking lelaki yang baju sekolahnya sudah terkeluar itu. Di belakangnya kelihatan konco-konconya. Leen tetap menggelengkan kepalanya.
            “Sial kau!” lelaki itu mengangkat tangan, cuba untuk memukul Leen.
            Leen menutup matanya. Mulutnya tidak bersuara kerana telah ditekup oleh lelaki itu. Hanya air mata sahaja mengalir sambil hatinya dipanjatkan ke hadrat ilahi.
            “Saudara! Tak baik lakukan sebegini kat gadis lemah macam dia!” tegur Alex sambil memegang tangan lelaki yang cuba menga-apakan Leen itu. Lelaki itu terkejut. Leen pula membuka matanya. Sekali lagi kejutan merenjat dirinya. Alex menjadi hero untuknya pada hari itu. Alex yang selalu dia perlekehkan…
            “Engkau siapa nak masuk campur!  Hal ini antara aku dengan Leen!”  kata lelaki itu. Leen masih tidak dilepaskannya.
            “Saya kekasihnya. Kenapa?” dakwa Alex tiba-tiba. Leen tergamam dengan apa yang dikatakan oleh Alex. Dia tidak menyangka yang Alex sanggup mengaku perkara sedemikian rupa. Dia bukan Alex yang aku kenal dahulu. Alex yang aku kenal merupakan seorang yang seringkali mengejekku singa tua dan hidung tinggi, bukannya orang sanggup berpura-pura untuk mejadi teman lelakinya. Lelaki yang menganggunya tadi tergamam dengan jawapan yang diluahkan oleh Alex.
            “Kau teman lelaki Leen? Kawan-kawan, dengar tak apa yang dia katakan? Dia kata yang Leen ni teman lelaki dia. Hahah!” Rakannya yang lain turut ikut ketawa, walaupun satu dua daripada mereka kelihatan seperti terpaksa.
            “Aku ada bukti!” balas Alex serius. Dia keliahtan melipat lengan baju kemejanya seperti sudah bersedia untuk bertarung. Keliahtan lengannya yang sasa itu. Slaah seorang konco lelaki itu kelihatan menelan air liur melihat Alex.
            Hampir tersembul biji mata Leen mendengar pengakuan Alex. Alex, kau jangan nak melebih-lebih pula kat sini. Bila masa pula aku jadi awek kau secara rasmi ni? Lelaki yang berlagak samseng itu kelihatan langsung tidak percaya dengan apa yang didengarnya itu.
            “Apa buktinya!?”
            “Buktinya ialah Leen dah berjanji untuk keluar dengan aku di malam prom ni!” balas Alex yang tiba-tiba mencapai tangan Leen lalu menggegamnya. Leen tercenggangd engan sikap Alex itu. Alex kemudian menarik Leen ke belakangnya. Cuba untuk menjadi pelindung.
            “Apa yang kau nak buat dengan dia?” soal lelaki itu.
            “Aku nak bawa lari dia gaya Majnun menceroboh istana ‘menculik’ Lailanya. Aku nak selamatkan dia persis Prince Charming menyelamatkan Puteri Fiona dari menara yang dijaga oleh naga! Aku nak selamatkan dia gaya Lu Bu merampas Diao Chan dari Maharaja Dhong Zhou,” begitu manis sekali Alex bermadah. Yang hebatnya, kata-kata indah itu keluar spontan dari mulutnya.
            “Kau jangan nak jadi Mat Jiwang kat sini. Pokoknya, aku mahukan Leen balik atau aku akan patah-patahkan tulang kau!” balas lelaki samseng itu. Alex tersenyum puas.
            “Cubalah kalau berani. Kau belum kenal jaguh Silat Harimau mana ni!” balas Alex yang lantas membuka langkahnya. Lelaki samseng itu menunjuk isyarat supaya anak buahnya membelasah Alex. Mereka berlari ke arah Alex sambil menghayunkan kayu dan besi di tangan mereka. Dalam masa yang singkat, mereka semua telah dibereskan oleh Alex walaupun tadi dia terkena tumbukan salah seorang dari mereka membuatkan matanya lebam. Lelaki samseng itu entah bagaimana berasa kecut perut.
            “Cikgu! Itu pun mereka!” kata Tiara dan Tarmizi sambil menundingkan jari kea rah sekumpulan geng tadi. Alex baru sahaja menyedari yang lengan baju Leen terkoyak. Tanpa diduganya, Leen terus meemluk dirinya. Dia menangis teresak-esak.
            “Terima kasih Alex! Leen minta maaf atas apa yang Leen buat kat Alex!” kata Leen yang masih menumpang bahu Alex untuk dia melepaskan tangisannya. Cikgu disipilin hanya tersenyum melihata gelagat anak muridnya itu. Dia tidak mahu menjadi pengacau dalam hubungan yang dari kaca matanya baru sahaja nak berputik.
            “Leen, kalau ya pun nak berterima kasih. Janganlah sampai peluk Alex depan orang ramai ni!” balas Alex tersipu-sipu malu. Leen menyedari apa yang dikatakan oleh Alex lantas meleraikan pelukannya. Dia melihat keadaan di sekelilingnya.
            “Maaf…” balas Leen.
            “Leen…” romantik nada Alex. “Sudi tak kalau Leen keluar dengan Alex malam prom nanti?” tiba-tiba sahaja Alex melutut gaya orang meminta seorang gadis meenrima lamarannya, dihadpaan semua pelajar sekolah.
            Leen kesima. Dia tidak menyangka yang Alex sanggup berbuat begini. Dia memandang keadana di sekelilingnya.
            “Terima! Terima!” suara pelajar begitu kuat melaungkan kata yang dianggap keramat ketika itu serentak. Alex pun dalam masa yangs ama memaki hamun dirinya sendiri di dalam hatinya kerana sanggup menjatuhkan ego sendiri kerana Leen.
            “Leen terima!” balas Leen tersipu-sipu.

***

            “Kita ada seorang jejaka yang sukarela nak nyanyikan sebuah lagu untuk seseorang!” kata pengacara majlis prom di sekolahnya. Leen pada malam itu kelihatan sangat cantik. Dalam masa yangs ama, Leen mencari kelibat Alex yang mengatakan yang dia mahu ke tandas tadi.
            “Dipersilakan saudara Alex yang mahu menyampaikan sebuah lagu yang bertajuk Untukmu Sayang, dendangan Alex!”
            “Lagu ini untuk gadis yang telah bertakhta dalam hati saya, Leen,” kata Alex sambil duduk di atas sebuah kerusi dan di tangannya terdapat sebuah gitar tong. Leen tergamam. Alex telah banyak menggemebirakan dirinya pada hari ini.
           
Keindahan pelangi adalah
Keindahan wajahmu sayang
Yang sering bermain di mata
Hatiku ini

Keharuman bunga kasihku
Hanyalah untukmu sayang
Bagaikan pantai dan lautan
Takkan terpisah

Kasih sayangku ini
Hanyalah untukmu
Kutelah berjanji
Kaulah yang satu
Dalam hatiku ini
Untuk selamanya
Oh sayang
Oh.. Oh..
Untukmu sayang

            Begitu merdu suara Alex mengalunkan lagu itu. Hati Leen tersentuh. “Leen, saya nak satu dunia tahu yang saya cintakan awak, sejak kali pertama kita bertemu… namun, saya pun tak mengerti kenapa kita sering bergaduh… awak dan saya boleh diibaratkan seperti anjing dan kucing. Kita sering bertekak walau untuk perkara yang begitu kecil. Tapi hari ini, saya nak kita diibaratkan seperti bulan dan bintang, Juliet dan Romeo serta sayang dan rindu! Tak boleh terpisah! Sudikah awak menari dengan saya?” sekali lagi Alex bermadah.
            “Saya sudi!” teriak Leen kegembiraan dari jauh. Alex meletakkan gitar tong itu lalu melangkah rturun dari pentas. Pasangan yang lain meemerhatikan betapa romantisnya Alex. Seolah-olah drama Hindustan bercampur dengan Korea ibaratnya mereka berdua ini – banyak adegan tidak logik serta terlalu mendayu-dayu hati.
            Leen dan Alx pun menari. Mereka antara pasangan yang paling menyerlah pada malam itu. Keintipan mereka paling manis dilihat sehingga dicemburui oleh pasangan lain. Alex sangat aneh pada hari itu.
            “Alex… kenapa awak tiba-tiba berubah?” soal Leen.
            “Awak nak tahu? Jangan menyesal sayang…”
            “Leen, hari ini mungkin hari terakhir saya jumpa awak. Saya nak menikmati saat ini dengan awak…” kata Alex tiba-tiba menyentakkan Leen. Alex! Apa yang awak cuba katakan ni? Awak baru sahaj amencuri hati saya!
            “Maksud saya… saya disahkan menghidap barah otak dan hidup saya mungkin tak lama! Dan hari ini hari terakhir saya bertemu awak. Bapa saya nak bawa saya ke Amerika untuk berubat. Dia percaya yang doktor di sana dapat mengubati saya! Saat terakhir inilah saya nak gunakan hanya untuk bersama awak! Seharusnya saya bertolak hari ini. Tapi, kerana awaklah saya minta ditangguhkan!” balas Alex sambil menitiskan air matanya. Leen tergamam. Langkah tarian jazz mereka terhenti. Leen kemudian menarik tangan Alex mengikutinya keluar dari dewan prom malam itu, untuk bersama-sama menikmati saat mereka berdua-duaan di luar dewan.
            “Kenapa baru sekarang awak bagitahu saya tentang perkara ni!” kata Leen yang erat merangkul lengan Alex. Dia melentokkan kepalanya di bahu jejaka itu. Mereka kini sedang duduk berdua-duaan di taman sekolah sambil memerhatikan bulan. Ada beberapa pasangan lain di situ. Dia tersedu-seduan menangis. Baru sahaja tadi Alex memberinya sirna bahagia, tapi begitu cepat Alex merentapnya.
            “Saya… tak nak awak bersedih!” balas Alex ketawa kecil walaupun matanya merah, cuba menahan diri daripada menangis.
            “ALEX! Saya serius ni!” kata Leen sambil mencubit lengan jejaka itu.
            “Auch! Sakitlah sayang!” balas Alex sambil mencuit hidung mancung Leen. Leen ketawa kecil.
            “Alex… saya sayangkan awak!”
            “Saya pun…” Air mata Leen deras mengalir.

***

            “Akak luahkan masa akak dengan Alex sampai pagi. Akak tertidur di riba Alex. Bila akak bangun jer, Alex hilang. Pak Guard jumpa akak tidur di kerusi taman sekolah!” sambung Leen lagi. Air matanya bergenang. Helmi dan Sahara turut menyertai untuk mendengar cerita Leen. Sahara turut menangis mendengar cerita sedih Leen itu.
            “Akak… jangan sedih-sedih tau!” kata Azim lalu mengesat air mata Leen dengan tangannya. Leen tersentuh. “Sejak peristiwa itu, akak nak tunggu abang Alex kamu. Akak yakin dia akan cari akak nanti!”

2 kritikan:

sahara said...

this chapeter make me cry !

the readers said...

wow! wat a nice story that u post! salute la lu !

Powered By Blogger