Pembaca Setia !

Wednesday, December 9, 2009

T Pandemik 3: Lapangan Terbang Eurasia

“Panggil menteri pertahanan ke sini menghadap saya sekarang juga!” arah Perdana Menteri Shahrin kepada pembantu peribadinya. Dia sedang duduk dalam keadaan yang penuh keresahan sambil menunggu laporan terkini Harish. Menteri Pertahanan Malaysia, Hidayat pula ada sesuatu lagi yang mahu dibicarakan. dengannya. Berita mengenai kekukaciran yang sedang melanda Bandar Eurasia kini sudah hinggap di hawa telinga media massa. Dalam masa yang terdekat, pasti berita tersebut akan tersebar kepada seluruh rakyat jelata. Sebelum tanggapan yang buruk mula mencalarkan kredibilitinya, dia harus melakukan sesuatu bagi menyelamatkan Bandar Eurasia daripada hancur begitu sahaja. Setelah mengambil masa yang agak lama, dia bertekad untuk menghantar skuad mengendalikan insiden keganasan terbaik Malaysia, Dragon Knight. Pasukan itu merupakan sebuah skuad khas yang telah diberi latihan dalam menangani insiden keganasan yang mungkin akan berlaku.Hanya Datuk Hidayatul Amirul sahaja yan mempunyai kuasa ke atas Skuad Dragon Knight.

“Tuan panggil saya ker?” tutur Datuk Hidayatul Amirul atau Hidayat apabila menjejakkan kakinya ke dalam pejabat Shahrin. Shahrin mengangguk. Hidayat, lelaki yang beruban lebat itu bergerak ke arah meja Shahrin lalu duduk di kerusi yang disediakan. Hidayat sedang bermain dengan mindanya. Apalah yang dimahukan oleh Shahrin lagi? Tak cukupkah dengan penghantaran ejen rahsia terbaik Malaysia, Adam Harish yang dia cadangkan?

“Aku nak kau arahkan Skuad Dragon Knight untuk membantu tentera dan polis Eurasia menangani kejadian yang sedang menimpa di Bandar Eurasia! Ingat! Aku nak kau pastikan mereka menutup mulut mereka di atas apa yang berlaku di Eurasia sekiranya!” arah Shahrin tegas kepada Hidayat. Lelaki tua itu terdiam seketika.

“Tapi tuan! Skuad tu kan pertahanan terbaik kita. Lagipun tuan pun tahu hanya keadaan yang begitu genting sahaja yang akan memaksa kita menggunakan skuad tu. Pada hemat saya, selkarang bukan masa yang sesuai tuan. Tuan macam tak tahu yang pelbagai teknologi berbahaya telah kita bangunkan secara rahsia ke atas skuad tu. Saya tak nak rahsia kita akan terbongkarn kepada penduduk Eurasia…”

“Buat sahaja apa yang aku suruh! Keadaan aku memang amat genting, buat masa ni . Kau tak akan faham... Ingat, tugas skuad tersebut ialah untuk menghalang penduduk Eurasia melarikan diri dari Bandar Eurasia! Suruh mereka bertahan selama mungkin sebelum Adam Harish…”

Perbualan mereka diganggu oleh penggilan telefon yang ditujukan kepada Perdana Menteri Shahrin. Shahrin mengangkat panggilan tersebut.

“Kau memang tak guna! Kau cuba hantarkan seorang budak mentah untuk selamatkan anak kau? Hahaha! Dia dah mati! Helikopernya telah ditembak oleh orang aku menggunakan bazooka! Hahaha! Aku berikan kau amaran, kalau kau cuba buat benda tu sekali lagi, aku akan akan bunuh anak kau dan dedahkan kepada dunia, konspirasi Perdanan Menteri Malaysia bersama pengganas. Hahaha!” teriak lelaki gila yang mendakwa dirinya Roh Albert Weskey di dalam talian telefon itu. Peluh deras mengalir dari membasahi pipi Shahrin.

“Kau dengar tak apa yang sedang berlaku? Orang terbaik kau dah mati dibunuh! Sekarang, nyawa anak perempuan aku pula berada di tangan aku! Kalau aku nakkan dia selamat… aku perlu menghalang penduduk Eurasia daripada keluar bandar itu… mereka harus ditukarkan kepada zombie nampaknya… Ya Allah! Dugaan apakah ini yang kau timpakan pada aku?" kata Shahrin sambil mengalirkan air mata. Dia jelas sedang menderita dengan kesalahan yang pernah dia lakukan dulu. Knspirasi yang dilakukannya untuk kebaikan penduduk Eurasia akhirnya memakan dirinya.

“Kalau macam tu, saya akan arahkan skuad yang tuan mahukan itu ke Eurasia sekarang juga. Saya faham perasaan tuan, perasaan bagaimana kehilangan anak kita sendiri… anak saya dulu, hilang juga macam anak tuan. Tapi, sekurang-kurangnya tuan masih berpeluang berjumpa dengan dia, tapi anak saya… dah lama mati! Saya tak nak tuan turut merasakan kembali apa yang saya rasakan!” tutur Hidayat, cuba menenangkan perasaan tuannya itu.
***

Di lapangan terbang lama Sungai Besi, 10 orang manusia dari skuad Dragon Knight 1 sedang berkumpul mendengar taklimat mengenai misi yang bakal mereka pikul. Nasib Bandar Eurasia berada di tangan mereka. Skuad Dragon Knight 2 dan Skuad Dragon Knight 3 telah lama berangkat. Tugas skuad tersebut lebih penting berbanding mereka, jadi tidak hairanlah sekiranya mereka berlepas agak lambat sedikit. Mereka ditugaskan untuk menghalang penduduk-penduduk Eurasia keluar dari bandar Eurasia melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Eurasia. Apa yang memibimbangkan ialah terjadi rusuhan besar-besaran di lapangan terbang nanti yang dipimpin oleh ketua parti pembangkang Malaysia.


Mereka agak lambat sedikit berbanding skuad yang lain juga kerana perlu dibahagikan tempat untuk berjaga. Bandar Eurasia terdapat 3 pintu masuk dan keluar. Perlabuhan Eurasia, Lebuh Raya Bawah Air Eurasia dan Lapangan Terbang Eurasia.Skuad Dragon Kngiht 1 telah ditugaskan di Lapangan Terbang Eurasia.


Muhammad Adam bin Zamdi dan Muhammad Redzuan bin Abdul Razak merupakan salah seorang daripada ahli Dragon Knight 1. Dua insan ini merupakan dua orang sahabat yang sangat rapat. Mereka berdua telah ditempatkan daripada salah seorang 10 ahli Dragon Knight 1 untuk membantu anggota tentera dan polis Eurasia menjaga pintu masuk Lapangan Terbang tersebut daripada dicerobohi.


“Muhamamd Adam bin Zamdi dan Muhammad Redzuan bin Abdul Razak?” panggil ketua mereka. Dua orang jejaka yang sedang kusyuk dilanda angan-angan itu menoleh ke arah ketua mereka denga sangat perlahan. Iwan sempat mengeluarkan earphone di telinganya lalu berlari anak-anak ke arah helikopter.


Helikopter yang membawa mereka telah berlepas dan sedang bergerak ke arah Eurasia dalam kelajuan yang maksimun mungkin. Di dalam helikopter itu, 10 orang ahli skuad Dragon Knight tidak mengetahui apa yang bakal mereka tempuhi di bandar yang bakal menjadi tanah perkuburan buat mereka.


“Zombie? Aku teringin sangat nak jumpa diorang, then aku akan bunuh diorang menggunakan senjata M-50 aku ni! Dalam poket aku ni, ada lebih kurang 500 butir peluru untuk aku hujani mereka! Nahaslah kalau mereka cuba cari gaduh dengan aku, diorang belum kenal siapa lagi Mejar Iwan!” kata Iwan bersemangat apabila salah seorang daripada mereka membangkitkan topik mengenai zombie yang baakl mereka jumpa di bandar Eurasia. Rakan-rakannya yang lain merenung Iwan, jejaka yang lengkap berpakaian baju kalis peluru dan seluar hitam, persis anggota SWAT, itu seolah-olah Iwan merupakan makhluk asing yang menumpang helikopter dengan mereka apabila dengan bangganya Iwan mengumumkan bahawa dia tidak akan gentar walau sedikit pun untuk berdepan dengan zombie.


“Iwan… Iwan… jangan cakap besarlah kawan. Kau belum tahu bagaimana hebatnya zombie tu. Setahu aku, kekuatan mereka umpama 9 ekor singa kelaparan.. orang katalah. Aku tak tahu,” nasihat Adam yang berada di sebelahnya. Iwan menoleh ke arah Adam, sahabat baiknya itu. Ada sesuatu yang membangkitkan perasaan curiga Iwan.


“Cara kau bercakap… macam yang kau pernah alaminya?” tegur Iwan. Adam lantas senyap. Air wajahnya lantas berubah seolah-olah seperti kenangan lama diimbas kembali. Iwan menyedari perbuahan air muka Adam.


“Adam? Ada apa yang kau cuba sembunyikan dari aku ke ni?” ujar Iwan melontarkan pertanyaan. Adam menggelengkan kepalanya pantas. Iwan kelihatan masih tidak puas hati dengan jawapan Adam. Ada rahsia yang cuba diselindungkan. Rakan-rakan Iwan yang lain kelihatan tidak berminat dengan topik perbualan Iwan dan Adam. Mereka lebih suka membuat hal masing-masing.

“Adam… kitakan sahabat! Tak pernah ada rahsia antara kita berdua! Adam, kalau tak keberatan, kau ceritakanlah padaku…” Iwan tidak dapat menghabiskan pujuk rayunya apbila dengan pantas Adam mencelah.

“Iwan… betul! Tak ada apa-apa yang aku sembunyikan. Cuma rasa tak sedap badan… itu aje,” pantas Adam mencelah. Adam tahu yang siapa dirinya yang sebenar, tidak perlulah untuk dia menceritakan hal ini kepada orang lain. Biarlah ianya menjadi rahsia peribadi.

Adam sebenarnya merupakan bekas bahan spesimen Umbrella Coperation. Ada virus yang mempunyai cirri-ciri persis T Virus mengalir di dalam darahnya. Dia langsung tidak ingat akan masa silamnya… namanya itu pun diberikan oleh seorang lelaki yang sudi mengambilnya sebagai anak angkat apabila dia ditemui di makmal Racoon City ketika usianya 16 tahun.

Memorinya hanya bermula ketika umurnya 16 tahun. Sejak hari itu dia menyedari dirinya mempunyai kuasa. Mata kirinya, mempunya pengelihatan yang sangat luar biasa, lebih dari manusia biasa. Dia mampu untuk melihat benda yang jauh, persis seperti seekor helang. Oleh kerana mata kirinya itulah yang membuatkannya dia direkruit oleh pihak atasan dan kerajaan untuk menyertai Dragon Knight ketika dia masih di dalam tentera. Ketika itulah, persahabatan dirinya dengan Iwan bertaut semula, rakan di universiti yang telah lama berpisah.

“Betul tak ada apa-apa?” tanya Iwan buat sekian kalinya, cuba mendapatkan kepastian dengan apa yang di dengarinya. Lamunan Adam tersentak, ditolehnya ke arah Iwan. Adam seperti biasa sekali lagi menyatakan perkara yang sama bahawa dia tidak apa-apa walhal mindanya sedang menyelak satu persatu diari lama hidupnya, namun selakannya terhenti di satu helaian yang agak kabur, yang dia sendiri pun tidak tahu apa yang pernah tertulis di helaian tersebut..

“Okey bersedia! Kami akan turunkan kamu semua di bahagian Lapangan Terbang Eurasia dalam masa terdekat. Ada ucapan terakhir yang ingin kamu semua sampaikan? Wakil sahaja!” kata ketua Skuad Dragon Knight 1, serius sambil menyelak senjatanya buat kali terakhir. Tanpa persedian rapi dan taklimat yang lebih padat, mereka terpaksa untuk mengalas misi ini. Pada hemat Adam, dia langsung tidak bersetuju dengan candangan menghalan penduduk Eurasia daripada keluar dari bandar Eurasia. Namun, apakan daya, itu merupakan arahan dari pihak atasan.

Adam membuka mulutnya. Semua mata ahli skuad Dragon Knight 1 menoleh ke arahnya.


“Kawan-kawan semua.. saya tak tahu sama ada selepas ini saya akan berjumpa dengan kamu semua lagi kerana misi yang terpaksa kita semua pikul ini adalah sehebat memerangi pengganas, mungkin lagi teruk… kita tahu bahawa kita terpaksa berperang dengan zombie! Mereka memang dasyat! Saya dimaklumkan bahawa kekuatan mereka umpama 9 ekor singa yang kelaparan. Untuk bertempur dengan zombie yang cuba menghalang tugas kita kali ini boleh diumpamakan seperti melawan tentera Soviet dalam jumlah yang terlalu ramai. Kawan-kawan yang mungkin akan hidup selepas misi ini, dan andaikan saya gugur nanti, kirimkan salam saya kepada keluarga saya! Katakan pada mereka bahawa roh saya akan sentiasa bersama mereka!” ucap Adam panjang lebar. Ucapannya diiringi oleh tepukan daripada rakannya-rakan. Jejak aitu kelihatan seperti sudah bersedia untuk turun.


I’m speechless…”kata Iwan pendek. Dia tergamam dengan apa yang terluah dari mulut Adam. Jejaka itu berubah begitu cepat, cara dia berkata-kata tadi seolah-olah seperti dia tahu apa yang bakal didepannya. “Saya pergi dulu!” kata Iwan yang mengekori Adam keluar dari helikopter.
Iwan tergamam sebaik sahaja dia keluar dari helikopter tersebut. Adam kelihatan sedang bertarung dengan ribuan manusia yang mengganas, dalam erti kata lain mereka telah berubah menjadi zombie. Iwan menoleh ke arah helikopter, menunggu rakan-rakannya yang lain.
“Iwan! Apa yang kau tunggu lagi kat situ tu? Mari tolong aku! Bantu anggota polis dan tentera di sini! Kita kena selamatkan orang awam yang belum dijangkiti lagi!” arah Adam. Iwan memerhatikan keadaan di sekeliling pintu masuk lapangan terbang Eurasia. Adam dan beberapa anggota polis Eurasia yang lengkap berseragam hitam sedang menghalang ratusan zombie yang cuba menceroboh masuk.


"Tapi helikopter kita! Kenapa mereka tinggalkan kita kat sini!" baals Iwan yang masih tergamam, tidak tahu apa yang dia harus lakukan otaknya seolah-olah telah berhenti berfungsi untuk berfikir. Dia masih tidak menyangka bahawa manusia-manusia yang telah bertukar menjadi zombie itu begitu dasyat perbuatan mereka. Jauh sekali bezanya daripada apa yang dilihatnya di kaca televisyen.


"Apa!?" balas Adam dalam nada terkejut ketika sedang sibuk mengisi peluru M-50 miliknya. Matanya dtiumpukan ke arah Iwan, cuba melihat di belakang Iwan kelibat helikopter Nuri.


"Kita dah terkena! Mereka cabut!" kata Iwan bengang. Dia lantas mengeluarkan M-50 yang diikat di belakang badannya. Tembakannya mula dilepaskan dari belakang zombie. Dia harus mempertahankan sahabatnya Adam. Kadangkala dia menggunakan senjatanya itu untuk memukul zombie. Bilangan mereka memang ammat banyak. Jalan raya di hadapan Lapangan Terbang Eurasia habis dipenuhi oleh banjiran zombie-zombie yang sedang dahagakan otak dan daging segar.

***
"Adam! Kita kena keluar dari tempat neraka macam ni! Kita kena cari ahli skuad Dragon Knight 2 dan 3. Kita kena minta bantuan mereka dan laporkan tentang ahli skuad Dragon Knight yang lain, tentang betapa pengecutnya mereka! Aku dah tak mampu untuk bertahan ni. Lagi pun dah banyak anggota polis yang terkorban!" kata Iwan termengah-mengah, kudratnya semakin berkurangan untuk bertempur. Pelurunya pula sudah semakin berkurangan!

"Aku tak setuju! Kita dah ditugaskan untuk mempertahankan lapangan terbang ni kan dari jatuh di tangan orang macam mereka! Lagipun, banyak manusia-manusia yang selamat dari virus tersebut sedang berlindung di lapangan terbang ni! Kitalah satu-satunya harapan mereka!" kata Adam smabil melepaskan tembakannya yang tak henti-henti dari tadi.

"Saya setuju dengan lelaki tu. Kita kena pertahankan tempat ni!" kata seorang gadis yang lengkap berpakaian uniform polis yang sedang bertarung tidak jauh dari pintu masuk lapangan terbang Eurasia. Dia bertarung dengan zombie-zombie yang sedang mengganas hanya berbekalkan Hand Gun buatan Belgium. "Saya tak kisah untuk mati di sini!" kata lelaki itu.

Adam dan Iwan memandang antara satu sama lain kemudia mengalihkan pandangan ke arah gadis polis tersebut. "Awak siapa?" tanya Iwan bingung, matanya memandang gadis polis itu sambil tangannya masih menembak zombie-zombie yang masih belum berganjak untuk memasuki Lapangan Terbang Eurasia lalu meratah nyawa-nyawa yang tidak berdosa .

"Inspektor Fera! Saya baru ditugaskan untuk membantu skuad Dragon Knight 1! Tak banyak anggota polis yang ada di sini! Mereka sedang pertahankan balai polis Eurasia! Antara tempat perlindungan orang awam yang masih bertahan! Jangan risau! Saya dengar anggota tentera Eurasia sedang dalam perjalanan ke sini!"

"Saya Adam! Itu Iwan, sahabat saya! Awak! Saya nak awak arahkan kepada semua anggota polis Eurasia yang berada di dalam lapangan terbang ini supaya bertahan dalam beberapa jam lagi terdekat sementara menunggu kehadiran bantuan! Mereka terdapat di pintu-pintu masuk lapangan terbang Eurasia yang lain!" arah Adam, sempat memperkenalkan dirinya.

"Macam mana dengan bahagian pintu masuk Lapangan Terbang Eurasia? Awak berdua mampu ke nak mempertahankan pintu masuk ni?" Fera sedikit ragu-ragu. "Lagipun polis yang seharusnya mempertahankan pintu masuk ni dah mati! Awak berdua..."

"Jangan pandang rendah pada kami, Fera! Kami ialah ahli Dragon Knight 1! Mejar Iwan dan Kapten Adam takkan selemah yang awak sangkakan!!" kata Iwan sedikit tinggi suaranya. Fera menganguk setuju. Dari amatannya tadi, Iwan dan Adam memang boleh diharap jika dilihat dari cara dua orang jejaka itu bertarung sebentar tadi, tiada satu pun tembakan yang tersasar terutama Adam. Segalanya tepat. Dia sedar dia punya tugas besar yang harus digalasnya.

3 kritikan:

Wow! said...

Bagus! Tak sabar nak tunggu kesudahannya!

El Sang Penulis said...

tenkiu, teruskan memberi sokongan!

Anonymous said...

wah!

bgus2. btul ker ni asil keje budak 16 thun?