Pembaca Setia !

Wednesday, December 9, 2009

Cerpen: Menanti Malaikat Izrail

Jejakku ketika melangkah penuh keberatan. Hatiku seolah dirundum awan mega yang berarak. Terasa seperti ada seuatu yang buruk bakal menjelma. Lapangan terbang antarabangsa Sepang (KLIA) menyambut kedatangan aku ke antara lapangan terbang paling canggih di dunia.
Mataku lantas mencari kelibat Azim. Tercegat jejaka berjambang nipis dan berambut ikal itu dihdapanku dengan tiba-tiba. Wajahnya yang kacak itu kelihatan seperti redup hujan, sugul sahaja. Entah penyakit apa yang menyarang di kepala sahabatku ini. Matanya termenung jauh meneroka imiginasinya.
“Azim! Kenapa termenung?” tanyaku, lantas tersentak lamunan jejaka berjambang nipis itu. Dengan perlahan, dia menolah ke arahku. Matanya merah seperti baru sahaja menangisi sesuatu. Apa yang sebenarnya terjadi padanya?
“Tak ada. Cuma tak cukup tidur sahaja,” begitu pantas mulut Azim menyusun bicara alasan. Aku melemparkan jelingan curiga ke arahnya. Tetapi, malangnya dia tidak menyedari, begitu pantas dia terjun kembali ke dalam dunia angannya tadi. Tidak mahu memanjangkan bicara atau masalah, aku lantas mengangkat beg baju aku dan Azim lalu pergi ke tempat penungguan pesawat mendarat.
“Mari Azim!” ajakku. Azim hanya sekadar mengangguk. Dia bangkit. Langkahnya seolah-olah seperti diletakkan pemberat di atas bahunya. Seharusnya, dia bergembira dengan peluang melancong ke Hawaii dengan percuma, tajaan Dato’ Trazo sempena kejayaan kami menyelamatkan dia lemas di Sungai Congkak.
Buk! Beg baju Azim dan aku dihempasnya ke atas kerusi empuk tempat menunggu pesawat. Tanpa kusedari, seorang gadis yang berambut hitam sehingga paras pinggang dan berkulit sawo matang sedang memerhatikan aku. Agaknya dia terkejut mungkin kerana kuat sangat bunyi beg itu dihempap.
Aku kemudian melabuhkan punggungku di sebelah gadis yang berpakaian persis seorang setiusaha itu. Badannya memang mempunyai ciri-ciri yang mampu membuat setiap lelaki melelehkan air liur, sangat mengiurkan.
“Hai, awak. Kuat sangatlah awak letak beg awak tadi,” tegur gadis di sebelah aku. Aku menoleh ke arahnya. Wah, jelmaan bidadari daripada mana pula ni? Dia menghulurkana tangannya yang selembut kapas itu. Aku membalasnya.
“Er, maaf…”
“Tak apa. Saya Zurina. Nak pergi ke Hawaii ke?” Zurina melontarkan pertanyaan.

"Ya. Saya Helmi dan ini kawan saya. Azim. Awak nak pergi Hawaii juga ke?”
“Ya. Temankan bos saya, Encik Fahmi! Urusan kerja,” kata Zurina sambil mengukirkan senyuman yang memang sangat menawan. “Ah, panjang umur! Itu pun bos saya. Encik, sini!” kata Zurina sambil melambaikan tangannya ke arah jejaka tegap berkot hitam dan berambut kerinting sambil lengkap bercermin mata yang sedang berjalan itu. Lelaki itu hanya mengukirkan senyuman sambil melambaikan tangannya, malas untuk bersuara.
***
“Mama! Kalau pesawat terbang keluarkan api ke?” tanya seorang budak lelaki kecil berumur dalam lingkungan 6 tahun kepada ibunya, Puan Miera.
“Tak sayang. Kenapa sayang tanya mama soalan macam tu?” ibunya melontarkan soalan pula untuk anaknya yang bernama Faez itu.
“Habis tu apa, mama?” tanya Faez sambil menundingkan jarinya ke arah sayap kanan pesawat Aloha Airlines 7001 itu. Ibunya terkejut. Anaknya itu tidak menipu langsung dengan apa yang dilihat. Hal ini mesti dilaporkan segera.
“Pramugari! Ke sini sekejap!” panggil Miera. Seorang pramugari yang sedang menolak troli makanan bergegas ke arah tempat di mana Miera sedang duduk.
“Cik…”
“Cik Ain…”
“Tadi saya dan anak saya ada ternampak bahagian sayap kanan pesawat ini mengeluarkan api atau cahaya merah!” kata Puan Miera bersungguh-sungguh. Kelihatan Ain kurang mempercayai apa yang dikatakan oleh Miera itu lalu memanggil rakannya Fasha.
“Ada apa-apa ke yang berlaku?” Fasha melontarkan pertanyaan.
“Ya! Tadi Puan Miera mengatakan yang dia ada ternampak kelibat cahaya seperti api sedang berlegar-legar di sayap kanan pesawat kita ini,” kata Ain kepada Fasha menceritakan kembali apa yang dilihat oleh Miera tadi dengan lebih terperinci.
“Kalau macam tu Ain, biar Sha sendiri yang pergi tengok apa yang berlaku. Puan Miera boleh keluar dahulu untuk memudahkan kerja saya?” ujar Fasha sambil dengan sopan santun masuk ke tempat duduk penumpang selepas Miera keluar memberikan ruang.
“Saya tak nampak apa-apa pun!” kata Fasha sambil menoleh ke arah Ain dan Miera. Raut wajah Miera lantas bertukar menjadi merah padam. Saling tak tumpah dengan uniform yang dipakai oleh Ain dan Fasha.
“Mana boleh jadi macam ni! Saya nampak benda tu!” teriak Miera menarik perhatian kru-kru penerbangan Aloha Airlines 7001. Seorang jejaka bermisai, berambut gaya ala penyanyi Hong Kong dan agak kacak sedang menghampiri mereka. Pakaiannya persis seorang pramugara.
“Ada apa yang berlaku ke?” tanya jejaka itu. Rambutnay di selak ke belakang.
“Puan Miera tadi… dia kata dia ada ternampak cahaya sakan-akan api di sayap kanan pesawat kita. Tapi, cahaya itu tiba-tiba aje lesap, Shahma!” tutur Ain. Fasha mengangguk bersungguh.
“Macam nilah Puan. Biar saya sendiri yang pergi ke kopkit untuk melaporkan hal ini kepada Ketua Penerbangan kita pada hari ini, Kapten Adam Zamdi. Mungkin dia lebih tahu tentang semua ini,” kata Shahma menenangkan Miera. Keadaan Miera kembali tenang. Shahma kemudian melangkah penuh bergaya ke arah kopkit. Shahma, siapa tak kenal, bekas model yang kemudian menukar professionnya setelah berjaya membawa pulang ijazah dalam bidang ini.
“Assalamualaikum Kapten Adam, Kapten Zul dan Kapten Haireel. Saya ada laporan untuk dilaporkan pada awak!” kata Shahma acuh tidak acuh, tidak ambil serius sangat apa yang dikatakan oleh Miera.
“Apa yang berlaku?” tanya Kapten Adam sambil masih kusyuk mengemudi pesawat tersebut.
“Adam. Aku nak pergi ambil kopilah. Haus pula!” kata Kapten Haireel sambik menggosokkan hidungnya. Haireel merupakan pembantu pesawat tersebut. Adam menunjukkan isayarat ibu jarinya sebagai tanda tidak kisah.
“Miera, salah seorang penumpang pesawat ini melaporkan yang dia ada ternampak cahaya yang berbentuk seperti api di bahagian pesawat kanan!” Shahma memulakan bicaranya, mengatur kata-kata.
“Itu? Tak pernah aku dengar pekara sedemikian sepanjang aku berkhidmat dalam bidang Jururterbang ni,” kata Zul yang meyampuk perbualan Adam. Dia menoleh ke arah Shahma kemudian, untuk mendapatkan kepastian.
“Pedulikan semua itu. Mungkin halunisasi perempuan tu agaknya. Tak perlu nak ambil serius. Lagipun, tak ada tertulis tentang perkara ni dalam mana-mana buku penerbangan mengenai cahaya api di sayap pesawat perlu diambil serius,” kata Kapten Adam memintas kata-kata Zul.
Pintu kopkit terbuka dan Haireel sedang menggengam secawan kopi panas. Dalam masa yang sama pesawat tersebut bergegar melanggar awan! Habis kopi panas tersebut tertumpah mengenai baju seragam Haireel. Apa lagi, Shahma, Adam dan Zul mentertawakannya terbahak-bahak.
“Kau orang ni. Memang tak boleh dibuat kawan…” tutur Hairel bengang apabila menjadi bahan jenaka rakan-rakannya.
“Maaflah kawan. Kami bergurau sahaja tadi!” pujuk Zul sambil mengaktifkan pemanduan automotik. Haireel memuncungkan mulutnya lalu memalingkan wajah. Adam mengangkat bahunya sebanyak dua kali. “Adam, aku nak pergi ambil kopi juga!”
“Ambilkan kopi untuk aku juga!” kata Adam. Zul mengenyitkan matanya. Adam memahami isayarat yang diberikan oleh Zul. Shahma mengusul dari belakang sambil memegang perutnya.
“Haireel. Aku rasa aku dah jatuh cinta…” Adam tiba-tiba memulakan bicara. Topik kali ini sangat menarik bagi Haireel. Perasaan rajuknya tidak lagi dapat membendung perasaan ingin tahu yang sedang neronta-ronta.
“Er... dengan siapa?” tanya Haireel ingin mengambil kepastian. Raut wajahnya dikerutkan.
“Ain. Kau rasa dia suka kat aku tak?” tanya Adam ingin mendapatkan kepastian dari rakannya itu. “Wajah dia tu cantik. Matanya bundar, lesung pipitnya menawan, dagunya runcing dan senyuman tak macam aku, bak lagu Rahmat Ekamatra, gagak drimba manalah padan dengan Merak Kayangan…”
“Aku rasa kau ni angaulah Adam! Jangan nak angan-angan lagi dah! Fokus kepada kerja kau! Kerja kau ialah memandu kapal terbang bukan mengurat anak dara orang!” sindir Haireel sambil menyelak rambutnya yang hampir menutup mata.
“Kau ni… orang nak minta nasihat, memerli kita pula!” kata Adam sambil melemparkan jelingan yang seakan-akan membawa isyarat amaran. Haireel tersenyum bodoh. Puas hatinya dapat mengenakan sahabatnya pada hari itu.

***
“Apa pendapat Sha tentang Adam?” tanya Ain tiba-tiba. Air yang diminum oleh Fasha tersedak keluar lalu mengotori kabin tempat pramugari pesawat itu berehat dan tidur itu.
“Maaflah tapi… Ain, ulang balik apa yang kau katakan tadi. Ain harap aku tak salah dengar!” kata Fasha sambil membersihkan skritnya dengan tisu. Walau matanya difokuskan ke arah tempat kotoran, namun telinganya sudah dipasang sepeka mungkin untuk mendengar pengakuan cinta rakannya itu.
“Kau rasa Adam tu lelaki yang jenis macam mana?” tanya Ain sekali lagi, langsung tidak menoleh ke arah Fasha semasa berbicara.
“Adam… lelaki tu merupakan jejaka yang boleh tahan kacaknya, baik dan lurus bendul sikit. Yang paling penting sekali buat Adam ni... dia sangat pemalu dengan wanita!” Fasha memberikan pendapatnya tentang Adam dengan lebih terperinci. “Tapi , sayang yang dia bukan lelaki idaman aku… eh, jangan kata yang kau… Oh my god! Betul ke apa yang aku dengar ni? ”
Detik itu, Ain masih mengingatinya bagaimana ketika dia masih belajar lagi di akademi penerbangan dahulu, ketika dalam perjalanan balik ke rumah, dia telah tersempak dengan sekumpulan lelaki yang mahu merogolnya. Ketika itulah Adam muncul. Seperti hero filem Hindustan Adam bertarung. Akhirnya, Adam memenangi pertarungan itu dan kepala Adam cedera teruk dibelasah. Ketika itu njuga, Adam rebah dalam pangkuannya…
Ain mengangguk. Fasha menjerit teruja dan… bunyi tapak kaki orang berlari. Zul! Dia mendengar perbualan Fasha dan Ain. Ain mengetahuinya, tetapi apakan daya yang Zul sudah jauh dari tempatnya. Mukanya Ain lantas bertukar merah.
“Betul Adam, Haireel! Aku sendiri yang dengar apa diorang kata tadi!” bilang Zul. Adam dan Haireel terlopong mendengarnya. Mata Adam berpinar. Seolah-olah seperto dicurahkan sesuatu.
Tiba-tiba….
***
“Bunyi apa tu?” tanya Fahmi yang baru sahaja tersentak dari tidurnya.
“Apa yang berlaku ni?”
“Atap pesawat tercabut! Seseorang! Laporkan pada juruterbang sekarang juga!” jeritku memberi amaran. “Jangan seseorang cabut tali pinggang keselamatan kalau kamu semua tidak mahu disedut keluar!”
“Betul cakap encik yang duduk di sana! Semua penumpang pasangkan tali pinggang keselamatan anda sekarang. Angin di luar sana semakin kuat! Kalau masih sayangkan nyawa anda, ikut apa yang saya suruh,” kata Shahma tiba-tiba yang muncul dari belakang, tangannya kuat memegang setiap tempat duduk di pesawat tersebut.
“Encik! Saya rasa kita seharusnya melaporkan perkara ini kepada juruterbang!” aku melontarkan pandangan. Bagiku, sebagai nadi utama pesawat ini, juruterbang seharusnya diberitahu mengenai hal ini.
“Saya rasa agak sukar memandangkan keadaan angin yang sangat kuat! Seseorang…”
“Arghhh!” Adam menjerit dari kopkit pesawat. Reaksi terkejut terpancar di setiap wajah penumpang Aloha Airlines 7001.
Shahma tergamam sebentar. Seorang gadis tiba-tiba berlari melintasi mereka. Tidak sedikitpun dia tergugat dengan sedutan angin yang datang dari lubang di atap pesawat.
“Ain?” Shahma berbisik. Dia kagum. Gadis itu seolah-olah mendapat sebuah kekuatan yang amat luar biasa sebaik sahaja suara Adam menjerit kesakitan kedengaran dari kopkit. Cinta Ain untuk Adam memang terlalu kuat sehingga gadis itu sanggup memperjudikan nyawanya demi jejaka itu.
“Saya dah cakap… mesti semua ini ada kaitan dengan cahaya api yang saya…” kedengaran suara Miera membebel dalam kegawatan masa itu. Shahma menangkap bebelan tersebut. Telinganya bertukar merah. Dia terasa tempias kata-kata Puan Miera tadi.
“Shahma! Awak nampak Ain tak? Tadi tiba-tiba jer dia lari macam kena kejar pontianak!” pekik Fasha dari jauh. Angin begitu kuat dalam pesawat. Fasha tidak dapat bergerak bebas untuk berkomunikasi dengan rakan setugas. Dia sedang berpaut pada tempat pemegang. Shahma kini hanya mampu melentang di lantai sambil memegang kuat tangan Fahmi. Kudratnya tidak mampu untuk menahan sedutan angin yang maha dasyat dalam pesawat tersebut.
“Dia tadi berlari ke kopkit pesawat! Tak Sha! Jangan datang ke sini! Bahaya!” balas Shahma juga dalam nada suara yang tinggi, memekik. Fasha tidak mengedahkannya lalu berlari seperti Ain. Rambutnya yang panjang sehingga paras pinggang berhuyun-hayang ditiup angin.
Namun, nasib Fasha tidak sebaik Ain. Dia tergelincir ketika berlari, tersadung kaki Shahma. Kudratnya hilang sekejap dan sang angin yang sedang rakus bermain dalam pesawat itu kemudian telah menarik Fasha keluar dari pesawat untuk bertarung dengan maut di luar pesawat. Dia tidak sempat berbuat apa-apa ketika tubuhnya melayang…
“Fasha!” jerit Shahma.
“Terima kasih awak!” ucap Fasha kepadaku. Aku tergamam sebentar, tanganku sedang memegang erat lengan gadis itu, wajahku dan Fasha sedang bertentangan. Lembutnya tangan gadis ni, rezeki aku mungkin…
“Jangan lepaskan tangan saya awak…” pinta Fasha separuh merayu. Dia tidak mahu mati dalam usia semuda itu. Kehidupan ini belum dinikmati sepenuhnya.Impiannya untuk memiliki anak pasti akan ranap did alam pesawat itu sekiranya dia mati.

“Tidak akan pernah…” tutur Helmi perlahan, separuh berbisik.

“Helmi. Aku rasa dah tiba masa aku!” kata Azim, mencelah adegan romantis antara aku dan Fasha yang baru bermula itu. Aku menoleh perlahan ke arah Azim tanpa melepaskan sedikit pun genggaman tanganku. “Keadaan kita sekarang saling tak tumpah macam sedang menanti Malaikat Izrail. Boleh jadi selepas ini kita mungkin akan mati! "

"Kenapa kau cakap macam kau dah hilang semangat untuk hidup?" tanya Helmi disebelahnya.

"Helmi, tunang aku, Zulaikha… dia curang dengan lelaki lain kat belakang aku. Semalam, aku tersempak dia berkepit dengan orang putih kat Bukit Bintang. Yang sangat menyakitkan aku, dia langsung tidak tegur aku malah berlagak seeprti tidak pernah mengenali aku. Aku tertanya… kalaulah aku mati dalam nahas pesawat ni, adakah dia akan sedar betapa aku sayangkan dia?” tutur Azim sambil menoleh ke arahku. Aku mula menyedari yang Azim baru sahaja menunjukkan tanda-tanda bahawa dia mahu membunuh diri.
“Azim! Astaghfirullahalazim! Kau sedar tak apa yang kau katakan ni? Bawa mengucap kawan, ingat-ingatlah kat Allah! Berdosa besar bunuh diri…”
Namun, kulihat Azim seperti tidak ambil pusing apa yang aku katakana. Hatinya mungkin sudah terlalu rapuh, remuk dan hancur kerana Zulaikha. Mungkin di kotak fikiranbya ketika ini hanyalah perkataan mati dan Zulaikha sahaja.Perkara dos adan pahala mungkin sudah tidak ada dlama kamus hidupnya lagi.

“Helmi! Katakanlah pada keluargaku dan terutamanya Zu bahawa aku masih menyayanginya. Andai seribu kali mati pun aku sanggup untuk menyedarkan dia betapa tingginya kasih sayang aku. Selamat tinggal..” kata Azim lalu mencabut tali pinggang keselamatan. Jasadnya melayang disedut keluar dari pesawat itu. Shahma menumbuk lantai kecewa. Fasha menekup wajahnya dengan tangan kirinya yang tidak dipegang erat oleh aku.
“Azim…”
“Saya simpati…” kata-kata Zurina yang sedang duduk di belakang aku terhenti apabila nama Adam dijeritkan oleh Ain. Baru kali ini gadis itu bersuara. Kednegaran sedikit serak.

“Adam? Ain jeritkan nama Adam? Jangan-jangan suara tadi yang menjerit itu milikKapten...” tutur Zurina perlahan. Shahma memandang Zurina.
“Itu memang suara Kapten Muhammad Adam bin Zamdi. Kamu kenal dia ke?” tanya Shahma. Zurina mengambil masa beberapa saat untuk menyedari apa yang berlaku lalu mengangguk. Sekali lagi perbuatan gila dilakukan di dalam pesawat Aloha Airlines itu. Zurina lantas membuka tali pinggang kaledarnya lalu berlari ke kopkit.
Seperti Ain, dia tidak menghadapi masalah untuk berlari ke kopkit. Kuasa apakah yang kali ini memandu Zurina? Kuasa cintakah? Cinta? Adam, lelaki itu memang bertuah. Cintanya direbut oleh dua orang gadis jelita, yang sanggup mengorbankan nyawa mereka sendiri.
“Siapa Adam untuk Zurina?” tanyaku cuba mengorek rahsia.Fahmi senyap sebentar. Maing-masing yang berada di sekelilingnya menumpukan sepenuh perhatian kepada Fahmi.

“Adam ialah bekas tunang Zurina. Mereka berpisah atas alasan sudah tidak sehaluan lagi. Adam dan Zurina membawa haluan mereka lagi, tapi… Zurina masih menyayangi Adam lagi. Memang kuasa Allah, nahas pada hari ini telah mempertemukan mereka semua.
“Cinta itu kuasa…” kata Shahma, mentuturkan kata puitis yang bisa mencengkam jiwa. Fahmi menjengukkan kepalanya melihat Shahma. Mamat ni, jiwang juga...

Sementera itu di kopkit, Ain dikejutkan dengan pintu kopkit yang terbuka dengan tiba-tiba. Hati Zurina luluh apabila melihat Ain sedang memangku Adam di ribanya. Adam masih sedarkan diri Kaca sedang menikam kaki dan tangannya. Tangan Adam pula sedang memegang pipi Ain.
“Adam…” tutur Zurina perlahan sambil menundukkan wajahnya. Jjeaka dihadapannya itu pernah berkongsi rasa dengan dirinya dahulu. Dia kenal benar, Adam bukan lelaki yang senang menyerah kalah.

“Zurina… awak pun ada kat sini. Lama…” Adam terbatuk-batuk. Ain melemparkanjelingan supaya Adam tidak banyak bercakap.
“Ain! Memandangkan Adam cedera parah dan Zul dah tidak bermaya kat sebelah aku, aku nak kau jadi juruterbang kedua menggantikan Zul. Adam dan aku akan memberikan arahan kepada kau bagaimana nak mengendalikan pesawat ini. Pemanduan automatik ni tidak akan mampu bertahan terutamanya ketika operasi mendaratkan pesawat. Lagipun, kau pun tahu serba sedikit mengenai pemanduan pesawat, bukan?” Ain menganggukkan kepalanya.
“Biar saya yang jaga Adam. Awak boleh ambil alih tugas tu!” Zurina menawarkan dirinya.
“Ain…” lemah suara Adam kedengaran. “Saya cintakan awak!” kata Adam menggunakan sisa tenaga terakhir. “Aku nak ‘tidur’ sebentar…” Adam memejamkan matanya perlahan-lahan. Riak wajah Zurina sedikit terkilan namun dia harus menerima hakikat bahawa cinta Adam bukan untuk dirinya lagi tetapi telah tersemadi untuk gadis pemilik kepada nama Ain. Baginya, cinta tidak bermakna kita harus memiliki, sekadar melihat orang yang dicinta bahagia.Itulah erti cinta buat dirinya, sebuah pengorbanan.

“Tidurlah awak…” tutur Zurina perlahan sambil mengusap rambut Adam. Jejaka itu lena dalam pangkuan Zurina.
“Dah bersedia, Ain?” tanya Haireel.
“Ya, Kapten Haireel!” balas Ain bersemangat sambil mengangguk.
“Hello lapangan terbang yang berdekatan! Pesawat Aloha Airlines 7001 di sini, berada di atas kordinat 130 longgitiud timur dan 124 latidud utara, ingin mencari lapangan terbang terdekat untuk melakukan pendaratan kecemasan. Kami juga mahukan sebuah ambulans bagi membawa seorang mangsa yang cedera parah. 2 orang penumpang pesawat ini untuk pengetahuan kamu telah mati. Over,” kata Haireel menggunakan radio penghubungan.
Beberapa saat kemudian kedengaran balasan daripada lapangan terbang yang terdekat.
“Ya! Lapangan terbang yang terdekat ialah di Lapangan Terbang Bali yang hanya beberapa batu sahaja dari tempat lokasi pesawat kamu. Sila nyatakan kerosakkan yang dialami oleh pesawat saudara! Kmeungkinan kami boleh membantu nanti,” balas suara tersebut yang merupakan pekerja menara komunikasi Lapangan Terbang Bali.
“Hampir separuh dari atap pesawat kami tercabut. Sayap kanan pula rosak teruk. Kipas pula sudah berhenti berpusing!” balas Haireel. Ain hanya mendengarkannya.Dia tidak tahu bagaimana untuk berurusan melalui radio dengan pihak kawalan dari lapangan terbang yang terdekat.

“Terima kasih kerana memberi kerjasama!” balas suara itu lagi.Haireel menarik nafas lega.

“Zurina! Pergi ke kabin dan katakan yang pesawat kita akan melakukan pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Bali!” arah Haireel."Suruh mereka cekalkan semangat! Kami akan berusaha untuk menyelamatkan 180 nyawa dalam pesawat ini."

“Tapi, Adam macam mana?” Zurina menyoal.

“Biarkan saya, Rin. Pergilah buat apa yang disuruh oleh Haireel. Nyawa mereka semua lebih berharga daripada saya!” kata Adam tiba-tiba, menggunakan sisa tenaga terakhirnya. Zurina mengangguk setuju lalu keluar. Adam, dia kenal bahawa Adam jenis yang keras kepala. Tak guna untuk bertekak dengan dalam situasi yang menimpa jejaka itu.

***
“Kawan-kawan semua di dalam pesawat ini! Pesawat kita akan mendarat tidak lama lagi! Diharapkan anda semua sudah memakai tali pinggang keselamatan dan topeng pernafasan yang disediakan!” kata Zurina. Gayanya persis pramugari yang berpengalaman.

Sementara itu di kopkit, mereka telah bersedia. Haireel dan Ain bakal memainkan peranan sebagai superhero yang menyelamatkan 180 nyawa dalam pesawat tersebut. Impian zaman kanak-kanak Haireel kini seolah-olah sudah menjadi kenyataan. Kini dialah ‘superman’ yang diharapkan, dialah ‘spiderman’ yang diimpikan.
“Argghhhh!” teriak Haireel cuba mengawal pesawat itu. Peluh jantannya mengalir deras. Pesawat tersebut ternyata amat sukar untuk dikawal.Malah amat sukar bagi pendatang baru seperti Ain untuk mengimbangkannya memandang sayap kanan yang sudah tidak berfungsi.
Di kabin pesawat, tangan lembut Fasha mengenggam erat tanganku. Hatiku ku panjatkan tinggi pada Allah. Shahma kelihatan sedang memenjamkan matanya. Mulut Fahmi pula terkumat-kamit membaca sesuatu. Faez sedang erat memeluk ibunya.
“Jangan risau Sha,” bisikku kepada Fasha. Gadis itu mengukirkan senyuman. Aku disebelahnya menjadi azimat yang menaikkan semangat gadis itu untuk terus hidup.

***
“Ya Allah! Alhamdulillah! Terima kasih kerana selamatkan kami!” Haireel sujud syukur dalam kopkit pesawat itu. Ain turun dari kerusi pemanduan lalu memeluk erat Adam yang cedera. Adam mengukirkan senyuman sambil sempat mengeyitkan matanya ke arah Haireel. Haireel membalas dengan jelingan cemburu. Bagi Adam, ada himat di sebalik nahas pesawat ini.
Fasha pula dengan spontan memelukku. Aku kesima dengan perbuatan Fasha itu. Mungkin itu adalah ‘hadiah’ Fasha untukku kerana telah berjaya menjadi hero dalam hidupnya. Banyak perkara yang berubah sejak peristiwa nahas yang dikatakan berpunca dari asap gunung berapi yang telah melonggarkan skru pesawat tersebut.
Zulaikha pula telah disahkan menghidapi penyakit mental setelah berita mengenai kematian Azim hinggap di telinganya. Dia menyesal kerana perkara terakhir yang dilakukan olehnya kepada Azim ialah menghancurkan hati jejaka itu. Zul pula akan dikenangkan sebagai salah satu daripada wira yang telah bertungkus-lumus mengawal pesawat tersebut daripada terhempas. Hari ini, sebut sahajalah nahas ini, ia akan tersemat dalam hati setiap orang yang pernah menjadi penumpang pesawat Aloha Airlines 7001.


2 kritikan:

thereader said...

bgus larh cerpen ni.

suke watak adam!

sha said...

hehehehe..el..kalau aku ckp sesuatu leh x..huhuhu....citer ko yg ni...blh la...tp x best mcm citer fantasi ko..aku rasa kn..ko lbh brbakt tulis citer yg melibatkn dunia fantasi or thriller...huhuhu...sbb aku nmpk bakat ko 2 ke arah situ...hehehe...jagan marah ek bro..aku just bg pndpt aku jek..hehehehehe...anyway satu aku betul2 bangga ng ko..ayat yg ko guna utk terangkn sesuatu..mmg best...