Pembaca Setia !

Saturday, December 12, 2009

E-Cerpen: Everest Ku Nanti Puncakmu

   “Jadi kamu mahu menjadi orang pertama yang melintasi 2 puncak Everest dari arah Selatan dan turun di belah barat?” tanya seorang lelaki kacak yang berbadan sasa, berjambang nipis, dan berambut kusut itu kepada dua orang anak muda lingkungan umur 17 tahun. Lelaki itu ialah pemandu kepada pendaki-pendaki yang mahu mendaki gunung Everest.


   “Ya! Sebab itulah kami datang untuk menagih kehebatan tuan. Siapa yang tak kenal legenda everest. Walaupun kamu bukan datang dari sini, tetapi kamu seolah-olah sudah menjadi sahabat sejati dengan puncak tertinggi dunia itu! Kamu ialah legenda!” kata seorang lelaki muda yang berwajah keanak-anakkan dan berambut perang.


   “Apa buktinya? Itu hanyalah cakap-cakap orang!” balas lelaki tersebut acuh tak acuh. Masih tidak mendonggakkan kepala merenung dua orang anak muda yang mahu menempah sendiri keranda mereka. Mereka ingat Everest itu serupa dengan gunung-gunung lain di dunia? Bermimpilah...


    “Kami takkan berani buat semua ini kalau kami tak selidiki siapa tuan sebenar!” balas seorang lelaki korea yang wajanya sangat kacak. Lesung pipitnya menambahkan lagi seri di wajahnya.


     “Lihat gambar ini. Ini gambar yang ditangkap oleh jurugambar terhebat di dunia, Eric Blackhawk. Gambar tuan sedang menggendong seorang pendaki cacat turun dari puncak hingga ke Kem Pendaki ini!” kata lelaki sebelah lelaki korea itu pula. Ezra tersenyum puas.


     “Hey Azim, Park! Saya dah jumpa keratan akhbar tu!” kata satu suara lunak di belakang mereka. Masuk seorang gadis cina yang berambut sehingga paras pinggang, badannya dibaluti oleh baju sejuk yang sangat tebal.


    “Bagus! Di tangan Mei ada keratan akhbar mengenai Nostalgia Khulumbu Ice Fall!” kata Azim sambil memegang rapat keratan akhbar tersebut, lalu mengipas-ngipas wajah. Raut wajah lelaki sasa itu tidak dapat dibaca.


    “Kisah mengenai 7 pelajar Malaysia yang mahu mendaki Everest dari arah selatan dan turun di arah barat seperti kami yang mati satu persatu. Hanya tuan sahaja yang selamat dari kemalangan itu walau pendakian tersebut tidak dapat ditamatkan. Jadi, atas sebab itu, kami memerlukan orang yang pernah merasai pengalaman ini. Hanya tuan sahaja yang kami boleh harap, Nur Ezra! Hamizan” kata Park sambil tersenyum lebar. Bukti yang dituntut oleh Ezra sudah berjaya dipenuhkannya jua. Everest, ku nanti puncakmu.


   “Aku menolak!” kata Ezra tiba-tiba lalu bangkit dan keluar dari khemah miliknya. Dia mahu menghirup udara segar. Sejarah hitam yang telah dicampaknya jauh dari mindanya kini datang kembali melayang, diulit oleh budak-budak yang masih belum kenal asal-usul dan betapa persetannya Sang Everest yang masih belum kenal apa itu erti kemanusiaan. Walaupun usianya kini sudah mencecah jutaan tahun. Siapa yang lemah, tanpa belas kasihan diragut nyawanya.

   Itulah Everest, bukan calang-ciptaan ciptaan tuhan. Hanya yang kuat semangat dan tekad sahaja mampu menawannya. Banyak juga yang sudah terkorban, ditelan zaman.


   “Kita ikut dia keluar! Jangan putus asa!” kata Azim kepada Park. Park mengangguk. Mei mengekori dari belakang. Namun, mereka terkesima apabila sandiwara dunia yang lain sedang dimainkan dihadapannya. Darah mereka menyirap ke otak apabila Ezra sedang berpeluk dengan Nyna, sahabat mereka.


  “Trish! Syukurlah kepada Allah! Trish masih hidup. Abang yakin yang Trish masih hidup! Siang malam abang berdoa pada Allah agar kembalikan Trish abang,” kata Ezra lalu memeluk erat Nyna yang disangkakan Trish. Dalam hatinya pertemuan itu saling tak tumpah seperti pertemuan antara Adam dan Hawa yang terpaksa berpisah selama beratus-ratus tahun. Namun atas cinta yang kukuh, akhirnya mereka berjaya juga bertaut kasih kembali. Kini gilirannya pula untuk merasakan nikmat bagaimana kasih yang hilang bertaut semula!


   Nyna langsung tidak berbuat apa-apa. Dibiarkan sahaja jejaka kacak dihadapannya itu memeluknya. Dia tergamam. Wajahnya kosong. Otaknya buntu. Aku bukan Trish kau! Aku Nur Nyna Aria. Memang itu yang mahu dituturkan oleh Nyna namun hatinya seolah-olah telah menyekat suaranya yang mahu keluar. Apa terlalu kuatkah cinta lelaki itu pada Trish sehingga hatinya mampu tunduk sekuat itukah? Cinta… Cintanya hanya pada Adam. Adam ialah teman lelakinya, tetapi cinta jejaka di hadapannya itu telah berjaya mengungkit pertanyaan sedemikian rupa.


    Ezra meleraikan pelukannya. Namun, tangannya masih diletakkan ke atas bahu Nyna.

   “Trish tahu tak? Sejak Nostalgia Khulumbu Ice Fall itu berlaku, Abang Ez tak pernah lupakan Trish. Bahkan, abang memang tahu yang Trish masih hidup memandangkan mereka tak temui jasad Trish. Kerana Trishlah, Abang sanggup tunggu di sini untuk mencari Trish. Hari ini, tak perlu susah-susah abang memperjudikan nyawa dan jasad abang. Trish pula yang hadir.”


   Tiba-tiba satu tumbukkan hinggap di pipi Ezra. Jejaka itu terjatuh. Mulutnya berdarah. Dia mengesatkan darah tersebut. Dia mahu mencari manusia tak guna manakah yang berani menumbuknya. Persetan orang yang mahu rosakkan saat paling manis dalam detik hidupnya. Akan dicincangkan orang itu sehingga menjadi cebisan yang kecil.


   Dia bangkit. Hatinya remuk lagi hancur apabila ‘Trish’nya dipeluk oleh seseorang lelaki. Malah, ‘Trish’nya juga memeluk lelaki itu. Apa salah abang pada Trish? Katakanlah yang kasih Trish sudah beralih arah. Apa tidak cukupkah kesetian abang pada Trish selama ini. Apakah tidak cukup bergelen air mata yang abang tumpahkan untuk menangisi pemergian Trish? Apakah Trish sampai hati untuk melihat air mata abang mengalir lagi demi rasa sayang abang pada puteri dan bunga yang telah abang petik. Apa lelaki itu telah lakukan sampai Trish sanggup berpaling padanya? Besar sangatkah cintanya? Abang yakin yang dia tidak akan sanggup menunggu Trish seperti abang… seperti abang… Trish…


   Lelaki yang memeluk Nyna tadi kemudian datang kepada Ezra untuk membelasah lelaki itu. Dihayunkan tangannya ke arah Ezra namun tumbukannya kali ini sangat senang dipatahkan oleh Ezra. Dengan satu hayunan sahaja, lelaki itu jatuh terperosok tidak sedarkan diri. Ezra tidak mempedulikan lelaki itu sebaliknya berjalan ke arah Nyna lalu mencapai tangan lembut gadis berambut pada paras bahu, bewarna kulit kuning langsat.


“Trish! Siapa lelaki itu?” tanya Ezra. Jawapan yang diharapkan oleh Ezra dibalas dengan tamparan wanita. Ezra tergamam. Dunia seolah-olah berpinar. Bukan kerana kesan tamparan itu sangat kuat pada wajahnya, tetapi apa yang dilakukan oleh Trish itu seolah-olah menggergajikan hati ini. Tak pernah ada gadis atau wanita yang berani menamparnya… tapi Trish… dia dah berubah!


“Eh! Awak! Saya bukan Trish! Saya ialah Nyna. N. Y. N. A.! Pergi jahanam dengan Trish kau tu. Faham tak?” Nyna kelihatan hilang sabar apabila teman lelakinya diperlakukan seperti anak patung oleh Ezra. Ezra terpaku tidak percaya.


   “Adam! Adam tak apa-apa ke?” tanya Nyna sambil meriba kekasih hatinya itu. Adam membuka matanya perlahan-lahan. Rambutnya dipenuhi kepulan salji. Darahnya dengan perlahan dikesat oleh Nyna. Adam menggelengkan kepalanya sebagai jawapan kepada pertanyaan Nyna.


   Ezra terduduk. Gadis itu bukan buah hati kau. Kau harus terima hakikat yang buah hati kau Nur Trisha Adriana sudah tiada. Everest sendiri yang menjadi saksi. Tidak! Kalau begitu kenapa, hatiku begitu kuat meronta mengatakan bahawa Trish masih hidup! Kenapa!?


   “Ezra!” suara Azim memecahkan imaginasi Ezra. Di tolehnya ke arah Azim yang sedang memegang bahunya. “Sudahlah… yang lepas biarkan lepas. Jangan dikenang, nanti menambah lara di hati kita!” nasihat Azim sambil mengukirkan senyuman menawannya.


    “Siapa yang beritahu maklumat pasal aku?” tanya Ezra kepada Azim.


    “Kau nak tahu?” Ezra menganggukan kepalanya. “Ikut aku!” Ezra bangun lalu mengekori Azim. Park dan Mei juga turut sama. Azim membawa Ezra ke dalam kemah yang terdapat papan tanda yang bertulis Ketua Rombongan Pelajar Universiti Malaya.


    “Profesor Shammil!?” perkataan itu terpacul dari lidah Ezra. Dia memang terkejut. Lelaki yang mencadangkan pendakian yang akhirnya membawa kepada Nostalgia Berdarah 15 tahun lalu dalam minda Ezra kini sedang duduk tenang sambil membelek sebuah buku yang bertajuk Kisah Wira Negara: Nostalgia Ice Fall Khulumbu.


    “Akhirnya setelah 15 tahun, barulah aku dapat bersemuka dengan kau!” kata Profesor Shammil sambil mengusap janggut putihnya itu. Orang tua itu sudah banyak berubah sejak 15 tahun lalu. Garis kedut diwajahnya semakin bertambah manakala janggutnya bertambah panjang.


    “Profesor nak tumpahkan darah lagi ke?” tempik Ezra marah. Azim, Mei dan Park terkejut dengan reaksi mengejut dan tiba-tiba yang dipamerkan oleh Ezra.


    “Aku dah larang mereka tetapi mereka tetap berdegil. Macam yang aku lakukan pada kau, Rosman, Trish…”

    “Jangan sebut nama dia!” tengking Ezra.

     “Zul, Fared, Najwa dan Saba!” Profesor Shammil tetap meneruskan kata-katanya tanpa memedulikan amarah yang sedang merasuk Ezra. “Tapi, aku kagum dengan semangat mereka semua… mereka tak pernah gentar dan sangat berkobar-kobar nak pecahkan rekod dunia. Hari ini, ada sekumpulan anak muda yangs eperti mereka. Aku merayu pada kau, tolong sertai kami!” rayu Profesor Shammil. Hanya itu sahaja yang mampu dituturkan oleh Shammil. Kesalahan masa lalunya masih menghantui dirinya sehingga hari ini namun dia tetap degil untuk menawan Ice Fall Khulumbu. Ezra menundukkan wajahnya.


    “Siapa gadis…”


   “Aku tahu yang kau pasti akan tanyakan aku soalan ni. Aku rasa tak perlu lagi untuk aku selidungkan perkara ini. Dia ialah adik ipar kau! Adik Trish!” Ezra kelihatan terkejut. “Dia tak kenal siapa kakaknya… mak dan bapanya langsung tak menyebut tentang Trish di hadapannya. Ketika itu Nyna baru sahaja berumur 3 tahun. Malah, kalau kau pergi ke rumahnya, sudah tiada lagi gambar Nyna di pasang. Dan, kali terakhir ketika dia menyuarakan untuk mendaki Everest. Bapanya, Zulhaikimi macam dirasuk setan. Hampir dia mengamuk dengan senapangnya di universiti. Mujurlah maknya berjaya meredakan perasannya. Dan sekarang, Nyna datang ke sini dalam senyap-senyap…”

    Profesor Shammil memberi penjelasan yang panjang lebar pada Ezra. Azim, Park dan Mei mendengar dengan penuh kusyuk. Perasaan terkejut juga menyelubungi diri mereka. Nyna, ratu cantik Universiti Malaya itu yang disangkakan mereka seorang anak tunggal rupanya mempunyai kakak. Memang mukjizat Allah. Pertemuan yang dirancang begitu rapi sekali.


    Tiba-tiba kedengaran suara orang berlari. Mereka menyedarinya. Ezra dengan pantas keluar dari khemah Professor Shammil. Kelihatan Nyna sedang berlari masuk ke dalam khemahnya.

     “Nyna dah tahu rahsia yang dikunci daripadanya selama 18 tahun!” jawab Ezra tenang kepada rakan-rakannya yang masih belum mengetahui apa sahaja.

      “Saya pergi pujuk dia!” balas Mei lalu berlari anak-anak ke arah khemah Nyna.

    “Nyna! Aku simpati dengan…” kata-kata Mei terhenti apabila Zulaikha gadis hitam manis itu mengisyaratkan supaya Mei diam. Nyna sedang menangis teresak-esak.


      “Kenapa! Kenapa harus disorokkan semua ini pada aku! Kenapa dunia ini kejam sangat! Trish tu kakak aku! Ezra abang ipar aku! Semua ini salah ayah! Dia sembunyikan semua ini dari aku! Ayah!!!” Nyna teresak-esak meluahkan isi hatinya. Zulaikha menepuk-nepuk bahu Nyna. Mei berbisik dalam hatinya. “Inilah lumrah dunia!”

***


     “Trish! Capai tangan abang sekarang! Hanya tinggal kita berdua! Jangan lepaskan! Ice Fall tu akan membunuh Trish! Abang tak nak tinggalkan Trish! Tak nak!” jerit Ezra memegang erat tangan kekasih hatinya dari jatuh ke dalam glasier. Ice Fall Khulumbu memang merupakan mimpi ngeri pada setiap pendaki Everest.


      “Abang… lepaskan Trish. Trish tak nak abang sekali ikut Trish mati di sini. Biarlah Trish seorang sahaja…”


       “Tidak Trish! Kita boleh hidup bersama. Abang belum kotakan janji abang lagi untuk Trish. Janji yang abang nak 11 orang anak! Kita boleh buat pasukan bola sepak! Atau latih anak-anak kita jadi macam ana-anak sidek! Kita boleh…”


       Trish ketawa kecil. “Abang ni… masa sekarang ni pun boleh buat lawak! Abang tahu tak kenapa Trish terima lamaran abang? Sebab abang ni cool, pandai buat lawak dan romantis. Trish kemudian mengeluarkan sebilah pisau dari kakinya lalu mencederakan tangan Ezra. Ezra terlepas pegangannya.


       “Trishhhhhh!!!!! Jangan tinggalkan abang!!!!” Ezra menejerit. Mimpi rupanya. “Astagfirullah! Ya Allah…” kata Ezra lalu meyapu mukanya yang tiada apa-apa. Mimpi itu lagi. Apakah ini tandanya yang kau berikan pada aku yang bermakna Trish masih hidup?


***


     “Aku setuju! Aku setuju untuk ikut kamu semua! Kita kena berkumpul dalam masa 2 jam lagi. Profesor, suruh mereka sediakan apa yang patut,” kata Ezra lalu beredar dari khemah Profesor Shammil. Kelihatan senyuman terukir pada bibir Shammil.


       “Semua sudah ada di sini?” tanya Ezra apabila semua orang sudah tiba di dataran Kem Everest.


   “Iwan dan Chie belum tiba lagi!” kata Azim kepada Ezra. Masing-masing di situ sedang menggendong beg yang saiznya hampir separuh dari saiz badan mereka. Di dalamnya terdapat banyak barangan keperluan yang merupakan talian hidup di atas sana.

     “Siapa mereka?” tanya Ezra kepada Profesor Shammil.

     “Iwan, kaki motor yang agak kacak. Sikapnya serupa dengan Saba manakala Chie ataupun nama panjangnya ialah Chie Satonaka merupakan gadis kelahiran Jepun. Orangnya….” belum sempat Profesor Shammil mahu menghabiskan kata-katanya, bunyi enjin motorsikal menderum sedang menghampiri mereka kedengaran. Mereka semua menoleh ke arah belakang mereka. Iwan dan teman wanitanya, Chie sedang memecut laju di atas motorsikal lalu betul-betul berhenti di hadapan mereka.


   “Maaflah kawan! Aku dengan Chie nak ambil angin di sini. Kami takut ini kali terakhir kami dapat hirup udara tanpa kesesakkan,” kata Iwan sambil membuka helmet di kepalanya. Rambutnya lurus panjang sehingga pada paras bahu. Wajahnya kacak. Chie pula seorang gadis berambut pendek dan perang keemasan. Pasangan yang agak aneh sekali.


   “Dah… dah… masuk ke dalam ni! Semua orang, bila aku sebut nama kamu, ingat! Angkat tangan!” kata Ezra.


   “Muhammad Azim Ainudin, Nur Nyna Aria, Park Sui-Yoon, Mei Qi, Siti Zulaikha, Muhammad Redzuan, Muhammad Adam Zamdi dan Chie Sataonaka! Bagus! Semua hadir pada hari ini! Mari kita mulakan pengembaraan kita!” kata-kata Ezra itu boleh diibaratkan seperti perasmian untuk misi mereka kali ini.


***


   “Kenapa ni Park?” tanya Mei apabila Park tiba-tiba rebah ketika pendakian mereka sudah memakan masa selama 5 Jam. Ezra menoleh ke arah belakang.


   Rakannya yang lain turut berhenti. Park sedang terbaring. Dia kelihatan sedang bertarung dengan maut.

“Asthma aku datang menyerang! Ambilkan ubatku dalam beg aku! Cepat!” arah Park menggunakan sisa tenaga terakhirnya.


   “Campakkan beg Park pada aku! Kenapa dia tak bagitahu aku yang dia ada Asma?” tempik Ezra lalu mencapai beg yang dicampakkan oleh Mei. Habis beg Park diselongkarkannya. Namun tidak ketemui ubat Asthma Park.


   “Park! Mana kau letak ubat Asthma kau?” tanya Mei sambil menggoyangkan tubuh Park.


  “Aku rasa aku dah tertinggalkannya… Mei, izinkan aku katakan sesuatu yang mungkin kata-kata terakhir dariku. Andai satu-satu caranya untuk aku bersama dengan kau ialah dalam mimpiku… izinkan aku tidur buat selama-lamanya!” kata Park sambil tercungap-cungap. Dia sedang bertarung dengan maut. Matanya kelihatan kuyu. Dia akhirnya dapat juga meluahkan perasaannya pada gadis yang selama ini diminati dari sejak pertama kali dia menjejakkan kakinya di Uiversiti Malaya.


   “Jangan cakap macam tu! Bertahanlah!” kata Mei. Air mata mula bercucuran jatuh membasahi pipinya. Dia memeluk erat jasa Park yang dibaluti baju sejuk itu. Rantai yang pernah dihadiahkan oleh Park kepadanya digengganm dengan erat.


   “Aku cintakan kau… selamat tinggal… sayang…”


   “Park!!! Jangan!!! Park….” jerit Mei sekuat hatinya. Park telah menghembuskan nafasnya. Ezra menepuk-nepuk bahu Mei. Mei kemudian bangun lalu dengan spontan dan tanpa difikirkannya, dia memeluk Ezra. Dia menangis teresak-esak. Sebenarnya, sudah lama dia menyimpan perasaan pada Park. Namun, Park agak lewat mengucapkan kalimah sakti yang dinantikan oleh Mei.


    “Kita teruskan pendakian kita! Yang lepas biarkanlah lepas!” kata Ezra. Mei meleraikan pelukkannya lalu sama-sama meneruskan pendakian. Setelah 30 minit mendaki, akhirnya mereka berehat. Hari ini sudah lebih kurang 1500 meter mereka mendaki. Masih ada 7000 meter lagi yang sedang menanti mereka.


     “Kita dirikan kemah kita di sini,” kata Ezra lalu memacakkan parang miliknya sebagai tanda kepada rakan-rakannya yang lain.


***


   “Abang… maafkan Nyna tadi!” kata-kata Nyna tiba-tiba menganggu tumpuan Ezra yang ketika itu sedang terarah kepada matahari terbit. Ezra menoleh kea rah wajah yang suatu dahulu ialah wajah yang paling disayangnya, Trish…


    “Oh kamu Nyna… abang ingatkan siapalah tadi. Kamu tak perlu minta maaf. Abang yang seharusnya minta maaf dengan Nyna. Dengan tiba-tiba sahaja abang peluk kau!” tutur Ezra dengan berat hati.


   “Abang mungkin sangka yang Nyna ni kakak Trisha! Mungkin rupa Nyna sama dengan kakak…” memang benar apa yang kau katakan Nyna, Trish saling tak tumpah macam kau.


   “Kita ubah topik lainlah. Nyna nak dengar tak cerita lawak?” dengan pantas Ezra mengubah topik perbualan. Bibik kemesraan sudah mula berputik di anatara mereka.


   “Nak. Boleh juga redakan tekanan yang sedang menyelubungi ni…” Nyna mengukirkan senyuman. Ezra memulakan cerita lawaknya. Tidak kering gusi Nyna mendengar. Dalam keasyikan Ezra bercerita, Nyna melentokkan kepalanya ke arah bahu Ezra. Ezra terpaku lalu menoleh ke arah Nyna. Dalam kusyuk aku bercerita, dia tertidur pula. Kurang asam punya gadis.


   “Letih agaknya budak ni…” kata Ezra dalam hati. Hari mula melabuhkan tirainya. Bulan sudah terpacak di atas kepala mereka. Dalam kemesraan yang sedang menyelubungi mereka, ada mata lain yang tidak puas hati. Cemburu sedang menyerang Adam. Mindanya sudah tidak boleh berfikir lagi. Tanpa mempedulikan orang disekelilingnya, dia meraung lalu berlari ke arah Ezra sambil menghayunkan kayu yang seharusnya dibuat kayu api pada malam itu. Raungan Adam itu telah menarik perhatian semua yang ada di situ. Masing-masing keluar dari khemah mereka. Nyna tersedar dari lenanya. Perasaan terkejut menerjah mindanya apabila melihat Adam seperti dirasuk sesuatu lalu berlari sekuat hati dan mahu memukul Ezra.


   Mujurlah Ezra sempat mengelakkannya dan Adam… Adam tergelincir lalu jatuh ke dalam gaung bergolek Gunung Eeverst. Tubuhnya jatuh di atas salji. Kelihatan tompokan darah yang membasahi salji di Everest. Darah kestria yang cemburu mungkin. Lehernya kelihatan terkulai. Cinta kadang-kadang boleh menjadi semanis gula dan juga boleh menjadi sesakit mati.


   “Adam! Kenapa Adam buat macam ni kat Nyna! Kenapa Adam! Kenapa!?” Nyna menjerit. Ezra menggelengkan kepalanya. Sumpahan Cruise yang dikatakan kini telah melanda para pendaki dari Universiti Malaya?


   William Cruise merupakan orang pertama yang mencuba mendaki Gunung Everest dengan melintas kedua-dua puncaknya. Namun dia mati ketika melakukan percubaannya itu. Legenda mengatakan bahawa sebelum Cruise mati, dia bersumpah yang tiada siapa selepasnya yang akan berjaya melepasi Everest seperti yang difikirkan dan dikehendakinya. Sudah banyak pendaki yang mahu mencubanya  tetapi mereka semua mati seperti Cruise. Hanya Ezra sahaja yang pernah selamat. Kini, kematian mula hinggap satu persatu pada setiap ahli kumpulam itu. Apakah Ezra akan selamat sekali lagi? Semua ini berlaku adakah kerana Sumpahan Cruise itu melanda mereka semua?


    Keesokkan harinya mereka meneruskan perjalanan walaupun masih kelihatan tompokkan sedih di wajah Mei dan Nyna. Orang yang mereka sayang sudah tiada. Mata kedua-dua gadis itu bewarna merah. Mungkin sudah puas menangis semalam. Biarlah mereka menangis. Ezra juga pernah mengalami perasaan sebegitu.  Cuma, Ezra sudah puas menangis. Namun yang amat dikaguminya ialah kedua-dua gadis itu tetap mahu teruskan pendakian mereka walau mereka tahu yang mereka bakal mengalami nasib yang sama seperti Park dan Adam.


   Setelah agak tinggi mereka mendaki, tiba-tiba kedengaran bunyi yang agak kuat. Ezra mengambil masa beberapa saat untuk menyedari apakah gegerangan bunyi tersebut.


    “Habislah! Runtuhan salji! Lari dari sini! Itulah Khulumbu Ice Fall yang aku katakan. Jangan biarkan tragedi ini berulang kali kedua!” pekik Ezra lalu mengarahkan rakan-rakannya yang lain melarikan diri. Namun mereka semua tercegat di situ kecuali Professor Shammil yang melarikan diri. Mereka tak nak menjadi pengecut.


   “Macam yang aku dah agak!” kata Ezra dalam hatinya. Itulah yang dilakukan oleh lelaki tua itu pada 15 tahun lalu ketika Nostalgia Ice Fal Khulumbu. Namun kali ini, malang menimpa lelaki itu apabila tiba-tiba dia tergelincir. Badannya yang lemah itu tergolek-golek jatuh ke bawah sehinggalah kepalanya terhentak pada sebatang pokok. Matanya terjegil keluar. Kepalanya berdarah. Ezra sekali lagi menggelengkan kepalanya. Inilah yang terpaksa kamu hadapi dan tewskan – maut.


    Runtuhan salji yang dikatakan itu kemudian sedang bergerak ke arah mereka. Tiada gunanya lagi. Babak Professor Shammil melayang nyawa melekakan mereka semua buat seketika. Pengkhianat yang akan mati dahulu, itulah yang patut dirasakan oleh lelaki tua itu. Tuhan dah tunjukkan kuasanya.



  “Semua orang! Pegang aku sekarang! Kita tak boleh berpecah!” arah Ezra buat kali terakhir. Nyna, Mei, Azim, Shammil dan Zulaikha sempat memegangnya tetapi malangnya buat Iwan dan Chie. Mereka masih dibawa dengan masalah dunia.


  “Kamu berdua! Apa yang kamu buat tu?” tanya Ezra.


   “Chie… dia hilangkan loket yang mak dia bagi sebelum dia buat keputusan nak daki Everest! Aku nak tolong dia!” kata Iwan, tidak memedulikannya yang maut sedang tidak sabar sedang menuruni dari puncak.


   “Kau nak mati ke?”


   “Persentakan kematian tu… loket mak aku lagi penting. Aku lebih rela mati dari kehilangannya!” kata Chie, kuasa cinta jugalah yang telah membunuh perasaan takutkan kematian. Perasaan cintakan ibunya.


   “Ezra!” Jasad mereka melayang ditolak runtuhan salji. Mungkin sudah mati. Mujurlah Ezra sempat memacakkan parangnya di lantai Everest. Dia memegang parang tersebut dengan kuat sambil berdoa. Rakannya yang lain memegang segala anggota tubuhnya. Namun, kudratnya tidak bertahan lama apabila dia juga turut melepaskan pegangangan tersebut. Matanya terlelap perlahan-lahan. Mujurlah ketika itu salji tersebut sudah tidak selaju tadi.


    Apabila mereka sedar sahaja, mereka sedang terbaring dalam sebuah gua bawah tanah. Jarang sesekali ditemui bentuk geografi seperti itu di Everest. Nyna sedang terbaring sambil memeluk erat lengannya.


   Azim sedar lebih awal. Dia kelihatan cuba mencari arah jalan keluar. Namun, Mei kelihatan tidak bernyawa sambil diperutnya terdapat sebilah parang yang menusuk dalam. Itu parang Ezra! Dia ambil parang Ezrakah?


   “Azim! Mei… parang aku… apa yang terjadi pada dia?” tanya Ezra sambil memegang kakinya yang terasa sakit sangat.


  “Mei bunuh diri tadi! Aku dah cuba untuk halang dia! Tapi… dia dah tekad sejak kematian Park. Dia kata dia nak temankan Park di sana. Kemudian dia ambil parang kau yang tercampak ke sini… lalu menikam perutnya… maafkan aku, Ezra!” bilang Azim dengan sayunya. Wajahnya mula berubah. Baju sejuk mereka sudah basah. Azim sudah mula menyangkutkan baju sejuknya di sebuah batu untuk dikeringkan. Dia hanya berselimutkan t-shirt putihnya. Teserlah tubuh tegapnya itu. Badannya kelihatan menggigil.


   “Habislah kita sekarang! Baju kita dah basah! Pembunuh utama kita sekarang ialah Reput Froz. Kita bisa lumpuh dan kalau silap hari bulan! Mati!” kata Ezra memberi amaran.


   “Aku tahu tu. Ibu jariku sekarang dah tak boleh bergerak! Aku dah tak dapat gerakannya lagi. Jadi aku pun potongkannya sebelum ia merebak kepada anggota tubuhku yang lain,” kata Azim sambil menundingkan jarinya ke arah tomopokan darah yang ditutupkan oleh sehelai kain putih.


    “Kau ni… cara kau cakap macam tak ada apa yang berlaku! Oh ya! Mana Zulaikha pergi?” tanya Ezra.


    “Dia selamat dari runtuhan salji tadi. Dia tak tercampak ke dalam gua bawah tanah macam kita! Dia pergi mencari bantuan!” kata Azim lalu bersandar ke arah dinding gua tersebut. Tiba-tiba satu runtuhan berlaku, dinding tersebut runtuh dan Azim tertimbus dalam runtuhan tersebut. Hanya kepalanya yang kalihatan. Dia tersenyum lalu menutup matanya.


    Nyna terkejut dari lenanya. Namun, apa yang dihidangkan kepadanya ialah kematian 2 orang rakannya yang lain. Azim dan Mei. Nyna meraung. “Mei!!! Azim!!!!” Mujurlah Ezra sempat menenangkan gadis itu.


    “Azim dah tunjukkan kita jalan keluar! Runtuhan dinding gua ini membawa kita kepada jalan yang tersembunyi! Mari kita pergi ke sana!” arah Ezra kepada Nyna. Ezra cuba bangun tetapi gagal sama sekali. Kakinya terlalu sakit.


   “Biar Nyna papah abang…” Nyna menawarkan bantuan.


    Ezra merenung kosong wajah Nyna lalu mengangguk. Menerima bantuan gadis tersebut. Terpingga-pingga gadis tersebut untuk memapah Ezra. Tanpa diketahui oleh mereka, Zulaikha mati kesejukkan diluar sana, dalam rebut salji yang sedang melanda, sebelum Azim menghembuskan nafasnya yang terakhir. Niat mulia Zulaikha ingin meminta bantuan pihak penyelamat terbantut disitu sahaja. Kini yang tinggal hanyalah Ezra dan Nyna. Mereka sedang mengharungi gua bawah tanah. Parang Ezra dipegang erat oleh Nyna. Darah Mei masih belum kering.


    “Dah 2 jam kita berjalan! Tapi masih belum nampak jalan keluar!” Nyna merungut sambil duduk di sebelah Ezra. Tangannya masih memegang erat lengan sasa Ezra. Kepalanya dilentokkan di bahu Ezra. Mereka terduduk keletihan.


    Dia kelihatan menggigil kesejukkan.


   “Nyna… tak apa-apa?” tegur Ezra sambil mengusap rambut Nyna. Nyna menggelengkan kepalanya. Namun gelengan Nyna itu palsu belaka. Ezra kemudian memeluk Nyna dengan erat.


   “Maafkan abang… tapi dengan cara ini sahajalah kita mampu untuk berkongsi haba badan… suhu di bawah ni lagi sejuk dari di atas sana!” Nyna mengangguk. Ezra memeluknya sambil

     Nyna memegang tangan Ezra.


    Terasa satu perasaan lain yang menyelinap jauh ke dalam hati Nyna. Jatuh cintakahnya pada bekas suami kakaknya itu? Ya Allah! Maafkanlah aku jika perasaan ini ada dalam hatiku. Hangatnya tubuh sasa Ezra ini memelukku. Biarlah selama-lamanya aku dalam dakapannya Ya Allah. Tapi… Adam… ke manakah mahuku letak jejaka itu dalam hatinya. Adakah aku tidak menyanyanginya? Baru sahaja dia pergi meninggalkan aku. Salah lelaki itu juga kerana cemburu tidak tentu tempatnya.


    Ezra pula ketika itu sedang mencuri pandang wajah Nyna yang sedang mengelamun jauh… cantik benar wajah ini. Saling tak tumpah dengan wajah kakaknya. Sifatnya pun sama. Wangi juga tubuh gadis ini. Ah… jangan fikirkan semua itu… tapi… perasaan apakah ini? Cin.. tak mungkin. Perasaan ini semakin mempermainkan aku. Persetankan kau perasaan. Tapi… orang tua selalu berkata… perasaan tidak akan dapat menipu aku. Gadis ini terlalu muda bagiku. Aku 33 tahun manakala dia… hanyalah 18 tahun. Cinta itu buta! Datuk K dan Siti boleh berkahwin padahal umur mereka sangat berbeza. Zulaikha itukan ibu angkat kepada Yusuf! Mereka boleh jadi pasangan bahagia. Satu lagi contoh, Muhammad dan Khadijah! Pasangan yang sering menjadi idola kepada tiap-tiap pasangan bercinta di dunia.


    Dalam kedua-dua manusia ini melayan perasaan masing, mereka akhirnya tertidur. Dalam dakapan masing-masing.


***


   “Trish? Trish buat apa kat sini?” kata Ezra kepada Trish. Mereka kini sedang berada di alam lain. Semuanya putih belaka.


    “Nyna… itu adik Trish…” kata Trish tersenyum. Ezra cuba menyentuh gadis itu tetapi sentuhannya tembus. Tubuh Trish langsung tidak boleh disentuh. Ezra hanya terkapai-kapai.


    “Abang… abang tak tahu perasaan apa yang menyelubungi abang sayang…” Ezra menundukkan wajahnya. “Maafkan abang! Abang janji akan buang perasaan ini!” kata Ezra cuba berjanji walau tidak sepenuh hatinya.


     “Jangan abang! Itu cinta namanya. Abang dah jatuh cinta! Tiada siapa yang dapat campakkan perasaan ini dari hatinya… dia pasti akan merana. Trish merestui abang dengan dia. Dia adik Trish juga, bukannya sesiapa pun. Jaga dia baik-baik tau. Trish sayangkan abang,” kata Trish lalu menghilangkan diri!


    Ezra membuka matanya. Itu mimpi. Terima kasih Trish… Bila sahaja dia sedar. Kakinya sudah kembali pulih. Nyna masih dalam dakapannya. Tanpa mahu menggangu lena Nyna. Dia dengan perlahan-lahan dan tertib mengendong Nyna di belakangnya lalu membawa gadis tersebut untuk mencari jalan keluar.


    Tidak lama kemudian, Nyna sedar dari tidurnya. Ezra kini sedang menggendong dia dengan penuh setia dan tabah. “Nyna sayangkan abang!” bisik Nyna di telinga lelaki itu. Ezra tersenyum lalu menjawab. “Abang juga…” Semangatnya kembali pulih. Tidak lama kemudian, mereka akhirnya berjaya menemui jalan keluar. Gua tersebut membimbing mereka ke arah perkampungan orang asli.


***

     “Inilah kisah bagaimana kami boleh berkahwin!” kata Ezra di sebuah program teelvisyen. Aznil Haji Nawawi sedang menemu bual mereka. Tangan Ezra erat merangkul isterinya, Nyna. Isterinya kini sedang mengandungkan anaknya. Sudah 8 bulan kandungan isterinya. Hadirin berdiri lalu memberi tepukan gemuruh. Sebuah kisah cinta yang paling romantis yang pernah didengari oleh mereka.


    “Itulah cerita yang penuh dengan eleman-elemen yang menyuntik perasaan,” kata Aznil sambil menegsatkan air matanya. Kematian-kematian yang menimpa rakan mereka akhirnya telah mempertemukan sebuah jodoh yang agak rumit sekali perjalannya.


     “Pak Nil… Trish sedang tersenyum memerhatikan kita…” kata Ezra itu terhenti apabila Nyna maraung. Air ketumbannya pecah.


     “Abang!!! Air ketumban Nyna dah pecah!” jerit Nyna sambil memegang erat tangan lelainya itu. Ezra kelihatan hilang akal buat seketika. Dia seperti tidak tahu apa yang berlaku. Jangan kali ni pula… bisik Ezra lagi dalam hatinya.


     “Berhenti!-berhenti! Potong siaran!” jerit Aznil. Editor program Kisah Kasih mengerti. “Telefon ambulans sekarang!” jerit Aznil lagi.


***

     “Tahniah encik! Encik mendapat anak kembar. Lelaki dan perempuan!” Doktor Ria mengucapkan tahniah kepada Ezra. Ezra melompat keriangan. Anak kembar! Ibu dan bapanya dibiarkan terpingga-pingga di belakang. Termasuk juga mertuanya. Gembira sungguh lelaki tu.

Ezra lantas mengambil tempat di sebelah Nyna. Dia baring disebelah isterinya, di atas katil empuk hospital.

“Terima kasih sayang…” bisik Ezra di telinga buah hatinya itu. Nyna tersenyum puas. Memang siksa terpaksa bertarung selama 9 jam. Namun, suaminya yang berada di sisinya telah memberikan satu kekuatan luar biasa. Akhirnya, mereka telah dikurniakan anak kembar. Sayang akan suaminya semakin bertimbun. Dia lantas memeluk suaminya. Langsung tidak menyedari perbuatannya diperhatikan oleh ibu dan ayahnya.


“Allahuakhbar….” Ezra melaungkan azan di telinga anak lelaki dan perempuannya itu.


“Abang nak namakan anak lelaki kita Muhammad Harry Iskandar manakala perempuan ialah Nur Emma Natalia,” kata Ezra kepada isterinya.


“Bagus juga nama tu… Nyna ikut aje cakap abang. Nyna cintakan abang tau!” tutur Nyna penuh perasaan. Adegan romantis berputik kembali.


“Abang pun,” kata Ezra lalu menghadiahkan pelukan dan ciuman kepada isterinya.


“Ehem..ehem…” ibu-bapa kedua-dua anak muda itu mencelah kemesraan antara Ezra dan isterinya Nyna. Everest telah menyatukan mereka berdua.

CINTA dapat mengubah
DEBU beralih EMAS
KERUH menjadi BENING
SAKIT menjadi SEMBUH
DERITA menjadi NIKMAT &  KEMARAHAN menjadi RAHMAT

0 kritikan:

Powered By Blogger