Pembaca Setia !

Saturday, July 31, 2010

Hikayat Putera Ryan 15: Greedings dan The Haunted Canyon

“Kamukan anak Sammuel, gabenor Toraca Lake?” soal Ezry Viour, seorang gabenor muda yang kacak, berbadan tegap dan tinggi lampai orangnya – dia pemimpin kota paling kaya di wilayah Exathus serta yang paling kuat pertahanannya, Greedings. Matanya berwarna hijau manakala hidungnya mula mancung, berdagu runcing serta berambut hitam panjang sehinga ke paras bahu. Di belakangnya, duduk seorang gadis yang hampir sama tinggi dengan Ezry, berambut kelabu serta bermuka runcing di atas kuda Ezry. Tiara mengenali gadis itu ialah Tyra, isteri kepada Ezry. Wajahnya pernah dilihat dilukis oleh seseorang penulis jalanan di pasar Toraca. Tyra memang sangat jelita, saling padan dengan Ezry yang kacak itu.
            “Macam mana awak kenal saya?” soal Tiara termengah-mengah. Kebetulan ketika dia tiba di sebuah kota yang dikelilingi oleh tembok batu setinggi 3 meter manakala istana yang kelihatan sama mewah dengan Castle Palace itu, Ezry dan isterinya baru balik dari Hunter Crafting, lokasi pemburuan utama keluarga Viour. Di katakan Greedings ialah tempat kelahiran pengasas kerajaan Exathus.
            “Siapa tak kenal awak? Kejelitaan Tiara Brian dari Toraca Lake merentasi samudera, gunung-ganang dan gurun. Kalaulah saya tidak kenal awak… saya tak layak untuk pegang gelaran gabenor paling muda dalam sejarah Exathus,” balas Ezry sambil turun dari kudanya, kemudian menghampiri Tiara di atas kuda Red Hare.
            “Kenapa awak keseorangan? Bukankah awak baru sahaja berkahwin dengan Ryan, Putera Exathus itu? Mana Danish dan Sammuel?” soal Ezry bertalu-talu, kelihatan terlalu gopoh untuk mengetahui cerita yang bakal disampaikan oleh Ezry.
            “Sayang… bagilah Tiara bernafas dulu kalau iapun nak tanyakan soalan,” nasihat Tyra dari belakang.
            “Panjang ceritanya. Saya tak boleh ceritakan semuanya di sini! Bawa saya ke dalam…” pinta Tiara yang kelihatan keletihan sambil melihat sekelilingnya, takut diekori oleh sesiapa. Perjalanan sehari tanpa makan dan minum akhirnya berjaya ditempuhinya. Amanah suaminya yang tercinta harus dipikul dengan penuh rapi.
            “Tapi…” pertuturan Ezry terhenti apabila Tiara tiba-tiba rebah dari kudanya – pengsan mungkin kerana terpaksa mengharungi perjalanan yang panjang. Ezry sempat menangkap jasad gadis itu.
            “Kita kena bawa Tiara ke dalam,” bilang Ezry kepada isterinya. Kuda milik Ezry itu ditunggang oleh isterinya manakala Ezry mendukung Tiara berjalan ke arah istananya yang terletak di hadapannya, menimbulkan jelingan tidak senang pada pandangan isterinya, Tyra.
***
            “Saya kat mana ni?” soal Tiara terpingga-pingga melihat sekelilingnya. Ezry Viour, Tyra Viour dan seorang lelaki yang berbadan tegap, berambut perang dan mempunyai raut wajah yang sangat kacak.
            “Awak di Greedings, di bilik saya!” ucap lelaki yang berambut perang itu. Terdapat banyak gambar dan lukisan yang tergantung di bilik lelaki itu, dan semuanya tergantung gambar dan lukisan yang mempunyai unsur romantis. “Apa-apa pun, nama saya Romeo Charming! Panggil aje Charming!” Charming mengukirkan senyuman yang sangat menawan. Jantung Tiara berdegup dengan kencang tiba-tiba.
            “Dah tiga hari awak tidur tau,” tambah Charming lagi membuatkan Tiara berubah menjadi gelabah. Dia cuba bangkit, namun tubuhnya begitu lemah untuk bangun.
            “Awak kena berehat…” bilang Tyra perlahan melihat Tiara.
            “Berehat? Saya tak boleh,” bilang Tiara lagi. “Suami saya dan Aria terperangkap di lurah atau dasar Haunted Canyon. Ngarai tu dalam sangat. Saya perlu minta bantuan seseorang,” tegas Tiara.
            “Kalau macam tu, Charming, awak ikut Tiara!” Charming mengangguk gembira, tapi Tiara kelihatan tidak selesa dengan kehadiran Charming yang akan menemaninya.
            “Awak.. sebenarnya bukan tiga hari… baru aje tiga jam.” Charming membuat pengakuan berani membuatkan pandangan Tiara yang separuh simpati bertukar sangat menikam. Namun, Charming hanya tersengih nakal.

HENDAK MEMBACA DENGAN LEBIH LANJUT, Mari KLICK DI SINI:  http://www.penulisan2u.my/2010/07/novel-hikayat-putera-ryan-15/

0 kritikan: