Pembaca Setia !

Saturday, July 3, 2010

Hikayat Putera Ryan 13: Hujan Gerimis

Baju besi yang dipakai oleh Jeneral Muzri retak lalu berkecai jatuh ke tanah dek libasan Hell Balde tadi membuatkan lelaki itu tergamam sebentar kemudian tersenyum panjang. “Kau memang hebat… tetapi dah terlambat. Kawan-kawan aku telah berjaya sampai ke sini!” Efer tersentak dengan apa yang di katakan oleh Jeneral Muzri. Serentak itu juga, Jeneral Adam dan Zul yang sedang mempertahankan pintu masuk terpelanting ke belakang dengan luka yang dalam pada perut dan dada mereka, dek tusukan pedang. Sekumpulan askar yang berambut panjang dan bertopeng muka hitam, bersenjata dua bilah pedang yang kelihatan diikat pada tangan mereka sedang berdiri sambil merenung Jeneral Adam dan Zul yang terbaring tidak bermaya di lantai. Kemudian muncul dua orang lelaki yang muncul dari celah askar aneh tadi itu. Seorang berambut hijau sambil menutup sebelah matanya dengan kain manakala seorang berhidung mancung seperti burung kakak tua dan berambut jerami.
            “Seseorang bawa Queen Inoue, Putera Ryan dan Tiara pergi dari sini!” teriak Efer dengan riak wajah yang penuh dengan kegusaran.
            “Kau cuai Efer,” tutur Jeneral Muzri perlahan sambil menusuk perut Efer dengan Hell Swordnya sekali lagi. Mata Efer hampir terbeliak dibuatnya.
            “Sayang…” teriak Shania lalu berlari mendapatkan Efer yang sedang rebah ke tanah. Hanya lelaki itu yang dapat menewaskan Jeneral Muzri sekarang. Jeneral Muzri kemudian berjalan di singgahsana ke arah King Alexander yang sedang tersenyum melihat Jeneral Muzri.
            “Jangan hampiri dia…” Jeneral Fareez yang kemudiannya terkedu kerana apabila serangannya itu dipatahkan dengan sekali tumbukan dari Jeneral Muzri sahaja, dia terpelanting ke satu sudut di singgahsana itu.        
“Aku ulang… hanya aku yang setanding dengan kau, Muzri. Jangan kau cuba usik anak-anak buah aku lagi. Mereka belum kenal siapa kau lagi,” ujar King Alexander perlahan. Hell Sword yang berlumuran darah itu kelihatan masih belum puas untuk membaham nyawa manusia lagi.
            “Kau nak buat apa, Alex? Kau tiada senjata. Kau fikir kau boleh menang ke atas aku?” soal Jeneral Muzri jahat. King Alexander menggelengkan kepalanya.
            “Kita baru 5 tahun tidak bertemu, kau dah lupa siapa aku? Elli Esperedo!” teriak King Alexander sambil membuka tapak tanganya dengan luas. Satu cahaya kilat mula memancar memenuhi ruang singgahsana itu. Semua yang ada di situ tergamam. Sebilah pedang yang separuh ketinggian King Alexander muncul dari tanah.
            “Akukan Alexander Alhazred, pemegang kunci kepada Lightning Sword. Dengan pedang ini, aku akan pastikan kau mati di tangan aku, Muzri! Demi Exathus, tak akan aku benarkan kau mencalarkan nama kerajaan suci ini lagi!” tutur King Alexander perlahan lalu meletakkan kepala Queen Inoue dari pehanya lalu berdiri dengan tekad, untuk memulakan pertarungan darah.
            “Aku tak mahu pertarungan kita melibatkan campur tangan dari mereka semua. Katakan pada anak buah kau, aku mahu ia berlangsung dengan bersih!” arah King Alexander lagi.
            “Aku tak ada masalah. Tapi, kalau kau mati di tangan aku, jangan salahkan aku!” bilang Jeneral Muzri lagi. Pertarungan pun bermula dengan King Alexander yang memulakan pertarungan dengan berlari kepantasan yang boleh diumpamakan seperti kilat. Mata Jeneral Muzri tidak dapat menangkap penggerakan King Alexander itu. Zap! Satu libasan yang datang dari mana mengenai lengan Jeneral Muzri. Darah merah mengalir.
            “Cis! Perlawanan ini tidak adil Alex! Aku tak kata pedang kuno itu boleh digunakan! Berhenti, aku harus bercakap dengan kau!” kata Jeneral Muzri sambil memegang lengannya.
            King Alexander yang sedang mengelilingi Jeneral Muzri dalam kelajuan sepantas kilat itu kemudian berhenti. Pedangnya itu dikelilingi oleh kuasa kilat yang bewarna biru. “Tidak adil kau bilang, ya?”
            “Ya! Izinkan aku untuk menggunakan kuasa sehebat pedang kau itu. Hell Sword ini sudah tidak sabar untuk bertempur dengan pedang kilat kau itu!” tutur Jeneral Muzri perlahan.
            “Maksud kau?”
            “Kau dah lupa siapa aku, juga? Aku juga penjaga kunci senjata kuno. Aku juga tahu menggunakan kuasa seperti yang kau gunakan itu! Draco Flame!” Dalam sekelip mata pedang Jeneral Muzri dikelilingi oleh api yang kemerah-merahan. “Dari neraka dalam, kuasa ini akan membunuh kau!” King Alexander tergamam dan seperti King Alexander, Jeneral Muzri bergerak sepantas kilat menghampiri King Alexander dan pedang Hell Sword yang telah bertukar menjadi Flame Sword terus sahaja membelah perut King Alexander, sehingga terburai isi perutnya.
            “Ayah!” teriak Putera Ryan sambil berlari ke arah jasad ayahnya yang rebah ke tanah. Dalam masa yang sama, Jeneral Muzri melemparkan pedangnya ke arah Queen Inoue yang sedang tidur dek kuasa sihir Ferina. Sekali lagi adegan berdarah berulang, pedang itu tertusuk dada ibu Putera Ryan, Queen Inoue. Semua pahlawan yang sedang bertarung di singgahsana itu tergamam, termasuk dari pihak Cloudyst. Mereka seolah-olah baru sahaja dibatukan oleh satu kuasa yang sehebat medusa. Beberapa saat kemudian, jeritan kegembiraan kedengaran daripada askar-askar dari Cloudyst manakala bunyi esakan tidak berlagu mula dimainkan jeneral perang yang memihak kepada Exathus.
             “Mak! Ayah!” teriak Putera Ryan tiba-tiba. Jeritannya sangat kuat sehingga membangunkan Tiara yang tertidur tadi. Putera Ryan berlari ke arah Jeneral Muzri sambil mencapai pedang Lightning Sword milik ayahnya. Perasaan amarah yang hebat mengalir dalam diri anak muda itu.
            “Apa… kenapa? Ayah?” Deana berlari ke arah Tiara dan cuba menenangkannya.
            “Seseorang tolong halang Putera Ryan. Dia hanya menempah mautnya sahaja!” jerit Efer yang sedang termengah-mengah kesakitan dek luka di perutnya angkara Jeneral Muzri. Air suci dari Sungai Ceberus agak lambat dalam menyembuh luka dari Hell Sword.
            “Demi mak dan ayah. Aku tidak akan membiarkan kau begitu sahaja…” teriak Putera Ryan sambil cuba menikam Jeneral Muzri dengan pedangnya. Air rmata mengalir dari kelopak matanya itu. Dugaan yang terlalu berat untuk dipikul pada usia semuda itu. Perasaan terkilan dan sedih apabila kedua-dua ibu-ayahnya telah dibunuh tanpa belas kasihan di hadapannya kelihatan telah merasuk dirinya.
            “Ryan! Berhenti!” jerit satu suara yang begitu dikenalinya.
            “Kakak?” soal Putera Ryan tergamam. Baru sahaja dia menyedari yang sejak daripada tadi, tiada langsung bayangan kakaknya itu kelihatan.
            “Kakak suruh Ryan berhenti bunuh orang yang telah membunuh ibu dan ayah kita? Kakak bergurau ke apa?” perli Putera Ryan. Jeneral Muzri hanya berdiri di situ dengan bangga kerana sudah ramai jeneral perang yang ditumpaskannya, Jeneral Redzuan, Efer dan kini King Alexander.
            “Ayah dan ibu dah mati?” tergagap Puteri Rukia menuturkan kata-kata itu. Dia terlutut di lantai. Air matanya juga tumpah seperti Putera Ryan.
            Tang! Jeneral Muzri cuba menyerang curi Putera Ryan, seperti mana yang di lakukannya ke atas Efer tadi, namun ketangkasan Putera Ryan diuji di situ apabila serangan Jeneral Muzri tadi berjaya ditahannya menggunakan pedang milik arwah ayahnya itu. Jeneral Muzri sempat berundur beberapa tapak, terkejut dengan tindak balas pantas Putera Ryan itu.
            “Elli Esperedo!” teriak Putera Ryan dengan jeritan yang penuh dengan unsur dendam. Pedangnya itu kembali dilitupi oleh kuasa kilat yang serupa dengan yang dilakukan oleh ayahnya. “Aku tidak akan benarkan kau selamat! Bersedialah untuk mati!” Masing-masing tergamam apabila Putera Ryan mampu menggunakan kuasa yang mengambil masa bertahun-tahun untuk dimahirkan dalam beberapa saat. Perasaan amarahnya di atas kehilangan kedua-dua ibu ayahnya telah membuka kebolehan sebenar jejaka itu.
            Dengan sepantas kilat Putera Ryan bergerak ke arah Jeneral Muzri, dan seperti Putera Ryan, lelaki itu sempat mengelakan serangan Putera Ryan. Pertarungan pun berterusan dengan serangan yang bertalu dari kedua-dua belah pihak. Masing tidak langsung mengenai antara satu sama lain. Lantai tempat mereka bertarung boleh diibaratkan seperti hampir hancur kerana kekuatan mereka yang memang mengagumkan. Setelah bertarung hebat dalam 20 serangan, Jeneral Muzri tiba-tiba berteriak.
            “Fahmi.. Zarx! Bantu aku. Budak ni memang terlalu hebat!” teriak Jeneral Muzri meminta bantuan.  Jeneral Fahmi dan Zarx yang sedang memerhatikan pertarungan itu kemudian mengangguk setuju lalu menyerang Putera Ryan dari belakang. Putera Ryan sempat mengelak serangan mereka dengan melompat ke belakang gaya ahli akrobatik terkenal.
“Drakengard… bunuh semua yang melindungi ahli keluarga Alhazred kecuali Puteri Rukia,” arah Sammuel mula menyedari akan tanda-tanda kekalahan Jeneral Muzri di tangan Putera Ryan. Tiara lantas bangkit walaupun kepalanya masih bersisa rasa pening, mungkin kesan dari kuasa sihir Ferina.  Drakengard mula menghampiri pahlawan-pahlawan Exathus yang lain.
            “Ayah? Ayah bergurau ke? Bukan ke ayah di pihak Exathus?”
Hendak membaca yang selanjutnya? Mari ke:  http://www.penulisan2u.my/2010/07/novel-hikayat-putera-ryan-13/

0 kritikan: