Pembaca Setia !

Tuesday, February 9, 2010

Hikayat Putera Ryan 3: Pengakuan Berani


*Karya epik yang kaya dengan unsur cinta, fantasi, peperangan, kekeluargaan, persahabatan, pengorbanan dan politik.

Putera Ryan bersalaman dengan Tiara. Dia terlalu memerhatikan wajah ayu yang berada di hadapannya, membuatkannya mula merawang jauh meneroka jauh ruang imaginasi. Gadis yang bernama Tiara itu, ternyata sangat persis seperti yang didengari oleh orang ramai. Siapa yang mengunjungi Toaraca Lake pasti akan sentiasa memperkatakan tentang kecantikkan Tiara. Persis namanya, begitulah gadis itu diibaratkan. Keluarga Brian pastinya bertuah kerana memiliki anak yang sejelitanya.
“Yang Mulia?” lunak suara Tiara mengatur bicara. Putera Ryan tersentak. Dia lantas menggelengkan kepalanya lantas tersengih bodoh, masih tidak melepaskan tangan Tiara. Tiara mula menggaru kepalanya yang tidak gatal itu. “Yang mulia tak apa-apa?” Tiara terpaksa mengungkapkan perkataan itu buat kali kedua memandangkan Putera Ryan yang masih dalam angau. Baru bangun tidur mungkin.
Buk! Kepala Putera Ryan diketuk oleh seseorang. Dia lantas meleraikan pegangan tangan Tiara seraya menoleh ke belakang. Puteri Rukia sedang mencekak pinggang. Kurang asam betul! Rupanya dialah yang menjatuhkan maruah aku di depan Tiara dengan menjadikan aku mangsa duku.
“Adinda Rukia! Sakit tahu kepala kekanda!” gerutu Putera Ryan  yang berlagak formal di hadapan Tiara. Aria ternganga dengan perubahan mendadak Putera Ryan, langsung tidak malu menunjukkan rasa anehnya sehinggakan orang di sekelilingnya mula menjeling curiga. Setahu Aria, Putera Ryan merupakan seorang yang sangat membencikan bahasa istana, seperti Puteri Rukia. Tapi kenapa hari ini Putera Ryan berlagak seperti dialah pejuang bahasa istana yang hebat. 

Mereka adik beradik lebih suka bertutur seperti rakyat biasa. Hal itu sangat tidak disenangi oleh ibu mereka, Queen Inoue. Namun, dari sudut pandangan Aria, Putera Ryan dan Puteri Rukia ialah bakal pemimpin Exathus yang berhati rakyat.
“Eh… eh… sejak bila kau berbahasa istana ni Ryan?” sindir Puteri Rukia. “Setahu akak, kau lebih suka membahaskan aku dan kau atau saya dan awak. Kalau mood kau baik, Panggilan akaklah yang kau gunakan. Ini tiba-tiba aje kau panggil akak adinda. Dah buang tabiat ke?” sindiran Puteri Rukia makin bertambah pedas. Putera Ryan merenung wajah Puteri Rukia. Kalau tidak kerana Tiara, pasti dia akan membalas perbuatan kakaknya itu.
“Awak… tolong jangan pedulikan adinda beta Puteri Rukia ini. Dia yang sebenarnya ada yang tidak kena pada hari ini. Ada ke dia mengatakan yang beta ini sangat membenci akan bahasa formal istana! Mustahil!” kata Putera Ryan yang tiba-tiba melutut sambil cuba untuk melayangkan ciuman di tangan Tiara yang dilitupi sarung tangan putih.
“Yang Mulia! Saya kenal siapa Yang Mulia. Putera Ryan Alhazred, Putera Yang Paling Berlagak Di Dalam Sejarah Alhazred. Sudahlah, jangan berlakon lagi,” balas Tiara sambil menarik tangannya dari genggaman tangan Putera Ryan. Hati Ryan terasa seperti dipanah halilintar. Ayat itu… dia menoleh ke arah pegawai peribadinya, Aria atau Jeneral Aria Forestone. Gadis itu mengukir senyuman kecil.
“Ini mesti kerja si Aria tu!” getus hati kecil Putera Ryan sambil melemparkan jelingan maut ke arah Aria. Aria lantas memalingkan wajahnya. Jeneral Shania mencelah dari belakang sambil menggelengkan kedua-dua kepalanya. Dia sudah muak dengan gelagat 3 orang yang entah bagaimana baginya boleh sesat di dalam sejarah Exathus, sebuah kerajaan yang sangat hebat.
“Saya Jeneral Sha…”
“Jeneral Shania. Selamat datang ke Toraca Lake. Saya sangat kagum akan kehebatan awak. Walaupun awak seorang wanita, tapi awak mampu memanjat tangga keaskaran Exathus sehingga berjaya dinobatkan sebagai Jeneral Ketiga Exathus selepas Jeneral Redzuan dan Fareez,” sampuk Tiara tiba-tiba sebelum Shania sempat memperkenalkan dirinya.
“Awak kenal saya ke?” soal Shania. Tiara sekadar mengangguk.
“Kenallah. Siapa yang tak kenal wira kota ini yang memimpin 20 000 askar menentang serangan puak gasar Zauk dari Black Forest yang dipimpin pengkhianat kota ini, Uzeir. untuk merampas harta kekayaan Toraca yang merupakan periuk nasi Exathus,” tambah lagi Tiara. Shania menjadi kagum. Kali pertama gadis yang berkulit hitam manis itu tersenyum. Peperangan itulah yang telah menaikkan namanya sebagai seorang jeneral yang hebat daripada 7 Knight Of Exathus - gelaran untuk 7 panglima terhebat Exathus. 
Putera Ryan terlopong sahaja mendengarkan cerita Tiara. Shania sehebat itukah? Puak Zauk… puak itu kalau tak silapnya memang puak yang amat liar dan ganas cara peperangannya. Kalau tidak salahnya, dahulu sebelum Toraca Lake di bawah penguasaan empayar Exathus, kota itu dibawah penguasaan Puak Zauk. Askar Exathus mengambil masa selama 3 tahun untuk menawan kota itu dengan kehilangan 400 000 nyawa askar Exathus. Kemenangan yang diraih selepas 7 kekalahan berturut-turut Exathus di Toraca. Hari ini, medan pertempuran tersebut dibina arca King Oihlmee, raja Dinasti Reidz (2000 tahun lalu), raja hebat yang juga merupakan antara jeneral perang agung di dalam sejarah Exathus.
Putera Ryan melahirkan rasa kagum di atas kejayaan yang dicapai oleh Shania.
“Apa masalah sebenarnya yang dihadapi oleh Keluarga Brian?” soal Shania kepada Tiara.
“Bukan ke…”
“Yang Mulia. Saya minta agar Yang Mulia jangan masuk campur!” kata Shania tegas. Putera Ryan menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu. “Bukan tentang anak Gabenor Brian yang diculik oleh firuga aneh yang seperti didakwa bukan?”
Tiara terdiam sejenak. Mindanya baru sahaja dikupas oleh Jeneral Shania dengan sekali imbas sahaja, tetapi dengan begitu terperinci. “Saya mengaku yang kami memanggil pasukan penyiasatan diraja ke sini bukan kerana adik saya yang diculik firuga aneh tapi…”
“Tapi apa?” soal Puteri Rukia.
“Yang Mulia… Yang Mulia kena berjanji pada saya agar merahsiakan perkara ini dari pengetahuan tuanku! Kalau dia mengetahui perkara ini, bapa saya pasti akan mati…”
“Demi kamu Tiara, saya sanggup lakukan apa sahaja!” balas Putera Ryan sambil berlagak hero dnegan menenangkan Tiara yang sudah mula kelihatan mahu menangis di pelabuhan itu. Tiara seharusnya tidak mendedahkan hal itu kepada PasukanPenyiasatan Diraja. Orang ramai sekadar lalu lalang, tidak menyedari akan kehadiran pasukan penyiasatan diraja memandangkan mereka semua sekadar berpakaian seperti rakyat biasa. Orang ramai menggangap mereka ialah pengembara dari Exathus Castle Palace.
“Ceritakan…”
“Di sini bukan tempat yang sesuai untuk kita ceritakan apa yang telah berlaku. Terlalu sulit. Tempat lain lebih selamat,” kata Shania tiba-tiba dari belakang. Putera Ryan sekadar mengangguk. Dia merasakan pengalaman Shania lebih tinggi daripadanya. Dia sedar dia baru sahaja berumur 18 tahun. Pandangannya masih dianggap mentah lagi, dan tidak hairanlah dia sentiasa mematuhi arahan Shania walaupun dia seorang putera raja sebuah kerajaan yang hebat, Exathus.
“Saya cadangkan kita ke rumah saya! Di sana boleh kita dengarkan apa yang berlaku dari mulut papa. Semua ini berlaku sebab dia…” cadang Tiara dengan wajah yang sugul. Tiba-tiba tangannya disambar oleh Putera Ryan.
“Tiara… jangan risau. Saya sentiasa bersama awak…” tutur Putera Ryan dalam nada yang kedengaran romantis. Air mata Tiara tumpah. Putera Ryan mengesatnya dengan perlahan.
“Boleh Tiara tumpang bahu Yang Mulia?” pinta Tiara yang kelihatan bakal menyimbahkan bergelen-gelen air mata wanitanya. Putera Ryan sekadar mengangguk. Tiara menundukkan kepalanya lalu diletakkan di bahu Putera Ryan. Jejaka itu hanya mampu menepuk-nepuk belakang Tiara. Rambut kerinting gadis itu mengurai ditiup angin.
“Mulai saat ini, saya nak awak panggil saya Ryan sahaja. Saya rimas dengan gelaran Yang Mulia itu. Macamlah saya ni mulia sangat…”
Tiara tertawa kecil.

***
“Penat mendakinya!” rungut Aria yang terduduk selepas keletihan mendaki bukit yang menempatkan villa Keluarga Brian. Matahari terik memancar di dada langit menerangi seisi alam. Puteri Rukia dan Shania sedang berbual seketika sementara Putera Ryan sedang asyik memerhatikan Tiara yang sedang tercegat berdiri di hadapan villa miliknya. Dia mengetuk beberapa kali pintu gergasi rumahnya.
“Sekejap! Saya datang!” kedengaran suara garau dari balik pintu tersebut. Selepas beberapa minit, pintu villa Tiara terbuka. Seorang lelaki yang lengkap berpakaian t-shirt biasa dengan perut buncit dan berseluar pendek sedang menggaru kepalanya yang hampir tidak berambut, sedang berjalan ke arah Putera Ryan Alhazred.
“Papa! Tiara dah bawakan mereka semua! Jeneral Shania pun turut berada di sini!” bilang Tiara. Gabenor Brian tersenyum puas. Masalahnya tidak akan berpanjangan. 
“Jangan perkenalkan diri kamu! Biar saya yang teka siapa kamu semua berdasarkan analisis yang saya buat berdasarkan kata-kata orang.  Mungkin ada antara kamu yang saya kenal... tapi tak mengapa. Kamu, berkulit hitam manis, tinggi lampai dan boomerang gergasi yang sering diusungkan di belakangnya.. Shania Adiwartan bukan?” tanya Gabenor Brian. Shania mengangguk. Gabenor Brian masih mengenalinya walau dirinya sedikit tua dan fesyen rambut sudah diubah.
“Berambut ikal, berwajah polos dan putih dengan panah kurniaan Elf Hutan, yang bernama Kryatos. Awak jeneral keenam Exathus, Aria Forestone bukan? 7 Knight yang paling muda,” kata Gabenor Brian.
“Wah! Sammuel Brian. Kamu memang sangat hebat!” balas Aria teruja.
“Kamu, dengan wajah garang, berambut hitam seperti King Alexander, bermata hijau seperti Queen Inoue dan pedang Akira Juruchii. Puteri Rukia Alhazred, bukan?”
“Seperti biasa… awak betul!” balas Puteri Rukia perlahan.
“Dan yang terakhir sekali, yang paling saya nantikan untuk bertemu dengan awak. Putera Ryan. Awak salint tak tumpah seperti ayah awak semasa menyertai The Tournament 25 tahun dahulu. Gagah dan sentiasa mengusung pedang 200 Kg itu seperti ayah awak! Rambut awak macam ibu awak dan masih bermata hijau. Sangat-sangat unik!”
“The Professor… patutlah Alexander mengambil awak sebagai startegis untuk Exathus semasa perang 100 tahun dengan Cloudyst dahulu tamat. Tanpa awak, kami mungkin tewas pada waktu itu dan kegemilangan Exathus selama 5000 tahun akan lenyap begitu sahaja. Analisis awak cukup hebat dan tepat. Awak dah semakin tua! Tapi, keupayaan awak masih kekal seperti biasa! Sangat menakjubkan!” puji Shania sambil sempat berjabat tangan dengan Sammuel.
“Awak apa kurangnya 10 tahun lalu. Tanpa 7 Knight, tiada gunanya idea genius saya ini. Gandingan awak dan Fareez yang saya letak mampu menghambat Cloudyst ke tanah asal mereka ialah sebab utama perang ini tamat! Awak berdua bertarung ketika itu bagaikan panglima yang dikirimkan dari syurga. Malah, Panglima Redzuan turut memuji awak berdua,” balas Sammuel sambil lagi sambil merendah-rendah diri.
            “Ayah dan Shania! Dah habis memuji antara satu sama lain?” Tiara bernada sinis.
            “Papa! Papa sahaja yang terangkan kepada mereka mengenai apa yang sedang berlaku di sini…” arah Tiara lalu bersandar di sebuah dinding.
            “Sebenarnya 5 tahun yang lalu… selepas perang dengan Cloudyst tamat, kota ini diserang hendap oleh puak Zauk yang mendiami Black Forest. Mereka mengungut yang mereka akan merogol Tiara serta membakar seisi kota ini sekiranya kami tidak member mereka 3 kantung wang emas setiap minggu sebagai wang perlindungan. Untuk mengelakkan sebarang peperangan ketika itu, memandangkan kuasa keaskaran masih lemah selepas baru sahaja bebas merdeka. Saya menurut sahaja arahan puak gasar Zauk itu. Tapi, perkara telah berpusing apabila salah seorang dari panglima perang Kota Toraca Lake yang merupakan keturunan Zauk ingin merampas kuasa daripada saya. Dia telah kembali ke keluarganya dan merancang serangan besar-besaran. Saya sangat bimbang sekiranya hal ini diketahui oleh tuanku…. Jadi saya telah mengutuskan cerita dongeng mengenai berita kehilangan anak saya dan sangat menuntut pasukan diraja untuk datang ke sini melakukan siasatan. Di dalam surat tersebut, saya sangat berharap agar Shania hadir ke sini memandangkan panglima perang yang sepatutnya mejaga kota ini menjadi pembelot. Dia mengetahui kelemahan puak gasar Zauk kerana…”
            “Startegi yang agak bijak tapi… sebelum kita memulakan peperangan dengan puak Zauk. Boleh tak berikan pada saya kekuatan pertahanan kota ini?” sampuk Shania tiba-tiba sambil menyalakan sebatang rokok lagi untuk dihisapnya.
            “Macam mana awak tahu yang saya panggil awak semua ke sini kerana untuk berperang dengan Zauk?” tanya Sammuel sambil tersenyum. Dia kagum akan kepintaran Shania.
            “Saya juga sehebat awak! Sekarang, ceritakan kepada saya!”
            “Kota Toraca mempunyai 20 000 bala askar. 6000 orang askar tombak, 4000 orang askar berkuda berat, 5000 akar pemanah dan 5000 askar kapak!” balas Sammuel perlahan.“Saya mengagak jumlah yang terpaksa kita lawan ialah 4 kali ganda daripada apa yang kita ada sekarang. Puak Zauk sangat berbahaya, mereka bertarung menggunakan senjata primitif yang  boleh membunuh seperti kapak batu yang boleh menghancurkan tulang-belulang… tapi pertahanan mereka sangat lemah. Mereka pasti akan susah bertahan sekiranya kita memanfaatkan skuad pemanah kita di atas puncak villa ini! Saya akan hantar 300 orang askar untuk mengumpan mereka semua berhampiran tempat yang boleh dilepaskan panah serta busur. Mereka pasti  tidak bersedia dengan hujan panah tadi. Tambahan pula mereka bertarung di dalam keadaan tidak berbaju. Selepas itu, skuad lain yang saya susun akan menjalankan serangan hendap ke atas askar Zauk!” begitu hebat startegi peperangan yang dirancangkan oleh Sammuel.
            “Tapi…kita tak boleh buat persetujuan daripada Putera! Dia ketua kita nanti!”
            Putera Ryan memandang Tiara sambil berfikir. Ini masanya untuk dia menajdi wira di hadapan Tiara nanti. Tiara pasti akan meyanjunginya dah seterusnya ‘tangkap cintan’ seperti yang diimpikannya. Orang bilang perempuan sukakan lelaki yang gagah dan kacak, aku dah ada satu, iaitu kacak. Cuma Tiara belum lagi melihat kegagahan aku. Setakat mengusung pedang gergasi ini tidak menujukkan yang aku ini seorang yang gagah. Memenangi peperangan dengan Puak Zauk… mungkin aku gagah.
            “Putera?” tegur Tiara. Angan-angan nakal Putera Ryan itu tersentak.
            “Maaf… saya setuju untuk membantu Keluarga Brian menghadapi serangan puak gasar Zauk itu! Bahkan saya yang akan memimpin 300 bala askar yang akan menjadi umpan kepada askar Zauk nanti!” kata Putera Ryan tiba-tiba sambil mendabik dada. Brian tersentak dengan jawapan Putera Ryan itu. Dia pada asalnya menyasarkan Shania yang akan memimpin pasukan 300 orang yang bertindka sebagai pengumpan kerana Shania sudah berpegalaman dalams elok belok peperangan ni. Tapi, Ryan pula?
            Puteri Rukia seolah-olah tidak percaya dengan apa yang didengarinya tadi. Benarkah ini Putera Ryan yang dikenalinya dahulu? Seorang yang manja... Adik dah berubah!

3 kritikan:

mitchelle nur alya said...

heyy . dari uncle ridhuan tee blog , you mentioned my name , can we talk ?add me on mitchellechoo@yahoo.com/gmail.com .we'll discuss it as malaysian okayy ?thanks .:)

mitchelle nur alya said...

btw . cerita you . panjangnyer . hehehe .
and about the title "masalah pendidikan di malaysia",
mesti you hot kan ,if not hot pown , mesti bersemangat kan bile memberi pendapat ?hahah :)

AdLiE Emogoth said...

weyh....ko jela add blog akuh...