Pembaca Setia !

Saturday, January 23, 2010

T Pandemik 11: Aku Seorang Gladiator

    Harish tercegat berdiri sambil tangannya terketar-ketar memegang pedang yang berbaluti darah merah yang segar itu. Matanya masih tertumpu pada sekujur jasad yang tidak bernyawa yang dia yakin menjadi mangsa tusukan pedangnya itu. Dia melihat sekelilingnya, Coliseum itu dipenuhi oleh ribuan penonton yang kelihatanya masih belum puas dengan aksi pertarungan yang dipersembahkan kepada mereka.
 
   Matanya tiba-tiba tertangkap pada satu wajah yang sedang duduk di sebuah kawasan sepeti khas disediakan untuk orang ternama. Wajah itu seperti sudah biasa dilihatnya malah seperti sebati dengannya… wajah itu… eh nanti dulu… itukan Julius Caesar, antara jeneral terhebat di dalam sejarah dunia sebaris dengan Alexander The Great serta Salahuddin Al-Ayubi.

   “Anda semua mahukan lebih lagi?” teriak Caesar tiba-tiba sambil menghunuskan pedangnya ke udara. Kedengaran suara jeritan yang berteriak setuju. Darah gemuruh mula menyerang saraf minda Harish. Apakah yang mereka mahukan dari aku?
 
   “Pegawai! Keluarkan dua ekor harimau yang kelaparan itu. Orang kita mahu melihat bagaimana lelaki gagah di bawah itu melawan dua ekor harimau ganas itu, berjayakah dia hidup?” bilang Caesar lagi. Lutut Harish mula menggeletar. Situasi yang dialaminya persis dengan apa yang berlaku di Hutan Eurasia, di mana dia diserang hendap dua ekor harimau yang dijangkiti oleh Virus T. Cuma kali ini, dia mempunyai sebilah pedang dan harimau itu tidak dijangkiti oleh virus yang telah mengubah sekelian penduduk Eurasia menjadi zombie.
 
   “Eh nanti dulu! Apa yang kamu semua mahu buat ni…”

   “Pegawai, keluarkan golongan hamba untuk dijadikan makanan kepada harimau itu. Hanya Travian sahaja mampu menyelamatkan mereka!” arah Caesar lagi. Harish terkesima. Travian dan golongan hamba? Caesar maksudkan dirinyakah?

   Tiba-tiba sahaja salah satu dari pintu besi yang serupa penjara di bawah stadium kuno itu dibuka. Sekumpulan golongan hamba yang terdiri daripada kanak-kanak kecil, gadis yang berusia belasan tahun serta orang tua yang lemah telah ditendang keluar oleh pegawai yang lengkap berpakaian perang dan bersenjata.

   “Apa yang kamu cuba buat ni? Masukkan mereka kembali ke dalam kurungan itu. Mereka hanya golongan lemah dan tidak bernyawa! Takkanlah kamu nak korbankan mereka pada binatang tu…” teriak Harish tidak puas hati. Dia berjalan ke arah sudut arena stadium itu yang di mana dia merasakan yang dia boleh berbicara dengan Caesar. Lelaki itu baginya telah melampau kerana tegar untuk mengorbankan nyawa-nyawa yang tidak berdosa seperti golongan hamba tadi. Apakah ini lelaki yang dipuja-puja oleh sejarah?
 
    Namun teriakkan Harish itu dipedulikan oleh Caesar. Caesar seolah-olah tidak memahami apakah yang diteriakkan olehnya tadi. Sebaliknya Caesaer kembali mengambil arak lalu meminumnya. Harish kembali melihat harimau tadi menghampiri golongan hamba yang sedang berteriak meminta tolong kepada Harish. Kanak-kanak di situ mula mengeluarkan tangisan tidak berlagu mereka itu. Harish melihat keadaan penonton dis ekelilingnya, dan sekali lagi dia beristighfar kerana sikap yang dipamerkan oleh mereka. Inikah penduduk Rom yang dikatakan sangat bertamadun itu? Baginya haiwan pun tidak akan sanggup melihat situasi seperti ini. Mereka langsung tidak pernah menunjukkan rasa simpati mereka.
 
    Harish pula sedang bermain sandiwara dengan dirinya. Dirinya sedang tersekat di antara dua pilihan hidupnya, menyelamatkan dirinya atau membiarkan golongan hamba tadi menjadi mangsa harimau yang kelaparan itu.

   Tiba-tiba salah seorang dari gadis dari golongan hamba tadi berlari ke arahnya. Orangnya berpakaian hamba yang lusuh, berambut perang dan berwajah jelita. Harish mengetahinya bahawa gadis tersebut ialah bangsa latin Rom.

    “Apa yang awak buat ni? Lihat pada mereka! Apakah awak sanggup untuk melihat bagaimana mereka diratah di hadapan awak. Tolonglah selamatkan mereka. Apakah ini Travian yang penduduk Rom itu bangakan sangat? Mana kehebatan awak?” kata gadis latin itu lagi. Harish terkesima. Dia bukan Travian tapi  

   Harish tapi dia tidak tahu kenapalah dia tidak meluahkan hal itu kepada gadis latin dihadapannya. Dia melihat ke arah dua ekor harimau tadi dengan pandangan yang penuh dengan kebencian serta ketakutan. Dia menatap sekumpulan hamba yang sedang berundur semakin ke belakang agar tidak menjadi santapan harimau yang ganas itu.
 
    Hatinya tiba-tiba meronta menyuruhnya agar menyelamatkan sekumpulan hamba tadi. Pedang sepanjang 14 inci tadi dijulangnya ke udara sementara gadis latin tadi berundur ke belakang. Harish lantas berlari dengan laju ke arah salah seekor harimau tadi sambil menghayunkan pedang.

   “Arggh!” teriak Harish sambil menusukkan pedang itu ke arah belakang harimau yang baru sahaja mahu menerkam golongan hamba tadi. Darah merah terpancut memercikkan ke seluruh tubuh Harish yang lengkap dengan baju besi yang bewarna merah. Harimau tadi rebah ke tanah. Salah seekor harimau yang lain melihat bagaimana seekor harimau yang lain dibunuh begitu sahaja. Harimau itu mengaum dan berlari dengan sangat laju ke arah Harish yang sedang cuba upaya untuk menarik pedang tersebut sebelum dirinya diterkam. Dan… suk! Satu tikaman mengenai dada harimau itu dan jatuh menghimpap Harish.
 
   Bunyi sorakan kedengaran. Mereka ternyata terhibur dengan aksi pertarungan seorang lelaki gagah dengan dua ekor harimau yang ganas dan yang ternyata mengagumkan pera penonton. Harish menolak bangkai harimau tadi ke tepi lalu berdiri. Gadis latin tadi berlari ke arahnya lalu meghadiahkan pelukan. Harish tergamam. Semua penonton telah berdiri sambil memberi tepukan gemuruh kepada Harish. Mereka kagum dengan kekuatan yang dimiliki oleh lelaki itu kerana mampu untuk menundukkan dua ekor harimau yang telah membunuh banyak nyawa gladiator yang tak berdosa dalam masa yang sekejap sahaja.
 
   “Beta mahu bebaskan lelaki tu! Beta nak jadikan dia sebagai salah seorang panglima perang dalam kerajaan beta. Harish seklai lagi terkejut dengan sikap yang ditunjukkan oleh Caesar. Gadis latin itu kemudian melayangkan ciuman di pipi Harish membuatkan jejaka itu merona merah pipinya.

   “Awak hebat!” tutur gadis tadi sambil mengeyitkan matanya. Lutut Harish tiba-tiba terasa longgar. Kejelitaan yang dimiliki oleh hamba perempuan tadi itu telah membuatkan Harish tidak senang duduk. Dia lebih cantik dari Aulia. “Awak… saya kena pergi dulu. Saya akan tunggu awak!”
 
   Harish semakin tidak senang duduk. Dia mula diserang oleh perasaan gelisah yang tidak diketahui dari mana datnagnya. Gadis latin itu berlari ke arah kelompoknya yang sedang dihalau masuk ke dalam penjara tempat mereka dikurung. Harish tiba-tiba menjerit.

    “Saya belum tahu siapa nama awak lagi!”

   Gadis latin itu berhenti sebentar lalu menoleh. “Panggil saya Erisya Mathwell” Erisya berllau pergi meninggalkan Harish keseorangan. Tiba-tiba sekali lagi cahaya putih muncul. Mata Harish sekali lagi silau membuatkannya terpaksa menutup mata. Dia berasa pening-pening lalu rebah ke tanah. Kedengaran suara orang menggumam dan Erisya berlari ke arahnya. “Travian! Bangun…” Erisya rebah di sebelahnya.

***

   Harish membuka kelopakmatanya. Dia memandang di sekelilingnya, tiada lagi Coliseum dan penduduk Rom yang semakin meninggalkan norma kehidupan sebaliknya dia sedang terbaring lesu di atas tanah hutan hujan Eurasia. Tapi… ada seseorang yang tidak lenyap…
 
   “Erisya!?” Harish terkejut. Dia lantas bangun. Dia melihat dua ekor harimau tadi terbaring dans alah seekor darinya tertusuk sebilah pedang yang Harish kenal, merupakan pedang yang dia gunakan di Coliseum temph masa itu. Dia mencari leibat Aulia. Gadis orang asli itu sedang terbaring tidak jauh darinya. Kepalanya luka sedikit tetapi tidak parah.

   Erisya tidak lagi berbaju seperti seorang hamba malah berkemja putih yang kelihatan kotor akibat tanah di hutan tersebut. Erisya juga berseluar jean putih. Pendek kata, gadis itu berpakaian serba putih.

    Harish lantas mengejutkan Erisya.

   “Erisya! Bangun Erisya!” kejut Harish sambil mengoyangkan tubuh Erisya. Kelihatan matanya terbuka sedikit. “Mujurlah…”

   “Travian! Awak selamat! Syukurlah!” teriak Erisya kegembiraan. Aulia tersedar dari pengsannya, mungkin kerana keterujaan yang dipamerkan oleh Erisya. Aulia melihat Harish dipeluk oleh seseorang. Dia lantas berlari ke arah Harish dan menolak gadis itu.

   “Alhamdulillah Harish! Harimau tu… siapa dia?” Tanya Aulia. Erisya lantas meleraikan pelukannya lalu bergerak ke arah Aulia sambil merenung gadis itu.

   “Awak ni gila ke? Awak panggil dia dengan nama apa? Harish? Awak tak kenald ia ke? Dia ialah Travian, gladiator terhebat pada zaman pemerintahan Caesar!” bilang Erisya sambil mencekakkan pingganya. Aulia hamper tergelak sambil merenung Harish untuk mendapatkan penjelasan.

   “Awaklah yang gila! Caesar Itukan orang yang dah mati! 2000 tahun lalu,” balas Aulia bengang sedikit bengang dengan apa yang dikatakan oleh Erisya. Erisya pula yang kali ini kelihatan seperti diserang halilintar. Dia memandang Harish.

   Harish tidak tahu apa yang mahu dikatakan olehnya. Penjelesan yang keluar dari mulutnya nanti pasti akan menimbulkan kekeliruaan pada kedua-dua gadis jelita di hadpaannya itu. Seorang pasti tidak akan percaya bagaimana dia kembali ke zaman silam dan membawa kembali seorang hamba jelita dan seorang lagi pasti akan jadi gila apabila diberitahu yang dia mungkin baru sahaja mengembara masa yang istilah itu tidak pernah di dengarnya.
 
   “Er… apa yang kamu berdua katakan tadi tu sebenarnya benar!” balas Harish tiba-tiba. Kedua-dua gadis itu memandang Harish lalu merenung antara satu sama lain kemudian berkata serentak.
  “
   Perempuan gila tu kata benda yang betul?” kata kedua-dua jelitawan itu serentak sambil menundingkan jari ke arah mereka antara satu sama lain. Harish tersepit. Kini, tanggungjawabnya harus menjaga kedua-dua orang gadis itu.

  “Sebenarnya….” Harish pun menceritakan segala-galanya yang berlaku pada Erisya serta Aulia . Mereka berdua kelihatan semakin faham dengan situasi yang sedang berlaku. Harish berasa lega kerana mereka berdua mengerti.

2 kritikan:

zwitterion said...

hye el.
er..mmg tulisan tu colour grey ke and background brown eh?
i can't read ur post la dear..

~support yeah~ =))

El Sang Penulis said...

taklah...

background kaler putih.

tulisan hitam .

:)

Powered By Blogger