Pembaca Setia !

Thursday, January 21, 2010

T Pandemik 10: Hati Yang Remuk

   “Helmi… akak nak kau imamkan solat subuh pada hari ini. Selalunya ini tugas ayah..” Leen terdiam sejenak. Dia baru sahaja membangkitkan nostalgia yang baru sahaja dikuburkan dengan masa.
 
    “Kakak…” tidak semena-mena air mata mengalir membasahi pipi Helmi. Hatinya mudah tersentuh sejak kebelakangan ini. Dia kini terpaksa memikul taggungjawab untuk menjaga Leen, Sahara serta Azim, budak kecil yang baginya merupakan pengacau utama.
 
   Hanya Sahara sahaja banginya boleh bertarung. Kakaknya merupakan gadis yang fobia dengan senjata manakala Azim pula barulah berumur dalam 7 atau 8 tahun. Manalah budak tu tahu untuk menggunakan senjata.

    Helmi lebih suka menggunakan senjata tangan manakala Sahara pula lebih pakar menggunakan senjata api.  Mereka berdua telah mampu untuk membunuh beratus-ratus zombie yang cuba memakan mereka serta Leen dan Azim.

   “Maafkan akak. Akak tak sengaja Helmi!” balas Leen sambil menepuk-nepuk bahu Helmi. Helmi lantas mengesat air matanya apabila kelibat Sahara muncul. Gadis jelita itu tersenyum tiba-tiba, kelihatan sinis. Helmi mula menggelabah sakan. Dia menyesal apabila Sahara melihat dirinya menangis. Dia sebagai lelaki…

   “Comel El tadi!” tutur Sahara tiba-tiba. Wajah Helmi merah padam. Sekali lagi, Sahara berjaya mengenakan jejaka yang berambut hitam malang itu. Helmi yang berkemeja serba puth kelihatan sedikit terganggu dengan apa yang dituturkan oleh Sahara itu kemudian melangkah ke arah bilik air, bergegas untuk mengambil wuduk. Apa-apa pun yang berlaku, suruhan Allah S.W.T tidak harus dipandang ringan walau situasi apa yang menghimpit hidup ketika itu. Hanya dialah yang boleh menyelamatkan kita daripada bahaya.

***

     Begitu sedap suara Helmi mengalunkan ayat suci Al-Quran serta bacaan solat pada pagi itu. Azim berdiri di belakang shafnya yang kemudian diikuti oleh Sahara dan Leen yang kelihatan manis bertelekung.

     “Assalamualaikum warrahmatullah,” tutur Helmi perlahan sambil menoleh kearah kiri dan kanannya lalu menyapu wajahnya. Tangannya kemudian di tadah ke langit. “Ya Allah Ya Tuhan Kami. Berikanlah kami kekuatan serta kemantapan hidayah untuk kami hadapi ujian yang Kau kirimkan ini. Ya Allah, Kami di sini percaya Engkaulah Tuhan yang Maha Pengasih Lagi Penyayang….” Itu merupakan salah satu daripada bait doa yang dibaca oleh Helmi pada pagi itu. Tidak juga dia mendoakan agar dicucuri rahmat kepada kedua orang tuanya yang telah kembali ke rahmatullah. Air matanya sekali lagi tumpah. Destinati yang mereka mahu tuju selepas ini ialah Hospital Kebangsaan Eurasia yang lokasinya tidak jauh dari sini.

    Helmi kemudian bangkit sambil melipat sejadah dan bergerak keluar dari bilik itu meninggalkan Leen, Sahara serta Azim di dalam. Dia masih belum tenang dengan apa yang berlaku. Fikirannya masih merawang-rawang ke arah apa yang berlaku semalam. Dia lantas menghempaskan punggungnya di kusyen empuk di ruang tamu rumahnya.

    Kakaknya muncul bersama Sahara yang sedang erat memegang tangan Azim. Helmi lantas bangkit lalu mengambil kapak dan kayu hokinya yang disandarkan di kusyen itu. Dia lantas bergerak ke arah mereka.

   “Kakak! Kita nak ke sana naik apa?” tiba-tiba sahaja Azim melontarkan pertanyaan itu. Sahara tersenyum puas.

   “Naik kereta kakak Ara lah!” balas Sahara. Helmi kelihatan terkejut besar. Dia memandangkan kakaknya untuk mendapatkan penjelasan. Kakaknya pula menampilkan riak wajah seperti sudah tahu akan perkara itu.

“Kereta?” tutur Helmi tiba-tiba. Gadis semuda Sahara memiliki sebuah kereta?

  “Ya. Kenapa?” balas Sahara. Helmi mengerutkan dahinya keliru. Dia seperti tidak pasti untuk mempercayakan apa yang diluahkan oleh Sahara. Dia merenung dalam wajah gebu dan putih Sahara itu.

   “Helmi tak tahu ke yang Sahara ni mempunyai sebuah kereta? Satu Malaysia mungkin dunia tahuakan semua ini. Kereta Ferrari model spider. Hadiah tunang Sahara, Putera Fahmi, anak raja arab saudi!” balas Leen sambil menggelengkan kepalanya. Dia berasa bingung dengan sikap yang dipamerkan oleh Helmi. Sahara ialah sebuah nama besar di dalam industri hiburan dunia. Sahara ialah seorang pelakon terkenal yang telah berjaya menambat hati anak putera Raja Arab Saudi yang terkenal, King Faisal.

   Hati Helmi ketika itu terasa seperti baru sahaja dirempuh treler besar. Amat sakitnya. Sahara… kau dah berpunya malah bakal berkahwin dalam masa terdekat ini. Apakah aku ini terlalu buta untuk mengenal permata yang terlalu mahal yang aku impikan untukku miliki? Helmi lantas diam, tidak lagi bersuara. Sahara menyedari perubahan yang tiba-tiba pada wajah Helmi, dia terasa bersalah. Dia tahu yang jejaka itu menyukainya jika dilihat daripada reaksi. Tapi, Sahara merasakan dirinya sudah biasa dicinta oleh orang. Dia artis… Helmi, maafkan aku…


    “Kakak! Untuk apa kita berada di rumah ni lagi. Saya nak pergi dari sini! Banyak sangat nostalgia yang melukakan hati yang dah remuk ni,” dingin sekali kedengaran suara Helmi. Dia kelihatan sudah berputus asa.
Leen hanya menganguk. Sahara hanya mengekori Helmi keluar.

   “El… kenapa ni?’ tutur Sahara tiba-tiba sambil meletakkan tanganya di atas bahu Helmi di perkarangan rumah Helmi. Helmi menoleh lalu menolak tangan Sahara.

   “Aku tak apa-apa. Kau jaga diri kau!” balas Helmi lagi. Sahara terganggu dengan perubahan mendadak Helmi. Helmi… sanggup El ‘ber aku dan kau’ dengan Ara. Apa salah Ara?

   “El…”

   “Jangan panggil aku dengan nama itu!” tengking Helmi tiba-tiba membuatkan Sahara terkesima. Dia tidak menyangka yang Helmi akan tegar berbuat begitu terhadapnya. Air mata menitis mengalir menuruni pipinya. Helmi tidak memedulikannya. Sahara, kau curi hatiku tetapi kau pulangkannya dalam keadaan remuk dan berkecai. Aku dah tidak punya hati lagi…

    Pang! Satu tamparan hinggap di pipi Helmi. Kakaknya menghadiahkan Helmi satu tamparan. Helmi pula yang kesima kali ini. Kakak… tegar kakak melakukan adik kakak begini. Kenapa!

   “Helmi! Kau sedar tak apa yang kau buat ni? Apa salah Sahara pada kau? Apa salah dia!” marah Leen yang tiba-tiba hilang sabar dengan sikap Helmi. Helmi mengenggam penumbuknya untuk menahan kemarahan.

   “Sahara memang bersalah dalam hal ini. Kenapa dia harus menjerat Helmi dalam cintamya? Kenapa Helmi harus terperangkap dalam cintanya bersama Fahmi? Dia sudah bertunang dan dia menghampiri Helmi. Helmi jatuh padanya dan dia senang-senang memberitahu yang dia sudah bertunang!” balas Helmi meluahkan perasaannya.

   “Apa yang awak maksudkan ini?” tanya Sahara tiba-tiba. Dia terkejut dengan apa yang dilauhkan oleh Helmi. Tak akanlah dia nak membuat pengakuan…

   “Saya maksudkan yang saya cintakan awak Sahara! Tapi, awak dah dimiliki dan saya merayu kepada awak jangan lakukan saya sebegini. Tolong hentikan panggilan manja yang awak berikan pada saya, dan tolong hentikan suara manja awak tu. Awak buat saya tersiksa…” balas Helmi membuatkan kakaknya, Azim dan Sahara tergamam.

“Maafkan saya…”

0 kritikan:

Powered By Blogger