Pembaca Setia !

Tuesday, December 8, 2009

T Pandemik 1: Malapetaka Kedua

Tragedi yang menimpa Bandar terkenal dunia Racoon City masih menjadi igauan seluruh penduduk dunia. Masih terngiang cerita di telinga mereka mengenai bagaimana penduduk di bandar itu yang populasinya mencecah 2 juta orang bertukar menjadi pemakan daging segar yang pelahap. Pihak yang di amanahkan mendedahkan bahawa sebuah syarikat farmasi terkenal dunia Umbrella Corporation merupakan dalang di sebalik tragedi ini. Di katakan yang syarikat ini telah menjalankan sebuah projek rahsia bagi membangunkan sejenis virus yang akhirnya telah dijadikan sebagai senjata biologi oleh mereka sendiri untuk mewujudkan insiden keganasan di bandar Racoon City.



Sejak peristiwa Racoon City itu, berulang kali berlaku klon peristiwa yang sama terjadi pada Racoon City terjadi di tempat lain. Namun, bezanya kawasan tersebut hanya melibatkan pekan-pekan kecil di kawasan pendalaman di dunia.

Sebagai contoh, Leon S. Kennedy, agen rahsia FBI yang merupakan salah seorang daripada orang yang terselamat daripada peristiwa Racoon City telah dihantar bagi menyelamatkan anak presiden USA, Ashley Traford. Dia telah dihantar ke pendalaman Sepanyol untuk menyelamatkan anak presiden tersebut. Tetapi di sana, dia telah menyedari bahawa penduduk kawasan pendalaman sepanyol itu telah dijangkiti oleh sejenis virus yang hampir sama menjangkiti seluruh penduduk di Racoon City. Setelah melalui pengembaraan yang agak panjang serta dasyat, Leon S.Kennedy telah mendapati bahawa sebuah organisasi yang bernama Los Illuminados merupakan dajjal yang telah menjadikan peristiwa di Racoon City sebagai asas bagi mereka untuk mengklonkan perbuatan Umbrella Corporation yang dipercayai telah lumpuh serta-merta, di Racoon City.

Selepas itu, pekan kecil di benua Afrika, Kijuju telah menerima nasib yang sama seperti yang berlaku ke atas Racoon City. Kijuju telah meminta bantuan USA untuk menghantar skuad terbaik mereka untuk menyiasat dalang di sebalik kejadian tersebut. Chris Redfill, ketua skuad Alpha dan Sheva Amohra, ejen rahsia West Africa O1 bersama skuad Alpha dan Delta (tentera) ditugaskan ke sana. Mereka mendapati bahawa pemilik Umbrella Corporation, Albert Wesker serta orang kanan mereka, Irvin merupakan dalang di sebalik peristiwa ini.

Virus T yang menjangkiti seluruh penduduk Racoon City telah memasuki fasa kedua dan penduduk Pekan Kijuju telah dijadikan bahan eksperimen mereka. Di situ, Chris telah menemui sahabatnya, Jill Valentine yang disangkanya mati dalam peristiwa Racoon City. Mereka, Chris, Jill dan Sheva telah berjaya membunuh Albert di kawasan gunung berapi dan memadamkan niat buruknya itu dan membongkar misteri perubahan mendadak penduduk Kijuju.

Kisah tentang Racoon City belum berakhir di situ. Tanpa mereka sedari, Umbrella Corporation telah bertindak bersama Asstrold Pharmacy untuk membangunkan tahap ketiga Virus T dan kini giliran bandar Eurasia yang terletak Malaysia menjadi sasaran mereka yang seterusnya

***

Bandar pencakar langit di Eurasia berdiri megah di sisi jalan raya Eurasia yang berturap dan bertingkat. Jauh di pinggir Eurasia, kawasan hutan simpanan yang hampir mengelilingi bandar tersebut, sebuah makmal rahsia yang dibangunkan oleh pengikut-pengikut setia Umbrella Corporation bersama sebuah syarikat pengganas yang berselindung di sbelaik nama Asstrold Pharmacy, sedang merancang satu lagi rancangan jahat, kejadian keganasan senjata biologi yang kedua di dunia. Mereka menamakan projek mereka sebagai T Pandemik.



Mereka kelihatan sangat yakin bahawa projek mereka itu akan berjalan dengan lancar. Mereka ingin melihat peristiwa Racoon City berulang kembali di depan mata mereka. Rancangan pertama mereka kelihatan berjaya.


Pada waktu yang sama, di tengah-tengah kawasan perumahan Eurasia, seorang remaja lelaki berusia lingkungan 17 tahun sedang nyenyak tidur di aats katil empuknya. Tidak sedikit pun dia menyedari bahawa sesuatu sedang berlaku di bandar Eurasia. Tiba-tiba, bunyi letupan berlaku, mengejutkan seisi rumah. Tidurnya terganggu dan pintu biliknya kuat diketuk oleh sesorang.

“Adik! Bagun! Mak dengan ayah dah hilang!” suara kakaknya itu kedengaran cemas. Remaja lelaki itu bangun dengan malas dari katilnya. Rambutnya kelihatan kusut masai, dalam kegelapan malam yang disinari cahaya bulan. Biliknya kelihatan agak suram juga.


“Sekejap kak!” suaranya malas. Mengacau betul kakak aku ni! Tak boleh lihat orang senang! Entah apalah yang merasuknya malam-malam buta ni. Kakinya malas melangkah ke arah bilik air di dalam biliknya. Tangannya mencapai suis yang terletak di dinding sebelah pintu masuk bilik airnya. Dia bergerak ke arah cermin lalu membasuh mukanya. Sikat oren yang terletak di atas sinki dicapainya lalu terus menghias rambutnya mengikut gaya fesyen yang terkini.

Remaja itu mempunyai satu tabiat, dia tidak akan membiarkan sesiapa pun melihatnya di dalam keadaan kusut masai termasuk ahli keluarganya. Setelah siap berkemas, dia akhirnya


“Helmi! Mak dengan bapa dah hilang!” bersungguh kakaknya menjelaskan. Raut wajah kakaknya kelihatan manis di dalam lampu di koridor tingkat dua yang terpasang terang. Dia tidak memakai baju tidur sebaliknya lengkap berseluar jean dan berpakaian kemeja putih lengan panjang miliknya. Rambutnya pula digayakan kemas dan cantik.

Mujurlah Helmi tidak perlu bersiap-siap tadi kerana dia masuk tidur dalam pakaian yang kerana keluar menonton wayang bersama-sama rakannya semalam - tanyangan lewat malam.

Tangannya ditarik oleh kakaknya. Ke mana pula perempuan ni nak bawa aku ni? Macam mana pula mak dengan ayah boleh hilang, mereka… terkesima dirinya apabila kesan seperti heretan darah yang panjang kelihatan di ruang tamu rumahnya yang menuju hingga ke pintu. Helmi merenung kakaknya. Cuba mendapatkan kepastian tetapi sebaliknya, kakaknya sudah mengalirkan air mata.

“Kak Leen! Apa sebenarnya yang sudah berlaku?’ tanya Helmi perlahan. Tangannya terketar-ketar di atas bahu Leen. Matanya lantas membuang perasaan mengantuk yang menyelubungi dirinya sebentar tadi. Apa yang berlaku dihadapannya telah menyegarkannya kembali.

“Dalam 15 minit sebentar tadi, kakak ada kedengaran bunyi letupan yang sangat kuat! Kakak terbangun dari tidurlah… kakak ingatkan nak kejutkan mak dan ayah. Tapi… manalah tahu kesan darah ini yang kakak jumpa!” tutur Leen perlahan kepada adik bongsunya. Bapanya merupakan seorang usahawan terkenal, Dato’ Lee Huzaimi. Manakala ibunya, seorang suri rumah tangga sepenuh masa, Datin’ Liyana. Mereka hanya dua beradik di dalam keluarga itu, seorang lelaki dan seorang perempuan. Hubungan antara Leen atau namanya Azlinda sangat rapat dengan adik kesayangannya, Helmi. Usia mereka hanya dua tahun beza.

“Kakak rasa ini kerja siapa?” tanya Helmi memandang kakaknya. Raut wajah Helmi kelihatan binggung. Peluh mula membasahi wajah putih jejaka itu. Leen hanya mengangkat bahunya sebanyak dua kali. sebagai isyarat tidak mengetahui apa-apa. Helmi kelihatan menerima jawapan yang dilontarkan oleh kakaknya. “Kita harus berjaga-jaga, kak. Saya rasa makhluk durjana yang melakukan semua ni masih berada di sini. Akak duduk sini, saya nak pergi ambilkan senjata. Kayu hoki saya ada di bilik.”

“Ya. Akak tunggu. Adik cepat pergi ambil ya? Jangan tinggalkan kakak seorang diri di sini lama sangat. Nanti ada pula benda yang culik akak,” seloroh Leen, sempat bergurau walaupun ketika tadi air mata membasahi pipinya.

“Perasan. Macam akak tu cantik sangat sampai ada benda yang sanggup culik akak,” kata-kata Leen tadi sempat dijawab gurauan daripada Helmi yang sedang menaiki tangga rumah untuk ke bilik tidurnya. yang terletak di tingkat dua Sampai sahaja di blik tidurnya, dia terus menyalakan lampu. Terpacak kayu hokinya di sebelah katil empuk yang seharusnya menjadi tempat jejaka itu bermadu mimpi malam ini, tapi persetan kejadian di rumahnya. Baru sahaja kayu hoki itu dalam genggamannya, kedengaran bunyi jeritan kakaknya. Bergegas jejaka itu berlari menuruni tangga ke ruang tamu.Dia tidak mahu ada sesuatu yang berlaku pada kakak kesayangannya.


Apabila sampai sahaja dia di situ, kelihatan dua orang manusia, lelaki dan perempuan sedang berjalan dalam kelajuan yang amat lembab, seperti langsung tidak bermaya ke arah kakaknya yang sedang tergamam. Malah, baju dua manusia tersebut kelihatan tompokan darah, koyak-rabak dan wajah mereka pula amat dikenali oleh Helmi.


“Mak dan ayah! Mujurlah mak dan ayah tak apa-apa. Tapi... kenapa dengan baju mak…” kata-kata yang mahu dituturkan oleh Helmi terhenti apabila ayahnya tadi menerkam Leen secara tiba-tiba. Meronta-ronta Leen cuba melepaskan dirinya tetapi tidak berdaya Kelihatan seperti ayahnya mahu menjadikan Leen makanannya. Apa sebenarnya yang terjadi? Helmi pula seolah-olah seperti orang yang sudah hilang akal lantas menghayunkan kayu hokinya yang kemudian mengenai kepala ayahnya. Darah merah terpancut dari tempurung kepala ayahnya. Beberapa saat kemudian, ketika ayahnya rebah ke tanah, Helmi menyedari apakah yang telah dilakukannya. Dunia di sekeliling Helmi terasa berpusing-pusing. Tangannya menggigil. Kayu hoki miliknya terlepas dari genggaman. Kakaknya melihat perbuatan tersebut. Ibunya pula sedang berdiri di pintu rumahnya, merenung kosong.

“Mak… Helmi tak sengaja. Maafkan Helmi,” Helmi merangkak ke arah lutut ibunya, merayu kemaafan. Panas barannya telah menguasai dirinya sehinggakan tanpa dia sedari, tangannya sudah membunuh bapa kandungnya sendiri. Ibunya memandang Helmi tanpa perasaan seolah-olah tidak sedikit pun tersentuh dengan apa yang berlaku.


Ibunya kemudian bergerak ke arah jasad ayahnya yang tidak bernyawa. Helmi memerhatikan sahaja. Di kotak fikirannya, mungkin ibunya mahu menatap wajah ayahnya buat kali terakhir, dia langsung tidak menghalang.

Sekali lagi kejutan menjelma apabila dengan rakusnya, ibunya itu meratah leher ayahnya. Kuat benar rahang ibunya apabila tercarik isi ayahnya. Helmi tergamam. Syaitan manakah yang merasuk ibunya. Dia dengan pantas bergerak ke arah ibunya, cuba menarik ibunya dari melakukan perbuatan yang luar dari norma kehidupan itu malah tidak bertamadun.

“Mak! Isghtifar mak!” seru Helmi. Ibunya tidak mengendahkan nasihat Helmi sebaliknya menolak Helmi dengan satu tenaga yang agak kuat menyebabkan jejaka itu terpelanting mengenai dinding. Leen terkejut. Dengan segera berlari ke arah Helmi.

“Adik tak apa-apa ke?” soal Leen cuba mendapat kepastian, mengurt-ngurut leher adiknya sambil membantu adiknya untuk berdiri semula. Helmi bangun dengan bantuan Leen sambil menggelengkan kepalanya. Lehernya terasa sakit sedikit.

Tiba-tiba kedengaran seperti bunyi tembakan yang kuat dari luar. Helmi pantas mencapai kayu hokinya lalu bergerak ke arah tingakap, menyelak langsir. Kelihatan seorang gadis sedang gagah bertarung dengan sekumpulan manusia yang kelihatan berkelakuan persis ayah dan ibunya tadi menggunakan selaras senapang Shot Gun.

“Apa yang dibuatnya?” tanya Helmi perlahan di dalam hati. Kakaknya turut melihat apa yang terjadi.Hebat benar gadis itu bertarung. Tiada satu tembakkan pun yang tersasar sebaliknya terus mengenai manusia-manusia yang cuba menghampiri gadis itu.


“Sahara! Perempuan tu kan pelakon terkenal yang berlakon dalam filem Resident Evil 6: The Campaign kan?” tutur Leen perlahan spontan. Helmi menoleh ke arah kakaknya itu. Kelihatan kakaknya tahu benar mengenai Sahara yang dinyatakan.

“Akak kenal dia ker?” tanya Helmi sambil menundingkan jarinya ke arah gadis tersebut melalui balik tingkap. Leen mengangguk. Siapa yang tak mengenali Sahara, pelakon terkenal yang memang menjadi gilaan jejaka di dunia. Wajahnya yang putih , cantik dan berlesung pipit, berambut hitam yang lurus sehingga paras bahu serta mempunyai susuk badan idaman setiap orang lelaki.

“Diakan watak utama yang melakonkan watak Jill Valentine dalam filem Resident Evil yang terbaru! Apa yang dia buat di sini?’ tutur Leen hati-hati memberitahu adiknya itu. Helmi merenung kakaknya penuh makna. Kakaknya binggung. Bagaimanalah pula adiknya itu tak mengenali Sahara? Ketinggalan zaman sungguh! Kata kaki wayang...


“Maksud kakak, filem mengarut di mana manusia bertukar menjadi zombie tu? Benda macam tu Helmi tak minat!” tanya Helmi kembali. Leen mengangguk buat kali kedua. Adiknya merenung kembali kakaknya.Dia terfikirkan sesuatu.


“Hey! Kamu berdua di dalam tu, mari keluar bantu saya!” tiba-tiba Sahara menjerit dari luar. Rupa-rupanya, Sahara telah menyedari daripada awal yang perbuatannya telah diperhatikan dari balik tingkap kawasan perumahan tempat Helmi dan Leen tinggal itu.  Dia kemudian menoleh ke arah ibunya. Darah comot kelihatan di wajah ibunya. Hampir separuh jasad ayahnya telah habis menjadi lahapan ibunya.

“Nanti dulu, adik rasa yang mak dengan ayah kita dah bertukar menjadi zombie lah kak!” tutur Helmi tiba-tiba, mengejutkan kakaknya.Itulah yang sebenarnya bermain di minda Leen. Suatu perkara yang tak pernah difikirkan Leen akan menjadi realiti telah menjadi kenyataan.


“Mustahilah! Akak ingat semua benda tu mengarut!” balas Leen. Helmi membisu kembali. Namun, pertanyaan itu tidak terjawab apabila diganggu oleh Sahara yang tiba-tiba menendang pintu rumah miliknya. Dengan tiba-tiba gadis itu menembak ibunya di bahagian kepala. Rebah orang tua itu.

Helmi tergamam. Persetan punya perempuan! Dia bunuh ibu kandungku tanpa perasaan dengan tiba-tiba! Helmi berjalan ke arah Sahara sambil menggengam penumbuknya. Panas barannya sekali lagi menguasai diri.

Dengan tidak semena-mena, kemeja berkoler Sahara yang dipakai gadis itu digengamnya. Terangkat gadis itu di udara. Mata Helmi merah, tangannya terketar-ketar menahan amarah. Anehnya, Sahara tidak langsung gentar dengan Helmi yang sedang dikawal oleh emosi itu. Darah mudalah katakan.

“Kau… kenapa kau bunuh mak aku!” tengking Helmi marah. Dia sudah hilang kawalan. Sahara menarisk nafas yang panjang lalu menghembuskannya perlahan-lahan. Dia harus menenangkan lelaki yang mirip aktor korea itu.

“Awak… kalau ya pun, tolonglah turunkan saya dulu,” tutur gadis itu perlahan. Lunak suaranya. Entah kenapa jantung Helmi terasa seperti baru sahaja disiram dengan air sejuk. Tangannya perlahan-lahan melepaskan koler baju Sahara tanpa relanya. Tangan, apa yang sedang kamu lakukan? Kenapa kau lepaskan koler baju gadis empunya nama Sahara ini?


“Awak mungkin tak kenal siapa saya lagi... Awak pernah dengar tak peristiwa Racoon City? Kisah tu memang benar-benar berlaku… saya salah seorang dari manusia yang terselamat. Terima kasih pada Jill Valentine, tanpa dia, mungkin saya dah mati di dalam bandar tu. Saya dah belajar dari pengalaman, belas kasihan tidak patut diberikan pada mereka semua. Awak, sedarlah, dia bukan ibu awak lagi! Maksud saya, dia dah bertukar menjadi makhluk yang sudah tidak berhati perut lagi. Kalau awak sayangkan nyawa awak, kita terpaksa membunuhnya. Sekali lagi saya nak ingatkan awak, dia ialah zombie! Mereka dah tak kenal awak lagi! Walaupun awak ialah anak mereka...” jelas Sahara. Air mata Leen sudah tidak dapat dibendung lagi. Helmi bangkit lalu melepaskan sebuah tumbukan yang hinggap di pipi Sahara yang putih dan berlesung pipit itu. Gadis itu terjatuh terjelopok ke tanah. Bibirnya berdarah. Dikesatnya perlahan. Hampir menangis Sahara dibuatnya.


“Kau cakap macam yang mereka itu patut dibunuh dalam nada tidak bersalah kau! Kau tak faham apa yang aku sedang rasakan pada saat ini! Kau sedar tak siapa wanita yang baru kau tembak tadi? Dia tu mak aku! Kau jangan berlagak yang macam kau faham apa yang sedang aku rasakan!" tengking Helmi bengang. Leen semakin menangis teresak-esak mengenangkan pemergian kedua-dua orang yang tersayang dalam hidupnya. Dalam masa beberapa minit, dia dan adiknya Helmi telah menjadi anak yatim piatu. Keperitannya itu bertambah dengan pertengkaran adiknya dengan seorang gadis yang bernama Sahara.

“Awak… saya faham perasaan awak..” tutur gadis itu perlahan. Mata Sahara sudah mula bergenang.

“Kau tak akan pernah faham! Macamlah kau pernah kehilangan orang yang tersayang dalam keadaan yang persis seperti aku…”

“Saya pernah awak! Saya pernah!" tengking Sahara. Sahara tidak dapat mengawal perasaanya.

"Awak pernah?" Helmi kesima. Dia tidak menyangka akan perkara ini.

"Maaf... sebab meninggikan suara dengan awak tadi. Ya , sya pernah. Awak sahaja yang tak berikan masa untuk saya jelaskan satu persatu tindakan saya tadi! 10 tahun lalu, ketika saya baru berumur 9 tahun. Ayah saya, seorang saintis yang bekerja untuk Umbrella Corporation. Ayah saya orang inggeris, mak saya melayu, saya ni kacukan. Dalam tahun itu, Racoon City telah dilanda sejenis wabak yang bernama T Virus. Semua orang di bandar tersebut telah bertukar menjadi seperti mak dan ayah awak. Mama dan papa saya pun turut sama mengalami seperti mana yang terjadi pada mak dan ayah awak! Mereka… bertukar menjadi zombie!” begitu terseksa Sahara untuk melafazkan kata-kata terakhir yang mahu keluar dari mulutnya. Air muka Helmi bertukar secara drastik. Hatinya goyah tiba-tiba, begitu meruntun dirasanya tika saat itu. Dia telah menyakitkan hati seorang gadis.


“Awak tahu tak yang saya terpaksa bunuh semua ahli keluarga saya ketika itu menggunakan senjata yang diberikan oleh Jill kepada saya! Bayangkanlah keadaan ketika itu, Jill tidak mahu saya menyimpan dendam kepadanya dan mengarahkan saya sendiri yang menembak keluarga saya. Perasaan saya ketika itu.. saya tak nak awak dan kakak awak mengalami kembali apa yang saya rasakan. Lagipun, mereka tu bukan keluarga saya dan saya tidak mahu melihat ahli keluarga saya terseksa dalam keadaan yang sebegitu. Awak… maafkan saya. Saya sanggup menerima segala balasan daripada awak… sekurang-kurangnya biarlah saya seorang sahaja yang merasai perasaan sebegitu!” tambah Sahara lagi, deras air matanya mengalir. Helmi terlutut di atas tanah. Lututnya terasa longgar, tidak mampu untuk berdiri. Dia merangkak ke arah Sahara yang sedang melutut. Tangannya lembut menyentuh dagu Sahara yang sedang menundukkan wajahnya itu, cuba melindungi wajahnya yang sedang menangis apabila kenangan lama diungkit kembali dengan cara yang kejam. Terkesima Sahara apabila dagunya ditolak dengan lembut ke atas lalu memaksa dirinya mengakat wajah. Helmi sedang melutut di hadapannya. Air matanya dikesat oleh jejaka kacak itu.Jantung Sahara tiba-tiba berdegup dengan sangat kencang secara  tiba-tiba.


“Awak… maafkan saya, ya? Saya tak boleh lihat gadis secantik awak menangis. Saya pun akan turut menangis sekali…” tutur Helmi dalam nada yang agak romantis. Perwatakkan Helmi tiba-tiba berubah. Sahara, kau telah menundukkan hati Helmi yang panas baran itu. Kakaknya, Leen terharu dengan drama yang sedang dimainkan dihadapannya, senyuman kecil terukir di bibir Leen dalam sandiwara itu.

“Dah..” belum sempat Leen mahu bersuara. Pintu rumah Helmi tercabut dari tempat yang sepatutnya. Mata mereka terpasang ke arah tempat di mana kejadian tadi berlaku. Zombie-zombie yang dalam jumlah berpuluh-puluh orang sedang berjalan masuk, meraung tak tentu pasal. Salah satu dari mereka memegang gergasi automatik. Sahara lantas bangun. Tangannya dihulurkan ke arah Helmi lalu disambut oleh remaja lelaki itu. Mereka berdua berdiri dengan cekal. Sahara lantas mengeluarkan shoot gun miliknya yang diikat di kakinya manakala Helmi telah mencapai kayu hoki yang dilemparkannya jauh tadi. Leen hanya berlindung di sebalik Helmi dan Sahara.

“Sahara… awak dah bersedia?” tutur Helmi lembut, buat kali terakhir sebelum mereka bertarung dengan mayat-mayat hidup yang sedang cuba bertakhta dalam rumah Helmi. Sahara mengangguk sambil mengeyitkan matanya pada Helmi. Muka jejaka itu merah tiba-tiba. Leen tergelak kecil. Helmi memang sangat pemalu, itu realitinya.

“Tembak!” teriak Sahara melepaskan tembakan mengenai zombie yang sedang memegang gergaji automatik itu. Sekali tembak, kelihatan bahawa zombie itu mampu untuk berdiri. Sedas tembakan shoot gun langsung tidak mampu membunuhnya. Sahara melepaskan satu lagi tembakan, kali ini tepat ke arah kepalanya. Darah merah memancut.

"Helmi, ingat! Kelemahan zombie itu terletak pada kepalanya. Ingat!"
Helmi mengangguknya lalu menghayunkan kayu hokinya tepat ke arah kepala zombie-zombie yang sedang mendekati kakaknya. Dia tidak mahu kehilangan orang yang tersayang lagi. Cukuplah dengan kehilangan seorang ibu dan ayah dalam masa yang sama.

“Helmi! Belakang adik!” teriak Leen apabila salah satu zombie yang terlepas dari mata Helmi tiba-tiba memeluk jejaka itu dari belakang lalu cuba untuk menggigit urat leher Helmi. Sahara menyedarinya, sedas shoot gun dilepaskannya lalu Helmi sempat memukul zombie itu dengan kayu hoki lantas rebah. Sahara menunjukkan isyarat bagus dengan ibu jarinya.

Tiba-tiba kelekaan Sahara itu dihukum pula apabila zombie yang sedang membawa gergaji automatic yang disangka oleh Sahara telah rebah tiba-tiba bangun sambil mengacukan gergajinya untuk memotong kepala Sahara. Sahara tidak menyedarinya dan gergaji tersebut hampir dengan kepala Sahara.

“Awak!” teriak Helmi sambil menolak Sahara ke tepi dan gergaji tersebut teracu ke arah Helmi. Mujurlah Helmi sempat menghayunkan kayu hokinya itu ke arah tangan zombie tadi menyebabkan zombie itu terlepas gergaji automatiknya.

“Terima kasih awak…” tutur Sahara perlahan sambil spontan memeluk Helmi. Kelihatan muka Helmi merah, darah merah mengalir dari hidungnya. Agaknya Helmi malu mungkin. Sahara mengambil masa beberapa saat untuk menyedari perbuatannya itu. Muka gadis itu turut bertukar menjadi merah lantas meleraikan pelukannya. Shot Gunnya dicapai olehnya lantas meneruskan pertarungan. Leen tersenyum kecil melihat apa yang berlaku.

1 kritikan:

sahara said...

kecian sahara!

Powered By Blogger