Pembaca Setia !

Tuesday, December 8, 2009

T Pandemik 2: Konspirasi

Di saat Bandar Eurasia dalam keadaan yang huru-hara disebabkan penularan virus T yang tidak dapat dikawal. Otak Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Datuk Shahrin mungkin lebih berserabut. daripada yang lain Segala idea terpaksa dikerahkan oleh otaknya untuk menagani segala masalah yangs edang melanda jika tidak mahu reputasinya tercalar. Baru sahaja Malaysia bebas dari virus H1N1, datang pula virus yang lebih dasyat, yang impaknya sangat hebat dan lebih dasyat dari H1N1. Virus yang diketahuinya telah memaksa kerajaan Amerika Syarikat meletupkan sebuah Bandar metropolis terkenal dunia, Racoon City, T Virus.

Shahrin kini sedang duduk di dalam mesyuarat tergempar dengan barisan kabinet-kabinetnya di Putrajaya. Eurasia merupakan sebuah pulau yang dibangunkan sebuah Bandar di atasnya. telah dilanada sejenis wabak dasyat yang menukarkan manusia kepada zombie. Jarak pulau itu dari Putrajaya ialah lebih kurang 300 kilometer. Hal ini disebabkan oleh lokasi Eurasia sendiri yang terletak di tengah-tengah Laut China Selatan. Memang merupakan sebuah tanggungjawab yang amat berat untuk memindahkan 8 Juta penduduk Eurasia ke tempat lain dan meletupkan Bandar tersebut seperti mana yang dilakukan oleh USA ke atas Racoon City merupakan satu-satunya tindakan yang mampu difikirkan buat masa ini untuk mengelakkan sebarang .

“Saya cadangkan kita selamatkan orang-orang yang terpenting dalam Bandar tersebut! dahulu,” ujar salah seorang menteri yang hadir. Terdapat suara-suara kecil yang menggumam kecil setuju. Namun, Shahrin lebih termenung jauh. Seolah-olah ada sesuatu yang mengganggu dia. Mesyuarat itu kelihatan seperti tidak penting baginya.

Ahli Kabinet tidak mengambil masa yang lama untuk menyedari bahawa perdana menteri mereka sedang termenung memikirkan sesuatu, seperti mesyuarat ini tidak penting langsung. Selepas beberapa minit suasana sepi dan semua mata tertumpu ke arah Perdana Menteri Shahrin, barulah lelaki yang beruban itu meneydari bahawa terdapat sesuatu yang mencurigakan pada sikapnya yang telah mencuri perhatian sidang mesyuarat pada hari itu.

“Tuan Shahrin,” timbalannya di sebelah bersuara dalam nada berbisiik. “Tuan ada apa-apa yang tak kena ke? Kalau tuan tak keberatan, tuan boleh kongsikan dengan kami.”

“Tiada apa-apa,” pantas Shahrin berbohong. Jantungnya berdegup kencang. Panggilan yang ditunggunya itu masih belum tiba. Dia mengeluarkan telefon bimbit canggihnya. Menunggu dengan tekun, lelaki yang seharusnya menelefonnya dirinya pada hari itu masih belum membuat sebarang panggilan lagi.

Seperti dapat membaca minda Shahrin, panggilan yang dinantikan akhirnya tiba juga. Lantas Shahrin menjawab panggilan itu. Peluh mula membasahi pipi lelaki itu. Dahinya berkerut aneh, seperti orang yang sedang sembelit.


“Hello Tuan Presiden! Tuan masih ingat pada saya lagi ke? Saya rasa tak mungkin tuan lupa kan? Hahahahaha!” suara lelaki misteri itu kedengaran di sebalik panggilan tersebut. “Tuan! Saya beri amaran! Jangan sesekali tuan cuba pindahkan penduduk Eurasia sekiranya tuan nak lihat anak tuan, Shila selamat!”

“Jahanam kau! Rupa-rupanya kaulah orang yang menculik anak aku!” suara Shahrin tiba-tiba menengking. Mukanya seperti naga yang terlalu marah dan mahu mengekuarkan api dari mulutnya. Wajah lelaki tua itu pula semakin bertambah merah.


“Hahahaha! Kau yang sebenarnya bakal jahanam Datuk Shahrin!! Salah kau juga,! Kau yang bersetuju untuk menyediakan sebuah tempat rahsia di Eurasia untuk kami , Umbrella Corporation meneruskan kajian kami. Sekarang, kerana kau, akhirnya kami berjaya. Kau telah membantu kami Kau ingatkan hanya dengan apabila kami berikan kau Vaksin H1N1 untuk Malaysia dan kau berikan kami lokasi rahsia, hutang antara kita akan lupus? Tidak kawanku… Umbrella Corporation sentiasa mahukan dua kali ganda dari orang yang berurusan dengannya. Setiap konspirasi ada bayarannya tersendiri. Bayaran yang sesuai untuk kau ialah kehilangan anak kau atau Bandar Eurasia… hahahahhahaha! Roh Albert Weskey di sini! Akan tetap hidup walaupun yang lain fikirkan yang dia telah mati…” panggilan lelaki yang mendakwa dirinya Albert Weskey itu lantas dimatikan begitu sahaja.Nafas Shahrin tercungap-cungap menahan amarahnya.

Menggigil Shahrin seketika. Matanya bertukar merah. Kemarahan yang amat sangat sedang membara dalam diri lelaki tua yang beruban itu. Nyawa anaknya dan hayat Eurasia, bandar pelabuhan yang berjaya di abad ini dalam tekad hidupnya, pilih satu antara dua. Shila atau kekayaan.

“Mesyuarat hari ini dibatalkan! Saya nakkan ejen Malaysia yang terhebat berjumpa dengan saya malam ini juga! Ada misi penting yang perlu saya berikan padanya. Menteri pertahanan, uruskannya dengan segera!” ujar Shahrin lantas beredar dari bilik mesyuarat tersebut. Pegawai Peribadi yang melindunginya termengah-mengah mengekori orang nombor satu Malaysia itu dari belakang.

***

“Saya dengar tuan perlukan seorang ejen yang boleh diharap untuk melaksankan sebuah misi?” ujar seorang lelaki yang sedang berdiri di hadapan pintu pejabat yang tertera nama Datuk Shahrin Ruslan, perdana menteri Malaysia. Lelaki itu, kacak orangnya dengan rambut lembut yang dibiarkan serabut di dahinya dan badannya yang kelihatan tegap. Dia memakai pakaian tentera yang lengkap.

“Jadi, kamu ialah Adam Harish?” tutur Shahrin perlahan. Harish mengangguk. Shahrin memandang lelaki itu dari atas hingga ke bawah. Adam Harish ialah seorang jejaka yang berjambang nipis, berambut pendek dab berbadan tegap. “Kamu ialah lelaki yang telah diarahkan oleh Menteri Pertahanan untuk melakukan lebih dari 12 misi rahsia kerajaan itu? Dengar cerita kamulah orang yang telah diarahkan untuk menyelinap masuk ke dalam pejabat kedutaan Singapura untuk mencuri rahsia kerajaan mereka itu kan?” Harish mengangguk lagi. Satu-persatu kejayaan yang dicapai oleh Harish telah disebut oleh perdana menteri Malaysia itu.


“Bagus! Saya harap semua yang tertulis tentang kamu di atas kertas ini bukan hanya di atas kertas sahaja. Buktikan pada saya! Saya ada sebuah misi untuk kamu! Menteri Pertahanan Datuk Hidayat mengatakan kamulah calon yang paling sesuai untuk misi ini!" tutur Shahrin.



"Mungkin," balas Harish pendek.



"Kamu akan pergi Eurasia hari ini juga! Jam sekarang pukul 10.30 malam. Kamu akan sampai ke sana menggunakan sebuah helikopter dalam hanya 30 minit sahaja! ” kata Shahrin sambil melihat jam di tangannya.

Harish diam sebentar lalu membuka mulutnya untuk menuturkan sesuatu. “Tuan, misi apa yang begitu penting buat saya untuk di selesaikan itu sehinggakan saya perlu bertolak sekarang?”tanya Harish mulai curiga.


Shahrin menaris nafas begitu panjang lalu menerangkan segala-galanya yang berlaku kepada Harish. Harish kelihatan begitu terkejut. “Tuan! Saya tak sangka yang… peristiwa Racoon City itu akan bakal berulang semula! Malapetaka kedua! Kenapa tuan buat sanggup buat semua ni.. sekarang yang terpaksa tanggung semua ialah Shila! Shila, that poor girl…” ujar Harish perlahan, bahasanya menjadi tunggang langgang sehingga tidak diketahui oleh dirinya sendiri apa yang dituturkan olehnya. Mungkin perasaan takut sedang mengusasai dirinya.

“Tolonglah… hanya kamu sahaja tempat yang saya boleh harapkan. Tolonglah setuju… nyawa anak saya, Shila berada di tangan kamu. Saya terlalu sayangkan dia… hanya dialah satu-satunya anak perempuan saya. Kalau kamu selamatkan dia, saya sanggup buat apa sahaja untuk kamu! Sumpah, saya berjanji!” kata Shahrin, suaranya kedengaran sedkikit terdesak.

“Okey! Saya setuju!” balas Harish pendek.Wajahnya ditundukkan.


“Ambil pistol Hand Gun dan peta Eurasia di atas meja saya ini!” arah Shahrin kepada Harish pendek. “Dan jangan lupa baju kalis peluru yang akan diberikan oleh orang yang saya tugaskan di dalam helikopter nanti. Ingat! Kamu akan dilepaskan di kawasan pinggir hutan Eurasia Island! Di sana, peta yang ada di tangan kamu nanti akan membimbing kamu! Nyawa anak perempuan saya berada di tangan kamu! Buat yang terbaik! Pastikan yang bahawa Umbrella Corporation tidak menyedari kehadiran kamu! Ini misi sulit! ”

“Baik tuan!” kata Harish buat kali terakhir sambil memberikan tabik kepada Shahrin. Shahrin mengangguk. Hatinya gusar, tapi sekurang-kurangnya dia mampu menarik nafas lega apabila seorang ejen yang memang telah banyak berjasa pada negara Malaysia sudi untuk mempertaruhkan nyawanya untuk anaknya Shila. Nyawa Shila, kalau sesuatu terjadi pada gadis itu, pasti Azer tidak akan memaafkannya. Azer, maafkan aku...


***

“Jadi kamulah orang yang telah diberi kepercayaan oleh Shahrin untuk menyelamatkan Shila?” ujar pemandu helikopter Nuri yang bakal bergerak ke Eurasia dalam kelajuan yang paling maksimun mungkin.

“Ya!” jawab Harish pendek. Dia sedang memakai baju kalis peluru yang diberikan oleh pemandu helikopter itu Selalunya, dia akan menerima misi daripada ketua atasannya, menteri pertahanan Malaysia tetapi kali ini, mungkin misi tersebut agak bahaya dan sulit, Perdana Menteri Malaysia sendiri, Datuk Muhammad Shahrin yang memberikan misi tersebut kepadanya, dan dia entah apa yang sedang merasuknya, sanggup menerima misi tersebut. Shila… dia pernah melihat gadis itu di kaca televisyen, tidak kurang cantiknya juga, mungkin mewarisinya anugerah itu dari arwah ibunya, Ain Shafikah atau lebih dikenali oleh dunia dengan nama panggilan Azer.

“Kita akan berhentikan kamu di kawasan hutan simpan di Eurasia. Kamu akan ditinggalkan seorang di sana, jika kamu berjaya menyelamatkan Shila, ingat! Hubungi kami menggunakan alat ini! Kami akan segera mengambil kamu di tempat mana kami tinggalkan kamu!” kata pemandu helikopter kepada Harish yang sedang duduk bertafakur. Tafakur merupakan gaya dan tabiat Harish yang biasa sebelum memulakan segala misi yang diamahkan kepadanya.

***

“Awak bersedia?” kata juruterbang helikopter tersebut kepada Adam Harish atau nama panggilannya Harish sebelum jejaka itu melakukan terjunan ke hutan tebal khatulistiwa Pulau Eurasia. Nyawa seorang gadis berada di dalam tangannya. Harish menoleh sambil memberikan isyarat bersedia dengan ibu jarinya.

“10, 9, 8, 7, 6, 5, 4, 3, 2, 1. Lompat!” teriak salah seorang petugas di dalam helikopter tersebut. Harish melakukan lompatan. Tangannya didepakan menuruni udara. Sebentar lagi payung terjun di belakangnya bakal dibuka. Tetapi, Harish mahu menikmati suasana itu buat seketika, suasana bagaimana angin lembut meniup mukanya, di sebuah pulau yang merupakan pulau ketiga terbesar di dunia. Bandar Eurasia terletak di pinggir pantai Eurasia. Makmal tersebut pula di pinggir Eurasia, jauh dalam hutan simpanan.

Ketika Harish sedang berusaha untuk membuka payung terjunnya. Tiba-tiba helikopter yang membawa Harish ke situ meletup. Harish menoleh ke arah helikopter tersebut, rupa-rupanya kehadiran mereka telah disedari oleh salah satu konco-konco orang yang mendakwa dirinya Albert Weskey. Helikopter tersebut telah ditembak menggunakan bazooka oleh salah satu orang Albert Weskey di dalam hutan tersebut.



"Tidak!" teriak Harish spontan. Hutan Eurasia bakal menjadi tanah perkuburan buat dirinya nanti.


Dan malang pula menimpa Harish, serpihan kipas helikopter yang meletup tadi melayang jatuh lalu mengenai payung terjun Harish. Apa lagi, jejaka itu terus jatuh ditarik graviti bumi dalam kelajuan yang maksima. Menjerit jejaka itu meminta pertolongan. Dalam hatinya ketika itu hanyalah mampu untuk dia berdoa.

“Ya Allah… Aku mohon kepadamu agar selamatkan aku dari bahaya ini!” doa Harish kedengaran pendek namun penuh tekad, Dia percaya kuasa tuhan melebihi segalany

0 kritikan:

Powered By Blogger