Pembaca Setia !

Monday, December 28, 2009

T Pandemik 7: Erti Sebuah Pengorbanan

   Helmi kelihatan termanggu seketika apabila kapak yang dicari olehnya selama ini akhirnya ditemui juga, terpacak di dinding garaj. Dia terfikir sejenak, tadi puas benar aku mencari, tapi tak ada kelihatan pula kapak ni, bagaimana pula ia boleh berada, tesergam di dinding garaj ni? Mungkin Allah mahu membantuku, Alhamdullilah.

   Dicabutnya kapak tesebut lalu dengan puas berjalan ke arah pintu keluar yang sedang ternganga menantinya.  Di kotak minda Helmi, dia ingin menjadi hero yang akan menyelamatkan hidup Sahara. Dia mula tersenyum sendirian, persis orang gila dalam kepekatan malam di tengah bandar Eurasia. itu Segala perkara yang tidak masuk akal mula menerjah minda jejaka itu. Kadangkala kedengaran bunyi tawanya yang mencelah kesunyian malam.

   Dia menghempaskan punggungnya ke atas sofa empuk di ruang tamu biliknya. Di atas ribanya terdapat sebatang kayu hoki yang berlumuran darah manakala tangan kanannya pula erat menggengam kapak merah yang dijumpainya tadi. Dia menarik nafas yang sangat panjang lalu melepaskannya perlahan-lahan, mungkin cuba mencari ketenangan memandangkan pelbagai peristiwa telah berlaku sepanjang satu jam setengah di rumah itu.

   Dia merenung dalam dua jasad yang tidak bernyawa di atas lantai rumahnya. Jasad dua orang yang telah banyak menabur pengorbanan ke atas dirinya. Ayah... mak... Helmi janji yang Helmi akan jaga kakak sebaik-baiknya. Helmi tak akan mempersia-siakan kematian mak dan ayah. Helmi akan cari dalang  yang  menjadi dajjal di atas peristiwa yang persisnya seperti di Racoon City.

   Tapi, haruskah dia membawa kakak? Dia mendongakkan kepalanya, seraya merenung ke tingkat atas. Kak Leen, haruskah Helmi bawa kakak bersama? Tapi, apa yang Helmi bakal lakukan ini sangat bahaya... dan Helmi tak nak kehilangan orang yang tersayang lagi selepas mak dan ayah! Separuh dari hatinya meronta menyuruh dia pergi dari rumah itu secara senyap-senyap meninggalkan kakaknya, tapi separuh dari hatinya pula berasa sangat bersalah sekiranya dia melakukan perkara sebegitu.

   Dia bangkit. Dia hanya berpandukan hatinya, kakinya perlahan melangkah keluar dari rumah itu. Dia sendiri tidak tahu kuasa apakah yang sedang memandu dirinya keluar dari rumahnya. Tiba-tiba sahaja bahunya disentuh oleh seseorang ketika kakinya mula berada di mulut pintu.

   Kepalanya ditoleh secara perlahan ke belakang, Sahara sedang berdiri tercegat sambil mengacukan senjata Shot Gun milik gadis itu. Helmi tergamam. Apa yang telah dilakukan olehnya?

   "Siapa awak?" soal Sahara tiba-tiba membingungkan Helmi. Atmosfera di sekelilingnya terasa sangat berat sekali untuk bernafas.

   "Saya El! Takkan itu pun awak tak tak tahu?" balas Helmi perlahan, kedua-dua tangannya didepangkan., gaya apabila seseorang diacukan oleh senjata api. Dari riak wajahnya, jelas bahawa jejaka itu ketakutan.Manakan tidak, bayangkan situasi di mana senjata yang impaknya sangat dasyat sedang diacukan kepada diri sendiri.

   "Awak bukan El. Saya kenal siapa El. El ialah seorang yang berani, tidak akan meninggalkan kami dalam keadaan terpingga-pingga macam ni!" senjata Sahara itu makin dekat dengan dadanya. Matanya dikecilkan ke arah belakang Sahara.Kelihatan seorang gadis yang berketinggian sederhana bersama seorang budak kecil yang kelihatan ketakutan sedang tercegat berdiri memerhati, tidak berani untuk mencampuri urusan dunia yang sedang ditayangkan dihadapan mereka.

   "Kakak! Tengok apa yang Ara nak buat kat Helmi ni? Tolonglah Helmi! Ara dah gila!" balas Helmi sambil meninggikan suaranya.  Dia sedikit berang dengan sikap yang ditunjukkan oleh kakaknya yangs anggup menjadi tunggul kayu dalam hal itu. Bukannya dia nak mempertahankan adiknya itu, silap hari bulan jika Sahara tertekan picu senapang itu, nyawanya boleh melayang begitu sahaja.

   "Akak tak ada adik!" balas Leen tiba-tiba menyebabkan Helmi tersentak. Dia merenung wajah kakaknya. Dengan tidak semena-mena, air matanya jatuh mengalir membasahi pipi tanpa disedarinya. Dia mahu membalas kata-kata yang setajam sembilu itu tetapi lidahnya entah kenapa kelu untuk berkata-kata. "Akak tak ada adik macam kau! Adik apa yang sanggup meninggalkan kakaknya di tengah kekalutan malam, di tengah kotaraya yang rata-rata penduduknya ialah karnivor yang sedang dahagakan darah dan daging!"

   "Akak! Helmi buat semua ni pun untuk kakak! Untuk kakak!" diulangnya perkataan terakhir itu untuk kakaknya mengerti bahawa dirinya melakukan semua itu ialah kerana kakaknya. Dia mahu kakaknya faham akan erti pengorbanan yang dia lakukan.

   "Pengorbanan? Jangan nak buat lawak!" kata Sahara yang lantas melepaskan tembakan. Helmi tergamam, peluru tadi menembusi dadanya. Tangannya menggeletar. Darah terpancut keluar mengenai wajah Sahara. Senyuman jelas terukir di wajah gadis itu dan Helmi rebah.

***

    "Saya... er.. di mana ni?"  ujar Helmi tergagap apabila dia sedang terbaring di jalan raya yang berturap. Dia merenung langit, namun dia lantas terperanjat. Asap hitam kelihatan memenuhi dada langit. Kedengaran suara manusia yang menejrti ketakutan.

    "Bangun! Bangun! Israel dah menjajah negara kita! Tentera kita sedang berundur!" teriak seorang budak lelaki di sepanjang jalan. Helmi lantas bangkit. Kelihatan orang ramai sedang berlari di gigi jalan raya. Ada di antara mereka yang kelihatan cedera parah di papah oleh rakan atau ahli keluarga.

    "Aku di mana ni?" teriak Helmi, mengharap yang ada yang mendengar pertanyaannya.Matanya masih melilau melihat sekelilingnya.

    "Apa yang kau buat lagi kat situ! Larikan diri SEKARANG!" jerit seorang gadis yang sedang duduk bercangkung di gigi jalan. Helmi naik hairan.  Gadis itu hanya memerhatikan sahaja orang-orang yang sedang bertempiaran lari entah apa sebabnya, Helmi tidak mengetahuinya.

     "Tapi awak?" Helmi melontarkan pertanyaan. Gadis itu lantas bangkit lalu berjalan ke arah Helmi. Dari raut wajah gadis itu, jelas dia yang binggung dengan perwatakkan Helmi.

      "Apa yang kau nak? Kau nakkan kematian? Dah lama hidup?" pertanyaan gadis yang berambut perang keemasan, memakai sweater yang bercorak aneh dan berseluar jean tiga suku. Dia menolak Helmi lalu menghadiahkan jejaka itu satu tamnparan.

    "Auch!" spontan mulut Helmi menyuarakan. Tangannya perlahan menyentuh pipi merah yang sakit itu. "Kenapa awak tiba-tiba aje lempang saya?" tutur Helmi berang. Wajah polos gadis itu mahu sahaja dia hancurkan, mujurlah akalnya masih boleh berfikir dengan waras. Aneh, di dunia ini, dia mampu untuk mengawal perasaannya, panas baran dirinya entah bagaimana, sudah lesap.

     "Saya nak sedarkan awak dari mimpi awak! Tak lama lagi askar durjana Israel itu akan menghampiri tempat ini! Mereka akan bunuh siapa sahaja di tengah laluan mereka!" balas gadis bermabut perang itu lagi. Mulut Helmi terlopong. Ya Allah! Apa yang kau ingin tunjukkan padaku ni?

    "Mimpi? Atau saya sebenarnya di dalam mimpi?" tutur Helmi perlahan. Namun sempat jawapannya itu berbalas, gadis tadi menarik tangannya lalu membawa Helmi ke sebuah tempat. Terhegeh-hegeh Helmi mengikuti gadis tadi.

***

   Helmi kini berada di apartment milik gadis yang menyelamatkannya tadi. 

   "Jadi, negara Malaysia merupakan negara Islam terakhir yang jatuh pada  tangan Isarel?" tanya Helmi sekali lagi. Gadis tadi mengangguk. Helmi masih tidak percaya dengan apa yang didengarnya itu. Air matanya sekali lagi tumpah.

    "Ya Allah! Jadi apa yang aku takutkan selama ni telah berlaku?" soal hati kecil Helmi. Apakah yang Allah ingin tunjukkan pada dirinya. Dia tidak mengerti mengapakah dia harus berada di situ. Apapun, dia yakin, Allah ada sesuatu yang ingin ditunjukkan kepadanya.

     "Awak nak sertai kami?" ujar gadis bermabut perang tadi. Helmi yang dari tadi menundukkan wajahnya mengangkat sedikit, merenung wajah polos gadis itu.

      "Apa maksud awak?" tanya Helmi kembali.

      "Maksud saya, saya nak ajak awak sertai pasukan pemberontakkan Legenda! Saya Erin, salah seorang ahli pasukan pemberontakkan yang mahu menggulingkan kerajaan Israel di tanah Malaysia!" balas Erin sambil mengukirkan senyumannya. Helmi kesima. Situasi semakin kompleks untuk difahami.

      "Saya.. err... boleh terangkan kepada saya akan pasukan tersebut?" Helmi pun tidak mengetahui mengapakah perkataan itu yang diucapkan olehnya, namun yang pasti, dia mahu menhacurkan kerajaan laknatullah itu, Israel.

        "Legenda ditubuhkan oleh seorang lelaki bersemangat waja, yang dari azali lagi telah menaburkan perasaan benci kepada Israel dalam hatinya, Erman Heykall. Dia ialah salah seorang pelarian dari Palestine. Namun, apabila semua kerajaan Islam di dunia telah digulingkan olehnya, dia tekad untuk menubuhkan sebuah pasukan pemberontakkan. Kami bertindak seperti rangakaian kami diseluruh dunia seperti Hamas, Hizbullah dan Victory di Bosnia," jelas Erin panjang lebar. Minat Helmi semakin tertarik dengan Legenda. Nama Erman Heykall... macam sudah biasa didengarnya... mungkin para pembaca...

   "Saya berminat.. err... apa yang patut saya buat?" balas Helmi yang telah secara tidak sengaja mencoretkan kegirangan di dada Erin. Mukanya seolah-olah baru sahaja diwarnai pelangi, ceria sungguh.

    "Kalau macam tu... jom saya bawa awak ke markas rahsia kami? Nak tak? Saya akan bawa awak jumpa Erman Heykall!" ajak gadis itu. Sekali lagi tangan Helmi ditarik oleh Erin.

***

    "Masuk!" kedengaran suara mengguman dari dalam sebuah bilik bawah tanah di pangsapuri Erin. Erin lantas membuka pintu itu. Helmi tergamam. Dia sekarang sedang berada di sebuah markas yang sangat canggih sekali infrastukrturnya. Kawasannya sangat luas. Di sudut markas itu, seorang lelaki tua sedang melatih sekumpulan remaja cara menggunakan AK-47. Manakala seorang perempuan yang lengkap berpakaian saintis, serta lengkap becermin mata. Di sudut yang lain seorang gadis bertudung sedang merawat seorang wanita tua yang hilang kakinya. Helmi semakin kagum dengan Legenda.

    "Ikut saya!" ajak Erin yang kelihatan begitu ceria pada hari itu.

    "Err..." balas Helmi pendek. Dia mengikuti sahaja langkah gadis tadi. 

    "Jadi, kamu bawa ahli baru?" ujar Erman Heykall yang sedang membaca sebuah akhbar. Matanya masih tidak ditolehnya ke arah kami, sebaliknya dia masih tidak berganjak.

   "Ya abang! Nama dia Helmi! Dia sangat berminat dengan pasukan kita!" balas Erin ceria. Helmi mengecilkan matanya pada dada tajuk akhbar Berita Harian yang dibaca oleh Erman Heykall. 'Pengganas Legenda!' Semangat Helmi luntur begitu sahaja. Dia berundur ke belakang beberapa langkah. Erin menoleh ke arahnya, terdetik perasaan aneh di hati Erin.

    "Awak semua pengganas ke?" soal Helmi perlahan.

    "Tak!" balas Erman Heykall pendek. Dia kelihatan tersenyum sedikit.

    "Akhbar tu bilang apa?" Helmi mempersoalkannya.

    "Oh ini? Mereka dikawal oleh Israel durjana itu. Tapi, kami tak kisah apa yang orang kata kerana kami percayakan diri kami. Kami yakin ini satu PENGORBANAN!" balas Erman Heykall sendirian. Erin hanya merenung mereka berdua.

   "Pengorbanan?" tanya Helmi kembali.

   "Ya! Kami sedang lakukan sebuah pengorbanan. Kalau kami fikir apa kata orang, itu bukan pengorbanan sebaliknya sikap mementingkan diri sendiri. Pengorbanan bermaskud sanggup membiarkan diri sendiri dalam masalah kerana orang lain teutama orang yang kita sayang... walau mereka tidak dapat menerima pengorbanan yang kita lakukan..." tutur Erman Heykall perlahan. Sekali lagi dunia Helmi berpinar. Dia rebah ke tanah.

***

   "El! Bangun El!" kejut seorang gadis. Helmi membuka matanya perlahan-lahan. Wajah gadis yang menembaknya tadi kelihatan. Helmi lantas bangun dari tidurnya. Dia memegang dadanya. Aneh, tiada sebarang kesan darah ataupun rasa kesakitan ditembusi peluru hidup senjata Shot Gun.

    "Ara tak tembak El ke tadi?" Helmi menyoal Sahara tiba-tiba. Ketawa kecil meletus dari mulutnya. Tangan lembut Sahara lantas menyentuh dahinya.

    "El demam ke mimpi?" soal Sahara tiba-tiba. Helmi terpingga-pingga. "Maaf... saya mimpi tadi!"

    "Bangun! Solat subuh! Hari dah siang!" balas Sahara."Lepas solat nanti kita akan ke Hospital Kebangsaan Eurasia Malaysia! Di sana, kita boleh berlindung!"

    Helmi masih membisu. Dia sedang duduk memikirkan apa yang baru sahaja dialaminya semalam. Siapa Erman Heykall dan Erin... siapa mereka?

  

2 kritikan:

Media Cyber said...

blog awak ni ... blog penulis drama ke ape? :) saya follow awak

El Sang Penulis said...

sya tule snovel aje. :)