Pembaca Setia !

Sunday, December 13, 2009

E-Cerpen: Kabin Di Tepi Sungai


“Zul! Apa lagi yang kau buat tu?” terjahku dari belakang Zul. Jejaka kacak itu sedang termenung sendirian. Van yang disewa untuk membawa kami ke Kabin milik Azrie, anak Dato’ Yusri Jalaini sudah siap sedia.
Kabin Ria – nama yang diberikan oleh Azrie – bakal menjadi tempat kami menyambut hari terakhir kami bersama di Universiti Zerease setelah sekian lama menjadi graduan universiti.

Kabin Ria terletak di sebuah sungai di pinggir Sungai Lanchester yang di kelilingi oleh hutan taiga. Kawasan hutan Lanchester yang masih dara ini memang terkenal dengan kisah-kisah berhantunya. Antaranya ialah apabila jam mula berdetik pukul 12 malam. Kelibat gadis sunti yang bernama Suraya akan kelihatan terapung-apung, mengilai dan kadang-kadang memangis di atas sungai dan juga di dalam hutan Lancherster itu. Suraya ini dikatakan merupakan roh seorang gadis yang lemas di sungai Lanchester kerana ditolak oleh rakan-rakannya ketika majlis bagi menyambut hari terakhir mereka di Universiti Zerease.

“Dah sampai pun kita!” kata Hoi Fong lega apabila akhirnya kami selamat tiba di Kabin Ria.

“Hoi Fong! Lama jugakan masa yang di ambil untuk ke sini… lebih kurang 3 jam…” kataku kepada Hoi Fong apabila selesai sahaja dia memberhentikan kereta di tepi jalan raya.

“Mana kabin tu, Zul?” tanya Hoi Fong seakan-akan mengarah. Zul menoleh ke arahnya lalu mengarahkan kami mengekorinya dari belakang, meredah masuk ke dalam hujan taiga. Aku menyesal kerana terlupa membawa baju sejuk kerana suhu ketika itu mencecah 14 darjah celcius.

Setelah lebih kurang 15 minit meredah semak samun dan hutan taiga yang diselubungi kabus itu, akhirnya kami tiba di pinggir sungai Lanchester. Kabin Kayu Ria dua tingkat itu tesergam indah di hadapan kami. Kelihatan Zulaikha, gadis berkulit hitam manis dan bertudung itu sedang duduk di kerusi kayu yang panjang bersama Redwa’arul, jejaka kacukan jawa-cina yang berjambang nipis dan berambut lurus. Jelaslah yang mereka berdua tidak menyedari kehadiran kami.

“Hey Redwa! Kami dah sampai! Mana kawan-kawan yang lain?” aku menyapa Redwa dari belakang.

“Oh! Kau Farz! Mereka semua ada di dalam. Boleh tinggalkan aku dan Zulaikha sendirian di luar? Ada hal penting yang aku nak bincangkan!” balas Redwa sambil membetulkan baju sejuk bulu serigalanya.

“Hai Farz,” tegur Zulaikha sambil tersenyum. “Hai Zul… hai Hoi Fong!”

Sambil mengendong beg bajuku yang berat, aku bergerak bersama Zul dan Hoi Fong ke dalam kabin memninggalkan Redwa dan Zulaikha membincangkan hal mereka masing-masing.

“Farzlah!” teriak Naem, jejaka berbadan tegap dan bermuka cengkung itu kepada Gray apabila melihat aku tercegat di hadapan pintu pagar bersama Zul dan Hoi Fong.

“Yalah. Kau pergi mana? Kami dah tunggu lama! Nina, kekasih awal dan akhir kau tu, tak habis-habis suruh aku telefon kau. Tapi, maklumlah, line tak berapa baik di sini,” Gray mula berceloteh panjang lebar sambil menyelitkan sedikit jenaka dalam celotehnya.

“Entahlah… mungkin Si Hoi Fong ni yang pandu van lambat. Oh ya, mana Nina?” tanyaku ingin tahu.

Ada di dapur! Sedang masak bersama Roziana, Natalie dan Vayne. Kau macam rindu sahaja pada dia…lagi satu, Azrie dan Aishah belum sampai lagi. Kereta mereka rosak di lebuh raya 099, lebih kurang 3 batu dari sini. Selepas kau lepaskan rindu kau pada Nina, aku dan Naem ingatkan nak ajak kau ke tempat itu untuk mengambil Aishah dan Azrie…” jelas Gray lagi panjang lebar.

“Ya! Aku tahu…” balasku acuh tak acuh lalu menghempaskan beg bajuku di atas kusyen yang berdekatan lalu bergegas ke dapur. Sampai sahaja aku di situ, Nina, gadis jelita berwajah sawo matang dan bermabut lurus paras pinggang terus bergegas memeluk aku, seolah-olah kami sudah lama terpisah selama seribu tahun!

My hubby!” bisik Nina.

“Nina! Belum jadi hubby kau lagi. Sabarlah… 3 bulan aje lagi!” perli Roziana yang kemudian disambut oleh ketawa 3 orang gadis di belakangnya.

“Kau ni Roziana!” tegur Nina marah.

“Janganlah marah, cantik…” Roziana cuba meredakan keadaan.

“Oh, sayang. Saya, Gray dan Hoi Fong nak pergi ambil Azrie dan Aishah! Kereta mereka rosak!” balasku kepada Nina.

“Mereka belum sampai lagi, ke?” tanya Nina ingin tahu. Aishah merupakan sahabat baiknya.

“Macam tulah… kereta mereka rosak. Tapi, Gray tak bagitahu saya pun mengapa kereta mereka rosak,” balasku kepada Nina.

“Zul mana?” tanya Roziana tiba-tiba sambil memandang sekeliling cuba mencari kelibat Zul.

“Entahlah! Mungkin ada di luar bersama Hoi Fong, Gray dan Naem. Zul kelihatan pelik sepanjang perjalanan kami tadi. Ada sesuatu yang tak kena dengan dia. Tapi… dahlah… pedulikan dia!” balasku kepada Roziana.

“Sayang… saya pergi dulu!” balasku kepada teman wanitaku itu. “Nanti suruh Redwa dan Hoi Fong angkat beg saya ke bilik, ya?” suruhku kepada Nina.

Aku kemudian melangkah pergi dari dapur lalu pergi ke ruang tamu. Kelihatan Naem sedang bermain dengan PSP miliknya manakala Gray sedang bermain gitar. Hoi Fong pula kelihatan kembali membaca novel cintanya. Kelibat Zul langsung tak kelihatan.

“Gray… Naem… mari!” ajaku kepada rakanku itu.

“Ah? Ya!” balas Gray ragu-ragu lalu meletakkan gitarnya di atas kusyen.

“Kita akan ke sana menggunakan kereta Redwa! Dia ada hal nak diuruskan jadi dia pinjamkan kereta itu kepada kita!” kata Naem kepadaku tetapi matanya langsung tidak menoleh ke arahku. Matanya kusyuk di skrin PSP.
*

“Kau kata mereka ada di sini… Astagfirullah!” kataku apabila dengan tiba-tiba Aishah menerkam ke arah cermin kereta kami sambil berlumuran darah wajahnya.

“Buka! Buka!” teriak Aishah dari luar sambil menekapkan mukanya di cermin dan tangannya mengetuk cermin tersebut sekuat hati.

Aku lantas membuka pintu kereta itu. Aishah merebahkan tubuhnya di atas badanku tak bermaya sambil menangis teresak-esak. Aku menepuk-nepuk bahunya.

“Kenapa boleh jadi macam ni?” tanyaku simpati. “Azrie mana?”

“Roh Suraya! Dia tak suka kita datang sini! Azrie dah mati!” kata Aishah yang nada suaranya penuh dengan ketraumaan.

“Mana mayatnya?” tanya Gray tidak percaya. Dia mengerutkan dahinya.

“Tu!” Aishah menundingkan jarinya ke arah mayat Azrie yang tergantung di pokok konnifer yang berdekatan. Lidahnya terjelir keluar. Manakala kepalanya terjuntai dari lehernya.

“Nauzubillah!” kami serentak mengucapkan kalimah itu. Keadaan Azrie memang amat dasyhat.

“Kita kena balik ke kabin sekarang juga! Aishah! Masuk ke dalam!” arahku. Keadaan sekarang memang teramat genting sekali. Masing-masing diburu oleh entiti yang didakwa sebagai Roh Suraya.
*

“Apa dah terjadi? Azrie mana?” tanya Redwa yang sedang menghisap rokok di luar kabin sebaik sahaja melihat aku memapah Aishah yang masih berlumuran darah.

Gray menggelengkan kepalanya. Redwa terus sahaja memandang ke arah langit lalu mencampakkan puntung rokok dan memijaknya.

“Kita kena bantu Aishah!” kataku kepada Redwa. Jejaka itu menganguk tanda setuju. Aishah kelihatan tak bermaya.

“Happy Birthday Azrie…” mereka semua terdiam. Kejutan yang mahu dilakukan oleh mereka semua akhirnya berubah menjadi tragedi. Azrie telah meninggalkan kami semua manakala Aishah pula kelihatan tidak bermaya, dalam keadaan yang berlumran darah.

“Azrie mana?” tanya Vayne ingin tahu. Vayne merupakan teman wanita Azrie. Hatinya sedang mengagak apakah sedang berlaku.

“Dia dah dibunuh! Zul mana?” tanya Gray.

“Bukankah dia ikut kau orang?” jawab Natalie.

“Taklah! Kali terakhir aku nampak dia apabila kami sampai di sini! Ke mana dia pergi?” bantahku kepada jawapan yang diberikan oleh Natalie.

“Cari dia sekarang!” Naem tiba-tiba mengarah.

Hoi Fong tiba-tiba muncul dari tingkat dua kabin sambil membetulkan baju kemejanya.

“Hai semua… Aishah? Kenapa ni?” Hoi Fong terkejut lalu melompat terus dari tingkat dua kabin itu untuk ke bawah. Hoi Fong merupakan pengamal seni Wusyu yang terkenal di Universiti Zerease.

“Suraya menyimpan dendam… dia nak balas dendam terhadap kita! Azrie dah mati. Roh Suraya yang bunuh dia. Kita kena pergi dari kabin ini!” balas Aishah terketar-ketar.

“Adakah kamu sedar mana Zulaikha?” tanya Roziana mencelah keheningan malam pada hari itu.

“Arghhh….” Kedengaarn suara Redwa menjerit dari luar. Kami semua lantas berlari ke luar dari kabin.

“Redwa?” jerit Roziana. Kelihatan kesan seperti orang diheret di atas tanah oleh seseorang. Kesan heretan itu menghala ke dalam hutan tebal taiga.

“Kelihatan Shama macam diheret orang sehinga ke dalam hutan,” Gray membuat kesimpulan berdasarkan kesan heretan tersebut.

“Aku dan Naem akan ikut kesan heretan ini hingga membawa kami berjumpa Redwa. Dia perlu diselamatkan!” kata Hoi Fong tiba-tiba. Cuba berlagak sebagai seorang wira.

“Kenapa pula aku?” tanya Naem cuba membantah.

“Ikut ajelah apa yang aku suruh atau kau ni penakut!” ancam Hoi Fong.

Naem rasa bersalah. Dia membisu untuk seketika kemudian bersuara. “Aku tak pengecut! Aku akan ikut kau, Hoi Fong!” bengkeng Naem.

“Mari!” kata Hoi Fong lalu berlari mengikuti kesan heretan itu. Naem termengah-mengah mengejar Hoi Fong dari belakang.

“Aishah dan Zulaikha dah hilang!” Natalia bersuara tiba-tiba dari belakang.

“Apa!? Kenapa semua ini berlaku?” kata Gray.

Bum! Bunyi manusia jatuh dari beranda tingkat dua memecahkan pengtekaran yang baru sahaja mahu bermula.

Kami bergegas ke tempat bunyi itu berasal.

“Nauzubillah!” aku bersuara. Jasad Zulaikha kelihatan berlumuran darah terbaring tidak bermaya kerana jatuh dari tingkat dua kabin itu.

“Apa yang sedang berlaku sekarang ni…” Roziana terdiam. Kami menoleh ke arahnya. Roziana turut meninggalkan kami. Sebusur panah telah menembusi kepalanya. Rambutnya kini dibasahi oleh darah.. Dia rebah di hadapan kami. Aku, Nina, Gray, Vayne dan Natalia berpandangan antara satu sama lain.

“Masuk ke dalam! Keadaan amat bahaya di luar! Ada seseorang mahu membunuh kita!” teriakku lalu mendahului berlari ke dalam kabin.
*

Sedang Naem dan Hoi Fong menyusuri kesan heretan. Namun, jejak mereka buntu apabila kesan heretan itu hilang di satu persimpangan.

“Macam mana ni?” tanya Naem kepada Hoi Fong.

“Aku ikut sini dan kau ikut sana!” kata Hoi Fong mengarah. Naem nerenung Hoi Fong sambil membeliakkan matanya.

“Kau dah gila ke?” kata Naem marah.

“Kenapa? Kau takut ke?” balas Hoi Fong mengapi-apikan Naem. Naem kelihatan sudah hilang sabar dengan sikap Hoi Fong lalu melepaskan satu tumbukan yang mengenai pipi Hoi Fong membuatkan jejaka itu terjatuh. Hoi Fong bangkit,lalu mencapai sebatang kayu dan memukul kepala Naem menyebabkan Naem rebah dan darah mula keluar dari kepalanya.

Hoi Fong kelihatan menyesal dengan apa yang telah dilakukan olehnya. Dia memandang kiri dan kanan lalu pergi ke arah Naem.

“Naem bangun! Bangun!” Hoi Fog mengejutkan Naem namun tiada balasan yang kedengaran dari jejaka itu. Hoi Fong memeriksa nadi Naem dan nadinya tidak lagi berdenyut. Naem sudah tiada.

“Naem! Bangun…” teriak Hoi Fong.


***

“Hoi Fong! Bangun! Aku jumpa kau pengsan di sebelah jasad Naem. Apa yang dah terjadi?” kejut Redwa yang menjumpai Hoi Fong tidak sedarkan diri.

“Aku… aku terbunuh… bukan salah aku… aku cuma terpukul dia… bukan sengaja…” balas Hoi Fong terketar-ketar, cuba menyakinkan Redwa.

“Kau tak bunuh dia… lihatlah! Kau kata kau cuma pukul dia… tapi siapa yang siat-siatkan badan dia macam ikan?” Redwa kurang percaya.

“Apa!?” tanya Hoi Fong tidak percaya. Dia menoleh ke sebelahnya, kelihatan Naem terbaring tidak bernyawa.

Perutnya terburai seperti disiat-siatkan. Pedang samurai kelihatan menikam dada kiri dan kanannya dan yang paling aneh, tiada langsung kesan kepala Naem dipukul.

“Aku rasa aku tahu ini kerja siapa!” kata Redwa kepada Hoi Fong.

“Kau tahu?” balas Hoi Fong tidak percaya.

“Kita kena beritahu rakan-rakan kita di kabin! Mereka kena berhati-hati dengannya!” kata Redwa lalu berlari meninggalkan Hoi Fong terpingga-pingga.
*

“Hujan lebatlah Farz!” kata Gray yang menjenguk di luar tingkap.

“Sayang… saya takut…” kata Nina yang memeluk erat tanganku.

“Jangan takut,” balasku tenang.

Vayne dan Natalie sedang duduk di kusyen memeluk diri. Masing-masing bisu.
Tiba-tiba, keadaan menjadi gelap. Tiang eletrik telah disambar oleh kilat yang sedang pancar-memancar.

“Habislah macam ni! Kita tak boleh buat apa-apa dan keadaan menjadi lebih bahaya!” keluh Gray.

“Aku nak pergi ambil lampu suluh! Kau jaga Nina baik-baik!” balasku kepada Gray.

“Sayang…” Nina cuba membantah.

“Jangan risaukan saya. Awak pergi kepada Gray…” kataku menenangkan Nina yang ketakutan.

Aku kemudian, dalam kegelapan, berjalan dengan penuh hati-hati, menaiki tangga untuk ke bilikku, mengambil lampu suluh yang tersimpa rapi dalam begku.

***

“Hoi Fong? Hoi Fong? Mana kau pergi?” Redwa mencari-cari kelibat Hoi Fong namun tidak kelihatan. Dia berpusing-pusing dan tiba-tiba jasad Hoi Fong terjatuh dari atas pokok dan menghempap dirinya. Dia cedera. Terasa seolah-olah kakinya sudah patah.

“Tak guna! Hoi Fong bangun! Bangun!” Redwa menolak jasad Hoi Fong. Sekali lagi keanehan menjelma tetapi kali ini sungguh ngeri. Hidung dan matanya Hoi Fong dihurungi ulat yang bewarna merah. Dengan spontan Redwa bergerak menjauhi jasad Hoi Fong.

“Habislah! Dia dah mula. Sejarah Suraya bakal berulang lagi! Aku mesti halang orang gila tu!” kata Redwa dalam hatinya. Demi nyawa rakan-rakannya, dia mencapai sebatang kayu lalu berpaut pada kayu tersebut dan menyambung perjalanan, meninggalkan jasad Hoi Fong dimakan dan diratah oleh ulat pemakan bangkai yang sudah lama menghuni hutan Taiga.

***

“Kawan! Apa yang dah terjadi?” kataku mengejutkan Gray yang terlena di peha Nina. Nina kemudian menceritakan yang bagaimana Gray merasa mengantuk dan mahu meminjamkan pehanya untuk dijadikan bantal.

“Apa punya kawan! Aku suruh kau jaga Nina! Tapi, sebaliknya yang berlaku. Kau yang dijaga oleh Nina,” kataku kepada Gray sebaik sahaja jejaka itu sedar dari lenanya.

“Maaflah kawan. Aku mengantuk sangat. Dah dapat lampu suluh?” Gray melontarkan pertanyaan kepadaku.
“Sudah,” jawabku lalu menghala lampu tersebut ke arah muka Gray.

“Hey, silaulah!”

“Maaf! Aku gurau je tadi,” balasku meminta maaf kepada Gray.

“Farz! Vayne dah mati. Ada kesan tetakkan di lehernya!” kata Natalia sambil menarikku ke arah jasad Vayne. Aku menghalakan lampu suruh ke arah lokasi jasad Vayne. Gadis itu telah mati. Kepalanya sudah terpisah dari leher. Tiada lagi kesan tetakkan seperti yang dikatakan oleh Natalia.

“Tadi cuma ada kesan tetakkan tapi aku tak tahu macam mana boleh jadi macam ni! Sumpah!” kata Natalia yang hampir menangis. Suhu yang sejuk sudah tidak dipedulikan lagi. Keadaan nyawa yang hampir melayang telah menghangatkan lagi suasana dan pembunuh itu ada bersembunyi di sekeliling kami.

“Aku percayakan kau Natalie. Pembunuh itu ada di dalam kabin ini!” Kita kena keluar dari sini!” kataku bertindak sebagai wira. Sebaik sahaja aku memberikan arahan, satu-persatu sahabatku yang masih hidup berlari keluar dari kabin yang gelap gulita itu.

“Kawan-kawan! Aku masih hidup!” teriak Redwa dari jauh sambil mencampakkan tongkatnya jauh lalu berlari kea rah kami.

“Kau… mana Hoi Fong dan Naem?” tanyaku kepada Redwa.

“Mereka dah mati. Naem mati kerana perutnya disiat-siatkan sehingga terburai manakala Hoi Fong aku tak tahu. Tapi, aku jumpa mayatnya dikerumi ulat pemakan bangkai!” balas Redwa sambil menundukkan wajahnya, penuh kesayuan.

“Aku tahu siapa yang bunuh mereka… dia… argh!” tiba-tiba sebusur panah dari kawasan hutan melayang menembusi kepala Redwa. Dia turut mati.

“Redwa!” teriak Gray lalu memapah jasad Redwa dan meletakkannya perlahan-lahan di atas tanah.

“Siapa yang keparat buat semua ini?” tanyaku di dalam hati. Nina pula semakin erat memeluk lenganku.

“Kita kena pergi dari sini secepat mungkin. Gray, ambil kunci kereta ni. Kau pandu dan bawa kita ke balai polis yang berdekatan!” kataku lalu mencampakkan kunci van Hoi Fong kepada Gray.

“Aishah dan Zul macam mana?” tanya Natalie.

“Kita tiada masa untuk selamatkan mereka semua!” kataku kepada Natalie lalu meredah semak samun untuk ke tepi jalan raya, tempat di mana van Hoi Fong terletak.

Kami berlari sekuat mungkin untuk ke sana. Setelah 10 minit masa berlalu, akhirnya kami tiba di tempat tersebut. Gray terus sahaja membuka pintu pemandu dan menghidupkan enjin.

“Masuk sekarang!” teriak Gray dari depan.

Selepas semua orang berada dalam van, Gray terus memecut laju. Sepanjang van tersebut meluncur laju di atas jalan raya, Aishah kelihatan menahan van tersebut sambil memapah Zul.

“Berhenti!” teriak Aishah sambil mendepangkan tangannya. Mujurlah Gray sempat memberhentikan kereta tersebut kerana Aishah hampir sahaja dilanggarnya.

“Masuk!” Gray membuka tingkap van lalu menyuruh Aishah masuk sambil memapah Zul yang kelihatan pengsan.

“Jangan pergi depan tu. Jalan sana tak boleh dilalui oleh kerana pokok-pokok yang tumbang dek hujan lebat!” kata Aishah memberitahu kepada Gray. Gray kelihatan teragak-agak untuk mempercayai kata-kata Aishah kemudian melakukan pusingan U untuk mengikut jalan lain.

“Mana yang lain?” tanya Aishah ingin tahu.

“Mereka dah mati!” balas Natalie. Zul masih belum sedarkan diri dari pengsannya.

“Kau hilang ke mana? Mana kau jumpa Zul?” tanyaku pula kepada Aishah.

“Aku tak ingat apa-apa… Zul, dia aku… aku jumpa dia sedang terapung di atas sungai. Mujurlah aku sempat selamatkan dia,” sebaik sahaja Aishah menceritakan apa yang berlaku, aku menepuk bahu Gray dan Gray mengerti lalu memeberhentikan kereta.

“Semua keluar! Aku nak semua orang keluar!” teriakku. Nina, Aishah dan Natalie kelihatan terpingga-pingga namun akur dengan arahanku.

“Aku dah tahu siapa yang membunuh kita semua!” kataku tenang menyebabkan mereka semua terkejut kecuali Gray.

“Siapa?” tanya Natalie.

“Orangnya ialah Aishah!” celah Gray.

“Hah?” Nina dan Natalie terkejut.

“Jangan nak bergurau kamu berdua!” Aishah tergagap-gagap mengungkapkan perkataan itu. “Apa buktinya?”

“Aku akan jelaskan satu-persatu. Ketika, aku baru tiba di sini, Gray memberitahu yang kereta milik Azrie rosak.
Dia menyuruh kami datang untuk menjemputnya. Ketika itulah aku mula berasa sangsi, manakan Azrie yang merupakan seorang mekanik tidak mampu memperbaiki keretanya meminta kami datang untuk mengambilnya. Apabila kami tiba, kami mendapati yang Azrie telah mati dan kau berlumuran darah. Aku syak yang menelefon Gray tadi bukannya Azrie tetapi kau Aisyah! Untuk mengumpan kami!” kataku sambil mengukirkan senyuman kecil.

“Betul apa yang diakatakan oleh Farz tadi.. Bagaimana kau boleh berlumuran darah sedangkan tiada sebarang kecedaraan serius pada diri kau? Itu kerana kau yang membunuh Azrie dan darahnya memancut terkena seluruh tubuh kau!” kata Gray pula.

“Selepas itu, ketika kami tiba, Zul telah hilang. Aku mengesyaki yang kehilangan kau ada kena mengena dengan kau kerana kehilangan Zul serentak dengan semasa kau menelefon Gray untuk mengatakan yang kereta kau rosak! Aku juga mengesyaki yang Zul sudah tahu akan niat kau dan dia telah bergegas untuk menyelamatkan Azrie sebelum Azrie menjadi mangsa pembunuhan oleh kau. Ketika Redwa diculik – diheret oleh seseorang, kau juga hilang pada waktu itu. Kau dan Zulaikha betulnya! Kau yang mengheret Redwa dan mengikatnya di hutan lalu kau kembali ke kabin dengan senyap untuk membunuh Zulaikha. Kemudian, kau mengekori Naem dan Hoi Fong ke hutan untuk mencari Redwa. Di sana, kau telah membunuh Naem dengan cara yang haiwan pun tidak akan melakukannya. Hoi Fong merasakan yang dirinya yang membunuh Naem, tetapi Redwa yang diikat tidak jauh dari situ, telah berjaya melepaskan dirinya. Dia telah menyelamatkan Hoi Fong. Tetapi, di sana Hoi Fong telah dimakan oleh ulat pemakan bangkai kerana bau mayat ada pada tubuh Hoi Fong. Ketika peristiwa itu, kau sudah berada di kabin dan menyasarkan Vayne sebagai mangsa kau yang seterusnya! Kau telah menetak Vayne, dan perbuatan kau itu disedari oleh Natalie. Ketika itulah, Natalie mendapatkan aku dan kau menggunakan kesempatan itu untuk memutuskan nyawa Vayne. Kami telah menyedari yang Vayne telah mati lalu aku mengarahkan mereka keluar dari kabin itu kerana aku menyedari yang kau ada dalam kabin itu. Ketika kami berlari keluar, kau memutuskan untuk mencari Redwa yang telah kau ikat dalam hutan, namun, setelah kau tersempak jasad Hoi Fong, kau telah menyedari yang Redwa telah terlepas lalu kau pun berlari untuk mengejar Redwa, Apabila kau tiba semula di kabin, kau ternampak Redwa cuba membongkarkan rahsia kau, lalu kau telah membunuh Redwa dari jauh seperti mana kau membunuh Roziana!” jelasku panjang lebar.

“Apa buktinya? Kau hanya menjelaskan teori kau sahaja!” sangkal Aisyah jahat.

“Buktinya ialah cara pembunuhan yang telah kau lakukan ke atas Roziana dan Redwarul Busur panah! Hanya kau sahaja yang tahu bagaimana hendak memanah di antara kami! Kau ialah juara pemanah di Unversiti Zerease,” kata Gray yang mengemukakan buktinya. Aishah terkesima sebentar.

“Hahahaha… kau telah tahu juga akhirnya! Salahku tak bunuh kamu berdua awal-awal lagi!” kata Aishah ketawa terbahak-bahak. Dia kemudian mencapai tangan Natalie dan memeluknya dari belakang dan mengacukan pistol ke arah kepala Natalie.

“Kenapa kau buat macam ni?” tanya Nina marah.

“Kau pernah dengar cerita Suraya? Akulah anak luar nikah dia. Kawan-kawannya telah membunuh mak aku kerana aku telah melahirkan aku di sana. Mereka tidak sukakan aku kerana aku ini anak luar nikah kepada jejaka yang paling diminati ketika itu! Ketika itulah, mak aku telah bersumpah yang mak aku akan bunuh sesiapa yang cuba menyambut majlis hari terakhir mereka di sini akan menimpa nasib yang sama sepertinya!” kata Aishah yang sekali ketawa terbahak-bahak lalu melepaskan tembakan yang kemudian menembusi kepala Natalie. Natalie rebah.

“Zul dah mati! Aku bunuh dia juga! Dialah orang yang mengetahui bahawa Suraya ialah mak aku. Dia anak kepada bapaku! Bapanya yang telah menceritakan segala-galanya kepada dia. Dia tahu akan sumpah mak aku lalu cuba menghalang aku dari menunaikannya!” jelas Aishah lagi sambil melangkah ke depan.

“Kau memang dah gila, Aisyah!” kata Gray.

“Jangan bilang aku gila!” teriak Aishah lalu melepaskan tembakkan yang mengenai kaki Gray.

“Arghh!” teriak Gray kesakitan.

“Aishah, mengucap Aisyah!” nasihatku yang cuba menghampiri Aishah.

“Kau siapa cuba menasihati aku!” jerit Aishah yang kemudian melepaskan tembakan yang mengenai  kakiku . Aku turut rebah reba seperti Gray..

“Sakit Aisyah!” jeritku.

“Tahu pun sakit. Bayangkanlah bagaimana rasa yang mak aku rasai!” kata Aishah yang kini sudah hilang kewarasannya. Dia hanya ketawa dan terus ketawa seorang diri.

“Nina! Lari! Sebelum dia mengapa-apakan kau!” teriakku kepada Nina. Dia menganguk lalu melarikan diri. Aishah kemudian mengejarnya dari belakang sambil melepaskan tembakan. Namun, tiada satu pun mengenai sasaran.

Tiba-tiba, Zul keluar dari van tersebut sambil memegang pedang samurai yang kalau tidak silap aku, di bawa oleh Aisyah secara diam-diam ke dalam van itu tadi. Zul menikam Aisyah dari belakang dan Aisyah rebah. Zul telah menggunakan sisa tenaga terakhirnya untuk membunuh Aisyah. Kami semua bergegas ke arah Zul.

“Hanya kamu sahaja yang hidup?” tanya Zul yang sedang bertarung dengan maut, suaranya termengah-mengah.

Aku menganguk.

“Aku tak dapat selamatkan kamu semua lebih awal… maafkan aku,” kata Zul lalu menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Aku menutup mata Zul. Keesokkan harinya, polis telah datang. Aku sempat melihat jasad-jasad rakanku, Azrie, Zulaikha, Roziana, Naem, Hoi Fong, Vayne, Redwa’arul, Natalie, Aisyah dan akhir sekali Zul diangkut masuk ke dalam ambulans. Hanya aku, Gray dan Nina sahaja yang selamat. Kabin Ria ditinggalkan berdarah tanpa diusik di situ.

2 kritikan:

Anonymous said...

menakutkan tp dari satu cerita ke cerita yg seterusnya terlalu cepat sampai tak boleh nak tangkap apa yang cuba nak diberitahu. itu shj. apapun, keep it up!

sha said...

emm..boleh tahan jugak cerita ko el..imaginasi ko mmg tggi...tp pd pndpt aku kalau cerita mcm ni dia kena terang dgn lebih detail lg coz penerangan ko trlalu rgkas n cpt sehinggakn menimbulkn kekeliruan...tp xpe..aku rasa pas ni ko leh jd novelis dlm genre yg mcm ni...gaya bahasa yg ko gunakan pn ok...pandai ko mengarang ayat....apa2 pn practice make perfect kan?? pas ni ko buat la banyak2 lg citer mcm ni...aku th ko msti blh punya...hehehe...jarang tau org yg leh wat citer mcm ni..keep it up bro!!!

Powered By Blogger