Pembaca Setia !

Sunday, December 13, 2009

T Pandemik 4: Sahara


“Fuh! Akhirnya kita berjaya selesaikan semua makhluk-makhluk durjana ni!” luah Helmi kepenatan di atas sofa di ruang tamunya, peluh membasahi dahinya. Kayu hokinya diletakkan di atas pehanya. Kakaknya, Leen pula sedang duduk bertelekuk di sebelah jenazah ibu dan bapanya.



“Awak… nama saya Helmi! Awak pula?” Helmi memperkenalkan dirinya secara tiba-tiba sambil menghulurkan tangannya kepada Sahara. Sahara yang sedang bersandar di sebelah pintu masuk rumah Helmi menoleh ke arah jejaka itu. Gadis itu mengukirkan senyuman.



“Hah? Kenapa tiba-tiba awak tanyakan soalan tu kat saya? Nak mengurat saya ek?” kata Sahara, dalam nada yang kelihatan seperti serius. Leen yang sedang kusyuk dengan jenazah ibu dan ayahnya kemudian menoleh ke arah Helmi dan Sahara. Ada lagi adegan romantis yang boleh ditontonnya pada hari ini. Wajah Helmi pula telah bertukar merah.padam, saling tak tumpah dengan warna darah yang berada di atas lantai dengan serta merta.



“Er… Saya… er… tak bermaksud…” tergagap Helmi cuba menjawab pertanyaan Sahara. Sahara ketawa kecil melihat sikap Helmi yang saling tak tumpah seperti budak kecil.



“Orang gurau jer lah dengan dia. Tengok… dah macam budak kecil dah saya tengok muka awak. Hehehe…” kata Sahara sambil menunjukkan jari telunjuknya ke arah wajah Helmi sambil membongkokkan sedikit tubuhnya, seolah-olah sedang berlagak mengamati wajah Helmi. Helmi menggaru kepalanya. Malu mungkin. “Lagipun saya belum perkenalkan diri saya. Nama saya Sahara tapi awak boleh panggil saya Ara atau Sara,” kata Sahara sambil menghulurkan tangannya. Helmi menyambutnya.



“Awak? Awak sihat ke?” ujar Sahara tiba-tiba apabila Helmi terpaku tidak bergerak ketika bersalaman dengan Sahara. Tangan Sahara tidak langsung dilepaskannya sambil menatap wajah Sahara dengan penuh mendalam.



“Helmi! Sopanlah sikit! Kalau ya pun dah jatuh cinta, janganlah sampai tak lepaskan tangan Sahara!” tegur Leen dari belakang. Lamunan Helmi tersentak. Helmi kelihatan bingung dengan apa yang berlaku padanya. Kuasa apa yang merasuknya sebentar tadi pun dia tidak ketahui.



Sahara. Maafkan saya,” kata Helmi sambil melepaskan pegangan tangan Sahara dengan serta merta. Sahara, gadis yang bersinglet hijau dan berseluar jean biru itu kelihatan malu-malu. Helmi dengan segera cuba menukarkan topik perbualan mereka, mahu menutup segala kesalahan yang dilakukannya tadi.



“Kita nak pergi mana sekarang?” ujar Helmi melontarkan pertanyaan. Sahara terdiam sejenak sebelum bersuara. “Saya cadangkan kita pergi ke Hospital Kebangsaan Eurasia. Sana merupakan salah satu daripada tempat persembunyiaan orang awam yang terdekat! Lagi pun kita boleh dapatkan bantuan daripada sana!”
“Hospital? Betul juga tu. Apa tunggu lagi… jom kita pergi!” kata Helmi tiba-tiba. Leen tersenyum kecil lagi.



Peristiwa tadi kelihatan menggangu Helmi sehingga menjadikan Helmi seperti seorang kanak-kanak kecil yang mempunyai sikap tidak sabar.



“El! Kita berehat dulu ya? Lagipun sebenarnya kaki Ara ada terkehel sedikit. Itu pun Ara gagahkan diri Ara untuk berlawan dengan zombie-zombie tadi. Auch! Sakit balik pula,” balas Sahara dalam nada manja. Helmi sedikit terganggu,. El? Siapa lelaki tu?



“El? Awak panggil siapa Ara? Saya Helmi…” pertuturan Helmi terhenti seketika apabila jari telunjuk Sahara menyentuh bibirnya. Helmi tergamam sejenak. Sahara, gadis itu buat aku bertambah debar di dada.



Sahara mengangkat jari telunjuknya kembsli spsbils Helmi terdiam. “Salah ke saya nak panggil awak El? Nama tu sedap tau. Mengingatkan saya pada orang yang istimewa!” balas Sahara. Helmi tidak mampu berkata-kata. Baru sebentar tadi seorang gadis telah menyentuh bibirnya. Seumur hidupnya, inilah kali pertama dia terasa seperti satu perasaan yang amat bahagia menyelinap masuk ke dalam hatinya. Semua ini gara-gara gadis yang bernama Sahara.



“Saya setuju dengan Ara kali ni!” kali ini bukan Helmi yang menjawab pertanyaan Sahara tetapi sebaliknya Leen. Dia rasa sudah cukup untuk dia memerhatikan adegan romantis yang sedang berlaku di hadapannya. Kalau Sahara berterusan mengusik adiknya, entah boleh diserang sakit jantung budak tu. Lagipun, Leen kenal benar siapa Helmi, dia jejaka yang mempunyai dua perwatakkan, seorang yang kadangkala boleh jadi sangat pemalu dan adakalanya sangat panas baran.



“Kita tidur dahulu. Perjalanan malam seakan-akan berbahaya. Saya yakin makhluk-makhluk durjana itu pasti akan berkeliaran di balik jalan-jalan raya di kota metropiltian ni!” sambung Leen lagi. Sahara kelihatan setuju dengan cadangan susulan Leen, kakak kepada Helmi. Barangkali umur Sahara dan Leen sama dan mungkin atas sebab itulah mereka kelihatan serasi bersama, sekepala. “Biar saya tunjukkan awak bilik. Mari.”



Sahara kemudian bergerak mengikuti Leen, membiarkan Helmi yang masih tidak berganjak berdiri sambil mulut yang terlopong. “Terima kasih Leen!” ucap Sahara pendek ketika Leen menarik tangannya. Sahara sempat menoleh ke arah Helmi ketika menaiki tangga untuk ke bilik Leen di tingkat dua. Gadis itu ketawa kecil bersama Leen. Helmi pada amatannya seperti orang yangsednag berkhayal, tidak tahu apa yang sedang dilakukannya ataupun dalam erti kata lain, angau.



Sebaik sahaja Sahara dan Leen menghilang, barulah Helmi dapat menggerakan kakinya. Helmi kemudiannya menarik nafas lega. Dia kembali duduk di sofa untuk mengenang kembali apa yang telah berlaku pada malam itu. Segalanya dirasakan begitu pantas. Kehilangan ibu dan bapa serta kehadiran seorang gadis yang telah membuatkan hatinya berdebar banginya cukup meninggalkan kesan di dalam hatinya buat masa ini.



Benarkah kata kakak? Aku sudah jatuh cinta ke? Mustahilah! Tak akan sesenang itu aku akan jatuh cinta! Cinta pandang pertama? Hahaha! Lagi mustahil! Aku tak percayakkan cinta pandang pertama dan benda itu bagi aku tidak wujud pun di dunia! Mungkin mainan perasaan aku yang membuatkan aku jadi gila. Sahara itu terlalu cantik bagiku, mungkin itu juga yang membuatkanku hilang pertimbangan akal tadi. Agaknya itulah yang sedang bermain di fikiran Helmi.



Helmi kemudian mengambil kayu hokinya lalu berkata pada dirinya sendiri. “Tak mustahil kalau benda tu datang lagi. Baik aku tidur dekat ruang tamu. Boleh juga aku jadi pengawal keselamatan!” Tapi Helmi menyedari yang kayu hokinya tidak memadai untuk dijadikan senjata. Apa yang diperlukannya ialah sebuah senjata api dan… Sahara ada itu.



Kini sekali lagi konflik bermain dalam diri Helmi. Kalau dia mahukan Shot Gun milik Sahara, dia harus mengetuk pintu blik Sahara, mungkin Sahara akan mengajaknya masuk ke blik dan sesuatu terjadi… Gulp! Ahh! Apa yang aku fikirkan ni! Astagfirullah! Sahara, kau memang telah mempenggaruhi hidup aku. Helmi kemudian menserabaikan rmabutnya sambil menggelengkan kepala. Dari tadi, nama Sahara asyik muncul sahaja di kepala otaknya.



Setelah lebih kurang dalam 10 minit bermain dengan fikirannya, dia memutuskan untuk meminta pertolongan kakaknya. Dia akan memberikan alasan bahawa tidak manis lelaki bukan muhrim menggangu gadis sunti seperti Sahara pada malam-malam buta ni. Helmi kemudian menaiki tangga lalu berjalan ke arah bilik kakaknya Leen yang terletak di hujung koridor tingkat dua rumahnya.



Baru sahaja Helmi tiba di hadapan pintu bilik Sahara, tiba-tiba dia kedengaran perbualan kakaknya dengan seseorang. Sahara ke? Helmi menekapkan telinganya di pintu bilik Leen.



“Terima kasih ya, Leen sebab sudi temankan Ara tidur,” ucap Ara yang baru sahaja menukarkan pakaiannya dengan set baju tidur lengkap milik Leen di bilik air. Leen yang sedang sibuk membaca novel yang bertajuk, “Menanti Malaikat Izrail”, karya El Ezekiel kemudian menutup buku tersebut. Baginya tidak manis bercakap dengan seseorang sekiranya kita sedang kusyuk membuat kerja lain. Leen seorang pendengar yang baik.



“Tak apa. Sebenarnya Leen pun ingatkan nak suruh Sahara temankan Leen. Manalah tahu yang Sahara dah minta dulu. Hehehe…” sambung Leen sambil ketawa kecil.



“Leen penakut. Buek! Tak malu,” gurau Sahara sambil menjelirkan lidahnya. Leen mengambil bantal peluknya lalu membaling ke arah Sahara yang sedang duduk di lantai. Sahara ketawa kecil. Kemesraan antara mereka semakin brtambah.



Sahara tu pun petakut! Apa kurangnya! Paku dulang paku serpih mengata orang dia yang lebih!” balas Leen sambil ketawa juga. Mereka berdua seperti sudah lama berkawan ataupun merupakan adik beradik kembar. Memang ada keserasian antara Leen dan Sahara.



“Ara tak takutkan Zombie lah macam Leen! Lagi pun Ara dah biasa dengan diorang. Ara takutkan sekarang ni El! Adik Leen tu. Hehehe… Manalah tahu dia ceroboh masuk bilik Sahara sebab ketakutan ke, silap-silap esok nanti, bantal yang Sahara peluk tu jadi dia pula. Hehehe… ” gurau Sahara lagi yang kemudian membuatkan Leen ketawa besar. Malam itu, Leen semakin mengenali perwatakkan gadis itu. Sahara merupakan gadis yang suka berjenaka dan mengusik orang, ada sedikirt penggoda.



“Cis! Mengata aku rupanya dua orang perempuan kat dalam ni. Orang perempuan ni memang… mengumpat tak habis-habis kalau berjumpa!” gerutu Helmi perlahan di dalam hatinya. Namun, apa yang mereka bualkan tadi menambahkan lagi minat Helmi untuk mencuri dengar.



“Betul-betul! Helmi tu sebenarnya penakut! Nak dengar cerita tak pasal Helmi yang penakut? Leen ingat lagi waktu dia berumur 8 tahun. Beriya-iya dia nak masuk rumah hantu semasa festival sekolah akak. Tapi, dialah yang menangis teruk masa kat dalam Rumah Hantu tu! Serupa budak kecil,” cerita kak Leen lagi sambil ketawa terbahak-bahak. Sahar turut sama ketawa.



Helmi kelihatan sudah hilang sabar. Dia tekad untuk beredar dari situ. Buat apa menambahkan lagi sakit di hati mendengarkan diri sendiri menjadi bahan gurauan. Gerutu Helmi makin bertambah. “Kak Leen ni pun satu. Kalau bab rahsia aku, sikit pun tak boleh nak pegang! Harapka pagar, pagar makan padi.” Helmi berlalu ke ruang tamu membiarkan perbualan dua orang gadis di atas rumahnya. Telinganya mungkin akan menggelegak sekiranya perbualan tentang dirinya itu bertambah panjang.



“Tentu Helmi comelkan masa umur 8 tahun tu, Leen? Terutamanya masa dia menangis masuk rumah hantu! Hehehe… teringin sangat nak tengok muka dia,” kata Sahara yang tawanya masih belum reda. Leen mengangguk sakan. Tiba-tiba idea datang menerjah minda Leen.



“Comel sangat-sangat tau Ara! Leen ada simpan album masa Helmi kecil-kecil! Nak tengok tak?” tanya Leen memperlawa cadangannya kepada . Seperti orang mengantuk yang disorong bantal, Sahara lantas bersetuju.



“Nak! Nak!” kata Sahara gaya persis buda kecil yang mahukan ais-krim sambil menepuk tangannya sekali dua. Senyuman semakin melebar di wajahnya.



“Sekejap-sekejap! Leen nak carikan dekat laci sebelah katil ni ya? Kalau tak silap Leen, mak Leen ada sorokkan album tu kat sini!” kata Leen yang lantas membongkok lalu memunggah laci miliknya.


“Kenapa ibu Leen sorokkannya?” tanya Sahara ingin tahu.



“Itu tentulah sebab Helmi. Dia ada ugut nak buang album ni dulu. Katanya banyak kenangan yang memalukannya sewaktu kecil untuk ditatapnya. Lagipun dia tak nak orang tengok gambar dia tak berpakaian semasa bayi dulu!” balas Leen. Sahara mengukirkan senyuman kecil. Bagi Sahara Helmi ini merupakan jejaka yang kaya dengan warna-warni perwatakkan. Helmi boleh jadi apa sahaja. Itu menambah minatnya lagi untuk berkenalan dengan Helmi.



“Dah jumpa pun!” teriak Leen keriangan sambil mengangkat sebuah album gambar yang kulitnya sedikit berhabuk. Selepas itu, mereka berdua kusyuk menelah album tersebut. Acap kali bunyi ketawa kedengaran yang menyusuli cerita Leen mengenai sejarah gambar-gambar di dalam album tersebut.



“Dari tadi Leen tengok Ara macam ada menaruh minat kat adik Leen, Helmi tu? Beritahu Leen aje. Leen janji tak bocorkan kat sesiapa! Ara suka kat Helmi ke?” kata Leen tiba-tiba, Kali ini, muka Sahara yang bertambah merah. Tawa dari mulut gadis itu terhenti serta merta seperti suis ketawanya telah dimatikan.



“Leen janji ya?” tanya Sahara.



“Yup! Janji!” balas Leen pendek.



“Er….”

****
“Kalau tak silap aku, ayah ada simpan sebilah kapak kat garaj! Mungkin kapak tu boleh aku gunakan sebagai senjata berbanding dengan kayu hoki yang aku ada sekarang,” fikir Helmi lagi. Cadangannya yang mahu meminjam senjata api Sahara berkubur begitu sahaja selepas mendengar perbualan Sahara dan kakaknya Leen yang mengata mengenai dirinya. Dia tidak punya keebranian itu.



Helmi lantas bangun lalu berjalan menuju ke arah pintu yang baginya sudah tidak bernama pintu lagi – mungkin kerana pintunya tercabut dari tempat asalnya. Dia melangkah penuh hati-hati, gusar yang mungkin ada zombie yang masih bersembunyi di kawasan halaman rumahnya. Lokasi garaj yang dicari Helmi hanya terletak di sebelah rumahnya sahaja.

Sekali lagi kejutan datang menjelma apabila garaj yang sepatutnya berkunci terbuka begitu sahaja. Malah kereta di dalamnya sudah hilang dan seorang budak kecil sedang tidur di atas lantainya. Darah Helmi dengan tiba-tiba bergerak menuju ke otak, seperti perasaan ketakutan mula menyelinap masuk ke dalam hatinya. Helmi tidak mengejutkan budak lelaki tersebut sebaliknya berlari masuk ke dalam rumahnya lalu berlari ke arah bilik kakaknya.



“Kakak! Kakak!” teriak Helmi sambil mengetuk-ngetuk pintu bilik kakaknya. Jantungnya berdebar-debar. Leen dan Sahara yang ketika itu sudah tidur kelihatan terganggu lena mereka.



“Ara, boleh tolong bukakan pintu tu tak? Leen mengatuklah,” suruh Leen yang sedang berselimut dalam kegelapan bilik itu. Jam waktu itu sudah mencecah 2.00 pagi, Ara bangkit dari tilamnya tanpa membantah. Dia bergerak mencari suis lampu lalu menyalakannya.



“Oh El! Ada apa?” tanya Sahara sambil menggosokkan matanya. El tergamam apabila Sahara membukanya

Apatah lagi ketika Sahara dalam pakaian tidur. Oh tidak! Persetan kau minda, benda tu pula yang kau fikirkan.

Kenapa pula aku tak langsung boleh membuka mulut aku! Kakak! Kenapa bukan kakak yang membuka pintu ini. Sahara pula yang sedang tercegat sambil memegang bantal peluk dengan rambutnya yang dibiarkan terurai tanpa diikat sehingga ke paras bawah bahu.



“Ara… er… panggilkan kakak saya sekejap!” tergagap-gagap Helmi cuba menuturkan kata-kata. Mata Helmi tidak berani untuk memandang Sahara yang sedang berdiri di hadapannya.



“Kalau ada masalah, kenapa tak boleh beritahu Ara aje? Kakak awak tu tengah tidur. Tak baik kalau ganggu dia. Dia mana biasa berjaga malam, bukan macam saya ni. Artis, tak tidur sehari ni memang dah biasa. Kalau Ara boleh tolong, Ara tolong El!” balas Sahara yang menyebabkan Helmi seperti terhimpit dengan masalah. Aku dan Sahara berdua-duan dalam tengah malam yang buta ni? Oh,Ya Allah! Dugaan apakah ni?



“Er… saya…”



“Jap! El, biar Ara teka ya? El takut ya? El takut sampai nak Ara temankan ek? Hehehehe…” Ara sekali lagi mengusik jejaka itu membuatkan mukanya bertukar merah. Sahara oh Sahara… kenapalah kau hadir dalam hidup aku…



“Eh! Ke situ pula Ara ni. Jangan merepeklah! Sekarang Ara ikut El! Ada sesuatu yang agak memeranjatkan yang El nak Ara lihat! El tak berani nak tegur benda tu seorang!” balas El pantas memintas kata-kata Sahara. Tangan Sahara digenggamnya dengan spontan lalu ditarik oleh Helmi. Sahara tidak berganjak membuatkan Helmi menoleh ke belakang, memandang Sahara. Beberapa saat kemudian barulah Helmi menyedari yang tangannya sedang memegang tangan Sahara.



Helmi mahu meleraikan tangannya tetapi Sahara menghalangnya. “El.. tolong jangan…” kata Sahara apabila menyedari yang El cuba meleraikan pegangan tangannya. El merasakan seperti ada air batu yang diletakkan di sekeliling mereka. Dingin sungguh dirasaknnya.



El tekad untuk memegang tangan Sahara. Dia kemudiannya menarik tangan gadis tersebut ke garaj. Dalam ketika dia membawa Sahara berlari mengikutinya, dia terfikir yang mungkin dia benar-benar sudah tangkap cintan dengan gadis yang bernama Sahara itu. Tapi… tak akan secepat itu? Dia langsung tidak mengenali siapa itu Sahara! Asal usul Sahara dan keluarga Sahara. Tapi yang dia tahu, dia sednag dikuasai oleh satu kuasa. Apakah itu cinta?



Sampai sahaja di garaj tersebut, sekali lagi kejutan menjelma apabila apa yang dicarinya sudah hilang! “Ara! Betul tadi El nampak ada budak kecil tidur dekat garaj ni!” kata Helmi pada Sahara yang sedang memegang erat lengan Helmi, gadis itu mungkin agak takut. Tadi zombie, sekarang hantu?



“Arggh!” jerit Sahara lalu memeluk Helmi dengan spontan apabila dirinya disergah daripada belakang. Helmi sekali lagi berdarah hidungnya. “El! Tolong Sahara! Ada toyol!” jerit Sahara sambil melompat-lompat tak tentu arah yang membuatkan Helmi keresahan.



Ala… budak tadi rupanya! Hahaha! Ara, tak ada apa-apa! Buka mata awak dan lepaskan saya! Hidung saya dah berdarah balik dah ni!” kata Helmi yang sempat ketawa. Sahara membuka matanya perlahan-lahan tetapi masih tidak meleraikan pelukannya. Dia menoleh secara perlahan-lahan ke arah budak lelaki yang menyergahnya tadi.



Budak lelaki itu tersenyum nakal sambil mempamerkan giginya yang tersusun rapi, comel. Sahara lantas meleraikan pelukannya, kali ini wajah Sahara pula yang kemerahan.



“Maaf!” ucap Sahara pantas lalu berjalan ke arah budak kecil itu lalu duduk bercangkung untuk bercakap dengan dia. “Kenapa adik sergah kakak macam tu?” tanya Sahara sambil mencubit pipinya.



“Hehehehe… sahaja jer kak! Akak penakut sampai peluk abang tu! Tapi, kenapa hidung dia berdarah masa akak terpeluk dia?” petah sungguh budak kecil yang berada dalam lingkungan 5 tahun itu bercakap walaupun ada kedengaran pelat-pelat sedikit dalam percakapannya.



“Err… kenapa tanya akak pula? Tanyalah dia!” balas Sahara pendek sambil menundingkan jarinya ke arah Helmi yang kini berada di dalam garaj, mencari kapak milik ayahnya.



“Akak mungkin tahu kot sebab akak kan awek abang tu!” kata budak kecil itu dengan selamba membuatkan Sahara tergelak kecil.



“Mana adalah! Dia tu kawan akak aje! Kenapa adik cakap macam tu? Kalau abang tu dengar, habislah dia kerjakan adik!” usik Sahara cuba menakutkan budak kecil itu.



Ala! Tak takut pun… dia yang mungkin lari. Tadi, masa adik buat-buat tidur dekat garaj tu, dia terus cabat lari. Kelakar tau kak! Akak tipu… kalau akak bukan awek abangtu, kenapa akak pegang tangan dengan dia?” bidas budak kecil itu membuatkan Sahara terdiam, tidak tahu hendak menjawab apa.



“Dah-dah! Cukuplah! Mari masuk dalam rumah! Sejuklah kat luar ni!” Sahara cuba menukar topik perbualan mereka. Budak kecil tu hanya mengangguk sahaja.



Baru sahaja Shara bangkit budak kecil itu tiba-tiba merengek. “Akak dukunglah Azim! Dukunglah!” pinta Azim. Sahara merenungnya sebentar lalu tersenyum. Azim merupakan budak kecil yang sangat comel. Berambut hitam yang lebat, agak tembam sedikit dan mempunyai lesung pipit serta putih seperti anak orang Jepun.



“Okey! Akak dukung Azim!” kata Sahara lalu mengangkat budak kecil tersebut lalu bergerak ke arah Helmi yang masih sedang sibuk mencari kapaknya.



“Helmi! Ara dengan Azim masuk dulu ya?” tanya Sahara kepada Helmi. Jejaka itu menunjukkan isyarat dengan ibu jarinya sebagai tanda bahawa dia tidak ambil pusing sangat.



“Jum! Tidur dengan akak!” kata Sahara kepada Azim yang sedang menguap. Budak kecil itu tidak bercakap apa-apa sebaliknya hanya merenung kosong wajah Sahara



Helmi mendengar apa yang dikatakan oleh Sahara tadi sambil tersenyum. “Untung jadi budak kecil!” bisik hati kecil Helmi nakal.

1 kritikan:

sahara said...

hahaha! helmi tu penakut!

Powered By Blogger