Kelihatan tiga ekor kuda meredah padang rumput yang menghijau. Red Hare dan Black Hare salah satu daripadanya. Putera Ryan, Danish dan Aria merupakan penunggang kuda mereka manakala Tiara menumpang suaminya, Putera Ryan, Deana menumpang Danish manakala Aria berseorangan.
Wajah masing-masing masih kelihatan sedihnya walaupun peristiwa yang menyebabkan jatuhnya Exathus di tangan Cloudyst sudah tiga hari berlalu. Mereka kini hanya berpakaian seperti rakyat biasa kerana telah menjadi orang buruan. Banyak kawasan takluk Exathus telah jatuh di tangan kecuali beberapa kawasan kuat seperti Greedings, Faurasia, Dewtons, Frazed Tertiory dan Frozenland. Mereka masih bertahan dan sedang menunggu serangan dari tentera gabungan Persiana dan Cloudyst.
“Kenapa agaknya Efer suruh kita ke Greedings?” soal Deana tiba-tiba. Tiara yang sedang memeluk erat Putera Ryan dari belakang itu menoleh memandang Deana, elf yang memiliki kecantikan yang sangat luar biasa, jika dibandingkan dengan manusia.
“Antara 5 wilayah yang masih bertahan daripada serangan Cloudyst sekarang ini, Greedingslah yang terkuat sekali! Dalam perkahwinan Putera Ryan, kelima-lima wilayah tersebut hanya menghantar wakil mereka ke sana, jadi tidak perlu risau yang gabenor-gabenor terlibat dan ditangkap pada peristiwa berdarah hari itu… ” jelas Aria bijak.
“Aria memang pandailah…” puji Tiara. Namun, tiada balasan yang kedengaran dari Aria. Mungkin dia cemburu melihat kemesraan Putera Ryan dan Tiara. Hanya Putera Ryan dan Puteri Rukia sahaja yang mengetahui bahawa Aria menyimpan perasaan pada Putera Ryan.
(UNTUK MEMBACA LEBIH LANJUT , MARI KLIK LINK INI :
0 kritikan:
Post a Comment