Pembaca Setia !

Friday, February 26, 2010

Hikayat Putera Ryan 6: Pertempuran Pertama




Baru sahaja Putera Ryan dan Danish mahu mengarahkan semua anak buah mereka agar bertolak sekarang, tiba-tiba Sammuel pula yang menjadi penganggu perjuangan mereka. “Putera… Danish… saya ada sesuatu nak beritahu kamu. Sebenarnya saya mengenali seorang pedagang. Dia dengan sukacitanya ingin menghadiahkan kepada kamu dua ekor kuda yang kononnya mempunyai baka yang sangat baik, yang diimport dari Faurasia. Pedagang tu berharap sangat yang awak berdua akan menerima Red Hare dan Black Hare. Jadi, boleh tak Yang Mulia dan Danish tunggu sebentar. Pedagang itu dalam perjalanan ke sini!” tutur Sammuel perlahan dan lembut ketika menahan skuad yang dipimpin oleh Putera Ryan itu. Dia mengusap-ngusap tangan berkedutnya itu sambil bertutur dengan Putera Ryan dan Danish, anak sulungnya sendiri.
            “Red Hare dan Black Hare?” soal Danish pula sambil berkerut dahinya memikirkan sesuatu. “Ayah sedang maksudkan kuda legenda yang dikatakan mampu berlari dua kali ganda lebih pantas daripada kuda-kuda biasa?” Sammuel mengangguk sambil tersenyum. Red Hare dan Black Hare merupakan kuda yang menjadi buah mulut orang ramai apabila mereka mengunjungi Faurasia, salah satu dari wilayah jajahan Exathus. Kuda yang dikatakan hanya lahir sekali dalam setiap seratus tahun. Orang ramai sering mendebatkan tentang kehebatan yang ada pada kedua-dua kuda ini, manakah yang paling hebat? Daurasia merupakan sebuah kota yang terkenal dengan askar berkuda yang hebat. Namun, rata-rata berpendapat bahawa Red Hare merupakan kuda yang paling laju manakala Black Hare pula merupakan kuda yang paling kuat.
            “Saya nak ambil Red Hare!” kata Putera Ryan lalu memandang Danish, dengan pandangan separuh merayu yang Danish bersetuju dengan keinginannya. Putera Ryan memang sangat mengangumi cerita orang ramai mengenai Red Hare sejak zaman kanak-kanaknya lagi. Dia sangat mengimpikan untuk memiliki Red Hare dan hari ini… impiannya menjadi kenyataan.
            “Kalau Putera dah cakap macam tu, berikan pada saya Black Hare!” balas Danish. Putera Ryan menghembus nafas dengen penuh  kelegaan. Danish, kau memang seorang sahabat yang baik. Pada masa yang sama, Shania dan Tiara memerhatikan drama di hadapan mereka itu.
            “Boleh sahaja Yang Mulia dan anak muda!” balas pedagang tadi sambil tersenyum puas. Mata hijaunya itu  
            “Mereka berdua memang bijak, Shania,” tutur Tiara. Shania memandang gadis jelita itu.
            “Putera Ryan… kelemahannya ialah kepantasan. Jadi dia memilih Red Hare yang pantas itu untuk menutup kelemahannya manakala Danish pula seperti yang kita ketahui sangat lemah dalam bab kekuatan. Black Hare yang mempunyai tendangan yang sangat kuat itu merupakan rakan yang serasi bagi Danish!” kata Tiara lagi. Shania tersenyum lalu melahirkan rasa kagum dengan kebijaksanaan analisis yang dilakukan oleh Tiara. Gadis itu dapat melihat sesuatu dari persektif yang lebih jauh daripada manusia yang lain. Rasanya Sammuel turut mempunyai pemikiran yang sama. Bapa borek, anak berintik… sebab itulah dia membawa pedagang itu ke mari bagi membantu kedua-dua anak muda itu berjuang kerana dia tahu apa yang penting buat Putera Ryan dan Sammuel.
            “Salam sejahtera Sammuel!” kata satu suara dari belakang menyampuk perbualan antara Sammuel dan kedua-dua anak muda itu. Lelaki itu datang dengan dua ekor kuda yang salah satu darinya berwarna merah dan mempunyai kaki yang tegap manakala kuda yang lain merupakan seekor kuda yang lebih besar dari kuda yang bewarna merah itu. Putera Ryan dan Danish terus sahaja berlari ke arah kuda tersebut dengan riak wajah yang teruja bercampur gembira yang amat sangat.
            “Aku dah tak sabar nak naik kuda ni…” tutur Putera Ryan sambil menepuk-nepuk kedua-dua ekor kuda itu. Danish pula sedang kusyuk bermain dengan kuda baru miliknya. Pelbagai riak wajah bodoh yang dibuatnya namun kudanya hanya sekadar memandang bodoh sahaja. Tanpa membuang masa, dua orang pahlawan itu serentak menaiki kuda mereka lalu memandu kuda tersebut mengelilingi 300 orang tentera atau lebih sopan sekiranya kita menggelar mereka sebagai pahlawan. Merekalah askar Toraca yang menawarkan diri secara sukarela untuk menjadi pengumpan kepada Askar Zauk yang gaans-ganas belaka itu. 
            “Mereka nampak gembira…” bisik Sammuel kepada pedagang yang menghadiahkan mereka kuda-kuda hebat itu. Pedagang itu berbadan kental, berwajah cengkung dan pucat tetapi kacak, tinggi dan berambut panjang sehingga ke paras bahu.
            “Kau masih kenal aku, Sammuel! Dah sepuluh tahun lamanya kita berpisah… hari itu kerana kaulah, aku mengambil keputusan untuk tidak menyertai peperangan menentang Exathus..” balas pedagang itu. Ada sesuatu yang mencurigakan mengenai pedagang itu.
            “Siapa tak kenal kau, Jeneral Muzri!”  balas Sammuel perlahan. “Aku memang tak sangka yang kau sanggup hadiahkan mereka aset kau yang paling berharga!” balas Sammuel lagi. Jeneral Muzri, seorang lelaki yang sangat hebat dalam seni mempertahankan diri, dan merupakan antara bakat hebat dalam bidang pertempuran yang pernah lahir di dunia.
            “Aku dah dengar cerita tentang mereka dari orang yang kau hantarkan pada aku! Kombinasi yang memang yang dikatakan mampu menggugat kedudukan aku sebagai The Great Warlord! Aku teringin nak cabar diorang! Sebab itulah aku telah kirimkan kuda terbaik yang ada di Faurasia. Lagi pun aku dah ada White Hare, kuda yang mempunyai kekuatan dan kepantasan!” Kata-kata itu mengingatkan Sammuel akan kata-kata orang, Among the the brave warrior is Muzri, Among the Horse is White Hare yang bermaksud bahawa Muzri merupakan seorang jeneral perang yang mempunyai pakej yang sempurna.
            Kedua-dunya membisu seketika lalu serentak mengukirkan senyuman. Begitu melambung pujian yang dihamburkan oleh Sammuel kepada jejeka dihadapannay itu.
            “Tiara! Ryan pergi dahulu! Ryan akan kembali dengan kepala pengkhianat kota Toraca Lake itu! Tiara, Ryan akan balas balik hadiah Tiara tu!” kata Ryan selamba sambil menjulang pedangnya di udara. Wajah Tiara merona merah. Kenangan indahnya tadi telah diulit kembali dengan selamba oleh Putera Ryan yang seperti tidak mengerti langsung akan erti malu. Tiara ketawa kecil Shania melihatnya.
            “Tiara sukakan Putera Ryan?” tanya Shania sambil memerhatikan Putera Ryan berlalu masuk ke dalam Black Forest bersama Danish. Tiara menolehke arah Shania. Sekali lagi wajahnya merah. Tiara tidak menggelengkan kepalanya mahu pun mengangguk.
            “Kalau pun Tiara ni sukakan Putera Ryan… siapalah Tiara ni jika dibandingkan dengan darah durajanya. Tiara tak layak untuknya! Ada puteri lain di dunia ini yang lebih layak untuk bertamu di hati Putera Ryan… Tiara akan bahagia sekiranya melihat Putera Ryan bahagia!” jawab Tiara dengan sepenuh hatinya.
            Shania mengenang kembali zaman remajanya. Dia pernah mengalami nasib yang serupa dengan Tiara. Masih terngiang di mindanya percintaannya dengan Putera Ezekiel dari Persiana. Namun, Putera Ezekiel tiba-tiba dijodohkan dengan Puteri Rukia dari Exathus ketika dia sedang asyik beradu asmara dengan Putera Ezekiel. Bayangkanlah pada waktu itu… hatinya hancur. Namun, atas kesetiannya pada Negara Exathus, dia rela melupakan rasa cintanya. Namun, sekali lagi hatinya hancur. Putera Ezekiel melarikan diri lalu terus hilang tanpa sebarang berita sehingga hari ini. Dan Puteri Rukia pula tidak mahu memberitahu sebabnya mengapa Putera Ezekiel melarikan diri. Putera Ryan seringkali menggunakan peristiwa itu sebagai bahan usikkan kakaknya dengan membuat spesikulasi nakal bahawa Putera Ezekiel berpisah dengan Puetri Rukia kerana kegarangan yang ada pada Puteri Rukia itu sangat menggerunkan. Shania terfikir juga apakah Tiara dan Putera Ryan jadi sepertinya?
            “Shania… awak menangis ke?” soal Tiara tiba-tiba. Shania tersentak. Dia lantas mengesat air mata yang mengalir tanpa sedar itu.
            “Taklah… mata masuk habuk,” bohong Shania. Dia menatap langit. Di manakah awak Ezekiel?
***
            “Danish… kau pasti sini perkampungan mereka?” soal Putera Ryan sambil menunggang Red Hare. Danish mengangguk. Suasana sepi sahaja dan perkampungan itu kelihatan baru sahaja ditinggalkan orang.
            Putera Ryan mengangkat tangan sebagai isyarat supaya anak-anak buahnya yang berjumlah 300 orang itu supaya berhenti. “Kawan-kawan semua! Beta dan Danish akan memeriksa dahulu kawasan sana. Beta nak pastikan bahawa tak ada siapa di sana!” kata Putera Ryan. Danish mendahului kemudian diekori oleh Putera Ryan dari belakang.
            “Hati-hati Putera!” bisik Putera Ryan. Danish menganguk lagi. Dalam kusyuk mereka meredah perkampungan yang seolah-olah ditinggalkan orang itu, tiba-tiba jeritan yang sangat membingitkan telinga kedengaran. Seorang lelaki botak setinggi 8 kaki yang berjanggut lebat sehingga ke paras dadanya berlaris ambil menghayunkan sebuah kapak gergasi sedang berlari ke arah Putera Ryan.
            Beratus-ratus orang yang sedang bersembunyi entah dari mana tiba-tiba muncul lalu cuba menyerang hendap Putera Ryan dan Danish. Mujurlah Putera Ryan sempat menahan hayunan kapak lelaki botak berjanggut itu. Anak-anak buah lelaki botak itu terhenti daripada menyerang kedua-dua orang pahlawan hebat itu apabila lembing ketua mereka terjatuh di tanah. Serangan hendap yang dilakukan pasukan Puak Zauk yang dipimpin disedari oleh 300 pahlawan Toraca yang lain. Mereka berlari ke situ sambil masing-masing menjulang pedang mereka.
            “Kawan-kawan semua, berhenti! Sarax! Kau memang pengkhianat Toraca Lake! Aku tak sangka kau membalas jasa baik bapa aku dengan onar sekotor ini. Kalau tidak kerena bapa aku, kau akan menjadi bangsa yang tidak bertamadun macam mereka!” kata Danish pedas sambil menundingkan pedangnya ke arah Sarax. Sarax termenung.
            “Kau ingat wang dan perempuan dapat beli aku? Bapa kau silap. Walau apa pun yang dia berikan pada aku, namun hakikatnya aku tetap ahli puak Zauk. Impian Puak Zauk sejak zaman Raja Ohillme harus ditunaikan. Toaraca Lake ini harus kembali ke tangan kami! Sudah menjadi tugas aku untuk merampas kembali kota ini daripada tangan penjajah Exathus itu!” balas Zauk sambil mengusap janggutnya yang lebat.
            “Cis! Jahanam kau! Jeneral Danish akan memutuskan kepala kau dalam masa sesaat lagi!” balas Danish sambil menunggang kudanya ke arah Sarax dengan pedang terhunus ke bawah untuk memotong leher Sarax. Dia telah mencabar Sarax dalam pertarungan individu secara tidak sengaja. Begitu deras larian Black Hare. Sarax telah bersedia, lembingnya ditusuk mengenai baju besi Danish lalu membuatkan jejaka itu terjatuh dari kuda. Black Hare berhenti di situ apabila tiada orang yang menunggangnya memandangkan tuan barunya telah dijatuhkan dari kuda. Putera Ryan menyedari akan bencana yang bakal menimpa Danish. Dia melompat dari kudanya lalu berlari dan cuba menghayunkan pedangnya ke arah Saux. Saux sempat mengelaknya lalu cuba untuk menikam Putera Ryan dengan lembing yang matanya diukir membentuk sebilah parang. Putera Ryan mematahkan dengan menepis menggunakan Dragon Sword. Danish bangkit dari belakang dan cuba menikam Saux dengan pedangnya. Saux sempat mengelaknya dengan menghadiahkan tendangan dari belakang.
            Pertarungan berterusan dengan 30 serangan yang dilakukan silih berganti oleh mereka. Pada serangan yang ketiga puluh inilah pedang Putera Ryan dan Danish membelah kepala Saux serentak. Kepala pengkhianat itu jatuh tergolek di tanah manakala tubuhnya rebah tidak bermaya. Tangan Danish menggigil apabila darah merah memancut dari leher tubuh Zaux mengenai tangannya. Wajah Putera Ryan pula berlumuran dengan darah akibat dari darah yang memancut tanpa henti tadi. 700 orang pengikut Sarax telah melarikan diri dari medan pertempuran.
            Danish baru sahaja menunggang Black Hare untuk mengejar mereka namun Putera Ryan sempat mengingatkan kepada Danish. Putera Ryan meletakkan pedangnya di atas bahu Danish sambil berkata. “Kawan… kita berkhemah di sini! Ingat tugas kita! Bukan untuk menghapuskan tapi sekadar mengumpan mereka untuk mengejar kita. Lagipun biarkan mereka kembali ke markas mereka. Berita mengenai kematian jeneral utama pasti akan menaikkan amarah Puak Zauk. Mereka akan menyerang kita dalam masa yang terdekat dengan tergopoh-gopoh. Itu ialah kelemahan Puak Zauk, kekurangan disipilin dan peracangan strategik. Apabila bala tentera mereka semakin menghampiri kita, pada waktu itulah kita akan melarikan diri!” kata Putera Ryan dengan tegas. Straetrgi yang dirancangnya memamng sangat genius pada waktu itu. Danish terkesima sambil memikirkan apa yang dikatakan oleh Putera Ryan. Ada benar juga.
            “Kawan-kawan semua! Kita dirikan khemah kita di sini! Kita akan menunggu kedatangan bala tentera Zauk dengan berani! Apabila mereka tiba, kita bertarung sebentar lalu berundur hingga ke Toraca Lake. Di sana nanti, Sammuel dan jeneral yang lain akan melakukan apa yang patut!” kata Danish lalu melompat dari Black Hare. Arahan Danish tadi disambut dengan sorakkan bersemangat dari 300 orang itu.
***
            Putera Ryan dan Danish sednag duduk di dalam khemah yang baru di dirikan oleh mereka. Hari pula sudah senja namun pertempuran yang dinantikan masih belum tiba. Askar yang ditugaskan untuk berkawal menjaga dengan penuh cekal tapak perkhemahan tentera mereka. Burung-burung hering mula berterbangan di udara kerana mengetahui pertumpahan darah gergasi akan berlaku di situ. Kepala Sarax pula ditusuk di sebatang kayu yang ditanam di hadapan tapak perkhemahan mereka sebagai lambang kemenangan pertama mereka dalam peperangan.
            Di dalam sebuah khemah yang agak berlainan dari yang lain, besar dan cantik, Putera Ryan dan Danish sedang duduk sambil menikmati makanan dan minuman. Helmet yang dipakai oleh mereka di letakkan di tepi.
            “Danish… Tiara tu… apa pendapat kau tentang kakak kau?” soal Putera Ryan tiba-tiba. Danish tersedak air minumannya. Putera Ryan apa pula yang kau nak buat ni? Habis basah baju Danish gara-gara soalan yang dilontarkan oleh Putera Ryan.
            “Kakak aku? Erm… dia memang cantik dan bijaksana secara jujurnya. Orang sering mengatakan dia sombong, tapi bagi aku tidak. Dia cuma pendiam…” balas Danish sambil menatap wajah Putera Ryan yang separuh tidak dapat dibaca itu.
            “Dia ada tak macam… teman lelaki?” soal Putera Ryan bodoh. Sekali lagi Danish tersedak. Putera Ryan ni merisik ke apa?
            “Hahaha… Putera okey ke? Kenapa tanya saya soalan macam ni?” soal Danish kembali. Dia membersihkan bajunya itu. Putera Ryan tersengih bodoh.
            “Okey kawan! Cuma.. aku nak tahu aje. Lebih kurang macam merisiklah,” kata Putera Ryan lagi.
            “Jujurnya, memanglah ada gabenor-gabenor bandar dan kota lain yang mahu jadikan dia sebagai siteri atau kahwinkan dengan anak mereka. Namun, Tiara seringkali menolak lamaran mereka. Dia macam sedang mencari seseorang yang sesuai untuk dijadikan sebagai teman hati…”
            “Macam aku ke?” soal Putera Ryan lagi.
            Danish diam membisu. Dia merenung Putera Ryan lalu berkata. “Putera sukakan kakak saya?” tanya pula Danish. Wajah Putera Ryan merona merah. Dia mengambil masa selama beberapa saat lalu mengangguk dengan selamba. Ketawa Danish terus meletus.
            “Sama-sama suka! Hahahaha… kakak memang beruntung. Hati seorang putera macam ni kakak senang-senang tawan! Hahahaha…” kata Danish sambil ketawa.
            “Dah diam! Apa yang kelakarnya?” soal Putera Ryan bodoh. Namun, Danish masih terus ketawa.
***
            Malam itu, hampir seisi khemah sedang tidur nyenyak. Hanya dua orang askar yang berjaga. Mereka juga kelihatan mengantuk namun digagahkan dirinya. Tiba-tiba, kedengaran bunyi orang menjerit dari jauh sambil membawa unggun api. Askar yang berjaga itu menyedarinya.
            “Kawan-kawan! Bangun! Ada serangan hendap dari Zauk! Bangun! Arggh!” Zap! Belakang badan askar tqadi terbelah dua dari belakang. Seorang lelaki yang berbaju perang berbulu dan berambut sedang menunggang kuda telah membunuh lelaki itu.
            “Siapa yang membunuh abang aku, Sarax akan menerima pemabalsan dari Varax! Adik kesayangannya! 80 000 bala tentera Zauk akan menghapuskannya!” kata Varax sambil mengjulang belantan gergasinya itu. Askar-askar yang sedang berkhemah lanats keluar. Mereka tercenggang apabila Varax dengan puluhan ribuan tentera sedang bersedia untuk bertempur. Putera Ryan dan Danish salah seorang darinya. Lena mereka terganggu. Mereka sekali pun tidak menyangka yang Zaux akan melancarkan serangan balas secepat itu! Tak akanlah pada waktu malam sebegini?
            “Semua! Cabut sekarang!” tempik Putera Ryan sambil berlari ke arah Red Hare.
            Tiba-tiba seorang lelaki yang Putera Ryan kenal, Karl Marxson tampil ke hadapan barisan tunggang langgang Toraca Lake sambil menjulang senjatanya. “Kawan-kawan semua! Pergi dari sini! Saya akan uruskan mereka semua seorangan di sini!” Kuda yang ditunggang oleh Putera Ryan terhenti. Putera Ryan menoleh ke belakang.
            “Karl LARI!” teriak Putera Ryan. Namun, lelaki itu tidak menjawabnya. Dia telah mula berbunuhan dalam pertempuran itu. Askar-askar yang lain sudah berlari ke hadapan meninggalkan Karl seorang untuk menghalang bala tentera yang dasyat itu. Karl bertarung seperti seorang pahlawan. Segala hirisan pedang yang membelah kulitnya langsung tidak dihiraukans ebaliknya dia tersenyum puas sambil bertarung.
            “Putera! Buat apa lagi kat sana!” teriak Danish yang sudah jauh dihadapan. Lamunan Putera Ryan tersentak. Dia lantas menunggang kudanya pergi dari situ sambil sempat menoleh ke arah Karl. Air mata Putera Ryan sempat menitis lalu dibawa angin yang lalu.
            “Maafkan aku Karl…” bisik hati kecil Putera Ryan.
***
            “Ada dua orang sedang menunggang kuda datang ke sini!” kata seoranga skar yang sedang memantaud ari puncak bukityang menempatkan villa Sammuel. Askar Pemanah yang sudah bersedia di aats puncak itu lantas bangkit sambil bersedia.
            “Jangan serang! Ini kami! Putera Ryan dan Danish!” kata suara tersebut.
            “Mana yang lain?” soal satu suara. Aria sedang tercegat berdiri sambil bersiap sedia dengan anak-anak buahnya. Putera Ryan menggelengkan kepalanya. Satu demi satu askarnya telah terkorban dalam perjalanan tadi.
            “Putera! Cepat naik ke atas!” kata Aria apabila askar pemantaunya dapat mengesan bala tentera yang banyak sedang mara ke Toraca Lake dari pendalaman Black Forest. Putera Ryan menggelengkan kepalanya sebaliknya berteriak. “Putera tak akan menajdi pengecut! Putera dan Danish akan membantu Shania dan Rukia memerangi mereka! Sekarang, khabarkan di manakah kedudukan akar-askar yang akan melakukan serangan hendap?” tempik Putera Ryan pula.
            Aria menundingkan jarinya ke arah balik-balik pokok-pokok balak Black Forest yang meninggi. Putera Ryan membuatkan isyarat bagus menggunakan ibu jarinya lalu menunggang Red Hare ke arah tempat yang dikatakan oleh Aria. Danish mengekori Putera Ryan dari belakang. Aria memerhatikan sahaja mereka.
            “Shyy… ada orang datang!” kata Shania memberi isyarat kepada anak-anak buah yang dipimpimnya.  Putera Ryan sedang menunggang kudanya, Red Hare dan Danish pula sedang menunggang kudanya Black Hare, menghampiri tempat persembunyian askar Toraca yang akan melakukan serangan hendap ke atas bala askar Zauk.
            “Putera Ryanlah!” kata Shania. Puteri Rukia mengangguk.
            “Maknanya… mereka dah berjaya mengumpan bala tentera Zauk ke sini!” kata Shania dalam hati, penuh keterujaan. Tapi, tak akan hanya mereka berdua sahaja yang selamat.  
            Shania kelaur dari balik pokok balak tempat persembunyiannya. Puteri Rukia turut melakukan hal yang sama. Putera Ryan dan Danish bergerak ke arah yang berlainan dengan Danish bergerak ke arah Puteri Rukia manakala Putera Ryan pula ke arah Shania.
            “Bagus!”  kata Shania memuji.
            “Sekarang bukan masanya untuk kita memuji antara satu sama lain. Yang paling penting ialah kita kena bersiap sedia. Mereka dah semakin hampir dalam mengejar kami!” arah Putera Ryan gusar. Kedua-dua jeneral itu mengangguk lalu mengarahkan Putera Ryan dan Danish mengekori mereka.  Mereka mengambil posisi masing-masing untuk melakukan serangan henda. Peranan yang bakal dimainkan oleh Aria mengepelai askar pemanah di atas bukit sangat diharap dapat membuahkan hasil yang diimpikan. Mereka hanya perlu menunggu isyarat serangan dari Aria serentak dengan panah yang menghujani bala Zauk berhenti.
            Bala Zauk akhirnya tiba di kawasan itu selepas berlari mengejar kuda Putera Ryan dan Danish. Varax kelihatan mengetuai barisan askar Zauk. Sebaik sahaja hampir semua bala Zauk tiba, hujan panah yang diketuai oleh Aria menghunjani mereka. Darah terpancut sana sini. Jeritan dan kesakitan mula bergema di langit. Burung Hering pula sudah bersarang di kepala pokok balak yang meninggi kerana menyedari makanan yang banyak bakal dihidangkan pada mereka.
            “Bakar busur dengan api!” arah Aria kepada anak-anak buahnya. Mereka semua mengikuti arahan Aria degan patuh. Apabila mata busur sudah dibakar, mereka melepaskannya ke atas tentera Zauk yang sangat lemah dalam pertahanan itu. Keadaan puak zauk ketika itu boleh diibaratkan sepeti cacing kepanasan. Ramai yang terbakar hidup-hidup dek panah itu. Ramai juga di antara mereka juga telah lari dari peperangan dalam arah yang berbeza. Setelah hujan panah mula berhenti. Aria memberikan isyarat menyerang dengan seperti mana yang dikatakan oleh Shania kepada Putera Ryan tadi. Bala 20 000 askar yang bersembunyi tadi lantas keluar lalu melakukan serangan. Peperangan dasyat meletus namun impaknya lebih kelihatan pada askar Zauk. Setelah 15 minit berperang, askar Zauk berundur dengan kematian 50 000 orang askar mereka termasuk Varax sendiri yang mati pada tikaman pedang Putera Ryan. Toraca Lake hanya kehilangan 700 orang askar termausk bala 300 orang yang mengumpan askar Zauk ke medan peperangan yang memberi kelebihan geografi kepada Toraca. 

Powered By Blogger