Pembaca Setia !

Sunday, May 16, 2010

Hikayat Putera Ryan 10 : Menjelang Perkahwinan

Aria kelihatan teragak-agak untuk mengejutkan Putera Ryan yang sedang terbaring lesu sambil menggigil di lantai dalam lenanya. Namun, perasaan simpatinya melebihi dari rasa ego yang membuak-buak di dalam jiwa. Wajah comel Putera Ryan yang dibuai mimpi juga telah meruntuhkan tembok yang memagari hati dan jiwanya. Dengan perlahan, Aria mendekati Putera Ryan lalu mengejutkan jejaka itu. Sebaik sahaja suara Aria mencecah gengendang telinganya, Putera Ryan lantas bangkit seperti ada bom baru sahaja meletup di sebelahnya. Aria tergelak kecil dengan sikap Putera Ryan itu.
            “Aria…” tutur Putera Ryan perlahan. “Maafkan saya. Saya tak bermaksud nak lukakan hati awak…” Putera Ryan kembali membisu apabila jari halus Aria itu menyentuh bibir merahnya itu. Aria menggelengkan kepalanya.
            “Putera Ryan tak salah… Aria yang seharusnya dipersalahkan. Tiba-tiba aje Aria berkelakuan seperti orang yang hilang akal,” balas Aria sambil mengukirkan senyuman. Gadis itu sangat menawan apabila tidak mengikat sanggul rambutnya dan berpakaian baju besi. Rambutnya yang dibiar terurai ke belakang menyapa pipi Putera Ryan. Harum baunya. Putera Ryan seperti terkesima sebentar. Seolah-olah hatinya baru sahaja dibekukan lalu cair disembur dengan api.
            “Putera?”
            “Aria nampak cantik sangat! Eh… bukan itu yang putera nak cakap! Putera Ryan yang bersalah dalam hal ni. Putera Ryan terlalu buta untuk melihat cinta Aria. Putera Ryan terlalu buta…” kata Putera Ryan teresak-esak walaupun air mata tidak mengalir dari matanya. Dia baru sahaja dilarikan dari topik perbualannya gara-gara kejelitaan Aria yang luar biasa pada hari itu.
            “Aria tak layak untuk cinta Putera Ryan!” balas Aria tenang. Putera Ryan memegang pipi Aria dengan tiba-tiba, cuba untuk membelai tetapi ditepis oleh Aria. “Aria tahu perasaan Putera Ryan untuk Tiara Brian, bukan untuk Aria!” bentak Aria tiba-tiba.
            “Tapi…”
            “Pandang mata Aria dan kata yang ‘Aku bencikan Tiara! Aku tidak cintakan Tiara! Aku tidak mahu berkahwin dengannya.’ Aria yakin yang Putera Ryan tidak akan menuruti apa yang Aria katakan sebab cinta Putera Ryan pada gadis itu!” ujar Aria bijak. Putera Ryan tergamam tapi tersenyum kemudiannya.
            “Aria kata ‘Aku bencikan Ryan Alhazred! Aku tidak cintakan Ryan Alhazred! Aku tidak mahu berkahwin dengannya!’ Putera Ryan yakin Aria tidak mahu sebab Aria sayangkan Putera Ryan! Demi Aria, Putera Ryan sanggup membatalkan perkahwinan…” Pang! Satu tamparan hinggap di pipi Putera Ryan. Tergamam jejaka itu sekali lagi.
            “Kenapa…”
            “Sebab Putera Ryan cuba menipu diri Putera sendiri! Putera Ryan tanya apakah Putera Ryan mempunyai perasaan pada Aria? Tak ada bukan? Sebab Aria bukan sesiapa! Jangan seksa jiwa Putera Ryan semata-mata kerana perasaan simpati putera tu! Aria tak perlukannay dan Aria boleh berdiri tanpa Putera Ryan Alhazred! Aku bencikan kau!” bentak Aria tiba-tiba sambil menolak Putera Ryan ke tepi. Air mata gadis itu tumpah serentak pada saat itu.  Belum sempat Aria melarikan diri, tangannya dicapai oleh Putera Ryan. Putera Ryan yang kelihatan serabai itu lantas memeluk Aria dari belakang. Jejaka itu kemudian meletakkan kepalanya di atas bahu Aria lalu berbisik.
            “Putera Ryan sayangkan Aria!”
            Riak wajah Aria terkejut dengan pengakuan berani Putera Danish.
            “Tapi sebagai seorang kakak!” Hati Aria hancur berkecai. Baru sahaja tadi Putera Ryan seolah-olah memberi harapan kepada dirinya, tetapi ternyata sekadar lakonan yang biasa dipersembahkan oleh jejaka itu. Beberapa saat kemudian, dia dengan tiba-tiba meleraikan pelukkan. “Terima kasih sebab menyedarkan putera! Kakak!” kata Putera Ryan tiba-tiba. Lelaki itu berlalu pergi dari koridor tanpa menoleh ke belakang, meninggalkan Aria memerhatikannya dengan hati yang luluh.
***
            “Tiara… tunggu aku!” bisik hati kecil Putera Ryan yang sedang bersiap memakai tradisional yang biasanya dipakai oleh kebanyakkan jejaka di Exathus apabila menjelang hari perkahwinan mereka. Dia memberi senyuman pada cermin dihadapannya. Tersenyum puas dirinya.
            Pintu biliknya diketuk oleh seseorang. “Masuk!” arah Putera Ryan dari dalam. Pintu itu terbuka sedikit dan muncul seorang lelaki yang Putera Ryan kenal, Jeneral Fareez. Jeneral Fareez menghampiri Putera Ryan lalu menepuk bahu jejaka itu.
            “Putera Ryan dah besar!” bisiknya kagum. “Kau untung Ryan. Dapat kahwin awal. Bukan macam aku, aku yang lagi kacak daripada kau ni yang terperap awal tanpa isteri kat sini. Lainlah, kalau ada yang berkenan. Tapi, kakak kau tu boleh tahan!” hati-hati Jeneral Fareez menyusun topik. Putera Ryan menoleh dengan sangat perlahan ke arah Jeneral Fareez yang sedang memeriksa janggut nipis di dagunya.
            “Kau suka kat kakak aku ke?” soal Putera Ryan berasa aneh. Hubungannya dan Jeneral Fareez memang sangat rapat sehingga boleh beraku-kau antara satu sama lain tanpa megira darjat dan pangkat. Putera Ryan pula lebih suka dengan cara itu.
            “Entahlah.. dia suka kat aku ke?”
            Putera Ryan tidak menjawab sebaliknya berfikir inilah masa yang sesuai umtuk dia mengubah topik perbualannya. Jeneral Fareez, lelaki berambut kelabu, berjanggut nipis di dagunya, berbadan tegap dan bermata kuyu itu memang sangat terkenal dengan sikap tidak boleh melihat perempuan cantik. Hampir semua perempuan cantik mahu dikebasnya. Mungkin sebab itulah dia masih tidak kahwin-kahwin sehingga hari ini. Sikap kaki perempuannya itu.
            “Fareez.. aku gementarlah. Macam manalah aku nak duduk bersanding di depan ratusan hadirin nanti. Bagaimana aku untuk berikrar bahawa aku akan setia di hadapan hadirin yang hadir nanti yang aku akan jaga Tiara sebagai isteri aku?” luah Putera Ryan. Dari nada suaranya kedengaran seperti dia sedang gementar. Putera Ryan sedang membicarakan tentang adat perkahwinan Exathus. Pasangan pengantin akan duduk bersanding di hadapan orang ramai,  lebih kurang seperti perkahwinan orang melayu seperti hari ini dan di akhir persandingan si pengantin lelaki akan berdiri sambil membuat ikrar di hadapan hadirin bahawa dia akan menjaga bakal isteri masing-masing. Ikrar boleh diucapkan dengan spontan.
            “Aku tak tahu sebab aku tak pernah kahwin… kau tanyalah ayah kau! Bukan ke dia berpengalaman! Aku ingat lagi betapa hebatnya dia mengurat sepupunya sendiri, Queen Inoue. Hebat…” cadang Jeneral Fareez tiba-tiba. Ada benar juga cadangang dia itu.
            “Kau kena cepat! Mak andam dah bersedia nak mekap dan hias kau di bilik pengantin! Aku ada hal nak diuruskan di pelabuhan ni! Malam ini kau kena sambut rombongan dari Toraca Lake di pelabuhan Castle Palace, bukannya jeti biasa tempat kau berangkat melakukan misi! Ingat tau?” Putera Ryan mengangguk.
            Jejaka itu mencapai kad jemputan di tangannya lalu membaca senarai orang yang dijemput.
Edward Laincext, Ezry Viour, Wixruan Redza dan…
            Mata Putera Ryan tertancap pada satu nama… Ezekiel Persiana? Tak akanlah… mereka dah jumpa dia? Bagaimana pula perasaan kakak nanti apabila berjumpa dengannya? Haruskah kakak bersedih di hari yang paling bahagia buat dirinya?
             
Powered By Blogger