Pembaca Setia !

Monday, January 18, 2010

T Pandemik 9: Tentang Kau, Aku Dan Dia


                "Ira! Ira nak buat apa tu?" tanya Iwan perlahan. Langkahnya terhenti di menara pemantau Lapangan Terbang Eurasia. Ira sedang berdiri tercegat di tepi tingkap menara itu sambil tangannya sedang mengengam erat sebuah kerusi. Ira menoleh ke arah Iwan yang lengkap berpakaian kalis peluru dan bersenjatakan M-15 itu. 

            "Ira nak mati!" selamba Ira menuturkan kata-kata itu membuatkan Iwan tergamam. Dia tidak menyangka setinggi ini rasa sayang Ira Natalia pada Razi, lelaki yang daripada tadi dituturkan oleh Ira. Razi, kerana kau aku tersepit dengan cinta gadis itu. 

              "Ira! Ingat Allah Ira! Berdosa kalau bunuh diri!" Iwan mengingatkan Ira. Gadis semuda dan secantik itu baginya tidak perlu mensia-siakan hidup yang ada. Ira tidak mempedulikan nasihat Iwan malah menghayunkan kerusi yang dipegangnya itu ke arah tingkap lalu pecah. 

               "Ira!" jerit Iwan. Ira yang ketika itu sedang melangkah ke arah tingkap yang pecah itu berhenti sejenak, lalu menoleh ke arah suara yang memanggil itu - Iwan. "Kalau Ira sayangkan abang, jangan bunuh diri!" jerit Iwan tiba-tiba. Iwan tiba-tiba memarahi dirinya atas kelancangan mulutnya tadi. Dia pun tidak tahu mengapa dia berkata sedemikian.

            "Sayang? Abang Razi yang tak sayangkan Ira. Abang Razi tak mengaku siapa Ira di depan kawan abang tu!" Ira mengengking. Iwan tergamam tidak bersuara. Apa yang harus dituturkannnya. Bagaimana untuk di  menduga cinta dan siapa Razi itu? Silap cakap, padah akibatnya. 

            "Abang Razi... sayangkan... Ira!" tergagap-gapa Iwan mahu menuturkan kata-kata itu  tapi tidak sepenuh hati. Dia berharap yang Ira tidak menduga hatinya ketika itu. Iwan tekad yang dia harus menjadi Razi pada hari itu demi menyelamatkan nyawa Ira. Dia pasti yang Razi yang disayangi Ira itu telah meremukkan hati Ira dengan begitu kejam. Iwan tertanya-tanya, apakah ini merupakan satu lagi ujian Allah kepadanya selepas zombie-zombie yang sedang mengganas di bandar Eurasia. 

            Air mata Ira mengalir sekali lagi. Dia melangkah ke arah Iwan. Sekurang-kurangnya aku dapat menyelamatkan gadis itu. Biarlah aku menjadi Razi buat sehari dua ini asalkan Ira gembira...

***

            "Fera! Macam mana ni?" kata Adam yang sedang berpeluh membantu Fera menyambut bayi yang baru lahir itu. Fera tidak menjawab pertanyaan Adam sebaliknya dia sedang kusyuk memberi semangat kepada ibu tadi bagi melahirkan bayi. 

"Fera?" sekali lagi Adam memanggil nama gadis itu. Fera terkejut. Dia menoleh ke arah Adam. "Adam, tolong Fera kawal orang-orang itu!" arah Fera. Adam mengangguk lalu bangkit berdiri. Dia sempat menoleh menatap wajah Fera.  

            Sekumpulan manusia yang baru sahaja sebentar tadi mengacau Fera dengan perasaan ingin tahu mereka kini sedang berjlana ke arah Adam seperti orang yang sudah seminggu tidak makan.Adam berasa aneh lalu bergerak ke arah mereka dengan perlahan-lahan sambil mengacukan senjata M-15 miliknya.

            "Arghh!" teriak salah seorang dari manusia tadi lalu menerkam Adam menyebabkan jejaka itu terjatuh. Fera menyedarinya lalu mengeluarkan pistolnya dan melepaskan sedas tembakan ke arah manusia tadi. Adam termengah-mengah ketakutan berundur ke belakang. Dia lantas bangkit sambil mengacukan senjatanya tadi. 

   "Jangan bergerak atau saya tembak kamu semua!" laung Adam tegas. Mereka tidak memberi sebarang respon tetapi salah seorang dari mereka yang kelihatan sangat ganas berlari ke arah Adam dengan gaya yang seperti mahu menjadikan Adam makanannya. 

            Seperti tidak diberi pilihan lain, Adam melepaskan beberapa das temabakan yang merobek dada mereka. Asdam tahu yang mereka semua telah bertukar menjadi zombie. Tanpa membuang masa Adam lantas melepaskan tembakannya sekali lagi yang semuanya tidak sedikit pun tersasar dari zombie tadi, semuanya rebah tidak bernyawa. Adam lantas berlari ke arah Fera. 

            "Terima kasih Fera!" tutur Adam yang kembali kepada Fera yang sedang kusyuk mennati kelahiran bayi tadi. 

***

            Lif yang membawa Iwan dan Natalia menuruni menara tadi terbuka. Kaki Iwan kaku lagi apabila lapangan tempat pesawat-pesawat mendarat dipenuhi banjiran zombie yang kelihatan sudah memecah masuk ke dalam lapangan terbang itu. Kelihatannya anggota polis yang lain telah gagal untuk mempertahankan lapangan itu. Mindanya kaku lagi, tidak tahu apakah yang harus dilakukan olehnya memandangkan senjata yang ada tidak mampu untuk membunuh semua zombie yang sedang berada di lapangan terbang itu.

            “Ira… abang tak…” Iwan tdak tahu apa yang mahu dikatakan pada Ira. Banjiran zombie yang sedang bergerak ke arahnya dan Natalia memang kelihatan seperti gelombang maut yang sedang melangkah bersama Malaikat Maut.

            “Abang! Ira tahu macam mana caranya nak selamatkan kita dari zombie-zombie tu!” tiba-tiba sahaja gadis gila itu bersuara. Iwan menoleh ke arah Ira sambil mindanya sedang beserabut memikirkan akan kematian.

            “Macam mana Ira?” soal Iwan seribu tanda tanya.

            “Abang nampak tak kereta yang selalu digunakan oleh pekerja yang mengawal lapangan ni? Ira menunjukkan jarinya kea rah sebuah kereta yang tidak berbumbung. “Kita boleh menggunakannya untuk melarikan diri dari lapangan terbang ni!”

            Iwan tergamam. Gadis yang disangkanya gila itu rupa-rupanya bijak. Dia akhirnya telah menunjukkan jalan keluar kepada Iwan yang baru sahaja tadi putus harapan. Dia berterima kasih pada Ira.

            “Mari kita pergi cepat!” ajak Iwan yang kemudiannya berlari. Tiba-tiba tangannya dicapai oleh Ira membuatkan jantungnya berdegap kencang secara tiba-tiba. Setelah beberapa minit mereka berlari, akhirnya mereka tiba di kereta tersebut. Rupanya seperti jip.

            “Ira… kawan abang dalam lapangan terbang! Adam, macam mana dengan dia?” Iwan baru sahaja teringatkan akan Adam. Sahabatnya itu… Fera juga! Gadis polis itu. Apakah dia tegar untuk meninggalkan Fera serta Adam bertarung dengan maut sendirian? Tidak! Dia sebagai sahabat dan rakan Adam seharusnya menjadi penyelamat mereka.

            “Abang! Abang sayangkan Ira atau kawan abang tu? Mana lagi penting! Ira akan mati kalau abang pun mati! Dah 3 tahun Ira tak jumpa abang! Taju tak bagaiman aperasaan Ira masa abang dah tak kenal Ira lagi tadi? Hati Ira hancur berkecai. Ira rasakan yang penantian Ira selama ini tak hanyalah sia-sia.

            Apa? Razi kau itu dah hilang 3 tahun? Jadi, aku ni ialah pelanduk dua serupa yang seiras dengannya? Ira… Aku ialah Iwan, dan aku ada hidupku sendiri. Apakah aku harus korbankan diriku ini hanyalah kerana kau. Aku punya sahabat dan cintaku sendiri. Apakah kerana Razi itu aku harus…

            “Abang! Ira tahu yang abang tak pandai pandu kereta! Biar Ira yang pandu kereta ini!” kata Ira tiba-tiba lalu menyentakkan lamunan Iwan tadi. Tangan Iwan disambarnya. Iwan hanya mengikuti sahaja Ira. Dia seolah-olah seperti sudah dipateri segala tindak tanduknya.

            “Adam… maafkan aku…” hanya perkataan itu sahajalah yang lahir dalam hatinya.


***

            “Adik… kakak nak adik jaga anak kakak ni. Kakak dah tak boleh lama lagi dah…” kata gadis muda itu. Anaknya yang baru sahaja dilahirkan berbidankan Fera sedang menangis di dalam dakapan ibunya.

            “Kakak jangan kata macam ni…” pinta Fera perlahan walaupun dia tahu yang ibu tadi akan menghembuskan nafas terakhirnya di situ.

            “Berjanjilah pada kakak yang kamu akan menjaga anak kakak ni?” pinta ibu muda itu sambil menitiskan air mata. “Tolonglah…”

            “Fera berjanji kak!” air mata Fera turus membasahi pipinya. Hatinya sebak mengenangkan akan bayi yang bakal tidak beribu serta berbapa. Sebaik sahaja Fera mengukirkan janji itu, ibu muda tadi menutup matanya, pergi dengan perasaan penuh kelegaan yang anak yang ditinggalkannya akan dijaga oleh seorang gadis yang cantik, penyanyang dan baik hati. Adam memerhatikan sahaja sandiwara dunia yang ditayangkan dihadapannya tadi.

            “Fera! Biar Adam yang azan dan iqamatkan di telinga dia!” tutur Adam tba-tiba apabila dia baru sahaja menghabiskan sisa-sisa zombie di keliling mereka. Fera member bayi tadi kepada Adam. Adam menyambutnya lembut walaupun otot kelihatan di tangan jejaka berbadan sasa itu.

            “Allahuakhbar…” merdu suara Adam melaungkan azan. Fera terkesima dengan laungan suara Adam yang mendayu-dayu lagi merdu itu. Tiba-tiba sahaja hatinya berdegup kencang seperti baru sahaja habis berlari.

            “Ya Allah. Jejaka ni…” terdetik sesuatu di hati Fera. Tiba-tiba telefon bimbit Adam berbunyi. Seseorang mengirimnya SMS. Dia membuka kiriman tersebut di telefon bimbitnya.

            Adam, aku dan Ira ada hal yang terpaksa kami uruskan. Jumpa di Balai Polis Eurasia! Di sana kita boleh meminta bantuan polis di sana! Maaf kerana terpaksa meninggalkan kau.

            “Iwan… kau pergi dulu sebelum aku pergi! Mentang-mentang dah dapat awek cun macam Ira tu!” kata Adam tersenyum sendirian sambil tangannya menggendong bayi itu.
  

Powered By Blogger