Pembaca Setia !

Saturday, August 14, 2010

Hikayat Putera Ryan 17: Pemburuan Pelarian

Akibat dari peristiwa berdarah Di Castle Palace, Ryan Alhazred, Danish Brian, Aria Forestone, Lady Deana Si Pencuri Elf dan Tiara Brian telah menjadi pelarian, berkelana mencari tanah yang mahu menerima mereka. Greedings satu-satunya tanah yang mungkin menerimam ereka, seperti yang dicanangkan oleh Efer. Namun, sesuatu yang buruk berlaku apabila Exathus yang kini dikuasai oleh tali-barut Cloudyst telah melemparkan tuduhan kotor kepada lelaki mulia seperti Ryan Alhazred, bahawa lelaki itu mengotori tangannya dengan membashi dengan darah ibu dan bapanya dengan membunuh. Greedings pula telah melontarkan taat ikrar yang mereka akan mempertahankan Putera Ryan Alharzed dengan tangan mereka sehingga ke titisan darah yang terakhir. Exathus-Cloudsyt telah mengistiharkan bahawa mereka akan memerangi Cloudsyt. Keijaksanaan anak perempuan Sammuel Brian teruji di peperangan dasyat di dua tempat di Greedings tetapi pada waktu yang sama. Semuanya hanya di dalam bab 17: http://www.penulisan2u.my/2010/07/novel-hikayat-putera-ryan-17/

Tuesday, August 3, 2010

Hikayat Putera Ryan 16:Charming

Charming, jejaka yang kacak itu kelihatan seperti seorang Casanova, sikapnya membuktikan segala-galanya. Tiara semakin rimas dengan kehadiran lelaki itu ketika dia dalam perjalanan ke ngarai tempat suaminya terjatuh bersama Aria, sebetulnya terjun untuk menyelamatkan Aria. Apa sudah hilang akal lelaki itu? Tambah mengerikan ialah dia terpaksa berkongsi kuda dengan jejaka itu. Beberapa orang askar yang lain ditugaskan untuk melindugi mereka, dengan kuda biasa yang lain, tidak Red Hare yang ditunggang oleh Charming.
            “Tiara… boleh tak awak ceritakan dekat saya sekali lagi. Saya nak pastikan yang saya tak salah dengar ni!” pinta Charming sekali lagi. Tiara mengeluh kesal. Seharusnya dia tidak membuka topik itu di hadapan lelaki bermulut betih jagung seperti Romeo Charming, jeneral yang ditugaskan untuk menjaga kota Greedings.
            “Betul…” Tiara menceritakan segalanya yang berlaku dari A sehinggalah Z, dengan harapan yang Charming akan diam selepas ini, tidak lagi melontarkan soalan-soalan bodoh, yang semuanya bertujuan untuk memancing dirinya. Berani juga lelaki ni nak mengurat isteri seorang putera kerajaan Exathus?
            “Saya memang tak dapat percaya perkara ini. Sammuel, ayah awak tu… rupa-rupanya dia talam dua muka,” luah Charming perlahan. “Bagaimanalah dia boleh beralih angin sedangkan pada asalnya dialah penyelamat kerajaan Exathus ni.”
            “Tiara rasa mungkin kerana Muzri! Ayah memang sukakan orang yang mempunyai bakat yang luar biasa! Macam Muzri, jeneral perang terhebat dalam sejarah! The Great Warlord orang gelarnya,” Tiara menyimpulkan hipotesisnya sendiri.
            “Muzri… macam pernah dengar aje nama tu, oh lelaki tu. Kami orang Greedings gelarnya Pemilik dua pedang dari neraka. Pedang yang memang sangat hebat,” tambah Charming pula. “Tiara… Aria tu cantik tak?” soal Charming lagi. Tiara mula bertambah berang dengan sikap Charming itu. Memang benar-benar tidak boleh diharap langsung. Hanya tahu menyoal orang bertubi-tubi, seolah-olah seperti di dalam penjara pula.
            “Ermm… cantik,” jawab Tiara bersahaja. Kalau dipanjangkan jawapan nanti, semakin bertambahlah soalannya nanti.
            “Terangkan kepada saya rupanya. Saya nak cuba bayangkan ni. Ada ciri-ciri perempuan idaman saya tak?” ujar Charming lagi.
            “Awak ni tak ada kerja lain ke? Kenapa asyik buat kerja bodoh aje?” marah Tiara hilang sabar dengan sikap.
            “Garangnya dia… macam harimaulah,” kata Charming pula, cuba bersenda gurau. Namun, Tiara seperti tiada dalam mood itu. Hatinya membara dengan sikap Charming itu. Semakin dilayan, semakin mengada-ngada. Entah mana datangnya nama charming itu pun dia tidak tahu. Tak padan langsung… seharusnya Romeo Geek bukannya Romeo Charming.
            “Awak pernah tertanya-tanya tak mana datangnya nama Charming saya ni?” Tiara tersentak sedikit, namun tidak disedari oleh Charming yang sedang menunggang kuda Putera Ryan. Charming ni seolah-olah dapat membaca fikiran aku!
            “Er… entahlah. Nama keluarga kot,” teka Tiara. 
Mari klik di link ini sekiranya nak membac alebih lanjut:
Powered By Blogger