Pembaca Setia !

Sunday, June 6, 2010

Hikayat Putera Ryan 12: Ezekiel dan Jeneral Muzri

“Selamat datang Gabenor Sammuel serta Tiara!” sambut King Alexander dan Queen Inoue di pelabuhan. Putera Ryan tiada di situ kerana dia sedang duduk di singgahsana untuk upacara perkahwinannya berlangsung. Sayang sekali kerana Tiara sangat jelita pada hari itu. Rambut kerintingnya yang panjang itu telah diluruskan. Bibirnya bertambah merah dan pakaiannya sangat cantik, sepadan dengan pemiliknya yang bagaikan bidadari – dari Toraca Lake.
            Ratusan askar beratur panjang di sepanjang pelabuhan itu bagi membentuk sebuah barisan, memenuhi adat perkahwinan Kerajaan Exathus yang telah di amalkan sejak ratusan tahun dahulu.
            “Terima kasih…” kata Sammuel sambil memimpin anaknya yang berjalan. Baju pengantinnya itu berenda panjangnya manakala kasut tinggi yang dipakainya begitu tinggi sehingga membuatkannya kelihatan seperti tidak selesa. Namun, demi perkahwinanya pada hari itu, dia telah tabahkan diri.
            Entah atas sebab apa, Sammuel asyik termenung sahaja. Ramai orang yang berpendapat bahawa mungkin lelaki itu terlalu gembira kerana anaknya, Tiara mampu menawan hati anak seorang putera raja.    
            Namun, ada beberapa manusia sudah mengerti rancangan jahat lelaki itu. Mereka tidak akan duduk diam dan memerhatikan sahaja.
            “Ayah… Danish mana? Ayah kata ayah hantar dia ke sini untuk misi mengarut ayah tu?” rungut Tiara sambil melihat di sekelilingnya. Tiada langsung kelibatnya.
            King Alexander tersenyum sendirian. “Jangan risau Tiara! Dia ada datang ke sini semalam. Dia bilang sampan dia bocor di dek onar orang yang paling dipercayainya semasa dalam perjalanan ke sini. Mujurlah ada orang yang menyelamatkannya! Tapi, dia suruh saya sampaikan pesan kepada orang itu bahawa dia tidak akan selamat!” kata King Alexander dengan pettuturan yang penuh dengan sindiran. Air muka Sammuel lantas berubah. Bocor? Tidak akan selamat? Danish? Apakah mereka sudah tahu yang rancangan benarku? Tak mungkin. Tapi, bagaimana dengan Danish? Bukan ke dia sudah mati? Eh nanti dulu… Jeneral Muzri bilang padaku anak tak guna itu larikan diri. Tapi itu mustahil… Hell Sword mengandungi racun terhebat bangsa Dwarf…
            “Selamat datang, ayah!” kata satu suara. Riak wajah Sammuel lantas berubah. Dia menoleh ke arah belakangnya. “Bagaimana rancangan ayah? Semoga ia berjalan lancar…”
            Tiara melihat adiknya tercegat berdiri lalu tanpa membuang masa dia lantas memeluk Danish. “Tahniah kakak… Putera Ryan tentu tak sabar nak memperisterikan kakak! Betul tak ayah?”
            “Eh? Ya… semestinya. Tiarakan jelita!” Sammuel tersentak. Dia mengecilkan mata merenung Danish.
            “Kenapa gabenor? Ada yang tak kena pada hari ni?” soal King Alexander sambil mengukirkan sebuah senyuman tersirat. Sammuel semakin gelisah dibuatnya. Rancangannya tercalar sedikit dek pengkhianatan Danish itu. Danish atau Sammuel yang menjadi pengkhianat?
            “Mari Tiara!” kata King Alexander sambil menghulurkan tangannya. Dia akan mengambil alih tugas Sammuel dalam mengiringi Tiara ke bakal tuan baru di dalam hidupnya. Senyuman melebar di wajah gadis itu sambil diiringi oleh degupan jantung yang menggila seolah-olah jantungnya itu sedang meronta untuk keluar dari dadanya.
            Putera Ryan pula sedang berdiri untuk menyambut kedatangan Tiara di singgahsana dengan senyuman yang melebar luar biasa panjangnya. Wajahnya pula sedikit merah namun sebagai seorang lelaki dia harus menguatkan diri. Dia tidak akan memalukan dirinya sendiri di hari perkahwinannya. Persetankan rasa malu itu, aku ialah Putera Ryan…
            “Mengumumkan kedatangan Tiara dari Torca Lake bersama Danish Brian dan Sammuel Brian!” kedengaran suara laungan yang kuat bergema di istana setinggi 7 tingkat itu. Gulp! Tiara… pintu besar yang menghubungkan mereka ke singgahsana terbuka dan Tiara sedang berdiri dengan kejelitaan yang sangat luar biasa pada hari itu, sehinggakan Fareez mula berkira-kira bahawa Tiara mampu menandingi kejelitaan semula jadi bekas ketua Elf Hutan, Deana, dan membuatkan mulut Putera Ryan ternganga buat masa yang agak lama serta memukau hadirin yang hadir pada jamuan serta perkahwinan mereka. [UNTUK MEMBACA LEBIH LANJUT, KLIK DI LINK INI:  http://www.penulisan2u.my/2010/06/novel-hikayat-putera-ryan-12/]
Powered By Blogger