Pembaca Setia !

Saturday, January 9, 2010

T Pandemik 8: Demi Cinta

  Harish membuka kelopak matanya. Aulia sedang tidur di sebelahnya, sambil kepala gadis itu terlentok di atas bahunya. Harish mengambil masa beberapa saat untuk menyedari apa yang sedang berlaku. Gadis yang bernama Aulia itu, cantiknya... Kadangkala angin pula nakal bermain dengan rambut Aulia yang hitam lurus lagi harum itu sehingga mengenai wajah Harish, yang menjadi mangsa.

  Harish pun entah kenapa seperti lumpuh di situ untuk mengejutkan Aulia bangun. Dia seperti ingin menikmati saat itu buat selama-lamanya. Tapi bedebah sang tupai yang menghuni pokok di atas, menjatuhkan kulit buah yang baru dimakannya tadi ke atas Aulia membuatkan gadis itu bangun dari lenanya.

   Aulia memandang Harish dengan mengukirkan sebuah senyuman. Dia malu-malu sipu apabila menyedari yang dirinya terlena semalam malah terlentok di atas bahu jejaka berbadan sasa itu. Kelihatan Harish sudah sembuh dari kecederaan yang menyelubunginya semalaman.

   "Awak... maaf," tutur Aulia perlahan, dia sedang duduk berpeluk tubuh sambil bermain dengan jari-jari kontotnya itu. Matanya langsung tidak berani di arahkan pada wajah tampan Harish itu. Harish pula sebaliknya, merenung penuh bermakna pada susuk tubuh kecil molek, Aulia itu. Hatinya semakin dicarik-carik sayang. Itulah yang sedang dirasakan oleh Harish, apakah kau turut merasakannya, Aulia? Rasa bagaimana cinta datang menerjah tiba-tiba saat ada tanggungjawab yang menggunung di atas bahu.

  Aulia... apakah harus aku membawa kau untuk menyelamatkan Shila? Tapi misi ini menjadi misi sulit. Tidak ada seseorang pun yang harus tahu apa yang berlaku... Harish merenung Aulia, masih bermain dengan fikiran, memuntalkan idea dan keringat di kepala. Aulia harus ku bawanya. Aku akan pujuk dia untuk menyimpan rahsia bahawa apa yang terjadi ke atas bandar Eurasia ialah kerana kesilapan perdana menteri Malaysia dan Shila harus diselamatkan

  "Harish?" tegur Aulia tiba-tiba memecahkan lamunan yang sedang menambat jiwanya itu. Harish merenung ke arah Aulia lalu tekad untuk menceritakan segala-galanya yang telah berlaku. Aulia kelihatan tercenggang dengan rahsia besar yang baru sahaja diberitahu kepadanya. Rahsia bagaimana niat baik Perdana Menteri Shahrin yang bekerjasama dengan syarikat farmasi yang telah diharamkan operasinya, Umbrella Corporation semata-mata untuk mendapatkan vaksin atas demi rakyat Malaysia yang ketika itu dilanda virus H1N1 telah memakan diri akhirnya. Konspirasi itu telah menyebabkan hampir seluruh warga kota Eurasia bertukar menjadi pemakan dagin segar yang amat agrresif. Kini, hayat bandar Eurasia serta penduduk-penduduk  yang masih selamat bergantung pada dirinya. Shila harus diselamatkan, barulah bantuan akan tiba di bandar Eurasia.

  "Awak.. saya..." Aulia tidak mampu untuk berkata-kata. Hatinya terasa seperti tersentuh dengan dengan tanggungjawab yang terpaksa dipikul oleh Harish. Tangannya diletakkan ke atas bahu Harish. Dia berasa sangat bersalah kerana telah menagih bantuan lelaki itu untuk menyelamatkan sisa-baki ahli puaknya yang masih hidup yang mungkin masih hidup yang sedang bersembunyi di perkampungan mereka.

  "Kenapa awak ingat saya bergurau ke? Saya serius Aulia. Saya pun tak tahu bagaimana saya boleh cintakan awak tapi yang pastinya saya memang dah jatuh cinta!" tutur Harish serius sambil mengerutkan dahinya.

  "Tapi macam mana... awak baru sahaja kenal saya sehari. Siapa saya pun awak tak kenal sepenuhnya..." balas Aulia yang kemudiannya disampuk oleh Harish dan sekali lagi jari Harish menyentuh bibir Aulia sebagai mengsiyaratkan untuk gadis itu berhneti berkata-kata.

  "Cinta pandang pertama Aulia. Mungkin inilah yang dikatakan oleh orang ramai yang cinta pandang pertama ialah sebuah keajaiban."

   "Terima kasih awak..." tutur Aulia perlahan. Kalau sebelum itu, Harish yang mengucapkan perkataan keramat terima kasih itu. Tapi, kali ini tiba giliran Aulia.

   "Aulia! Mari!" ajak Harish tiba-tiba. Jejaka itu lantas bangkit dan berdiri. Walaupun ada ketikanya dia kelihatan seperti orang yang baru sahaja pulih dari kecederaan, namun itu semua tidak dapat menghalangnya dari untuk menjadi hero yang akan menyelamatkan bandar Eurasia dan puak Aulia. Persetankan segala kesakitan yang dialami, yang penting baginya buat masa itu ialah memberi penawar bagi 'kesakitan' yang lebih parah yang dialami oleh penduduk bandar Eurasia.


   "Ke mana?" soal Aulia bodoh. Harish melepaskan nafasnya. Dia merenung Aulia bodoh. "Ke kampung awak tulah. Kitakan nak selamatkan puak awak?" soal Harish kembali sambil melemparkan renungan yang menegur kepada Aulia. Aulia kelihatan tersentak.


   "Maaf. Tapi, awak betul-betul ke nak tolong puak saya?" soal Aulia lagi. Harish mengukirkan senyuman menawannya itu. Aulia kelihatan terganggu dengan seyuman yang diukirkan oleh Harish.


   "Yalah. Awak ingat saya bergurau ke?" kata Harish lagi serius. Kali ini Aulia kelihatan mempercayai kata-kata yang dilemparkan oleh Harish itu. Dia turut bangkit. Harish kemudian secara tiba-tiba mengangpai tangan Aulia lalu menggengamnya.


   "Saya bersumpah atas nama Allah yang mulai saat ini saya akan melindungi Aulia," tekad Harish di dalam hatinya. Aulia merenungnya kembali. Menatap wajah polos Harish itu tanpa menyedarinya yang jantungnya berdegup kencang serta wajahnya pula merona merah.

   "Harish..." panggil Aulia perlahan. "Saya pun sayangkan awak!"


   Harish kesima namun jawapan yang dilontarkan oleh Aulia itu merupakan pembakar semangat buat dirinya. Dia tersenyum lagi dalam larian yang dipandu oleh Aulai untuk ke perkampungan yang dikatakan oleh Aulia itu.


***


   Tengah hari itu mereka tiba. "Harish! Itu kampung saya!" bisik Aulia yang sedang merangkul erat lengan Harish yang berotot itu. Dia mula ketakutan apabila mereka semakin hampir dengan neraka yang diceritakan oleh Aulia itu. Harish tidak bersuara sebaliknya mengeluarkan pistol Handgun miliknya itu sambil bersiaps edia untuk berdepand engan bahaya yang mungkin menyambutnya di kampung yang rata-rata beratapkan pokok bambu dan berdindingkan kayu.


   "Awak pegang saya kuat-kuat. Kalau awak ada ternampak apa-apa, beritahu saya. Firasat saya mengatakan bahawa ada sesuatu di sini. Sesuatu yang sangat berbahaya! Langkah Harish perlahan merdah memasuki kampung itu. Hanya matahari yang terik sahaja menemani mereka.


   Tiba-tiba kedengaran bunyi ngauman harimau. Bukan satu tapi tiga! Harish dan Aulia terkejut. Harish lantas menarik tangan Aulia lalu berlari memasuki kampung itu. "Aulia cari tempat bersembunyi!" arah Harish tiba-tiba apabila mereka sedang berdiri di dataran kampung itu. Aulia mengangguk setuju lalu berlari meninggalkan Harish keseorangan.


   Harish berdiri sambil tangannya memegang erat pistol Handgun miliknya itu sambil diacuakan ke arah hadapan. Tiba-tiba entah dari mana keluar seekor harimau yang keliahatan seperti dijangkiti virus T menerkamnya dari hadapan. Hanya satu tembakan sahaja yang mampu dilepaskan oleh Harish. Ada di badan harimau itu seperti sudah dicarik isinya. Warna kulitnya pula sudah kelihatan pudar dan pucat. Mulutnya yang bertaring itu berlumuran darah. Harish terjatuh melentang. Dia tidak dapat berbuat apa-apa sebaliknya hanya mampu untuk menolak kepala harimau itu dari menyuntikkan taring yang sebesar lengannya itu ke otaknya.


  Aulia pula bertindak bodoh dengan berlari keluar dari tempat persembunyiannya sambil menghayunkan sebatang kayu ke arah belakang harimau yang ganas itu. Tiada apa kesan sebaliknya harimau tersebut berubah fikiran untuk menjadikan Aulia mangsanya. Aulia berundur beberapa tapak apabila menyedari hal itu.

  "Aulia! Lari!" teriak Harish. Aulia membuka langkah seribu. Pistolnya hilang dari pandangan.Dia yakin yang dia tidak akan dapat menewaskan harimau yang turut dijangkiti virus T itu. Hanya satu sahaja ikhtiar hidupnya ketika itu.


  "Ya Allah! Padamuku pohon agar kau selamatkanlah kami dari bahaya yang mengancam nyawa ini!" Harish memandang langits ambil menadahkan tangannya. Air matanya menitis keluar. Begitu banyak perkara yang menyerangnya pada hari itu.


  Tiba-tiba satu cahaya putih yang sangat cerah telah membuatkan matanya silau. Spontan Harish menutup matanya. Apabila dia membuka matanya, dia disambut oleh sorakan kuat yang sangat membibitkan telinganya. Dia terkejut sangat apabila dia sedang berada di tengah-tengah kawasan yang persis sebuah stadium. Dia kini lengkap berpakaian baju besi. Dia sedang mengengam sebuah pedang yang berlumuran darah. Jasad seorang lelaki sedang tergeletak di tanah tidak bernyawa. Dia melihat sekelilingnya. Dia kenal pakaian merah, penduduk Rom. Dia kini... seorang gladiator dan sedang berada di Rome, sebuah empayar yang terkuat pada zaman kuno.
Powered By Blogger