Pembaca Setia !

Friday, April 2, 2010

Hikayat Putera Ryan 7: Kahwin Rancang


            “Begitulah laporan kami dari Toraca!” kata Putera Ryan mewakili rakan-rakannya yang lain. Queen Inoue tersenyum puas memerhatikan anaknya itu. Putera Ryan seperti tidak senang dengan senyuman yang dilemparkan oleh Queen Inoue. Tiba-tiba Queen Inoue berbisik dengan King Alexender, bapanya. Dua-dua tersenyum puas.
            “Anakanda!” seru Queen Inoue. Putera Ryan yang sedang melutut tadi mendongakkan kepalanya. “Anakanda boleh berdiri… bonda ada sesuatu yang ditanya kepada anakanda. Jawab dengan jujur ya?”
            Putera Ryan mengangguk. Dia merenung ibunya itu. Air muka Queen Inoue agar suka untuk dibaca. “Ryan sayang… Ryan cintakan Tiara?” soal Inoue lagi. Gulp. Putera Ryan menelan air lirunya. Soalan cepu emas ni. Dari mana ibunya mengetahui akan hal ini, apa yang terjadi antara dia dan Tiara? Dia memamndang di sekelilingnya. Puteri Rukia sedang tersengih bodoh sambil mengeyitkan matanya kepada Putera Ryan. Sah! Ini kerja perempuan tu lagi. Tak habis-habis berdendam dengan aku! Putera Ryan mencebikkan wajahnya.
            “Er… maksud ibu?” soal Putera Ryan, yang berharap agar ibunya berterus terangd engannya, tidak perlu berlapik-lapik dalam berbicara.
            “Maksud ibu, kalau anakanda dah berkenan nak menyunting Tiara, ibu tak ada masalah nak melamarnya bagi pihak anakanda!” Putera Ryan terlopong mendengar pelawaan ibunya, bukan Putera Ryan sahaja, tapi hampir semua yang ada di situ, semua yang menyertai peperangan hebat dengan Puak Zauk. Queen Inoue dah buang tabiat ke apa?
            “Ibu… tak akanlah… ibu serius ke?” bahasa istana Putera Ryan terus berterabur dek perlawaan ibunya itu. Tangannya menggigil. Mulutya mengerenyet. Tapi sinar harapan jelas memancar dari balik kaca matanya.
            Queen Inoue mengangguk. Putera Ryan memandang ayahnya untuk mendapat penjelasan. Berkahwin pada usia semuda ni? Mampukah aku memikul tanggungjawab sebagai seorang suami nanti? Ah! Dengan gadis secantik Tiara pula tu?
            “Ryan… ini ialah tradisi Dinasti Alhazred. Anak lelaki dan perempuan tunggal di dalam keluarga Alhazred akan berkahwin apabila usia mereka sudah cukup, macam kamu Ryan. Kami ingatkan hendak kahwinkan kamu dengan Suzanna dari kerajaan Persiana. Tapi ternyata yang kamu diam-diam sudah ada calon!”  kata King Alexender bernada sinis. Wajah Putera Ryan merah padam. Ayah kalau tak sindir aku sehari memang tak cukup.
            “Habis tu kakak belum kahwin lagi?” soal Putera Ryan. “Bukan ke umur dia sekarang dah 23 tahun? Dah 6 tahun dah berlalu, kenapa dia tak kahwin-kahwin lagi?” Kali ini wajah Rukia pula yang merah padam. Secara tidak sengaja, budak mentah itu telah mengulit kembali kenangan yang telah ditanamnya. Putera Ezekiel… Shania…
            Suasana menjadi bisu. Rukia tahu yang pada saat akhir perkahwinan gilang gemilang mereka bakal dilangsungkan, dia mendapat tahu yang Ezekiel rupa-rupanya bermadu kasih dengan Shania. Namun, dia terpaksa melupakan kisah asmara itu gara-gara perancangan keluarga di atas perkahwinan mereka. Malam itu, Rukia sendiri menasihati Ezekiel agar melarikan diri kerana dia tidak mahu menjadi sebab serta alasan untuk Ezekiel merana sepanjang perkahwinan yang seharusnya membuahkan kebahagian.
            “Kakak kamu ada penjelasan Ryan. Apa-apa pun, 3 hari lagi ayah akan hantar rombongan meminang Tiara dan kamu salah seorang dari ahli rombongan itu!” Sekali lagi mulut Putera Ryan terlopong mendengar arahan ayahnya.
            Tak akanlah… kalau macam tu mana aku nak letak muka aku yang kacak ni? Putera Ryan mula gelisah. Perkahwinan ini seolah-olah seperti dirancang oleh seseorang. Tapi, ada seseorang yang berwajah muram di sebalik kegembiraan itu. Air mata menitis jatuh di mata Aria.
            “Aria?” soal Putera Ryan tiba-tiba apabila menyedari ada suatu perubahan pada Aria. “Aria menangis ke?” soal Putera Ryan lagi. Aria menggelengkan kepalanya lalu mengesat air matanya yang tumpah itu dengan tangan.
            “Yang Mulia! Saya minta diri dulu!” kata Aria sambil menundukkan wajahnya. Queen Inoe sekadar mengangguk. Aria kemudian bangkit lalu berlari dari situ. Putera Ryan sempat menatap mata gadis itu yang seakan-akan mahu menumpahkan lagi air mata.
            Aria… kenapa ni?
           
Powered By Blogger