Pembaca Setia !

Saturday, January 30, 2010

T Pandemik 13: Insan Misteri


            “Fera, adam nak bagi nama Muhammad Danish Hakim pada bayi ni. Fera setuju tak?” tutur Adam tiba-tiba, ketika menggendong bayi itu. Fera hanya melihat Adam sambil membetulkan pakaian seragamnya yang kelihatan basah dengan darah, mujurlah baju kalis pelurunya itu mengurangkan sedikit kesan darah tersebut.
            “Danish hakim? Fera tak kisah. Nama tu pun sedap didengar. Betul tak?” balas Fera sambil mengukirkans ebuah senyuman. Adam seperti terpukau sejenak dengan senyuman yang dilemparkan oleh Fera itu.
            “Er…” Adam kehilangan kata-katanya. Dirinya tadi seperti baru sahaja dipukau. Lenyap semua memorinya buat seketika seperti baru sahaja terkena mentera pelupa yang dilakukan oleh Harry Potter.
            “Adam?” tutur Fera perlahan sekali lagi. “Awak tak apa-apa?” Adam tersentak lalu menggelengkan kepalanya.
            “Awak boleh tak senyum lagi macam tadi?” spontan Adam membuat permintaan.
            “Senyum macam mana maksud awak?”  soal Fera kembali.
            Adam tersedar apa yang diungkapkannya tadi. Dia lantas menggelengkan kepalanya. “Entah… masuk air kot saya hari ni!” balas Adam yang telah membuahkan ketawa dari bibir merah Fera.
            “Ada-ada ajalah Adam ni. Sekarang ni, Adam harus fikirkan apa yang harus kita lakukan? Sama ada kita akan kekal di sini atau kita ke tempat yang lebih selamat lagi!” balas Fera menegur Adam. Adam tersipu-sipu malu. Dia sendiri bingung dengan diri sendiri.
            “Adam rasa Adam nak ke Balai Polis Eurasia! Kat sana nanti bolehlah kita berlindung minta bantuan!” balas Adam terus kepada Fera sambil menyerahkan Danish Hakim untuk digendong oleh gadis jelita itu.
            “Bagus juga! Tu memang tempat Fera bekerja! Kita boleh ke sana menggunakan kereta yang polis yang Fera bawa!” teruja sedikit Fera sambil mendodoi Danish Hakim yang sedang melihat dunia di sekelilingnya. Danish jelas masih kosong mengenai benda di sekelilingnya. Dia juga tidak tahu yang dia telah menjadi yatims beaik sahaja dia dilahirkan.
            “Adam… Fera ingatkan yang nak jaga Danish kalau Fera selamat dari peristiwa ni!” jelas Fera tiba-tiba menyambung perbualan mereka lagi. “Fera nak Adam jadi ‘ayah’ pada Danish! Fera pula akan jadi mak pada Danish!” Tiba-tiba sahaja Fera membangkitkan isu itu. Adam tergamam. Ayah?
            “Kenapa Fera… tiba-tiba bercakap tentang hal ni?” soal Adam perlahan.
            “Fera cuma kasihankan Danish! Fera nak dia tahu yang dia akan menghadapi semua malapetaka di Eurasia ni dengan ‘ayah’ serta ‘mak’ dia! Dia tak keseorangan!” balas Fera yangs ekali lagi membuatkan Adam tergamam. Fera, gadis itu sangat berbeza dengan gadis yang pernah dikenalinya. Jelas, status seorang polis wanita tidak pernah menghakis sifat keibuan yang memang semul ajadi wujud dalam sukma Fera.
            Adam tidak terkata-kata sekali lagi. Hari ini, seulas bibirnya telah terkunci oleh perwatakkan yang dipamerkan oleh Fera. Fera, kau nyata seorang insan misteri. Aku semakin ingin merenokai hidupmu…
            “Adam sanggup menjadi ayah pada Danish!” balas Adam tiba-tiba. Fera tersenyum puas.
            “Adam, lebih baik kita pergi dari sini sekarang! Lapangan terbang ni dah tak selamat! Tentera yang septutnya datang pun entah ke maana. Mungkin dah tumpas dalam pertengahan perjalanan sekarang! Bayangkanlah terpaksa bertempur dengan 8 Juta manusia yang bertukar menjadi zombie!” terang Fera panjang.
            “Fera letak mana kereta polis Fera tu?” soal Adam.
            “Fera letak dekat hadapan pintu belakang lapangan terbang! Masa tu zombie belum menyerang kawasan tu lagi!” kata Fera berhati-hati, dia melihat juga keadaan di sekeliling mereka. Masih tiada zombie lagi kerana baki mereka baru sahaja dihapuskan oleh Adam tadi.
            “Susahlah kalau macam ni! Erm… tak apa. Kita cuba dulu. Adam akan pergi dulu ke sana! Kalau ada zombie, Insyaallah, Adam akan bunuh mereka semua, kemudian barulah Adam akan bawa kereta tu masuk ke dalam sampai sini untuk mengambil Fera dengan Danish. Fera sempat melontarkan kunci keretanya itu kepada Adam.

***

            Adam tiba jua di kereta polis milik Fera itu. Tiada zombie yang kelihatan, jalan raya kelihatan sunyi tanpa seorang manusia pun yang kelihatan. Adam memandang dada langit sambil melihat matahari yang semakin tenggelam di sebalik bukit bakau di pulau tropika itu.
            Dia kemudian berjalan ke arah kereta polis tersebut sambil membuka kuncinya menggunakan butang yang ada di kunci yang diberikan oleh Fera. Baru sahaja dia mahu memasuki kereta tersebut, tiba-tiba tangan kanannya dipatuk oleh seekor burung gagak hitam yang disedarinya dari tadi asyik berlegar di atas kepalanya. Adam menjerit kesakitan. Tangan kirinya pula dikipas-kipaskan untuk menghalang burung gagak itu daripada mencabik dagingnya. Tiba-tiba datang lagi beberapa ekor burung gagak entah dari mana. Adam tiada pilihan, mungkin burung gagak tersebut dijangkiti oleh virus T. Dia kemudian mengeluarkan M-15 yang diikatnya di belakang tubuh sasanya lalu melepaskan beberapa das tembakan yang mengenai burung gagak yang sedang mematuk-matuk tangan kanannya dengan paruh yang tajam itu. Dia kemudian tanpa membuang masa melepaskan tembakan tersebut. Seekor rebah lagi. Menggunakan sisa-sisa peluru yang ada, Adam melepaskan beberapa tembakkan yang kemudian mengenai burung gagak yang sedang berterbangan di udara untuk menjadikan Adam mangsa mereka. Syukur yang semua tembakkan mengenai pada sasaran.
            Darah merah mengalir di tangan Adam, tempat di mana terkena patukan . Dia merasakan seperti sesuatu sedang menjalar masuk ke dalam semua urat-uratnya yang ketika itu sedang meninjol kelihatan di seluruh tangan kanannnya. “Ya Allah! Sakitnya!” teriak Adam yang sedang melutut sambil memegang tangan kirinya. Senjata M-15 miliknya terlepa jatuh bergeketak di atas tanah. Pandangan matanya mula kembali kabur. Dia akhirnya rebah dan pengsan di atas tanah. Matanya sempat menangkap kelibat insan misteri, yang mulutnya kusyuk mengunyah chewing-gum yang kadangkala dibelonkan.
            Gadis tersebut berpakaian seperti seorang saintis. Tangannya dipegang oleh saintis tersebut lalu disuntik dengan sesuatu. Hanya itulah yang disedarinya.

***

            “Mana Adam ni? Kata tadi nak datang dengan kereta! Tapi…” Fera begitu gusar menunggu Adam kembali ke situ. Langkahnya tidak senang duduk sambil mendukung Danish Hakim. Danish kelihatan sudah terlelap. Akhirnya, Fera sudah memasang tekad untuk mencari Adam sambil mejaga Danish.
            Kakinya melangkah laju kea rah di mana keretanya diparkir tadi. Langkahnya terhenti apabila matanya tertangkap pada jasad Adam yang hanya berseluar pendek. Wajah lelaki itu kelihatan pucat. Senjata M-15 milik aDAM pula hilang entah ke mana. Kelihatan tubuh Adam yang sasa itu.
            “Adam!” teriak Fera spontan. Tangan kanan Adam berlumuran darah. Fera kelihatan melutut di sebelah jasad Adam. Dia memanggil nama Adam perlahan, tangannya tidak dapat berbuat apa kerana mendukung Danish.
            Adam membuka matanya perlahan-lahan. Wajah jelita Fera kelihatan sebaik sahaja cahaya menerjah masuk ke retina matanya. “Awak… saya masih hidup ke?” Fera mengangguk smabil tersenyum. Air mata gadis itu tumpah. Dia bersyukur kerana Adam masih hidup, namun dia tertanya-tanya apakah yang sebenarnya terjadi apa jejaka itu? 
           
           
           
           

Thursday, January 28, 2010

T Pandemik 12: Tanah Perkuburan Di Tengah Belantara


            Fikiran Iwan menerawang jauh menolah imiginasinya tersendiri. Jip yang dinaikinya bersama Ira masih belum keluar dari lapangan terbang Eurasia, sedang mencari jalan keluar. Ira yang duduk di sebelah Iwan sambil memandu jip yang mereka ‘pinjam’ menyedari akan perubahan drastik pada Iwan.


            “Abang Razi tak apa-apa?” soal Ira tiba-tiba memadamkan langsung imiginasi Iwan. Iwan lantas menoleh ke arah wajah ayu Ira itu. Walaupun wakjahnya kelihatan comot, namun manisnya tidak pernah tenggelam.


            “Abang tak apa-apa,” pendek Iwan membalasnya. Sebenarnya dia masih memikirkan akan tanggapan Adam terhadap dirinya. Rambut panjang Iwan mengerbang ditiup angin petang. Tanpa disedarinya, hari mula berlabuh sekali lagi. Baru sahaja tadi dia bersusah payah melepaskan dirinya bersama Ira daripada jutaan zombie yang tak berhati perut, kini sebuah maslaah lagi yang hinggap dalam sukma mereka masing-masing – cara untuk keluar daripada lapangan terbang yang ternyata memang sangat besar itu.


            “Abang… Ira rasa lebih kalau kita rempuh aje pagar renek tu?” luah Ira tiba-tiba. Kali ini, Iwan mengambil serius apa yang dikatakan oleh Ira. Memang pagar itu renek tetapi, apa yang bakal menanti mereka nanti ialah tanah curam yang dibawahnya ialah jalan raya berturap. Risiko untuk jip mereka rosak atau kemalangan memang tinggi.


            “Tapi…” Iwan cuba untuk membantah tetapi tiba-tiba sahaja Ira menekupkan tapak tangannya ke mulut Iwan menyebabkan jejaka itu tidak dpaat meluahkan apa yang terbuku. “Abang jangan risau… Ira kan ada!” Sekali lagi gadis itu membuat pengakuan bahawa dia akan melakukan aksi gila. Iwan mula naik gelabah. Apa yang gadis itu cuba buat boleh diibaratkans eperti menghantar kad undangan kepada malaikat maut untuk menjemput mereka ke Alam Barzakh.


            “Ira dah gila ke?” Iwan terpaksa menuturkan kata-kata itu.


            “Yup. Ira memang dah gila! Ira gila dan hanyut dalam cinta Ira pada abang! Ira tak gentarkans emua ini sebab Ira pernah berjanji pada abang dahulu yang Ira sanggup mati untu abang!” tutur Ira. Apa yang dituturkan oleh Ir atadi membuatkan peluh semakin membasahi dahi serta Iwan.


            “Itu Razi kau, bukan aku! Aku tak pernah berjanji untuk mati dengan kau!” kata Iwan dalam hatinya. Razi, kau dah terlalu menyusahkan hidupku. Kalau kau jumpa, pastinya akan mati dengan tumbukanku nanti.


            Tiba-tiba sahaja Ira menekan pedal lalu memecut laju. Iwan tergamam, Ira memang benar-benar melakukannya. Inilah maslaahnya bila terperangkap dengan orang yang sakit jiwa kerana cinta. Ketika inilah dia mula mempersoalkan kewujudan cinta, bahagia yang dibawanya atau derita senantiasa?


            “Ira! Astagfirullah!” pekik Iwan sambil menutup matanya sambil tangannya erat memegang lengan Ira. Dia tiada piliha lain… Ira pula ketika itu memekik keseronokkan. “Wohoo…”


            Dan kereta itu mendarat dengan selamat di atas jalan. Iwan membuka matanya perlahan-lahan, untuk melihat sama ada dia sudah tiba di syurga atau tidak. Dia menjerit kegembiraan apabila mendapati dia selamat. Ira tersenyum puas melihat Iwan gembira.


            “Kan Ira dah cakap tadi yang kita akan selamat!” ujar Ira disebelah Iwan. Iwan tersenyum diselit kekeliruaan. Apakah yang menyebabkan Ira begitu yakin sedemikian rupa?


            “Macam mana Ira boleh yakin sampai macam tu sekali?” soal Iwan bingung.


            “Yalah. Sebab Ira yakin ada abang untuk melindungi Ira. Ira ingat lagi masa Ira dan abang terperangkap kat Amazon hari tu. Abanglah yang banyak menolong Ira. Sejak itu, Ira merasakan yang Ira pasti akan selamat di sisi abang. Abang, bukan ke Ira dah beritahu abang banyak kali benda ni?” Iwan tergamam. Ternyata sekali seolah-olah gadis itu hanya hidup untuk Razi.


            “Yalah. Macam mana abang boleh lupa pula? Irakan isteri abang!” balas Iwan yang terpaksa berbohong, namun dia masih tidak biasa membahaskan dirinya sebagai Razi. Untuk menjadi Razi, dia harus mempelajri cara-cara untuk menjadi lelaki itu.


            “Terima kasih abang!” balas Ira sambil memberi kucupan di pipi Iwan. Wajah jejaka itu merona merah.  Dia tidak semena-mena dicium, pertama kali di dalam hidupnya dicium oleh perempuan selain mahramnya. Tangannya perlahan-lahan memegang pipinya, terasa lembap sedikit di tempat yang dikucup itu. Tiba-tiba sahaja badannya terasa sejuk yang amat sangat seperti ada satu kuasa yang mengalir dalam tubuh sasanya itu. Rasa yang tidak pernah dialaminya sebelum ini.


            “Sayang... kita nak ke mana?” soal Iwan tiba-tiba, yang entah kenapa tersasul membahaskan Ira sebagai ‘sayang.’ Ira seeprti baru sahaja disimbah salji ke atas rambutnya tersenyum puas. Akhirnya ‘Razi’nya mengelarkan dirinya sebagai saying, perkataan azimat yangs elalu dinantis ejak alam perkahwinan mereka mencecah 4 bulan.


            “Abang panggil Ira, sayang?” soal Ira tiba-tiba.


            “Ya. Kenapa? Irakan ‘isteri’ abang!” balas Iwan.


            “Tak ada apa-apa.” Pendek Ira memutuskan perbualan mereka. “Ira nak pergi terus ke balai polis Eurasia.” Itulajh yang sedang bermain di dalam fikiran Iwan. Iwan gusar yang Ira mempunyai destinati lain. Tapi hatinya kembali lega apabila Ira mengungkapkan perkataan yang dinatikannya itu seperti orang buta yang menunggu tongkatnya.


            “Abang tak ada masalah kalau Ira nak ke sana! Sebenranya abang dah janji dengan Adam yang abang akan berjumpa dengan dia di sana!” balas Iwan. Ira hanya mengangguknya seraya senyap.


            “Kalau perjalanan dari lapangan terbang ini ke sana mengambil masa lebih kurang 4 Jam! Mungkin kita tiba lewat. Makud Ira malam ni,” tutur Ira. Iwan hanya diam tidak bersuara. Dia sekali lagi menyalahkan Ira di atas tersasul memangil sayang. Ira menekan pedal jip tersebut menjelajah lebuh raya pulau kedua tebesar di Malaysia selepas Borneo itu.





***





Jam di tangan menunjukkan bahawa sudah pukul 7.00 malam. Iwan hanya sekadar memandang dada langit,langsung tidak berbicara dengan Ira yang kelihatan letih memandu jip. Kadangkala dia ikut menyanyi lagu di radio. Perjalanan ke Bandar Eurasia yang di mana terletaknya balai polis Eurasia terpaksa mengharungi hutan dara Eurasia yang mengelingi Bandar tersebut. Hnaya lampu sahaja yang menjadi peneman mereka. Tiba-tiba jip yang mereka naiki berhenti tiba-tiba di pertengahan lebuh raya yang di mana kiri dan kanan mereka ialah hutan tebal.


“Ira, kenapa awak berhenti?” tanya Iwan tiba-tiba.


“Jip ni yang tiba-tiba rosak!” bilang Ira. Iwan lantas berasa aneh lalu keluar dari jip tersebut dan berjalan ke arah bonet hadapan kereta untuk memeriksa masalah apa yang sedang menganggu mereka. Iwan kemudiannya memebuka bonet hadapannya dan memeriksa keadaan enjin kereta. Tiada apa masalah. Dia kemudian menjeling ke arah Ira sambil menggelengkan kepalanya. Ira pun keluar. Tiba-tiba jip yang mereka pandu bergerak ke belakang  secara tiba-tiba. Iwan terkesima dan keliru bagaimana jip itu bole bergerak sendiri sedangkan Ira sudah keluar darinya tanpa orang yang memandu.


“Abang Razi! Abang Nampak apa yang Ira Nampak?” tutur Ira perlahan.


“Abang nampak…” balas Iwan perlahan. Bulu romanya mula meremang, dia sedar yang dia sedang berada di tengah-tengah hutan bersama seorang gadis muda yang cantik yang status mental masih diragui.


Ira melangkah ke arah Iwan sambil merangkul lengan jejaka itu, kali inis nagat erat mungkin kerana ketakutan. Dia kelihatan membisikkan sesuatu kepada Iwan. “Abang! Lihat tu!” tangannya menunding ke arah satu kawasan lapang disebelah mereka. Sebuah lagi masalah yang dasyat menandatangi mereka.


“Selamat datang ke Tanah Perkuburan Islam Eurasia!” begitulah yang tertulis di papan tanda tersebut. Malam itu agak gelap membuatkan mereka berdua tidak dapat melihat apa yang ada di sebalik papan tanda itu. Iwan menelan air liurnya apabila selesai membaca papan tanda tersebut.


“Abang… Ira takut…” tutur Ira perlahan. Ira, kau ingat kau seorang aje yang takut. Aku pun takut juga! Begitulah hati Iwan berkata, tetapi sebagai seorang lelaki, dia tidak biasa untuk mengakui ketakutannya itu.


“Jangan takut Ira! Abang kan ada?” tutur Iwan. “Ira percayakan abang aje. Ira pasti akan selamat kalau abang ada!” Ira mengangguk sambil mengukirkan senyumannya. Tiba-tiba perbualan romantis mereka itu diganggu oleh bunyi suara yang menagih bantuan.


“Ira dengar apa yang abang dengar?” tanya Iwan mendapat kepastian. Ira menganggukannya. “Abang rasa ada orang yang perlukan pertolongan kita! Abang nak tolong orang itu!”


“Abang dah gila ke? Mana ada orang di tengah-tengah hutan apatah lagi kubur di tengah-tengah malam ni!” balas Ira cuba untuk membantah hasrat bodoh Iwan itu.


“Habis tu suara siapa?”


“Hantu?” Celupar mulut Ira.


“Abang tak percayakan benda-benda tu semua!” kata Iwan tegas. “Kalau Ira nak ikut abang! Ira ikut, kalau tak, Ira tinggal sini. Abang akan kembali dalam masa yang terdekat!” kata Iwan yang sudah mengelurakan senjata M-15 miliknya itu. Peluru yang tinggal mungkin sedikit tetapi sekurang-kurangnya dia dapat menggunakannya untuk mempertahankan diri.


“Okey! Ira ikut abang!” Ira kelihatan seperti tidak mempunyai pilihan lain. Dia terpaksa mengikuti arahan Iwan. Dia lebih rela meneroka kubur di tengah malam bersama Iwan daripada ditinggalkan keseorangan.

Saturday, January 23, 2010

T Pandemik 11: Aku Seorang Gladiator

    Harish tercegat berdiri sambil tangannya terketar-ketar memegang pedang yang berbaluti darah merah yang segar itu. Matanya masih tertumpu pada sekujur jasad yang tidak bernyawa yang dia yakin menjadi mangsa tusukan pedangnya itu. Dia melihat sekelilingnya, Coliseum itu dipenuhi oleh ribuan penonton yang kelihatanya masih belum puas dengan aksi pertarungan yang dipersembahkan kepada mereka.
 
   Matanya tiba-tiba tertangkap pada satu wajah yang sedang duduk di sebuah kawasan sepeti khas disediakan untuk orang ternama. Wajah itu seperti sudah biasa dilihatnya malah seperti sebati dengannya… wajah itu… eh nanti dulu… itukan Julius Caesar, antara jeneral terhebat di dalam sejarah dunia sebaris dengan Alexander The Great serta Salahuddin Al-Ayubi.

   “Anda semua mahukan lebih lagi?” teriak Caesar tiba-tiba sambil menghunuskan pedangnya ke udara. Kedengaran suara jeritan yang berteriak setuju. Darah gemuruh mula menyerang saraf minda Harish. Apakah yang mereka mahukan dari aku?
 
   “Pegawai! Keluarkan dua ekor harimau yang kelaparan itu. Orang kita mahu melihat bagaimana lelaki gagah di bawah itu melawan dua ekor harimau ganas itu, berjayakah dia hidup?” bilang Caesar lagi. Lutut Harish mula menggeletar. Situasi yang dialaminya persis dengan apa yang berlaku di Hutan Eurasia, di mana dia diserang hendap dua ekor harimau yang dijangkiti oleh Virus T. Cuma kali ini, dia mempunyai sebilah pedang dan harimau itu tidak dijangkiti oleh virus yang telah mengubah sekelian penduduk Eurasia menjadi zombie.
 
   “Eh nanti dulu! Apa yang kamu semua mahu buat ni…”

   “Pegawai, keluarkan golongan hamba untuk dijadikan makanan kepada harimau itu. Hanya Travian sahaja mampu menyelamatkan mereka!” arah Caesar lagi. Harish terkesima. Travian dan golongan hamba? Caesar maksudkan dirinyakah?

   Tiba-tiba sahaja salah satu dari pintu besi yang serupa penjara di bawah stadium kuno itu dibuka. Sekumpulan golongan hamba yang terdiri daripada kanak-kanak kecil, gadis yang berusia belasan tahun serta orang tua yang lemah telah ditendang keluar oleh pegawai yang lengkap berpakaian perang dan bersenjata.

   “Apa yang kamu cuba buat ni? Masukkan mereka kembali ke dalam kurungan itu. Mereka hanya golongan lemah dan tidak bernyawa! Takkanlah kamu nak korbankan mereka pada binatang tu…” teriak Harish tidak puas hati. Dia berjalan ke arah sudut arena stadium itu yang di mana dia merasakan yang dia boleh berbicara dengan Caesar. Lelaki itu baginya telah melampau kerana tegar untuk mengorbankan nyawa-nyawa yang tidak berdosa seperti golongan hamba tadi. Apakah ini lelaki yang dipuja-puja oleh sejarah?
 
    Namun teriakkan Harish itu dipedulikan oleh Caesar. Caesar seolah-olah tidak memahami apakah yang diteriakkan olehnya tadi. Sebaliknya Caesaer kembali mengambil arak lalu meminumnya. Harish kembali melihat harimau tadi menghampiri golongan hamba yang sedang berteriak meminta tolong kepada Harish. Kanak-kanak di situ mula mengeluarkan tangisan tidak berlagu mereka itu. Harish melihat keadaan penonton dis ekelilingnya, dan sekali lagi dia beristighfar kerana sikap yang dipamerkan oleh mereka. Inikah penduduk Rom yang dikatakan sangat bertamadun itu? Baginya haiwan pun tidak akan sanggup melihat situasi seperti ini. Mereka langsung tidak pernah menunjukkan rasa simpati mereka.
 
    Harish pula sedang bermain sandiwara dengan dirinya. Dirinya sedang tersekat di antara dua pilihan hidupnya, menyelamatkan dirinya atau membiarkan golongan hamba tadi menjadi mangsa harimau yang kelaparan itu.

   Tiba-tiba salah seorang dari gadis dari golongan hamba tadi berlari ke arahnya. Orangnya berpakaian hamba yang lusuh, berambut perang dan berwajah jelita. Harish mengetahinya bahawa gadis tersebut ialah bangsa latin Rom.

    “Apa yang awak buat ni? Lihat pada mereka! Apakah awak sanggup untuk melihat bagaimana mereka diratah di hadapan awak. Tolonglah selamatkan mereka. Apakah ini Travian yang penduduk Rom itu bangakan sangat? Mana kehebatan awak?” kata gadis latin itu lagi. Harish terkesima. Dia bukan Travian tapi  

   Harish tapi dia tidak tahu kenapalah dia tidak meluahkan hal itu kepada gadis latin dihadapannya. Dia melihat ke arah dua ekor harimau tadi dengan pandangan yang penuh dengan kebencian serta ketakutan. Dia menatap sekumpulan hamba yang sedang berundur semakin ke belakang agar tidak menjadi santapan harimau yang ganas itu.
 
    Hatinya tiba-tiba meronta menyuruhnya agar menyelamatkan sekumpulan hamba tadi. Pedang sepanjang 14 inci tadi dijulangnya ke udara sementara gadis latin tadi berundur ke belakang. Harish lantas berlari dengan laju ke arah salah seekor harimau tadi sambil menghayunkan pedang.

   “Arggh!” teriak Harish sambil menusukkan pedang itu ke arah belakang harimau yang baru sahaja mahu menerkam golongan hamba tadi. Darah merah terpancut memercikkan ke seluruh tubuh Harish yang lengkap dengan baju besi yang bewarna merah. Harimau tadi rebah ke tanah. Salah seekor harimau yang lain melihat bagaimana seekor harimau yang lain dibunuh begitu sahaja. Harimau itu mengaum dan berlari dengan sangat laju ke arah Harish yang sedang cuba upaya untuk menarik pedang tersebut sebelum dirinya diterkam. Dan… suk! Satu tikaman mengenai dada harimau itu dan jatuh menghimpap Harish.
 
   Bunyi sorakan kedengaran. Mereka ternyata terhibur dengan aksi pertarungan seorang lelaki gagah dengan dua ekor harimau yang ganas dan yang ternyata mengagumkan pera penonton. Harish menolak bangkai harimau tadi ke tepi lalu berdiri. Gadis latin tadi berlari ke arahnya lalu meghadiahkan pelukan. Harish tergamam. Semua penonton telah berdiri sambil memberi tepukan gemuruh kepada Harish. Mereka kagum dengan kekuatan yang dimiliki oleh lelaki itu kerana mampu untuk menundukkan dua ekor harimau yang telah membunuh banyak nyawa gladiator yang tak berdosa dalam masa yang sekejap sahaja.
 
   “Beta mahu bebaskan lelaki tu! Beta nak jadikan dia sebagai salah seorang panglima perang dalam kerajaan beta. Harish seklai lagi terkejut dengan sikap yang ditunjukkan oleh Caesar. Gadis latin itu kemudian melayangkan ciuman di pipi Harish membuatkan jejaka itu merona merah pipinya.

   “Awak hebat!” tutur gadis tadi sambil mengeyitkan matanya. Lutut Harish tiba-tiba terasa longgar. Kejelitaan yang dimiliki oleh hamba perempuan tadi itu telah membuatkan Harish tidak senang duduk. Dia lebih cantik dari Aulia. “Awak… saya kena pergi dulu. Saya akan tunggu awak!”
 
   Harish semakin tidak senang duduk. Dia mula diserang oleh perasaan gelisah yang tidak diketahui dari mana datnagnya. Gadis latin itu berlari ke arah kelompoknya yang sedang dihalau masuk ke dalam penjara tempat mereka dikurung. Harish tiba-tiba menjerit.

    “Saya belum tahu siapa nama awak lagi!”

   Gadis latin itu berhenti sebentar lalu menoleh. “Panggil saya Erisya Mathwell” Erisya berllau pergi meninggalkan Harish keseorangan. Tiba-tiba sekali lagi cahaya putih muncul. Mata Harish sekali lagi silau membuatkannya terpaksa menutup mata. Dia berasa pening-pening lalu rebah ke tanah. Kedengaran suara orang menggumam dan Erisya berlari ke arahnya. “Travian! Bangun…” Erisya rebah di sebelahnya.

***

   Harish membuka kelopakmatanya. Dia memandang di sekelilingnya, tiada lagi Coliseum dan penduduk Rom yang semakin meninggalkan norma kehidupan sebaliknya dia sedang terbaring lesu di atas tanah hutan hujan Eurasia. Tapi… ada seseorang yang tidak lenyap…
 
   “Erisya!?” Harish terkejut. Dia lantas bangun. Dia melihat dua ekor harimau tadi terbaring dans alah seekor darinya tertusuk sebilah pedang yang Harish kenal, merupakan pedang yang dia gunakan di Coliseum temph masa itu. Dia mencari leibat Aulia. Gadis orang asli itu sedang terbaring tidak jauh darinya. Kepalanya luka sedikit tetapi tidak parah.

   Erisya tidak lagi berbaju seperti seorang hamba malah berkemja putih yang kelihatan kotor akibat tanah di hutan tersebut. Erisya juga berseluar jean putih. Pendek kata, gadis itu berpakaian serba putih.

    Harish lantas mengejutkan Erisya.

   “Erisya! Bangun Erisya!” kejut Harish sambil mengoyangkan tubuh Erisya. Kelihatan matanya terbuka sedikit. “Mujurlah…”

   “Travian! Awak selamat! Syukurlah!” teriak Erisya kegembiraan. Aulia tersedar dari pengsannya, mungkin kerana keterujaan yang dipamerkan oleh Erisya. Aulia melihat Harish dipeluk oleh seseorang. Dia lantas berlari ke arah Harish dan menolak gadis itu.

   “Alhamdulillah Harish! Harimau tu… siapa dia?” Tanya Aulia. Erisya lantas meleraikan pelukannya lalu bergerak ke arah Aulia sambil merenung gadis itu.

   “Awak ni gila ke? Awak panggil dia dengan nama apa? Harish? Awak tak kenald ia ke? Dia ialah Travian, gladiator terhebat pada zaman pemerintahan Caesar!” bilang Erisya sambil mencekakkan pingganya. Aulia hamper tergelak sambil merenung Harish untuk mendapatkan penjelasan.

   “Awaklah yang gila! Caesar Itukan orang yang dah mati! 2000 tahun lalu,” balas Aulia bengang sedikit bengang dengan apa yang dikatakan oleh Erisya. Erisya pula yang kali ini kelihatan seperti diserang halilintar. Dia memandang Harish.

   Harish tidak tahu apa yang mahu dikatakan olehnya. Penjelesan yang keluar dari mulutnya nanti pasti akan menimbulkan kekeliruaan pada kedua-dua gadis jelita di hadpaannya itu. Seorang pasti tidak akan percaya bagaimana dia kembali ke zaman silam dan membawa kembali seorang hamba jelita dan seorang lagi pasti akan jadi gila apabila diberitahu yang dia mungkin baru sahaja mengembara masa yang istilah itu tidak pernah di dengarnya.
 
   “Er… apa yang kamu berdua katakan tadi tu sebenarnya benar!” balas Harish tiba-tiba. Kedua-dua gadis itu memandang Harish lalu merenung antara satu sama lain kemudian berkata serentak.
  “
   Perempuan gila tu kata benda yang betul?” kata kedua-dua jelitawan itu serentak sambil menundingkan jari ke arah mereka antara satu sama lain. Harish tersepit. Kini, tanggungjawabnya harus menjaga kedua-dua orang gadis itu.

  “Sebenarnya….” Harish pun menceritakan segala-galanya yang berlaku pada Erisya serta Aulia . Mereka berdua kelihatan semakin faham dengan situasi yang sedang berlaku. Harish berasa lega kerana mereka berdua mengerti.

Thursday, January 21, 2010

T Pandemik 10: Hati Yang Remuk

   “Helmi… akak nak kau imamkan solat subuh pada hari ini. Selalunya ini tugas ayah..” Leen terdiam sejenak. Dia baru sahaja membangkitkan nostalgia yang baru sahaja dikuburkan dengan masa.
 
    “Kakak…” tidak semena-mena air mata mengalir membasahi pipi Helmi. Hatinya mudah tersentuh sejak kebelakangan ini. Dia kini terpaksa memikul taggungjawab untuk menjaga Leen, Sahara serta Azim, budak kecil yang baginya merupakan pengacau utama.
 
   Hanya Sahara sahaja banginya boleh bertarung. Kakaknya merupakan gadis yang fobia dengan senjata manakala Azim pula barulah berumur dalam 7 atau 8 tahun. Manalah budak tu tahu untuk menggunakan senjata.

    Helmi lebih suka menggunakan senjata tangan manakala Sahara pula lebih pakar menggunakan senjata api.  Mereka berdua telah mampu untuk membunuh beratus-ratus zombie yang cuba memakan mereka serta Leen dan Azim.

   “Maafkan akak. Akak tak sengaja Helmi!” balas Leen sambil menepuk-nepuk bahu Helmi. Helmi lantas mengesat air matanya apabila kelibat Sahara muncul. Gadis jelita itu tersenyum tiba-tiba, kelihatan sinis. Helmi mula menggelabah sakan. Dia menyesal apabila Sahara melihat dirinya menangis. Dia sebagai lelaki…

   “Comel El tadi!” tutur Sahara tiba-tiba. Wajah Helmi merah padam. Sekali lagi, Sahara berjaya mengenakan jejaka yang berambut hitam malang itu. Helmi yang berkemeja serba puth kelihatan sedikit terganggu dengan apa yang dituturkan oleh Sahara itu kemudian melangkah ke arah bilik air, bergegas untuk mengambil wuduk. Apa-apa pun yang berlaku, suruhan Allah S.W.T tidak harus dipandang ringan walau situasi apa yang menghimpit hidup ketika itu. Hanya dialah yang boleh menyelamatkan kita daripada bahaya.

***

     Begitu sedap suara Helmi mengalunkan ayat suci Al-Quran serta bacaan solat pada pagi itu. Azim berdiri di belakang shafnya yang kemudian diikuti oleh Sahara dan Leen yang kelihatan manis bertelekung.

     “Assalamualaikum warrahmatullah,” tutur Helmi perlahan sambil menoleh kearah kiri dan kanannya lalu menyapu wajahnya. Tangannya kemudian di tadah ke langit. “Ya Allah Ya Tuhan Kami. Berikanlah kami kekuatan serta kemantapan hidayah untuk kami hadapi ujian yang Kau kirimkan ini. Ya Allah, Kami di sini percaya Engkaulah Tuhan yang Maha Pengasih Lagi Penyayang….” Itu merupakan salah satu daripada bait doa yang dibaca oleh Helmi pada pagi itu. Tidak juga dia mendoakan agar dicucuri rahmat kepada kedua orang tuanya yang telah kembali ke rahmatullah. Air matanya sekali lagi tumpah. Destinati yang mereka mahu tuju selepas ini ialah Hospital Kebangsaan Eurasia yang lokasinya tidak jauh dari sini.

    Helmi kemudian bangkit sambil melipat sejadah dan bergerak keluar dari bilik itu meninggalkan Leen, Sahara serta Azim di dalam. Dia masih belum tenang dengan apa yang berlaku. Fikirannya masih merawang-rawang ke arah apa yang berlaku semalam. Dia lantas menghempaskan punggungnya di kusyen empuk di ruang tamu rumahnya.

    Kakaknya muncul bersama Sahara yang sedang erat memegang tangan Azim. Helmi lantas bangkit lalu mengambil kapak dan kayu hokinya yang disandarkan di kusyen itu. Dia lantas bergerak ke arah mereka.

   “Kakak! Kita nak ke sana naik apa?” tiba-tiba sahaja Azim melontarkan pertanyaan itu. Sahara tersenyum puas.

   “Naik kereta kakak Ara lah!” balas Sahara. Helmi kelihatan terkejut besar. Dia memandangkan kakaknya untuk mendapatkan penjelasan. Kakaknya pula menampilkan riak wajah seperti sudah tahu akan perkara itu.

“Kereta?” tutur Helmi tiba-tiba. Gadis semuda Sahara memiliki sebuah kereta?

  “Ya. Kenapa?” balas Sahara. Helmi mengerutkan dahinya keliru. Dia seperti tidak pasti untuk mempercayakan apa yang diluahkan oleh Sahara. Dia merenung dalam wajah gebu dan putih Sahara itu.

   “Helmi tak tahu ke yang Sahara ni mempunyai sebuah kereta? Satu Malaysia mungkin dunia tahuakan semua ini. Kereta Ferrari model spider. Hadiah tunang Sahara, Putera Fahmi, anak raja arab saudi!” balas Leen sambil menggelengkan kepalanya. Dia berasa bingung dengan sikap yang dipamerkan oleh Helmi. Sahara ialah sebuah nama besar di dalam industri hiburan dunia. Sahara ialah seorang pelakon terkenal yang telah berjaya menambat hati anak putera Raja Arab Saudi yang terkenal, King Faisal.

   Hati Helmi ketika itu terasa seperti baru sahaja dirempuh treler besar. Amat sakitnya. Sahara… kau dah berpunya malah bakal berkahwin dalam masa terdekat ini. Apakah aku ini terlalu buta untuk mengenal permata yang terlalu mahal yang aku impikan untukku miliki? Helmi lantas diam, tidak lagi bersuara. Sahara menyedari perubahan yang tiba-tiba pada wajah Helmi, dia terasa bersalah. Dia tahu yang jejaka itu menyukainya jika dilihat daripada reaksi. Tapi, Sahara merasakan dirinya sudah biasa dicinta oleh orang. Dia artis… Helmi, maafkan aku…


    “Kakak! Untuk apa kita berada di rumah ni lagi. Saya nak pergi dari sini! Banyak sangat nostalgia yang melukakan hati yang dah remuk ni,” dingin sekali kedengaran suara Helmi. Dia kelihatan sudah berputus asa.
Leen hanya menganguk. Sahara hanya mengekori Helmi keluar.

   “El… kenapa ni?’ tutur Sahara tiba-tiba sambil meletakkan tanganya di atas bahu Helmi di perkarangan rumah Helmi. Helmi menoleh lalu menolak tangan Sahara.

   “Aku tak apa-apa. Kau jaga diri kau!” balas Helmi lagi. Sahara terganggu dengan perubahan mendadak Helmi. Helmi… sanggup El ‘ber aku dan kau’ dengan Ara. Apa salah Ara?

   “El…”

   “Jangan panggil aku dengan nama itu!” tengking Helmi tiba-tiba membuatkan Sahara terkesima. Dia tidak menyangka yang Helmi akan tegar berbuat begitu terhadapnya. Air mata menitis mengalir menuruni pipinya. Helmi tidak memedulikannya. Sahara, kau curi hatiku tetapi kau pulangkannya dalam keadaan remuk dan berkecai. Aku dah tidak punya hati lagi…

    Pang! Satu tamparan hinggap di pipi Helmi. Kakaknya menghadiahkan Helmi satu tamparan. Helmi pula yang kesima kali ini. Kakak… tegar kakak melakukan adik kakak begini. Kenapa!

   “Helmi! Kau sedar tak apa yang kau buat ni? Apa salah Sahara pada kau? Apa salah dia!” marah Leen yang tiba-tiba hilang sabar dengan sikap Helmi. Helmi mengenggam penumbuknya untuk menahan kemarahan.

   “Sahara memang bersalah dalam hal ini. Kenapa dia harus menjerat Helmi dalam cintamya? Kenapa Helmi harus terperangkap dalam cintanya bersama Fahmi? Dia sudah bertunang dan dia menghampiri Helmi. Helmi jatuh padanya dan dia senang-senang memberitahu yang dia sudah bertunang!” balas Helmi meluahkan perasaannya.

   “Apa yang awak maksudkan ini?” tanya Sahara tiba-tiba. Dia terkejut dengan apa yang dilauhkan oleh Helmi. Tak akanlah dia nak membuat pengakuan…

   “Saya maksudkan yang saya cintakan awak Sahara! Tapi, awak dah dimiliki dan saya merayu kepada awak jangan lakukan saya sebegini. Tolong hentikan panggilan manja yang awak berikan pada saya, dan tolong hentikan suara manja awak tu. Awak buat saya tersiksa…” balas Helmi membuatkan kakaknya, Azim dan Sahara tergamam.

“Maafkan saya…”

Makluman

Oleh kerana novel T Pandmeik mendapat sambutan lebih dari Hikayat Putera Ryan. Saya akan berhentikan seketika Novel Hikayat Putera Ryan untuk memberi ruang untuk saya update cerita T Pandemik .

Monday, January 18, 2010

T Pandemik 9: Tentang Kau, Aku Dan Dia


                "Ira! Ira nak buat apa tu?" tanya Iwan perlahan. Langkahnya terhenti di menara pemantau Lapangan Terbang Eurasia. Ira sedang berdiri tercegat di tepi tingkap menara itu sambil tangannya sedang mengengam erat sebuah kerusi. Ira menoleh ke arah Iwan yang lengkap berpakaian kalis peluru dan bersenjatakan M-15 itu. 

            "Ira nak mati!" selamba Ira menuturkan kata-kata itu membuatkan Iwan tergamam. Dia tidak menyangka setinggi ini rasa sayang Ira Natalia pada Razi, lelaki yang daripada tadi dituturkan oleh Ira. Razi, kerana kau aku tersepit dengan cinta gadis itu. 

              "Ira! Ingat Allah Ira! Berdosa kalau bunuh diri!" Iwan mengingatkan Ira. Gadis semuda dan secantik itu baginya tidak perlu mensia-siakan hidup yang ada. Ira tidak mempedulikan nasihat Iwan malah menghayunkan kerusi yang dipegangnya itu ke arah tingkap lalu pecah. 

               "Ira!" jerit Iwan. Ira yang ketika itu sedang melangkah ke arah tingkap yang pecah itu berhenti sejenak, lalu menoleh ke arah suara yang memanggil itu - Iwan. "Kalau Ira sayangkan abang, jangan bunuh diri!" jerit Iwan tiba-tiba. Iwan tiba-tiba memarahi dirinya atas kelancangan mulutnya tadi. Dia pun tidak tahu mengapa dia berkata sedemikian.

            "Sayang? Abang Razi yang tak sayangkan Ira. Abang Razi tak mengaku siapa Ira di depan kawan abang tu!" Ira mengengking. Iwan tergamam tidak bersuara. Apa yang harus dituturkannnya. Bagaimana untuk di  menduga cinta dan siapa Razi itu? Silap cakap, padah akibatnya. 

            "Abang Razi... sayangkan... Ira!" tergagap-gapa Iwan mahu menuturkan kata-kata itu  tapi tidak sepenuh hati. Dia berharap yang Ira tidak menduga hatinya ketika itu. Iwan tekad yang dia harus menjadi Razi pada hari itu demi menyelamatkan nyawa Ira. Dia pasti yang Razi yang disayangi Ira itu telah meremukkan hati Ira dengan begitu kejam. Iwan tertanya-tanya, apakah ini merupakan satu lagi ujian Allah kepadanya selepas zombie-zombie yang sedang mengganas di bandar Eurasia. 

            Air mata Ira mengalir sekali lagi. Dia melangkah ke arah Iwan. Sekurang-kurangnya aku dapat menyelamatkan gadis itu. Biarlah aku menjadi Razi buat sehari dua ini asalkan Ira gembira...

***

            "Fera! Macam mana ni?" kata Adam yang sedang berpeluh membantu Fera menyambut bayi yang baru lahir itu. Fera tidak menjawab pertanyaan Adam sebaliknya dia sedang kusyuk memberi semangat kepada ibu tadi bagi melahirkan bayi. 

"Fera?" sekali lagi Adam memanggil nama gadis itu. Fera terkejut. Dia menoleh ke arah Adam. "Adam, tolong Fera kawal orang-orang itu!" arah Fera. Adam mengangguk lalu bangkit berdiri. Dia sempat menoleh menatap wajah Fera.  

            Sekumpulan manusia yang baru sahaja sebentar tadi mengacau Fera dengan perasaan ingin tahu mereka kini sedang berjlana ke arah Adam seperti orang yang sudah seminggu tidak makan.Adam berasa aneh lalu bergerak ke arah mereka dengan perlahan-lahan sambil mengacukan senjata M-15 miliknya.

            "Arghh!" teriak salah seorang dari manusia tadi lalu menerkam Adam menyebabkan jejaka itu terjatuh. Fera menyedarinya lalu mengeluarkan pistolnya dan melepaskan sedas tembakan ke arah manusia tadi. Adam termengah-mengah ketakutan berundur ke belakang. Dia lantas bangkit sambil mengacukan senjatanya tadi. 

   "Jangan bergerak atau saya tembak kamu semua!" laung Adam tegas. Mereka tidak memberi sebarang respon tetapi salah seorang dari mereka yang kelihatan sangat ganas berlari ke arah Adam dengan gaya yang seperti mahu menjadikan Adam makanannya. 

            Seperti tidak diberi pilihan lain, Adam melepaskan beberapa das temabakan yang merobek dada mereka. Asdam tahu yang mereka semua telah bertukar menjadi zombie. Tanpa membuang masa Adam lantas melepaskan tembakannya sekali lagi yang semuanya tidak sedikit pun tersasar dari zombie tadi, semuanya rebah tidak bernyawa. Adam lantas berlari ke arah Fera. 

            "Terima kasih Fera!" tutur Adam yang kembali kepada Fera yang sedang kusyuk mennati kelahiran bayi tadi. 

***

            Lif yang membawa Iwan dan Natalia menuruni menara tadi terbuka. Kaki Iwan kaku lagi apabila lapangan tempat pesawat-pesawat mendarat dipenuhi banjiran zombie yang kelihatan sudah memecah masuk ke dalam lapangan terbang itu. Kelihatannya anggota polis yang lain telah gagal untuk mempertahankan lapangan itu. Mindanya kaku lagi, tidak tahu apakah yang harus dilakukan olehnya memandangkan senjata yang ada tidak mampu untuk membunuh semua zombie yang sedang berada di lapangan terbang itu.

            “Ira… abang tak…” Iwan tdak tahu apa yang mahu dikatakan pada Ira. Banjiran zombie yang sedang bergerak ke arahnya dan Natalia memang kelihatan seperti gelombang maut yang sedang melangkah bersama Malaikat Maut.

            “Abang! Ira tahu macam mana caranya nak selamatkan kita dari zombie-zombie tu!” tiba-tiba sahaja gadis gila itu bersuara. Iwan menoleh ke arah Ira sambil mindanya sedang beserabut memikirkan akan kematian.

            “Macam mana Ira?” soal Iwan seribu tanda tanya.

            “Abang nampak tak kereta yang selalu digunakan oleh pekerja yang mengawal lapangan ni? Ira menunjukkan jarinya kea rah sebuah kereta yang tidak berbumbung. “Kita boleh menggunakannya untuk melarikan diri dari lapangan terbang ni!”

            Iwan tergamam. Gadis yang disangkanya gila itu rupa-rupanya bijak. Dia akhirnya telah menunjukkan jalan keluar kepada Iwan yang baru sahaja tadi putus harapan. Dia berterima kasih pada Ira.

            “Mari kita pergi cepat!” ajak Iwan yang kemudiannya berlari. Tiba-tiba tangannya dicapai oleh Ira membuatkan jantungnya berdegap kencang secara tiba-tiba. Setelah beberapa minit mereka berlari, akhirnya mereka tiba di kereta tersebut. Rupanya seperti jip.

            “Ira… kawan abang dalam lapangan terbang! Adam, macam mana dengan dia?” Iwan baru sahaja teringatkan akan Adam. Sahabatnya itu… Fera juga! Gadis polis itu. Apakah dia tegar untuk meninggalkan Fera serta Adam bertarung dengan maut sendirian? Tidak! Dia sebagai sahabat dan rakan Adam seharusnya menjadi penyelamat mereka.

            “Abang! Abang sayangkan Ira atau kawan abang tu? Mana lagi penting! Ira akan mati kalau abang pun mati! Dah 3 tahun Ira tak jumpa abang! Taju tak bagaiman aperasaan Ira masa abang dah tak kenal Ira lagi tadi? Hati Ira hancur berkecai. Ira rasakan yang penantian Ira selama ini tak hanyalah sia-sia.

            Apa? Razi kau itu dah hilang 3 tahun? Jadi, aku ni ialah pelanduk dua serupa yang seiras dengannya? Ira… Aku ialah Iwan, dan aku ada hidupku sendiri. Apakah aku harus korbankan diriku ini hanyalah kerana kau. Aku punya sahabat dan cintaku sendiri. Apakah kerana Razi itu aku harus…

            “Abang! Ira tahu yang abang tak pandai pandu kereta! Biar Ira yang pandu kereta ini!” kata Ira tiba-tiba lalu menyentakkan lamunan Iwan tadi. Tangan Iwan disambarnya. Iwan hanya mengikuti sahaja Ira. Dia seolah-olah seperti sudah dipateri segala tindak tanduknya.

            “Adam… maafkan aku…” hanya perkataan itu sahajalah yang lahir dalam hatinya.


***

            “Adik… kakak nak adik jaga anak kakak ni. Kakak dah tak boleh lama lagi dah…” kata gadis muda itu. Anaknya yang baru sahaja dilahirkan berbidankan Fera sedang menangis di dalam dakapan ibunya.

            “Kakak jangan kata macam ni…” pinta Fera perlahan walaupun dia tahu yang ibu tadi akan menghembuskan nafas terakhirnya di situ.

            “Berjanjilah pada kakak yang kamu akan menjaga anak kakak ni?” pinta ibu muda itu sambil menitiskan air mata. “Tolonglah…”

            “Fera berjanji kak!” air mata Fera turus membasahi pipinya. Hatinya sebak mengenangkan akan bayi yang bakal tidak beribu serta berbapa. Sebaik sahaja Fera mengukirkan janji itu, ibu muda tadi menutup matanya, pergi dengan perasaan penuh kelegaan yang anak yang ditinggalkannya akan dijaga oleh seorang gadis yang cantik, penyanyang dan baik hati. Adam memerhatikan sahaja sandiwara dunia yang ditayangkan dihadapannya tadi.

            “Fera! Biar Adam yang azan dan iqamatkan di telinga dia!” tutur Adam tba-tiba apabila dia baru sahaja menghabiskan sisa-sisa zombie di keliling mereka. Fera member bayi tadi kepada Adam. Adam menyambutnya lembut walaupun otot kelihatan di tangan jejaka berbadan sasa itu.

            “Allahuakhbar…” merdu suara Adam melaungkan azan. Fera terkesima dengan laungan suara Adam yang mendayu-dayu lagi merdu itu. Tiba-tiba sahaja hatinya berdegup kencang seperti baru sahaja habis berlari.

            “Ya Allah. Jejaka ni…” terdetik sesuatu di hati Fera. Tiba-tiba telefon bimbit Adam berbunyi. Seseorang mengirimnya SMS. Dia membuka kiriman tersebut di telefon bimbitnya.

            Adam, aku dan Ira ada hal yang terpaksa kami uruskan. Jumpa di Balai Polis Eurasia! Di sana kita boleh meminta bantuan polis di sana! Maaf kerana terpaksa meninggalkan kau.

            “Iwan… kau pergi dulu sebelum aku pergi! Mentang-mentang dah dapat awek cun macam Ira tu!” kata Adam tersenyum sendirian sambil tangannya menggendong bayi itu.
  

Saturday, January 9, 2010

T Pandemik 8: Demi Cinta

  Harish membuka kelopak matanya. Aulia sedang tidur di sebelahnya, sambil kepala gadis itu terlentok di atas bahunya. Harish mengambil masa beberapa saat untuk menyedari apa yang sedang berlaku. Gadis yang bernama Aulia itu, cantiknya... Kadangkala angin pula nakal bermain dengan rambut Aulia yang hitam lurus lagi harum itu sehingga mengenai wajah Harish, yang menjadi mangsa.

  Harish pun entah kenapa seperti lumpuh di situ untuk mengejutkan Aulia bangun. Dia seperti ingin menikmati saat itu buat selama-lamanya. Tapi bedebah sang tupai yang menghuni pokok di atas, menjatuhkan kulit buah yang baru dimakannya tadi ke atas Aulia membuatkan gadis itu bangun dari lenanya.

   Aulia memandang Harish dengan mengukirkan sebuah senyuman. Dia malu-malu sipu apabila menyedari yang dirinya terlena semalam malah terlentok di atas bahu jejaka berbadan sasa itu. Kelihatan Harish sudah sembuh dari kecederaan yang menyelubunginya semalaman.

   "Awak... maaf," tutur Aulia perlahan, dia sedang duduk berpeluk tubuh sambil bermain dengan jari-jari kontotnya itu. Matanya langsung tidak berani di arahkan pada wajah tampan Harish itu. Harish pula sebaliknya, merenung penuh bermakna pada susuk tubuh kecil molek, Aulia itu. Hatinya semakin dicarik-carik sayang. Itulah yang sedang dirasakan oleh Harish, apakah kau turut merasakannya, Aulia? Rasa bagaimana cinta datang menerjah tiba-tiba saat ada tanggungjawab yang menggunung di atas bahu.

  Aulia... apakah harus aku membawa kau untuk menyelamatkan Shila? Tapi misi ini menjadi misi sulit. Tidak ada seseorang pun yang harus tahu apa yang berlaku... Harish merenung Aulia, masih bermain dengan fikiran, memuntalkan idea dan keringat di kepala. Aulia harus ku bawanya. Aku akan pujuk dia untuk menyimpan rahsia bahawa apa yang terjadi ke atas bandar Eurasia ialah kerana kesilapan perdana menteri Malaysia dan Shila harus diselamatkan

  "Harish?" tegur Aulia tiba-tiba memecahkan lamunan yang sedang menambat jiwanya itu. Harish merenung ke arah Aulia lalu tekad untuk menceritakan segala-galanya yang telah berlaku. Aulia kelihatan tercenggang dengan rahsia besar yang baru sahaja diberitahu kepadanya. Rahsia bagaimana niat baik Perdana Menteri Shahrin yang bekerjasama dengan syarikat farmasi yang telah diharamkan operasinya, Umbrella Corporation semata-mata untuk mendapatkan vaksin atas demi rakyat Malaysia yang ketika itu dilanda virus H1N1 telah memakan diri akhirnya. Konspirasi itu telah menyebabkan hampir seluruh warga kota Eurasia bertukar menjadi pemakan dagin segar yang amat agrresif. Kini, hayat bandar Eurasia serta penduduk-penduduk  yang masih selamat bergantung pada dirinya. Shila harus diselamatkan, barulah bantuan akan tiba di bandar Eurasia.

  "Awak.. saya..." Aulia tidak mampu untuk berkata-kata. Hatinya terasa seperti tersentuh dengan dengan tanggungjawab yang terpaksa dipikul oleh Harish. Tangannya diletakkan ke atas bahu Harish. Dia berasa sangat bersalah kerana telah menagih bantuan lelaki itu untuk menyelamatkan sisa-baki ahli puaknya yang masih hidup yang mungkin masih hidup yang sedang bersembunyi di perkampungan mereka.

  "Kenapa awak ingat saya bergurau ke? Saya serius Aulia. Saya pun tak tahu bagaimana saya boleh cintakan awak tapi yang pastinya saya memang dah jatuh cinta!" tutur Harish serius sambil mengerutkan dahinya.

  "Tapi macam mana... awak baru sahaja kenal saya sehari. Siapa saya pun awak tak kenal sepenuhnya..." balas Aulia yang kemudiannya disampuk oleh Harish dan sekali lagi jari Harish menyentuh bibir Aulia sebagai mengsiyaratkan untuk gadis itu berhneti berkata-kata.

  "Cinta pandang pertama Aulia. Mungkin inilah yang dikatakan oleh orang ramai yang cinta pandang pertama ialah sebuah keajaiban."

   "Terima kasih awak..." tutur Aulia perlahan. Kalau sebelum itu, Harish yang mengucapkan perkataan keramat terima kasih itu. Tapi, kali ini tiba giliran Aulia.

   "Aulia! Mari!" ajak Harish tiba-tiba. Jejaka itu lantas bangkit dan berdiri. Walaupun ada ketikanya dia kelihatan seperti orang yang baru sahaja pulih dari kecederaan, namun itu semua tidak dapat menghalangnya dari untuk menjadi hero yang akan menyelamatkan bandar Eurasia dan puak Aulia. Persetankan segala kesakitan yang dialami, yang penting baginya buat masa itu ialah memberi penawar bagi 'kesakitan' yang lebih parah yang dialami oleh penduduk bandar Eurasia.


   "Ke mana?" soal Aulia bodoh. Harish melepaskan nafasnya. Dia merenung Aulia bodoh. "Ke kampung awak tulah. Kitakan nak selamatkan puak awak?" soal Harish kembali sambil melemparkan renungan yang menegur kepada Aulia. Aulia kelihatan tersentak.


   "Maaf. Tapi, awak betul-betul ke nak tolong puak saya?" soal Aulia lagi. Harish mengukirkan senyuman menawannya itu. Aulia kelihatan terganggu dengan seyuman yang diukirkan oleh Harish.


   "Yalah. Awak ingat saya bergurau ke?" kata Harish lagi serius. Kali ini Aulia kelihatan mempercayai kata-kata yang dilemparkan oleh Harish itu. Dia turut bangkit. Harish kemudian secara tiba-tiba mengangpai tangan Aulia lalu menggengamnya.


   "Saya bersumpah atas nama Allah yang mulai saat ini saya akan melindungi Aulia," tekad Harish di dalam hatinya. Aulia merenungnya kembali. Menatap wajah polos Harish itu tanpa menyedarinya yang jantungnya berdegup kencang serta wajahnya pula merona merah.

   "Harish..." panggil Aulia perlahan. "Saya pun sayangkan awak!"


   Harish kesima namun jawapan yang dilontarkan oleh Aulia itu merupakan pembakar semangat buat dirinya. Dia tersenyum lagi dalam larian yang dipandu oleh Aulai untuk ke perkampungan yang dikatakan oleh Aulia itu.


***


   Tengah hari itu mereka tiba. "Harish! Itu kampung saya!" bisik Aulia yang sedang merangkul erat lengan Harish yang berotot itu. Dia mula ketakutan apabila mereka semakin hampir dengan neraka yang diceritakan oleh Aulia itu. Harish tidak bersuara sebaliknya mengeluarkan pistol Handgun miliknya itu sambil bersiaps edia untuk berdepand engan bahaya yang mungkin menyambutnya di kampung yang rata-rata beratapkan pokok bambu dan berdindingkan kayu.


   "Awak pegang saya kuat-kuat. Kalau awak ada ternampak apa-apa, beritahu saya. Firasat saya mengatakan bahawa ada sesuatu di sini. Sesuatu yang sangat berbahaya! Langkah Harish perlahan merdah memasuki kampung itu. Hanya matahari yang terik sahaja menemani mereka.


   Tiba-tiba kedengaran bunyi ngauman harimau. Bukan satu tapi tiga! Harish dan Aulia terkejut. Harish lantas menarik tangan Aulia lalu berlari memasuki kampung itu. "Aulia cari tempat bersembunyi!" arah Harish tiba-tiba apabila mereka sedang berdiri di dataran kampung itu. Aulia mengangguk setuju lalu berlari meninggalkan Harish keseorangan.


   Harish berdiri sambil tangannya memegang erat pistol Handgun miliknya itu sambil diacuakan ke arah hadapan. Tiba-tiba entah dari mana keluar seekor harimau yang keliahatan seperti dijangkiti virus T menerkamnya dari hadapan. Hanya satu tembakan sahaja yang mampu dilepaskan oleh Harish. Ada di badan harimau itu seperti sudah dicarik isinya. Warna kulitnya pula sudah kelihatan pudar dan pucat. Mulutnya yang bertaring itu berlumuran darah. Harish terjatuh melentang. Dia tidak dapat berbuat apa-apa sebaliknya hanya mampu untuk menolak kepala harimau itu dari menyuntikkan taring yang sebesar lengannya itu ke otaknya.


  Aulia pula bertindak bodoh dengan berlari keluar dari tempat persembunyiannya sambil menghayunkan sebatang kayu ke arah belakang harimau yang ganas itu. Tiada apa kesan sebaliknya harimau tersebut berubah fikiran untuk menjadikan Aulia mangsanya. Aulia berundur beberapa tapak apabila menyedari hal itu.

  "Aulia! Lari!" teriak Harish. Aulia membuka langkah seribu. Pistolnya hilang dari pandangan.Dia yakin yang dia tidak akan dapat menewaskan harimau yang turut dijangkiti virus T itu. Hanya satu sahaja ikhtiar hidupnya ketika itu.


  "Ya Allah! Padamuku pohon agar kau selamatkanlah kami dari bahaya yang mengancam nyawa ini!" Harish memandang langits ambil menadahkan tangannya. Air matanya menitis keluar. Begitu banyak perkara yang menyerangnya pada hari itu.


  Tiba-tiba satu cahaya putih yang sangat cerah telah membuatkan matanya silau. Spontan Harish menutup matanya. Apabila dia membuka matanya, dia disambut oleh sorakan kuat yang sangat membibitkan telinganya. Dia terkejut sangat apabila dia sedang berada di tengah-tengah kawasan yang persis sebuah stadium. Dia kini lengkap berpakaian baju besi. Dia sedang mengengam sebuah pedang yang berlumuran darah. Jasad seorang lelaki sedang tergeletak di tanah tidak bernyawa. Dia melihat sekelilingnya. Dia kenal pakaian merah, penduduk Rom. Dia kini... seorang gladiator dan sedang berada di Rome, sebuah empayar yang terkuat pada zaman kuno.
Powered By Blogger