Pembaca Setia !

Wednesday, December 30, 2009

Selamat Tinggal Amazon!

Hutan Hujan Amazon, merupakan habitat dan rumah kepada jutaan spesies haiwan yang pelbagai, daripada sekecil kucing hutan sehinggalah sebesar gajah mendiamai kawasan yang meruapakan antara tempat yang paling tidak sesuai didiami oleh manusia.

            Iklim di Amazon saling tak tumpah seperti di Malaysia memandangkan kedudukannya yang terletak di tengah-tengah garisan khatulistiwa. Sudah pelbagai cerita yang tidak enak didengari tentang Amazon. Piranha, Anakonda, labah-labah gergasi, puak kannibal dan juga ikan keli gergasi, salah satu daripadanya.

            Jika ditanya kepada para pembaca semua, apakah saudara semua sanggup untuk tinggal di Amazon seorang diri walau dibayar jutaan wang ringgit? Aku dapat mengangak jawapan yang bakal keluar dari mulut kalian semua, tidak! Jika ada tersenyum sinis dengan kata-kataku dan menganggap diri  mereka berani, tunggulah sehingga akhir ceritaku. Aku yakin bahawa anda akan mengubah fikiran dengan serta merta apabila saya menghabiskan cerita ini.

            Oh! Terlupa pula nak memperkenalkan diri! Aku Kapten Darius, juruterbang pesawat Malaysian Airlines (MAS). Aku terpanggil untuk mencoretkan sejarah hidupku. Kisahku ini telah menjadi satu sejarah dalam hidupku, yang amat mustahil untukku padamkan dari diari hidup.

***


            “Kapten Darius! Apa yang perlu saya lakukan sekarang?” teriak Kapten Terry di sebelah Darius. Terry, lelaki inggeris yang berambut perang tercungap-cungap cuba menahan pesawat Boeing 707 yang kelihatan terumbang-ambing di balik awan di paanh petir.

            “Habislah Kalau berterusan macam ni! Kalau diikutkan pengiraan aku Darius, pesawat kita ni takkan dapat bertahan lama!” kata pula Kapten Bao Chung di sebelah Darius, yang sedang turut membantu Darius dan Terry.

            Masing sungguh mulut Bao Chung, pesawat tersebut terpanah petir, bergegar sebentar kemudian jatuh menjunam menyembah hutan Amazon yang menghijau di bawah sana. “Alamak! Kawan-kawan bertahan semua!” kata Darius memberikan semangat.
    
        Terry memejamkan matanya. Bao Chung menyumpah seranah pesawat tersebut. Halilintar yang menyambar seraya telah menghentikan enjin. Hati Darius begitu kuat beroda. Pesawat itu terus menjunam ke bawah.
            
          “Ya Allah! Aku pohon pada kau agar selamatkanlah aku dari nahas pesawat ini!” pinta Darius berkali-kali di dalam hatinya. Tangannya terasa kejang seketika dan Bum! Pesawat tersebut terhempas, menyembah lantai Amazon. Beberapa pokok tercabut dari akarnya dek terhempasnya sebuah pesawat

            Pesawat tersebut terbelah dua dek hentakan yang terlalu kuat. Bahagian kepala pesawat terpisah beberapa kilometer daripada bahagian ekornya. Mujurlah pesawat tersebut tidak meletup mungkin kerana belas kasihan tuhan.

***


            Di senja Amazon yang penuh berkabus, terbelangkalai sebuah bangkai pesawat yang terbelah dua. Kelihatan bergelimpangan jasad-jasad kaku yang tidak bernyawa. Di antara bergelimpangan mayat tersebut, Darius sedang terbaring lemah. Matanya masih lelap, belum terjaga dari pengsan. Seorang gadis yang lengkap berpakaian pramugari sedang terbaring di sebelahnya.

            Di baju pramugari tersebut terlekat tag nama yang bertulis Darin. Pramugari tersebut cuba bangun tetapi tak bermaya. Kakinya cedera teruk, darah berlumuran dari peha hingga ke bawah lutut.

            “Awak…” terketar-ketar suara-suara Darin, cuba mengejutkan Darius di sebelahnya. dada Darius masih kelihatan bernafas. Darin cuba menggagahkan dirinya, merangkak ke arah Darius. Namun, yang termampu hanyalah menyentuh pipi Darius dengan tangannya.

            “Awak… bangunlah. Saya takut…” kata Darin sambil menepuk-nepuk pipi Darius lembut, tapi sayang, jejaka itu masih belum sedar dari pengsannya, Darin hilang semangat. Hari pula hampir malam. Dia tak mahu keseorangan di dalam hutan yang menjadi rumah kepada jutaan haiwan yang pastinya akan membuatkan darah kita mendidih apabila mendengar nama mereka.

            “Aku harus nyalakan obor!” kata Darin tekad. Amazon hanya membenarkan orang yang kuat sahaja selamat daripada manakala lemah pasti akan tumpas di pertengahan, dan Darin tahu itu. Dia harus kuatkan dirinya. Dia tidak mahu lantai Amazon ini menjadi kuburnya.  

            Darin melihat keadaan sekelilingnya. Matanya tertangkap pada sebotol minyak yang tergeletak tidak jauh dari tempatnya dan Darius terbaring. Darin terfikir yang mungkin dia boleh gunakan minyak tersebut untuk menyalakan obor apinya. Tetapi, sebelum itu dia harus mencari sebatang kayu yang bersaiz sederhana dan kain yang harus dibalutnya pada kayu itu.

            Mungkin tuhan sedang membantu dirinya. Dalam sedang dia kusyuk mencari di sekelilingnya, entah dari mana, sebatang kayu bersaiz sederhana jatuh di sebelahnya dari dahan pokok balak yang sombong meninggi, meninggalkan rakannya semak samun terkapai-kapai di untuk melihat cahaya sang matahari.

            Darin kemudian menggunakan minyak yang dijumpainya tadi lalu mencurahkannya pada kayu yang telah dibalutnya itu menggunakan koyakkan dari lengan kemejanya. Namun, dia mula menyedari ada sesuatu yang hilang di situ. Pemetik api! Jika tiada benda itu, obor yang baru sahaja dibinanya tadi pasti akan menjadi akan sia-sia. Semangat Darin luntur di situ. Obor yang dibuatnya dengan susah-payah di sandarkan pada pokok yang memayungi Darin dan Darius.

            “Darin… apa yang awak buat tu?” tutur suatu suara yang memecahkan kesunyian pada senja itu. Darin terpinga-pingga. Suara siapakah tadi? Hantukah? Segala benda yang mengarut mula menggamit minda gadis yang bertubuh tinggi lampai, sesuai untuk profesion seorang pramugari yang menuntut wajah jelita dan susuk tubuh persis model.
     
       “Darin! Ini saya Darius!” balas suara tadi. Darin menoleh ke arah Darius yang di ribanya. Jejaka itu sudah sedar pengsannya. Senyuman mula melebar di wajah manis Darin, yang persis wanita jepun walaupun dia ialah keturunan melayu sejati.
     
       “Awak dah sedar Darius? Awak… saya nak nyalakan obor ni, tapi saya tak ada pemetik api!” balas Darin perlahan. Kedengaran nada kecewa di balik suara lunaknya yang lagi mendayu-dayu itu.
         
       “Darin jangan risau! Saya ada pemetik api!” balas Darius yang seolah-olah telah memberi sinar kehidupan yang baru buat Darin mungkin dek kecerian yang terpancar di wajah Darin yang baru sahaja tadi kelihatan awan mendung mega.
           
         “Baguslah! Boleh saya nyalakan obor yang baru sahaja saya buat ni!” ujar Darin yang sedikit teruja dengan apa yang berlaku. Darius mengukir senyuman yang kelihatan agak lemah dan dibuat-buat. Dia mahu melelapkan matanya, tubuhnya terasa lemah.

***
            
           Tup! Tap! Tap! Kedengaran bunyi sesuatu berlari memecahkan tidur Darius dan Darin. Bap! Sebuah tubuh kerdil bersaiz serigala jatuh menghempap Darius yang sedang dibuai lena.
           
           “Arghh!” spontan Darius menjerit kesakitan. Seekor serigala gila sedang cuba membaham dirinya. Darin kesima lagi terkejut. Darius sedang bergelut dengan seekor serigala hutan yang kelihatan sedang kelaparan.
          
        “Aku harus buat sesuatu!” bisik hati kecil Darin. Dia melihat di sekelilingnya, obor api yang sedang menyala di dinding pokok tempat mereka berteduh itu dicapainya lalu di cucuhkan ke arah serigala jahanam itu. Saat itu digunakan oleh Darius untuk menghadiahkan satu terajang di dada serigala tersebut. Darin kemudian telah melemparkan obor api tadi pada serigala itu membuatkannya menggelupur kepanasan.
           
          Darin menoleh ke arah Darius yang sedang tercungap-cungap seperti sedang diserang kejutan. Dia tercungap-cungap. Cederanya belum sembuh sepenuhnya lagi tapi dihidangkan oleh ujian yang begitu getir dari Allah. Tapi,  Darin yakin yang Darius orang yang kuat dan tabah, Amazon pun tidak akan dapat menggugat diri Darius, persis dengan sejarah namanya. Nama Darius diangkat dari nama seorang panglima parsi yang sangat gagah, Darius The Great.
            
           “Astaghfirullah!” beristighfar Darius berulang kali sambil mengurutkan dadanya. Dia masih kelihatan terkejut. Mujurlah dia tiada sakit jantung, kalau tidak sudah tentu dia kini menjadi arwah.
            
             Darin cuba bangkit, untuk bergerak ke arah Darius. Dia kasihankan jejaka itu. Dia kenal benar siapa Darius. Seorang juruterbang pesawat MAS yang sepasukan dengannya. Jejaka itu anak yatim piatu.
            
              “Terima kasih Darin!” tutur Darius perlahan. Dia akhirnya diselamatkan oleh Darin, dan dia sungguh berterima kasih. Darius tekad, dia akan membalas jasa Darin. Darin… kau ialah heroin di dalam hatiku.
***
            “Assalamualaikum?” lena Darin diganggu oleh seseorang. Dia membuka kelopak matanya. Wajah Darius menyambut permulaan harinya pada hari itu. Darius menghulurkan tangannya yang kemudiannya disambut oleh Darin. 

            "Waalaikumussalam," balas Darin pendek. "Auch! Sakit..." tutur Darin spontan. Dia terduduk kembali. Kakinya kelihatan tidak mampu lagi untuk berdiri. Sakitnya memang amat. Dia mendongak merenung Darius dengan pandangan simpati, cuba menagih pertolongan lelaki itu. Tapi, Darius yang sedang sibuk membelek pisau rambo yang baru sahaja dijumpainya tadi tidak menyedari akan apa yang terjadi pada Darin. 
            
           "Darius," panggil Darin lemah, ada sedikit nada manja. Darius lantas berpaling sambil meletakkan balik pisau itu di dalam sarungnya dan kemudian memasukkan ke dalam poketnya. 


          "Ya?" balas Darius sambil menumpukan matanya kepada Darin. Darin sedikit berang, "Darius, kenapalah kau ni lurus bendul sangat?" bisik hati kecil Darin. Tidakkah kau nampak kakiku yang cedera ini ?


           "Awak... saya tak boleh jalan ni. Boleh tak kalau awak papah saya sepanjang kita dalam perjalanan cari jalan pulang ni?" tutur Darin sedikit dibuat-buat nada suaranya. Darius terlopong sebentar seolah-olah permintaan yang dibuat oleh Darin tadi seperti meminta cinta darinya. 


            "Macam mana?"


            "Papah? Awak dah gila ke? Keadaan awak macam ni, saya akan gendong awak kat belakang saya," balas Darius selamba. Darin sedikit terganggu dengan jawapan yang dilontarkan oleh Darius. Dia merenung Darius, jejaka yang berkulit sawo matang, berambut lurus yang panjangnya hampir menutup mata. Orangnya boleh tahan kacak. 



             "Mari! Kita akan cari sungai, dan kemudian kita akan selusuri sungai itu hingga ke pantai. Di sana kita bolehlah fikirkan tindakan yang sepatutntya,. Dengan adanya pisau rambo ini pada saya, insyaallah perjalanan kita akan menjadi senang!" balas Darius sambil mengukirkan senyumannya. Hati Darin entah kenapa menjadi gelisah dengan senyuman yang diukirkan oleh Darius, seolah-olah seperti sedang dipanggang dalam microwave. 

 

             Darius melangkah ke arah Darin lantas duduk bercangkung mnembelakangkan gadis itu. Jantung Darin berdebar aneh rasanya. "Cepatlah," gesa Darius yang menyuruh gadis itu meletakkan tangan di bahu bagi menyenangkan kerja menggendong Darin yang cedera itu. 


            

              ***

               "Darin, kita berhenti berehat ? Saya dah penat ni..." tutur Darius cuba membuka perbualan antara dia dan Darin setelah suasana sepi lagi kekok yang menyelubungi mereka setengah jam tadi. Namun, tiada jawapan yang kedengaran dari mulut Darin. Langkah Darius terhenti. 

                
                 "Ermm... tidur pula perempuan ni," bisik hati kecil Darius. "Baik aku terus mencari sungai, tak naklah kejutkan dia. Comel pula awak ni Darin... alangkah indahnya kalau saya dapat lihat wajah awak macam ni setiap hari."

                 Tiba-tiba kedengaran bunyi jeritan meminta tolong. Lena Darin lantas terganggu. Darius berhenti seketika untuk mengamati punca suara tadi. Itu kedengaran seperti suara seorang gadis meminta pertolongan. Langkah Darius terhenti di situ, sempat berbisik kepada Darin. 


                "Saya akan tunggu malam ini untuk melihat awak tidur... comel sangat!" bisik Darius tiba-tiba. Angin entah datang dari mana bertiup secara tiba-tiba mengerbangkan rambut Darin. Wajah Darin yang putih itu merona merah, hampir persis dengan warna skirtnya.

                 "Ah? Er..." Darin seperti tidak termampu untuk menuturkan sepatah perkataan pun. Kata-kata spontan yang diluahkan oleh Darius tadi seperti telah meresap jauh ke dalam lubang hatinya. Darius ketawa kecil namun dia tidak mahu memanjang sandiwara ini lantas meneruskan langkah untuk mencari di mana tuan empunya suara tadi.    


                  "E.. Dar... ius. Itu macam ada orang di sana!" ujar Darin tiba-tiba sambil menundingkan jari hantunya ke arah sebatang tubuh kecil molek milik seorang gadis yang sedang besandar di sebatang pokok balak yang tinggi melampai. 


                 Darius kemudian membuka langkah seribu ke arah tubuh tersebut. Seorangg adis yang berambut pendek takat leher, bemuka manis dan berlesung pipit sedang tersenyum memandangnya - sedang menngendong darin di belakang. 

                "Cik... "

               "Qisna!" balas gadis itu pendek. Tubuhnya kelihatan seperti sudah lumpuh, dan dia seperti sedang terbaring sedang menanti ajalnya. Air mata sedang bergenang di kelopak matanya. Luka-luka merah kelihatan mara di serata tubuhnya. 

                "Awak.. tolonglah suami saya... dia dah gila. Selamatkanlah dia!" pinta Qisna, merayu kepada Darius yang sedang meletakkan Darin di sebelah gadis itu. "Kaki saya dipatuk Ular Kapak Amazon! Kebetulan suami saya seorang doktor. Dia tahu tumbuhan apa yang boleh merawat bisa saya ni! Dia pergi ke gigi sungai Amazon semata-mata nak cari herba ni. Saya takut yang dia apa-apa kat sana!" Gadis itu terbatuk-batuk sedikit. Darah merah keluar dari mulutnya. Qisna mendongakkan kepalanya ke langit, dia tersenyum lagi seolah-seolah seperti sedang menanti saat kedatangan malaikat Izrail. 

             "Apa lagi yang awak tunggu ni?" tengking Darin apabila Darius sedikit terleka memerhatikan Qisna yang tak ubah seperti orang yang hilang semangat untuk hidup. 

               "Okey! Maaf! Saya pergi dahulu!" kata Darius yang tersentak tiba-tiba. Qisna yang lumpuh itu hanya memandang Darius berlalu pergi meninggalkan mereka berdua. 

                "Awak..." tegur Darin tiba-tiba.Qisna menoleh ke arah Darin yang sama sepertinya, hanya mampu untuk duduk sahaja. "Awak ni kan penumpang pesawat yang terhempas tu kan?" soal Darin. Qisna merenung lama wajah Darin, kemudian mengatur tekad untuk menjawab pertanyaan Darin. 


               "Ya. Saya dan suami saya, Reyman." Air mata Qisna mengalir lagi membuatkan perasaan bersalah terbit di hati Darin. "Mungkin ketika kami sedar, awak dan Darius masih pengsan lagi. Suami saya kuat, dia gendong saya macam yang Darius lakukan pada awak. Saya tak pernah lihat dia sekuat itu, sudah lama... mungkin dia jadi sekuat itu kerana semangat cintakan saya. Kami dah tempuh pelbagai rintangan sepanjang kami di sini... labah-labah gergasi, babi hutan, nyamuk pada waktu malam dan pelbagai lagi... tapi hari ini, kami tak mampu bertahan lagi... saya rasa masa saya hampir tiba," cerita Qisna panjang lebar. Darin jadi kagum dengan kisah cinta Qisna dan Rey. Rey, kau memang lelaki yang gagah. 


            "Darin... Darius sayangkan awak!" ucap Qisna tiba-tiba. Wajah Darin sekali lagi merona merah. Entah syaitan apa yang merasuk Qisna. 


            "Hisy... merepek ajelah awak ni," balas Darin pantas, mencelah tutur kata Qisna. Qisna tersenyum lagi. Wayang sekali lagi diamainkan di lantai Sang Amazon yang sudah muak dengan apa yang sedang berlaku. 


           "Saya tak merepek! Saya perhatikan Darius, matanya tidak pernah dilarikan dari wajah kamu. Dan, kamu, saya lihat seringkali melemperkan jelingan curi-curi pada wajah Darius. Darius jadi sekuat macam tadi, dia mampu carry  kamu sampai ke sini kerana ada perasaan sayang pada hati dia. Darin... kamu bertuah," jelas Qisna. "Giliran kamu untuk merasai apa yang saya rasa... Sahara telah menyatukan saya dan Rey, tapi Amazon pula yang memisahkan kami! Saya dah nak pergi dah... Darin, kalau suami saya datang ke sini. Katakanlah yang saya sayangkan dia!" Qisna kemudian dengan perlahan-lahan melelapkan matanya. Air mata jelas bergenang buat kali terakhir lalu jatuh mencucuri pipinya. 


             "Innalillah..." ucap Darin panjang di dalam hatinya. Tangan Qisna diletak rapi di aats pusat gadis itu. Darin kini hanya menanti Darius kembali. Darius? Dia kenal benar lelaki itu. Dia sering sepasukan dengan Darius dalam setiap pekerjaan mereka; mengendalikan setiap penerbangan. Lelaki itu orang yang kelakar dan boleh tahan kacak. Benarkah aku dan Darius sudah saling jatuh cinta? 


***

              Darius akhirnya tiba di sungai Amazon. Wow! Sungai Amazon sangat besar dan lebar. Airnya berwarna biru jernih. Kelihatan seorang lelaki yang sedang melutut di gigi sambil menghentak-hentakkan tanah, penuh kekesalan. Tangisannya boleh kedengaran dari jauh. 

               "Encik..." panggil Darius perlahan sambil menyentuh bahunya. "Encik ialah Reyman?" tanya Darius menyoal jejaka yang sedang meratap sesuatu itu. Rey mengangguknya. Rey merenung Darius dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. 

              "Mujurlah encik selamat... isteri encik, Qisna, dia minta tolong saya untuk membantu encik... mana herbanya?" Darius mula curiga apabila tidak langsung kelihatan tumbuhan yang dibilang oleh Qisna pada dirinya. 

              Reyman menunjukkan jari hantunya ke arah permukaan sungai Amazon. Air mata sekali lagi deras mengalir membasahi pipi Reyman. Darius terduduk mendengarnya. 

              "Maksud encik... herba itu terjatuh kat dalam sungai tu... habislah... Qisna sedang tenat sekarang!" bilang Darius sekali lagi. Reyman merenung Darius kemudian membisu seperti biasa. Dia tiba-tiba bangkit dari posisi merangkaknya, lalu berdiri cekal. Reyman kemudian membuka bajunya. 

               "Encik jangan! Dasar Amazon ada Anakonda!" teriak Darius cuba menghalang tindakan bodoh Reyman. Namun, Reyman tidak lagi memedulikan apa yang dikatakan oleh Darius. Kasih sayangnya  terhadap Qisna melebihi segalanya, termasuk nyawanya. 

                "Ya Allah! Kau selamatkanlah hambamu itu..." hanya itu yang mampu didoakan oleh Darius di dalam hatinya. Beberapa minit kemudian, kelihatan tangan Reyman timbul di permukaan sambil menggengam herba tersebut. Darius lantas berlari ke arah tempat herba tadi dicampak oleh Reyman. 


                Tiba-tiba seekor anakonda gergasi sepanjang 25 kaki menyambar tubuh Reyman. Darius melihat sendiri dengan mata kasarnya bagaimana darah merah seorang kesatria seperti Reyman memenuhi sungai Amazon pada hari itu. Daiurs tidak mahu membazirkan masa, kemudian mengambil herba tersebut lalu menyimpannya di dalam poket  seluar dan membuka langkah seribu ke arah tempat di mana Darin dan Qisna berada. 


***

               "Qisna dah tak ada?" Darius seakan tidak percaya apabila sampai sahaja dia di situ, Darin lantas mengumumkan kematian Qisna. Darin pula merenung di sekeliling Darius, cuba mencari kelibat Reyman atau Rey, suami kepada Qisna. Namun, tidak kelihatan. 


               "Rey pun sama... dia jadi mangsa Anakonda di dasar sungai Amazon," jelas Darius perlahan. Darin menghembuskan nafasnya perlahan-lahan. Pelbagai persitiwa telah berlaku dalam masa yang terdekat ini. Allah telah menunjukkan perlbagai peristiwa pada dirinya dan Darius. Allah maha besar. 


             Langit meraunng tiba-tiba, memancarkan guruh dan petir yang sering bersengketa sehingga menimbulkan bunyi yang amat bingit pada penghuni alamnya. Hujan pasti akan turun, menangisi pemergian 'Romeo dan Juliet' di lantai Amazon itu. 

           "Darin! Hujan dah nak turun! Kita kena cari gua sebelum hujan turun dengan lebat. Amazon bukan calang-calang tempat, hujannya pasti akan berkali ganda lebat dari di Malaysia!" tutur Darius tiba-tiba, sambil menatap dada langit yang sudah mendung membawa awan. 


            "Naik kat belakang saya!" teriak Darius tiba-tiba. Hujan yang renyai mula membasahi bumi Amazon pada hari itu. Kelihatan Darius sedang menggendong Darin meredah hujan yang semakin lebat itu. Basah kuyup jasad mereka berdua. Dalam kekaburan sang hujan memuntahkan air matanya itu, Darin tidak lekang menatap wajah seorang pewira yang telah menyelamatkannya itu. Darius... aku akui yang aku sudah jatuh sayang pada kau. 


           "Darin! Ada gualah!" jerit Darius memecahkan lamunan Darin. Mereka berlari ke arah mulut gua itu secepat mungkin. 


***

           "Darin sejuk?" soal Darius dari belakang kepada Darin yang sedang duduk di pintu gua memerhatikan hujan turun dengan lebatnya. Darin menoleh ke arah Darius. 

           "Ya..." balas Darin pendek. Tiba-tiba sahaja Darius membuka uniformnya lalu menyarungkan ke badan Darin. Jejaka itu kin hanya memakai baju putih. Darin terpingga-pingga dengan apa yang dilakukan oleh Darisu tadi. 

             "Awak tak apa-apa ke? Tak sejuk?" soal Darin kembali. Darius lantas mengukirkan senyuman sambil menggelengkan kepalanya. Hati Darin tersentuh lagi dengan penipuan Darius tadi. Darius cuba kentalkan dirinya walaupun badannya kini menggigil kesejukkan. 

              "Terima kasih sayang..." Wajah Darius pula yang merona merah dengan perkataan yang dituturkan oleh Darin tadi. Dia tidak menyangka...

               "Darius! Belakang awak!" teriak Darin tiba-tiba sambil mengeletar menunjukkan jarinya ke arah belakang Darius. Darius yang berasa aneh itu kemudian menoleh ke belakangnya. Dia terkejut besar apabila seekor tarantula gergasi sebesar lengannya sedang merayap. Dia tanpa mmebuang masa lantas membuang  tarantula itu. Tiba-tiba Darin memeluknya. Dia terkejuts ekali lagi. Rupa-rupanya pintu gua tersebut sudah dipenuhi oleh beratus-beratus tarantula sebesar lengan itu. 

                "Kita dah masuk ke sarang mereka! Habislah... kita kena keluar sekarang!" kata Darius yang tangan kanannya erat merangkul Darin yang ketakutan dalam dakapannya. "Kita kena masuk ke dalam gua ini lagi! Darin, saya akan gendong awak lagi!" kata Darius lalu menggendongkan Darin dan membawa Darin lari meredah masuk ke bahagian yang lebih dalam gua itu. Labah-labah gergasi atau tarantula yang sebesar lengan itu kelihatan mengejar mereka dengan kelajuan yang memang pantas. 

                  "Darius! Ada lubanglah kat situ! Macam ada cahaya! Saya rasa kita boleh muat kat dalam tu!" kata Darin tiba-tiba setelah mereka agak lama meredah masuk dans emakin dalam ke bahagian gua itu. 

                  "Air terjun! Gua ni membawa kita sungai! Mari!" kata Darius tiba-tiba. Senyuman mula terukir di wajahnya. Darius meletakkan Darin di sebelahnya lalu memasuki lubang itu yang kemudian disusuli oleh Darin. Mereka mengelungsur keluar gua tersebut lalu betul-betul jatugh ke dalam sungai. Kelihatan pantai terbentang lebar di hadapan mereka. Alhamdullilah... sungai tersebut telah membawa mereka ke laut. Tak lama lagi, mereka akan mengucapkan Selamat Tinggal pada Amazon!

       


              
Powered By Blogger