Pembaca Setia !

Tuesday, April 13, 2010

Hikayat Putera Ryan 8: Pahlawan Cinta



Sebelum membaca mari singgah ke: http://www.penulisan2u.my/2010/04/novel-hikayat-putera-ryan-7/








Shania menangis di kamarnya. Satu persatu kenangan dirinya bersama Ezekiel datang melayang mengetuk pintu mindanya. Dia tidak berdaya untuk menahan kenangan tersebut kerana betapa berharganya ia pada dirinya.  Kenangan malam itu ketika Ezekiel memaksa dirinya untuk lari masih segar melekat di benaknya. Bahkan kesakitan perpisahan itu masih bersisa. Aria… aku faham perasaan kau. Perasaan bagaimana cinta tak kesampaian. Sakitnya memang amat. Bilasan dan hirisan pedang di medan tempur pun tidak mungkin dapat menandingi kesakitan itu. Kesakitan yang tidak punya ubat.
           
Dalam masa yang sama, Putera Ryan sedang berjalan ke arah kamar Aria, gadis yang memang telah menghadiahkannya sejuta kejutan pada hari itu. Apakah benar yang dituturkan oleh ayah tadi? Aria menyukai aku, bahkan mungkin menyintai aku! Mungkin berita mengenai perkahwinan antara aku dan Taria yang telah dirancang oleh ayah memang telag menggamit emosinya yang sebenarnya umpama Kristal walaupun pada hakikatnya gadis itu merupakan seorang jeneral perang yang telah mencipta nama dalam arena pertempuran. Air mata semamngnya merupakan perkara yang paling sinonim dengan insan yang bernama wanita.
           
Tuk! Tuk! Tuk! Pintu bilik Aria diketuk dari luar. Puteri Rukia yang sedang duduk di sebelah Aria bangkit lalu berjalan ke arah pintu lalu membukanya. Putera Ryan tercegat berdiri sambil menggaru kepalanya.
           
“Boleh tak Ryan masuk?” tutur Putera Ryan perlahan. Puteri Rukia menggelengkan kepalanya. Wajah hempa mula menjelma dari raut wajah kacak Putera Ryan itu.
           
“Kenapa?” soal Putera Ryan kecewa.
           
“Kau tu lelaki! Mana boleh nak masuk bilik orang perempuan! Faham tak?” tegur Puteri Rukia marah. Gadis itu mencekakkan pingganya sambil merenung Putera Ryan bengang.
           
“Tapi…”
           
“Tak ada tapi-tapi! Pokoknya Aria tak…” Puteri Rukia terdiam. Rahsia yang cuba diselindungkan olehnya hampir terbongkar dek mulutnya yang cabul lagi celupar itu. Iris mata mengecil.
           
“Oh! Putera Ryan dah tahu! Rupa-rupanya Aria yang tak mahu berjumpa dengan Putera Ryan!” tutur Putera Ryan. “Aria! Putera kat luar ni! Putera tahu kenapa Aria jadi macam ni! Tapi… walau apa sebabnya pun… izinkan Putera berjumpa dengan Aria! Putera ada sesuatu yang nak cakapkan pada Aria!”
           
“Puteri! Tolong tutup pintu tu!”  teriak Aria dari dalam. Air matanya mengalir membashi pipinya. Puteri Rukia menganguk lalu menghempaskan pintu tersebut di hadapan Putera Ryan yang tercenggang dengan teriakan Aria tadi. Kedengaran suara esakkan dari dalam.
            
Hati Putera Ryan luluh mendengar suara tangisan perempuan yang tabah yang pernah dikenalinya. Putera Ryan bersandar di dinding koridor istananya lalu terduduk memikirkan apa yang telah berlaku. Apakah dirinya ini terlalu bodoh untuk menilai cinta Aria yang dipendam untuk dirinya? Apakah dirinya itu buta? Aku harus berjumpa dengan Aria dan  tekadku untuk tidak berganjak dari luar biliknya. Putera Ryan duduk bersila sambil bersandar di dinding koridor. Dia mengeluarkan kain putih dari poketnya lalu mengikat rambutnya. Gaya Putera Ryan ketika itu saling tidak ubah seperti budak kecil. Pedang gergasinya diletakkan di atas lantai seolah-olah seperti mahu bertapa di situ.
           
Kadangkala beberapa orang pegawai atau tentera melalui koridor itu tersenyum kecil melihat gelagat Putera Ryan. Namun, Putera Ryan seperti tidak kisah dengan apa yang berlaku. Aria lebih penting dari sifat malunya itu. Aria baginya diumpamakan seperti kakak kandungnya sendiri. Jika dia diberi pilihan untuk memilih kakaknya, dia lebih rela memilih Aria dari Puteri Rukia.


***
            “Sabar Aria… jangan terlalu dilayan perasaan tu! Yang penting sekarang, Aria kena kuat!” nasihat Puteri Rukia sambil menepuk-nepuk bahu Aria lembut. Air mata Aria dikesat lembut oleh Puteri Rukia.
           
“Tak boleh puteri! Aria terlalu menyayangi Putera Ryan! Jiwa Aria hancur sewaktu Yang Mulia mengumumkan akan perkahwinan Putera Ryan yang akan dilangsungkan dengan segera dengan Tiara dari Toraca Lake!” luah Ari teresak-esak menangis.
           
“Puteri faham perasaan Aria! Tapi, apa-apa pun hidup harus diteruskan juga! Anggaplah bahawa tiada jodoh antara Aria dan Ryan. Kumbang bukan seekor, bunga bukan sekuntum!” ujar Puteri Rukia lagi yang sempat bermadah.
           
“Puteri… macam nilah yang Puteri rasakan sewaktu berpisah dengan Ezekiel dari Persiana itu kan?” tanya Aria tiba-tiba. Raut wajah Rukia berubah tiba-tiba. Awan mendung seolah-olah sedang berarak di atas kepalanya. Sugul lantas menjelma.
           
Mungkin. Ezekiel… lelaki tu dan Puteri saling mengenali sejak kecil lagi. Ezekiel seringkali hadir ke Exathus. Kami sering bermain bersama-sama acap kali kehadiran Ezekiel. Bahkan, puteri merasakan bahawa kami mungkin akan dijodohkan. Perasaan mula timbul pada Ezekiel. Suatu hari, Yang Mulia telah mengumumkan bahawa kami akan berkahwin sebaik sahaja usia puteri mencecah 17 tahun. Tapi, malam itu puteri mengetahui bahawa cinta Ezekiel bukan pada puteri tapi pada Shania. Mereka berdua telah lama menguntum rindu antara satu sama lain. Bayangkanlah bagaimana hati puteri pada waktu itu. Puteri sendiri yang mengarahkan Ezekiel agar melarikan diri dari perkahwinan itu sekiranya dia tidak mahu sengsara kelak!” cerita Puteri Rukia panjang lebar. Babak sedih di dalam hidupnya telah lama berlalu, tapi kini giliran Aria yang merasainya.
          
             “Puteri memang tabah… dan selepas hari itu kalau tak silap Aria puteri merantau ke Rikuyu bersama Jeneral Redzuan untuk menenangkan hati. Kalau tak silap saya, puteri bertemu seorang pemain pedang samurai yang hebat, Akira dan menjadi anak muridnya,” tambah Aria pula. Kesedihan mula beransur hilang dari jiwa Aria.
           
“Hari dah malam… puteri nak balik dulu. Jaga diri dulu! Kalau Aria tanya puteri siapa calon yang sesuai untuk menggantikan Ryan di hati Aria. Jawapan puteri ialah Danish!” kata Puteri Rukia yang mula menyedari perbualan mereka mula berlanjutan sehingga malam hari. Puteri Rukia bangkit lalu meninggalkan bilik itu. Aria merona merah mendengar kata-kata Puteri Rukia itu.
           
Puteri Rukia melihat Putera Ryan sedang tidur sambil memeluk pedangnya dan menghisap ibu jari. Wajahnya sangat comel pada ketika itu. Tidak sampai hati Puteri Rukia untuk mengejutkan Putera Ryan. Dia menoleh ke arah pintu bilik Aria lalu kembali menatap Putera Ryan. Kau langsung tidak bersalah untuk menyintai lelaki seperti Putera Ryan, jejaka yang sangat setia dan baik hati, bahkan kau sangat bertuah kerana mempunyai Putera Ryan di dalam hidup kau. Sekurang-kurangnya dia tidak lari seperti Ezekiel.

0 kritikan: